Translate

Friday, June 12, 2026

Dua bot ceroboh taman laut Pulau Redang ditahan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Dua bot nelayan pukat tunda termasuk satu daripadanya mengggunakan nelayan Vietnam sepenuhnya ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Perikanan kerana menceroboh kawasan taman laut di perairan Pulau Redang di sini awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, kedua-dua bot berjaya ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Perikanan dalam operasi selama tujuh jam yang berakhir pukul 6 pagi.

Beliau berkata, dua bot nelayan itu disyaki menceroboh kawasan taman laut untuk menangkap ikan secara haram.

“Kedua-dua bot terbabit dikesan sedang leka menangkap ikan pada kedudukan kira-kira lapan batu nautika (14.82 kilometer) dari perairan Pulau Redang dekat sini.

“Ia menyalahi larangan menangkap ikan pada kedudukan di bawah 12 batu nautika (22.22 kilometer) dari perairan Pulau Redang yang telah digazet sebagai salah sebuah daripada 56 Taman Laut Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Adnan berkata, salah satu bot nelayan pukat tunda yang ditahan didapati jenis C2 atau laut dalam yang disyaki menggaji lima nelayan asing warga Vietnam.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati salah satu bot nelayan tersebut menggunakan modus operandi mengemukakan gambar bot berbeza dalam permohonan lesen dan permit.

“Pemeriksaan juga mendapati hanya satu daripada lima tangki minyak di dalam bot terbabit berisi manakala bakinya kosong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Perhilitan lepas burung helang, pelanduk, landak di Pulau Redang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil inisiatif melepaskan 32 ekor haiwan liar pelbagai spesies di Taman Laut Pulau Redang, di sini.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pelepasan hidupan liar tersebut bertujuan untuk memperkayakan lagi ekosistem di dalam hutan pulau peranginan tumpuan pelancong terbabit.

“Hidupan liar yang dilepaskan ialah empat ekor burung helang jenis merah dan hindek, pelanduk, landak dan ayam hutan. Kita harap kesemua spesies hidupan liar itu dapat berkembang biak demi konservasi dan tatapan generasi masa depan,” katanya selepas melepaskan kesemua hidupan liar terbabit di Taman Laut Pulau Redang di sini hari ini.

Abdul Kadir berkata, Perhilitan komited melakukan aktiviti pelepasan haiwan liar di habitat bersesuaian demi memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara.

Beliau berkata, antara haiwan liar lain yang kerap dilepaskan jabatannya ialah rusa, kinjang, seladang, tenggiling dan harimau kumbang. – KOSMO! ONLINE

JBPM, Jabatan Perhutanan tambah baik SOP aktiviti pendakian

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan libat urus dengan agensi berkaitan bagi meminimumkan kes pendaki sesat di hutan pada masa akan datang.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Perhutanan dan pengurusan taman negeri bagi menambah baik peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti pendakian di negara ini.

“Kita telah analisis perkara (SOP pendakian) yang perlu ditambah baik. Perbincangan penambahan SOP dan peraturan telah dimulakan agar insiden sama (pendaki sesat) dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai di sini hari ini.

Terdahulu, Nor Hisham merasmikan penutup Pertandingan Kawad Kecekapan yang dimenangi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Beliau berkata, antara hasil perbincangan awal telah dikuatkuasakan adalah larangan aktiviti pendakian secara ‘dayhike’ atau ‘compressed hike’ di beberapa laluan pendakian berisiko di Perak berkuat kuasa pada 5 Jun lalu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga disiplin dengan bergerak secara berkumpulan dan mengikut trek utama sewaktu melakukan aktiviti pendakian dan jelajah hutan.

“Kita raikan kegiatan riadah lasak yang semakin popular dalam kalangan komuniti. Yang penting persiapan dan disiplin,” katanya.

Pada 23 Mei lalu, pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Batu Putih, Tapah, Perak

Ibu dua anak itu bagaimanapun dijumpai dalam keadaan selamat selepas dua minggu tanpa sebarang kecederaan serius oleh penduduk Orang Asli di Pos Musoh pada Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Peniaga rugi RM329,400 diperdaya tender kerajaan palsu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang peniaga berputih mata apabila mengalami kerugian RM 329,400 akibat diperdaya tender pembekalan stesen tenaga mudah alih yang tidak wujud.

Lelaki berusia 40-an itu yang menyedari tertipu telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu di sini pada semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd. Zain berkata, pada mulanya, peniaga tersebut telah dihubungi individu tidak dikenali mengaku kononnya pegawai sebuah jabatan kerajaan pada 11.59 pagi, 4 Mei lalu.

