Translate

Friday, November 17, 2023

Perarakan bot berhias di Terengganu meriah

 

KUALA TERENGGANU – Ribuan penduduk bandar raya ini teruja menyaksikan 16 bot berhias berarak menyelusuri muara Sungai Terengganu sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin. 

 Mereka menunggu di tebing sungai dari Pulau Kambing sehingga Payang Walk di sini bagi menyaksikan perarakan bot. 

Pertandingan bot berhias itu disertai 16 pasukan terdiri daripada lapan pejabat tanah dan daerah (PTD) serta badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu muncul juara kategori PTD diikuti Kemaman dan Setiu di tempat kedua dan ketiga.

 Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) pula dinobat johan bagi kategori badan berkanun serta anak syarikat kerajaan negeri dan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment