Translate

Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

Thursday, July 30, 2026

Dua rakan didakwa rompak dua kedai runcit

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak dua kedai runcit berasingan di daerah Besut dekat sini melibatkan kerugian keseluruhan RM1,300 pada akhir bulan lalu dan awal bulan ini.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Aidil Adhar Ruzi, 24, dan Mohd. Noorhermie Mazuki, 35, membuat pengakuan bersalah sebaik kesemua pertuduhan terbabit dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa merompak sebuah kedai runcit dengan bersenjatakan sebilah parang di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut pada pukul 12.24 tengah malam, 7 Julai lalu.

Muhammad Aidil Adhar dan Mohd. Noorhermie didakwa melarikan wang tunai RM800 milik pengusaha kedai runcit itu yang merupakan seorang wanita berusia 53 tahun.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan jika sakit kesalahan.

Mereka bersama seorang lagi yang masih bebas turut menghadapi satu lagi pertuduhan merompak sebuah kedai runcit lain di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut juga dengan bersenjatakan sebilah parang pada 1.54 pagi, 29 Jun lalu.

Muhammad Aidil Adhar dan Mohd. Noorhermie didakwa melarikan wang tunai RM500 milik pengusaha kedai runcit itu yang merupakan seorang wanita berusia 37 tahun.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sakit kesalahan. – KOSMO! ONLINE


Tuesday, June 30, 2026

Saman fitnah: Bekas Pengerusi JPKK Tuan Mandak diarah bayar Ahmad Razif RM280,000

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tuan Mandak diarahkan membayar pampasan RM280,000 kepada Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati memfitnah bekas Menteri Besar Terengganu tersebut pada tahun lalu.

Hakim Yusrin Faidz Yusoff juga memerintahkan defendan, Saik Abdullah Tuan Tengah, 64, membuat permohonan maaf secara bertulis dan video terhadap Ahmad Razif dalam tempoh 14 hari.

Beliau berkata, pampasan RM280,000 itu meliputi ganti rugi am sebanyak RM200,000, ganti rugi teruk (RM60,000) dan kos guaman (RM20,000) dengan kadar faedah lima peratus setahun.

Berdasarkan penyataan writ saman dikemukakan Ahmad Razif, Saik Abdullah didakwa membuat tuduhan tidak berasas yang boleh menjatuhkan reputasinya.

Komen berunsur fitnah yang dimuat naik Saik Abdullah di Facebook pada 28 Mac 2025 tersebut didakwa secara jelas menggambarkan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus itu sebagai seorang pengamal rasuah dan penyalahguna kuasa.

Ahmad Razif diwakili Datuk Ahmad Zaidi Zainal serta Fatini Athirah Baharin dari firma guaman, Tetuan Ahmad Zaidi & Partners manakala Saik Abdullah pula tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, keputusan mahkamah  tersebut telah mengembalikan semula maruahnya dan keluarga serta nama baik UMNO dan Barisan Nasional.

Sunday, June 28, 2026

Guru didakwa amang seksual fizikal bekas pelajar

 


Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap bekas pelajar lelakinya pada awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Izzudin Mohmad Asari, 31, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Muhammad Izzudin melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sebulan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini pada pukul 8 pagi, 4 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) akta sama.

Muhammad Izzudin boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kosmo! Online 15 Jun lalu melaporkan seorang guru lelaki diberkas bagi membantu siasatan dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati tertuduh merupakan guru mangsa sewaktu di sekolah rendah. – KOSMO! ONLINE

Tuesday, June 23, 2026

Pengarah Majlis Perbandaran Kemaman hadapi 32 pertuduhan rasuah

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN



KUALA TERENGGANU – Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas 32 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM156,336.

Tertuduh, Manain Mat Harun, 49, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, Manain didakwa menerima suapan tanpa balasan berjumlah keseluruhan RM156,336.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh menerusi beberapa transaksi berasingan antara 2015 hingga 2020 di sekitar Kemaman.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee, manakala tertuduh pula diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM36,000 dan seorang penjamin, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Julai depan. – KOSMO! ONLINE


Monday, June 22, 2026

Hina Jawatankuasa Fatwa Terengganu, Mhd. Mohib dipenjara seminggu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Penceramah warga Syria, Mhd. Mohib Khouli Nazern dihukum penjara seminggu dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut, di sini hari ini atas kesalahan menghina pihak berkuasa agama Terengganu, dua tahun lalu.

