MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu buat julung kalinya melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa melalui proses pilihan raya dalam kalangan wanita hari ini.
Speaker DUN Terengganu, Yahaya Ali berkata, pelantikan Zuraida Md. Noor, 38, yang juga Pengarah Ameerah Pas Terengganu selaras dengan Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu.
"Sewaktu Pas memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, kita telah membuat tambahan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang membolehkan tidak lebih empat wakil dalam kalangan wanita dan bukan Islam dilantik sekiranya golongan itu tiada di dalam DUN.
"Kali ini kita lantik (wakil) wanita dahulu sebagai ADUN bagi memperjuangkan isu-isu melibatkan golongan itu walaupun tidak bertanding (dalam pilihan raya)," katanya pada sidang akhbar selepas pelantikan Zuraida pada Sidang DUN Terengganu ke-14 di sini hari ini.
Dalam majlis sama, Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh turut dilantik sebagai Senator oleh DUN Terengganu.
Yahaya berkata, sebagai ADUN lantikan, Zuraida berhak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di dalam DUN Terengganu seperti bertanya soalan lisan dan bertulis dan berbahas namun tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan undian. - K! ONLINE
Translate
Friday, November 30, 2018
APMM tahan dua nelayan Vietnam tangkap ikan tanpa permit
KUALA TERENGGANU - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki mengupah awak-awak warga Vietnam tanpa permit di perairan Kuala Terengganu dekat sini kelmarin.
Bot nelayan laut dalam jenis C2 itu ditahan Kapal Maritim (KM) Bagahak pada kedudukan 37.2 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu kira-kira pukul 8.30 pagi.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot nelayan yang mencurigakan terbabit telah ditahan KM Bagahak yang sedang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.
"Pemeriksaan mendapati dua nelayan warga Vietnam berusia 25 dan 33 tahun yang menjadi awak-awak bot terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah. Permit kebenaran menangkap ikan oleh Jabatan Perikanan yang dimiliki bot nelayan tempatan itu juga meragukan," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Muhammad Suffi berkata, pasukan penguat kuasa APMM telah bertindak menyita bot dan minyak diesel dimiliki yang dianggarkan bernilai RM1 juta sebelum menundanya ke Jeti Pejabat Maritim Daerah Kuala Terengganu di sini.
Menurut beliau, dua nelayan warga Vietnam itu ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963.

Thursday, November 29, 2018
Curi tong gas isteri
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Gara-gara mencuri sebuah tong silinder gas petroleum cecair (LPG) dan dua kampit beras milik isterinya pada minggu lalu, seorang buruh dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Mohd. Rizal Moharapi, 34, yang berasal dari Seberang Takir, Kuala Nerus membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa, Asisten Superintendan L. Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Rizal didakwa mencuri sebuah tong gas jenama Petronas dan dua kampit beras milik isterinya, Suzilawati Ja'afar, 32, di rumah wanita itu di Taman Batin Perdana, Kuala Nerus pada 15 November lalu.
Tertuduh kemudiannya didakwa telah menjual dua barangan curi itu di sebuah kedai runcit berhampiran dengan harga RM100.
Mohd. Rizal didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Rumah pusaka terakhir Tanjung dirobohkan
KUALA TERENGGANU - Sebuah rumah pusaka dikatakan berusia lebih 100 tahun di Kampung Tanjung di sini yang menjadi satu-satunya kediaman masih tinggal di bekas perkampungan nelayan tersebut akhirnya dirobohkan pihak berkuasa semalam.
Pemilik rumah tersebut, Wan Mokhtar Wan Yusof, 64, sebelum ini enggan berganjak bagi memberi ruang kepada pembangunan yang sedang rancak berlangsung di kawasan berkenaan walaupun telah diberi notis pengosongan premis sejak awal tahun ini.
Tindakan merobohkan rumah tradisional itu menggunakan dua jentolak dengan pemantauan pegawai Pejabat Tanah dan Galian Terengganu pada pukul 9 pagi dan selesai sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian.
Proses merobohkan rumah pusaka yang dikatakan dibina pada sekitar tahun 1900-an hampir terganggu akibat sedikit kekecohan berikutan Wan Mokhtar tidak berpuas hati dengan tindakan itu.
Wan Mokhtar tetap dengan pendirian enggan mengosongkan kediamannya walaupun diberi notis terbaharu pada tiga hari lalu kerana tidak berpuas hati dengan pampasan RM20,000 dijanjikan kerajaan negeri Terengganu dianggap tidak setimpal sebaliknya menuntut ganti rugi RM20 juta.
"Walaupun telah dirobohkan, saya tetap akan menuntut hak terhadap rumah ini dan kes ini masih berjalan di mahkamah," luahnya di Kampung Tanjung di sini semalam.
Kampung Tanjung yang terletak berhampiran muara Sungai Muara kini rancak dengan pembangunan termasuk pembinaan jambatan angkat, Pusat Konvensyen Kuala Terengganu dan Mayang Mall.
Kisah rumah pusaka tersebut pernah tular di media sosial sejak awal tahun ini.
Wan Mokhtar memberitahu, rumah yang didiaminya diwarisi daripada Allahyarham ayahnya, Wan Yusof Wan Abdul Kadir yang dibeli daripada ibu saudaranya bernama Wan Mek Wan Yaacob pada tahun 1977.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan tindakan kerajaan negeri merobohkan rumah pusaka milik keluarga Wan Mokhtar terbabit kerana ia dibina di tanah kerajaan.

Tuesday, November 27, 2018
Pelajar tahfiz mati lemas dalam tali air
KUALA NERUS – Kegembiraan tujuh remaja mandi-manda di sebatang tali air bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas dalam kejadian di Kampung Padang Air, Tepoh di sini kelmarin.
Mayat Ahmad Muhaimin Mohd. Abdul Razip (gambar kecil), 13, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9.20 malam.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd. Mazimi Mohamad berkata, Ahmad Muhaimin dan enam rakannya dilaporkan datang ke tali air itu untuk mandi kira-kira pukul 6 petang.
Beliau berkata, remaja tersebut bagaimanapun dipercayai hanyut dibawakan arus deras ketika sedang mandi bersama rakannya.
“Rakan mangsa cuba menyelamatkannya namun gagal sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada penduduk kampung.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Kuala Nerus kemudian bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat pada pukul 6.02 petang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Mohd. Marmizi berkata, mayat Ahmad Muhaimin ditemui di dasar tali air tersebut kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Monday, November 26, 2018
PIBG disaran kendalikan sambutan Hari Guru
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyarankan sambutan Hari Guru peringkat sekolah di negeri ini dikendalikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mulai tahun depan.
Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik JPNT, Wan Zuraidi Wan Zaid berkata, pendekatan itu bertujuan memberi lebih makna terhadap penganjuran sambutan Hari Guru yang sebelum ini diuruskan sepenuhnya dalam kalangan cikgu sendiri.
“Sebelum ini, sambutan Hari Guru biasanya diuruskan sepenuhnya cikgu-cikgu. Merekalah yang memikirkan atur cara seminggu sebelum program.
“Oleh itu, mulai tahun depan, JPNT saran penganjuran sambutan Hari Guru diambil alih PIBG dengan kerjasama murid agar lebih bermakna,” katanya ketika merasmikan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Padang Midin di sini semalam.

