Translate

Showing posts with label Laporan Khas. Show all posts
Showing posts with label Laporan Khas. Show all posts

Sunday, February 6, 2022

Godaan ikan saiz besar punca ceroboh

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Keghai­rahan meraih hasil laut berkua­liti dalam kuantiti banyak dikatakan punca mendorong segelintir pemancing sanggup mengikuti trip meman­cing ke pelantar minyak.

Pengusaha bot pula ‘gelap mata’ kerana mampu meraih pendapatan lumayan sehingga RM10,000 bagi setiap trip pakej memancing di kawasan larangan terbabit.

Seorang pemancing yang mahu dikenali sebagai Yusri, 41, berkata, dia sedar pelantar mi­nyak merupakan kawasan lara­ngan tetapi godaan keseronokan memancing ikan bersaiz besar mengatasi segalanya.

Kakitangan swasta yang me­netap di Petaling Jaya, Selangor itu berkata, kaki pancing tahu pelantar minyak merupakan lubuk ikan berkualiti tinggi.

“Sepanjang saya ikut trip memancing di kawasan pelantar minyak, antara ikan yang pernah mengena umpan ialah ikan talang, tenggiri, layaran dan merah.

“Caj RM1,000 seorang bagi setiap trip berbaloi dengan pengalaman memancing tersebut,” dakwanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Yusri berkata, peserta trip memancing di kawasan pelantar minyak itu juga telah diajar helah bagi mengelak ditahan sekiranya terserempak dengan kapal pe­nguat kuasa yang mengadakan rondaan di perairan.

Katanya, tekong bot mengajar mereka agar memberi alasan seperti terpaksa memasuki kawasan larangan tersebut kerana berlindung daripada cuaca buruk dan ombak kuat.

“Selain itu, kami diajar memberi alasan kononnya bot yang dinaiki telah mengalami kerosakan jentera sehingga terpaksa bertambat di pelantar.

“Setakat ini bot yang saya naiki belum pernah terserempak dengan kapal peronda Maritim Malaysia mahu pun bot nelayan Vietnam,” katanya.-K! ONLINE

Ghairah cari ikan sampai ceroboh pelantar minyak

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kebenaran rentas negeri sejak pertengahan Oktober lalu telah membuka jalan kepada peman­cing seluruh negara kembali ke Terengganu untuk merasai kenikmatan memancing di laut dalam di perairan negeri itu.

Segelintir mereka begitu ghairah melepaskan gian sehingga sanggup menceroboh kawasan pelantar minyak di sekitar perairan Terengganu yang dipercayai lubuk ikan biar pun menyalahi undang-undang.

Tambah mengeruhkan kea­daan, sebahagian pengusaha seakan-akan cuba mengambil kesempatan menganjurkan pakej memancing ke kawasan pelantar minyak itu biarpun melanggar undang-undang dan membaha­ya­kan nyawa pemancing.

Kes pencerobohan kawasan pelantar minyak oleh kumpulan pemancing dikesan Ma­ritim Malaysia (APMM) terutama sejak pembukaan sempadan negeri.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kawasan 500 meter radius dari pelantar minyak telah diwartakan sebagai kawasan larangan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Jelas beliau, mana-mana pihak yang melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

“Perairan Terengganu mempunyai kira-kira 53 pelantar minyak. Pemerhatian kita mendapati tiga pelantar yang sering diceroboh kumpulan pemancing ialah Pelantar Desaru, Pelantar Bekok dan Pelantar Pulai.

“Kesemua pelantar tersebut terletak pada kedudukan 80 hingga 140 batu nautika dari pantai Terengganu,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.


Muhammad Suffi menjelaskan, larangan tersebut disebabkan perbuatan itu dibimbangi akan membahayakan keselamatan dan nyawa pemancing mahu pun pekerja pelantar minyak.

Jelasnya, kerja-kerja cari gali minyak di luar pesisir pantai merupakan aktiviti berisiko tinggi dan berbahaya.

“Tahap keselamatan terhadap pelantar minyak perlu dititik berat kerana sebarang kesilapan boleh mengundang padah apatah lagi ia merupakan aset negara yang memberi pendapatan tinggi kepada ekonomi.

“Lagipun kita bimbang mereka terserempak dengan ancaman nelayan Vietnam yang kadang-kala memiliki senjata api,” katanya.

Muhammad Suffi berkata, APMM sentiasa menjalin kerjasama dengan syarikat pengendali pelantar minyak terbabit untuk menangani isu pencerobohan terbabit.

Beliau berkata, walaupun pencerobohan kawasan pelantar minyak di perairan Terengganu tidak seteruk yang berlaku di perairan Malaysia Timur tetapi APMM tetap mengambil serius.

“Setakat ini kita telah menghalau hampir 10 bot yang membawa kumpulan pemancing yang memasuki kawasan larangan. Sebolehnya kami masih mahu berdiplomasi tetapi kalau ada yang berdegil, tindakan tegas seperti dilakukan terhadap nelayan asing akan diambil,” ­katanya.-K! ONLINE

Saturday, February 5, 2022

APMM terdesak perlukan kapal induk

 

Oleh ZAKI SALLEH dan MOHD AZLI ADLAN

PETALING JAYA – Kerajaan digesa memenuhi keperluan pertahanan perairan negara dengan membekalkan kapal induk untuk kegunaan pasukan keselamatan terutamanya Maritim Malaysia (APMM) bagi mengekang sepenuh­nya pencerobohan nelayan asing.

Pakar-pakar keselamatan berpendapat, tiga buah kapal soko­ngan logistik pelbagai guna (MPMS) dengan kos hampir RM1.05 bilion yang dipohon APMM perlu disegerakan bagi mengelakkan hasil laut negara terus dicuri nelayan asing terutama dari Vietnam.

Sejak 2017, APMM telah me­negaskan keperluan mendesak kapal MPMS untuk bertindak sebagai kapal induk dan pangkalan hadapan pada kapal peronda dan helikopter APMM mengisi bekal tanpa perlu pulang ke pangkalan.

Ia sekali gus boleh menjimatkan masa proses ulang bekal dan membolehkan kapal ronda terus berada di kawasan tanggungjawab masing-masing selain dapat meningkatkan lagi keberkesanan kehadiran kapal ronda.

Kapal induk ini dicadang untuk diletakkan di perairan Be­ting Patinggi Ali dekat Laut China Selatan serta di perairan Pantai Timur yang merupakan lokasi strategik maritim.

Sebagai rekod, negara kerugian RM6 bilion setahun disebabkan pencerobohan nelayan dan ia satu nilai yang sangat besar.

Mereka menjadikan 155 kawasan pelantar minyak di pantai timur sebagai lokasi menangkap ikan.


Satu kajian mendapati, nelayan Vietnam dikategorikan sebagai sebuah angkat laut atau militia yang terlatih dan profesional yang diharapkan untuk me­nyumbang kepada hasil makanan negara berkenaan.

“Sebagai perancangan jangka masa panjang, kapal induk tersebut perlu mempunyai ciri-ciri melaksanakan pelbagai fungsi khasnya operasi sokongan logistik agar APMM lebih mampu berdepan dengan cabaran ma­ritim yang kompleks,” katanya.

Menurut Jin Kiat, kapal induk akan membuatkan operasi APMM lebih berkesan pada masa hadapan di Laut China Selatan kerana mampu melaksanakan operasi untuk tempoh yang panjang.

“Walaupun melibatkan kos yang besar tetapi ia sangat berbaloi,” katanya.

Saturday, July 24, 2021

Kutip asam gelugur hutan demi tambah pendapatan

 

HULU TERENGGANU - Kais pagi makan pagi, kais petang ma kan petang.

Itulah nasib yang dialami pemain industri pelancongan di Tasik Kenyir di sini apabila sektor pelancongan di kawasan tersebut lumpuh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau total lockdown.

Kesempitan hidup turut melibatkan peniaga kedai makan dan kedai bebas cukai berhampiran yang selama ini mendapat limpahan rezeki daripada kehadiran pelancong di Tasik Kenyir. 

Seorang peniaga, Siti Zaharah Salleh, 54, berkata, kedai makan nya terpaksa ditutup ekoran keti adaan pelanggan selepas PKP 30

dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.

"Pelancong langsung tiada, kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah pula sebahagian besarnya bekerja di rumah.

"Senario ini lebih teruk dari pada PKP 10 pada tahun lalu. Ketika itu, kami masih ada modal untuk meneruskan kelangsungan hidup, tetapi kini sudah kering kontang sebab Covid-19" katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Pengkalan Gawi baru-baru ini.

Siti Zaharah yang sudah hampir 20 tahun membuka kedai makan di Tasik Kenyir mengakui terpaksa menyuruh anak lelakinya mengutip buah asam gelugur di dalam hutan berhampiran untuk diproses menjadi asam keping.

"Sebelum ini kami tidak pernah ambil kisah pun, tetapi apa  bila sudah terdesak, ini (asam keping) pun jadi sumber pendapatan sekarang in" ujarnya.

 Seorang pekerja kedai bebas cukai yang enggan dikenali berkata, perniagaan coklat lumpuh akibat ketiadaan pelanggan.

"Bukan setakat pelancong, penduduk dari daerah lain jug masih tidak boleh datang ke sini walaupun sekarang Terengganu sudah memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara," katanya

Sehubungan itu, dia bercadang untuk menjual coklat secara online sahaja sebelum lebih banyak lagi coklat jualannya rosak kerana melebihi tarikh luput.

Tasik Kenyir kini lengang, sunyi sepi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU-Industri pelancongan di Tasik Kenyir di sini yang merupakan tasik buatan terbesar Asia Tenggara lumpuh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh

Kawasan bertaraf bebas cukai yang sebelum ini meriah dengan aktiviti pelancongan air, alam sekitar dan membeli-belah kini sunyisepi tanpa kehadiran pengunjung.

Hampir 100 buah rumah bot yang sebelum ini tidak menang tangan menerima pelancong yang kebanyakan dalam kalan gan kaki pancing kind tersadal di tebing tasik sehingga membuat kan pengusahanya terduduk Kebanyakan mereka yang tersepit terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan lain termasuk menangkap ikan, mencari hasil hutan dan madu serta berkebun demi kelangsungan hidup.

Seorang pengusaha rumah bot, Mohd. Talib Embong 31, terpaksa mencari hasil hutan untuk djual demi menampung kehidupan keluarganya.

Bapa kepada dua orang anak yang menetap di Kampung Gaung di sini itu mengutip apa sahaja yang ditemui di dalam hutan untuk dijual.

"Saya banyak belajar daripada Orang Asli yang ditemui di dalem kawasan hutan berhampiran untuk mengambil kayu-kayan dan madu yang boleh dijual.

"Pada hari minggu, saya menangkap ikan di beberapa batang sungai di daerah ini sebelum hasilnua dijual kepada peraih," katanya ketika ditemui  Kosmo! Ahad di Pengkalan Gawi di sini baru-baru ini.


Mohd. Talib yang mengusahakan rumah bot Kelisa 1 berkata, sebelum ini, perkhidmatannya yang mengenakan caj RM1,800 bagi pakej percutian dua hari satu malam sentiasa penuh terutama pada hujung minggu.

Katanya, rumah botnya kini bukan sahaja tidak dapat beroperasi, malah dia juga terpaksa memulangkan deposit ramal pe langgan lebih RM10,000 ekoran pelaksanaan PKP Penuh.

Seorang lagi pengusaha, Muhammad Bidin Ibrahim, 50, pula berkata, dia terpaksa menukar profesion sebagai pekebun pisang setelah rumah botnya tidak dapat beroperasi

"Dahulu saya tidak menang tangan kerana rumah bot saya yang menawarkan pakej pre- mium serendah RM10,000 untuk dua hari satu malam sentiasa dipenuhi pelancong.

"Sekarang saya mengusahakan kebun pisang seluas 1.62 hektar di Kuala Berang di sini.

"Saya akui kurang terkesan kerana empat anak sudah besar tetap rumah bot masih perlu diselenggara," katanya

Dia yang sudah mengusahakan rumah bot sejak 35 tahun lalu menjangkakan ramai pengusaha rumah bot tidak mampu bertahan jika industri pelancongan terus ditutup lebih lama lagi.

 "Memang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah telah me.beri bantuan pada PKP 1.0 tetapi ramai yang sudah kehabisan modal.

"Walaupun Terengganu memasuki Pasa Dua Pelan Pemulihan Negara, namun aktiviti rentas daerah masih tidak dibenarkan," ujarnya.

Tuesday, July 20, 2021

Taktik menyamar bot tempatan, kibar Jalur Gemilang

 

KUALA TERENGGANU -Menyamar sebagai bot tempatan dengan menggunakan nombor patil atau pendaftaran palsu merupakan modus operandi yang sering digunakan oleh nelayan Vietnam untuk mencerobohi perairan negara.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, nombor patil palsu itu biasanya akan dipasang oleh nelayan asing tersebut sebaik memasuki perairan negara.

"Mereka biasanya akan menanggalkan nombor pendaftaran asal selain tidak segan silu mengibarkan Jalur Gemilang pada bot masing-masing semata-mata untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.

Muhammad Suffi berkata, taktik penipuan tersebut tidak berjaya kerana Maritim Malaysia (APMM) sudah masak dengan helah nelayan Vietnam tersebut.

Beliau berkata, penyamaran tersebut biasanya akan terdedah menerusi pemeriksaan buku log bot dan lesen perikanan yang sukar dipalsukan.

Dalam pada itu, Muhammad Sum tidak menolak kemungkinan keghairahan nelayan Vietnam menceroboh perairan Pantai Timur khususnya Terengganu dibantu oleh kru bot tempatan yang melakukan khianat.

Beliau memberitahu, kebanyakan bot nelayan laut dalam atau C2 tempatan masih menggunakan sepenuhnya khidmat awak-awak warga Vietnam.

"Kita syaki kru bot nelayan C2 warga Vietnam ini menjadi 'mata dan telinga' rakan senegara mereka untuk memasuki perairan negara ini.

"Mereka dipercayai bukan sahaja menyalurkan maklumat tentang operasi rondaan aset APMM, malah berkongsi mana lokasi lubuk ikan dengan nelayan-nelayan Vietnam berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Suffi berkata, nelayan Vietnam yang ditahan didakwa mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1963 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ujarnya, bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan mi nyak diesel nelayan asing itu pula akan disita sebelum bot tersebut akan dikaramkan sebagai tukun tiruan di lokasi strategik di peral ran Terengganu sesudah selesai proses melucut hak dilakukan di mahkamah.

"Setakat ini, APMM berjaya menahan 103 buah bot nelayan asing melibatkan jumlah ram pasan keseluruhan RM1545 juta sepanjang Ops Kuda Laut di Pan tal Timur mulai awal tahun ini," katanya.

Bermaharajalela di perairan negara

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU- Maritim Malaysia (APMO) mendedahkan ratusan bot nelayan Vietnam sedia menunggu di sempadan perairan antarabangsa untuk memasuki laut negara bagi mengaut hasil laut berkualiti tinggi milik Malaysia.

