NEWCASTLE – Pemain tengah Newcastle United, Vurnon Anita memuji pengurus baharu pasukan itu, Rafa Benitez yang disifatkan telah berjaya memberi impak positif terha- dap kelab tersebut.
Walaupun skuad The Magpies itu gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terawal yang dikendalikan Benitez, pasu- kan tersebut dilihat berjaya keluar daripada zon penyingkiran liga.
Harapan Newcastle untuk terselamat daripada penyingkiran tercapai apabila mereka berjaya menewaskan Swansea City 3-0 serta seri 1-1 dengan Machester City di St. James Park.
Hari ini, Newcastle bakal berkunjung ke Anfield untuk menentang Liverpool dan hanya ketinggalan dua mata di belakang Norwich City yang kini berada di tangga ke-17.
Sehubungan itu, Anita memuji strategi Benitez untuk menghadapi Liverpool bagi memastikan Newcastle meraih semula kekuatan sebenar sebelum era kejatuhan.
“Benitez telah memberi arahan yang jelas kepada semua pemain dan ia membuatkan kami semakin teratur. Hasilnya dapat dilihat menerusi dua perlawanan terakhir dan ia amat bagus.
“Kita sedia maklum, Benitez biasa melatih kelabkelab besar dan dia tahu apa yang perlu dilakukan. Kami telah berjaya melakukannya,” ujar pemain
kelahiran Belanda itu.
“Benitez juga sangat positif dan tidak pernah pura-pura. Sangat jelas, dia mahu kami menang setiap perlawanan yang masih ada untuk ke- luar daripada zon penyingkiran,” tambah Anita. - Agensi
Translate
Showing posts with label luar negara. Show all posts

Monday, May 2, 2016
Benitez beri impak positif buat Newcastle
Saturday, April 23, 2016
Tiada kelab berani beri saya tawaran – Neuer
MUNICH – Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer yang baru melanjutkan kontrak selama lima tahun dengan The Bavarians mendakwa kelab-kelab lain sering beranggapan sukar untuk membuatkannya meninggalkan Allianz Arena.
Menurutnya, kelab-kelab lain sering teragak-agak untuk memancingnya meninggalkan juara bertahan Bundesliga itu kerana percaya tawaran tersebut akan ditolak mentah-mentah.
Pada Rabu lalu, Bayern Munich membuat pengumuman tentang kontrak Neuer telah diperbaharui, seterusnya menyaksikan penjaga gol skuad kebangsaan Jerman yang menjuarai Piala Dunia 2014 itu bakal kekal di Allianz Arena sehingga 2021.
Ujar Neuer, sebelum ini beliau sebenarnya berhasrat untuk bertukar angin bagi beraksi dengan kelab di luar negara sehingga timbul spekulasi yang mengaitkannya dengan Manchester City.
Namun, penjaga gol utama Jerman itu memaklumkan, tiada sebarang tawaran diterima kerana kelab-kelab terbabit bimbang tawaran mereka akan ditolak.
“Saya rasa kebanyakan kelab tidak berani untuk menawarkan kontrak kepada saya kerana takut ditolak. Begitupun saya secara jelas mahu terus beraksi dengan Bayern.
“Saya amat selesa dengan kelab ini, kami juga mempunyai persekitaran hebat dan sentiasa berjuang untuk menjulang piala sebanyak mungkin. Oleh itu, bukan lah sukar untuk saya memutuskan untuk terus kekal di sini,” katanya.
Sepanjang menyertai Bayern daripada Schalke pada 2011, Neuer telah memenangi tiga kejuaraan Bundesliga dan Liga Juara-Juara pada 2012-2013. – Agensi

Friday, April 22, 2016
LvG cabar pemain sendiri
MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Louis van Gaal (LvG) berkata, kelabnya perlu memenangi kesemua empat baki perlawanan sebagai syarat untuk menamatkan saingan Liga Perdana England (EPL) musim ini di kelompok empat pasukan teratas.
Kemenangan bergaya 2-0 ke atas Crystal Palace awal pagi semalam telah meningkatkan tekanan terhadap Arsenal dan Manchester City dalam perebutan tempat keempat liga.
