Oleh HARRITH HISHAM, MOHD AZLI ADLAN, TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF, NOR AINNA HAMZAH dan ASLIZA MUSAPETALING JAYA – Cabaran yang dihadapi ketika mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 diubati dengan keputusan yang cemerlang bagi sebahagian pelajar.
Bagi A. Shrreya, mendapat 10A+ dalam SPM ketika terpaksa belajar dalam keadaan tertekan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan satu keputusan yang cukup menggembirakannya.
Kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Seri Aman di sini itu, pengorbanannya mengetepikan segala hiburan termasuk media sosial selama lima tahun berbaloi dengan keputusan itu.
"PdPR memang mencabar terutama bagi calon SPM 2021. Ia
satu perjalanan yang menakjubkan kerana keputusan itu sangat
berbaloi dengan pengorbanan
yang saya lakukan.
“Saya nekad disiplinkan diri
dan mengehadkan diri kepada
perkara tertentu. Selain media
sosial, saya juga mengurangkan
masa bersama kawan dan berhibur,” kata anak sulung daripada
dua beradik itu.
Sementara itu, Alyssa Zyra
Mohd. Zailan yang memperoleh
keputusan 9A berkata, selain
PdPR, dia disahkan dijangkiti
Covid-19 pada minggu pertama
SPM.
“Ia telah menjejaskan pemikiran saya, namun saya tetap
mengharunginya sebagai cabaran dan peluang untuk ulang kaji.
Saya enggan menjadikan perjalanan selama lima tahun di sekolah
sebagai sia-sia,” katanya yang
bercita-cita sebagai peguam.
Di Kuala Terengganu, cabaran PdPR yang dilalui oleh pelajar yang mengalami masalah
pendengaran sejak kecil tidak
menghalang Tengku Abdul Aziz
Tengku Md. Fauzi mendapat
keputusan 9A+ dan 3A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Dia yang juga huffaz al-Quran
dari Sekolah Menengah Imtiaz
Dungun sering pening kerana
menggunakan alat bantu dengar
ketika belajar subjek rumit.
“Ia menyebabkan saya kerap
berehat sebentar untuk kembali
fokus. Saya terpaksa menggunakan fon kepala yang boleh laras
bunyi ketika PdPR,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
semalam.
Terdahulu dia menerima sijil
penghargaan atas kecemerlangannya dalam SPM daripada
Pengarah Pendidikan Terengganu, Abdul Muei Ngah.
Tengku Abdul Aziz berkata,dia sentiasa mengikut pesan ibu
bapanya agar solat berjemaah
di awal waktu dan membaca al-Quran setiap hari bagi memperoleh keberkatan dalam pelajaran.
Tambah anak bongsu daripada sembilan beradik tersebut,
hakikat sebagai OKU masalah
pendengaran menguatkan azamnya untuk mencapai kecemerlangan setara dengan rakan-rakannya yang normal.
“Saya tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai
halangan kerana seorang abang
dan kakak yang turut menghadapi masalah sama juga cemerlang
dalam pelajaran,” katanya yang
bercita-cita menjadi ahli fizik.
Di Tampin, Negeri Sembilan,
Nurin Faqihah Fazli, 18, berkata,
dia gembira dalam sedih walaupun mendapat keputusan 9A
terutama untuk subjek matematik tambahan.
“Ketika peperiksaan percubaan saya dapat semua E. Saya
juga sedih kerana tidak dapat
menduduki Ujian Bertutur dan
Mendengar bahasa Melayu dan
Inggeris bersama rakan-rakan
lain kerana positif Covid-19 pada
Februari lalu.
“Saya terpaksa mendudukinya
secara berasingan. Saya buang
rasa sedih dan mudah letih akibat simptom Covid-19 dan menggunakan 10 hari kuarantin untuk
mengulang kaji pelajaran,” katanya.
Menurut Nurin Faqihah, berkat doa ibu bapa dan tunjuk ajar
guru-guru secara online banyak
membantunya.
Di Ipoh, walaupun aktif dalam
sukan hingga ke peringkat dunia,
ia bukan halangan bagi ‘Usain
Bolt Malaysia’, Muhammad
Azeem Mohd. Fahmi memperoleh 6A dalam SPM 2021.
“Ia seakan menebus kekecewaan apabila penyertaan saya
dalam acara saringan 100 meter
lelaki di Sukan SEA Hanoi 2021
dibatalkan bulan lalu.
“Ia setimpal dengan semua
usaha keras saya selama ini selain sokongan keluarga, guru
dan rakan-rakan,” katanya ketika
ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh.
Tambahnya, jadual hariannya
sangat padat apabila bangun
seawal pukul 5.30 pagi untuk
bersiap ke sekolah dan menjalani latihan pada sebelah petang
selain kelas persediaan pada
malam hari.
Dalam Sukan SEA Hanoi 2021,
Muhammad Azeem tampil selaku pelari pertama kuartet
4x100 meter (m) yang turut dibarisi Muhammad Arsyad Md Saat,
Muhammad Zulfiqar Ismail dan
juara bertahan acara 100m lelaki
Muhammad Haiqal Hanafi.