“Mangsa ditawarkan kononnya tender pembekalan 22 stesen tenaga mudah alih. Suspek juga telah mencadangkan syarikat yang kononnya boleh membekalan peralatan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Zahril Asri berkata, peniaga yang tidak mengesyaki apa-apa telah berurusan dengan wakil syarikat terbabit sebelum membuat pembayaran perolehahan.

Beliau berkata, lelaki itu membuat pembayaran keseluruhan RM329,400 menerusi empat akaun diberi suspek dan hanya menyedari dirinya tertipu setelah merujuk kepada pegawai jabatan kerajaan terlibat yang menafikan pengeluaran tender terbabit.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

TFC buru bekalan selesa di Melaka

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

NAIB juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu FC (TFC) memburu kemenangan besar dalam aksi pertama menentang Melaka FC pada pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat malam ini.

 Pemangku jurulatih TFC. Badrul Afzan Razali berkata, kemenangan malam ini penting sebagai bekalan selesa buat skuad kendaliannya untuk menghadapi dalam aksi timbal halik digelanggang sendiri pada 29 November depan. 

"Kami mahu meneruskan momentum kemenangan yang diraih dalam aksi terakhir Liga Supermenentang Penang FC sebelum minggu rehat antarabangsa pada dua minggu lalu. 

"Sepanjang tempoh itu, kami tetap berlatih mempertajamkan serangan dan memperkemaskanbenteng pertahanan biarpun tanpa tujih permain yang mempunyai tugasan dengan skuad kebangsaan masing-masing katanya. 

Badrul Afzan juga berharap tujuh pemain tersebut termasukdua import iaitu Manuel Ott dan Nelson Bonilla membawa semangat aksi antarabangsa masing-masing dalam perlawanan menentang Melaka FC kelak. 

Beliau mengakui hampir semua anak buahnya bebas daripada masalah kecederaan dan penggantungan kecuali Bonilla yang masih kurang cegas dan pertahanan kebangsaan, Azam Azmi Mura cedera ringan pada bahagian lutut. 

Begitupun saya telah mengingatkan anak buah agar tidak memandang mudah cabaran Melaka FC.

 Walaupun beraksi dalam Liga A1, Melaka FC tetap skuad baik yang turut dibarisi beberapa pemain pengalaman dalam Liga Super," katanya.

Thursday, June 11, 2026

Setiu, Marang kembali banjir

KUALA TERENGGANU- Tidak sampal sehari, Setlu dan Marang kembali dilanda banjir semalam berikutan hujan lebat berterusan selama hampir sembilan jam.

 Setakat pukul 2 petang, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), masing-masing di Setiu dan Marang telah mula beroperasi.

 Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, senario semasa itu menjadikan mangsa banjir gelombang pertama di negeri ini kini berjumlah 41 orang daripada 10 keluarga. 

Kemaman kekal mempunyai 29 mangsa daripada enam keluarga yang masih berlindung di PPS Balai Raya Padang Kemunting. 

Setakat ini, seorang lelaki telah mendaftar masuk ke PPS Balai Raya Kampung Bintang, Setiu." katanya di sini semalam. 

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, Marang juga kini menempatkan11 mangsa daripada tiga keluarga.

Beliau berkata, pihaknya sedang bersiap siaga memandangkan hujan lebat masih turun di beberapa kawasan di negeri ini.

 Terengganu mula dilanda banjir gelombang pertama padapukul 2 petang Selasa lalu berikutan hujan lebat berterusan selama lebih 14 jam. 

Lima daerah terjejas iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Marang dan Dungun.

Wednesday, June 10, 2026

18 tahun jadi PATI baru 'kantoi'

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU- Tembelang seorang lelaki warga Bangladesh memasuki dan tinggal d negara ini secara haram selama 18 tahun akhirnya terbongkar se lepas diberkas dalam operasi di daerah ini baru-baru ini. 

Lelaki berusia 37 tahun itu dicekup bersama 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan pihak imigresen di sebuah flat di Kampung Nisan Empat di sini. 

Pengarah Imigresen Terengganu, Mohd. Yusri Mohd. Nor berkata, hasil soal siasat, lelaki asing tersebut memaklumkan dia menetap di Malaysia tanра sebarang dokumen perjalanan sejak tahun 2006. 

"Dia (suspek) mengaku memasuki negara ini secara haram sewaktu berusia 19 tahun," katanya semalam. 

Mohd. Yusri memberitahu. sepanjang tempoh tersebut, lelaki Bangladesh terbabit mengaku kerap berpindah-randah bagi mengelak dia diberkas oleh pihak berkuasa.