Lebih membimbangkan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh sejak 1 Jun lalu menjadi ruang buat mereka bermaharajalela di perairan Pantal Timur terutama di Terengganu.

Pengarah APMM Terengganu. Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, nelayan Vietnam akan berbuat de mikian sekiranya pihak berkuasa alpa dan setakat ini bilangan bot mereka yang berdaftar dianggarkan lebih 100,000 buah.

"Isnin lalu, Kapal Maritim (KMD) Nusa berjaya menahan empat bot nelayan serentak pada kedudukan 144 kilometer (km) dari perairan Kuala Terengganu.

"Siasatan mendapati kesemua bot itu telah berada di perairan negara sejak awal pelaksanaan PKP Penuh dan telah mengaut ikan bermutu tinggi dan sotong bernilai RM6 juta" katanya ketika ditemui Kosmo!.

Muhammad Suff berkata, taktik licik nelayan Vietnam  sudah dijangka berdasarkan trend pengusiran sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 10 pada 18 Mac hingga 14 Jun tahun lalu.

Beliau berkata, sepanjang bulan Ramadan dan Syawal tahun lalu, sebanyak 72 bot melibatkan 703 nelayan Vietnam telah dise dan la meningkat berkali ganda berbanding 2018 dan 2019.

"Soal siasat mendapati mereka ceroboh sekitar kedudukan 277 km dari perairan Terengganu dan kawasan pelantar minyak kerana menyangka penguatkuasaan maritim dikendurkan ketika negara memberi tumpuan melawan Covid-19," katanya.

Tambahnya, kedudukan itu membolehkan mereka melarikan diri dengan pantas.

Muhammad Suff berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia melakukan rondaan di kawasan seluas 333km dari perairan Terengganu setiap hari melibat kan aset seperti KM Pekan, Tegas, Gemia, Penggalang 45 dan 16.

Sunday, July 18, 2021

Orang muda terdedah kepada salur darah pecah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kebanyakan kes pembuluh darah dalam otak pecah adalah golo­ngan yang berusia 50 tahun ke atas dan majoriti pesakit pula mempunyai rekod penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi.

 Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, golongan muda turut mengalami serangan berbahaya itu ekoran perubahan gaya hidup yang terlalu sibuk sehingga mereka mengalami tekanan yang me­lampau serta kemurungan. 

Pakar saraf terkemuka negara, Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, ramai golongan muda tidak menyedari mereka sebenarnya mempunyai simptom-simptom penyakit yang berisiko menyebabkan  pembuluh darah dalam otak pecah sekali gus boleh membawa kematian.

Menurutnya, penyakit itu ialah Arteriovenous Malformation (AVM) dan aneurisma yang menyebabkan salur darah bergumpal dan dinding salur darah tidak sekata.

“Dua penyakit ini telah melemahkan fungsi saluran darah sehingga berisiko tinggi untuk pecah sekiranya berlaku tindakan balas disebabkan tekanan darah tinggi atau stres yang melampau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Semalam.

Beliau memberitahu, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas Ketua Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 20 tahun lalu, kebanyakan kes pembuluh darah pecah hanya melibatkan individu berusia 50 tahun ke atas.

Katanya, majoriti pesakit pula mempunyai rekod penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi.

“Bagaimanapun, mungkin zaman sudah berubah, ia kini banyak dikesan dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini,” ujarnya.

Ahmad Zubaidi berkata, selain kegagalan mengesan penyakit AVM dan aneurisma pada peringkat awal, faktor pemakanan, stres melampau dan gaya hidup kurang sihat juga menjadi punca peningkatan kes-kes salur darah pecah dalam kalangan golongan muda.

Ujarnya, kesibukan belajar serta leka bermain permainan online sehingga menurunkan kualiti tidur boleh menghasilkan rembesan hormon yang menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung.

"Kadar denyutan jantung yang kencang akan meningkatkan tekanan darah sekali gus berisiko memecahkan saluran darah dalam otak.

"Selain itu, penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi disebabkan pemakanan tidak sihat yang tinggi kandungan kolesterol, gula dan glisemik (kanji sukar dihadam) turut menyumbang kepada kes tersebut," katanya. 

Bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tersebut berkata, ramai golongan muda bukan sahaja tidak sedar mereka menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi, malah simptom awal penyakit AVM dan aneurisma iaitu sakit kepala.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Profesor Neurosurgeri UniSZA menerangkan, gejala sakit kepala ialah rasa berdenyut yang amat sangat pada bahagian kepala selain kadangkala boleh menyebabkan rasa loya dan muntah.

"Ia berbeza dengan simptom pening kepala yang sekadar rasa berpinar dan berpusing-pusing.

"Saya menasihatkan individu yang mengalami gejala sakit kepala agar segera dibawa ke hospital dalam tempoh kurang 24 jam bagi pemeriksaan lanjut.

"Masalahnya, masyarakat kita sering meremehkan simptom sakit kepala dan hanya merujuk ke hospital apabila sudah berminggu-minggu menahan sakit," katanya.

Tuesday, July 6, 2021

100 rumah bot tersadai di Tasik Kenyir

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Industri pelancongan di Tasik Kenyir di sini yang merupakan tasik buatan terbesar Asia Tenggara lumpuh berikutan pelaksanaan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh. 

Kawasan bertaraf bebas cukai yang sebelum ini meriah dengan aktiviti pelancongan air, alam sekitar dan membeli-belah kini sunyi sepi tanpa kehadiran pengunjung. 

Hampir 100 buah rumah bot yang sebelum ini tidak menang tangan menerima pelancong yang kebanyakan dalam kalangan kaki pancing kini tersadai di tebing tasik sehingga membuatkan pengusahanya terduduk. 

Kebanyakan mereka yang tersepit terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan lain termasuk menangkap ikan, mencari hasil hutan dan madu serta berkebun demi kelangsungan hidup.

Seorang pengusaha rumah bot, Mohd. Talib Embong 31, terpaksa mencari hasil hutan untuk djual demi menampung kehidupan keluarganya.

Bapa kepada dua orang anak yang menetap di Kampung Gaung di sini itu mengutip apa sahaja yang ditemui di dalam hutan untuk dijual.

"Saya banyak belajar daripada Orang Asli yang ditemui di dalem kawasan hutan berhampiran untuk mengambil kayu-kayan dan madu yang boleh dijual.

"Pada hari minggu, saya menangkap ikan di beberapa batang sungai di daerah ini sebelum hasilnua dijual kepada peraih," katanya ketika ditemui  Kosmo! Ahad di Pengkalan Gawi di sini baru-baru ini.

Mohd. Talib yang mengusahakan rumah bot Kelisa 1 berkata, sebelum ini, perkhidmatannya yang mengenakan caj RM1,800 bagi pakej percutian dua hari satu malam sentiasa penuh terutama pada hujung minggu.

Katanya, rumah botnya kini bukan sahaja tidak dapat beroperasi, malah dia juga terpaksa memulangkan deposit ramal pe langgan lebih RM10,000 ekoran pelaksanaan PKP Penuh.

Seorang lagi pengusaha, Muhammad Bidin Ibrahim, 50, pula berkata, dia terpaksa menukar profesion sebagai pekebun pisang setelah rumah botnya tidak dapat beroperasi

"Dahulu saya tidak menang tangan kerana rumah bot saya yang menawarkan pakej pre- mium serendah RM10,000 untuk dua hari satu malam sentiasa dipenuhi pelancong.

"Sekarang saya mengusahakan kebun pisang seluas 1.62 hektar di Kuala Berang di sini.

" Saya akui kurang terkesan kerana empat anak sudah besar tetap rumah bot masih perlu diselenggara," katanya

Dia yang sudah mengusahakan rumah bot sejak 35 tahun lalu menjangkakan ramai pengusaha rumah bot tidak mampu bertahan jika industri pelancongan terus ditutup lebih lama lagi.

 "Memang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah telah me.beri bantuan pada PKP 1.0 tetapi ramai yang sudah kehabisan modal.

"Walaupun Terengganu memasuki Pasa Dua Pelan Pemulihan Negara, namun aktiviti rentas daerah masih tidak dibenarkan," ujarnya.

Saturday, June 12, 2021

Lembu tak laku

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN, MUHAMMAD AYMAN GHAFFA dan NUR ANATI JUHARI

KUALA NERUS – Penternak lembu di seluruh negeri terus dihimpit resah mengenangkan haiwan peliharaan yang dibela menggunakan modal besar tidak laku ketika Aidiladha tinggal enam minggu sahaja lagi untuk diraikan. 

Lebih teruk, rata-rata peniaga yang ditemui mengakui mereka kini ‘terduduk’ dengan situasi tersebut apabila kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) mengenai ibadah korban yang sinonim de­ngan sambutan Aidil­adha setiap tahun. 

Ia mengakibatkan orang ramai mengambil langkah tunggu dan lihat mengenai keadaan semasa Covid-19 kerana enggan mengeluarkan wang tempahan lebih awal sekiranya ada arahan tidak membenarkan mereka bergotong-royong melaksanakan ibadah korban.

Seorang penternak lembu di Kampung Gong Lingai di sini, Za karia Mamat, 55, berkata, setakat semalam, 50 ekor lembu miliknya masih belum terjual walau seekor dan keadaan itu berbeza sebelum ini apabila tempahan lembu korban diterima seminggu selepas sambutan Aidilfitri.

"Ramai masih ragu-ragu kerana tiada kepastian mengenal kebenaran melakukan ibadah korban," katanya ketika ditemui kosmo!

Ahmad Mustapha, 31, pula berkata, setakat ini, dia hanya menerima lima tempahan daripada 60 ekor lembu yang diternaknya.

"Kes Covid-19 masih tinggi mungkin Perintah Kawalan Per gerakan (PKP) Penuh akan berlan-jutan. Harga lembu pula melonjak kepada lebih RM4,900 seekor dan satu bahagian sudah cecah RM750 iaitu kenaikan RM100 berbanding tahun lepas," katanya.

Sementara itu di Bentong, Pahang, Zainul Zaman Mahalim, 58, memberitahu, dia enggan menjual lembu peliharaannya kerana permintaan menjunam sejak tahun lalu. "Tahun lepas dapat jual 15 ekor sahaja berbanding 70 ekor sebelum ini.

