Translate

Sunday, November 15, 2026

Rezeki R&D lima tahun lalu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Seorang usahawan muda berjaya mencipta inovasi menghasilkan blok batik daripada kertas terpakai yang lebih ekonomikal berbanding pembuatan konvensional menggunakan material tembaga dan besi.

Ahmad Taqiuddin Muhammad, 31, berkata, blok batik diperbuat daripada kertas terpakai masih mampu menghasilkan terapan corak yang berkualiti di atas lembaran kain biarpun kos pembuatannya lebih tiga kali ganda jauh lebih murah.

“Saya sebelum ini berpe­ngalaman hampir 10 tahun dalam pembuatan blok batik untuk kegunaan pengusaha produk tekstil berkenaan.

“Asalnya blok batik buatan saya juga diperbuat daripada material tembaga atau besi sebelum melaksanakan penyelidikan dan pembangunan menghasilkan blok batik yang mudah dibuat dan lebih murah untuk meme­nuhi keperluan pengusaha kira-kira lima tahun lalu,” katanya ketika ditemui di bengkel perusahaannya di Kampung Raja, di sini, semalam.

Ahmad Taqiuddin berkata, kos pembuatan blok batik daripada kertas terpakai antara RM35 hingga RM90 seunit.

Beliau berkata, ia jauh lebih murah berbanding blok batik da­ripada meterial tembaga atau besi boleh mencecah RM300 seunit.

“Seunit blok batik diperbuat daripada kertas terpakai juga boleh disiapkan dalam tempoh sejam sahaja berbanding tiga hari bagi pembuatan konvensional.

“Selain kertas terpakai, pembuatan blok batik tersebut juga sekadar memerlukan gam, gun­ting, pensel, pen dan kertas pasir,” katanya.

Ahmad Taqiuddin berkata, blok batik kertas terpakai mampu bertahan sehingga lima tahun biarpun kerap dicelup lilin berulang kali bagi menghasilkan kain batik.

Menurutnya, beliau masih meneruskan R&D bagi meningkatkan mutu penghasilan blok batik kertas terpakai tersebut terutama bagi mengukuhkan bahagian pemegangnya.

“Setakat ini, saya telah berjaya menjual 500 unit blok batik kertas terpakai ini sejak ia mula dikomersialkan kira-kira dua tahun lalu.

“Permintaan bukan sekadar daripada pengusaha batik negeri ini dan Kelantan malah dari Kedah dan Melaka,” katanya.

Saturday, November 14, 2026

‘MBKT, tolong selenggara gerai’

 KUALA TERENGGANU – Gerai Taman Rekreasi Kuala Ibai sepatutnya menjadi tapak perniagaan strategik kerana terletak bersebelahan Masjid Tengku Tengah Zaharah yang merupakan antara mercu tanda bandar raya ini. 

Namun sebaliknya berlaku apabila ruang niaga itu agak lesu berikutan susun atur premis per niagaan berserabut dan tidak diselenggara dengan sempurna. 

Seorang peniaga, Muhammad Ali, 63, mendakwa, kekurangan pelanggan menyebabkan jualan nya hanya mendapat kurang RM100 pada hari bekerja. 

“Pada hujung minggu apa bila ramai pelancong menziarahi Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali masjid terapung, baru jualan meningkat kepada hampir RM300. 

“Itu pun ramai pelancong merungut tidak selesa kerana kurang kemudahan, susun atur sedikit berterabur dan rumput dibiarkan panjang termasuk di kawasan lagun berhampiran ber tukar menjadi belukar hingga mencacatkan pemandangan,” dakwanyanya di sini semalam. 

Peniaga lain, Hasnah Md. Sidek, 62, berharap Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dapat me ningkatkan lagi kemudahan bekalan air bersih. 

Dia yang sudah berniaga sejak lapan tahun lalu berkata, kemudahan itu memberi nilai tambah bagi meme nuhi permintaan pelanggan sekali gus menghidup kan semula kawasan terbabit. 

“Selama ini, servis saya ter had kerana perlu mengangkut air bersih dari tempat lain. Sayang kerana Masjid Tengku Tengah Zaharah ini umpama pintu masuk pelancong ke bandar raya ini. 

“Tidak perlu banyak modal, MBKT cuma perlu selenggara persekitaran secara berkala dan susun atur semula kawasan gerai ini agar kembali ceria,” katanya.

Friday, November 13, 2026

252 baki pekerja tuntut pampasan

KEMAMAN – Seramai 252 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd. (Perwaja Steel) menuntut hak mereka yang masih belum menerima pampasan pemberhentian kerja setelah lapan tahun syarikat itu menutup operasi. 

Wakil bekas pekerja, Hamdan Khalid, 59, berkata, mereka merupakan baki pekerja yang tertinggal daripada menerima pampasan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 April lalu. 

“Syukur seramai 709 bekas rakan sekerja kami telah menerima pampasan masing-masing bulan Ramadan lalu.

“Jadi kami tuntut juga hak kami sebagai pekerja yang tetap setia bersama Perwaja Steel sehingga di hari terakhir penutupannya pada November 2014,” katanya.

Sebelum itu satu perhimpunan aman diadakan menuntut pampasan tersebut di hadapan bekas kilang Perwaja Steel di Teluk Kalong di sini semalam. 

Hamdan berkata, nilai keseluruhan pampasan yang dituntut melibatkan 252 bekas pekerja berpangkat eksekutif tersebut dianggarkan kirakira RM9.4 juta. 

“Kami difahamkan hasil jualan sebahagian asetaset Perwaja Steel telah diterima,” katanya.

Sementara itu, seorang bekas kerani Perwaja Steel, Normawati Mohd. Noor, 62, berkata, dia dan rakanrakannya telah sabar menunggu pembayaran pampasan itu sejak lapan tahun lalu. 

“Bayangkan kami tetap pergi bekerja lapan bulan tidak dibayar gaji. Tahu-tahu kami menerima notis penutupan syarikat.," katanya.

Dalam pada itu, peguam Wan Syahir Azmir Wan Mohd. Razi dari firma guaman, Nazri Yahya & Co. berkata, pihaknya akan melakukan perundingan di luar mahkamah bagi membantu 252 bekas pekerja Perwaja Steel terbabit menerima pampasan masing-masing

“Jika rundingan gagal, kami akan bawa ke mahkamah,” katanya. 

Kosmo! 25 April lalu melapor kan penantian hampir tujuh ta hun buat 709 bekas pekerja Perwaja Steel yang diberhentikan kerja akibat penutupan syarikat berakhir apabila mereka menerima pampasan.

Perwaja Steel yang merupakan antara kilang besi keluli terbesar dan terkenal di negara ini yang terpaksa ditutup akibat masalah kewangan yang meruncing pada November 2014.