Sunday, November 25, 2018
Sebak anak meninggal dunia sebelum sempat terima skrol
KUALA NERUS – Seorang ibu mencuri tumpuan selepas tidak mampu melangkah naik ke atas pentas untuk menerima skrol diploma anak bongsunya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Sidang Keenam Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke- 10 di sini semalam.
Kesedihan Maznah Budin, 62, telah memaksa beliau meminta anak perempuannya, Suriati Rosli, 35, mewakilkan dirinya untuk menerima skrol Diploma Pengajian Bank secara anumerta bagi pihak arwah Hanis Danial, 20.
Ibu kepada enam anak itu ketika ditemui selepas majlis konvokesyen berkata, dirinya masih terkenang arwah anaknya yang meninggal dunia selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Semarak, Kuala Nerus pada 1 Mac lalu.
“Sewaktu kejadian, Allahyarham berada pada tahun akhir pengajian. Memang hajat saya sekeluarga dari awal untuk menghadiri majlis konvokesyen Allahyarham yang merupakan terakhir bagi keluarga.
Hari ini (semalam) kami datang dari Kuala Nerang, Kedah untuk tunaikan janji itu walaupun beliau sudah tiada lagi,” katanya yang tidak dapat meneruskan kata-kata kerana terlalu sedih.
Maznah berkata, Hanis Danial merupakan seorang yang sangat meminati seni lakonan dan menganggotai kumpulan teater, Anjung Kreatif di UniSZA.
Menurut beliau, seminggu sebelum anaknya meninggal dunia, arwah sempat pulang ke kampung di Kampung Tanjung Mukim Pedu, Kuala Nerang selepas menyertai program teater di Pulau Pinang.
“Itulah kali terakhir saya menemuinya. Sebelum pulang semula ke kampus, dia sempat berpesan agar saya hadir ke majlis konvokesyennya.
“Beliau juga sempat berseloroh saya sekeluarga mungkin perlu datang awal ke kampus UniSZA, Gong Badak di sini untuk mengambil barang-barang (peribadinya). Tak sangka itu petanda pemergiannya,” katanya.

Saturday, November 24, 2018
Kawasan air terjun Terengganu bebas wabak kencing tikus
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
HULU TERENGGANU – Semua kawasan air terjun yang terdapat di hutan lipur Terengganu termasuk Taman Eko Rimba Sekayu dekat sini bebas daripada wabak leptospirosis atau kencing tikus.
Pengarah Perhutanan Terengganu, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid (gambar kecil) berkata, pihaknya telah mengambil pendekatan proaktif menjalin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk melakukan pemantauan berkala di enam kawasan air terjun yang menjadi tumpuan ramai di negeri ini.
“Berdasarkan ujian sampel air yang diambil Jabatan Kesihatan negeri pada setiap bulan mendapati, semua kawasan air terjun berkenaan bebas daripada wabak kencing tikus.
“Selain Taman Eko Rimba Sekayu, pemeriksaan itu turut meliputi Lata Tembakah dan Belatan, Besut; Chemerong dan Rimba Bandar Bukit Bauk, Dungun serta Hutan Lipur Air Menderu, Kemaman,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman melakukan lawatan kerja di Taman Eko Rimba Sekayu di sini semalam.
Ahmad Fadzil berkata, Jabatan Perhutanan negeri sebagai pihak bertanggungjawab mengambil cakna tentang kebersihan di kawasan air terjun berkenaan memperuntukkan RM20,000 setahun bagi tujuan penyelenggaraan di setiap lokasi tarikan pelancongan terbabit.
Begitupun, beliau berharap keprihatinan pengunjung tentang amalan kebersihan di kawasan riadah terlibat yang kini berada pada paras 60 peratus dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Ahmad Fadzil memberitahu, Jabatan Perhutanan dengan kerjasama kerajaan negeri juga akan membentangkan Rancangan Pengurusan Hutan Lipur Terengganu pada tahun hadapan.
Beliau berkata, ia bertujuan bagi memastikan kelestarian pengurusan kawasan air terjun terbabit untuk meningkatkan kunjungan pelancong ke lokasi berkenaan.
“Setakat ini, bilangan pengunjung ke hutan lipur menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun seperti Taman Eko Rimba Sekayu ini dikunjungi 40,000 orang pada tahun ini berbanding 21,000 orang pada tahun lalu.
“Kesemua enam kawasan air terjun itu hanya akan beroperasi selama lapan bulan tahun ini dan ditutup atas faktor keselamatan sepanjang musim tengkujuh dari bulan ini hingga Februari depan,” katanya.

Friday, November 23, 2018
Dana Wakaf UniSZA berkembang pesat
UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi antara institusi pengajian tinggi awam tempatan yang muncul sebagai perintis kepada kewujudan dana wakaf pendidikan di negara ini pada kira-kira dua tahun lalu.
Perkongsian pintar antara pengurusan universiti itu dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mencetuskan penubuhan Dana Wakaf UniSZA pada 1 Ogos 2016.
Dana wakaf pendidikan terbabit kemudiannya telah dirasmikan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA pada 21 Oktober 2017.
Pengarah Wakaf dan Infaq UniSZA, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan berkata, penubuhan Dana Wakaf UniSZA mengambil inspirasi daripada sistem yang telah dilaksanakan Universiti Al-Azhar, Mesir yang merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi Islam tersohor dunia.
Beliau berkata, mekanisme wakaf yang merupakan instrumen ekonomi ketiga Islam terbukti telah memberi impak besar kepada Universiti Al-Azhar dalam membiayai pengajian ramai pelajar Islam sejak lebih 1,000 tahun lalu.
"Berdasarkan model itu, UniSZA telah bertindak proaktif mencadangkan penubuhan Dana Wakaf UniSZA bagi menyemarakkan lagi instrumen ekonomi Islam di negara ini.
"Usaha UniSZA telah disambut baik MAIDAM dengan memberi kelulusan terhadap kertas cadangan tersebut dalam tempoh tiga hari sahaja," katanya ketika ditemui di pejabatnya di kampus utama UniSZA di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.
Ahmad Azrin berkata, MAIDAM selaku pemegang amanah tunggal bagi pengurusan wakaf di Terengganu telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Dana Wakaf UniSZA itu selaras Seksyen 4 Enakmen Wakaf (Terengganu) 2016.
Beliau berkata, setakat ini, dana wakaf tersebut telah menerima sumbangan terkumpul dalam bentuk tunai dan aset sebanyak lebih RM3.5 juta sejak ia dilancarkan pada dua tahun lalu.
"Sumbangan itu diterima daripada agensi kerajaan, badan korporat dan orang perseorangan seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, kerajaan negeri Terengganu, Maybank Islamic Berhad, DSE Construction Sdn. Bhd. dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
"Kita menyasar untuk menerima sumbangan wakaf sebanyak RM10.2 juta dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun akan datang," ujarnya.
Ahmad Azrin berkata, sehingga kini, Pejabat Wakaf dan Infaq UniSZA telah mengagihkan lebih RM1 juta daripada sumbangan tersebut untuk manfaat lebih 1,000 pelajar dan komuniti setempat.
Ujar beliau, seramai empat pelajar cemerlang UniSZA dari keluarga kurang berkemampuan telah menerima biasiswa daripada dana wakaf terbabit.
"Pemberian biasiswa itu merangkumi yuran pengajian dan penginapan selain elaun sara hidup bulanan sebanyak RM600 kepada pelajar berkenaan.
"Dana Wakaf UniSZA juga telah diperuntukkan untuk pengagihan dermasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang berkelayakan bukan berlatar belakangkan keluarga fakir dan miskin," katanya.
Selain bantuan secara konservatif dalam bentuk biasiswa dan dermasiswa kepada pelajar, Ahmad Azrin memberitahu bentuk pengagihan dana wakaf pendidikan itu juga telah dipelbagaikan sesuai dengan situasi semasa namun tidak menyalahi matlamatnya iaitu 60 peratus pengagihannya perlu dalam bentuk kebajikan.
Jelas beliau, antaranya ialah program Siswapreneur iaitu pemberian bantuan modal perniagaan kepada 12 pelajar yang berpotensi dalam bidang keusahawanan.
"Setiap peserta program terbabit menerima bantuan modal sebanyak RM1,000. Mereka turut menerima bimbingan keusahawanan dan perniagaan pula dipantau.
"Selain disasar mampu berdikari sendiri dan memilih menceburi bidang keusahawan selepas menamatkan pengajian masing-masing, pelajar yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan berkenaan juga diharap dapat membantu keluarga mereka keluar daripada garis kemiskinan suatu hari nanti," katanya.
Ahmad Azrin berkata, dana wakaf pendidikan terbabit turut disalurkan untuk pemberian komputer riba, kelas tuisyen, program makan percuma dan insentif kepada pelajar tahfiz al-Quran yang memerlukan dan berkelayakan.
Menurut beliau, pembinaan Anjung Siswazah di Perpustakaan UniSZA, Studio al-Quran, penambahanbaikan peralatan pusat kesihatan di kampus utama serta mini gimnasium di kampus Besut juga menggunakan peruntukan daripada dana wakaf itu.
"Kita juga telah membangunkan alat bantu pembelajaran untuk pelajar daripada golongan orang kelainan upaya (OKU) dengan menggunakan dana wakaf berkenaan.
"Mekanisme dana wakaf juga dimanfaat dalam operasi Pusat Komuniti Saadah yang merupakan pusat sehenti pemulihan dadah secara holistik," katanya.

Thursday, November 22, 2018
Lelaki dituduh mencuri direman kerana ugut pukul keluarga
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari sehingga lusa bagi membantu siasatan melakukan ugutan mahu memukul ahli keluarganya dengan sebatang tukul gara-gara berang dituduh mencuri di rumah mereka di Kampung Beladau Kepong di sini pada Jumaat lalu.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab. Latiff membenarkan permohonan reman itu di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Satu sumber memberitahu, suspek yang berusia 37 tahun itu didakwa bertindak demikian selepas tidak berpuas hati selepas dia dituduh mencuri tabung milik salah seorang adik lelakinya.
Jelas sumber itu, sebelum kejadian pada pukul 9 malam itu, suspek dan adik lelakinya yang berusia 35 tahun telah bertengkar berhubung kehilangan tabung dikatakan mengandungi wang tunai kira-kira RM500.
“Adik suspek mendakwa ternampak perbuatan suspek menyerahkan satu tabung yang menyerupai miliknya kepada seorang individu tidak dikenali di pekarangan rumah mereka.
“Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena telah memeriksa bilik tidur dan mendapati tabungnya yang dikatakan mengandungi wang tunai RM500 itu telah hilang sebelum bertindak bersemuka dengan abangnya,” kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.
Sumber itu memberitahu, suspek yang berang dituduh mencuri telah bertindak mengambil sebatang tukul sebelum membuat ugutan mahu memukul semua ahli keluarganya yang berada di dalam rumah tersebut termasuk adik lelakinya itu.
Kata sumber itu lagi, salah seorang adik perempuan suspek yang turut berada di rumah itu semasa kejadian kemudian membuat laporan berhubung ugutan tersebut di Balai Polis Chabang Tiga di sini kelmarin.
“Aduan itu membawa kepada penahanan suspek yang bekerja sendiri pada pukul 3 petang semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Wednesday, November 21, 2018
APMM tahan dua nelayan Vietnam menangkap ikan tanpa permit
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki mengupah awak-awak warga Vietnam tanpa permit di perairan Kuala Terengganu dekat sini semalam.
Bot nelayan laut dalam jenis C2 itu ditahan Kapal Maritim (KM) Bagahak pada kedudukan 37.2 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot nelayan yang mencurigakan terbabit telah ditahan KM Bagahak yang sedang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.
"Pemeriksaan mendapati dua nelayan warga Vietnam berusia 25 dan 33 tahun yang menjadi awak-awak bot terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah.
"Permit kebenaran menangkap ikan oleh Jabatan Perikanan yang dimiliki bot nelayan tempatan itu juga meragukan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE

Ibu sebak terima skrol diploma anak bongsu meninggal dunia akibat kemalangan
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Seorang ibu tidak mampu melangkah naik ke atas pentas untuk menerima skrol diploma anak bongsunya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Sidang Keenam Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke- 10 di sini hari ini.
Maznah Budin, 62, yang tergamam di tempat duduknya tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata lalu mewakilkan anak perempuannya, Suriati Rosli, 35, untuk menerima skrol Diploma Pengajian Bank secara anumerta bagi pihak Hanis Danial Rosli daripada Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.
Beliau memberitahu masih terkenang dengan Hanis Danial, 20, yang meninggal dunia selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Semarak, Kuala Nerus pada 1 Mac lalu.
"Sewaktu kejadian Allahyarham (Hanis Danial) yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik berada pada tahun akhir pengajian.
"Memang hajat saya sekeluarga dari awal untuk menghadiri majlis konvokesyen Allahyarham yang merupakan terakhir bagi keluarga. Hari ini (semalam) kami datang dari Kuala Nerang, Kedah untuk tunaikan janji itu walaupun beliau sudah tiada lagi," katanya yang ditemani Suriati ketika ditemui Kosmo! Online selepas majlis konvokesyen tersebut di sini hari ini. - K! ONLINE

Tuesday, November 20, 2018
Terjemah sirah Rasulullah dalam realiti kehidupan semasa - Sultan Terengganu
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam agar menterjemah sirah Nabi Muhammad ke dalam realiti kehidupan semasa bagi memartabatkan kembali maruah dan imej umat Islam.
Baginda bertitah, kecintaan terhadap Nabi Muhammad tidak cukup sekadar dizahirkan dengan kata-kata pujian dan sambutan Maulidur Rasul tetapi ia akan menjadi lebih bermakna dengan meneladani jejak langkah kehidupan Rasulullah dalam kehidupan seharian.
"Rasulullah dan para sahabat merupakan contoh terbaik yang memiliki akidah kental, ibadat konsisten dan akhlak terbilang sehingga muncul generasi terbaik dan cemerlang dalam segala lapangan hidup.
"Islam merupakan cara hidup yang menyeluruh. Islam itu mudah dan senang difahami, dihayati dan diamalkan sesuai dengan fitrah manusia," titah baginda sewaktu merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Negeri di sini hari ini.
Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. - K! ONLINE

Friday, November 16, 2018
EPIC taja kelengkapan sekolah 80 pelajar potensi tinggi
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS – Syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd. (EPIC) menaja persiapan persekolahan 80 murid dari keluarga kurang berkemampuan.
Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor berkata, semua penerima bantuan merupakan pelajar berpotensi tinggi dari sekitar daerah Marang.
“Kesemua murid tersebut dari Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila, SK Marang, SK Rhu Rendang dan SK Kelulut menerima sumbangan berupa pakaian seragam, kasut sekolah, alat tulis dan beg sekolah yang bernilai lebih RM500 setiap seorang.
“Program ini, yang juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat EPIC, bertujuan untuk meringankan beban keluarga pelajar terlibat dalam membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kembali ke Sekolah di pasar raya besar Mydin Gong Badak dekat sini semalam.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman.
Noor Fadzil berkata, penerima turut dibawa menonton wayang di Pawagam LFS, Paya Bunga Sentral selain menikmati sarapan di Kafe TSG Station, Ladang Tok Pelam dan makan tengah hari di Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.

Thursday, November 15, 2018
56,266 pesakit diabetes di Terengganu
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Gejala diabetes semakin membimbangkan dalam kalangan penduduk Terengganu dengan 56,266 penghidap penyakit tersebut dicatatkan di seluruh negeri ini sejak lapan tahun lalu.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohd. Jusoh berkata, berdasarkan Pendaftaran Diabetik Kebangsaan (NDR), seramai 1,523 pesakit baharu diabetes telah dikesan di negeri ini dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
"Seramai 222 orang penghidap diabetes negeri ini pula tidak dapat mengawal kadar diabetes mereka sehingga terpaksa diamputasi iaitu pemotongan anggota badan terutama kaki dan jari tangan dalam tempoh sama.
"Tambah membimbangkan WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) menganggarkan satu daripada dua penghidap diabetes tahap awal tidak mengetahui mereka menghidap penyakit itu sehinggalah berada ke tahap serius," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Diabetes dan Jantung peringkat Terengganu di sini hari ini.
Mohd. berkata, NDR juga mendapati kebanyakan penghidap diabetes negeri ini adalah diabetes jenis 2 dan 61.5 peratus daripadanya merupakan wanita. - K! ONLINE

Wednesday, November 14, 2018
Kaki kanan diikat batu pemberat
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Dua pemancing ikan terkejut dengan penemuan satu mayat lelaki dengan keadaan kaki kanan terikat dengan batu pemberat di pantai Teluk Rotan di Pulau Redang, Kuala Nerus kelmarin.
Kedua-dua lelaki itu menemui mayat yang terapung tersebut pada pukul 7.15 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sewaktu ditemui mayat lelaki itu didapati dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput.
"Penemuan mayat terbabit kemudiannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum anggota polis dari Balai Polis Pulau Redang telah bergegas ke lokasi kejadian.
"Mayat lelaki yang ditemui terapung dalam keadaan tertiarap berhampiran tepi pantai Teluk Rotan itu memakai baju T putih dan berseluar panjang berwarna biru," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Jarak Pulau Redang dengan Jeti Shahbandar di sini adalah 30 kilometer nautika dan perjalanan dengan bot biasanya mengambil masa kira-kira 75 minit.
Batu pemberat merupakan antara aksesori memancing yang biasanya diperbuat daripada timah serta didatangkan dalam pelbagai saiz bermula daripada 150 miligram sehingga satu kilogram.
Suffian memberitahu pemeriksaan juga mendapati kaki kanan mayat lelaki itu telah diikat dengan batu pemberat.
Menurut beliau, identiti mangsa masih belum diketahui kerana dokumen pengenalan diri gagal ditemui.
"Mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat.
"Siasatan lanjut masih dijalankan. Orang awam yang kehilangan ahli keluarga dan kenalan serta mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran," katanya.

