Translate

Sunday, November 28, 2021

Peniaga siakap gagal lengkap dokumen

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Peniaga di Langkawi, Kedah yang tular awal bulan ini kerana menjual hidangan ikan siakap lebih RM1000 bakal didakwa mengikut Seksyen 53A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal  Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit telah gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.

Beliau berkata, peniaga terbabit telah memberi kerjasama baik kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

"Sebelum ini tempoh penghantaran dokumen terperinci terbabit telah dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan tersebut.

"Begitupun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu. Kertas siasatan telah dibuka dan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya tindakan selanjutnya," katanya  ketika ditemui di Taman Pengeluaran Makanan Peradong  Manir di sini semalam.

Kosmo! 4 November lalu melaporkan sekumpulan individu terkejut apada mereka terpaksa membayar sebanyak RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tugah kilogram di salah sebuah restoran di Langkawi baru-baru ini.

Kisah ikan siakap kayangan itu kemudiannya menjadi tular selepas resit pembayarannya dimuat naik di laman Facebook sebelum KPDNHEP mengemukakan notis siasatan kepada peniaga terbabit tidak lama kemudian.

Rosol berkata, tindakan terbabit dikenakan ekoran kegagalan peniaga itu menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

Jelasnya peniaga itu akan didakwa Seksyen  53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan  hukuman denda sehingga  RM50.000 atau kompaun RM25.000 jika sabit kesalahan.

Thursday, November 18, 2021

Pulau Perhentian dilanda banjir

 



Oleh MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Hujan lebat selama be berapa jam dan fenomena air pasang besar menyebabkan Kampung Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut di sini dilanda banjir kilat kelmarin.

Sebanyak 20 buah rumah penduduk pulau peranginan terse but mula dinaiki air mulai pukul 11 malam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Ab dullah berkata, limpahan air dari bukit berhampiran akibat hujan lebat memburukkan lagi keadaan banjir tersebut.

"Pemeriksaan mendapati, pertembungan antara fenomena air pasang besar dan limpahan air dari kaki bukit menyebabkan sistem perparitan di perkampu- ngan itu menjadi penuh dan ter sumbat.

"Begitupun, paras banjir mulai surut pada pukul 10 pagi ini (semalam) setelah cuaca semakin baik," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Rosman berkata, pemantauan tetap dilakukan kerana Pulau Perhentian masih ber- laku hujan renyai.

Katanya, setakat ini, Sekretariat Pengurusan Banjir negeri memutuskan tiada keperluan untuk membuka pusat pemin- dahan sementara (PPS) ekoran kejadian itu.

"Buat masa ini, tiada laporan kerosakan akibat banjir diterima daripada penduduk kampung." katanya.

Difahamkan, kali terakhir Pulau Perhentian dilanda banjir pada musim tengkujuh pada ta hun 2019.

Wednesday, November 17, 2021

Ekzos bising, 52 penunggang motosikal nakal dikompaun

HULU TERENGGANU – Tindakan nakal segelintir daripada 52 anggota konvoi yang membunyikan ekzos motosikal masing-masing sehingga mengganggu ketenteraman awam membawa padah apabila mereka dicekup sepasukan anggota polis di Kampung Telaga, Kuala Berang di sini kelmarin. 

 Konvoi bermotosikal yang dipercayai dari Kuantan, Pahang itu ditahan kira-kira pukul 12.18 tengah hari ketika mereka dikatakan dalam perjalanan untuk menikmati makan tengah hari di sebuah gerai makanan terkenal berhampiran. 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, tindakan segelintir anggota konvoi membuat bising dengan menguatkan bunyi ekzos motosikal masing-masing telah mengundang perhatian sepasukan polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan trafik.

 “Mereka kemudiannya ditahan dan hasil pemeriksaan ke atas semua penunggang dan motosikal masing-masing telah berjaya mengesan pelbagai kesalahan trafik.

“Antaranya mengubah suai ekzos, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, tiada nombor pendaftaran dan aksesori tidak lengkap,” katanya di sini semalam. 

Mohd. Adli berkata, selain 67 notis kompaun dikeluarkan, 52 motosikal terlibat juga telah disita dengan kesemua penunggangnya diarah menolak motosikal masing-masing ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu. 

Katanya, kes masih disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tuesday, November 16, 2021

Pulau Tenggol miliki hutan berusia 200 tahun

 

PULAU TENGGOL yang terletak di perairan Dungun, Terengganu bukan sahaja memiliki dasar laut yang memukau malah khazanah hutan berharga. 

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berkata, pulau peranginan tersebut mempunyai hutan simpan seluas 540 hektar yang telah digazetkan sejak tahun 1941. 

“Sebahagian besar hutan simpan ini masih dara dan belum pernah diusik. Oleh itu amat kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna,” katanya kepada Panorama. 

Roslan berkata, Hutan Simpan Pulau Tenggol memiliki banyak spesies pokok berharga seperti balau laut, meranti, pelong, kasai, melembu dan paku aji laut.

 Tambah beliau, berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan, Hutan Simpan Pulau Tenggol dianggarkan sudah berusia lebih 200 tahun. 

“Hutan simpan itu juga memiliki pelbagai spesies unggas dan ular yang tidak pernah diganggu dari habitatnya. 

“Kita juga melakukan bancian secara berkala terhadap flora dan fauna yang terdapat di dalam Hutan Simpan Pulau Tenggol ini agar terus terpelihara,” katanya. 