"Jika jual pun, siapa mahu ambil dan hantar? Lagipun Bentong dalam kawasan PKP Diperketatkan," katanya ketika ditemui di Kampung Lebu.

Zainul Zaman mendakwa, penternak ketika ini berdepan cabaran besar kerana bergelut dengan pandemik, kos makanan lembu yang semakin meningka, kecurian dan penyakit.

Di Kampung Paloh Chica, Tumpat, Kelantan, Nor Musta qim Zulbahrin, 23, pula bimbang sekiranya modal RM100,000 yang digunakan untuk membeli 40 ekor lembu lebur sekiranya negara masih tidak menunjukkan tan da tanda pulih daripada Covid-19.

"Saya ternak lembu yang dibeli di Jeli dan Gua Musang sejak dua bulan lalu di kandang seluas 04 hektar. Ada 20 ekor yang telah ditempah, namun RM1,000 baru dibayar sebagal deposit.

"Jika tiada korban, saya akan tanggung rugi dan deposit dipulangkan. Saya jual antara RM3,800 hingga RM5,000 seekor,"katanya.

Katanya, penternak tidak boleh menyimpan lembu tidak dijual kerana akan melibatkan modal lebih besar untuk membeli dedak.

"Tidak dapat tidak, kami perlu jual juga," katanya.

 Seorang lagi penternak, Khairul Afendi Mohd. 32, berkata, penternak terpaksa menanggung kos tambahan jika lembu disembelih di rumah sembihan.

"Ia melibatkan kos tukang sembelih, permit RM21 seekor dan pengangkutan untuk agihan. Kami kena serap asalkan ibadah korban dapat dilaksanakan," katanya.

Di Kuala Nerang, Kedah, Abdul Hadi Yusof, 36,berkata, hanya lima daripada 150 ekor lembu dijual ketika ini.

"Ramal tidak berani PKP Penuh mungkin disambung dan SOP ibadah korban belum dikeluarkan.Ketika ini satu bahagian cecah RM800 naik RM150 berbanding tahun lepas kerana semua kos naik termasuk import dari Thailand dan Australia.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Kedah, Mohd. Yusri Md. Daud berkata, ketetapan ibadah korban dibuat selepas prosedur operasi standard daripada Majlis  Keselamatan Negara dikeluarkan.










Monday, May 31, 2021

Muara pembunuh

Oleh MOHD. AZLI ADLAN, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN dan KHAIRULMIZAN YAHYA 

KUANTAN – Lebih 10,000 nelayan di Pahang dan Terengganu terus dibelenggu masalah muara cetek yang memaksa mereka melabuhkan bot pada jarak 50 meter dari persisir pantai hingga ada yang mati ketika cuba berenang untuk pulang segera ke jeti.

 Lebih memenatkan apabila kebanyakan nelayan perlu me­nunggu lebih lima jam di tengah laut dalam keadaan panas terik atau hujan sehingga air surut sebelum boleh berenang.

 Masalah itu didakwa telah berlarutan lebih 30 tahun lalu.

Ia berlaku kepada lebih 600 nelayan terutama di Sungai Ular, Sungai Balok dan Sungai Cherating kerana kebanyakan bot tidak boleh sampai ke muara kerana air yang cetek.

Nelayan Kampung Sungai Ualar di sini sudah bosan dengan masalah tersebut kerana bukan sahaja membahayakan nyawa mereka, malah terpaksa pula mengangkut hasil laut naik ke darat.

Kebimbangan itu ada asasnya kerana pada awal bulan lalu seorang nelayan, Mohd. Shahrudin Rameli, 25, ditemui mati lemas ketika cuba berenang ke pantai.

Seorang nelayan, Rusmina Mahusin, 62, berkata, masalah muara cetek seolah-olah tiada penyelesaian walaupun telah diajukan kepada pihak berkuasa.

"Setiap kali air surut, bot tidak dapat melalui muara kerana air terlalu cetek jadi nelayan yang pulang dari laut tidak dapat masuk ke jeti dan terpaksa melabuhkan bot di luar.

"Ada nelayan yang terpaksa bermalam di dalam bot kerana bimbang bot tersadai di pantai jika air surut," luahnya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi nelayan, Rosmadi Idin, 37, berkata, nelayan mengambil inisiatif menggunakan sampan kecil digelar jongkong.

"Nelayan perlu mengambil jongkong terlebih dahulu sebelum melabuhkan bot untuk pulang ke pantai namun setakat ini hanya ada tiga jongkong.

"Jongkong hanya mengelak nelayan berenang tetapi tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, sebahagian besar daripada 14 muara sungai cetek terus menjadi 'duri dalam daging' kepada nelayan.

Sejak 2017, seramai enam nelayan dilaporkan lemas ekoran bot yang dinaiki mereka karam di muara.

Tiga daripada mangsa masih belum ditemui sehingga hari ini.

Antara muara sungai yang terjejas ialah Sungai Merang, Setiu; Sungai Merchang, Marang; Sungai Paka, Dungun; dan Sungai Kertih, Kemaman.