Hakim Syarie Ahmad Amir Mustaqim Ahmad Kusaini menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh yang menetap di negara ini setelah berkahwin dengan wanita tempatan membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Mhd. Mohib Khouli Nazem didakwa menghina pihak berkuasa agama sewaktu membuat siaran langsung di laman Facebook bagi mengulas fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang mengharamkan ajarannya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Farhana Sulaiman manakala Mhd. Mohib Khouli Nazem pula diwakili peguam syarie, Mohd. Zabidi Yusof.

Hakim Syarie Ahmad Amir Mustaqim bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman sementara tertuduh mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah,

Kosmo! Online 16 November 2023 melaporkan Jawatankuasa Fatwa Terengganu memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh Mhd. Mohib Khouli Nazem sesat dan haram diikuti umat Islam kerana bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali ke-15 bersidang pada 30 Ogos 2023. – KOSMO! ONLINE

Sunday, June 21, 2026

Laporan belum siap, Norizan kekal di Hospital Permai

DUNGUN-Pemandu kenderaan utiliti sukan jenis Honda CR-V yang didakwa membunuh tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) dalam kemalangan pada bulan lalu ditahan sebulan lagi di Hospital Permai, Johor Bahru. 

Majistret Nur Amira Fatihah Osman memerintahkan demikian bagi membolehkan laporan psikiatri tertuduh, Norizan Ismail, 49, dilengkapkan. 

Perintah terhadap ibu tiga anak itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azizan Abdullah memberitahu, keputusan melanjutkan proses itu dipohon pengurusan Hospital Permai. 

Ini kerana, tertuduh yang ditahan di hospital berkenaan sejak 15 Oktober lalu tidak memiliki rekod pemeriksaan mental sebelum ini. 

Norizan didakwa menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Khairil Anwar Jamaludin, 20. 

Kesalahan dilakukan di Jalan Pantal berhampiran UITM Dungun pada pukul 730 malam, 9 Oktober lalu. Norizan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati. 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Disember ini. Suri rumah itu turut berdepan pertuduhan cubaan membunuh Muhammad Ammar Danish Muhammad Ridzuan, 20, yang cedera dalam kemalangan sama.

 Pada 11 Oktober lalu, Kosmо! melaporkan tiga pelajar UITM Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dua buah motosikal yang ditunggang mereka dirempuh Honda HR-V yang dipandu seorang wanita. 

Sewaktu kemalangan, wanita tersebut dikatakan memandu kenderaan itu tanpa pengetahuan suami serta anak bong sunya sewaktu mereka sedangmenunaikan solat maghrib.

Saturday, June 20, 2026

Sembilan dituduh memiliki diesel tanpa kebenaran

 KUALA TERENGGANU - Sembilan lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memiliki diesel sebanyak 34,740 liter tanpa kebenaran pegawai pembekal di Kuala Paka, Dungun tahun lalu. 

Mereka lalah Azni Zabar, 39, Mohd. Lugman Ramli, 31, Hasdi Mustapa, 43, Hasrul Azly Mustapa, 32, Mohamad Saufl Abdul Ghapa. 29, Mohd. Rozi Mohd. Zain, 38, Che Harun Mat Jusoh. 63, Hirool Farihan Hussin, 41, dan Abd. Mukmin A. Razak, 36. 

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli. Azmi dan Mohd. Luqman didakwa memiliki 3,992 liter diesel di sebuah stesen servis di Kuala Paka, Dungun pada pukul 2 pagi, 6 Julal 2023. 

Hasdi, Hasrul Azly, Mohamad Saufi dan Mohd. Rozi pula didakwa memiliki 1,677 liter diesel di sebuah stesen minyak di Kuala Paka, Dungun pada pukul 155 pagi, 6 Julal 2023. 

