Oleh MOHD. AZLI ADLAN
SKUAD Terengganu mendapat semangat baharu menjelang aksi suku akhir pertama Piala FA 2017 menentang Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu esok apabila perancang berbisa mereka, Ismail Faruqi Ashari bakal membuat kemunculan semula selepas lebih sembilan bulan berehat.
Faruqi, 30, berkata, dia kini bersedia untuk merebut kembali posisinya dalam kesebelasan utama skuad Penyu selepas terpaksa berehat panjang akibat kecederaan pergelangan kaki pada pertengahan tahun lalu.
Pemain berpengalaman yang telah membuat penampilan sebanyak 82 kali dengan skuad Terengganu sejak tahun 2007 itu memberitahu, dia sudah mula menjalani latihan bersama pasukan beberapa minggu lalu.
“Ketua jurulatih (Irfan Bakti Abu Salim) memberitahu, saya berada dalam perancangannya pada pertemuan menentang Sarawak selepas menilai aksi yang dipamerkannya dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kelantan dan MPKB-BRI (Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam) baru-baru ini.
“Beliau memaklumkan, buat permulaan saya akan berada dalam barisan simpanan pada perlawanan itu nanti dan di minta bersedia untuk beraksi sebagai pemain gantian sekiranya diperlukan,” kata Faruqi ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
Faruqi berkata, kepercayaan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan skuad Penyu akan digunakan sebaiknya bagi mengembalikan prestasi sebelum ini, sekali gus merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan Terengganu.
Begitupun, pemain tengah yang mempunyai lima caps bersama skuad Harimau Malaysia itu mengakui dia belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya.
“Setakat ini, tahap kecergasan saya baru mencapai 80 peratus dan perlu terus bekerja keras untuk mengembalikan rentak permainan.
“Apa pun, saya yakin untuk kembali bermain seperti biasa,” katanya.
Faruqi merupakan sebahagian daripada aset penting skuad Terengganu ketika mereka menjuarai Piala FA dan muncul naib juara Piala Malaysia serta Liga Super pada musim 2011.
Dalam perkembangan sama, penjaga gol skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan, Amierul Hakimi Awang juga disahkan telah cergas sepenuhnya untuk mengemudi gawang skuad Penyu pada aksi suku akhir pertama Piala FA itu malam esok.
Translate
Friday, March 31, 2017
Sharbinee berehat enam bulan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengesahkan penjaga gol utama skuad Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli diberi cuti rehat selama enam bulan sejak disahkan menghidap penyakit berkaitan paru-paru pada awal Februari lalu.
Presiden PBSNT, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, sepanjang tempoh itu, kapten Terengganu tersebut akan menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
“PBNST sentiasa menjaga kebajikan pemain. Sharbinee (Allawee) telah diberi cuti bergaji sehinggalah dia kembali sembuh seperti biasa.
“Saya juga dimaklumkan bahawa tahap kesihatan dia semakin baik berikutan rawatan yang telah dilaluinya setakat ini,” kata Razif ketika ditemui pada majlis Minum Petang Bersama pengurusan dan pemain skuad Terengganu di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu semalam.
Turut hadir Timbalan Presiden PBSNT, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim.
Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, peminat tegar skuad Penyu tidak perlu risau kerana pakar perubatan mengesahkan Sharbinee, 30, bakal sembuh sepenuhnya dalam tempoh setengah tahun.
Menurut beliau, karier penjaga gol berpengalaman yang sudah menabur bakti dengan skuad Terengganu sejak 11 tahun lalu bermula 2006 itu juga disahkan oleh pakar perubatan terbabit, tidak akan terjejas akibat masalah kesihatan berkenaan.
Sharbinee yang mempunyai 18 cap dengan pasukan Harimau Malaysia mula direhatkan daripada skuad Terengganu selepas mengadu tidak sihat pada 7 Februari lalu.
Posisinya sebagai penjaga gawang utama skuad Penyu kini digalas Amierul Hakimi Awang yang juga penjaga gol skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan.

Terengganu perkenal Cukai Katil
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu bercadang untuk memperkenalkan Cukai Katil kepada pelancong yang menginap di hotel-hotel di seluruh negeri ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, pengenalan caj penginapan tersebut merupakan antara cadangan yang telah dikemukakan Majlis Kewangan Negeri bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri sekali gus mengurangkan penggantungan penuh kepada sumber petroleum.
“Caj khusus bagi penginapan hotel dikenali sebagai Cukai Katil ini adalah sama seperti Cukai Warisan yang telah dikenakan di hotel-hotel di Melaka dan Pulau Pinang sebelum ini.
“Kerajaan negeri merasakan ia sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan industri pelancongan kini telah dijadikan sebagai sektor baharu meningkatkan ekonomi Terengganu,” katanya sebagai menjawab soalan lisan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di sini semalam.
Ahmad Razif (BN-Seberang Takir) berkata, cadangan pengenalan Cukai Katil tersebut kini dalam peringkat kajian yang sedang dijalankan Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu dan pihak berkuasa tempatan.
Menurut beliau, sekiranya dilaksanakan kelak, setiap bilik hotel yang akan ditempah untuk penginapan akan dikenakan Cukai Katil yang dianggarkan bernilai RM1 hingga RM2.
“Hasil Cukai Katil berkenaan ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Pelancongan Negeri dan bakal digunakan sepenuhnya untuk mempromosikan sektor pelancongan tempatan,” katanya.

Thursday, March 30, 2017
Pampasan RM183.12 juta pengambilalihan KUSZA selesai tahun depan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu bakal menerima sepenuhnya pampasan penyerahan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada kerajaan Persekutuan berjumlah kira-kira RM183.12 juta pada tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Intrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Rosli Othman berkata, pembayaran sebanyak RM10 juta bagi pengambilalihan untuk pembentukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diterima pada tahun lalu.
"Berdasarkan jadual pembayaran yang telah dipersetujui kerajaan Persekutuan, kita akan menerima RM61 juta lagi pada tahun ini.
"Baki selebihnya iaitu kira-kira RM112.12 juta pula bakal dibayar pada tahun 2018," katanya sewaktu menjawab soalan lisan Ridzuan Hashim (Pas-Teluk Pasu) pada Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di sini hari ini.
Ridzuan mahu mengetahui jumlah keseluruhan pampasan yang dituntut kerajaan negeri daripada kerajaan Persekutuan berikutan penyerahan KUSZA bagi penubuhan UniSZA pada tahun 2010. - K! ONLINE.
Kadar kemiskinan rakyat Terengganu turun 56 peratus
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Penurunan kadar kemiskinan di Terengganu yang menunjukkan perubahan ketara biarpun dalam keadaan ekonomi mencabar mendapat perhatian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Baginda bertitah, berdasarkan data pada bulan lalu, sebanyak 4,500 isi rumah di negeri ini masih digolongkan dalam kategori kemiskinan berbanding 10,500 isi rumah pada Januari 2016.
“Bilangan (kemiskinan) ini turun dengan mendadak bersamaan 56 peratus. Beta berasa amat sukacita dengan penurunan jumlah isi rumah dalam kategori miskin tersebut.
“Ini menunjukkan pelbagai program dan inisiatif oleh kerajaan (negeri) telah berjaya mengeluarkan golongan ini daripada kemiskinan,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di Wisma Darul Iman di sini semalam.
Dalam perkembangan sama, Sultan Mizan menyeru agar inisiatif kerajaan negeri Terengganu membantu golongan miskin seperti penubuhan Sekretariat Tabung Darul Iman dan Tabarru’ (pasar percuma) diteruskan.
Baginda bertitah, Tabung Darul Iman memberi bantuan seperti perubatan, sara diri tahunan, susu, lampin pakai buang dan bencana dengan kadar segera kepada rakyat kurang berkemampuan.
“Tabung ini yang dijana melalui sumbangan kerajaan negeri dan orang ramai telah memberi manfaat kepada 5,000 penerima dengan jumlah agihan sebanyak RM8 juta sepanjang tahun 2016.
“Beta juga berharap Tabarru’ dapat dikembangkan, Ia bukan sahaja bagi membantu golongan susah malah memberi peluang rakyat untuk bersedekah," titah baginda.