 Lelaki itu telah dituduh di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, dan dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan dan satu sebatan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63. 

Menurut Mohd. Yusri, pihaknya akan terus giat melaksanakan Ops Sapu, Belanja dan Selera di sekitar bandar raya ini dan daerah Kuala Nerus. 

"Dalam operasi pada Selasa lalu, kita berjaya memberkas seramai 13 warga asing dipercayai PATI "Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki warga Bangladesh dan enam lelaki Myanmar berusia 19 dan 45 tahun. 

"Fokus akan diberikan terhadap lapan lokasi tumpuan warga asing di kedua-dua daerah ber. kenaan," katanya. 

Tambah beliau, mereka yang ditahan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Akta Imigresen1959/63 dan Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama.

Tuesday, June 9, 2026

Johor, Terengganu, Melaka terjejas

PETALING JAYA - Empat negeri dilanda banjir gelombang pertama melibatkan Melaka, Terengganu, Perak dan Kelantan akibat Monsun Timur Laut. Info Bencana Jabatan Кеbajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, banjir di empat negeri itu melibatkan 686 mangsa yang dipindahkan ke 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang semalam. 

Di Terengganu, kawasan yang terjejas melibatkan lima daerah laitu Marang Hulu Terengganu, Dungun, Besut. Kemaman se- malam. Setiu pula telah pulih dengan seorang mangsa yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bintang telah dibenarkan pulang rumah pada pukul 12 tengah hari.

 Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, se takat ini, seramai 385 mangsa daripada 81 keluarga berada di 15 PPS di keenam-enam daerah terbabit. 

"Marang menjadi daerah paling terjejas dengan 195 mangsa daripada 38 keluarga berada di empat PPS "Seramal 61 mangsa daripada 12 keluarga pula berada di empat PPS di Dungun," katanya di sini semalam.

 Tambah bellau, Besut mempunyai 41 mangsa daripada lapan keluarga yang berada di PPS Balai Raya Kampung Pantal.

Dalam pada itu dii Kelantan, Sekreteriat Angkatan Pertahanan Awam Kelantan berkata seramal 40 orang mangsa banjir melibatkan 11 buah keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok setakat pukul 4 petang semalam. 

Air Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan amaran, manakala Jambatan Mеlor, dekat Ketereh berada padaparas berjaga-jaga Sembilan sungai utama diKelantan masih tahap normal. 

Di Melaka sebanyak tiga PPS dibuka dengan sebanyak 284 mangsa daripada 73 keluarga.

Daerah yang terjejas adalah diMelaka Tengah, Di Segamat, Johor sebuah PPS di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak, Segamat dibuka menempatkan 11 mangsa banjir daripada empat keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Mohd. Masni Wakiman, berkata, PPS di Balai Raya Batu Badak Segamatdibuka apabíla air melimpah dari Sungai Muar-Segamat ke kawasan penempatan penduduk. Sementara itu, Ketua Polis Segamat Superintendan AhmadZamry Marinsah berkata, penduduk di kawasan dinaiki air dinasihatkan supaya akur arahan pihak berkuasa untuk berpindahke PPS bagi elak terkandas.


Monday, June 8, 2026

Anak tahu kejadian kemalangan menerusi live location


SETIU - Anak pasangan suami isteri yang maut dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Kuala Tereng ganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungal Lerek di sini semalam, mengetahui kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp. 

Ahmad Kamarul Shafiq Kamarudin, 28, berkata, dia mengesyaki sesuatu tidak kena terhadap ahli keluarganya apa bila paparan penjejak lokasi (live location) WhatsApp menunjukkan kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki empat beranak itu terhenti untuk tempoh lama di lokasi tersebut. 

Menurut anggota bomba itu, dia yang terjaga pada pukul 5 pagi mendapati paparan live location yang dikongsi keluarganya tidak menunjukkan sebarang pergerakan sehingga pukul 6 pagi. 

"Saya rasa tidak sedap hati dan cuba menghubungi kakak Nur Ardiena) berkali-kali, tetapi tidak berjawab. Luluh hati saya apabila panggilan terakhir dijawab seorang pegawal perubatan yang berada di lokasi yang memaklumkan ahli keluarga saya terlibat dalam ke malangan maut," katanya ketika ditemui di Hospital Setiu di sini semalam. 

Dalam kejadian pada pukul 450 pagi itu, Kamarudin Ibrahím, 54, bersama isteri Maimunah Mat Isa, 54. anak mereka, Nur Ardiena maut setelah kereta Perodua Axia yang dinaiki dirempuh trak pikap Toyota Hilux.