Gol sendiri Damien Delaney pada awal permainan dan jaringan permain pertahanan, Matteo Darmian telah mengurangkan jurang dengan Arsenal yang berada di tangga keempat kepada hanya satu mata.
Pada masa sama, kelab yang mendapat jolokan The Red Devils tersebut cuma ketinggalan dua mata di belakang Machester City yang berada di tangga ketiga.
“Kami sentiasa memberi tekanan kepada kedua-dua kelab terbabit sepanjang musim ini dan ia semakin memuncak menjelang penghujung musim ini. Saya amat gembira, masih ada empat perlawanan lagi dan kami perlu menang kesemuanya, barulah kami mempunyai peluang (tangga keempat teratas),” ujar LvG ketika ditanya sama ada kelab kendaliannya telah memberi tekanan kepada Arsenal dan Manchester City.
Pada perlawanan tersebut, United dilihat berjaya menguasai perlawanan selain mencipta 10 percubaan tepat ke pintu gol sehingga memaksa penjaga gol Crystal Palace, Julian Speroni sibuk mempertahankan gawangnya.
Sebelum ini, kelab kendalian LvG itu sering dikritik sepanjang musim ini kerana bermain secara konservatif dengan rentak yang perlahan, namun pengurus kelahiran Belanda itu bertegas anak-anak buahnya telah bermain secara menyerang bagi setiap perlawanan.
“Saya sentiasa menerapkan strategi menyerang. Pada musim ini, kami telah bermain secara menyerang dalam setiap perlawanan tetapi mungkin sekali- sekala ia berada dalam rentak yang perlahan.
“Kebanyakan pasukan lawan kami juga bertahan dengan baik. Bukan mudah untuk mengucar-ngacirkan mereka tetapi pada perlawanan ini, kami telah berjaya,” katanya. – Agensi

Ranieri hanya sasar 10 terbaik
LEICESTER – Pengendali Leicester City, Claudio Ranieri menegaska, beliau sekadar menyasarkan kedudukan pertengahan liga pada musim biarpun kelabnya kini sudah begitu hampir merangkul gelaran Liga Perdana England (EPL) musim ini.
Ketika saingan liga berbaki empat perlawanan, kelab yang terkenal dengan jolokan The Foxes itu telah berjaya mengejutkan semua pemerhati dan peminat bola sepak dunia apabila muncul sebagai pendahulu liga dengan kelebihan lima mata berbanding pasukan di tempat kedua Tottenham Hotspur.
Peningkatan mendadak di bawah kendalian Ranieri yang menggantikan Nigel Pearson pada Julai tahun lalu amat luar biasa kerana pada musim lalu, Leicester sekadar bergelut di zon penyingkiran.
Begitupun, Ranieri yang juga bekas pengendali Chelsea mengakui dia tidak boleh mengharapkan The Foxes akan terus menjadi salah sebuah kelab yang mampu mencabar kejuaraan liga pada musim hadapan biarpun dinobatkan juara EPL musim ini sekalipun.
“Kita perlu sedar pencapaian tahun ini luar biasa. Sewaktu saya tiba dan melihat barisan pemain, saya sedar kami boleh melakukan sesuatu yang baik.
“Sebagai kelab kerdil yang tidak pernah diberi sebarang harapan, kami telah membuktikan tiada apa yang mustahil,” ujarnya sebagai dipetik oleh AS.
Ranieri berkata, pencapaian Leicester itu merupakan contoh terbaik bahawa setiap kelab yang beraksi dalam EPL boleh mencapai kemenangan dengan cara yang berbeza selagi mereka mempercayai kemampuan sendiri dan berjuang untuk mencapainya.
Beliau berkata, anak-anak buahnya secara bersama telah bekerja keras untuk merealisasikan impian tersebut. – Agensi

Thursday, April 21, 2016
‘Van Gaal tidak mampu ganti tempat Ferguson’
MUNICH – Javier Hernandez menyifatkan Louis van Gaal sebagai pengurus hebat untuk Manchester United, namun masih tidak cukup hebat untuk mengisi ‘kekosongan’ ditinggalkan bekas pengendali pasukan itu, Alex Ferguson.
Bekas penyerang United yang dijual kepada Bayern Leverkusen itu secara jelas memberi amaran bahawa The Red Devils tidak mungkin dapat mencari pengganti Ferguson untuk tempoh 100 tahun lagi.
