Translate

Wednesday, February 29, 2012

Sindiket cetak DVD haram lumpuh

IPOH - Sindiket mencetak cakera video digital (DVD)  cetak rompak untuk edaran sekitar daerah Kampar lumpuh  berikutan serbuan di sebuah rumah dipercayai pusat pencetakan DVD haram di Tanjung Tualang, Kampar dekat sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, penguat kuasa  Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan,  Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak berjaya  menemui 1,144 DVD cetak rompak pelbagai judul.

Timbalan Ketua Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan  Penguatkuasaan, KDN cawangan Perak, Ahmad Nasrul Jalaludin berkata, antara filem terbaru yang turut dicetak rompak ialah Hantu Dalam Botol Kicap.

“Sebanyak 73 daripada DVD berkenaan dikenal pasti sebagai lucah. Serbuan turut merampas dua set penyalin DVD,  tujuh mesin pengimbas dan pencetak dan sebuah tele visyen.

“Jumlah rampasan dianggarkan berjumlah hampir  RM20,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad Nasrul berkata, risikan pihaknya mendapati sindiket berkenaan mula bergerak aktif mencetak dan me ngedarkan DVD cetak rompak untuk pasaran sekitar daerah  Kampar sejak hujung tahun lalu.

Menurut beliau, rumah terbabit dijadikan sebagai pusat  pencetakan DVD cetak rompak sebelum dijual di pasar  malam dan pasar pagi.

“Modus operandi mereka ialah membeli DVD asli sebelum  membuat salinan cetak rompak sebanyak mungkin.

“Mereka juga mengimbas kulit DVD yang mempunyai logo  hologram KDN dengan menggunakan kertas berkualiti ting gi bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Begitupun katanya, tiada tangkapan  dibuat memandangkan premis tersebut kosong semasa  serbuan dilakukan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (1) (c) Akta  Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan penjara mak simum tiga tahun, denda antara RM5,000 hingga RM30,000  atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tuesday, February 28, 2012

Orang mati masih terima bantuan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Sikap terlepas pandang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak yang masih menyalurkan bantuan kebajikan kepada individu yang sudah lama meninggal dunia mendapat teguran Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri.
Pengerusi PAC Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Raja Omar (gambar) berkata, Jabatan Audit negeri mendedahkan bantuan kebajikan berkenaan yang sepatutnya dihentikan itu selepas penerima meninggal dunia tetap disalurkan selama beberapa tahun.

"Ada kes yang waris tetap mendapat bantuan kebajikan bulanan walaupun penerima sudah meninggal dunia sejak 2004 lagi. Sebanyak sembilan kes dikesan di Ipoh, Taiping dan Manjung melibatkan peruntukan hampir RM9,000.

"Walaupun tidak melibatkan peruntukan besar tetapi ia tetap perlu diberi perhatian serius. Sehubungan itu, saya telah memanggil Pengarah JKM Perak untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan hari ini (semalam)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PAC Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Audit Perak, Datuk Seri Shamsiah Daud.

Raja Ahmad memberitahu, perjumpaan selama hampir dua jam itu mengenal pasti antara punca masalah itu berlaku kerana sikap tidak prihatin segelintir pegawai JKM peringkat daerah yang tidak mengemas kini data penerima.

Selain itu, pembayaran secara tunai kepada waris yang merahsiakan kematian penerima selama bertahun-tahun antara faktor ketirisan tersebut.

"Sehubungan itu, PAC Perak mencadangkan pembayaran secara tunai kepada waris dihentikan sebaliknya diganti dengan pembayaran melalui bank sepenuhnya.

"JKM negeri juga disaran lebih menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi memudahkan data penerima bantuan kebajikan dikemas kini," ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Raja Ahmad memberitahu, JKM juga memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin kepada kakitangannya yang terbukti lalai sehingga berlakunya kesilapan tersebut.

