Translate

Thursday, November 23, 2023

PRK Kemaman: Pas sudah dapat 4 DUN, berilah Parlimen kepada BN – Ahmad Maslan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Parlimen Kemaman bakal menjadi jambatan yang menghubungkan kerajaan negeri Terengganu dan kerajaan Persekutuan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 2 Disemberi ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebelum ini, tiada seorang pun wakil kerajaan Perpaduan dalam semua lapan kerusi Parlimen di negeri ini begitu juga 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

“(Parlimen) Kemaman ini satu-satunya (boleh menjadi) jambatan penghubung antara kerajaan negeri (diterajui Pas) dan kerajaan Pusat kalau (calon BN), Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menang.

“Saya harap jangan dibakar satu-satunya jambatan perhubungan (harapan) ini,”
katanya sewaktu berceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Dewan Sivik Felda Cherul di sini malam tadi.

Ahmad berkata, pengundi Kemaman sewajarnya membuat keputusan strategik memilih BN mewakili mereka di Dewan Rakyat agar berpeluang mendapat manfaat kemakmuran berganda di kawasan Parlimen tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, ia disebabkan empat DUN di dalam Parlimen Kemaman iaitu Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih kini sudah dikuasai Pas yang menerajui kerajaan negeri.

“Kita berbahagi, negeri (DUN) bagi Pas, Pusat (Parlimen) bagi BN. (Orang) Kemaman untung, (peruntukan) dua-dua dapat.

“Jika Menteri Besar Terengganu (calon Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar) menang, dia masih jadi pembangkang (di Parlimen) tetapi kalau Tan Sri Jeneral (Raja Mohamed Affandi) menang, dia akan duduk sebelah kerajaan (Pusat) dan dapat segala manfaat (peruntukan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment