Translate

Showing posts with label Perspektif. Show all posts
Showing posts with label Perspektif. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Kekalkan kerajaan sedia ada

"PADA 5 Mei ini, insyaallah saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali keenam sejak pertama kali melakukannya pada Pilihan Raya Umum ke lapan (PRU-8).

Sebagai penduduk Kampung Sayung Tengah (Perak), saya tidak akan mempersia-siakan peluang keemasan memilih wakil rakyat untuk Parlimen Kuala Kangsar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan.

Biarpun tinggal di kampung, saya sedar kepentingan untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat yang berwibawa dan amanah untuk membela nasib dan kebajikan kita.

Pengalaman pertama menjadi pemilih pada umur 24 tahun pada 1990 masih diingati kerana pada tahun tersebut jugalah saya mula menceburkan diri dalam perusahaan membuat labu sayung.

Bermula dari bawah, Perusahaan Win Kraf yang saya sekeluarga usahakan ini telah berkembang maju hasil sokongan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah banyak membantu memperkukuh promosi labu sayung yang merupakan seni halus penduduk Kampung Sayung sehingga terkenal di mata dunia.

Senario itu membuatkan semakin ramai generasi muda memilih untuk kekal di kampung halaman untuk meneruskan legasi membuat labu sayung yang diwarisi sejak ratusan tahun lalu.

Sehubungan itu, saya berharap kerajaan sedia ada dikekalkan untuk mengalas mandat di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

RIDZUAN HAMLI
Pengusaha Labu Sayung di Perak

Sunday, April 21, 2013

Zambry hadapi saingan tiga penjuru di DUN Pangkor

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
SERI MANJUNG – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menghadapi pertembungan tiga penjuru bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Lumut, Datuk Zamri Man mengumumkan Zambry yang menyandang kerusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu sejak 2004 bakal ditentang Mohd. Saifullah Mohd. Zulkifly daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang ahli perniagaan, J. Benard Parenpa mewakili Bebas.
Beliau berkata, Parlimen Lumut pula menyaksikan pertembungan antara Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (BN) dengan Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR).
DUN Pasir Panjang juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Roshidi Ibrahim (BN), Rohawati Abidin (Pas) dan seorang kontraktor, S. Vijayan yang bertanding atas tiket Bebas.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula menghadapi tentangan daripada Ting Tai Fook (BN) bagi mempertahankan DUN Sitiawan yang disandang sejak 2004.
Terdahulu, Zambry, Cho Ha dan Roshidi yang diiringi lebih 5,000 penyokong tiba di lokasi penamaan calon di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung di sini pada pukul 8.40 pagi.
Vijayan yang berasal dari Kampung Datuk Seri Kamaruddin dekat sini hadir di lokasi penamaan calon pada pukul 9.03 pagi dan bakal memakai logo pokok, manakala Benard yang berasal dari Kuala Lumpur dan menetap di Pulau Pangkor sejak empat tahun lalu hanya muncul kira-kira tujuh minit sebelum tempoh penamaan berakhir untuk mengemukakan kertas pencalonan.