Wednesday, March 29, 2017
Terengganu cadang perkenal cukai katil kepada pelancong
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu bercadang untuk mengenakan cukai katil kepada pelancong yang menginap di hotel-hotel di seluruh negeri ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, pengenalan caj penginapan tersebut merupakan antara cadangan yang telah dikemukakan Majlis Kewangan Negeri bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri sekali gus mengurangkan pengantungan penuh kepada sumber petroleum.
"Caj khusus bagi penginapan hotel dikenali sebagai cukai katil ini adalah sama seperti caj warisan yang telah dikenakan di hotel-hotel di Melaka dan Pulau Pinang sebelum ini.
"Kerajaan negeri merasakan ia sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan industri pelancongan kini telah dijadikan sebagai sektor baharu meningkatkan ekonomi Terengganu," katanya sebagai menjawab soalan lisan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di sini hari ini. - K! ONLINE
Tuesday, March 28, 2017
Terengganu dapat khidmat percuma jurutera baiki masalah amphicoach ditempah di Malta
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu bersetuju dengan tawaran wakil rakyat pembangkang untuk memberi perkhidmatan percuma penghantaran jurutera bagi membaiki masalah hidraulik amphicoach (bas amfibia) yang kini masih berada di negara pengeluar, Malta.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, hasrat Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) untuk membiayai dua jurutera bagi membaiki masalah hidraulik amphicoach yang telah dipesan kerajaan negeri sejak tahun 2012 tersebut amat disambut baik.
Beliau berkata, penghantaran jurutera yang dibiayai sepenuhnya oleh Syed Azman itu akan diuruskan Jabatan Kerja Raya negeri pada masa terdekat.
"Saya ingin tegaskan, kelewatan penghantaran amphicoach yang sepatutnya tiba di negeri ini pada tahun 2015 tidak melibatkan sebarang kerugian kepada kerajaan negeri.
"Penangguhan yang berlaku tidak langsung melibatkan tambahan kos, harga (amphicoach) masih lagi seperti dipersetujui dahulu," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di sini hari ini.
Terdahulu, sewaktu menjawab soalan lisan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih), Ahmad Razif memberitahu, amphicoach terbabit dijangka diserahkan kepada kerajaan negeri pada Jun depan. - K! ONLINE
Terbunuh dilanggar kereta
MARANG – Seorang usahawan minyak rambut jenis pomade maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggangi terlibat dalam kemalangan di Kilometer 17.5, Jalan Kuala Berang berhampiran Dewan Sivik Binjai Rendah dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, Iqbal Juzazwan Zaims Sharief, (gambar) 21, yang mengalami kecederaan parah pada kepala meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, sewaktu kejadian, Iqbal Juzazwan Zaims dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Geleguh Lama yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
“Mangsa dikatakan telah gagal mengawal motosikal yang di- tungganginya sebelum merempuh belakang sebuah kereta yang berada di hadapannya.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terseret bersama-sama motosikalnya sejauh beberapa meter,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Monday, March 27, 2017
Sultan Mizan sukacita pelaksanaan projek ECRL
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan sukacita dengan cadangan pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.
Baginda bertitah, projek pembinaan jajaran landasan keretapi sejauh 600 kilometer (km) menghubungkan Gombak, Selangor sehingga Wakaf Bharu, Kelantan itu bakal memberi kesan limpahan ekonomi positif jangka panjang kepada Pantai Timur termasuk Terengganu.
"Projek ini bukanlah sesuatu yang baru difikirkan, ia telah dirancang dengan sangat teliti menerusi Kaji Daya Kemungkinan oleh ECERDC (Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur).
"Beta yakin rakyat akan mendapat manfaat dan kesan langsung daripada projek infrastruktur yang sangat strategik ini," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. - K! ONLINE
32 Gelanggang Silat TTB bakal dibuka
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu berhasrat membuka Gelanggang Silat Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di setiap 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri ini melibatkan peruntukan RM1.6 juta.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk memartabatkan semula seni persilatan terutama dalam kalangan generasi muda di negeri ini.
"Kita mahu orang Terengganu mahir bersilat, menghargai budaya dan mengamalkan gaya hidup sihat.
"Seni persilatan warisan peninggalan orang tua kita seperti Silat Kura-Kura perlu dipertahankan agar terus subur merentasi zaman," katanya selepas menyampaikan hadiah pertandingan Gendang Silat peringkat Terengganu di Pentas Budaya Batu Burok di sini hari ini. - K! ONLINE
Sunday, March 26, 2017
Kekangan bajet punca penempatan Pembantu Guru tidak dilaksana sepenuhnya
KUALA TERENGGANU - Inisiatif penempatan pembantu guru di bawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru tidak dapat diperluaskan buat masa ini berikutan kekangan bajet.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini, hanya kira-kira 1,600 pembantu guru dapat ditempatkan di tiga negeri iaitu Kedah, Melaka dan Sabah sejak inisiatif bertujuan meringankan beban guru itu dilancarkan pada tahun 2013.
"Setelah dibuat penelitian, kementerian mendapati kos penggajian bagi melaksanakan sepenuhnya perjawatan pembantu guru begitu tinggi.
"Ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada masa depan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan. Buat masa ini, kita cari mekanisme lain untuk meringankan beban tugas guru," katanya selepas mempengerusikan Dialog Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan warga pendidik dan wakil Persatuan Ibu Bapa Guru dari sekitar Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE
Lipanovich juara Motosikal Lasak Asia FIM
KUALA NERUS - Pelumba Sean Lipanovich dari Guam, Amerika Syarikat muncul juara kategori utama MX2 pada Kejohanan Motosikal Lasak Asia Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) di Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.
Kemenangan itu membolehkan Sean yang menunggang jentera KTM 250F membawa pulang wang tunai AS$1,000 (RM4,425.50), piala dan hadiah iringan.
Chaiyan Romphan dari Thailand pula mendapat tempat kedua manakala tempat ketiga di raih penunggang negara, Muhammad Habibullah Mohd Salleh.
Romphan dan Muhammad Habibullah masing-masing menerima hadiah wang tunai AS$900 (RM3,982.95) dan AS$800 (RM3,540.40) selain piala dan hadiah iringan.
Penyampaian hadiah kepada kesemua pemenang berkenaan disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong. - K! ONLINE
Tesdec cadang buka pusat latihan selaman skuba di Dungun
MARANG - Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec), kolej kemahiran milik kerajaan negeri Terengganu bakal membuka sebuah pusat latihan selaman skuba lanjutan.
Pengurus Besar Tesdec, Saidi Salleh berkata, projek yang akan dibangunkan di Kampung Sungai Buaya, Dungun itu dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.
Menurutnya, pusat latihan itu bakal dibina di tanah milik kolej kemahiran milik kerajaan negeri itu yang seluas 0.506 hektar melibatkan kos RM6 juta.
"Pusat latihan ini dijangka dapat memenuhi permintaan para peminat sukan rekreasi itu kerana sebelum ini kebanyakan mereka terpaksa pergi ke Bali, Indonesia dan Thailand untuk mendapatkan lesen selaman skuba lanjutan," katanya di sini semalam.
Saidi berkata, bilik penginapan berkonsepkan kabin diperbuat daripada buluh juga bakal dibina.
"Kita mengunjurkan pusat latihan ini akan menjadi tarikan pelancongan terbaharu di daerah Dungun. Sebuah jeti persendirian juga bakal dibina di pusat latihan itu bagi membolehkan penggemar selaman skuba ke Pulau Tenggol yang terletak berhampiran," ujarnya.

Saturday, March 25, 2017
REHDA mahu bantu pembeli rumah
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bercadang untuk memperkenalkan Kempen Bantuan Pemilikan Rumah (HOAC) pada masa terdekat.
Bendaharinya, Datuk Muztaza Mohamad berkata, menerusi skim terbabit, pemaju perumahan bakal menyerap kadar faedah pembiayaan yang dikenakan pihak bank kepada pembeli sepanjang proses pembinaan.
“Biasanya sewaktu pembinaan, pembeli perlu membayar kadar faedah pembiayaan tertentu kepada pihak bank sehinggalah unit yang dibeli siap dibina.
“Jika boleh, kita (pemaju perumahan) akan cuba untuk menyerap (faedah pembiayaan) sepanjang proses pembinaan projek perumahan tersebut,” katanya pada majlis perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2017 peringkat Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu di sini semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi REHDA Terengganu, Mohamad Hishamudin Muda dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Muztaza berkata, HOAC yang dicadangkan itu hanya boleh dimanfaatkan pembeli kediaman pertama terutamanya daripada kalangan sektor swasta.
Menurut beliau, kebanyakan pembeli berpotensi, khasnya daripada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan sederhana (M40), tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membayar wang pendahuluan pembelian unit yang diingini.
“Mereka perlu dibantu kerana pemaju tidak dapat memberikan lebih banyak rebat manakala pihak bank pula tidak lagi menawarkan margin pinjaman yang tinggi sebagai mematuhi peraturan ketat Bank Negara Malaysia untuk mengawal paras hutang isi rumah.
“Oleh itu, REHDA berharap cadangan yang akan dibentangkan ini dapat dipersetujui bank pusat pada masa terdekat,” katanya.

Friday, March 24, 2017
APM Terengganu siap-sedia hadapi musim kering
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana dan kecemasan pada musim kering yang sedang melanda negeri ini sejak pertengahan bulan Mac.
Pengarah APM Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, berbanding kawasan Pantai Barat yang mengalami cuaca berubah-ubah iaitu cerah pada waktu pagi dan hujan pada sebelah petang, wilayah Pantai Timur termasuk negeri ini pula kini menghadapi cuaca panas terik hampir sepanjang hari.
Beliau berkata, perubahan cuaca itu disebabkan oleh peralihan monsun Timur Laut ke Barat Daya yang dijangka bakal berlarutan sekurang-kurangnya pada akhir Mei depan.
"Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, cuaca panas terik tersebut mungkin menyebabkan beberapa kawasan hutan di sekitar negeri ini mudah terbakar selain kemungkinan kejadian strok haba.
"APM Terengganu sudah bersiap-sedia menghadapi situasi tersebut terutama membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memadam kebakaran hutan sekiranya terjadi," katanya selepas menghadiri Pembarisan sempena Hari Ulang Tahun APM ke-65 peringkat negeri di sini hari ini. - K! ONLINE
Pemandu lori maut dihempap kayu balak
HULU TERENGGANU - Seorang pemandu lori maut ditimpa kayu balak di sebuah kilang memproses kayu lapis di Kawasan Perindustrian Ajil di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.40 pagi itu, Azman Aziz, 56, meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Azman yang memandu lori tersebut sedang memunggah himpunan kayu balak terbabit sebaik tiba di perkarangan kilang memproses kayu lapis berkenaan.
"Sewaktu mangsa mahu menurunkan kayu balak itu bersendirian tiba-tiba tiga batang kayu terbabit jatuh bergolek sebelum menghempap badannya.
"Kejadian dia ditimpa oleh kayu balak itu kemudiannya disedari beberapa buruh kilang berkenaan sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
Thursday, March 23, 2017
REHDA bakal perkenal skim bantu pembeli rumah pertama
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bercadang untuk memperkenalkan Kempen Bantuan Pemilikan Rumah (HOAC) bagi merancakkan lagi sektor hartanah negara pada masa terdekat.
Bendahari REHDA, Datuk Muztaza Mohamad berkata, menerusi skim terbabit, pemaju perumahan bakal menyerap kadar faedah pembiayaan yang dikenakan pihak bank kepada pembeli sepanjang proses pembinaan.
"Biasanya sewaktu proses pembinaan, pembeli perlu membayar kadar faedah pembiayaan tertentu kepada pihak bank sehinggalah rumah terbabit siap sepenuhnya.
"Kalau boleh, kita (pemaju perumahan) akan cuba untuk serap (faedah pembiayaan) kepada golongan pembeli pertama sepanjang proses pembinaan projek perumahan tersebut, " katanya katanya selepas menghadiri perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) peringkat Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE
87 pemilikan PPR Hiliran langgar syarat ditarik balik
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 87 pemilikan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di sini telah ditarik balik berikutan pelanggaran syarat sepanjang tahun lalu.
Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, antara pelangaran syarat yang telah dikesan adalah menyewakan kediaman itu kepada pihak ketiga, memiliki kediaman lain dan mempunyai tunggakan sewa melebihi enam bulan.
"Sebanyak 40 kes penarikan balik pemilikan kediaman PPR Padang Hiliran sepanjang tahun lalu disebabkan kesalahan menyewakan rumah tersebut kepada pihak ketiga dan memiliki kediaman lain.
"Selain itu, 47 kes pembatalan pemilikan PPR Padang Hiliran itu juga disebabkan kegagalan membayar tunggakan sewa bulanan sehingga melebihi enam bulan. Ia tidak sepatutnya berlakukan kerana kadar sewa yang dikenakan amat rendah iaitu cuma RM130 sebulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE
Wednesday, March 22, 2017
Peniaga gerai makan meninggal dunia selepas berjoging
BESUT - Seorang peniaga gerai makanan ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung di dalam kereta Perodua Kelisanya yang diletakkan di hadapan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh dekat sini hari ini.
Pada mulanya, Zamrin Mat Salleh @ Sallehuddin, 41, yang baru pulang dari berjoging ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh beberapa penduduk pekan Jerteh yang melalui kawasan terbabit pada pukul 9.40 pagi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, penemuan Zamrin yang terkulai di tempat duduk pemandu kereta Perodua Kelisa itu kemudiannya telah dimaklumkan kepada salah seorang anggota polis dari Balai Polis Jerteh dekat sini yang kebetulan sedang melakukan rondaan.
"Pemeriksaan anggota polis itu kemudiannya mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Alor Selinsing, Jerteh dekat sini telah meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
Tuesday, March 21, 2017
Pelekat hasil 500 kg madu kelulut asli
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Persatuan Pengusaha Lebah Kelulut Terengganu (Pelekat) menyasarkan untuk menghasilkan 500 kilogram (kg) madu kelulut asli sebulan yang mampu menjana pendapatan RM200,000 pada tahun ini.
Penaung Pelekat, Zulkifli Abu Bakar berkata, walaupun baru ditubuhkan kira-kira dua bulan lalu, persatuan yang dianggotai 120 pengusaha dari seluruh negeri ini optimis terhadap potensi produk berasaskan madu kelulut.
“Pelekat menjalin kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu untuk memasarkan produk madu kelulut asli di seluruh negara.
“Kami yakin dapat menjana perolehan besar kerana madu kelulut asli keluaran Terengganu yang bermutu tinggi semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Pelekat di di sini semalam.
Zulkifli yang juga Datuk Bandar Kuala Terengganu berkata, selain pengguna domestik, madu kelulut asli keluaran Pelekat turut mendapat permintaan dari China, Singapura, Brunei dan Emiriyah Arab Bersatu.
“Memandangkan, persatuan ini baru sahaja beroperasi, kami mahu memberi tumpuan terhadap pasaran domestik terlebih dahulu,” ujarnya.
Selain itu, Pelekat turut menghasilkan lebih banyak produk hiliran berasaskan madu kelulut seperti syampu, sabun dan losyen badan bagi pelbagaikan pilihan kepada pelanggan.