 Anak bongsu pasangan tersebut, Nur Azwa Shamimi, 21, pula cedera parah di bahagian tangan dan kak. Ahmad Kamarul Shafig memberitahu, empat beranak itu sempat singgah di rumahnya di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan selepas menghadiri majlis konvoksyen Nur Azwa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 

Pemuda itu sempat meminta kakaknya, Nur Ardiena berkongsi live location dalam aplikasi WhatsApp sebelum empat beranak tersebut bertolak dari rumahnya ke Kota Bharu pada pukul 10.30 malam. 

"Saya berasa tidak sedap hati kerana sewaktu mereka bertolak pulang ke Kota Bharu kerana hujan lebat, tambahan pula mereka akan menempuh perjalanan jauh melalui Temerloh, Pahang kerana laluan biasa di Muadzam Shah tidak dapat digunakan ekoran penyelenggaraan jambatan bailey" katanya. 

Ahmad Kamarul Shafiq berkata, dia memantau perjalanan ibu bapa serta dua adiknya sehingga awal pagi sebelum terlelap pada pukul 5 pagi.

Sunday, June 7, 2026

Tragedi pulang konvokesyen

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI 

SETIU - Perjalanan pulang empat beranak ke Kota Bharu, Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen di Putrajaya berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan dengan sebuah trak pikap semalam. 

Nahas pada pukul 4.50 pagi di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungal Lerek di sini, mengorbankan Kamarudin Ibrahim, 55, dan isterinya, Maimunah Mat Isa, 54, serta anak pasangan itu, Nur Ardiena, 30. 

Ketika kejadian, kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki empat beranak tersebut dipandu Nur Ardiena. Seorang lagi anak раsangan itu, Nur Azwa Shamimi, 21, yang merupakan graduan Diploma E-Kesetiausahaan Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar) cedera parah. 

Maimunah dan Nur Ardiena yang merupakan juruwang pasar raya disahkan maut di lokasi kejadian, manakala Kamarudin pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Setiu di sini. 

Anak keempat mangsa, Ahmad Kamarul Azrul Eman, 23. berkata, ibu bapa dan kakak keduanya, Nur Ardiena bertolak dari rumah mereka di Kota Bharu bagi menghadiri majlis konvokesyen Nur Azwa Shamimi pada Khamis lalu.

Majlis konvokesyen Nur Azwa Shamimi berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya kelmarin. 

"Mereka bertolak pulang ke Kelantan pada pukul 1030 malam tadi (kelmarin) selepas singgah di rumah abang ketiga saya (Ahmad Kamarul Shafiq) di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. 

"Paling saya tidak dapat lupakan adalah pelukan erat arwah ibu sebelum mereka bertolak ke Putrajaya minggu lalu," katanya ketika ditemul di pekarangan Rumah Mayat Hospital Setiu semalam. 

Menurut Ahmad Kamarul Azrul, sewaktu dia bersalaman dengan ibunya, wanita itu sempat berpesan supaya dia menjaga diri.

Pemuda itu meluahkan rasa sedih kerana arwah kakaknya yang terkorban dalam nahas tersebut bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember ini dan semua persiapan sudah dilakukan menjelang hari bahagia tersebut.

 "Sebelum ini saya berjanjivmahu belanja ahli keluarga makan bagi meraikan kejayaan adik bongsu (Nur Azwa Shamimi), nampak hasrat itu tidak kesampalan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris memberitahu, kejadian berlaku apabila trak pikap Toyota Hilux yang dinaiki dua penjual sayur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas memasuki ke laluan pertentangan dan merempuh kereta Perodua Axia dinaiki empat beranak tersebut .

"Ketika kejadian, trak pikaÑ€ tersebut dalam perjalanan membawa bekalan ke Pasar Gong Pauh, Kuala Terengganu dari Tunjong, Kota Bharu. 

"Dua mangsa laitu Maimunah dan Nur Ardiena disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa lelaki (Kamarudin) meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Setiu," katanya. 

Mayat tiga beranak tersebut dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat. 

Nur Azwa pula dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Saturday, June 6, 2026

Kilang kayu haram guna balak curi diserbu PGA

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Perbuatan memproses kayu disyaki menggunakan balak curi dari kawasan hutan simpan berjaya dibongkar Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam serbuan di sebuah kilang di Kampung Dendang, Jerangau di sini semalam.

Serbuan pada pukul 3 petang tersebut berjaya merampas balak, produk kayu dan peralatan kilang dianggarkan bernilai keseluruhan kira-kira RM1.27 juta.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan terbabit turut berjaya memberkas dua lelaki berusia 58 dan 45 tahun yang disyaki penjaga dan pekerja kilang terbabit.