Thursday, February 23, 2012

Kaum Cina kurang minat program Tukar

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan Kepenggunaan menyeru lebih ramai peniaga kedai  runcit kaum Cina menyertai program Projek Transformasi  Kedai Runcit (Tukar).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  setakat ini penglibatan peniaga kaum tersebut dalam prog ram Tukar yang dilancarkan awal tahun lalu amat sedikit  iaitu hanya 7.5 peratus.

“Sambutan dingin di kalangan peniaga kedai runcit kaum  Cina dipercayai berpunca ekoran rasa tidak yakin dengan  program ini.

”Mereka lebih bersikap tunggu dan lihat sedangkan telah  banyak bukti kejayaan peserta program Tukar termasuk  daripada kaum mereka sendiri,” katanya selepas melan carkan program Tukar di Kedai Runcit Xin Dong Li, Jalan  Chung Thye Phin di sini kelmarin.

Ismail Sabri memberitahu, sebagai contoh, Xin Dong Li  yang dimiliki Thong Siang Mim, 37, mampu meningkatkan  keuntungan sehingga 200 peratus sehari sejak menyertai  program Tukar pada November lalu.

Wednesday, February 22, 2012

Festival dram bakal gegar Lumut malam ini

 IPOH - Selepas menghiburkan penduduk Taiping malam tadi, Festival Dram Dunia Royal Belum bakal menjelajah kira-kira 170 kilometer (km) ke barat daya Perak untuk menggegarkan bandar Lumut pula pada malam ini.

Pengurus Acara Kilauan Unggul E2 Events Sdn. Bhd., Ruzaini Abdul Razak berkata, persembahan dram pada jelajah kedua festival itu akan berlangsung di Dataran Putra, Lumut mulai pukul 8.45 malam.

"Orang ramai diseru membanjiri dataran terbabit untuk menyaksikan persembahan dram yang hebat lagi mengasyikkan selama sejam 15 minit.

"Kemasukan adalah percuma dan jelajah kali ini akan menampilkan enam kumpulan dram harmoni pelbagai negara," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ruzaini berkata, kumpulan dram terbabit ialah Natiq Rhythm dari Azerbaijan, Atenteben African Music and Dance Ensemble (Ghana), Saratuspersen (Indonesia) dan Bonita (Vietnam).

 Selain itu, beliau memberitahu dua kumpulan dram tem patan iaitu kumpulan drum Manjung dan Kuala Lumpur  Drum Corps (KLDC) juga bakal membuat persembahan  pembukaan.

“KLDC yang ditubuhkan oleh Raja Zainal Badri pada 2008  bukan calang-calang kumpulan dram dan berpengalaman  luas mengadakan pelbagai persembahan termasuk di pe ringkat antarabangsa,” katanya.

Penganjuran festival tersebut yang diadakan sempena  Tahun Melawat Perak 2012 itu bertujuan memperkenal  keindahan Taman Negeri Royal Belum, Gerik sebagai des tinasi pelancongan menarik lagi menghiburkan.

Festival Dram Dunia Royal Belum buka tirai di Taiping

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

 TAIPING – Festival Dram Dunia Royal Belum yang membuka tirainya malam tadi mendapat sambutan hangat daripada pengunjung di Taiping Sentral Mall di sini.

Lebih 1,000 orang membanjiri ruang legar kompleks beli-belah tersebut sejak lewat petang untuk menyaksikan persembahan hebat paluan dram berharmoni yang julung-julung kali diadakan itu.

Kebanyakan mata pengunjung mula terpukau sebaik sahaja Kumpulan Gendang Serunai Batu Kurau yang dianggotai anak tempatan merasmikan pentas persembahan pembukaan tepat pukul 8 malam.

Suasana semakin hangat apabila kumpulan Bonita dari Vietnam yang turut dianggotai beberapa gadis jelita mengambil alih pentas.
 Beberapa pengunjung tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan bertenaga kumpulan Natiq Rhythm daru Azerbaijan.

Selepas itu, kumpulan Absolute Thailand (Thailand) pula menampilkan  persembahan dram mereka.

Setiap kumpulan dram berharmoni terbabit telah mem persembahan kebudayaan dan irama dram dari negara  masing-masing untuk santapan telinga pengunjung.