Hasdi turut didakwa bersamasama Che Harun, Hirool Farihan dan Abd, Mukmin menyimpan 29,070 liter diesel dalam lori. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Besar Kampung Cacar, Paka, Dungun pada 9.30 pagi, 6 Julai 2023. 

Mereka dituduh mengikut Seksyen 22(A)X1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yanmemperuntukkan denda RMjuta atau penjara tiga tahun atakedua-duanya jika sabit kesalahan.

 Kesemuanya dibebaskan dengan jaminan antara RM5,00hingga RM8,000. 

Kes dikendlikan Timbalan Pendakwa RayWan Mohd. I'zzat Wan Abdullah.

Sunday, June 14, 2026

Duda khalwat disebat dalam masjid

  

Oleh MOHD.AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU- Seorang duda lima anak menjadi pesalah pertama di Terengganu yang dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai di sebuah masjid kerana kesalahan khalwat berulang.

 Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Syarie, Kamalruazmi Ismail selepas Mohd. Affendi Awang, 42, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang merupakan kesalahan kali ketiga tertuduh.

Hakim Kamalruazmi berkata, hukuman sebatan ke atas tukang rumah itu akan dilakukan di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang di sini selepas solat Jumaat pada 6 Disember ini. 

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika lelaki itu gagal membayar denda. 

Sebelum ini, Mohd. Affendi menjadi pesalah pertama yang dikenakan hukuman sebatan kerana berkhalwat dengan wanita berusia dalam lingkungan 30-an pada 25 Januari lalu, namun hukuman itu dilaksanakan secara tertutup di Penjara Marang. 

"Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Kamu (Mohd. Affendi) pernah disebat (sebelum ini), tetapi buat lagi (berkhalwat). 

"Hukuman kali pertama (sebatan atas kesalahan khalwat) sepatutnya sudah memberikan keinsafan," katanya ketika membacakan penghakimannya semalam. 

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa bersama seorang wanita berusia 52 tahun yang bukan isteri dan mahramnya sehingga menimbul syak perbuatan tidak bermoral pada pukul 140 pagi, 16 Jun lalu.

 Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Pengkalan Ranggon, Kemaman. 

Mengikut fakta kes, serbuan yang dilakukan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Agama Islam Terengganu mendapati Mohd Affendi berdua-duaan bersama seorang wanita di ruang tamu rumah berkenaan. 

Bagi kesalahan itu, cdia didakwa mengikut Seksyen 3(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022. 

Seksyen itu memperuntuk kan hukuman sebatan maksi mum enam kali, denda sehingga RM5000 atau tiga tahun penjara bagikesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya berkuat kuasa ada 1 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikanTimbalan Ketua Pendakwa Syarie,Nik Mohd. Shahril Irwan Mat Yusof. manakala tertuduh tidak di wakili peguam. 

Kosmo! pada 20 Februarilalu melaporkan Mohd. Affendi menjadi pesalah pertama yang dikenakan hukuman sebatan oleh Mahkamah Tingg Syariah Terengganu kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.

 Lelaki itu dijatuhi hukuman empat sebatan dan denda sebanyakan RM3,000 selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pada pukul 1.10 hingga 2.15pagi, 25 Januari lalu.

 Hukuman tersebut diputuskan oleh Hakim Syarie Hamidli Shafie. 

Mohd. Affendi yang mempunyai lima anak berusia 16 hingga 21 tahun juga pernah dikenakan denda RM2,700 juga atas kesalahan berkhalwat oleh Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada 11 Julai 2023. 

Wednesday, June 10, 2026

18 tahun jadi PATI baru 'kantoi'

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU- Tembelang seorang lelaki warga Bangladesh memasuki dan tinggal d negara ini secara haram selama 18 tahun akhirnya terbongkar se lepas diberkas dalam operasi di daerah ini baru-baru ini. 

Lelaki berusia 37 tahun itu dicekup bersama 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan pihak imigresen di sebuah flat di Kampung Nisan Empat di sini. 

Pengarah Imigresen Terengganu, Mohd. Yusri Mohd. Nor berkata, hasil soal siasat, lelaki asing tersebut memaklumkan dia menetap di Malaysia tanра sebarang dokumen perjalanan sejak tahun 2006. 