“Siasatan awal mengesyaki kilang memproses kayu ini dimiliki seorang lelaki berasal dari Besut.

“Dia disyaki menggaji penduduk tempatan berkenaan bagi pengoperasian kilang tersebut tanpa lesen sah,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Radzi berkata, risikan awal mendapati kilang tersebut mendapat bekalan balak daripada pembalak kecil yang melakukan aktiviti penebangan pokok secara haram di hutan simpan serta tanah kerajaan dan persendirian.

Beliau berkata, bagi mengelak pengesanan dan semakan kewangan oleh pihak berkuasa, setiap urus niaga melibatkan kayu terbabit disyaki dibuat secara tunai.

“Urusan pembelian kayu juga dipercayai dilakukan dengan penglibatkan orang tengah bagi mengelakkan kaitan secara langsung dengan pemilik sebenar kilang itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Hadi sahkan pertemuan kepimpinan Pas-UMNO

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara kepimpinan parti tersebut dan UMNO di ibu negara malam tadi.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun tidak menyertai pertemuan tersebut dan menyifatkan ia sekadar pertemuan biasa.

“Saya tidak terlibat (pertemuan Pas dan UMNO), (namun) dimaklumkan kepada saya. Pertemuan biasa, orang hendak berjumpa, kita berjumpa,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Terdahulu, tular gambar beberapa pemimpin Pas termasuk Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad memasuki Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dipercayai untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO malam tadi.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula dipetik berkata, Muafakat Nasional (MN) 2.0 perlu dijayakan bagi memperkukuh kedudukan politik Melayu dan Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 dan Pilihan Raya Negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, usaha untuk menghidupkan semula MN adalah selaras dengan konsep Pas yang menekankan kepentingan Melayu dan Islam dalam kepimpinan negara.

Beliau menegaskan, Melayu dan Islam mesti memimpin negara tanpa meminggirkan kedudukan masyarakat majmuk bukan Islam dalam negara ini. – KOSMO! ONLINE

PRN Johor: Pas belum putus guna logo sendiri atau PN

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Pas masih belum menentukan sama ada akan menggunakan lambang sendiri atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kajian sedang dilakukan termasuk maklum balas daripada Pas Johor yang bakal diterima pada Isnin ini.

“Kita akan kaji mana yang lebih baik (penggunaan lambang Pas atau PN) bergantung kepada pengaruh (di Johor).

“Jumlah kerusi (Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi) pun masih belum dimuktamadkan, tidak semestinya semua 56,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Terdahulu sewaktu PRN Johor ke-15 pada Mac 2022, Pas yang mewakili PN hanya memenangi DUN Maharani.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas juga berhasrat untuk bertanding lebih banyak kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan yang juga akan diadakan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas yakin mampu merampas lebih banyak kerusi dalam DUN Negeri Sembilan berikutan prestasi memberangsangkan diraih parti itu pada PRN ke-15 yang berlangsung Ogos 2023.

“PRN (Negeri Sembilan) sebelum ini, Pas menang tiga kerusi (DUN Paroi, Serting dan Gemas). Kita sasar pertambahan kerusi terutama di DUN yang tewas dengan majoriti tipis kurang 1,000 undi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Pantai Timur tenggelam

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA, MOHD. AZLI ADLAN, KAMALIZA KAMARUDDIN dan ROHANA MOHD. NAWI

PETALING JAYA - Hujan lebat berterusan sejak kelmarin mesikan seramal 16,038 mangsa banjir di enam negeri dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan negeri-negeri di Pantai Timur paling teruk terjejas setakat pukul 5 petang semalam. 

Enam negeri yang terjejas Monsun Monsun Timur Laut (MTL) iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Kedah dan Perlis  dengan 171 PPS telah beroperasi. 

Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu mangsa dipindahkan di103 PPS di sembilan daerah.

 Daerah Pasir Pas merekodkan sebanyak 3,546 mangsa daripada keluarga, manakala Pasir Puteh dan Kota Bharu masinging menyaksikan 1,795 dan penduduk dipindahkan. 

Kota Bharu, lima sungai  di negeri itu turut melepasi aras bahaya susulan hujan lebat berterusan melanda kebann kawasan di negeri ini sejak malam. 

Laman web Public Info Bencana melaporkan, Sungal Melor, Bachok mencatatkab bacaan 9.72 meter (m) sekali gus melebihi tahap bahaya 9 m dan Sungal Lanas di Air Lanas, Jeli pula berada pada paras 9.6 m.