Monday, March 20, 2017
Nelayan meninggal dunia ketika menangkap ikan
DUNGUN – Mayat seorang nelayan yang meninggal dunia sewaktu sedang menangkap ikan kelmarin selamat tiba di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun di sini semalam selepas menempuh lebih 16 jam perjalanan.
Mohd. Shukri Zawiwi, 43, yang menghembuskan nafas terakhir di dalam bot nelayannya yang ketika itu berada pada kedudukan 86 batu nautika dari perairan Kuala Dungun di sini selamat tiba di jeti nelayan tersebut pada pukul 10 pagi.
Tekong bot nelayan terbabit, Mohd. Shukri Sidek berkata, Mohd. Shukri yang berasal dari Kampung Kuala Abang di sini meninggal dunia pada pukul 4.30 petang kelmarin.
“Sewaktu itu, saya sedang mengemudi bot nelayan bersama lima awak-awak tempatan yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 55 tahun termasuk Allahyarham.
“Pada mulanya, dia mengadu tidak sihat pada waktu pagi dan saya telah mengarahkannya agar berehat. Kami kemudiannya mendapati dia semakin nazak sewaktu mengejutkannya untuk makan pada pukul 4.15 petang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di jeti LKIM Kuala Dungun di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaakob berkata, mayat Mohd. Shukri telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat.

Sunday, March 19, 2017
Penagih dadah ditahan cuba curi lembu
KUALA TERENGGANU – Niat jahat seorang lelaki yang disyaki penagih dadah mahu mencuri seekor lembu gagal selepas perbuatannya disedari penduduk kampung di Kampung Seri Nangka, Gong Kepas, Besut kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, suspek berusia 35 tahun ditangkap penduduk kampung semasa cuba memasukkan lembu jantan itu ke dalam sebuah van jenis Nissan Vanette.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, pemilik haiwan yang berusia 44 tahun telah dikejutkan daripada tidur oleh salah seorang jiran yang mengesyaki terdapat sesuatu yang tidak kena di kandang belakang rumahnya.
“Pemeriksaan pemilik lembu itu mendapati seekor daripada empat ekor lembu yang telah ditambat telah hilang.
“Dia dan beberapa penduduk kampung kemudian mencari lembu jantan itu dan menemui haiwan itu di kawasan semak berhampiran sebuah rumah kosong tidak jauh dari kandangnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Mohd. Zamri berkata, ketika itu, hajat suspek tidak kesampaian apabila dia dikepung dan ditangkap penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.
“Ujian air kencing mendapati suspek yang berasal dari Kampung Gong Kepas positif dadah jenis amphetamine.
“Dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 akta sama,” katanya.

Saturday, March 18, 2017
Hari keluarga waris Omar, Wook Awang meriah
BERSATU. Seramai 186 waris Allahyarham Omar Che Mat dan Wook Awang berkumpul pada program Hari Keluarga di Merang, Setiu, Terengganu baru-baru ini.
Penganjur program, Yusof Omar, 62, berkata, program yang dihadiri empat generasi Allahyarham Omar dari seluruh negara tersebut bertujuan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Katanya, ibu bapanya merupakan pengusaha kedai runcit di Kampung Gong Surau, Kuala Besut sebelum kedua-duanya meninggal dunia pada 1962 dan 2001.
“Ini merupakan kali keempat kami mengadakan program Hari Keluarga Omar dan Wook yang dilakukan dua tahun sekali sejak 2011,” katanya.

