SAMBUTAN Ramadan menggamit pengurusan Bandar Sunway Tambun di Ipoh, Perak untuk memasang dekorasi berwarna-warni bertemakan bulan yang mulia bagi umat Islam.
Tinjauan Kosmo! mendapati persimpangan masuk ke taman perumahan tersebut dihiasi dengan replika kubah masjid bagi menggambarkan kemuliaan Ramadan .
Dekorasi tersebut turut dilengkapi model kanak-kanak lelaki dan perempuan yang masing-masing lengkap berbusana baju Melayu dan baju kurung.
Malah suasana malam di sepanjang jalan di taman perumahan yang turut menempatkan taman tema air, The Lost World of Tambun dan pasar raya besar berkenaan makin meriah dan bergemerlapan dengan pemasangan lampu hiasan berbentuk wau dan bintang.
Translate
Showing posts with label Kemeriahan Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Kemeriahan Ramadan. Show all posts
Thursday, July 26, 2012
Dekorasi Ramadan jadi tarikan Sunway Tambun
Sunday, July 22, 2012
Awal Ramadan di Ipoh lebih meriah tahun ini
IPOH - Awal Ramadan yang kebetulan jatuh pada hujung minggu memberi kesempatan kepada warga bandar raya ini membuat persiapan membeli barangan harian untuk bersahur dan berbuka puasa.
Tinjauan Kosmo! Ahad di Pasar Besar Ipoh, Pasar Jelapang, dan Pasar Gunung Rapat di sini semalam mendapati ia sesak dengan orang ramai yang mencari barangan keperluan seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.
Permintaan terhadap sayur, timun, betik dan buah kabung yang sering menjadi pilihan utama sajian pencuci mulut penduduk tempatan sewaktu berbuka puasa juga laris dijual.
Seorang pengunjung Pasar Besar Ipoh, Rohani Muhammad, 33, dari Taman Jati di sini berkata, hari pertama Ramadan yang jatuh pada Sabtu memudahkan dia membeli keperluan dapur bagi menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga yang lebih istimewa berbanding hari biasa.
Ramli Samsuddin, 45, dari Silibin di sini pula berkata, selain barang keperluan keluarga, dia turut membeli bahan membuat kuih untuk disedekahkan sebagai moreh di surau berhampiran rumahnya.
Sementara itu, seorang peniaga, Ahmad Zawawi Abdul Rahimi memberitahu, buah kabung yang biasanya dicampurkan dalam minuman merupakan antara yang mendapti sambutan daripada pelanggan setiap kali menjelang Ramadan.
Katanya, dia mampu menjual sehingga dua tan manisan itu tahun lalu.
Sementara itu, seorang peniaga, Ahmad Zawawi Abdul Rahimi memberitahu, buah kabung yang biasanya dicampurkan dalam minuman merupakan antara yang mendapti sambutan daripada pelanggan setiap kali menjelang Ramadan.
Katanya, dia mampu menjual sehingga dua tan manisan itu tahun lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