"Dia (suspek) mengaku memasuki negara ini secara haram sewaktu berusia 19 tahun," katanya semalam. 

Mohd. Yusri memberitahu. sepanjang tempoh tersebut, lelaki Bangladesh terbabit mengaku kerap berpindah-randah bagi mengelak dia diberkas oleh pihak berkuasa.

 Lelaki itu telah dituduh di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, dan dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan dan satu sebatan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63. 

Menurut Mohd. Yusri, pihaknya akan terus giat melaksanakan Ops Sapu, Belanja dan Selera di sekitar bandar raya ini dan daerah Kuala Nerus. 

"Dalam operasi pada Selasa lalu, kita berjaya memberkas seramai 13 warga asing dipercayai PATI "Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki warga Bangladesh dan enam lelaki Myanmar berusia 19 dan 45 tahun. 

"Fokus akan diberikan terhadap lapan lokasi tumpuan warga asing di kedua-dua daerah ber. kenaan," katanya. 

Tambah beliau, mereka yang ditahan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Akta Imigresen1959/63 dan Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama.

Wednesday, June 3, 2026

Guru hadapi tujuh pertuduhan ‘sentuh’ dua pelajar lelaki

SETIU – Seorang guru sebuah sekolah menengah di Besut didakwa atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelaki pada bulan lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Darusalam Ab. Rahman, 42, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan lima pertuduhan, Darusalam didakwa melakukan amang seksual kepada seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di beberapa lokasi di daerah Besut dan Kuala Terengganu antara 5 Mei hingga 11 Mei lalu.

Dua pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala tiga lagi di bawah Seksyen 12(1) akta sama.

Dia juga didakwa dua pertuduhan melakukan perbuatan jenayah sama terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di sebuah tandas sebuah sekolah menengah di Besut.

Darusalam didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (b) akta sama.

Kosmo! Online 26 Mei lalu melaporkan seorang guru ditahan di rumah keluarganya di Besut bagi membantu siasatan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang guru di daerah ini terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selepas beberapa pendedahan dibuat oleh seorang pempengaruh di laman Facebook.

Situasi itu menyebabkan netizen menggesa Kementerian Pendidikan serta pihak berwajib untuk segera menjalankan siasatan secara tulus kerana ia melibatkan keselamatan pelajar sekolah. – KOSMO! ONLINE

Sunday, May 31, 2026

Sarjan polis didakwa makan suap RM3,000

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Nik Mohamad Azaha Mohd. Zohari, 59, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Setiu didakwa memperoleh suapan RM990 sebagai dorongan melepaskan seorang lelaki daripada tahanan polis.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Permaisuri, Setiu dekat sini pada 22 Ogos 2024.

Anggota keselamatan itu turut didakwa menerima suapan RM2,010 daripada seorang lelaki bagi tujuan pada tarikh sama di sebuah bank berasingan di Setiu.

Oleh itu, Nik Mohamad Azaha didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Azman membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rabiatul Addawiah Mohd. Noorlee, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nur Faid Afiq Aziz. – KOSMO! ONLINE

Thursday, May 28, 2026

Pasangan khalwat kali kedua disebat

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai makan dan pasangan yang ditangkap khalwat buat kali kedua sewaktu dalam tempoh bertunang pada Januari lalu masing-masing dijatuhi hukuman tiga kali sebatan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam. 

Hakim Syarie Nik Mohd. Shahril Mat Yusof memerintahkan hukuman tersebut selepas kedua-dua tertuduh, Muhammad Shazmel Aqimie Razalee, 26, dan pasangannya, Tengku Nur Faresha Ulani Tengku Ahmad Farek, 24, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan. 

Beliau memerintahkan hukuman sebat terhadap kedua-dua tertuduh dilaksanakan di Penjara Marang pukul 10 pagi pada 7 Jun depan selepas tempoh 14 hari rayuan berakhir. 

“Kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dan seorang penjamin sebelum perlu hadir menjalani hukuman pada hari tersebut,” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini semalam.

