Translate
Monday, August 31, 2009
Kartika dari Indonesia?
'Kami keturunan Ngah Ibrahim'
Friday, August 28, 2009
RPT untuk pesara polis dan tentera
Thursday, August 27, 2009
Laluan baru Ipoh-Medan diperkenal
"Kejayaan membawa Riau Airlines beroperasi di LTSAS merupakan salah satu inisiatif berikutan perjanjian usahasama antara Ipoh dengan kota Medan, Sumatera, Indonesia sebelum ini," katanya.
Cawangan Restoran Simpang Tiga Medan kini dibuka di Ipoh
Pelancaran cawangan baru restoran nasi padang yang di miliki Lim Po Eng atau lebih dikenali sebagai Pak Salim itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah malam kel marin.
Po Eng berkata, restorannya menyajikan lebih 60 menu Nasi Padang asli seperti ayam goreng pop, gulai kikil, umbi tumbuk dan ikan goreng gurame.
"Restoran kami boleh memuatkan 300 pelanggan pada satu-satu masa dan beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.
"Semua sajian dimasak dengan menggunakan rempah ratus yang dibawa khas dari Indonesia dan dimasak oleh beberapa tukang masak dari Medan," katanya.
Thursday, August 20, 2009
MKTC tawar 10,000 peluang pekerjaan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan negeri telah mengenalpasti dua tapak untuk projek berimpak tinggi itu yang akan dikenali sebagai Pusat Teknologi Malaysia-Korea (MKTC) itu.
"MKTC ialah kawasan perindustrian yang menumpukan pada penghasilan produk berasas infrastruktur telekomunikasi dan mampu menarik pelaburan asing kira-kira RM1 bilion daripada 101 syarikat ICT Korea itu.
"Ia akan didirikan di tapak seluas 28.35 hektar di Pangkalan di sini manakala Taman Teknologi Meru Raya di sini pula bakal menjadi tapak pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi MKTC,"katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara firma ICT Korea, Gentro Tech Co. Ltd. dengan dua syarikat tempatan, Perak Multimedia DotCom Sdn. Bhd. dan Virtual Bridge Sdn. Bdn. di sini semalam.
Gentro Tech diwakili Presidennya, Park Young Jun manakala Pengarah Perak Multimedia DotCom, Azman Jusoh dan Pengerusi Eksekutif Virtual Bridge, Nur Ezan mewakili Virtual Bridge.
Zambry berkata, pelaksanaan MKTC akan menawarkan peluang pekerjaan kepada hampir 10,000 penduduk tempatan serta mampu menjana pendapatan sehingga RM3.54 billion setahun.
Dalam masa yang sama, Perak juga akan mendapat manfaat dari segi pertukaran teknologi daripada projek itu selain menjadi pusat pengeksportan produk ICT untuk pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah.
Dalam pada itu, beliau berkata, Gentro Tech adalah firma ICT Korea pertama yang akan bertapak di MKTC dengan pembinaan kilang mengeluarkan kabel salur optik beralun (COD) dalam tempoh setengah tahun lagi.
"Manakala penyertaan baki 100 syarikat dari negara tersebut ke kawasan perindustrian berkenaan akan menyusul kemudian secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya.
Lega hukuman semakin hampir
Oleh AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
KUALA KANGSAR - "Saya lega kerana semakin hampir untuk dijatuhi hukuman sebat yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa berdosa saya."
Demikian pengakuan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, ketika ditemui Kosmo! di rumah keluarganya di Kampung Jawang, Karai di sini semalam.
Namun kata wanita itu, dia dan keluarga keliru kenapa hukuman sebat itu perlu dilakukan di Penjara Kajang.
"Selepas ditahan adakah saya akan ditempatkan di Penjara Kajang bersama tahanan lain kerana saya bukan banduan," kata Kartika.Bagi Kartika, dia juga berpendirian seperti bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib untuk menjalani hukuman secara terbuka.