 Menurutnya, Sungai Golok di tau Panjang melebihi paras bahaya iaitu 10.32 m, manakala Sungai Kelantan dengan bacaan 20.21 m. Sungal Semerak di Pasir Puteh ketika ini mencatatkan aan 331 meter yang turut melepasi paras bahaya laitu 3 m. 

Kelima-lima sungai itu mencatatkan trend menaik susulan hujan berterusan sejak semalam," katanya. 

Di Kuala Terengganu, banjir gelombang pertama di negeri ini yang semakin pulih kelmarin berubah menjadi buruk dalam tempoh kurang 24 jam denan mangsa meningkat mendadak kepada 2,065 orang.

Hujan lebat tahap merah berlanjutan dalam tempoh 24 jam itu telah menjejaskan enam daerah termasuklah Bеsut, Hulu Terengganu dan Setiu selain Marang yang sudah banjir sejak Jumaat lalu.

 Jurucakap Sekretariat Jatankuasa Pengurusan BencNegeri (JPBN) Terengganu kata, setakat pukul 5 petangbanyak 65 PPS yang melibatkan 378 keluarga telah dibuka di enam daerah tersebut.

 "Besut merupakan daerah paling terjejas dengan 1,490 ma daripada 488 keluarga telah pindah ke 33 PPS.

 "Sebanyak 10 PPS yang nempatkan 253 mangsa dari 77 keluarga pula beroperasi di Setiu." katanya.

 Perak dan Johor turut mencatat jumlah mangsa yang rendah di PPS dengan daerah Kerian yang menempatkan seramai 20 mangsa daripada tujuh keluarga menjadi satu-satunya PPS yang dibuka di Perak. 

Segamat pula merekodkan seramai 28 mangsa yang dipindahkan  membabitkan 20 keluarga.

Di Jerantut, Pahang. kehadiran banyak ikan  di Sungai Tembeling sejak beberapa lalu yang menjadi petanda lakunya banjir apabila air sungai tersebut melimpah hingga keras pinggang di sekitar dataran perniagaan Kampung Bantal, Tembeling sejak kelmarin. 

Kawasan tersebut mula limpahi air pada pukul 6 petang yang mana Sungai Tembeling menunjukkan paras bahaya mencecah 105 meter menyebabkan siren amaran dibunyikan.

Friday, June 5, 2026

TFC mahu terus gempur Melaka

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

TERENGGANU FC (TFC) berzam terus menggempur gawang Melaka FC pada aksi kedua pusingan pertama Piala Malaysia di laman sendiri malam ini biarpun sudah membawa bekalan selesa tiga gol.

 Pemangku Jurulatih TFC Badrul Afzan Razali berkata, anak buah diingatkan agar tidak me mandang mпTERENGGANI dah dan terus fokus biarpun sebelah kaki skuad Sang Penyu boleh dikata kan sudah melangkah ke suku akhir. 

"Selagi wisel penamat 90 minit pada aksi esok (malam ni) ditlupkan, apa-apa boleh terjadi. Saya minta pemain-pemain terus fokus bermain bersungguh-sungguh untuk memburu kemenangan mutlak di gelanggang sendiri," katanуа. 

TFC bakal menanti kunjungan Melaka FC yang beraksi dalam Liga Al setelah mencatat kemenangan 4-1 pada aksi pertama pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat pada 23 November lalu.

 Badrul Afzan berkata, anak anak buahnya turut menjalani latihan sebagal persediaan sekiranya mereka terpaksa bermain dalam keadaan cuaca hujan memandangkan Terengganu kini dilanda Monsun Timur Laut (MTL) dengan cuaca yang tidak menentu.

 Beliau berkata, aksi lebih berhati-hati dituntut kerana sebarang kesilapan mudah akan menyebabkan mereka dihukum dalam permainan di padang basah. 

"Apa pun saya lega semua pemain saya bebas daripada masalah kecederaan mahupun penggantungan (perlawanan). Mungkin ada sedikit pertukaran dalam kesebelasan utama," jelasnya.

Thursday, June 4, 2026

Beroperasi tanpa lesen, APMM tahan dua bot padat pelancong


 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gara-gara beroperasi tanpa lesen, dua bot pelancong yang kedua-duanya membawa keseluruhan 48 penumpang ditahan Maritim Malaysia (APMM) pada kelmarin.

Kedua-dua bot ditahan pada kedudukan antara 51.12 dan 51.49 kilometer dari perairan Kuala Terengganu dekat sini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, pada mulanya, pemeriksaan mendapati kesemua penumpang kedua-dua bot tersebut memakai jaket keselamatan ditetapkan.

“Begitupun, pemeriksaan lanjut dua bot terbabit beroperasi tanpa lesen sah, manakala nakhodanya juga tidak mempunyai perakuan kekompetenan.

