Translate

Sunday, November 5, 2023

Gunung Chemerong, Berembun dan Langsir bersedia terima semula pendaki

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Taman Eko-Rimba Chemerong, Hulu Dungun di sini yang ditutup sejak dua tahun lalu kini sudah bersedia untuk menerima semula pengunjung menjelang awal tahun depan.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berkata, projek menaik taraf denai pendakian dan infrastruktur di taman eko-rimba tersebut telah siap sepenuhnya pada bulan lalu.

Beliau berkata, ia membolehkan Gunung Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) yang terdapat di dalam taman eko-rimba berkenaan kembali didaki.

“Begitupun, aktiviti pendakian hanya akan dibenarkan mulai bulan April tahun hadapan ekoran monsun Timur Laut (MTL) semakin hampir.

“Sepanjang musim tengkujuh, semua hutan simpan dan taman eko-rimba seluruh seluruh negara termasuk Taman Eko-Rimba Chemerong akan ditutup demi keselamatan,” katanya Taman Eko-Rimba Chemerong, Hulu Dungun di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengetuai delegasi Jabatan Perhutanan Terengganu memeriksa denai pendakian hingga ke kaki Air Terjun Chemerong.

Roslan berkata, sebelum ini, Taman Eko-Rimba Chemerong telah ditutup untuk kunjungan awam sejak tahun 2021 atas faktor keselamatan dan membaik pulih denai pendakian dan infrastruktur.

Jelas beliau, projek menaiktaraf tersebut melibatkan peruntukan RM2 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment