Translate

Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Saturday, October 31, 2026

Pembantu kedai maut rempuh Toyota Vios masuk simpang

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai maut selepas motosikal Yamaha Lagenda ditunggangnya merempuh sebuah kereta Toyota Vios yang dikatakan tiba-tiba membelok untuk memasuki simpang di Jalan Pusara, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 5.55 petang itu, mangsa, Muhammad Aiman Khairul Anuar, 19, yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Aiman dikatakan dalam perjalanan ke Gong Kapas dari Jalan Ladang, di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Lagenda ditungganginya gagal mengelak lalu merempuh sebuah kereta Toyota Vios yang dikatakan tiba-tiba membelok untuk memasuki persimpangan.

“Peniaga kedai runcit wanita berusia 51 tahun yang memandu kereta Toyota Vious berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Alamanda 4 dari Jalan Sungai Rengas di sini,” katanya di sini, hari ini.

Azli berkata, impak rempuhan itu menyebabkan Muhammad Aiman tercampak ke atas jalan.

Beliau berkata, mayat remaja lelaki berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini untuk tindakan lanjut.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Cubaan seleweng 939 liter diesel digagalkan KPDN

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan 939 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM35,360.73 di Kampung Bukit Tunggal, di sini, semalam.

Serbuan pada pukul 5.45 petang itu juga berjaya memberkas dua lelaki berusia 30-an yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan tersebut.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, kegiatan memindahkan minyak diesel tanpa kebenaran itu terbongkar berikutan risikan yang dilakukan selama dua minggu.

“Modus operandi digunakan ialah memindahkan minyak diesel berkenaan menggunakan hos paip.

“Minyak diesel yang merupakan barangan kawalan tersebut dipercayai dipindahkan dari tong drum dan tong jerikin ke dalam tangki lori,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Mufsi berkata, serbuan berjaya menangkap dua lelaki yang masing-masing mengaku penjaga premis dan pemandu lori.

Beliau berkata, kedua-dua suspek gagal mengemukakan dokumen sah berkaitan pemilikan minyak diesel berkenaan.

“Sehubungan itu, 939 liter minyak diesel, sebuah lori tiga tan dan hos paip telah disita. Dua suspek juga telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Jual barang kemas, pinjam kawan RM72,467 diperdaya ‘scammer’

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang pekerja kedai serbaneka mahu meraih pendapatan sampingan bukan sahaja tidak kesampaian malah dia pula yang kerugian RM72,467 diperdaya skim pekerjaan tidak wujud.

Tambah parah, wang yang lesap tersebut merupakan hasil jualan barangan kemasnya dan pinjaman daripada kawan-kawan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, wanita berusia 33 tahun terbabit telah menerima set pisau kelengkapan dapur kononnya daripada platform dagangan dalam talian yang dipos ke rumahnya di Kampung Telok Tok Adis, di sini, pada 11 Oktober lalu.

“Seorang individu tidak dikenali mengaku kononnya wakil platform dagangan dalam talian kemudiannya telah menghubungi mangsa pada 18 Oktober lalu.

“Suspek mendakwa kononnya set pisau kelengkapan dapur itu merupakan hadiah cabutan bertuah sebelum meminta mangsa menekan pautan yang diberinya menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya di sini, hari ini.

Azli berkata, sebaik menekan puatan terbabit, nombor telefom bimbit pekerja kedai serbaneka berkenaan terus dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Telegram yang kononnya menawarkan pekerjaan sambilan.

Beliau berkata, wanita terbabit teruja dijanjikan komisyen RM1,200 selepas menyelesaikan 30 tugasan.

“Begitupun, mangsa diminta membuat pembayaran sebagai syarat untuk menerima komisyen terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sunday, October 25, 2026

Percaya ‘ustaz’ boleh ganda wang, simpanan RM42,580 pesara lesap

 KUALA TERENGGANU – Gara gara terlalu percaya dengan seorang lelaki mengaku ustaz kononnya mampu mengganda kan wang, simpanan RM42,580 seorang wanita warga emas lesap begitu sahaja.

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pesara berusia 71 tahun itu terlihat iklan dari pada seorang ‘ustaz’ kononnya mampu menggandakan wang di laman Facebook pada 1.15 tengah hari, 7 Oktober lalu. 

“Mangsa yang tertarik telah meninggalkan nombor telefon bimbitnya di ruangan komen sebelum dihubungi suspek yang menggelarkan dirinya ‘ustaz’.

“Suspek kemudian meminta wanita warga itu menghubungi individu lain yang didakwa kononnya tuan gurunya bagi menyertai skim gandaan wang kononnya menawarkan pulan gan RM300,000,” katanya di sini semalam. 

Azli berkata, pesara tersebut kemudian diarahkan untuk membuat pembayaran oleh ‘tuan guru’ terbabit bagi menyertai skim berkenaan. 

Beliau berkata, wanita warga emas terbabit akur membuat pembayaran keseluruhan RM42,580 menerusi lima transaksi ke dalam empat akaun bank diberi suspek.

 “Begitupun mangsa tidak mendapat pulangan dijanjikan malah sebaliknya diminta agar memindahkan RM50,000 lagi ke dalam salah satu akaun bank peribadinya sendiri. 

“Ia konon sebagai syarat untuk mengaktifkan skim gandaan wang terbabit,” katanya. 

Azli berkata, wanita itu mula curiga dan akhirnya menyedari dirinya sudah tertipu. 

Beliau berkata, kali ini, pesara terbabit enggan menuruti arahan tersebut sebaliknya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini pada pukul 11.06 malam, Khamis lalu. 

“Kes sedang disiasat mengi kut Seksyen 420 Kanun Kesek saan,” katanya.

Saturday, October 24, 2026

Bilangan penagih ‘serah diri’ naik tiga kali ganda

BESUT – Kemasukan klien secara sukarela untuk mendapat kan rawatan di pusat pemuli han penagihan dadah (Puspen) meningkat tiga kali ganda sejak Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawa tan dan Pemulihan) 1983 dipin da berkuat kuasa Ogos tahun lalu. 

Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, secara purata seramai 232 penagih tampil secara sukarela untuk mendapatkan rawatan pemuli han berbanding 75 orang sebu lan sebelum ini. 

Katanya, sambutan meng galakkan itu didorong peman suhan status jenayah atau nyahjenayah terhadap individu terjebak dadah dalam pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawa tan dan Pemulihan) 1983.

 “Setakat bulan lalu, Puspen di bawah kendalian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara mempunyai 45,999 klien dengan 2,333 dari pada mereka mendapatkan rawatan secara sukarela.

“Ini satu anjakan baharu dalam rawatan dan pemulihan dadah. Ia merupakan pening katan luar biasa berbanding se belum ini,” katanya selepas me luncurkan program Kampung Angkat Madani AADK di Felda Tenang, di sini semalam. 

Saifuddin Nasution berkata, ia selaras dengan harapan kera jaan yang mahu lebih ramai penagih tampil mendapatkan rawatan pemulihan secara su karela tanpa bimbang mempu nyai rekod jenayah ketika me lakukan pindaan akta tersebut. 

Beliau percaya klien yang tampil secara sukarela mem punyai kesedaran tinggi sekali gus lebih mudah untuk dipulih kan berbanding mereka yang memasuki Puspen disebabkan keputusan mahkamah.

 “Kebanyakan mereka yang tampil secara sukarela ini merupakan golongan muda,” katanya.

Takut digertak ‘scammer’, suri rumah melopong rugi setengah juga ringgit

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu takut dikenakan tindakan perundangan selepas didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang suri rumah kerugian RM472,000 selepas diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian bermula apabila wanita berusia 46 tahun itu dihubungi individu tidak dikenali yang mengaku sebagai pegawai sebuah kementerian pada 5 Ogos lalu.

“Mangsa panik apabila didakwa terlibat dalam aktiviti penyebaran saham pelaburan, bantuan kerajaan dan peluang pekerjaan.

“Panggilan telefon kemudian disambung kepada individu didakwa anggota polis berpangkat sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang,” katanya hari ini.

Azli berkata, mangsa diarahkan supaya memberitahu nombor Mykad sebelum didakwa terlibat pula dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Katanya, keadaan menjadi semakin panik apabila mangsa digertak kononnya waran tangkap sudah dikeluarkan sebelum panggilan telefon disambung kepada individu lain didakwa timbalan pendakwa raya.

“Seorang wanita yang menyamar sebagai timbalan pendakwa raya menawarkan penyelesaian kes dengan syarat mangsa perlu membuat pembayaran.

“Suspek berjanji akan memulangkan semula wang mangsa setelah siasatan selesai sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Friday, October 23, 2026

Kemasukan sukarela ke Puspen meningkat 3 kali ganda

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Kemasukan klien secara sukarela untuk menerima rawatan ke pusat pemulihan pusat pemulihan penagihan dadah (Puspen) kendalian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara telah meningkat tiga kali ganda sejak pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 berkuatkuasa, Ogos tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sepanjang tempoh itu, setiap bulan, purata 232 penagih dadah tampil secara sukarela untuk mendapatkan rawatan pemulihan berbanding cuma 75 orang sebelum ini.

Beliau berkata, sambutan menggalakkan itu berkaitan pemansuhan status jenayah atau nyahjenayah terhadap individu terjebak dengan penyalahgunaan dadah dalam pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Sehingga September lalu, Puspen kendalian AADK seluruh negara mempunyai 45,999 klien dengan 2,333 orang daripadanya tampil sukarela.

“Ini satu anjakan baharu dalam rawatan dan pemulihan dadah. Masih belum lonjakan saujana tetapi ia merupakan peningkatan luar biasa berbanding sebelum ini,” katanya di Felda Tenang, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas meluncurkan program Kampung Angkat Madani Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Saifuddin Nasution berkata, ia selaras dengan harapan kerajaan yang mahu lebih ramai tampil mendapatkan rawatan pemulihan dadah secara sukarela tanpa perlu risau mempunyai rekod jenayah sewaktu melakukan pindaan akta itu.

Beliau percaya klien yang tampil secara sukarela mempunyai kesedaran tinggi sekali gus lebih mudah untuk dipulihkan berbanding mereka yang memasuki Puspen atas arahan mandatori mahkamah.

“Kebanyakan mereka yang tampil sukarela untuk mendapatkan rawatan pemulihan di Puspen (sejak Ogos tahun lalu) merupakan golongan muda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Dua peniaga wanita maut kemalangan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Dua peniaga wanita maut selepas kereta Proton Waja dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 48, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Selamat, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 3.45 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Nur Fauziah Ismail, 38, dan Zawiah Halias, 41, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd. Zain berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Waja dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mereka kemudian bertembung dengan sebuah treler yang dikatakan dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan,” katanya di sini, hari ini.

Zahril Asri berkata, treler terbabit kemudiannya bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna, Perodua Aruz, kereta Perodua Myvi dan sebuah lori.

Beliau berkata, mayat Nur Fauziah yang memandu kereta Proton Waja dan Zawiah yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu, di sini, untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Dahulu kedai terbakar, kini dilanda ribut

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

MARANG – Seorang pengusaha kedai runcit bagaikan jatuh di timpa tangga apabila sebahagian struktur premis perniagaannya yang baru siap dibina semula selepas musnah terbakar lebih sebulan lalu kini rosak pula akibat dilanda ribut kelmarin. 

Baharuddin Ismail, 65, berkata, sebelum ini kedai runcitnya hangus terbakar disebabkan litar pintas yang melibatkan kerugian hampir RM70,000 pada 19 Sep tember lalu.

 “Saya kemudian cuba bangkit semula dengan membina kem bali kedai runcit yang terbakar di tapak asal dengan kos se takat ini sudah menelan belanja RM15,000. 

“Tanpa disangka, lima hari selepas bumbung kedai saya dipasang pada Khamis lalu, ia kembali rosak selepas diterbangkan ribut semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Undang di sini semalam. 

Baharuddin berkata, sewaktu ribut melanda, dia sedang menikmati makan tengah hari bersama anak perempuan bongsunya berusia 26 tahun di rumah yang terletak bersebelahan kedai runcit miliknya.

 Menurutnya, ribut yang membawa angin kencang itu berlang sung dalam tempoh kira-kira 10 minit.

 Kejadian ribut yang berlaku pada pukul 2.40 petang itu tu rut merosakkan lebih 25 buah premis meliputi kediaman dan rumah kedai milik penduduk Kampung Undang. 

Baharuddin mengakui ujian dua kali yang berturut-turut itu pada masa terdekat amat berat untuk dia sekeluarga, apatah lagi perniagaan kedai runcit yang diusahakannya sejak lebih tujuh tahun lalu itu adalah sumber pendapatan utama keluarga. 

“Saya sekarang buntu mencari modal tambahan untuk mem perbetulkan semua kerosakan bagi membolehkan kedai runcit saya beroperasi semula secepat mungkin. 

 “Apa pun saya kena reda ke rana semua yang berlaku ada hikmahnya tersendiri,” katanya

36 Rohingya ditahan memandu secara haram di Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seramai 69 warga asing termasuk 36 etnik Rohingya ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Warga Asing (Ops Pewa) sejak 28 September lalu.

Operasi yang diadakan di sekitar bandar raya ini dan Kuala Nerus turut menyita sebanyak 68 kenderaan meliputi 45 motosikal, kereta (17) dan lain-lain (enam).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd. Zamri Samion berkata, operasi yang berakhir hari ini turut menahan enam warga Bangladesh, China (9) Indonesia (7), Pakistan (5), Thailand (1) dan lain-lain (5).

“Sebanyak 315 saman dan dua notis kompaun dikeluarkan terhadap mereka atas pelbagai kesalahan trafik.

“Antara kesalahan utama yang dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Terengganu di sini, hari ini.

Mohd. Zamri berkata, siasatan awal mendapati kebanyakan motosikal yang disita tersebut disewa oleh warga asing terbabit terutamanya etnik Rohingya daripada penduduk tempatan.

Jelas beliau, kereta pula dibeli secara ansuran juga daripada warga tempatan tanpa melakukan penukaran nama.

“Perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk tempatan tersebut menyukarkan penguatkuasaan terhadap perbuatan warga asing terutama dari Myanmar memandu kereta dan menunggang motosikal secara haram,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Thursday, October 22, 2026

Pemandu bas tunggang skuter maut bertembung Proton Wira

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu bas maut selepas skuter ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di Kampung Teluk Menara, Manir, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Faizal Salleh, 48, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Faizal dikatakan dalam perjalanan ke depoh bas di Chendering dari rumahnya di Batu Hampar, Manir, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, skuter Honda Vario ditungganginya mangsa (Mohd. Faizal) yang merupakan pemandu bas Bas.My dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebuah kereta Proton Wira dipandu peniaga berusia 39 tahun gagal mengelak lalu merempuh skuter mangsa,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, mayat Mohd. Faizal telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk tindakan lanjut.

“Pemandu kereta Proton Wira pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama setelah mengadu sakit dada. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Remaja Thailand maut, tiga termasuk bayi kritikal kemalangan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang pembantu jurujual warga Thailand maut selepas kereta Perodua Axia dinaikinya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Apek, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada puku 8.30 pagi tersebut, mangsa, Muhammad Dini Haikal Rosli, 16, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Selain 10 mangsa lain pula mengalami kecederaan dengan tiga dilaporkan kritikal termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan
Zahril Asri Mohd. Zain berkata, sewaktu kejadian, kereta Perodua Axia dinaiki Muhammad Dini Haikal bersama dua lelaki lain dikatakan dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Ulser yang dipandu lelaki berusia 43 tahun gagal mengelak lalu merempuh kereta Perodua Axia terbabit,” katanya di sini hari ini.

Zahril Asri berkata, kemderaanToyota Ulser itu kemudiannya merempuh sebuah kereta Perodua Axia lain yang dipandu lelaki berusia 63 tahun.

Beliau berkata, dua rakan Muhammad Dini Haikal dan bayi yang menaiki kenderaan Toyota Ulser dilaporkan kritikal dan sedang merima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Setiu, di sini. – KOSMO! ONLINE

Pemandu lori maut kemalangan di LPT 2

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu lori maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berat berkenaan di Kilometer 428.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 11 malam itu, mangsa, A. Divakgar, 26, yang berasal dari Taman Klang Indah, Selangor meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, lori yang dipandu Divakgar dikatakan dalam perjalanan ke sebuah premis perniagaan di Gong Badak, Kuala Nerus dekat sini dari Johor Bahru.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori dipandu mangsa (Divakgar) dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori lain membawa muatan bahan binaan di hadapannya

“Impak kemalangan itu turut menyebabkan pemandu lori yang dirempuh mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, mayat Divakgar yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan anggota bomba.

Beliau berkata, mayat lelaki itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Percaya ‘ustaz’ mampu ganda wang, simpanan RM42,580 pesara lesap

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu percaya dengan seorang lelaki mengaku ustaz kononnya mampu menggandakan wang, simpanan RM42,580 seorang wanita warga emas lesap begitu sahaja.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisoner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pesara berusia 71 tahun itu terlihat iklan daripada seorang ‘ustaz’ kononnya mampu menggandakan wang di laman Facebook pada 1.15 tengah hari, 7 Oktober lalu.