“Van Gaal adalah pengurus yang baik dan jujur. Beliau ada cara tersendiri seperti kebanyakan pengurus lain tetapi United tidak mungkin mampu mencari pengganti Alex Ferguson dalam tempoh 50 hingga 100 tahun lagi. Pengurus legenda dari Scotland itu sangat unik dan istimewa.
“Pengurus dari Belanda itu (van Gaal) pula bukannya tidak boleh mengulangi kejayaan itu, hanya masa dan keputusan yang boleh menentukan sama ada beliau mampu atau tidak,” ujar Hernandez yang pernah dipinjamkan kepada Real Madrid pada musim lalu.
Keputusan van Gaal melepaskan Hernandez kepada Leverkusen pada awal musim ini telah dikritik hebat terutama ketika United sekadar mencetak 40 gol menerusi 33 perlawanan Liga Perdana.
Kritikan tersebut tercetus hebat kerana Hernandez yang popular dengan panggilan ‘Chicharito’ dilihat konsisten menampilkan prestasi terbaik selepas meledak 16 gol menerusi 25 perlawanan Bundesliga sejurus disingkirkan United.
“Beliau (van Gaal) berterus terang memberitahu saya mengenai kesukaran untuk menyenaraikan saya dalam kesebelasan utama (Manchester United). Saya menghargai sikapnya yang berterus terang sejak awal lagi.
“Sewaktu saya diminta meninggalkan kelab, van Gaal memberitahu, peluang untuk saya beraksi jadi tipis kerana dia memilih Wayne Rooney sebagai penyerang utama. Saya hanya bermain jika Rooney cedera,” katanya. – Agensi
Spurs hampiri impian juara
LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino semakin menghampiri impian untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana England (EPL) selepas menang selesa 4-0 ke atas Stoke City kelmarin.
Harry Kane dan Dele Alli masing-masing menjaringkan dua gol bagi membantu Spurs memperoleh kemenangan di Stadium Britannia, sekali gus merapatkan jurang dengan skuad pendahulu, Leicester City.
Ketika ini, Spurs dan Leicester mencatat perbezaan lima mata dan masih perlu mengharungi baki empat perlawanan sebelum menamatkan saingan EPL musim ini.
“Ia merupakan perlawanan yang hebat dan saya amat berpuas hati dengan prestasi dipamerkan. Perjuangan perlu diteruskan dengan matlamat kami untuk memberi saingan dan tekanan kepada Leicester. Persembahan dan keputusan yang diperoleh dalam perlawanan ini amat mengagumkan.
“Saya amat berpuas hati. Stoke memerlukan kemenangan, namun kami telah menunjukkan personaliti dan karakter sebenar. Mungkin ini merupakan antara prestasi terbaik pasukan yang patut dibanggakan kerana kami mampu menyerap tekanan,” kata pengendali Tottenham itu.
Pochettino berkata, beliau kagum kerana mempunyai barisan pemain yang sentiasa dahagakan kemenangan serta semangat juang yang jitu.
“Pemain-pemain saya berhak menerima pujian dan penghargaan terhadap aksi yang telah mereka pamerkan pada musim ini,” katanya.
Tottenham yang merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol dalam saingan EPL setakat ini bakal menghadapi West Brom pada Isnin depan. – Agensi

Wednesday, April 20, 2016
Tottenham boleh pintas Leicester
STOKE – Selepas menyaksikan pasukannya dibelasah 0-4, pengendali Stoke City, Mark Hughes percaya Tottenham Hotspur mampu memintas Leicester City, sekali gus meraih kejuaraan EPL musim ini.
Pada aksi kelmarin, Harry Kane dan Dele Alli masing-masing meledakkan dua gol ketika membantu Spurs mencatat kemenangan selesa ke atas Stoke di Stadium Britannia.
Sehubungan itu, Hughes mengakui berasa sangat kagum menyaksikan prestasi Spurs yang kini hanya dipisahkan lima mata berbanding Leicester selaku skuad peneraju kedudukan saingan liga musim ini.
“Saya amat kagum dengan Tottenham. Semasa kami menentang mereka pada awal musim ini, prestasi mereka tidaklah sebaik ini. Anda pasti tidak berani bertaruh atas Tottenham yang mampu memintas kedudukan Leicester berdasarkan tahap prestasi mereka pada ketika ini,” kata Hughes.
Hughes secara berterus terang turut mengakui Stoke tidak mampu menewaskan Totthenham meskipun telah mencuba sehabis daya untuk memberi cabaran sengit.
“Kami berjaya bertahan tetapi terlalu sukar untuk kekal bermain secara teknikal sebagai satu pasukan. Kami perlu bangkit kerana bakal menentang Manchester City, ia pasti sukar,” katanya.
Stoke kini berada di tangga kesembilan liga dengan mengumpul 47 mata dan bakal menentang Manchester City, Sunderland, Crystal Palace dan West Ham menjelang baki empat perlawanan terakhir. – Agensi

Marchionne lahir kebimbangan prestasi Ferrari
SHANGHAI, China – Ketua pasukan Ferrari, Maurizio Arrivabene berkata, pengerusinya, Sergio Marchionne tidak gembira dengan prestasi pasukannya pada perlumbaan Grand Prix (GP) China.
Pada perlumbaan Ahad lalu, dua pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel yang masing-masing bermula di petak ketiga dan keempat telah bergesel sesama sendiri di awal perlumbaan.
Ketinggalan 53 mata dengan pasukan Mercedes, Ferrari setakat ini juga telah gagal untuk memintas pasukan lawan yang mendapat jolokan Silver Arrows sama ada pada sesi latihan mahupun perlumbaan sebenar pada tiga GP yang telah berlangsung musim ini.
Ia merupakan perkara yang paling dibimbangkan oleh Marchionne.
“Beliau memahami perlumbaan F1 dan sudah pastilah tidak berpuas hati seperti apa yang saya sendiri rasai. Begitupun beliau telah menyaksikan perlumbaan itu dan dalam keadaan tertentu, apa yang boleh dilakukan?
“Kita boleh menyatakan banyak perkara tetapi tiada apa yang boleh dilakukan terhadap pasukan mahupun jentera. Perkara telah berlaku dan kita harus menerimanya.
“Memang beliau tidak gembira, saya pun tertanya-tanya adakah beliau seorang presiden (pasukan) sejati sekiranya berasa gembira dengan keputusan yang kami peroleh ketika ini,” kata Arrivabene.
Vettle menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Raikkonen sekadar berpuas hati di kedudukan kelima pada perlumbaan tersebut yang terus menyaksikan Nico Rosberg meraih kemenangan ketiga berturut-turut setakat musim ini. – Agensi
Sunday, May 24, 2015
Jurutera Airbus 320 bunuh diri selepas pesawat AirAsia terhempas
KUALA LUMPUR – Gara-gara terlalu taksub dan tertekan kerana menganggap dirinya sebagai penyebab nahas pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 terhempas yang mengorbankan 162 nyawa pada tahun lalu, seorang jurutera pesawat di Britain telah bertindak membunuh diri pada 20 Januari lalu.
Menurut laporan akhbar Daily Mirror kelmarin, Gavin Price Jones, 37, yang merupakan jurutera sebuah syarikat di Flintstone, England ditemui mati selepas menggantung diri di rumahnya di daerah Saltney.
Dia merupakan salah seorang jurutera yang terlibat dalam projek pembinaan Airbus 320 iaitu model pesawat milik AirAsia yang terhempas pada 28 Disember tahun lalu di perairan Indonesia.
Akhbar itu melaporkan, ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Jones di Mahkamah Majistret Cheshire Barat, England, isteri lelaki tersebut, Louise memberitahu, suaminya telah meninggalkan sekeping nota bagi menjelaskan tindakannya membunuh diri.
"Dia berasa bertanggungjawab dan tertekan. Suami saya juga telah membuat lukisan teknikal bagi mewajarkan dirinya bersalah dalam tragedi nahas pesawat terbabit," katanya.
Kosmo! pada 29 Disember tahun melaporkan pesawat QZ8501 yang membawa 162 orang termasuk tujuh kru penerbangan terhempas ekoran faktor cuaca buruk ketika dalam perjalanan ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Indonesia.
Subscribe to:
Posts (Atom)