Tuesday, November 13, 2018
Mekanisme bantuan ehsan mangsa banjir Terengganu berubah
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Mekanisme pengagihan bantuan ehsan kepada mangsa banjir di Terengganu yang sebelum ini berjumlah RM500 bagi setiap keluarga terjejas akan diubah pada musim tengkujuh tahun ini.
Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kadar bantuan ehsan itu kini tidak tetap tetapi ditentukan oleh kerugian yang dialami isi rumah mangsa banjir terlibat.
"Kita akan meneruskan bantuan (ehsan) banjir (kepada mangsa) bergantung kepada jenis kerosakan (dialami). Kalau rumah rosak teruk (akibat banjir), tentulah RM500 tidak cukup.
"Kita tengok berdasarkan kes, ada (dapat) banyak, ada yang sedikit (amaun bantuan ehsan)," katanya ketika ditemui pada program 'Kembali ke Sekolah' anjuran Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan negeri Terengganu yang dahulunya diterajui Barisan Nasional (BN) memberikan bantuan ehsan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini dengan syarat bermalam sekurang-kurangnya selama dua hari di pusat pemindahan sementara. - K! ONLINE

Mayat Zul Ayam ditemui selepas empat hari
Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan EZZUAN AHMAD
DUNGUN – Mayat lelaki yang disyaki suspek kes pecah rumah yang terjatuh bersama seorang anggota polis yang mengejarnya di Sungai Paka berhampiran Kampung Durian Mentangau dekat sini Jumaat lalu berjaya ditemui pada hari keempat pencarian semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki yang dikenali sebagai Zul Ayam atau nama sebenarnya Mohd. Rozaini Mat Nawi, 39, dijumpai tersangkut pada timbunan ranting-ranting kayu di Sungai Paka dekat sini pada pukul 11.30 pagi.
“Mayat lelaki tersebut dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada kedudukan kira-kira 300 meter dari lokasi dia dan Konstabel Wan Mohd. Arif Wan Yahya dipercayai terjatuh pada kejadian Jumaat lalu.
“Pengecaman awal termasuk menerusi pakaian meyakinkan pihak berkuasa bahawa mayat itu merupakan suspek yang dicari,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Mayat Zul Ayam yang pernah menjadi tauke menjual ayam telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk urusan pengesahan identiti dan dibedah siasat.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, gerakan untuk mencari seorang lagi mangsa iaitu Wan Mohd. Arif terus dipergiatkan.
“Selain teknik pencarian di permukaan sungai, pasukan mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai agensi dan penduduk kampung turut menggunakan skuad penyelam dan anjing pengesan untuk menjejaknya di sekitar lokasi kejadian.
Kosmo! kelmarin melaporkan Wan Mohd. Arif (gambar kecil) dikhuatiri lemas bersama seorang penjenayah yang cuba ditangkap apabila kedua-duanya terjatuh ke dalam Sungai Paka.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, Wan Mohd. Arif yang bertugas di Balai Polis Paka bersama tiga lagi anggota polis sedang mengejar Zul Ayam kerana disyaki suspek kes pecah rumah di Kampung Limbong, Paka dekat sini pada Khamis lalu.

UMT bakal perkenal tiga program IR 4.0 baharu pada sesi pengambilan 2019/2020
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memperkenalkan tiga program baharu yang menetapi kehendak Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) bermula pada sesi pengambilan tahun depan.
Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, tiga program baharu tersebut ialah Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar), Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih).
"Kesemua program baharu terbabit merupakan pertama diperkenalkan oleh institusi pengajian tinggi negara ini dan seiring dengan kehendak IR 4.0. Tempoh pengajian program sarjana adalah setahun manakala sarja muda pula antara tujuh hingga 12 semester.
"Mod pengajian kesemua program tersebut mempunyai penglibatan industri," katanya selepas menghadiri majlis Konvokesyen UMT ke-16 di Dewan Sultan Mizan di sini hari ini.
Seramai 2,970 graduan peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah menerima skrol masing-masing dalam majlis konvokesyen tersebut yang dirasmikan Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.
Nor Aieni berkata, pengambilan pertama bagi program baharu tersebut pada sesi kemasukan September tahun depan bakal melibatkan antara 40 hingga 60 pelajar bagi peringkat ijazah sarjana muda manakala maksimum 20 orang untuk sarjana. - K! ONLINE

Monday, November 12, 2018
Mayat suspek kes pecah rumah terjatuh Sungai Paka ditemui
DUNGUN - Mayat lelaki yang disyaki suspek kes pecah rumah yang terjatuh bersama seorang anggota polis yang mengejarnya di Sungai Paka berhampiran Kampung Durian Mentangau dekat sini Jumaat lalu berjaya ditemui pada hari keempat pencarian hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki yang dikenali sebagai Zul Ayam, 39, itu dijumpai tersangkut pada timbunan ranting-ranting kayu di Sungai Paka dekat sini pada pukul 11.30 pagi.
"Mayat lelaki tersebut dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada kedudukan kira-kira 300 meter dari lokasi dia dan Konstabel Wan Mohd. Arif Wan Yahya dipercayai terjatuh pada kejadian Jumaat lalu.
"Pengecaman awal termasuk menerusi pakaian meyakini mayat lelaki itu merupakan suspek berkenaan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Baharudin berkata, gerakan untuk mencari seorang lagi mangsa iaitu Wan Mohd. Arif yang masih belum ditemui telah dipergiatkan.
Kosmo! Online semalam melaporkan Wan Mohd. Arif dikhuatiri lemas bersama seorang penjenayah yang cuba ditangkap apabila kedua-duanya terjatuh ke dalam Sungai Paka. - K! ONLINE