"Saya tidak akan berasa aib dan bersedia untuk disebat di khalayak ramai agar matlamat hukuman tersebut untuk memberi teladan kepada orang ramai tercapai," kata ibu kepada dua orang anak itu.
Kartika tiba dari Singapura bersama suaminya, Mohamad Affendi pada pukul 2 pagi semalam setelah dimaklumkan bapanya tentang pengeluaran waran penahanan kelmarin bagi menjalani hukuman sebat.
"Saya sudah bersedia untuk dibawa oleh jabatan agama bagi menjalani hukuman sebat," katanya.
Sementara itu, Shukarnor berkata, mereka tetap berpendirian hukuman sebat yang bakal dijalani Katika dilakukan di khalayak ramai.
Mahkamah Tinggi Kuantan kelmarin mengeluarkan waran penahanan terhadap Kartika berkuat kuasa 24 Ogos ini.
Sebaik ditahan Kartika dalam perintah mahkamah itu akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman tersebut.
Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang menjatuhi hukuman enam kali sebatan dan denda RM5,000 terhadap Kartika yang didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating pada pukul 11.40 malam 11 Julai 2008.
Dakwan dibuat mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara dan disebat tidak melebihi enam sebatan.
Monday, August 17, 2009
Kerdil tidak halang genggam ijazah
Beliau yang hanya setinggi 99 sentimeter (sm) me nerima ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elek tronik (Kepujian) Kelas Kedua Atas pada majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) ke-sembilan di sini se malam.
Irwan yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkata, dia turut memenangi Anu gerah Projek Tahun Akhir bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada majlis sama.
"Saya tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang dan modal untuk meraih simpati. Malah sentiasa tanam dalam diri agar menjalani hidup seperti insan normal sepanjang empat tahun pengajian," katanya .
Seramai 1,169 graduan termasuk sembilan peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan 85 peringkat Sarjana menerima sijil ma sing-masing semalam dalam majlis konvokesyen yang disem purnakan Canselor UTP, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Irwan yang merupakan anak sulung daripada dua beradik ini berkata, pengalamannya sebagai pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan se lama dua tahun banyak membantunya untuk membiasakan diri dalam kehidupan kampus.
Pertunjukan seragam polis dulu hingga kini
Thursday, August 13, 2009
Kesusahan hidup dorong kehidupan
Wednesday, August 12, 2009
Pak Lah terima Ijazah Kehormat Pendidikan
Penganugerahan tersebut sebagai menghargai sumbangan besar beliau yang gigih memperkasa pembangunan modal insan ketika menerajui negara.
Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.
Abdullah semasa berucap semasa berucap pada majlis itu melahirkan rasa terharu dengan anugerah tersebut dan menganggapnya sebagai pengiktirafan besar dalam kerjayanya sebagai pemimpin negara.
"Semasa merasmikan Konvensyen Pendidikan Nasional pada 1985 di kampus ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), saya yang ketika itu Menteri Pelajaran telah mengusulkan cadangan agar ia dinaik taraf menjadi institut," katanya.
Beliau berkata, selepas 25 tahun berlalu beliau gembira kerana buah fikiran yang dikembangkan ketika itu sudah mula menunjukkan hasilnya sehingga bertaraf universiti sekarang.
Sementara itu, Datuk Dr. Mohd. Yusof Hassan, 69, yang juga Felo Penyelidik di Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki, dilantik sebagai Profesor Emeritus pertama UPSI.
Beliau pada majlis itu turut mencadangkan supaya pihak pengurusan menubuhkan sebuah Institut Kesusasteraan di UPSI.
"Pada zaman MPSI, budaya penulisan sastera begitu subur menerusi penubuhan Jabatan Karang-Mengarang hingga telah melahirkan ramai penulis hebat dan terkenal seperti Pendeta Za’ba (Zainal Abidin Ahmad), Mansuri S.N dan Buyung Aidil.
"Namun pada masa kini, tradisi itu seakan-akan diabaikan dan ia amat merugikan sedangkan UPSI sebenarnya mempunyai asas kukuh dalam cabang tersebut,"
Tuesday, August 11, 2009
Exco agih sendiri gula kepada peruncit
Hadiah bermakna untuk pemimpin
Friday, August 7, 2009
18 tahun membazir bayar bank
Oleh AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH - Selama 18 tahun menunggu rumah yang dibeli sehingga ada yang telah meninggal dunia, namun projek perumahan kos rendah di Taman Seri Manong, Ulu Kinta gagal disiapkan dan terus terbengkalai.
Impian 47 pembeli untuk tinggal di rumah teres dua tingkat milik sendiri semakin kabur apabila pemajunya hilang tanpa berita.
Kepada siapa mereka hendak mengadu dan sampai bilakah mereka akan terus menunggu dan membayar ansuran bank setiap bulan?
Menurut seorang pembeli, Hapisah Abdul Rahman, 47, perjanjian pembelian rumah kos rendah bernilai RM25,000 itu telah dibuat pada tahun 1989 yang sepatutnya siap dalam masa dua tahun.
"Namun ketika projek perumahan itu siap 70 peratus, pemaju menghadapi masalah dan meninggalkannya begitu sahaja.
"Setiap kali melalui kawasan ini, saya sedih kerana 50 meter dari tapak itu telah terbina beberapa taman perumahan lain," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Pengerusi Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin meninjau tapak projek perumahan tersebut semalam.
Seorang lagi pembeli, Siti Aminah Tugiman, 48, berkata, dia amat terbeban kerana terpaksa membayar ansuran bulanan pinjaman bank selain membayar sewa rumah sedangkan projek perumahan itu seperti tidak mungkin siap.
"Sejak lebih 18 tahun lalu, kami terpaksa membayar ansuran pinjaman bank sebanyak RM178 sebulan dan ia tinggal tujuh tahun sahaja lagi untuk langsai.
"Tambah menyedihkan, saya difahamkan tiga pembeli sudah meninggal dunia. Bagaimanapun kami tetap mahu hak kami dan merayu pihak berkenaan agar berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah kami," katanya.
Sementara itu, Kon Yin yang bersimpati dengan nasib pembeli terbabit mencadangkan supaya mereka menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk mengukuhkan lagi perjuangan mereka.
"Pada masa sama, saya akan melanjutkan masalah ini kepada kerajaan negeri Perak dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Harap ada usaha agar projek perumahan berkenaan disiapkan atau dibina semula," katanya.
Thursday, August 6, 2009
Perak bangunkan 'Bandar Kasut Ipoh'
Zambry menjelaskan, industri pembuatan kasut di Perak dianggarkan bernilai kira-kira RM650 juta setahun dan ia akan diangkat menjadi ikon ekonomi baru negeri ini.
Wednesday, August 5, 2009
Pameran konsep Raja Berperlembagaan
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebu dayaan berhasrat untuk mengadakan pameran jelajah menerangkan konsep Raja Perlembagaan di seluruh negara dalam masa terdekat.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia bertujuan untuk memberi kefahaman mendalam kepada masyarakat te rutamanya generasi muda tentang kepentingan institusi raja yang menjadi tonggak negara.
"Trend segelintir masyarakat negara ini yang mula mem persoal konsep Raja Berperlembagaan amat membimbangkan. Namun saya berpendapat langkah kerajaan negeri Perak menganjurkan Pameran Foto ‘Sultan dan Rakyat’ perlu dipuji.
"Sehubungan itu kementerian berhasrat untuk menganjurkan pameran serupa di negeri-negeri beraja lain di seluruh negara kerana ia dilihat mampu memberi impak berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pe rasmian pameran tersebut yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Dewan Bandaran di sini semalam.
Pameran tersebut adalah anjuran Pertubuhan Berita Na sional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Arkib Negara.
Rais berkata, pameran jelajah tersebut juga bakal mengupas konsep Rukun Negara dan perlembagaan negara serta negeri terbabit dalam bahasa mudah untuk difahami masyarakat.