 Muhammad Shazmel Aqimie dan Tengku Nur Faresha Ulani telah melangsungkan pernikahan pada 26 April lalu. Sebelum ini, kedua-dua tertuduh masing-masing pernah dijatuhi hukuman denda RM2,600 dan RM2,500 atas kesalahan khalwat kali pertama di Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada 13 Mei tahun lalu. 

Hakim Syarie Nik Mohd. Shahril dalam penghakimannya berkata, hukuman berat perlu dikenakan memandangkan kedua-dua tertuduh seolah-olah tidak serik melakukan maksiat dalam tempoh bertunang biar pun telah dihukum atas kesalahan khalwat buat kali pertama sebelum ini. 

“Kamu berdua tidak ambil pe luang untuk insaf dengan berkahwin sewaktu ditangkap pada kesalahan (khalwat) pertama dengan alasan tidak cukup duit tetapi tetap melakukan melakukan perkara sama,” katanya.

 Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Shazmel Aqimie dan Tengku Nur Faresha Ulani didakwa bersama sebagai pasangan bukan mahram di dalam sebuah rumah di Kerteh, Kemaman pada pukul 3.15 pagi, 15 Januari lalu. 

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) menyerbu rumah tersebut setelah menerima aduan awam. 

Sewaktu membuka pintu rumah yang diketuk penguat kuasa JHEAT, Tengku Nur Faresha Ulani memakai baju tidur tanpa lengan, manakala Muhammad Shazmel Aqimie didapati berada di dalam salah satu bilik tidur. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenazah Takzir Terengganu 2001 (Pindaan 2022).

Guru Besut tular isu ‘sentuh’ pelajar direman dua hari

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Seorang guru lelaki ditahan reman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap dua pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Nurliyana Md. Zukri di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, kes disiasat mengikut Sekyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Terdahulu suspek berusia 42 tahun ditahan di rumah keluarganya di daerah ini pada pukul 3.25 petang semalam.

Difahamkan penahanan dilakukan berikutan laporan polis dibuat dua mangsa terbabit.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang guru di daerah ini terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selepas beberapa pendedahan dibuat oleh seorang pempengaruh di laman Facebook.

Situasi itu menyebabkan netizen menggesa Kementerian Pendidikan serta pihak berwajib untuk segera menjalankan siasatan secara tulus kerana ia melibatkan keselamatan pelajar sekolah. – KOSMO! ONLINE

Monday, May 25, 2026

BEZA SEBAT SYARIAH DAN SIVIL

 1. OBJEKTIF 

Syariah: Mendidik dan memberi keinsafan kepada pesalah. 

Sivil: Hukuman membalas perbuatan kesalahan jenayah berat dan menggerunkan pesalah. 

2. SAIZ ROTAN 

Syariah : Panjang maksimum 1.22 meter, lebar maksimum 1.25 sentimeter (cm). 

Sivil: Diameter maksimum 1.27 cm. 

3. CARA SEBATAN 

Syariah: Hayunan sederhana dan tidak boleh mengangkat melebihi paras kepala dan setempat. Tidak boleh kena bahagian muka, kepala, perut, dada dan anggota sulit 

Sivil: Hayunan sepenuh kudrat. Sebatan pada bahagian punggung.

4. KESAN FIZIKAL 

Syariah : Tidak membenarkan kulit pesalah cedera parah dan berdarah. 

Sivil : Berpotensi merobek kulit dan meninggalkan parut kekal. 

5. PAKAIAN 

Syariah : Berpakaian menutup aurat. 

Sivil: Bahagian belakang badan pesalah terdedah. 

6. HAD

 Syariah : Maksimum 6 kali. 

Sivil : Boleh sehingga puluhan kali bergantung peruntukan undang-undang, budi bicara hakim.

 7. SAKSI

 Syariah : Empat saksi. 

Sivil: Tidak perlu saksi.

 8. LOKASI 

Syariah : Lokasi ditentukan mahkamah seperti masjid, mahkamah, penjara dan kawasan lapang. 

Sivil : Penjara. 

9. PEMERIKSAAN KESIHATAN 

Syariah : Hanya pegawai perubatan beragama Islam. 

Sivil: Mana-mana pegawai perubatan. 

10. JANTINA 

Syariah: Pesalah wanita yang hamil, hukuman ditangguhkan selepas dua bulan melahirkan atau keguguran. 

Sivil :Tidak dibenarkan buat pesalah wanita serta lelaki dijatuhi hukukan mati atau berusia lebih 50 tahun.

Sunday, May 24, 2026

Suami isteri saman 4 doktor

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri memfailkan saman sivil terhadap 15 defen­dan termasuk empat doktor dan sembilan jururawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan kematian bayi mereka, tiga tahun lalu.

 Hazlinda Aini Bidin, 35, dan suaminya, Abd. Zaim Lokman Ibrahim, 30, memfailkan tuntutan tersebut menerusi peguam, Shaharuddin Mohamed dari firma guaman, Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz di Mahkamah Sesyen di sini baru-baru ini. 

Selain doktor dan jururawat HSNZ terlibat, pengarah hospital tersebut dan Kerajaan Persekutuan turut dinamakan sebagai defendan. 

Hazlinda Aini berkata, dia dan suami, Abd. Zaim Lokman masih terkesan dengan kematian anak perempuan mereka, Nur Azzalea Ariana yang menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di wad HSNZ pada 18 Ogos 2023. 

“Jawatankuasa Bebas Kementerian Kesihatan (KKM) yang bersidang pada 25 Januari 2024 merumuskan kematian bayi kami disebabkan kegagalan alat bantuan oksigen berfungsi. Pengurusan HSNZ juga sudah mengakui kekhilafan dan memohon maaf. 

“Kami ditawarkan ex gratia (pampasan) RM35,000 oleh KKM, namun ditolak. Ia tidak setimpal dengan nyawa anak kami dan trauma berpanjangan dialami saya dan suami mungkin hingga ke akhir hayat,” dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam. 

Hazlinda Aini mendakwa, kematian bayi mereka yang ketika itu berusia sembilan bulan amat memberi impak sehingga menyebabkan dia dan suami terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri sehingga kini. 

Suri rumah itu mendakwa, insiden tersebut mungkin tidak akan berlaku sekiranya doktor dan jururawat HSNZ terlibat lebih cakna dan memenuhi permintaannya agar menukar alat bantuan pernafasan anaknya yang sebelum itu sudah dikhuatiri kurang berfungsi.

 “Arwah bayi kami (Nur Azzalea Ariana) yang dilahirkan tidak cukup bulan pada 31 Oktober 2022 terpaksa bergantung dengan alat bantuan penafasan kerana tidak boleh bernafas dengan sempurna. 

“Alat bantuan pernafasan dipakai anak saya telah ditukar seorang jururawat pada 13 Ogos 2023 atas alasan audit. Saya menyedari ia kurang berfungsi namun tetap tidak ditukar,” dakwanya.

 Sementara itu, Shaharuddin berkata, ibu bapa Nur Azzalea Ariana menuntut ganti rugi am, kesedihan, khas teladan dan teruk beserta faedah dengan amaun yang bakal ditentukan mahkamah. 

Berdasarkan writ saman sivil yang difailkan, sehari sebelum kejadian, Nur Azzalea Ariana mengalami demam dan muntah setelah menerima suntikan vaksin hepsa dan palivuzad pada 14 dan 15 Ogos 2023. 

Hazlinda Aini yang menjaga Nur Azzalea Ariana di dalam wad kemudiannya menyedari bayinya tidak sedarkan diri dengan alat bantuan penafasan tidak berfungsi sebaik tersedar daripada tidur pada 7.10 pagi keesokan harinya. 

Bayi perempuan tersebut kemudiannya disahkan meninggal dunia setelah 40 minit cuba diselamatkan dengan diberi bantuan pernafasan oleh jururawat bertugas.

Saturday, May 23, 2026

Pesalah khalwat pilih sebat, elak masuk penjara

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – “Saya mohon dikenakan hukuman sebatan sebab tidak mahu kena (masuk) penjara.” Demikian rayuan Muhammad Syahmi Faris Latif, 24, dan pasangannya, Hafiqah Qurratu Aini Azlan, 22, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan persediaan bagi persetubuhan luar nikah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, semalam. 