UMT perkenal tiga program baharu
KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memperkenalkan tiga program baharu seiring dengan keperluan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) bermula pada sesi pengambilan 2019/2020.
Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Nor Aieni Mokhtar berkata, tiga program baharu tersebut ialah Sarjana Sains Forensik Alam Sekitar, Sarjana Muda Geosains Marin dan Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih).
“Kesemua program baharu terbabit merupakan pertama diperkenalkan oleh institusi pengajian tinggi negara ini dan seiring dengan kehendak IR 4.0. Tempoh pengajian program sarjana adalah setahun manakala sarja muda pula antara tujuh hingga 12 semester.
“Mod pengajian kesemua program tersebut mempunyai penglibatan industri,” katanya selepas menghadiri majlis Konvokesyen UMT ke-16 di Dewan Sultan Mizan di sini semalam.
Seramai 2,970 graduan peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah menerima skrol masing-masing dalam majlis konvokesyen tersebut yang dirasmikan Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.
Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Nor Aieni Mokhtar berkata, tiga program baharu tersebut ialah Sarjana Sains Forensik Alam Sekitar, Sarjana Muda Geosains Marin dan Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih).
“Kesemua program baharu terbabit merupakan pertama diperkenalkan oleh institusi pengajian tinggi negara ini dan seiring dengan kehendak IR 4.0. Tempoh pengajian program sarjana adalah setahun manakala sarja muda pula antara tujuh hingga 12 semester.
“Mod pengajian kesemua program tersebut mempunyai penglibatan industri,” katanya selepas menghadiri majlis Konvokesyen UMT ke-16 di Dewan Sultan Mizan di sini semalam.
Seramai 2,970 graduan peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah menerima skrol masing-masing dalam majlis konvokesyen tersebut yang dirasmikan Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.
Tan Sri Dr. Ahmad Zaharudin Idrus terima Ijazah Kehormat Doktor Sains UMT
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Bekas Penasihat Sains Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Ahmad Zaharudin Idrus, 74, dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Sains pada majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-16 di sini hari ini.
Ahmad Zaharudin yang juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari tahun 1994 hingga 2001 menerima anugerah tersebut atas sumbangan besarnya dalam bidang teknologi dan sains, pertanian, pemakanan, pendidikan, perbankan serta penyelidikan kepada negara dan global.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Lembaga Universiti UMT menerima ijazah kehormat tersebut daripada Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.
Ahmad Zaharudin yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Nutrisi Haiwan di University of Aberdeen, Scotland memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Pertanian Perak Barat pada tahun 1969 sebelum dilantik sebagai Pengarah Teknologi Makanan Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) pada lima tahun kemudian.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sebelum diberi tanggungjawab mengasaskan Institut Penyelidikan Petroleum Petronas pada tahun 1989 seterusnya dilantik Naib Canselor UTM.
Selain itu, Ahmad Zaharudin turut diberi kepercayaan sebagai Penasihat Sains kepada Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kelima, Tun Ahmad Abdullah Badawi dan telah memainkan peranan besar dalam menyumbang idea dan kepakaran dalam pelaksanaan pelbagai polisi negara melibatkan bidang sains, teknologi dan inovasi.
Dalam pada itu, Salihin Abang, 45, yang merupakan pengasas Salihin & Associate iaitu firma audit Bumiputera terbesar negara turut menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan daripada Samsudin pada majlis konvokesyen sama. - K! ONLINE

Sunday, November 11, 2018
Abang melutut, menangis depan adik sebelum keluar operasi
DUNGUN – “Abang berperangai pelik apabila melutut di hadapan saya sambil menangis sebelum keluar operasi. Dia mohon maaf kepada saya dan keluarga dan berpesan supaya menjaga mereka elok-elok.”
Demikian cerita Wan Muhd. Zulhakimi Wan Yahya, 20 (gambar kecil), mengenai kelakuan ganjil abangnya, Konstabel Wan Mohd. Arif, 28, yang dikhuatiri lemas bersama suspek kes samun bergelar Zul Ayam selepas terjatuh ke dalam Sungai Paka di Kampung Durian Mentangau dekat sini kelmarin.
Katanya, dia tinggal bersama abangnya di Kuarters Balai Polis Paka di sini sejak dua tahun lalu.
“Saya terkejut apabila abang tiba-tiba melutut di hadapan saya sambil mengeluarkan air mata untuk memohon maaf dan berpesan supaya menjaga ahli keluarga elok-elok.
“Saya terus tergamam. Perasaan pelik akhirnya terjawab apabila rakan sekerjanya memaklumkan yang abang telah terjatuh ke dalam sungai sewaktu mengejar seorang suspek pada malam tadi (kelmarin),” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.
Sementara itu, isteri anggota polis berkenaan, Sharifah Murni Sayed Ab. Aziz, 27, berkata, dia sempat berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp dengan suaminya beberapa minit sebelum kejadian tersebut berlaku.
“Suami kata dia sedang mengintip seorang suspek sebelum perbualan kami terhenti. Saya amat terkejut apabila dimaklumkan berhubung insiden menimpanya pada kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi (semalam).
“Saya sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej kejururawatan di Kuala Terengganu dan biasanya hanya akan bersama suami pada hujung minggu. Kali terakhir kami berjumpa pada 1 November lalu,” katanya yang berkahwin pada 27 Mac 2016.
Sharifah Murni yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester hari ini masih mengharap keajaiban berlaku dan berdoa agar suaminya dapat ditemui secepat mungkin.

Dungun mula dilanda banjir
DUNGUN – Seramai 40 individu daripada 12 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka di Kampung Seberang Pintasan di sini mula dinaiki air semalam.
Pusat pemindahan Dewan Sivik Seberang Pintasan di sini itu merupakan yang pertama dibuka di Terengganu pada musim tengkujuh tahun ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, kawasan tersebut dilanda banjir berikutan hujan lebat lebih 24 jam sejak kelmarin.
“Mangsa banjir tersebut merangkumi sembilan lelaki, wanita (18) manakala bakinya kanak-kanak. Pada masa ini, hujan renyai masih turun di lokasi terbabit dan ia dijangka berlarutan sehingga esok,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Sementara itu, Che Adam berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan sistem amaran cuaca peringkat jingga dengan hujan lebat dijangka melanda di seluruh Terengganu sehingga hari ini.
Beliau berkata, enam kampung di Hulu Terengganu iaitu Kampung Basung, Kampung Teris, Kampung Tok Lawit, Kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping dan Kampung Ping serta Kampung Langkap dan Kampung Merbau Menyusut, Setiu dijangka dilanda banjir.
Tambahnya, Kampung Matang, Kampung Nibong, Kampung Paloh Nyior dan Kampung Bukit Tadok di Hulu Terengganu pula diramal dilanda bah pada pukul 11 pagi esok ekoran limpahan Sungai Telemong dan Sungai Nerus.

Saturday, November 10, 2018
Henti rekreasi musim tengkujuh
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Semua kawasan pendakian gunung, hutan lipur dan gua di seluruh Pantai Timur meliputi Terengganu, Kelantan dan Pahang ditutup untuk semua aktiviti sukan rekreasi dan lasak sepanjang musim tengkujuh ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, ia bertujuan untuk mengurangkan risiko insiden tidak diingini di kawasan rekreasi dan lasak terbabit sepanjang musim tengkujuh yang dijangka berakhir Februari tahun depan.
“Ketetapan itu dilakukan pada Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana Pantai Timur yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kota Bahru, Kelantan kelmarin (Ahad lalu).
“Kita bimbang implikasi cuaca akibat hujan lebat dan angin kencang yang boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan tidak dijangkakan dalam tempoh musim tengkujuh bermula hujung minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Che Adam menyarankan semua peminat sukan pendakian dan rekreasi agar menangguhkan semua aktiviti di Pantai Timur sepanjang musim tengkujuh.
Sebelum ini semua pusat peranginan di Pantai Timur yang kebanyakannya berada di Terengganu telah ditutup operasi kepada pengunjung setiap kali musim tengkujuh.

Tragedi seminggu bertunang
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
MARANG – Dua remaja termasuk seorang gadis yang baru bertunang maut manakala dua lagi kritikal setelah kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah bas kilang di Kilometer 51, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambu Bongkok di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Norillyana Mat Hassan @ Hassan (gambar kecil), 19, maut di lokasi kejadian manakala anak saudaranya, Muhammad Ismail Ramdzul Haisam, 19, disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Dua lagi mangsa iaitu Muhammad Abdul Kudus, 21, yang juga abang kepada Muhammad Ismail Ramdzul dan kakak Norillyana, Norsyahida, 29, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital sama.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, sewaktu kejadian, kereta Perodua Myvi yang dinaiki keempat-empat mangsa difahamkan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Muhammad Abdul Kudus itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sehingga merempuh belakang sebuah bas kilang yang diletakkan di tepi jalan.
“Rempuhan itu menyebabkan Perodua Myvi tersebut remuk menyebabkan Norillyana yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan anggota badan,” katanya di sini semalam.
Mohd. Suhaimi berkata, tiga lagi mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan HSNZ namun, salah seorang daripada mereka iaitu Muhammad Ismail Ramdzul meninggal dunia tidak lama kemudian.
Difahamkan, Norillyana yang merupakan kakitangan sebuah syarikat berkaitan gas dan minyak di Teluk Kalong, Kemaman baru seminggu melangsungkan pertunangan pada hujung bulan lalu.

Friday, November 9, 2018
Seberang Pintasan, Dungun mula dilanda banjir
MOHD. AZLI ADLAN
DUNGUN - Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Terengganu pada musim tengkujuh ini apabila Kampung Seberang Pintasan di sini mula dilanda banjir hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, kawasan tersebut dilanda banjir berikutan hujan lebat lebat lebih 24 jam sejak semalam.
"Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Dewan Sivik Seberang Pintasan di sini bermula pukul 10 pagi tadi.
"Setakat ini, seramai 36 mangsa dari 11 keluarga telah berpindah masuk ke pusat pemindahan sementara tersebut," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Che Adam berkata, mangsa banjir tersebut merangkumi lapan lelaki, wanita (18), kanak-kanak lelaki (empat) dan kanak-kanak perempuan (enam).
Menurut beliau, pada masa ini, hujan renyai masih turun di lokasi terbabit dan ia dijangka berlarutan sehingga esok.
"Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat melanda seluruh Terengganu sehingga esok," katanya. - K! ONLINE

Pasukan ragbi Marang muncul juara
HEBAT. Pasukan ragbi Marang muncul juara Sirkit 1 bawah 11 tahun Terengganu yang berlangsung di Sekolah Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Mohd. Ikram Shafiq Rohadi berkata, pasukan Marang mengetepikan lima pasukan daerah lain yang turut menyertai pertandingan terbabit.
“Kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah Terengganu ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid sekolah rendah di seluruh negeri ini dalam sukan ragbi,” katanya.
Wednesday, November 7, 2018
Suspek tinggalkan barang peribadi selepas menyamun diburu polis
KUALA TERENGGANU – Malang buat seorang penjenayah apabila suspek bukan sahaja gagal menyamun, malah kini diburu polis selepas meninggalkan barangan peribadi di lokasi kejadian di pekarangan sebuah klinik swasta di Jalan Masjid Abidin di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pukul 7.10 pagi, 6 Oktober lalu, cubaan suspek berusia 38 tahun itu untuk menyamun seorang guru wanita gagal apabila jeritan mangsa meminta pertolongan didengari seorang pengawal keselamatan di sebuah premis berdekatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sewaktu kejadian, mangsa berusia 50 tahun yang mahu melakukan pemeriksaan kesihatan sedang menunggu klinik tersebut beroperasi.
“Sewaktu mangsa sedang menunggu di pekarangan klinik swasta terbabit tiba-tiba dia didatangi suspek yang bertopi keledar serta bersenjata pisau.
“Seorang jaga premis berhampiran yang mendengar jeritan mangsa telah memberi bantuan menyebabkan suspek melarikan diri dengan meninggalkan motosikal, jaket dan lesen memandu di lokasi kejadian,” katanya di sini semalam.
Suffian memberitahu, siasatan awal ke atas dokumen yang ditinggalkan suspek mendapati lelaki itu pernah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah beberapa tahun lalu.
Sehubungan itu, beliau berkata, individu bernama Yusof Yahya yang beralamat terakhir di Kampung Telaga Mengkudu, Marang dan Kampung Paya Bunga di sini sedang dicari polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Tuesday, November 6, 2018
MAIDAM sumbangkan katil pesakit kanser kanak-kanak di HSNZ
SKIM Wakaf Tunai Terengganu (WTT) telah diperkenalkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sejak 11 tahun lalu.
Pelancaran skim WTT pada 27 Disember 2007 tersebut merupakan inisiatif MAIDAM bagi memudahkan orang Islam terutama yang menetap di Terengganu untuk melakukan amalan wakaf.
Ia selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-77 pada April 2007 yang memutuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai dibolehkan dalam Islam.
Skim WTT telah berjaya mengumpul aset wakaf berjumlah lebih RM2 juta dari seluruh Terengganu sejak haripelancarannya.
Orang ramai boleh beramal menerusi skim WTT menerusi potongan gaji, perbankan Internet, Jompay menerusi biller kod 34116, sumbangan di kaunter MAIDAM dan tabung-tabung yang disediakan di pusat zakat dan Ar-Rahnu MAIDAM di setiap daerah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan semua pejabat agama daerah.
Kesemua kutipan wang tunai menerusi skim WTT tersebut akan ditukar kepada aset bersifat kekal seperti disyaratkan oleh prinsip wakaf iaitu harta yang diwakafkan mestilah bersifat 'muabbad' (kekal) dan tidak boleh habis.
Oleh itu, MAIDAM selaku pemegang amanah tunggal wakaf bertanggungjawab bagi menukar dana yang terkumpul dengan membeli atau membangunkan aset-aset wakaf yang mendatangkan hasil.
Sebanyak 60 peratus daripada hasil yang diperoleh dari aset wakaf terbabit pula disalurkan untuk tiga sektor iaitu sosial, pendidikan dan agama.
Ia merangkumi bantuan kepada fakir miskin, bantuan kesihatan dan perubatan, bantuan pendidikan dan pembinaan masjid dan surau serta penajaan aktiviti keagamaan.
Satu satu daripada inisiataf MAIDAM bagi penyaluran hasil wakaf tunai berkenaan untuk manfaat masyarakat ialah penyerahan tiga katil pesakit kanak-kanak kepada Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu baru-baru ini.
Timbalan Pengarah HSNZ, Dr. Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani berkata, kesemua katil pesakit yang bernilai RM8,332.29 tersebut telah diterima daripada MAIDAM pada 27 Ogos lalu.
Beliau berkata, tiga katil pesakit itu dikhas untuk pesakit kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun yang menghidap penyakit kanser.
"Saya difahamkan kesemua katil pesakit yang berfungsi boleh laras dan berpagar besi terbabit telah ditempah khas oleh MAIDAM.
"Pagar besi yang mengelilingi katil pesakit berkenaan juga lebih tinggi daripada biasa bagi menjamin keselamatan pesakit kanser dalam kalangan bayi dan kanak-kanak itu yang masih kecil," katanya ketika ditemui di HSNZ, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Mohamad Yurzi berkata, ciri-ciri khas katil pesakit tersebut juga memudahkan keluarga atau penjaga pesakit kanak-kanak terbabit meninggalkan anak mereka sebentaruntuk pelbagai urusan seperti menunaikan solat.
Menurut beliau, ketiga-tiga katil yang disumbangkan menerusi skim WTT terbabit kini ditempatkan di Wad 5D yang menempatkan pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak.
"MAIDAM memberitahu katil kanak-kanak bagi pesakit kanser yang disumbang menggunakan sumbangan wakaf tunai terbabit untuk kegunaan semua tanpa tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang keluarga.
"Pengurusan HSNZ memang mengalu-alukan sumbangan MAIDAM tersebut untuk meningkatkan lagi fasiliti hospital ini bagi membolehkan kami memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat," ujarnya.
Mohamad Yurzi memberitahu, sebelum ini, wad yang dihuni pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak cuma mempunyai 12 katil.
Beliau memberitahu, pengurusan HSNZ amat berterima kasih atas sumbangan MAIDAM yang sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan kemudahan di wad terbabit.
"Kemudahan di Wad 5D sememangnya perlu ditingkatkan berikutan peningkatan pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak sejak akhir-akhir ini.
"Kebanyakan pesakit kanak-kanak yang dirawat terbabit menghidap penyakit kanser darah (leukemia)," katanya.

Monday, November 5, 2018
Anak derhaka dipenjara 12 bulan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Perbuatan derhaka seorang anak lelaki yang tergamak menendang ibu kandungnya sendiri hanya kerana tidak diberikan wang akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu ke atas Wan Muhammad Faizal Wan Tahar, 24, selepas tertuduh mengaku salah bagi pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditahan iaitu pada 26 September lalu.
Berdasarkan pertuduhan, Wan Muhammad Faizal didakwa mencederakan ibunya, Punisah Saibi, 50, dengan menendang belakang wanita itu di Kampung Paloh Haji Daud di sini pada pukul 8.15 malam, 24 September lalu.
Tindakan itu menyebabkan dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miki Dustan Muda manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam bela.
Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa telah berkunjung ke rumah ibunya untuk meminta sejumlah wang tetapi tidak ditunaikan menyebabkannya lelaki itu berang sehingga bertindak menendang belakang badan mangsa sebelum beredar keluar.
Dia kemudiannya didakwa telah datang semula ke rumah tersebut dan melepaskan kemarahan dengan cuba membaling sebuah tong gas ke arah ibunya namun berjaya dielak wanita itu.
Mangsa yang mengalami kecederaan akibat ditendang tertuduh telah membuat laporan polis berhubung perbuatan kurang ajar anaknya itu di balai polis terdekat.

Sunday, November 4, 2018
Wanita sarat hamil naik bot
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
SETIU – Banjir yang melanda Kampung Seri Bayas di sini semalam telah menyebabkan seorang wanita sedang sarat hamil terperangkap di dalam rumahnya selepas jambatan yang menghubungkan kampung berkenaan ditenggelami air bah sedalam 0.5 meter.
Siti Maisarah Merasidi, 30-an, yang dijadualkan melahirkan anak keempat pada Rabu lalu telah dibawa keluar oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiu di sini dengan menaiki bot pada pukul 5.15 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mustafa Ismail berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada Hospital Setiu di sini untuk memohon bantuan menyelamatkan Siti Maisarah yang terperangkap akibat banjir di rumahnya bersama ahli keluarganya pada pukul 1 petang.
“Pengurusan Hospital Setiu meminta bantuan bomba untuk menghantar Siti Maisarah ke hospital kerana bakal melahirkan anak bila-bila masa. Empat anggota bomba telah dikerahkan ke rumah wanita tersebut telah terperangkap bersama ahli keluarganya di Kampung Seri Bayas,” katanya.
Hujan lebat sejak tengah malam kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dan Hulu Terengganu termasuk Kampung Seri Bayas dekat sini telah ditenggelami banjir antara 0.3 dan 0.5 meter.
Bagaimanapun setakat ini, banjir itu masih terkawal dan tiada pusat pemindahan sementara yang dibuka walaupun sebahagian jaringan perhubungan termasuk Jalan Kampung Besut-Seri Bayas turut ditenggelami air bah.

10,000 pegawai bersekutu diseru bantu APM pada musim banjir
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Seramai kira-kira 10,000 pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta di seluruh negara di seru tampil membantu agensi itu melakukan operasi pada musim banjir yang dijangka melanda tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Datuk Roslan Wahab berkata, bantuan daripada pegawai bersekutu agensi tersebut terdiri daripada kakitangan awam dan swasta termasuk institusi pengajian tinggi awam itu mampu melicinkan operasi terutama di bilik gerakan dan pusat pemindahan sementara banjir di lokasi terlibat.
"Kakitangan tetap APM cuma 576 orang dan dibantu sukarelawan sepenuh masa. Sekiranya berlakunya bencana banjir, kita cuma berkeupayaan untuk mengumpulkan kira-kira 6,000 anggota di seluruh negara dalam tempoh empat jam.
"Sehubungan itu kita seru pegawai bersekutu APM yang seramai kira-kira 10,000 orang agar tampil mendaftarkan diri membantu kami melakukan operasi musim banjir terutama pada hujung minggu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pentauliahan Pegawai Kor-Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-Sispa) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak di sini hari ini.
Seramai 30 Pegawai Kor-Sispa terdiri daripada pelajar UniSZA dan Universiti Malaysia Terengganu menerima tauliah terbabit dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah APM Terengganu, Che Adam A. Rahman. - K! ONLINE

Subscribe to:
Posts (Atom)