Friday, March 17, 2017
Kes pelajar merusuh meningkat
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Seramai 47 pelajar sekolah di Terengganu terlibat dalam kes buli dan bergaduh yang diklasifikasikan sebagai merusuh sepanjang tahun lalu berbanding 26 pelajar pada tahun 2015.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab. Rahman berkata, kesemua pelajar sekolah yang ditahan kerana merusuh itu merupakan sebahagian daripada 135 suspek juvana yang didapati terlibat dalam jenayah kekerasan dan kecurian harta benda sepanjang 2016.
Menurutnya, bagi jenayah kekerasan, seramai 26 orang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol, cabul kehormatan, bunuh, mencederakan dan ugutan jenayah.
“Seramai 61 orang pula ditahan kerana dipercayai mencuri kenderaan dan pecah rumah,” katanya selepas menghadiri program Hadiah Kasih Sayang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belara, Manir dekat sini semalam.
Program anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Terengganu, A. Latiff Awang.
Dalam perkembangan sama, Rosli memberitahu, seramai 22 remaja di negeri ini juga terlibat dalam kes narkotik iaitu memiliki dadah, penagihan dan pengedaran sepanjang 2016.
Katanya, secara keseluruhannya, seramai 135 suspek juvana berusia antara 7 hingga 18 tahun di Terengganu didapati terlibat dengan jenayah kekerasan dan kecurian harta benda pada tahun lalu iaitu peningkatan 36.4 peratus berbanding tahun 2015.
“Bagaimanapun, kadar jenayah melibatkan kes juvana di negeri ini tidak membimbangkan dan masih lagi terkawal.
“Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak sentiasa mengambil langkah pencegahan seperti kempen turun padang untuk memberi kesedaran berhubung bahaya jenayah kepada pelajar sekolah,” ujar beliau.

Thursday, March 16, 2017
Isteri bantu suami jual dadah
KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri diberkas selepas disyaki mengedar pil kuda di Kampung Pasir Akar, Jerteh, Besut kelmarin.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, pasangan itu diberkas pada pukul 3 petang bersama 170 biji pil kuda bernilai RM2,550 yang disembunyikan di atas kabinet dapur.
“Kita turut menemui 16 tiub penyedut minuman mengandungi 10 biji pil kuda. Pasangan berusia 25 dan 29 tahun itu ditahan bersama anak lelaki tunggal mereka yang berusia enam bulan,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, si suami menjual pil itu pada harga RM15 sebiji manakala isterinya yang merupakan suri rumah membantu sekali-sekala. Mereka mendapatkan dadah dari dua pembekal di Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Jertih di sini.

Wednesday, March 15, 2017
Ular sawa 120kg mati sesak nafas selepas telan anak babi
KUALA NERUS – Penduduk Kampung Tanjung Bunut, Teluk Pasu di sini gempar dengan penemuan bangkai seekor ular sawa seberat 120 kilogram (kg) di kawasan belukar berhampiran Sungai Tanjung Bunut semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, ular sawa sepanjang enam meter itu dipercayai mati akibat sesak nafas akibat kekenyangan setelah menelan seekor anak babi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Nerus, Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, reptilia itu telah dijumpai oleh seorang penduduk kampung yang sedang mencari paku-pakis di kawasan semak berkenaan.
“Dia yang biasa mencari paku-pakis di kawasan semak di pinggir Sungai Tanjung Bunut berkenaan terkejut dengan penemuan ular sawa besar tersebut sebelum memaklumkan perkara itu kepada beberapa penduduk kampung lain.
“Sewaktu dijumpai, ular sawa berkenaan kelihatan amat lemah dan tidak agresif dipercayai akibat terlalu kekenyangan selepas menelan seekor anak babi,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Ahmad Kamal berkata, penduduk kampung telah menghubungi APM Daerah Kuala Nerus bagi meminta bantuan untuk menangkap ular sawa berkenaan.
“Pemeriksaan tiga anggota APM mendapati, ular sawa berkenaan telah mati dipercayai akibat sesak nafas selepas menelan anak babi.
“Bangkai ular sawa berkenaan kemudiannya telah diserahkan kepada Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Gadis Terengganu suri hati Mat Dan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
TAKDIR yang disusun Yang Maha Pencipta buat figura bernama Daniel Tyler begitu indah. Kembara jejaka ‘mat salleh’ itu ke beberapa negara di Asia Tenggara sekitar lapan tahun lalu akhirnya membawa kelananya sampai di Pulau Kapas, Marang, Terengganu.
Terpikat dengan keindahan anugerah alam, flora dan fauna, lebih utama lagi budaya masyarakat setempat yang ditemuinya memaku Daniel untuk terus berada di salah sebuah pulau tercantik di Malaysia tersebut buat satu tempoh yang tiada tarikh luput. Dia jatuh cinta, bermaustautin di situ sehinggalah dalam kalangan masyarakat tempatan namanya lebih senang disebut Mat Dan. Di pulau peranginan tersebutlah, Daniel seperti dilahirkan semula dengan identiti baharu sebagai Mat Dan sejak tahun 2009.
Transisi anak muda kelahiran Bristol, England bermula daripada situ. Jiwanya, pembawaan diri dan loghat bahasanya berubah persis lelaki jati Terengganu.
Pergaulannya dengan warga Marang yang mewah dengan budi bahasa turut membuka hidayah buat Mat Dan, 28, untuk memilih cahaya keimanan dengan nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah.
Gelagat Mat Dan berbahasa Melayu loghat Terengganu yang menjadi viral di laman YouTube beberapa tahun lalu telah memikat khalayak Malaysia, sekali gus menjadi batu loncatan kepadanya apabila disunting stesen televisyen tempatan untuk mengacara beberapa rancangan travelog.
Proses transisi sejak tahun 2009 tersebut boleh dikatakan lengkap apabila dia akhirnya menamatkan zaman bujang dengan gadis Terengganu di Kampung Bukit Chendering, Kuala Terengganu, kelmarin.
Dengan sekali lafaz dalam bahasa Melayu, Mat Dan telah sah bergelar suami kepada gadis bertudung berusia 20-an yang dikenali sebagai Deera pada pukul 5.30 petang, 12 Mac lalu.
Wanita beruntung yang berjaya mencairkan hati pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan itu dikatakan bekas pelajar sekolah menengah agama terkenal di bandar raya Kuala Terengganu. Difahamkan, Deera kini bertugas sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan antarabangsa yang berpangkalan di Timur Tengah.
Hormat keluarga mertua
Tujuh jam sebelum diijab kabul, pasangan mempelai itu telah ditunangkan di rumah pengantin perempuan pada pukul 10 pagi.
Biarpun dijalankan secara ringkas, kedua-dua majlis pertunangan dan pernikahan tersebut berlangsung dengan penuh tertib dalam adat istiadat Melayu.
Tanpa kekok, Mat Dan memperlihatkan kesempurnaan adaptasi kemelayuannya dengan memakai baju Melayu berwarna ungu lengkap bersamping songket Terengganu dan bersongkok sewaktu menghadiri majlis pertunangan tersebut.
Ibunya, Nicol Tyler yang terbang dari Bristol dengan ceria menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Deera.
Tambah seri, wanita Inggeris itu anggun mengenakan baju kurung berwarna coklat, manakala menantu perempuannya memakai persalinan rona ungu yang sedondon dengan Mat Dan.
Pada sebelah petangnya, Deera dan suami mengenakan busana serba krim bagi upacara pernikahan dan makan beradab.
Pada majlis akad nikah anaknya, Nicol dan suami, Kevin Tyler pula masing-masing memakai persalinan baju Melayu dan kurung berwarna biru cair jelas kelihatan begitu berselera menikmati hidangan makan beradab yang 100 peratus masakan Melayu jati Terengganu.
Begitu pun, majlis pernikahan dan pertunangan tersebut dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Mat Dan yang ditemui beberapa hari sebelum hari bahagianya juga memilih untuk berahsia dan berdalih seolah-olah memberi isyarat jelas menutup rapat pintu daripada media untuk membuat liputan.
Bagaimanapun, tanpa kehadiran media, gambar-gambar pertunangan dan pernikahan mereka tetap bebas bertebaran dan menjadi tular di media sosial tidak sampai sejam selepas majlis berlangsung.
Ditebak persoalan tentang pilihan dan penyebaran gambar hari bahagianya, Mat Dan yang agak terkejut menjelaskan, keputusan mengadakan majlis secara tertutup dilakukan bagi menghormati keluarga mertuanya.
“Kami memilih mengadakan majlis tertutup dan hanya menjemput keluarga terdekat kerana menghormati ibu mertua yang masih dalam edah (berkabung selepas kehilangan suami).
“Kami hanya merancang mengadakan majlis persandingan pada akhir tahun ini,” katanya sewaktu ditemui di rumah mertuanya.
Ditanya lebih lanjut, Mat Dan tetap dengan pendiriannya enggan mendedahkan identiti suri hidupnya yang cantik manis itu.
Apa pun, kami amat menghormati prinsipnya dan dengan jiwa besar diucapkan selamat pengantin baharu buat Mat Dan dan isterinya yang jelita.
Melayari bahtera perkahwinan penuh dengan dugaan tersendiri dan sudah pasti ia tidak semudah mengendalikan bot laju di Pulau Kapas.