“Tindakan sita kedua-dua bot terus diambil sebelum ditunda ke Jeti Pejabat Maritim Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Hamiludin berkata, kes sedang disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau berkata, APMM akan mengetatkan pemantauan pematuhan undang-undang maritim di sekitar perairan Terengganu terutama pada musim cuti persekolahan ini.

“Saya mengingatkan semua pengusaha bog pelancong agar mematuhi syarat lesen operasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Bah makin buruk

KUALA TERENGGANU - Hujan lebat luar biasa sejak Selasa lalu telah menenggelamkan tujuh daerah sekali gus menyebabkan banjir gelombang pertama di negeri ini semakin memburuk dengan lebih 12,000 dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).  

Setakat pukul 5 petang semalam, sebanyak 8058 melibatkan 2,485 keluarga telah dipindahkan ke 195 PPS termasuk di Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Marang.

 Sebanyak 31 laluan telah ditutup kepada lalu lintas termasuk Jalan Kenyir-Aring, Hulu Terengganu antara kilometer 187 hinggn 189 ekoran runtuhan dan mendapan tanah. 

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Dr. Hasli Ibrahim berkata, jalan raya yang terjejas itu melibatkan Besut, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Dungun.

" Jalan yang tenggelam ialah di Besut dan Hulu Terengganu manakala laluan yang ditutup pula di Setiu, Dungun dan Kemaman. 

"Pengguna dinasihatkan mematuhi arahan dan mengikuti hluan alternatif dicadangkan JKR serta tidak mengambil risiko meredah laluan dinaiki air. Kami turut memantau keselamatan pengguna di lapangan," katanya. 

Di Kemaman, tujuh pekerja adang termasuk seorang wanita dan dua lelaki Bangladesh terperangkap hampir tiga jam di dalam ladang sawit di Kampung Batu Putih, Kerteh di sini sebekum diselamatkan bomba pada pukul 8 malam kelmarin. 

Ketua Balai Bomba dan Реnyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, mangsa masuk ke ladang itu untuk bekerja pada waktu pagi sebelum gagal keluar ekoran air sungai melimpah.

 "Ladang itu tenggelam hingga satu meter. Mereka dikeluarkan menggunakan taliyang direntang untuk mengharungi banjir. 

"Kerja menyelamat agak mencabar kerana arus deras," katanya. 

Di Kuala Terengganu, Pеngarah Pendidikan Terengganu. Jelani Sulong berkata, sebanyak 18 buah sekolah di Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun dan Setiu terpaksa ditutup ekoran banjir buruk.

Wednesday, June 3, 2026

Guru hadapi tujuh pertuduhan ‘sentuh’ dua pelajar lelaki

SETIU – Seorang guru sebuah sekolah menengah di Besut didakwa atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelaki pada bulan lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Darusalam Ab. Rahman, 42, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan lima pertuduhan, Darusalam didakwa melakukan amang seksual kepada seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di beberapa lokasi di daerah Besut dan Kuala Terengganu antara 5 Mei hingga 11 Mei lalu.

Dua pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala tiga lagi di bawah Seksyen 12(1) akta sama.

Dia juga didakwa dua pertuduhan melakukan perbuatan jenayah sama terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di sebuah tandas sebuah sekolah menengah di Besut.

Darusalam didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (b) akta sama.

Kosmo! Online 26 Mei lalu melaporkan seorang guru ditahan di rumah keluarganya di Besut bagi membantu siasatan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang guru di daerah ini terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selepas beberapa pendedahan dibuat oleh seorang pempengaruh di laman Facebook.

Situasi itu menyebabkan netizen menggesa Kementerian Pendidikan serta pihak berwajib untuk segera menjalankan siasatan secara tulus kerana ia melibatkan keselamatan pelajar sekolah. – KOSMO! ONLINE

Wang pencen RM97,933 lesap diperdaya skim pelaburan palsu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila sebahagian wang pencennya berjumlah RM97,933 lesap akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Lelaki berusia 59 tahun yang menyedari tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 8.24 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pesara terbabit telah tertarik dengan tawaran skim pelaburan yang dilihatnya di aplikasi TikTok.

“Mangsa kemudiannya menghubungi dengan suspek yang mengaku kononnya wakil syarikat pengendali skim pelaburan berkenaan menerusi aplikasi Telegram.

“Dia membuat pelaburan sebelum dimaklumkan sudah mendapat keuntungan tidak lama selepas itu,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, lelaki tersebut bagaimanapun dimaklumkan kononnya keuntungan diperolehi terbabit hanya dapat dikeluarkan sekiranya dia membuat sedikit pembayaran lagi.