“Mangsa yang tertarik telah meninggalkan nombor telefon bimbitnya di ruangan komen sebelum dihubungi suspek yang menggelarkan dirinya ‘ustaz’.

“Suspek kemudiannya meminta wanita warga itu menghubungi individu lain yang didakwa kononnya tuan gurunya bagi menyertai skim gandaan wang kononnya menawarkan pulangan RM300,000,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, pesara tersebut kemudiannya diarahkan untuk membuat pembayaran oleh ‘tuan guru’ terbabit bagi menyertai skim berkenaan.

Beliau berkata, wanita warga emas terbabit akur membuat pembayaran keseluruhan RM42,580 menerusi lima transaksi ke dalam empat akaun bank diberi suspek.

“Begitupun mangsa tidak mendapat pulangan dijanjikan malah sebaliknya diminta agar memindahkan RM50,000 ke dalam salah satu akaun bank peribadinya sendiri.

“Wanita itu mula curiga dan akhirnya menyedari dirinya sudah tertipu. Kali ini, pesara terbabit enggan menuruti arahan tersebut sebaliknya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini pada pukul 11.06 malam, kelmarin,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Wednesday, October 21, 2026

Sesat hutan Kampung La: Dua beranak ditemui lemah keletihan

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Dua beranak yang tersesat di dalam hutan berhampiran Kolam Air Panas La, Hulu Besut di sini sejak Khamis lalu akhirnya berjaya ditemui sebentar tadi.

Adam Adnan, 25, dan bapanya Adnan Mohamad, 57, berjaya keluar dari hutan tersebut dengan bantuan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 2.40 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Mustafa Ismail berkata, terdahulu kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan keletihan di dalam hutan tersebut kira-kira tiga kilometer dari pinggir hutan.

“Mereka ditemukan anggota pasukan SAR di lokasi berkenaan pada pukul 12.40 tengah hari tadi.

“Dua jam diambil untuk membawa kedua-dua mangsa yang dalam keadaan lemah keletihan keluar dari hutan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Adam dan Adnan yang memasuki hutan tersebut untuk mencari akar kayu pada pukul 7 pagi, kelmarin tersesat selama lebih 48 jam kerana gagal mencari jalan pulang.

Adam sempat berkomunikasi dan meninggalkan koordinat lokasi terakhir dia dan bapanya di dalam hutan menerusi aplikasi WhatsApp kepada isterinya sebelum bateri telefon bimbitnya kehabisan pada pukul 3.30 petang, semalam.

Mustafa berkata, Adam dan bapanya, Adnan telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut di sini untuk menerima rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Resah suami, bapa mentua sesat dalam hutan sejak Khamis

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Seorang wanita resah suami dan bapa mentuanya dikhuatiri hilang selepas tersesat di kawasan hutan berhampiran kawasan Air Panas La, Hulu Besut, di sini, sejak kelmarin.

Nur Aliah Zamin, 20, berkata,suaminya, Adam Adnan, 25, mengikut bapanya Adnan Mohamad, 57, memasuki kawasan hutan terbabit untuk mencari akar kayu pada pukul 7 pagi, Khamis lalu.

“Mereka mahu mencari akar kayu untuk berubat. Dalam pukul 3 petang, kelmarin, saya dihubungi suami (Adam) memberitahu sudah tersesat.

“Begitupun suami memberitahu dia dan bapa mentua saya tidak berputus asas mencari jalan keluar dari hutan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Kampung La, di sini, hari ini.

Nur Aliah berkata, begitupun suami dan bapa mentua tetap gagal mencari jalan keluar biarpun sudah lebih tujuh jam berjalan kaki di dalam hutan itu.

Katanya, suami sempat menghubungi mahu bermalam di dalam hutan tersebut kerana sudah kepenatan sebelum berhasrat terus cuba mencari jalan keluar pada keesokan harinya.

“Kali terakhir kami dapat berhubung pada pukul 10 pagi semalam, dia (Adam) sempat menghantar kordinat kedudukan semasa mereka di dalam hutan terbabit.

“Begitupun, suami saya mula gagal dihubungi pada pukul 3.30 petang semalam menyebabkan kami sekeluarga panik dan memutuskan untuk memohon bantuan pihak berkuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

125 motosikal kena sita sebab buat bising, tunggang bahaya

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Perbuatan nakal segelintir penunggang motosikal termasuk sebahagiannya peserta sebuah acara permotoran membuat bising dan menunggang secara berbahaya di sekitar bandar raya ini membawa padah apabila mereka ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sebanyak 125 motosikal pelbagai jenis turut disita dalam operasi yang dijalankan di Padang Midin di sini dan pusat bandar raya ini.

“Kita menerima rungutan awam yang kurang senang tindakan segelintir penunggang motosikal yang kebanyakannya remaja menunggang motosikal secara berbahaya dan membuat bising di sekitar kawasan perumahan.

“Bandar raya ini juga menerima limpahan penunggang motosikal yang sebahagiannya menyertai sebuah acara permotoran pada hujung minggu ini,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, sebanyak 125 daripada 237 motosikal yang diperiksa dalam operasi terbabit telah disita Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, operasi sama juga telah mengeluarkan 447 keping notis kompaun trafik atas pelbagai kesalahan.

“Orang ramai terutama golongan remaja dinasihat sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan menjauhi aktiviti samseng jalanan.

“Ibu bapa juga digesa memantau aktiviti anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam gejala menyalahi undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Budak mahu ambil bola maut dirempuh lori

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang dikatakan mahu mengambil sebiji bola di tengah jalan maut akibat dirempuh sebuah lori di Kampung Surau Haji Daud, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.10 petang itu, mangsa yang merupakan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, lori yang dipandu seorang lelaki berumur 44 tahun dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Tok Dir, di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, pemandu lori tersebut gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

“Kanak-kanak berusia lapan itu dikatakan mahu mengambil sebiji bola yang terdapat di jalan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, mayat murid tahun dua terbabit telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tuesday, October 20, 2026

Peraturan hukuman tahanan rumah dalam fasa akhir digubal

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Jabatan Penjara kini dalam fasa akhir untuk menyiapkan penggubalan syarat dan peraturan hukuman tahanan rumah yang sebelum ini belum pernah dipraktikkan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia selaras permintaan Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang memutuskan keputusan tersebut terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 September lalu.

“Kita tidak pernah ada (hukuman tahanan rumah), jadi Jabatan Penjara diminta gubal peraturan yang kini dalam fasa akhir.

“Peraturan akan dilaksana apabila bayaran (denda) RM50 juta dibuat (oleh Najib),” katanya di Felda Tenang, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas meluncurkan program Kampung Angkat Madani Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin Nasution mengesahkan Najib masih belum melunaskan denda RM50 juta berkenaan.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah agar Najib diberi pengampunan bersyarat menjalani baki hukuman penjaranya menerusi tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028 dengan membayar denda RM50 juta. – KOSMO! ONLINE

Gadai barang kemas lebih RM87,000, masuk pelaburan palsu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu ghairah mahu mengaut untung sehingga RM25,000 dengan hanya bermodalkan RM450, seorang suri rumah kerugian RM87,975.04 selepas terjerat skim pelaburan tidak wujud di media sosial.

Tambah parah, mangsa yang berusia 63 tahun sanggup menggadai barang kemas miliknya semata-mata untuk menyertai skim pelaburan palsu tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas wanita itu tertarik dengan iklan satu skim pelaburan saham yang dilihatnya di Facebook pada pukul 10 pagi, 3 Oktober lalu.

“Mangsa kemudian menekan pautan yang diberikan sebelum dihubungkan dengan dua individu tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa mereka merupakan konsultan.

“Warga emas itu semakin berminat untuk menyertai skim pelaburan berkenaan apabila dimaklumkan ia menawarkan pulangan lumayan RM25,000 dalam masa empat jam dengan modal hanya RM450,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, wanita itu kemudian menyertai pelaburan tersebut dengan modal permulaan sebanyak RM450.

Beliau berkata, mangsa seterusnya diminta membuat bayaran tambahan kononnya wang proses, caj guaman dan bayaran tandatangan ketua pegawai eksekutif skim pelaburan tersebut.

“Mangsa juga diarahkan membayar sejumlah wang kononnya kos kesilapan nombor TAC (kod kebenaran transaksi) sebanyak enam kali sebelum menyedari dirinya tertipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE