Translate

Thursday, November 12, 2026

Kosmo! raih dua anugerah media

 '

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya, Kosmo! dan Utusan Malaysia, masing-masing meraih dua anugerah dalam Maj lis Apresiasi Media Terengganu 2026 di sini malam kelmarin. 

Jurugambar Media Mulia, Puqtra Hairry Rosli merangkul tempat pertama Foto Terbaik Media Cetak bagi kategori Ekono mi menerusi gambar, Proses Pembuatan Arang yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 21 September 2025. 

Pemberita sambilan Utusan Malaysia, Erma Yusnida Jusoh turut meraih tempat pertama bagi Berita Terbaik Media Cetak kategori Sosial menerusi hasil rencana, menenun dengan jiwa, hasilkan songket warisan yang mengangkat perjuangan seorang penenun songket di Pasir Panjang, Kuala Terengganu yang di siarkan pada 16 Oktober 2025. 

Mereka masing-masing mem bawa pulang wang tunai RM500, trofi dan sijil penghargaan. 

Wakil Negeri Kosmo! Terengganu, Mohd. Azli Adlan pula mendapat tempat kedua bagi Berita Terbaik Media Cetak kat egori Ekonomi menerusi berita, KMIKT tawar gabungan rawatan moden, spiritual yang disiar kan pada 3 Oktober 2025. 

Pemberita sambilan Kosmo!, Nursyasya Nadhirah Zabidi pula memperoleh tempat keempat bagi Berita Terbaik Media Cetak kategori Sosial hasil wawancara penyu merajuk, Pantai Rantau Abang kekal sepi tersiar dalam Kosmo! Ahad pada 5 Oktober 2025. 

Mereka masing-masing me raih hadiah wang tunai RM300 dan RM200 selain trofi  serta sijil penghargaan. 

Penyampaian keempat-empat anugerah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kera jaan Tempatan Perumahan, Kesi hatan Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah.

No comments:

Post a Comment