Pengerusi Persatuan Nelayan Terengganu, Mat Yassin Mohamed berkata, selain membahayakan nyawa, masalah itu mengakibatkan nelayan kerugian ribuan ringgit kerana perlu membaiki bot rosak.

"Bot akan tersadai di muka kuala sungai berjam-jam sebelum boleh masuk ke pengkalan apabila air pasang," katanya.

Katanya, masalah itu menyebabkan ramai nelayan enggan turun ke laut hingga menjejaskan pendapatan dan hasil ikan menjunam setiap tahun.

"Sebagai contoh, Pelabuhan Chendering hanya menaikkan 1,334 tan metrik berbanding 13,682 tan metrik pada 2013.

"Bukan itu sahaja, nelayan berdepan dengan pencerobohan nelayan Vietnam dan musim tengkujuh," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andasura Rabu berkata, kos mendalamkan sungai terlalu tinggi.

"Syarikat konsesi pun tidak mahu ambil pasir," katanya.

Wednesday, May 19, 2021

Sungai cetek beri impak negatif

KUALA TERENGGANU - Muara sungai sungai cetek bukan sahaja mem beri kesukaran kepada nelayan, malah memberi impak negatif kepada alam sekitar.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Univer siti Malaysia Terengganu, Dr. Effi Helmy Ariffin berkata, kecetekan muara sungai merupakan salah satu faktor berlakunya hakisan pantai yang serius di Terengganu.

Beliau berkata, muka kuala sungai menjadi cetek disebabkan mendapan pasir di kawasan tersebut lalu membentuk beting. "Mendapan pasir di muara sungai berlaku disebabkan pengaliran air dari hulu tidak mengalir secara semulajadi. 

"Sedimen (pasir) mudah terperangkap disebabkan penola kan oleh air dari laut dan juga ombak yang kuat," katanya.

Tambahnya, beting pasir akan memperlahankan pergerakan air sungai daripada memasuki laut dan keadaan semakin kritikal pada musim tengkujuh.

Menurut Effi Helmy, antara solusi terbaik mengatasi masalah muara sungai cetek ialah memindahkan pasir tersebut ke kawasan pantai yang terjejas dengan hakisan, namun memerlukan belanja besar.

Sementara itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ke budayaan, Alam Sekitar, Perla dangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd. Sharkar Sham suddin berkata, antara kaedah yang boleh dilakukan lalah de ngan menyedut pasir dan mem buat tebatan pemecah ombak.

Katanya, pada masa ini proses reka bentuk bagi memulihara Sungai Kuantan yang bernilai RM80 juta sedang giat dilaksana kan selepas proses mendalamkan Sungai Pahang telah siap.

Friday, May 14, 2021

Gerobok kelangsungan hidup

Oleh ZULKIFLI MANSOR, MOHD. AZLI ADLAN. NORLIDA AKMAR IDROS, MUHAMMAD ZIKRI, SUBKHI SUDARJI, ROSLIZA MOHAMED dan MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

PETALING JAYA – Peningkatan mendadak golongan asnaf terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal dan mereka yang hilang punca pendapatan bertambah hampir sekali ganda pada bulan Ramadan ini. 

Selain mengharapkan bantuan zakat dan bayaran bulanan daripada pelbagai agensi berkaitan, kumpulan ini turut bergantung kepada sumber makanan yang disediakan di Gerobok Rezeki. 

Gerobok Rezeki atau Food Bank biasanya disediakan di masjid dan surau-surau bagi memberi ruang kepada masyarakat yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan barang-barang dapur. 

Dianggarkan, puluhan ribu golongan asnaf dan keluarga susah telah mendapatkan bantuan barangan dapur dari Gerobok Rezeki di seluruh negara yang mencecah perbelanjaan hampir jutaan ringgit.

Pengasas Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project), Mohd. Ashraff Khan Md. Najib berkata, kehadiran bulan Ramadan tahun ini yang masih diselubungi dengan penularan pandemik Covid-19 turut menyaksikan peningkatan mendadak bilangan keluarga susah yang memerlukan bantuan.

Katanya, Gerobok Rezeki yang menyediakan pelbagai barangan dapur termasuk beras dan gula secara percuma kepada golongan memerlukan memang mendapat sambutan luar biasa sejak bermulanya Ramadan tahun ini.

Menurut beliau, sebelum Ramadan, pihaknya memuatkan pelbagai barangan bernilai RM5,000 dalam Gerobok Rezeki yang disediakan pihaknya di 120 lokasi di sekitar ibu negara.

"Pada Ramadan tahun ini, kami tambah barangan dapur sehingga bernilai RM10,000 kerana kami mendapati barangan dapur itu cepat habis. Kadangkala cuma dalam tempoh sehari.

"Barang dapur bernilai RM10,000 ini adalah fasa pertama program Gerobok Rezeki untuk Ramadan tahun ini dan ia akan ditambah selepas barang yang disediakan habis. Barang lain yang kami masukkan dalam Gerobok Rezeki di sekolah adalah alat tulis dan alat penjagaan kebersihan diri," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Mohd. Ashraff Khan berkata, tinjauan pihaknya mendapati antara punca bilangan mereka yang mengambul barangan dapur daripada Gerobok Rezeki meningkat adalah disebabkan pertambahan jumlah golongan asnaf sejak pandemik Covid-19.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan terdapat peningkatan keluarga yang mengalami masalah kewangan akibat kehilangan kerja.

