Translate

Friday, November 10, 2023

Penghidap HIV jadi pembuat cili boh

HULU TERENGGANU – Yayasan AIDS Malaysia mengambil inisiatif membantu penghidap HIV yang menghuni Baitul Cakna Terengganu terlibat dalam perusahaan cili boh. 

 Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Professor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, penglibatan dalam perusahaan cili boh tersebut sebagai salah satu pendekatan terapi terhadap penghidap HIV terbabit.

 Beliau menerangkan penghidap HIV terlibat bukan sahaja memerlukan rawatan dan ubat-ubatan malah sokongan moral dan sosial kembali ke pangkuan masyarakat bagi menjalani kehidupan normal.

 “Penghidap HIV yang telah mengalami peristiwa hitam dalam hidup mereka amat memerlukan sokongan untuk terus bersemangat menerima rawatan dan menjalani kehidupan. 

 “Aktiviti mengusahakan cili boh yang kemudiannya dijual di pasaran meningkatkan keyakinan mereka masih mempunyai harapan untuk membina semula kehidupan baharu,” katanya di Baitul Cakna Terengganu di Kampung Peladan di sini kelmarin. 

 Pembinaan bengkel dan mesin perusahaan cili boh tersebut yang bernilai RM298,100 dibiayai Yayasan Petronas sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat.

 Adeeba berkata, keuntungan penjualan cili boh tersebut sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung kos operasi Baitul Cakna Terengganu yang merupakan rumah kebajikan dan rawatan kepada penghidap HIV. 

 Amran berkata, selain cili boh, penghuni Baitul Cakna Terengganu yang merupakan penghidap HIV juga berdikari terlibat dalam perusahaan menjahit pakaian, selenggara kenderaan, cendawan tiram dan menternak ayam kampung.

No comments:

Post a Comment