Roslan berkata, kelestarian khazanah alam yang terdapat di Pulau Tenggol amat dititikberat dengan hanya sebahagian kecil pulau itu dibenar untuk dibangunkan secara komersial. 

Tambah beliau, Jabatan Perhutanan Terengganu bercadang untuk melabel sebahagian spesies pokok berharga yang terdapat di pinggir hutan simpan itu bagi kemudahan pengunjung. 

“Selain membantu pelancongan pembelajaran, kita juga mahu mendidik rasa cinta terhadap flora dan fauna tersebut dalam kalangan pengunjung Pulau Tenggol," katanya.

Monday, November 15, 2021

Tiada kematian Covid-19 di Pasar Besar Kedai Payang

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan berlaku penularan wabak Covid-19 dalam kalangan peniaga Pasar Besar Kedai Payang di sini baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, ujian saringan yang dilakukan bermula hujung bulan lalu sehingga Sabtu lalu mengesan seramai 36 peniaga pasar terbabit telah positif Covid-19.

“Kes positif Covid-19 hanya melibat 3.6 peratus daripada 1,000 peniaga Pasar Besar Kedai Payang telah melakukan ujian saringan.

“Hanya dua peniaga pasar terbabit yang positif dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk menerima rawatan termasuk seorang di wad rawatan rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial dakwaan kononnya majoriti peniaga Pasar Besar Kedai Payang dijangkiti Covid-19 dengan sebahagian besarnya telah meninggal dunia.

Kasemani menerangkan kedua-dua peniaga pasar itu yang dirawat di HSNZ sebelum ini telah sembuh dan dibenarkan keluar wad baru-baru ini.

Beliau juga menegaskan semua kontrak rapat 36 peniaga yang positif Covid-19 terbabit telah dikenal pasti dan menjalani kuarantin.

“JKNT sentiasa mengambil langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya bagi mengawal penularan Covid-19 (di Terengganu),” katanya. – K! ONLINE


Penjawat awam Terengganu terima bonus RM700

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan pemberian imbuhan RM700 kepada penjawat awam negeri tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kira-kira 14,000 penjawat awam negeri berkenaan bakal menerima manfaat daripada pemberian bonus yang dijangka akan dilunaskan pada awal tahun hadapan.

“Kerajaan negeri Terengganu menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan jentera kerajaan.

“Mereka telah menjamin perkhidmatan terbaik dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2022 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri membentangkan Belanjawan Terengganu 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ melibatkan perbelanjaan RM2.297 bilion.

Beliau menjelaskan ia merangkumi RM1.657 untuk perbelanjaan mengurus, pembelanjaan pembangunan (RM600 juta) dan perbelanjaan bekalan air (RM40 juta).

“Kerajaan negeri Terengganu juga dijangka menerima hasil dianggarkan RM1.507 bilion pada tahun hadapan.

“Ia meliputi hasil terimaan bukan hasil termasuk royalti petroleum (RM1.28 bilion), cukai (RM61.02 juta) dan hasil bukan cukai (RM157.49 juta),” katanya. – K! ONLINE

Program Jihad Dadah 2.0 tahan 607 penagih dadah

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Program Jihad Dadah 2.0 yang dilaksanakan sejak sebulan lalu berjaya menahan 607 penagih dan pengedar bahan terlarang itu di seluruh Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah tersebut berusia dalam lingkungan 13 hingga 71 tahun.

Beliau berkata, kebanyakan suspek terbabit terdiri dalam kalangan buruh, penganggur dan nelayan.

“Seramai 415 suspek yang berjaya ditahan sepanjang program Jihad Dadah 2.0 sejak 14 Oktober lalu dikesan sebagai penagih dadah berulang.

“Berdasarkan rekod kita, ada yang memiliki 23 kesalahan lampau dalam aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya ketika ditemui pada program Polis Bersama Masyarakat di Kampung Bukit Gasing di sini hari ini.

Rohaimi berkata, kesemua 415 penagih dadah berulang berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tiga sebatan jika sabit kesalahan.

Rakyat Terengganu kembali terima Dana Raya

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengembalikan semula pemberian Dana Raya yang merupakan bantuan kepada rakyat berkelayakan di negeri tersebut sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun hadapan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri berkata, bantuan tersebut yang kini dijenamakan sebagai i-Fitri akan memberi manfaat kepada 115,000 penduduk negeri berkenaan.

“Bantuan i-Fitri berjumlah RM400 kepada setiap 31,500 isi rumah miskin (B40).

“Seramai 83,500 isi rumah yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 (M40) pula akan menerima RM250,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2022 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, bantuan tersebut diharap dapat menyokong kewangan isi rumah B40 dan sebahagian M40 agar dapat meraikan Aidilfitri tahun depan dengan lebih meriah setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan bantuan tunai sekali bayar RM150 kepada setiap isteri keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU).

“Belia berusia antara 18 hingga 39 tahun dan mahasiswa daripada isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah juga layak menerima bantuan sekali bayar RM150 tersebut.

“Pemberian bernilai RM500 dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan pula akan diberikan kepada 70 pelajar yang menjadi yatim dan yatim piatu disebabkan kematian ibubapa dan penjaga akibat Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Pertahan perpaduan dalam PN, MN

 

KUALA TERENGGANU – Pas menyeru semua parti yang membentuk kerajaan Persekutuan hari ini terus berusaha mempertahankan perpaduan yang dibina untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebarang perpecahan disebabkan sikap tamak, pentingkan diri atau dendam kesumat bakal mendorong keputusan PRU-14 berulang semula. 

“Usaha penyatuan ummah tidaklah mudah kerana memerlukan kesungguhan dan jiwa besar, saling bertoleransi dan bersabar demi mencapai kejayaan didambakan. 

“Pas mesti mempelajari pengalamannya menyatukan parti-parti Melayu sebagai teras politik negara termasuk menyelamatkan UMNO yang cedera parah dalam PRU-14 dan Bersatu yang baharu ditubuhkan,” katanya ketika memberikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Pas ke-67 di sini semalam.

 Abdul Hadi berkata, Pas telah berperanan sebagai pendamai mempertemukan semula kedua-dua parti berkenaan melalui wadah penyatuan MN dan PN. 

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Marang itu menegaskan Pas menolak sebarang usaha untuk membentuk sebarang penjajaran baharu selain MN dan PN. 

“Kita berjaya menubuhkan PN yang lebih terbuka dan kuat sehingga berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan, laksana menanam benih yang baru tumbuh dengan subur. 

“Maka, sebarang cadangan lain (penjajaran baharu) laksana tumbuhan liar atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan,” katanya. 

Abdul Hadi juga menegaskan Pas tidak mahu terkurung dalam sebarang permuafakatan tertutup dan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan politik tanah air. 

Sebaliknya, beliau mahu Pas menjadi pemimpin bersama rakan-rakan parti politik lain sehingga berjaya menarik sokongan rakyat bagi menyelamat  negara bersama Islam.

Sunday, November 14, 2021

Kaji artifak berharga Pulau Bidong

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menubuhkan Pusat Latihan Arkeologi Dasar Laut yang pertama di negara ini iaitu di Pulau Bidong. 

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, pusat latihan yang memberi nilai tambah kepada Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT itu menyasarkan akan menjadi tempat rujukan penyelidikan arkeologi dasar laut terulung di rantau Asia Tenggara.

 “Penubuhan pusat latihan arkeologi ini bertitik tolak daripada artifak berharga daripada serpihan kapal perdagangan karam yang ditemui di perairan Pulau Bidong pada tahun 2017 dan 2018. 

“Ia disemarakkan lagi dengan pemilihan pulau ini sebagai lokasi penempatan 11 monumen mini ASEAN di dasar laut oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Warisan semalam (kelmarin),” katanya di sini semalam. 

Mazlan memberitahu, penemuan artifak berharga di dasar laut perairan Pulau Bidong sebelum ini telah memberi pengalaman dan kepakaran kepada tenaga pengajar UMT tentang teknik konservasi arkeologi dasar laut. 

Sehubungan itu, beliau berkata, modul khas sedang disusun sebagai pengajaran dalam kursus terbuka yang akan dilaksanakan di Pusat Latihan Arkeologi Dasar Laut berkenaan. 

“Kursus terbuka itu akan menerapkan pengajaran teori di dalam kelas dan praktikal di dasar laut Pulau Bidong. 

“Keistimewaannya, lokasi penemuan artifak yang dijumpai di dalam kapal karam di perairan pulau ini hanya berada pada kedalaman 18 meter di dasar laut yang mudah diakses walaupun oleh penyelam skuba kategori rekreasi,” ujarnya.

 Mazlan berkata, penubuhan pusat latihan itu juga diharap dapat merangsangkan lagi penyelidikan berhubung sejarah kapal karam dan pencarian artifak berharga dasar laut di rantau Asia Tenggara.

 Perairan Pulau Bidong yang terletak di Laut China Selatan dipercayai pernah menjadi antara laluan utama kapal perdagangan termasuk dari China pada zaman dahulu.


Saturday, November 13, 2021

DMR sedia kembali bayaran penginapan jika aduan benar

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pengurusan Duyong Marina & Resort (DMR) bersedia untuk mengembalikan bayaran caj seorang pelanggan sekiranya aduannya tentang bilik penginapan kotor dan rosak yang tular di media sosial terbukti benar.

Pengurus Besar DMR, Wan Mohd. Faizul Wan Abas berkata, pemeriksaan bagaimanapun mendapati pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung dakwaan itu daripada mana-mana pelanggan sebelum ini.

“Saya telah mengarahkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan itu termasuk meminta kakitangan DMR menghubungi semula pelanggan terbabit bagi mendapat penjelasan lanjut.

“Malangnya, usaha kami mengalami kegagalan kerana nombor telefon individu beralamat dari Kedah tersebut yang dimaklumkan dalam daftar kemasukan bilik penginapan tidak tepat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengulas perkongsian seorang pengguna Facebook di laman Hotel Review Malaysia tentang dakwaan pengalaman buruknya menginap DMR yang bertaraf empat bintang.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Rania Adira itu mendakwa bilik penginapan tidak diselenggara dengan baik seperti tandas berlumut dan air bertakung serta kerosakan pada bahagian beranda.

Wan Mohd. Faizul berkata, pemeriksaan pihaknya juga mengesahkan pelanggan dikenali sebagai Rania Adira itu menginap di sebuah bilik jenis Deluxe Eksekutif yang berharga RM380 semalam selama lima hari dari 14 Oktober hingga 18 Oktober lalu.

Begitupun beliau memberitahu, tiada sebarang aduan diterima daripada pelanggan itu mahupun ahli keluarganya sepanjang tempoh lima hari penginapan tersebut.

“Sehubungan itu, kami mahu menghubunginya bagi mendapatkan gambaran sebenar. Saya akui fasiliti di DMR sudah lama namun kami tidak akan sesekali memberikan pelanggan menginap di bilik yang sudah rosak.

“Sudah menjadi prosedur operasi standard (SOP) kami untuk melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum pelanggan dibenarkan memasuki bilik penginapan,” katanya. – K! ONLINE

Perkhidmatan bot penambang, beca Terengganu diperkasa

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Perkhidmatan bot penambang dan beca yang menjadi ikon pelancongan negeri ini akan diperkasa pada awal tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, penambahbaikan itu bagi menjadikan bot penambang dan beca terus relevan dalam kalangan pelancong sesuai dengan peredaran zaman.

“Kita merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan tambahan, kaca mata realiti maya khusus buat pelanggan bot penambang.

“Kaca mata realiti maya itu membolehkan penggguna merasai pengalaman menyaksikan video tiga dimensi (3D) lokasi tarikan pelancongan di Terengganu sewaktu berada di dalam bot penambang,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan bantuan bulanan sebanyak RM1,200 untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini bagi setiap 66 pengayuh beca dan pengusaha bot penambang.

Ariffin berkata, pemakaian kaca mata realiti maya itu merupakan nilai tambah kepada pelancong yang menaiki bot penambang selain menikmati panorama indah, Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Drawbrigde).

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, kerajaan negeri Terengganu juga akan memperkenalkan beca berkuasa solar bagi menilai tambah kepada perkhidmatan tersebut pada awal tahun hadapan.

“Beca direka khas dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan mudah diselenggara dan dikendalikan.

“Walaupun berkuasa solar, ciri-ciri beca itu masih beridentitikan tradisional Terengganu,” katanya. – K! ONLINE

Pertembungan pada PRN Melaka tidak gugat kerajaan Pusat

Oleh MOHD.AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pas percaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan meng goyangkan keutuhan kerajaan Pusat biarpun bakal melibatkan pertembungan sesama sendiri antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan Pusat akan berjalan seperti biasa dengan tiada sebarang program kerajaan dili batkan sepanjang PRN Melaka.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Yaakob) telah umum parti parti (PN dan BN) akan bertan ding dalam konsep parti, lagi pun tidak banyak kempen secara fizikal boleh dibuat.

"Kita rasa perjalanan kerajaan (Pusat) tiada isu sangat selain berharap tiada isu-isu yang tidak diingini berlaku (sepanjang kempen PRN Melaka)," katanya pada sidang akhbar selepas Muktamar Pas ke-67 di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan BN memilih bergerak secara solo dengan meletakkan calon di se mua 28 kerusi dipertandingkan sekali gus menyebabkan pertem bungan tiga penjuru turut melibatkan PN dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka berlang

sung 20 November ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim memberi jaminan Pas tidak pernah ber hasrat keluar daripada gagasan Muafakat Nasional (MN) yang turut dianggotal UMNO walaupun pertembungan sesama sendiri dalam PRN Melaka.

Jelas Menteri Alam Sekitar dan Air itu, MN dianggap sebagai agenda besar penyatuan ummah Islam yang akan dibuka penyer taannya kepada badan bukan kerajaan seperti konsep asalnya.

"MN bukan parti berdaftar. Dalam konteks pilihan raya pun, BN akan bertanding atas tiket sendiri. Kita harap pertemuan dan perancangan (antara Pas dan UMNO) dapat diteruskan.

"Saya rasa tiada siapa hendak keluar (daripada MN) kecuali ia dibubarkan. Setakat ini (Pas dan UMNO) tiada niat hendak bubar (MN)." katanya.

Buruh laku amang seksual dipenjara 10 tahun


Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang buruh melakukan amang seksual terhadap anak saudara perempuannya berusia lima tahun berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh yang merupakan lelaki berusia 45 tahun membuat pengakuan bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan selain memutuskan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan dijalankan serentak.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan tersebut.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di daerah Dungun pada pukul antata 6 pagi hingga 7 pagi, 13 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengulangi semula perbuatan terhadap terhadap mangsa di lokasi dan masa sama pada keesokkan harinya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Friday, November 12, 2021

Wad ICU medan urus pertambahan pesakit tahap lima

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima wad Unit Rawatan Rapi (ICU) medan sebagai penyelesaian peningkatan kemasukan pesakit Covid-19 tahap lima sejak akhir-akhir ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, wad ICU medan mempunyai 10 katil yang lengkap dengan kemudahan kesihatan tersebut dijangka boleh mula beroperasi sepenuhnya pada minggu depan.

“Wad ICU HSNZ yang khusus untuk pesakit Covid-19 tahap lima sedia ada hanya mampu memuatkan 33 orang dan berlaku peningkatan mendadak kemasukan pesakit sejak dua minggu lalu.

“Buat masa ini, kadar kepadatan wad ICU telah telah mencapai 84 peratus dengan 28 pesakit Covid-19 kronik sedang menerima rawatan,” katanya selepas menyaksikan penyerahan wad ICU medan itu di HSNZ di sini hari ini.

Jelasnya, penerimaan wad ICU medan tersebut amat disyukuri kerana keperluannya amat mendesak buat masa ini.

Beliau percaya penambahan 10 katil bagi pesakit Covid-19 itu sudah mencukupi bagi Terengganu berdasarkan pengalaman Jabatan Kesihatan negeri menangani pandemik tersebut sejak hampir dua tahun lalu.

“Peningkatan kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital pada waktu ini sudah dijangka berdasarkan beberapa indikator termasuk kebenaran rentas negeri dan peralihan Terengganu ke fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini,” katanya. – K! ONLINE

Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal

 

KUALA TERENGGANU - Tiga penyandang Naib Presiden ber- jaya mengekalkan kedudukan masing-masing pada pemilihan parti bagi Muktamar Pas ke-67 yang berakhir semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menerima undi tertinggi laitu 1,164 diikuti Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah (956 undi) dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Ahmad Mokhtar (778).

Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden Pas iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki pula sekadar mendapat 623 undi.

Keputusan tersebut diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Pas, Nurkhuzaini Ab. Rahman.

Selain itu, beliau juga mengumumkan 18 pemimpin parti itu berjaya mendapat keper-

cayaan perwakilan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat bagi sesi 2021-2023.

Antara dipilih sebagai AJK Pas Pusat ialah Ahli Dewan Undangan Batu Burok. Muham mad Khalil Abdul Hadi yang mendapat undi tertinggi iaitu 884 undi; Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanus Md. Nor, dan bekas Ketua Pemuda Pas, Khairi Nizam Khiruldin.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menten (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Mar zuk Shaary: Timbalan Menter Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Se Siti Zailah Yusoff dan Timbalan Menteri Sains, Teknolog dan Inovasi, Datuk Ahmad Hashim tersenarai dalam AJK Pas Pusat.

Datuk Seri Abdul Had Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Pas tanpa bertanding.

Thursday, November 11, 2021

Rumah rakit Sungai Tebat kurang dipeduli

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Seramai 12 pengusaha rumah rakit di Sungai Tebat, Tasik Kenyir di sini memohon agar infrastruktur di lokasi pelancongan popular itu dinaik taraf demi kemudahan serta keselesaan pengunjung.

Seorang pengusaha, Azmi Ahmad Ghazali, 48, berkata, kebanyakan pelanggannya mengadu sukar untuk memasuki kawasan rumah rakit tersebut terutama yang menggunakan kenderaan kecil ekoran laluan yang tidak berturap dan sering rosak.

"Sebelum menaiki bot di tebing Sungai Tebat untuk ke rumah rakit, pengunjung perlu me- lalui jalan yang tidak bertar se- jauh hampir dua kilometer (km).

 "Keadaan semakin sukar pada musim hujan kerana laluan akan lecak selain gelap kerana tidak dilengkapi kemudahan lampu jalan," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Azmi berkata, pihaknya juga berharap kemudahan tempat letak kenderaan yang lebih ter susun dan dijaga pengawal keselamatan dapat disediakan.

Seorang pengusaha rumah rakit lain, Ariadi Abdul Malek pula memohon agar liputan telekomunikasi di sekitar Sungal Tebat dipertingkatkan.

"Kami sering menghadapi kesukaran untuk memohon bantuan secepat mungkin setiap kall berlaku kes kecemasan.

"Pengusaha rumah rakit juga menghadapi masalah pengurusan sampah kerana perlu ke Pengkalan Gawi di sini yang terletak kira-kira 30  km untuk membuangnya setiap hari," katanya.

Ariadi berkata, rumah rakit di Sungai Tembat agak ketinggalan berbanding kemudahan yang terdapat di Pekalan Gawi seperti rumah bot, bot laju dan kedai bebas cukai.

Justeru, dia berharap permohonan mereka itu mendapat pertimbangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Seorang pengusaha, Nik Zu rina Mustaffa memberitahu, kebanyakan rumah rakit mula kembali menerima pelanggan yang terdiri daripada kalangan pemancing mula 20 Oktober lalu.

"Tempahan bagi hujung minggu untuk kebanyakan pengusaha telah penuh hingga akhir tahun dengan pakej purata RM350 bagi tiga hari dua malam. Sungai Tebat popular sebagal lubuk ikan belida, toman dan lampan," katanya.

Wednesday, November 10, 2021

Pulau Perhentian dilanda banjir kilat

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Hujan lebat selama beberapa jam dan fenomena air pasang besar menyebabkan Kampung Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut di sini dilanda banjir kilat hari ini.

Sebanyak 20 rumah penduduk pulau peranginan tersebut mula dinaiki air bah mulai pukul 11 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, limpahan air dari bukit berhampiran memburukkan lagi kejadian banjir tersebut.

“Pemeriksaan mendapati pertembungan antara fenomena air pasang besar dan limpahan air dari kaki bukit menyebabkan sistem perparitan di perkampungan itu menjadi penuh dan tersumbat.

“Begitupun, paras banjir mulai surut pada pukul 10 pagi ini setelah cuaca semakin baik,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Rosman berkata, pemantauan tetap dilakukan kerana Pulau Perhentian masih dilanda hujan renyai.

PRN Melaka tidak goyah keutuhan kerajaan Pusat

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pas percaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menggoyangkan keutuhan kerajaan Pusat biarpun bakal melibatkan pertembungan sesama sendiri antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kelancaran kerajaan Pusat akan berjalan seperti biasa dengan tiada sebarang program kerajaan dilibatkan sepanjang PRN Melaka.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Yaakob) telah umum parti-parti (PN dan BN) akan bertanding dalam konsep parti, lagi pun tidak banyak kempen secara fizikal boleh dibuat.

“Kita rasa perjalanan kerajaan (Pusat) tiada isu sangat selain berharap tiada isu-isu yang tidak diingini berlaku (sepanjang kempen PRN Melaka),” katanya pada sidang akhbar selepas Muktamar Pas ke-67 di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan BN memilih bergerak secara solo dengan meletakkan calon di semua 28 kerusi dipertandingkan sekali gus menyebabkan pertembungan tiga penjuru turut melibatkan PN dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka berlangsung 20 November ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim memberi jaminan Pas tidak pernah berhasrat untuk keluar daripada gagasan Muafakat Nasional (MN) yang turut dianggotai UMNO walaupun pertembungan semasa sendiri dalam PRK Melaka tidak dapat dielakkan.

Jelas beliau, MN dianggap sebagai agenda besar penyatuan ummah Islam yang akan dibuka penyertaannya kepada badan bukan kerajaan seperti konsep asalnya.

“Saya rasa tiada siapa hendak keluar (daripada MN) kecuali ia dibubarkan. (Begitupun) setakat ini (Pas dan UMNO) tiada niat hendak bubar (MN),” katanya. – K! ONLINE

Pas lebih serius menentang perbuatan lompat parti

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pas konsisten menentang perbuatan lompat parti dengan mewajibkan semua lapan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk melafazkan sumpah baiah.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sumpah baiah tersebut bertujuan memastikan calon-calon tersebut terus istiqamah dengan tidak bertindak meninggalkan parti sekiranya memenangi kerusi masing-masing kelak.

“Pas tidak macam PH (Pakatan Harapan) bercakap kononnya menentang agenda lompat parti (tetapi) tiba-tiba (PRN) Melaka, terima orang yang keluar parti.

“Yang menimbulkan masalah di Melaka sekarang ini (sehingga Dewan Undangan Negeri terbubar) ialah mereka yang lompat parti ini, tiba-tiba diterima sebagai calon pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Muktamar Pas ke-67 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta rakyat Melaka melakukan penilaian dan memilih parti yang lebih serius menentang agenda lompat parti sebelum membuang undi pada 20 November ini.

PH sewaktu mengumumkan 28 calon dalam PRN Melaka semalam turut mempertaruhkan Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN).

Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka dan Nor Azman merupakan antara empat ADUN yang menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali sehingga menyebabkan DUN negeri itu terbubar pada 4 Oktober lalu. – K! ONLINE

11 monumen mini ASEAN tarikan terbaharu Pulau Bidong

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Sebanyak 11 monumen mini negara-negara Asia Tenggara di dalam dasar laut menjadi tarikan terbaharu pelancongan di Pulau Bidong di sini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, monumen mini tersebut dibina pada kedalaman 10 meter hingga 15 meter di dasar laut berhampiran Stesen Penyelidikan Alami Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Beliau berkata, projek Monumen Mini Dasar Air Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang pertama di dunia tersebut merupakan inisiatif kementerian bagi menggalakkan kelestarian pelancongan kebudayaan.

Kita juga mahu selain meningkatkan kesedaran tentang identiti ASEAN dan memulihara warisan dasar laut.

“Pulau Bidong dipilih sebagai lokasi pembinaan mini monumen ini kerana dasar lautnya memiliki khazanah warisan daripada kapal karam,” katanya merasmikan Monumen Mini Dasar Air ASEAN di sini hari ini.

Nancy berkata, 11 monumen mini tersebut ialah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Monumen Kemerdekaan Kemboja dan Monumen Patuxai.

Tambah beliau, dasar laut Pulau Bidong turut dibina Monumen Nasional Indonesia, Pagoda Shwedagon, Monumen Jose Rizal, Merlion, Wat Arun Ratchawararam Ratchaworamahawihan, Pagoda Tran Quac dan Monumen Simbol Penyatuan ASEAN.

Pulau Bidong yang terkenal dengan keindahan terumbu karangnya pernah menjadi lokasi penempatan Orang Hanyut Vietnam pada tahun 1970-an hingga awal 1980-an. – K! ONLINE

Tuesday, November 9, 2021

UMT tubuh Pusat Latihan Arkeologi Dasar Laut

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menubuhkan Pusat Latihan Arkeologi Dasar Laut yang pertama di negara ini di Pulau Bidong di sini.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, pusat latihan yang memberi nilai tambah kepada Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT itu menyasar menjadi pusat rujukan penyelidikan arkeologi dasar laut terulung di rantau Asia Tenggara.

“Penubuhan pusat latihan arkeologi ini bertitik tolak daripada artifak berharga daripada serpihan kapal perdagangan karam yang ditemui di perairan Pulau Bidong di sini pada tahun 2017 dan 2018.

“Ia diseramakkan lagi dengan pemilihan pulau ini sebagai lokasi penempatan 11 monumen mini ASEAN di dasar laut oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Warisan semalam,” katanya di sini hari ini.

Mazlan berkata, penemuan artifak berharga di dasar laut perairan Pulau Bidong sebelum ini telah memberi pengalaman dan kepakaran kepada tenaga pengajar UMT tentang teknik konservasi arkeologi dasar laut.

Sehubungan itu, beliau berkata, modul khas sedang disusun sebagai pengajaran dalam kursus terbuka yang akan dilaksanakan di Pusat Latihan Arkeologi Dasar Laut terbabit.

“Penubuhan pusat latihan itu juga diharap dapat merangsangkan lagi penyelidikan berhubung sejarah kapal karam dan pencarian artifak berharga dasar laut di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Perairan Pulau Bidong yang terletak di Laut China Selatan dipercayai pernah menjadi antara laluan utama kapal perdagangan termasuk dari China pada zaman dahulu. – K! ONLINE

Monday, November 8, 2021

Pulau Tenggol indah, kaya hidupan akuatik

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIAP kali memperkatakan rangkaian tujuh pulau peranginan yang terdapat di Terengganu, Pulau Perhentian dan Pulau Redang sudah pasti berada di carta teratas dalam kalangan pelancong tempatan mahupun antarabangsa. 

Tidak ramai mengenali apatah lagi pernah menjejakkan kaki ke Pulau Tenggol yang terletak di perairan daerah Dungun dan paling selatan dalam peta negeri Pantai Timur berkenaan. 

Begitupun, bagi Mohd. Ishak Abdillah Ngah, 39, pulau kecil yang tidak mempunyai penduduk tetap itu memiliki keistimewaan tersendiri terutama buat penggemar aktiviti selam skuba sepertinya.

Anak jati Bukit Besi, Dungun tersebut berkata, dasar laut di perairan Pulau Tenggol yang kaya dengan kepelbagaian hidupan akuatik menjanjikan pengalaman indah, damai dan mempesonakan.


 “Aktiviti selam skuba merupakan terapi saya meredakan tekanan kehidupan. Sebab itu, sebaik sektor pelancongan domestik di Terengganu dibuka pada 1 September lalu, saya cepat-cepat menempah slot selaman skuba di Pulau Tenggol. 

“Saya mengulanginya semula bersama rakan-rakan dari Lembah Klang apabila rentas negeri pula dibenarkan pada 11 Oktober lalu. Bagi saya, pengalaman menyelam skuba di dasar laut Pulau Tenggol amat menakjubkan dan hampir menyamai apa yang ditawarkan di Pulau Sipadan, Sabah,” katanya kepada Panorama ketika ditemui baru-baru ini. 

Menceritakan pengalamannya berselam skuba di dasar Laut China Selatan berhampiran Pulau Tenggol, Mohd. Ishak Abdillah tidak dapat melupakan pengalaman sulung dirinya terserempak dengan seekor pari gergasi atau Manta Ray beberapa tahun lalu. 


Bapa kepada seorang anak perempuan itu memberitahu, pada mulanya dia agak panik menyaksikan persekitaran menjadi gelap sewaktu sedang asyik memerhati terumbu karang dan lintah bulan berwarna-warni. 

“Mulanya ingatkan hujan lebat menyebabkan permukaan laut gelap tetapi rupa-rupanya disebabkan kelibat seekor Manta Ray sebesar dua meja makan yang kemudiannya berenang menghampiri kumpulan penyelam skuba termasuk saya.   

“Panik saya, namun penyelia selam skuba yang mengikuti kami memberi isyarat agar bertenang dan nikmati sahaja. Terkesima saya dengan kebesaran Allah,” ujarnya.   

Tambahnya, berenang bersama kumpulan ikan selar dan tenggiri bersaiz besar, bermain dengan penyu dan ikan badut atau nemo serta menerokai bangkai kapal yang telah ditenggelamkan sebagai tukun tiruan merupakan pengalaman menyeronokkan sepanjang menyelam skuba di dasar laut perairan Pulau Tenggol. 

“Satu sahaja yang saya belum lagi berkesempatan iaitu bertembung dengan ikan yu paus yang dikatakan berada di perairan pulau ini pada sekitar Julai hingga September setiap tahun. Pulau Tenggol bagi saya bagaikan permata tersembunyi,” katanya. 

Seorang lagi penyelam skuba, Noor Fadzli Shah Noor Hashim, 42, yang berasal di Bukit Chedang, Seremban, Negeri Sembilan pula berkata, Pulau Tenggol yang hanya memiliki tiga pengusaha resort merangkap pengendali kemudahan selam skuba yang menawarkan percutian eksklusif dan mendamaikan. 

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan, One Malaysia Drivers itu berkata, Pulau Tenggol merupakan antara destinasi selam skuba yang ideal bagi penyelam skuba dari Lembah Klang kerana perjalanan ke pulau peranginan itu cuma memakan masa kira-kira tiga jam setengah. 


“Perjalanan ke Pulau Tenggol dengan menaiki bot dari jeti Kuala Dungun pula hanya kira-kira 40 minit. Apa yang menarik, kita cuma ‘bawa badan’ setiap kali sesi selaman skuba.

 “Semua peralatan termasuk tangki skuba diuruskan sepenuhnya oleh pengendali pusat selam skuba. Nampak remeh tetapi amat didambakan penyelam skuba kerana perkhidmatan profesional dan berkelas lima bintang ini sukar diperolehi di lokasi percutian lain terutama di dalam negara,” ujarnya.

 Dalam pada itu, beliau memberitahu, perairan Pulau Tenggol mempunyai 20 lokasi untuk aktiviti selaman skuba seperti Teluk Air Tawar, Batu Tokong Laut, Pulau Nyireh, Tanjung Gemok, Batu Chachang, Teluk Rajawali, Tokong Talang, Tokong Burung dan Tokong Timur. 

“Di sebahagian lokasi, kita akan merasai pengalaman berhadapan dengan pusaran air seperti berada di dalam mesin basuh sewaktu menuruni dasar laut. 

“Pengalaman berselam skuba dengan arus laut yang terdapat di perairan Pulau Tenggol ini amat berharga kerana membuatkan kita amat bersedia untuk menyelam ke mana-mana sahaja termasuk pusat selaman terkemuka dunia seperti Pulau Raja Ampat, Indonesia,” ujarnya. 

 Dalam pada itu, pengusaha Tenggol Coral Beach Resort, Joe Tan Kean Joo berkata, selaman skuba bukanlah satu-satunya aktiviti riadah ditawarkan kepada pengunjung yang bercuti di Pulau Tenggol.  

Beliau berkata, pengunjung yang bernasib baik pasti teruja menyaksikan aksi kumpulan ikan lumba-lumba berenang mengelilingi pulau peranginan tersebut. 

“Pulau Tenggol juga lokasi pendaratan penyu agar dan karah untuk bertelur. Pengunjung juga akan ceria mandi-manda, mengutip cengkerang hidupan laut dan melakukan aktiviti snorkel di pantai berteluk yang bersih dan jernih. 

“Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti pendakian secara santai dalam tempoh kurang 15 minit ke kawasan berbatu bagi melihat panorama matahari terbenam,” katanya. 

Kean Joo berkata, Tenggol Coral Beach Resort telah mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan agensi pelancongan, BXC Travellers (M) Sdn. Bhd. bagi mempromosikan lagi Pulau Tenggol. 

Jelas beliau, kerjasama itu memfokuskan kepada pelancongan berteraskan pendidikan bagi menarik lebih banyak pelancongan keluarga di pulau peranginan terbabit. 

“Sebelum ini ramai peminat selaman skuba berkunjung ke Pulau Tenggol tanpa membawa anak masing-masing kerana menyangkakan ahli keluarga mereka akan kebosanan di bilik tanpa sebarang aktiviti.

 “Oleh itu, kita telah merangka pelbagai aktiviti pelancongan berteraskan pendidikan kepada generasi muda tersebut seperti kursus asas berenang, bersnokel dan pembersihan pantai. Golongan sasaran itu juga akan dikenalkan dengan spesies flora dan fauna di dalam hutan berhampiran,” katanya.

Sunday, November 7, 2021

Idris, Amar, Ahmad Samsuri kekal Naib Presiden Pas

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tiga penyandang Naib Presiden berjaya mengekalkan kedudukan masing masing pada pemilihan parti bagi Muktamar Pas ke-67 yang berakhir hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menerima undi tertinggi iaitu 1,164 diikuti Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah (956 undi) dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Ahmad Mokhtar (778 undi).

Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden Pas iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd. Zuhdi Marzuki pula sekadar mendapat 623 undi.

Keputusan tersebut diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Pas, Nurkhuzaini Ab. Rahman.

Selain itu, beliau juga mengumumkan 18 pemimpin parti itu berjaya mendapat kepercayaan perwakilan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat bagi sesi 2021-2023.

Antara yang dipilih sebagai AJK Pas Pusat ialah Ahli Dewan Undangan Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mendapat undi tertinggi iaitu 884 undi; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, dan bekas Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Siti Zailah Yusoff dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Hashim juga tersenarai sebagai AJK Pas Pusat pada pemilihan kali ini.

Pemilihan tersebut melibatkan 1,299 perwakilan yang dilaksanakan secara undi elektronik (e-undi) semalam. – K! ONLINE

Pas bersama PN dalam PRN Melaka

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pas berpegang teguh untuk bersama Perikatan Nasional (PN) dan bersedia menghadapi kemungkinan bertembung dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti kekal dengan pendirian PN bakal bertanding di semua 28 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN pada 20 November nanti.

“Terpulang kepada UMNO, dia hendak ikut PN atau bertanding sendiri. Saya memberi amanat kepada akar umbi agar mendukung PN (dalam PRN Melaka) dan Pas telah bersetuju memakai simbol PN.

“Begitupun, kita masih terbuka untuk berunding dengan UMNO (berhubung calon PRN) sehingga hari penamaan calon (pada Isnin ini) tetapi bergantung kepada piagam (PN),” katanya pada sidang akhbar selepas memberikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Pas ke-67 di Duyong Marina & Resort, dekat sini hari ini.

Menurutnya, Pas masih berpegang teguh dengan Piagam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini yang membenarkan kerjasama dengan parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan, Pas tidak boleh dipaksa dengan gesaan agar kerjasama berkenaan hanya melibatkan partinya dan UMNO kerana ia melanggar piagam yang telah dimenterai itu.

“Kalau UMNO boleh bekerjasama dengan MCA dan MIC, kenapa tidak boleh kerjasama dengan Bersatu,” katanya.

Sebelum ini, BN telah mengumumkan akan bergerak solo dalam PRN Melaka dan bertanding di semua 28 kerusi pertandingkan. – K! ONLINE

Perpaduan dalam kerajaan Persekutuan harus dipertahankan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pas menyeru semua parti yang membentuk kerajaan Persekutuan hari ini agar terus berusaha untuk mempertahankan perpaduan yang dibina bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebarang perpecahan disebabkan oleh sikap tamak, mementingkan diri atau dendam kesumat bakal mendorong keputusan PRU-14 berulang semula.

“Usaha penyatuan ummah tidaklah mudah kerana memerlukan kesungguhan dan jiwa besar, saling bertoleransi dan bersabar demi mencapai kejayaan didambakan.

“Pas mesti mempelajari pengalamannya menyatukan parti-parti Melayu sebagai teras politik negara termasuk menyelamatkan UMNO yang cedera parah dalam PRU-14 dan Bersatu yang baharu ditubuhkan,” katanya ketika memberikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Pas ke-67, di Duyong Marina & Resort, di sini hari ini.

Jelas beliau, Pas telah berperanan sebagai pendamai mempertemukan semula kedua-dua parti berkenaan melalui wadah penyatuan MN dan PN.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Marang itu menegaskan Pas menolak sebarang usaha untuk membentuk sebarang penjajaran baharu selain MN dan PN.

“Kita berjaya menubuhkan PN yang lebih terbuka dan kuat sehingga berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan, laksana menanam benih yang baru tumbuh dengan subur.

“Maka, sebarang cadangan lain (penjajaran baharu) laksana tumbuhan liar atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan,” katanya. – K! ONLINE