"Situasi itu menyebabkan mereka terpaksa mengambil barangan dapur dari Gerobok Rezeki bagi keperluan makanan terutama untuk sahur dan berbuka puasa," katanya.

Bagaimanapun katanya, Empire Project mengalu-alukan mereka yang layak mengambil barangan dapur dari Gerobok Rezeki kerana barang itu sememangnya disediakan untuk mereka.

"Mereka layak mengambil barangan tersebut, namun perlu mencatat maklumat diri dan barangan diambil dalam buku log disediakan sebagai rekod.

"Selepas itu, kita akan siasat latar belakang mereka dan jika perlu bantuan susulan, makan isu itu akan dipanjangkan kepada agensi berkaitan," katanya.

Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Mohd. Asna Amin berkata, pihaknya menerima banyak permohonan untuk sumbangan kepada Gerobok Rezeki di masjid dan surau.

Menurut beliau, keadaan itu secara tidak langsung menunjukkan terdapat permintaan terhadap Gerobok Rezeki dalam kalangan mereka yang memerlukan semasa Ramadan kali ini.

"Secara peribadi saya rasa sedih kerana masih ramai rakyat berhadapan kesempitan disebabkan pandemik Covid-19," katanya.

Monday, March 22, 2021

Pantai Malaysia makin musnah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN. NIK SUKRY RAMLI, ROSLIZA MOHAMED dan ROHANA MOHD. NAWI

PETALING JAYA - Keindahan berpuluh kawasan pantal di be berapa negeri yang dahulunya menjadi tumpuan dan tarikan pelancong kini lenyap apabila di hakis sedikit demi sedikit sehing ada kampung yang hilang aki bat ditelan fenomena alam itu.

Situasi itu bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan se tempat, malah turut mengancam kehidupan penduduk sekitar.

Antara negeri yang terkesan lalah Pahang. Terengganu, Kelantan, Selangor dan Johor

Di Pahang, sebanyak 10 pantai dikesan semakin lenyap aki- bat hakisan kritikal seperti Pan tal Cherating. Teluk Cempedak, Tanjung Batu, Kempadang. Gelora Balok, Cherok Paloh, Juara (Pulau Tioman), Tanjung Pahang (Rompin) dan Nenasi (Pekan).

Keadaan itu sekali gus melenyapkan keindahan pantai selain menjejaskan ekosistem alam.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Ko moditi Pahang Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kadar hakisan tertinggi dicatatkan ialah di Pantai Balik laitu 17.3 me. ter sepanjang 1.2 kilometer (km).

Katanya, Pantal Nenasi, Pekan pula paling rendah iaitu 4.2 meter sejauh 17 km.

"Masalah hakisan di pantai Pahang agak serius dan kita sedang berusaha bersungguh-mungruh untuk memulihara semula kawasan terbabit.

 "Untuk itu, kita memperuntukkan RMI0 juta bagi membina struktur kawalan hakisan sepan Jang satu kilometer dengan bantuan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Tambah beliau, hakisan bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar, teta pl turut menjejaskan sektor pelancongan di Pahang.

Menurut Mohd. Sharkar, antara usaha yang dilakukan ialah pembinaan benteng pemecah ombak bagi mengurangkan kesan hakisan di semua kawasan pesisir pantai Pahang.

Di Terengganu, beberapa pantal popular di negeri ini turut terancam apabila 30 kawasan dikenal pasti mengalami hakisan serius sepanjang 244km.

Antara pantai yang terje jas teruk ialah Pantai Teluk Lipat, Dungun; Pantal Rhu Ren dang. Pantai Rusila, Pantai Rhu Renggeh dan Pantai Rhu Dua, Marang dan Pantai Kuala Nerus.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh berkata, sebanyak 13 pantal di negeri itu dikategorikan sebagai paling teruk terhakis dengan ke hilangan garis pantal lebih empat meter setahun.

Beliau berkata, sebanyak tujuh pantai di negeri ini pula terhakis antara satu meter hingga empat meter setahun, manakala pantai yang terhakis kurang satu meter setahun pula ada 10 kawasan," katanya.

Mamad berkata, hakisan di Pantai Teluk Lipat yang melebihi empat meter setahun telah memberi anca man kepada Hotel Universiti Teknologi Mara dan Kelab Golf Dungun selain sekolah, resort dan gerai jualan.

Tambah beliau, hakisan di pantai berkenaan pada awal tahun ini makin memburuk sehingga menyebabkan sebahagian jalan Pantai Sura runtuh.

"Pantai Rusila juga terhakis terus dengan kehilangan lebar pantai kira-kira 100 meter dalam tempoh 30 tahun.

"Pantai Kuala Nerus mengalami hakisan antara 10 me hingga 20 meter setahun pada setiap kali musim tengkujuh," katanya.

Tambah beliau, sebanyak RM213.17 juta diluluskan untuk membaiki hakisan di Pantai Teluk Lipat, Rusila dan Kuala Nerus yang dijangka siap sepenuh pada Ogos 2022.