Beliau berkata, pesara berkenaan yang bersangka baik telah mengikut arahan tersebut sehingga dia membuat pembayaran keseluruhan RM97,933.

“Pembayaran itu dilunaskan menerusi 11 transaksi di beberapa akaun bank berbeza diberi suspek antara pukul 3.28 petang, 20 Mei lalu hingga 11.56 pagi, semalam tetapi mangsa tetap tidak menerima walau sesen pun keuntungan dijanjikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Luluhan sejuk utara burukkan bah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA NERUS - Taburan hujan lebat tahap bahaya yang melanda Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan sejak Selasa lalu hampir menyamal situasi banjir buruk menimpа kedua-dua negeri itu pada tahun 2014.

 Pakar klimatologi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, hujan lebat tahap merah yang dijangka melanda Pantai Timur sehingga hari ini disumbangkan luluhan sejuk dari utara sejak seminggu lalu.

 "Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang berlaku pada masa ini memang membawa taburan hujan tinggi terutama di Pantal Timur saban tahun. 

"Situasi pada masa ini diburukkan lagi oleh luluhan sejuk utara yang membawa kelembapan tinggi," katanya semalam. 

Jing Xiang menjelaskankelembapan dibawa luluhan sejuk kuat yang merentasi Laut China Selatan lalu memasuki Pantai Timur telah meningkatkan potensi hujan. 

Beliau berkata, situasi banjir di Kelantan yang bersempadan dengan Thailand, pula jauh lebih kompleks.

 "Selain MTL dan luluhan sejuk utara kuat, pembentukan hujan di Kelantan semakin galak disebabkan pergerakan pusat perolakan ke benua maritim. Atmosfera pusat perolakan yang menggalakkan pembentukan hujan tersebut kini berada pada fasa tiga dan empat Ayunan Madden-Julian,"katanya.

 Jing Xiang menambah, senario itu berkemungkinan akan diburukkan lagi oleh fenomena La Nina yang boleh meningkatkan taburan hujan di negara ini.

 Beliau berkata, berdasarkan laporan minggu Evolusi, Status dan Ramalan Ayunan Selatan El Nino (ENSO) dikeluarkan Pusat Ramalan Perubahan Cuaca pada 25 November lalu, impak La Nina masih belum tiba di negara ini. 

"Laporan itu mengatakan situasi ENSO kini pada status pengawasan La Nina iaitu berada pada tahap neutral tetapi perlu berjaga-jaga dengan impak La Nina. Fenomena ENSO yang mencetuskan La Nina boleh mempengaruhi pola cuaca semasa," katanya.

Tuesday, June 2, 2026

Sanggup tak kahwin demi ibu, adik

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Demi kasih sayang terhadap ibu dan adik lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) mental, seorang wanita sanggup mengorbankan kerjaya dan kehidupan berkeluarga yang diimpikan selama ini.

Rosnani Musa, 50, berkata, dia mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah syarikat kontraktor pembinaan di bandar raya ini sejak hampir 10 tahun lalu demi menjaga ibu, Robiah Mat Daud, 67, yang uzur dan adik lelakinya, Mohamad Saffari Musa, 42.

“Saya pegang janji dengan arwah ayah (Musa Mohammad) agar mengambil alih tanggungjawab menjaga Saffari jika sesuatu terjadi kepadanya.

“Takdir Allah, ayah maut dalam kemalangan jalan raya pada Jun 2016, manakala kesihatan ibu yang menderita sakit lutut sejak muda pula semakin merosot selepas itu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Batu Burok di sini baru-baru ini.

Anak sulung itu berkata, Saffari yang menjadi OKU selepas diserang demam panas ketika bayi bukan sahaja tidak berupaya menguruskan diri sendiri, malah enggan memakai lampin pakai buang dewasa.

“Saya tidak boleh leka walaupun sesaat jika tidak habis rumah dicemari dengan najisnya. Dia juga kadangkala agresif sehingga pernah mencederakan saya,” katanya.

Rosnani berkata, tanpa sebarang pendapatan sejak 10 tahun lalu, kehidupan mereka tiga beranak banyak bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah keseluruhan RM1,100 sebulan.

Dia yang masih bujang berkata, mereka juga menerima bantuan sara hidup tahunan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebanyak RM2,000.

“Pada usia separuh abad, impian untuk berumah tangga sudah lama terkubur, biarlah saya tunaikan wasiat arwah ayah menjaga ibu dan adik hingga ke akhir hayat,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Rosnani bernombor 6495418323 (Public Bank) atau menghubunginya di talian 013-9700 170.