Pengurus Acara Kilauan Unggul E2 Events Sdn. Bhd.,  (Kilauan Unggul E2 Events), Ruzaini Abdul Razak berkata,  pihaknya teruaja dengan sambutan memberangsangkan penduduk bandar ini terhadap penganjuran Festival Dram Dunia Royal Belum itu.

"Ia menjadi pembakar semangat kepada setiap kumpulan dram yang terlibat untuk mempersembahkan pertunjukan lebih bertenaga di empat lokasi menyusul selepas ini," katanya/

200 penduduk berpindah

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

 IPOH – Lebih 200 penduduk dari 55 buah keluarga di Gugusan Manjoi, Taman Lim dan Buntong di sini terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara akibat kejadian banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

Kesemua mereka dipindahkan ekoran air di beberapa batang sungai antaranya Sungai Pari dan Sungai Tapah melimpahi tebing.

Kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Tengku Hussein dan Dewan Orang Ramai Kampung Manjoi di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, berkata, banjir yang terburuk di kawasan berkenaan sejak 2007 itu disebabkan hujan lebat luar biasa selama tujuh jam bermula pukul 2 pagi.

“Paras tiga sungai berdekatan iaitu Sungai Tapah, Sungai Pinji dan Sungai Pari telah meningkat mendadak akibat kuantiti air hujan yang banyak tersebut.

“Limpahan air sungai berkenaan kemudiannya telah membanjiri kawasan perumahan berkenaan sehingga 0.9 meter,” katanya selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Manjoi di sini semalam.

 Zambry memberitahu, dua pusat pemindahan telah dibuka iaitu di Kompleks Serbaguna  Manjoi  dan Dewan Orang Ramai Buntong

"Semua agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dikerahkan untuk membantu mangsa  banjir ," katanya.

Festival Dram Dunia Royal Belum gegar Taiping malam ini

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Lima kumpulan  dram  berharmoni kini sudah bersedia untuk mempersembahkan kehebatan masing-masing pada  Festival   Dram   Dunia  Royal Belum di Taiping Sentral Mall, Taiping yang bermula malam ini.

Pengurus Acara Kilauan Unggul E2 Events Sdn. Bhd. (Kilauan Unggul E2 Events), Ruzaini Abdul Razak berkata, jelajah sulung sempena  festival  itu akan disertai kumpulan Bonita dari Vietnam, Kelab Malwa Sabhyacharak (India), Natig Rhythm (Azerbaijan) dan Absolute Thai (Thailand).

"Selain itu, anak tempatan yang menganggotai kumpulan  dram  Taiping turut akan menunjukkan bakat mereka.

"Setiap kumpulan  dram  dari pelbagai negara itu akan menunjukkan kebudayaan dan irama  dram  dari negara masing-masing untuk santapan telinga pengunjung," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sebagai contoh, Ruzaini memberitahu, Natig Rhythm bakal mempersembahkan pertunjukan pukulan  dram  yang bertema gabungan irama Azerbaijan klasikal dan kontemporari jazz.

Menurut beliau, setiap kumpulan  dram  berkenaan dianggotai seramai 11 sehingga 20 pemain  dram  profesional yang kerap membuat pertunjukan di peringkat antarabangsa.

"Jelajah sulung persembahan  dram  terbabit di Taiping Central Mall akan berlangsung selama sejam bermula pukul 8 malam.

"Setiap kumpulan akan membuat persembahan selama 15 minit dan ia diadakan di ruang legar kompleks membeli-belah itu yang mampu memuatkan kira-kira 1,000 pengunjung," katanya.

Penganjuran  festival  tersebut yang diadakan sempena Tahun Melawat Perak 2012 bertujuan memperkenal keindahan Taman Negeri Royal Belum, Gerik sebagai destinasi pelancongan menarik lagi menghiburkan.

Info Atur Cara Festival Dram Dunia Royal Belum

21 Februari 2012 (Selasa)
Persembahan Dram
Masa : 8 malam - 9 malam
Lokasi : Taiping Sentral Mall, Taiping

22 Februari 2012 (Rabu)
Persembahan Dram
Masa : 8.45 malam - 10 malam
Lokasi : Dataran Putra, Lumut

23 Februari 2012 (Khamis)
Persembahan Dram
Masa : 4 petang - 5.30 petang
Lokasi : Laman Budaya, Kuala Kangsar

25 Februari 2012 (Sabtu)
Malam Gala Festival Drum Dunia Royal Belum
Masa : 8.45 malam - 11.30 malam
Lokasi : Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Ipoh.

26 Februari 2012 (Ahad)
Majlis Penutup
Masa : 8.45 malam - 11.45 malam
Lokasi : Padang Lapangan Terbang Gerik

Monday, February 20, 2012

Festival Dram Dunia Royal Belum gegarkan Perak

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

 IPOH – Buat julung-julung kalinya, sebanyak 13 kumpulan dram terkenal tempatan dan luar negara akan menjelajah sekitar Perak sempena Festival Dram Dunia Royal Belum selama lima hari bermula esok.

Pengurus Acara Kilauan Unggul E2 Events Sdn. Bhd. (Kilauan Unggul E2 Events), Ruzaini Abdul Razak berkata, lokasi yang dikunjungi oleh kumpulan dram terbabit ialah Taiping, Lumut, Kuala Kangsar, Ipoh dan Gerik.

“Penjelajahan ke lima tempat strategik di Perak itu bertujuan memberi peluang seramai mungkin penduduk negeri ini menikmati keunikan persembahan dram tersebut.

“Festival anjuran kerajaan negeri Perak melalui Tourism Perak dengan kerjasama Kilauan Unggul E2 Events ini bakal bermula di lokasi pertama iaitu Taiping Sentral Mall, Kamunting, Taiping Selasa ini (esok) dari pukul 8 malam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ruzaini berkata, selain persembahan dram di dalam kompleks beli-belah Taiping Sentral Mall terbabit, semua persembahan dram di empat lokasi lain dilakukan di pentas terbuka.

Menurut beliau, orang ramai akan dihiburkan dengan kebudayaan dan irama dram pelbagai negara termasuk Eropah, Afrika dan Amerika Selatan pada setiap persembahan termasuk acara kemuncak festival tersebut yang akan turut dihadiri Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Padang Lapangan Terbang Gerik pada Ahad ini.

“Selain tiga kumpulan dram terkenal tempatan, sebanyak 10 kumpulan dari Brazil, Jepun, Ghana, India, Indonesia, Thailand, Singapura, Azerbaijan, Korea Selatan dan Vietnam telah mengesahkan penyertaan.
“Setakat ini kumpulan Kelab Malwa Sabhyacharak dari India telah sampai di Perak pada awal pagi tadi (semalam) dan akan disusuli kumpulan-kumpulan lain selewat-lewatnya pagi lusa (Selasa),” katanya.

Sehubungan itu, Ruzaini menyeru orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan festival dram dunia terabit dan kemasukan bagi semua lokasi yang dijelajahi kumpulan dram berkenaan adalah percuma.

Penganjuran festival tersebut diadakan sempena Tahun Melawat Perak 2012 yang bertujuan memperkenal keindahan Taman Negeri Royal Belum, Gerik yang berusia jutaan tahun sebagai destinasi pelancongan menarik lagi menghiburkan.

Saturday, February 18, 2012

Rumah jarang duduk bil tinggi

 MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

BAGAN SERAI - Seorang penduduk kampung terkejut bil elektrik rumah yang jarang didudukinya melambung di Kampung Lubuk Buntar, Se  manggol dekat sini semalam.

Roslan Arshad, 47, mendakwa bilnya melambung tinggi sejak meter bacaan ditukar pihak   Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa pengetahuannya pada empat bulan lalu.

"Bil saya melambung sehingga lebih RM300 sebulan berbanding cuma RM30 dalam tempoh sama sebelum ini," ujarnya di sini semalam.

Menurut Roslan, biasanya rumah berkenaan hanya didiami purata 15 hari sebulan memandangkan dia dan keluargannya menetap di rumah lain di Taman Berkat, Taiping dekat sini.

“Hari lain, rumah itu tidak berpenghuni. Sebelum ini purata bil cuma RM30. Namun bil mula naik sejak meter bacaan ditukar pada Oktober lalu.

“Saya boleh terima lagi apabila caj bulan   pertama dan kedua masing-masing RM67.36 dan RM73.62  tapi pada bulan lalu, bil melambung sehingga RM343.10,” dakwanya.

Tambah Roslan, perincian bil yang diterima pada 28   Januari lalu itu menunjukkan caj semasa cuma RM139.58 sementara baki RM203.50 pula dikelaskan sebagai Pelbagai.

Dia seterusnya mendakwa, Pejabat TNB Parit Buntar memberitahu caj RM203.50 merupakan anggaran penggunaan tenaga elektrik yang tidak dicaj sebelum meter bacaan rumahnya ditukar.

“Setelah didesak, pegawai TNB akhirnya datang ke rumah saya dan mendapati meter bacaan digital sebenarnya bermasalah," dakwanya.

Roslan mendakwa, walaupun dijanjikan penukaran meter bacaan baru dalam masa terdekat namun dia masih perlu membayar caj RM203.50.

“Saya tidak akan bayar caj pelbagai itu  yang terbukti kesilapan bukan disebabkan kami sekeluarga. Ini tidak adil kepada saya sebagai pengguna,” dakwanya.

Friday, February 17, 2012

Peniaga berang pengurusan koperasi tidak cekap

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

TAIPING - Lebih 80 peniaga  pasar   malam  dan harian  Kamunting  berhampiran Hentian Bas Ekspres  Kamunting  di sini semalam berpiket membantah ketidakcekapan pihak pengurusan yang didakwa menyebabkan mereka kerugian.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga  Pasar   Malam  dan Harian  Kamunting , Ramlan Rasul, 51, mendakwa pengurusan tapak berniaga terbabit kelam-kabut sejak diambil-alih Koperasi Usahawan  Pasar   Malam  dan Harian Larut Matang Berhad sejak pertengahan tahun lalu.

"Mula-mula pengurusan naikkan sewa tapak daripada 50 sen kepada RM2 sehari dan kemudian kecilkan saiz tapak jualan daripada 3.05 meter x 3.05 meter kepada 1.83 meter x 0.91 meter semata-mata untuk membawa masuk lebih ramai peniaga.

"Sudahlah kena berniaga berhimpit-himpit, kutipan sampah pula tidak teratur menyebabkan persekitaran tapak  pasar  kotor," dakwa ketika ditemui Kosmo! selepas mengadakan piket bantahan di kawasan tapak  pasar  berkenaan dekat sini semalam.

 Pasar   malam  dan harian  Kamunting  kini mempunyai hampir 600 peniaga dan dibuka pada setiap Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad.

Seorang lagi peniaga, Aziz Buah, 51, yang mencari rezeki di  Pasar   Malam   Kamunting  sejak 37 tahun lalu mendakwa permasalahan itu secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada majoriti peniaga di kawasan itu.

"Persekitaran kurang memuaskan itu dibimbangi akan menjejaskan kehadiran pelanggan. Sudahlah kadar sewa makin tinggi, tertekan kami.

"Bukan tidak pernah adu dan bincang dengan pengurusan Koperasi Usahawan  Pasar   Malam  dan Harian Larut Matang Berhad tapi macam mencurah air di daun keladi sahaja," dakwanya.

Sementara itu, Setiausaha Koperasi Usahawan  Pasar   Malam  dan Harian Larut Matang, Azhari Mat Yusoff yang ditemui enggan mengulas dan memberitahu pengurusan koperasi hanya membuat kenyataan balas berhubung isu itu dalam masa terdekat.