Pengakuan bersalah itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Nik Mohd. Shahril Mat Yusof. 

Mengikut pertuduhan, Muhammad Syahmi Faris dan Hafiqah Qurratu Aini didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam sebuah kereta di belakang sebuah pejabat agensi kerajaan di pekan Marang pada pukul 10.45 malam, 4 Disember 2025.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir Terengganu 2001 (Pindaan 2022) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau sebatan maksimum enam kali, jika sabit kesalahan.

 Dalam prosiding tersebut, Hakim Syarie Nik Mohd. Shahril memerintahkan Muhammad Syahmi Faris yang juga pemandu lori dan pasangannya, Hafiqah Qurratu Aini masing-masing disebat empat kali selepas kedua-duanya mengaku bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan.

 Beliau menetapkan hukuman sebat tersebut dilaksanakan di Penjara Marang pada pukul 10 pagi, 7 Jun depan selepas berakhirnya 14 hari tempoh rayuan. 

“Sementara menunggu tempoh hukuman, kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM1,000 dan seorang penjamin,” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini semalam.

 Hakim Syarie Nik Mohd. Shahril berkata, hukuman sebatan syariah berniat mendidik dan memberi keinsafan kepada pesalah agar tidak mengulangi kemaksiatan yang dilakukan. 

“Ia tidaklah keras dan mencederakan pesalah seperti hukuman sebatan sivil. Rotan yang digunakan nipis dan hanyunannya juga tidak melepasi ketiak. 

“Kamu berdua bernasib baik kerana hukuman takzir (yang dikuat kuasa di) Terengganu cuma menetapkan maksimum enam kali sebatan sedangkan ikut hukum Islam sebenar, 100 kali (sebatan) buat pasangan belum berkahwin,” katanya. 

Nik Mohd. Shahril berkata, walaupun peruntukan membenarkan hukuman sebat syariah di Terengganu dilaksanakan di kawasan terbuka, Muhammad Syahmi Faris dan Hafiqah Qurratu Aini menerimanya di dalam penjara memandangkan ia kesalahan pertama.

 “Kalau tidak serik-serik melakukan kesalahan berulang, kita pernah laksanakan (hukuman sebat syariah) secara terbuka di Masjid Ladang (Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu),” katanya.

Mengikut fakta kes, sewaktu serbuan dilakukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), kedua-dua tertuduh didapati berada di dalam keadaan mencurigakan di tempat duduk belakang kereta berkenaan. 

Sewaktu ditahan, Muhammad Syahmi Faris dan Hafiqah Qurratu Aini didapati dalam keadaan tidak lengkap berpakaian.

Tuesday, May 19, 2026

Pasangan laku persediaan persetubuhan haram disebat empat kali

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Padah melakukan persediaan bagi persetubuhan luar nikah, seorang pemandu lori bersama pasangannya yang merupakan pembantu kedai makan masing-masing dijatuhi hukuman empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini.

Hakim Syarie Nik Mohd. Shahril Mat Yusof memerintahkan hukuman demikian selepas kedua-dua tertuduh, Muhammad Syahmi Faris Latif, 24, dan Hafiqah Qurratu Aini Azlan, 22, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Syahmi Faris dan Hafiqah Qurratu Aini didakwa melakukan persediaan bagi persetubuhan luar nikah di dalam sebuah kereta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di belakang sebuah pejabat agensi kerajaan di pekan Marang pada pukul 10.45 malam, 4 Disember 2025.