Tuesday, March 14, 2017
Ular sawa 120 kg mati sesak nafas selepas telan anak babi
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Penduduk Kampung Tanjung Bunut, Teluk Pasu di sini gempar dengan penemuan bangkai seekor ular sawa seberat 120 kilogram di kawasan belukar berhampiran Sungai Tanjung Bunut di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, ular sawa yang sepanjang enam meter tersebut dipercayai mati akibat sesak nafas akibat kekenyangan menelan seekor anak babi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Nerus, Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, haiwan reptilia itu telah dijumpai oleh seorang penduduk kampung yang sedang mencari paku-pakis di kawasan semak berkenaan.
"Dia yang biasa mengambil paku-pakis di kawasan semak di pinggir Sungai Tanjung Bunut berkenaan terkejut dengan penemuan ular sawa yang besar tersebut sebelum memaklumkan penemuan itu kepada beberapa penduduk kampung lain.
"Sewaktu dijumpai, ular sawa berkenaan kelihatan amat lemah dan tidak agresif dipercayai akibat terlalu kekenyangan selepas menelan seekor anak babi," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
Nelayan meninggal dunia sewaktu menangkap ikan
DUNGUN - Mayat seorang nelayan yang meninggal dunia sewaktu sedang menangkap ikan semalam perlu mengharungi perjalanan lebih 16 jam sebelum tiba di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun di sini hari ini.
Mohd. Shukri Zawiwi, 43, yang menghembuskan nafas terakhir di dalam bot nelayannya yang ketika itu berada pada kedudukan 86 batu nautika dari perairan Kuala Dungun di sini selamat tiba di jeti nelayan tersebut pada pukul 10 pagi.
Tekong bot nelayan terbabit, Mohd. Shukri Sidek berkata, Mohd. Shukri yang berasal dari Kampung Kuala Abang di sini meninggal dunia pada pukul 4.30 petang semalam.
"Sewaktu itu, saya sedang mengemudi bot nelayan bersama lima awak-awak tempatan yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 55 tahun termasuk Allahyarham.
"Pada mulanya, dia mengadu tidak sihat pada waktu pagi dan saya telah mengarahkannya agar berehat. Kami kemudiannya mendapati dia semakin nazak sewaktu mengejutkannya untuk makan pada pukul 4.15 petang," katanya ketika ditemui Kosmo! di jeti LKIM Kuala Dungun di sini hari ini. - K! ONLINE
Pelajar terlibat kes buli boleh ditahan di dalam lokap
KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pendekatan baharu untuk menangani masalah buli di kalangan pelajar sekolah dengan menahan reman suspek di kalangan remaja itu di dalam lokap.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, sekiranya dibiarkan tanpa sebarang langkah pencegahan yang tegas, perbuatan membuli boleh membuka jalan kepada pelajar sekolah terbabit untuk terjebak ke dalam kancah jenayah lebih berat seperti membunuh dan penyalahgunaan dadah.
“Saya memandang perbuatan buli ini sebagai kes yang begitu serius. Mana-mana pelajar sekolah yang terlibat dalam kes buli, pukul dan bergaduh, kita tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka di dalam lokap polis.
“Bagi tujuan itu, perintah reman akan dimohon di mahkamah. Pendekatan baharu ini juga telah dipersetujui oleh Ketua Polis Negara,” katanya selepas merasmikan majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini semalam.
Sebelum ini, suspek kes buli di kalangan pelajar sekolah akan dibebaskan dengan jaminan polis.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Idris Abdullah dan Pengetua SMK Padang Midin, Zah Mohamad.
Mohmad berkata, walaupun pendekatan tersebut nampak keras, ia bertujuan untuk memberi pengingatan keras dan pengajaran berguna kepada golongan pelajar untuk menghindari perbuatan buli.

Pramugari suri hati Mat Dan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan KASANABILAH KAMARUL ZAMAN
KUALA TERENGGANU – Pengacara rancangan travelog, Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis Melayu yang dikatakan bekerja sebagai pramugari di Bukit Chendering di sini semalam.
Majlis pernikahan yang berlangsung pada pukul 5.30 petang diadakan mengikut adat-istiadat Melayu dan secara tertutup dengan hanya dihadiri waris terdekat dan sahabat rapat.
Turut hadir ibu bapa Mat Dan iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler yang berasal dari Bristol, England.
Terdahulu, pasangan itu ditunangkan dalam majlis ringkas di rumah pengantin perempuan pada pukul 10 pagi.
Sewaktu ditemui wartawan Kosmo! kelmarin, Mat Dan yang fasih bertutur loghat Terengganu enggan mengesahkan khabar angin berhubung majlis perkahwinannya dengan gadis Melayu bertudung tersebut.
Begitupun, gambar majlis pertunangan dan pernikahan pasangan itu tersebar dalam media sosial.
Antara yang tersebar ialah gambar ibu Mat Dan, Nicol menyarung cincin ke jari manis menantu perempuannya yang mengenakan busana berwarna ungu.
Mat Dan yang turut hadir pada majlis pertunangan tersebut memakai baju Melayu berwarna ungu, bersamping songket Terengganu serta bersongkok.
Nicol juga anggun memakai baju kurung berwarna coklat dan berselendang putih.
Bagi upacara nikah dan makan beradab, kedua-dua mempelai mengenakan persalinan berwarna putih manakala ibu bapa Mat Dan masing-masing memakai baju Melayu dan baju kurung berwarna biru.
Menurut kenalan Mat Dan, identiti gadis pilihan hati Mat Dan tidak dapat didedahkan ketika ini atas permintaan keluarganya.
Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler yang pada mulanya bercuti di Pulau Kapas, Marang memilih untuk menetap di pulau peranginan tersebut pada tahun 2009 selepas jatuh cinta dengan keindahan negara ini.
Dia yang mempelajari budaya tempatan memeluk agama Islam pada Januari 2013.
Mat Dan kini merupakan pengacara beberapa rancangan televisyen tempatan bercorak pengembaraan seperti Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan.
Program itu disampaikannya dalam loghat Melayu Terengganu.

Monday, March 13, 2017
Pelajar terlibat kes buli boleh ditahan dalam lokap
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Polis Diraja Malaysia mengambil pendekatan baharu untuk menangani masalah buli pelajar sekolah dengan menahan reman suspek dalam kalangan remaja di dalam lokap.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, sekiranya dibiarkan tanpa sebarang langkah pencegahan yang tegas, perbuatan membuli boleh membuka jalan kepada pelajar sekolah terbabit untuk terjebak ke dalam kancah jenayah lebih berat seperti membunuh dan penyalahgunaan dadah.
"Saya memandang perbuatan buli ini sebagai kes yang begitu serius. Mana-mana pelajar sekolah yang terlibat dalam kes buli, pukul dan bergaduh, kita tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka di dalam lokap polis.
"Bagi tujuan itu, perintah reman akan dimohon di mahkamah. Pendekatan baharu ini juga telah dipersetujui oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar)," katanya selepas merasmikan majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini hari ini. - K! ONLINE
Geng Kecek tumpas di Marang
MARANG - Geng Kecek yang disyaki giat melakukan kegiatan mencuri motosikal dan pecah rumah di sekitar daerah ini berjaya ditumpaskan polis baru- baru ini.
Penahanan enam remaja berusia 16 hingga 20 tahun termasuk seorang pelajar sekolah itu dalam dua serbuan berlainan dua minggu lalu tersebut berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes jenayah tersebut di daerah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, dua suspek termasuk dalang yang berusia 20 tahun berjaya di berkas dalam serbuan yang dilakukan di sebuah resort tinggal di Pulau Kerengga di sini pada 7 Februari lalu.
"Serbuan itu turut berjaya merampas barangan curi yang dianggarkan bernilai RM7,000.
"Ia merangkumi sebuah motosikal Yamaha 125Z yang dipercayai baru di curi, jam tangan, radio, gelang tangan, rantai leher, cincin, beg dan pemacu pena dan pembaca kad memori," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini hari ini. - K! ONLINE

Sunday, March 12, 2017
Mat Dan bernikah
Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan KASANABILAH KAMARUL ZAMAN
KUALA TERENGGANU - Pengacara rancangan travelog, Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis Melayu berusia 20-an yang difahamkan merupakan seorang pramugari di Bukit Chendering di sini hari ini.
Majlis penikahan yang berlangsung selepas solat Asar tersebut diadakan mengikut adat Melayu dan secara sederhana.
Begitupun ia diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri waris terdekat dan sahabat rapat termasuk ibu bapa Mat Dan iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler yang berasal dari Bristol, England atas permintaan kedua-dua keluarga kedua-dua pihak.
Terdahulu, mereka telah ditunangkan dalam majlis ringkas di rumah pengantin perempuan pada pukul 10 pagi.
Sewaktu ditemui wartawan Kosmo! semalam, Mat Dan yang fasih bertutur loghat Terengganu memilih untuk berahsia dan enggan mengesahkan khabar angin berhubung majlis perkahwinan beliau dengan gadis tersebut. - K! ONLINE
Lima pemuda ditahan disyaki rogol pembantu kedai
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Seramai lima pemuda ditahan hari ini kerana disyaki terlibat dalam perbuatan memperkosa secara berkumpulan seorang pembantu kedai bawah umur di sebuah rumah di Kampung Keluang, Besut semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa yang merupakan gadis berusia 16 tahun dipercayai telah diperdaya oleh kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun sebelum diperkosa secara bergilir-gilir.
Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang bekerja di sebuah kedai makan di Kampung Raja, Besut telah dihubungi oleh abang angkatnya untuk bertemunya di Pantai Bukit Keluang, Besut pada pukul 12 tengah hari.
Beliau berkata, setelah hampir sejam berbual, lelaki itu telah meminta dua rakannya yang menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hitam untuk menghantar semula gadis itu ke tempat kerja di kedai makan berkenaan.
"Begitu pun, dua lelaki tersebut telah membawa mangsa ke rumah sewa mereka dengan alasan kononnya untuk menukar pakaian. Selepas itu gadis tersebut dipaksa untuk memasuki rumah terbabit yang turut dihuni beberapa lelaki tidak dikenali sebelum dirogol secara bergilir-gilir," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Dua pelajar UMT, pemandu parah van rempuh lembu di LPT2
DUNGUN – Dua pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) cedera parah selepas van jenis Nissan Urvan yang mereka menaiki terbalik selepas merempuh seekor lembu di Kilometer 336.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka dekat sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 9.50 malam itu turut menyebabkan kakitangan UMT, Jaafar Mamat, 55, yang memandu van milik universiti berkenaan cedera parah manakala lima lagi pelajar UMT cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Mohd. Zailan Yaakob berkata, dua pelajar UMT, Nuraini Omar Radzi, 22, dan Zulizah Ochi, 22, masing-masing patah kaki kanan dan cedera pada kepala dan dada.
“Lima pelajar UMT yang mengalami cedera ringan ialah Muhammad Bahri Abd. Talib; 23; Nur Hamiza Mohd. Alias, 22; Nur Hidayah Azis, 21; Nasorriah Nasir, 29, dan Wan Nur Hanani Wan Md. Yusof, 21.
“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke kampus UMT di Kuala Nerus setelah menghadiri satu program pelajar di Seremban, Negeri Sembilan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Mohd. Zailan berkata, ketika kenderaan terbabit melalui lokasi kejadian, tiba-tiba seekor lembu melintas selepas memasuki laluan lebuh raya terbabit.
Beliau berkata, van yang dipandu Jaafar tidak sempat mengelak lalu merempuh lembu terbabit.
“Rempuhan berkenaan menyebabkan van itu hilang kawalan lalu terbabas sehingga terbalik ke dalam longkang di tepi lebuh raya itu.
“Tiga mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pagi ini (semalam),” katanya.
Mohd. Zailan berkata, keadaan ketiga-tiga mangsa itu kini dilaporkan stabil manakala lima mangsa yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.
Difahamkan lembu yang dirempuh van tersebut mati di lokasi kejadian.

Saturday, March 11, 2017
Meninggal dunia selepas joging
Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan KAMARUDIN HAMZAH
BESUT – Seorang peniaga gerai makanan yang aktif bersukan ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas berjoging di sebuah taman rekreasi berhampiran Pejabat Pusat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh dekat sini semalam.
Mangsa, Zamrin Mat Salleh @ Sallehuddin, 41, dijumpai dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Kelisa di hadapan Pejabat Pusat Penyelaras DUN Jerteh oleh beberapa penduduk yang melalui kawasan itu pada pukul 9.40 pagi.
Difahamkan, selain sering berjoging di taman rekreasi itu, mangsa juga dikatakan melakukan aktiviti mendaki gunung.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, penduduk yang menemui Zamrin dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dimaklumkan kejadian itu kepada seorang anggota polis dari Balai Polis Jerteh yang kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut.
“Pemeriksaan anggota polis itu mendapati, mangsa yang berasal dari Kampung Alor Selinsing, Jerteh dekat sini telah meninggal dunia.
“Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Mohd. Zamri memberitahu, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian Zamrin telah berjoging di sebuah taman rekreasi dan kemudian kembali ke keretanya yang diletakkan di hadapan Pejabat Pusat Penyelaras DUN Jerteh dipercayai untuk pulang ke rumah.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai tiba-tiba mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia.
Setakat ini, kematian Zamrin diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Friday, March 10, 2017
Bekas banduan ada 11 rekod jenayah lampau diberkas mengedar dadah
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Seorang bekas banduan yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau melibatkan kes penyalahgunaan dadah bagaikan tidak serik selepas dia sekali lagi diberkas polis kerana disyaki mengedar dadah di Kampung Apal, Jertih, Besut kelmarin.
Sewaktu ditahan pada pukul 3.30 pagi, empat botol yang disyaki mengandungi dadah jenis heroin dan pil kuda telah ditemui di dalam poket seluar jeans suspek yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan sebuah kereta peronda polis telah terserempak dengan lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di hadapan Masjid Kampung Apal.
"Pada mulanya suspek yang disyaki berada dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah tidak mahu memberi kerjasama malah mahu melarikan diri sewaktu anggota polis berkenaan memperkenalkan diri.
"Namun percubaan dia yang juga seorang duda untuk melepaskan diri gagal berikutan dikepung beberapa anggota polis terbabit," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
Dijel 54 tahun, 30 sebatan rogol anak tiri
KUALA TERENGGANU – Perbuatan keji seorang kontraktor memperkosa anak tirinya berusia 10 tahun sebanyak tiga kali pada empat tahun lalu berbalas selepas dia dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Azman Mustapha memerintahkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 42 tahun terbabit selepas mendapati pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali berjaya membuktikan kes prima facie.
Tertuduh yang kini sudah berpisah dengan ibu mangsa diwakili peguam bela, Wan Zainuddin Wan Musa.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang sewaktu kejadian berusia 10 tahun di dalam sebuah pondok di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 4.30 petang, 12 Disember 2013.
Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di lokasi sama pada pukul 5 petang, 17 Januari 2014.
Pertuduhan ketiga pula mendakwa dia sekali lagi merogol anak tirinya di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di daerah Hulu Terengganu pada pukul 3 petang, 28 Februari 2014.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Azman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan dilaksanakan secara berasingan.

Thursday, March 9, 2017
Terengganu tarik 87 rumah PPR
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 87 pemilikan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di sini telah ditarik balik berikutan pelanggaran syarat sepanjang tahun lalu.
Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, antara pelanggaran syarat yang telah dikesan ialah menyewakan kediaman itu kepada pihak ketiga, memiliki kediaman lain dan mempunyai tunggakan sewa melebihi enam bulan.
“Sebanyak 40 kes penarikan balik pemilikan kediaman PPR Padang Hiliran sepanjang tahun lalu disebabkan kesalahan menyewakan rumah tersebut kepada pihak ketiga dan memiliki kediaman lain.
“Ada juga yang tidak pernah langsung menduduki kediaman itu sejak Oktober 2015,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Samiun berkata, siasatan PMINT mendapati, punca utama senario itu berlaku disebabkan penyewa memiliki kediaman lain.
Menurut beliau, syarat kelayakan untuk menduduki kediaman berkenaan ialah tidak mempunyai kediaman sendiri dan mempunyai pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
“Selain itu, 47 kes pembatalan pemilikan PPR Padang Hiliran itu juga disebabkan kegagalan membayar tunggakan sewa bulanan sehingga melebihi enam bulan. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana kadar sewa yang dikenakan amat rendah iaitu cuma RM130 sebulan,” katanya.
Samiun berkata, rumah yang ditarik balik itu akan diberikan kepada individu lain yang lebih berkelayakan dan memerlukan.

Prestasi Falcone mengecewakan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
RENTAK penyudah penyerang utama skuad Terengganu, Federico Falcone masih belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Situasi tersebut mula membimbangkan jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim.
Sejak menyertai skuad Penyu pada Disember tahun lalu, penyerang kelahiran Argentina itu sekadar menjaringkan dua gol pada kempen Liga Premier, masing-masing pada perlawanan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Irfan mengakui bahawa beliau masih tidak berpuas hati dengan prestasi Falcone yang menyertai skuad Terengganu dengan reputasi hebat sebagai penyerang prolifik kelab Valletta FC sebelum ini.
“Persembahan Falcone setakat ini memang sangat mengecewakan. Sebagai penyerang utama, dia sepatutnya lebih berani mengawal bola dan bijak menghidu peluang untuk menghasilkan jaringan.
“Saya harap dia akan tampil lebih yakin apabila memperoleh peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan-perlawanan akan datang,” kata Irfan kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
Irfan berkata, Terengganu bernasib baik kerana peranan untuk menggegar gawang pasukan lawan digalas dengan baik oleh pemain lain seperti Issey Farran Nakajima dan Turaev Lutfulla serta pemain tengah tempatan, Abdul Latiff Suhaimi.
Selepas mengharungi lapan aksi Liga Premier musim ini, skuad Penyu sudah menghasilkan 14 gol dan bolos 10 kali.
Terengganu bakal berhadapan skuad ‘adik’, T-Team pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini sebelum menyambung kempen Liga Premier menentang pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDTII) pada 17 Mac depan.
Sewaktu mewakili Valletta, Falcone telah membantu pasukan itu menjulang Liga Premier Malta dengan menjaringkan 24 gol dalam 46 perlawanan.
Penyerang berusia 27 tahun itu memulakan karier sebagai pemain bola sepak bersama kelab ternama Argentina, Newell’s Old Boys.

Subscribe to:
Posts (Atom)