Kesedaran insurans rakyat Malaysia rendah

IPOH - Kesedaran rakyat Malaysia terhadap keperluan mempunyai perlindungan  insurans  terutama  insurans   hayat  masih rendah iaitu sekitar 43 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (M) Berhad (Great Eastern), Datuk Koh Yaw Hui berkata, kebanyakan individu yang tidak dilindungi  insurans  terdiri daripada kaum Melayu yang meliputi kira-kira 61 peratus penduduk Malaysia.

"Sebagai perbandingan, negara Taiwan yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang sama dengan Malaysia, setiap rakyatnya mempunyai purata dua perlindungan  insurans  manakala cuma 4.3 daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai perlindungan  insurans ," katanya selepas majlis perasmian Wisma Great Eastern oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di Greentown Avenue di sini semalam.

Sementara itu, beliau yakin pertumbuhan industri insurans tempatan terutama takaful bakal berkembang baik biarpun berhadapan ramalan kemungkinan ekonomi global tidak menentu tahun ini.

Friday, February 10, 2012

Dua lelaki bunuh 'ustaz' diarah bela diri

IPOH - Dua daripada empat tertuduh kes bunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini pada 11 November 2008 diarah membela diri pada akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

K. Nanda Kumar, 26, dan N.  Yugaraja , 34, dari Kampung Baru, Jelapang di sini dituduh membunuh Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, dalam kejadian samun di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pukul 6.58 pagi.

Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim memerintahkan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan.

Begitupun, dua lagi tertuduh iaitu N. Ganeson, 26, dari Rumah Murah, Jelapang dan M. Tayalan, 36, dari Kampung Razak, Jalan Kuala Kangsar dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.

Siew Khim dalam penghakiman bertulisnya berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keterangan saksi pendakwaan termasuk rakan sekerja, Mohd. Khairuddin yang turut menyaksikan pembunuhan terhadap mangsa.

Beliau menetapkan tempoh enam hari bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan untuk Nanda Kumar dan  Yugaraja  yang diwakili peguam Rajit Gill mengemukakan saksi pembelaan.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, dalam kejadian tersebut, Mohd. Khairuddin atau lebih dikenali sebagai 'ustaz' oleh rakan-rakan setugasnya sedang bersiap meninggalkan stesen minyak berkenaan selepas hampir tamat waktu bekerja pada pukul 7 pagi.

Bagaimanapun, kumpulan perompak tiba-tiba masuk ke stesen minyak itu dan cuba mengambil wang di kaunter menyebabkan mangsa cuba menghalang perbuatan perompak itu.

Tindakan mangsa mengundang padah selepas salah seorang daripada mereka menetak tengkuk dan tangan kanan mangsa.

Keempat-empat perompak itu kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta bersama wang RM1,000 yang disamun.

Sindiket ekstasi RM9.2 juta tumpas

 Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis pil ekstasi dipercayai antara yang terbesar di Lembah Kinta tumpas dalam serbuan polis di Malim Nawar, Kampar dekat sini pada 3 Februari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah di Taman Malim Permai, Malim Nawar itu pihaknya berjaya merampas dadah bernilai hampir RM9.2 juta.

"Sebanyak 46.2 kilogram serbuk disyaki ekstasi yang mampu menghasilkan 462,000 pil dadah jenis sama berjaya dirampas.

"Seorang wanita berusia 31 tahun dipercayai anggota sindiket yang bersendirian di dalam rumah itu semasa serbuan turut diberkas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

Menurut Mohd. Shukri, dalam serbuan itu polis turut merampas 126 gram dadah jenis ketamin, dua botol plastik mengandungi asid, alat penimbang, ketuhar gelombang mikro, bahan penampal dan beberapa peralatan memproses pil ekstasi.

Katanya, sebuah kereta jenis Toyota Vios milik suspek yang dianggarkan bernilai RM40,000 turut disita dalam serbuan tersebut.

"Siasatan awal polis mendapati sindiket ini telah bergerak aktif memproses dan mengedarkan pil ekstasi di sekitar Ipoh, Kampar, Batu Gajah dan Tapah sejak dua bulan lalu.

"Suspek yang belum pernah mempunyai rekod jenayah lampau telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok (hari ini)," katanya.