Mengikut fakta kes, sewaktu serbuan dilakukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), kedua-dua tertuduh didapati berada di dalam keadaan mencurigakan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Sewaktu ditahan, Muhammad Syahmi Faris dan Hafiqah Qurratu Aini didapati dalam keadaan tidak lengkap berpakaian.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenazah Takzir Terengganu 2001 (Pindaan 2022) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau sebatan maksimum enam kali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Muhammad Syahmi Faris dan Hafiqah Qurratu Aini yang masing-masing menetap di Tembakang dan Medan Jaya, Marang dalam rayuan mereka lebih rela dikenakan hukuman sebatan syariah berbanding meringkuk ke dalam penjara. – KOSMO! ONLINE

Thursday, May 14, 2026

Pasangan dicekup khalwat kali kedua kena sebat

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pasangan suami isteri yang dicekup khalwat buat kali kedua sewaktu dalam tempoh bertunang awal tahun ini masing-masing dikenakan tiga sebatan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie Nik Mohd. Shahril Mat Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Shazmel Aqimie Razalee, 26, dan pasangannya, Tengku Nur Faresha Ulani Tengku Ahmad Farek, 24, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah memerintahkan hukuman sebat ke atas pembantu kedai makan dan barista itu dilaksanakan dalam Penjara Marang pada pukul 10 pagi, 7 Jun ini selepas tempoh 14 hari rayuan berakhir.

Sebelum ini, Muhammad Shazmel dan Tengku Nur Faresha yang melangsungkan pernikahan pada 26 April lalu masing-masing pernah didenda RM2,600 dan RM2,500 atas kesalahan khalwat kali pertama oleh  Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada 13 Mei 2025.

Hakim Syarie Nik Mohd. Shahril dalam penghakimannya berkata, hukuman berat perlu dikenakan kerana kedua-dua tertuduh seolah-olah tidak serik melakukan maksiat dalam tempoh bertunang biarpun telah dihukum atas kesalahan sama sebelum ini.

“Kamu berdua tidak ambil peluang untuk insaf dengan berkahwin sewaktu ditangkap pada kesalahan (khalwat) pertama dengan alasan tidak cukup duit, tetapi tetap melakukan melakukan perkara sama,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Shazmel dan Tengku Nur Faresha didakwa sebagai pasangan bukan mahram di dalam sebuah rumah di Kerteh, Kemaman pada pukul 3.15 pagi, 15 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenazah Takzir Terengganu 2001 (Pindaan 2022) yang membawa hukuman maksimum enam sebatan atau penjara sehingga tiga tahun dan denda maksimum RM5,000, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Friday, May 1, 2026

Bekas jurutera IT didakwa miliki 12 MyKad palsu, syabu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Seorang bekas jurutera teknologi maklumat (IT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu.

Tertuduh, Aman Rasid, 39, turut membuat pengakuan sama atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine bersama rakannya, Mohd. Aiman Musa, 35.

Dua penganggur itu membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan  Majistret Nurliyana Md. Zukri.

Mengikut pertuduhan pertama, Aman didakwa memiliki 12 keping MyKad palsu mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959. Lelaki itu turut didakwa bersama Mohd. Aiman bagi kesalahan memiliki methamphetamine seberat 7.11 gram.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan sebatan lima dan sembilan kali jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Alor Lintang di sini pada pukul 10.05 malam, 23 April lalu.

Kosmo! semalam melaporkan serbuan dadah di sebuah rumah di Kampung Raja minggu lalu membongkar kegiatan pemalsuan MyKad bagi permohonan pinjaman peribadi menggunakan butiran peribadi palsu berjumlah RM40,000. – KOSMO! ONLINE

Tuesday, April 7, 2026

Pengetua tidak mengaku cakap lucah

MARANG – Seorang pengetua sebuah sekolah menengah dihadapkan atas dua pertuduhan komunikasi secara lucah dan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar perempuan di Mahkamah Majistret di sini semalam. 

Tertuduh, Mohd. Tajudin Mokhtar, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli. 

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun lima bulan di pejabat pengetua sekolah tersebut pukul 8.30 pagi, 2 Julai lalu.

 Mohd. Tajudin didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menunjukkan gambar-gambar perempuan seksi melalui telefon bimbit kepada mangsa tersebut di lokasi, masa dan tarikh sama.

 Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 terhadap Mohd. Tajudin dengan dua penjamin selain tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan. 

Kes disebut semula pada 14 Januari depan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maisarah Abd. Razak, manakala Mohd. Tajudin pula diwakili Abdul Haiyyi Salim.