Translate

Thursday, November 23, 2023

Pekerja gudang dituduh bunuh diarah buat pemeriksaan psikiatri

 

KUALA TERENGGANU – Pekerja gudang yang didakwa membunuh seorang pemandu kereta sewa pada bulan lalu diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatri oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

 Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri mengarahkan tertuduh, Muhammad Hanif Mohd. Rosli, 29, melakukan pemeriksaan tersebut di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru. 

 Beliau juga memerintahkan sebutan semula kes berkenaan pada 19 Oktober depan. 

 Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Hanif didakwa membunuh mangsa, Mohd. Latif Idris, 51, di dalam sebuah kereta sewa di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus.

 Kejadian itu didakwa dilakukan antara pukul 10.09 malam hingga 10.56 malam pada 10 Ogos lalu. 

 Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. 

 Kosmo! pada 12 Ogos lalu me laporkan penemuan mayat Mohd. Latif dalam keadaan berlumuran darah dan kesan tikaman pada bahagian leher di tempat duduk belakang kereta sewa miliknya. 

Sebelum itu, kereta sewa berkenaan dipandu secara melawan arus oleh Muhammad Hanif sehingga melanggar beberapa kenderaan lain. 

No comments:

Post a Comment