Mohd. Shukri memberitahu, polis kini memburu saki baki anggota sindiket tersebut yang dipercayai telah melarikan diri selepas serbuan di makmal dadah terbabit.

Ujarnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka yang bersalah, jelasnya, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Thursday, February 2, 2012

Sambutan Capgome di Perak pada 5, 6 Februari

IPOH - Orang ramai terutamanya di sekitar Perak di jemput untuk memeriahkan sambutan Capgome peringkat  negeri pada 5 dan 6 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangu nan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak,  Datuk Hamidah Osman berkata, program kebudayaan Cina  itu akan berlangsung di pekarangan Tokong Kwan Yin Tong,  Jalan Gopeng di sini.

Beliau berkata, sambutan Capgome yang diadakan dari  pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang dua hari  tersebut dianjurkan kerajaan negeri Perak dengan ker jasama enam badan bukan kerajaan (NGO) Cina tempatan.

“Perayaan yang disambut pada hari ke-15 selepas sam butan Tahun Baru Cina ini telah dimasukkan sebagai salah  satu acara pelancongan sempena Tahun Melawat Perak  (TMP) 2012.

“Kita jangka sekurang-kurangnya 20,000 pengunjung ber bilang kaum akan memeriahkan sambutan Capgome pe ringkat negeri yang julung kali diadakan ini,” katanya dalam  sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Jangan beri wang zakat semata-mata

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Raja Muda Perak, Raja Dr.  Nazrin  Shah menyarankan program pembasmian kemiskinan dalam kalangan umat Islam tidak seharusnya bergantung kepada pengagihan wang  zakat  semata-mata.

Sebaliknya, baginda meminta supaya dilaksanakan pendekatan yang lebih menyeluruh melibatkan pembangunan iman, rohani dan minda golongan miskin terbabit.

"Zakat hanya satu daripada komponen syariat Islam dan ia kurang berkesan menangani isu kemiskinan jika berfungsi secara isolasi (bersendirian).

"Kemiskinan tidak wajar diukur berdasarkan kebendaan semata-mata tetapi wajib ditinjau daripada sudut iman, rohani dan minda," titah baginda ketika mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ke-178 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini semalam.

Terdahulu, Raja  Nazrin  menganugerah watikah pelantikan ahli-ahli MAIAMP baharu antaranya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Shaharudin Nazari dan Ketua Pengarah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Dr. Abd. Malek Awang Kechil.

Raja  Nazrin  bertitah, golongan miskin yang lemah minda, rohani dan iman sukar dibangunkan sahsiah diri mereka sekali gus menyebabkan mereka terus kekal dalam kemiskinan biarpun sering menerima bantuan material.

"Bantuan zakat adalah bukan untuk selama-lamanya tetapi pemangkin kepada pembinaan upaya yang memerdekakan insan hingga akhirnya mereka berupaya berdikari.

"Program zakat yang berjaya mampu mengurangkan bilangan ummah yang terpaksa bergantung kepada bantuan  zakat  dan pada masa sama dapat melahirkan lebih ramai pembayar zakat," titah baginda.

Kerja keras, bersatu padu kunci kejayaan BN

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Bekerja keras dengan strategi tepat dan semangat bersatu padu merupakan dua kunci utama yang digariskan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib  Tun Razak bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat menerajui negara.

Beliau berkata, dua perkara tersebut perlu menjadi pegangan semua anggota komponen BN bagi membolehkan parti memerintah itu mantap sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU).

"Ini bukan sahaja terpakai kepada  MCA  tetapi juga kepada UMNO, Gerakan, MIC dan semua parti komponen BN lain di seluruh negara. Kita perlukan BN yang bersatu padu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak  di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Presiden  MCA , Datuk Seri Chua Soi Lek dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Sehubungan itu, Najib berkata, semua anggota komponen perlu bekerja keras memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan terus meningkat demi kejayaan BN.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, rakyat perlu terus diyakinkan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bukan sahaja mempunyai wawasan masa depan untuk negara tetapi juga berkesan untuk mencapai cita-cita besar itu.