Translate

Tuesday, August 31, 2021

Nur Husna derita usus tersumbat rayu bantuan

 DUNGUN - Hati ibu bapa mana yang tidak keruan apabila bayi perempuan mereka yang baru berusia 10 bulan menderita penyakit usus.

Shakur Ismail, 36, berkata, Nur Nadia Husna menghadapi masalah usus besar tersumbat sehingga menyukarkannya untuk membuang air besar sejak berusia sebulan.

"Pembedahan untuk menebuk perut Nur Husna bagi membentuk saluran keluar najis yang menelan belanja RM16,818 telah dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tiga minggu lalu," katanya kelmarin.

Shakur yang mempunyai dua lagi anak perempuan berusia empat dan tujuh tahun berkata, Nur Husna yang baru belajar merangkak kini perlu memakai beg stoma pada bahagian perut.

Tukang rumah itu berkata, anak bongsunya dijadual menjalani pembedahan membetul kan semua saluran usus besar tidak lama lagi.

"Saya masih belum dimaklum kan berhubung kos pembedahan susulan tersebut tapi pasti saya tidak mampu untuk membia yainya apatah lagi sudah lebih dua bulan saya tidak bekerja kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD)," katanya.

Shakur berkata, dia dan isteri, Latifah Harun, 28, amat mengharapkan simpati ramai derul masa depan anak mereka.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank, 1100441000112649 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubungi Shakur di talian 017-9522 192.

'Pantai Long Beach lebih indah'

 

BESUT - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih setahun lalu menjadikan Pantai Long Beach di Pulau Per hentian lebih bersih dan indah.

Kualiti air pantainya meningkat apabila semakin jernih sekali gus merangsang pertumbuhan batu karang di persekitarannya.

Seorang pengusaha chalet, Adlin Adriani Abdul Halim, 36, berkata, senario tersebut mem beri kedamaian kepadanya wa laupun Chalet Ombak Biru yang diusahakan bersama suami, Mohd. Khairul Afendi Husin, 38, sudah lama tidak menerima pe langgan ekoran penutupan sek tor pelancongan.

"Pantai Long Beach ini dulu penuh dengan pengunjung hing- ga lewat malam, oleh itu pence maran bunyi dan sampah sarap memang tidak dapat dielakkan.

"Saya dan suami dahulu pun tak menang tangan untuk men- guruskan chalet dan kedai ma kan di sini, namun tanpa dijang- ka menjadi sunyi sepi dengan sekelip mata akibat Covid-19," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Adlin Adriani berkata, setiap hari, dia akan menyusuri kawasan gigi pantai Long Beach

untuk mengutip sampah teru- tamanya sisa plastik yang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah mengancam hidupan laut seperti penyu.

"Saya berharap agar keindahan pantai dapat dipertahankan sekali gus menjadi nilai tambah apabila sektor pelancongan do mestik kembali dibuka bulan ha- dapan," ujarnya.

Adlin Adriani berkata, dia juga secara sukarela memantau pesisir Pantai Long Beach dan sekitarnya daripada dicerobohi individu yang cuba melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP untuk bercuti dan terbaharu pada Hari Raya Aidiladha lalu.

"Kalau saya dan rakan-rakan nampak kami akan terus buat aduan ke Pengerusi Jawatankua sa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) untuk menga rahkan bot dinaiki mereka ber patah balik," jelasnya.

Kembali selepas 16 tahun 'merajuk'

 

Oleh MOHD.AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seekor penyu kembali mendarat untuk bertelur di Pantai Batu Burok di sini kelmarin selepas dikatakan merajuk selama hampir 16 tahun.

Halwan seberat 100 kilogram itu mendarat di pantal perangi nan tersebut yang terletak ber hampiran Hotel Primula pada pukul 6.50 petang.

Che Muktar Bakar, 57, dari Kubang Parit di sini berkata, be liau berasa teruja melihat penyu agar mendarat semasa joging di kawasan tersebut.

"Reptilia itu naik secara perla han-perlahan menuju ke pantai sebelum mengorek pasir.

"Saya melihat proses bertelur dari jauh hingga waktu maghrib dan haiwan itu kembali ke laut pukul 8 malam (kelmarin), katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Baru Burok semalam.

Menurut Pengarah Politeknik Besut itu, beliau kemudian me maklumkan kepada Jabatan Perikanan Terengganu untuk tin dakan selanjutnya.

Sementara itu, aktivis pemuliharaan penyu, Rani Awang mem beritahu, proses mengutip 50 biji telur penyu selesai sepenuhnya pukul 11 malam kelmarin.

Jelas Pengasas Konservasi Penyu Marang itu, kesemua telur itu diserahkan kepada Jabatan Perikanan Terengganu sebelum dibawa ke Pusat Kon servasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang. Dungun untuk dieram.

"Berdasarkan pengalaman saya, penyu agar itu masih muda dan baru belajar bertelur. Secara normalnya induk matang mampu bertelur 80 hingga 140 but pada satu-satu masa.

"Ini merupakan peristiwa bersejarah kerana sudah lama penyu tidak mendarat di Pantai Batu Burok untuk bertelur," katanya.

Rani tidak menolak kemung kinan faktor kualiti pantai yang semakin bersih dan tenang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan mendorong reptilia itu kembali ke pantai untuk bertelur.

Tambahnya, sebelum ini, faktor cahaya terang dan aktiviti manusia hingga lewat malam menyebabkan penyu 'merajuk'.

Ramai tidak faham peraturan dine-in

 

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengesan be- berapa kesalahan. disebab- kan kurang kefahaman dalam kalangan pengusaha premis makanan dan pelanggan ber- hubung kebenaran dine-in ter- hadap individu lengkap dua dos vaksinasi yang mula dilaksanakan kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Da- tuk Rohaimi Md. Isa berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah lebih dua pelanggan makan semeja dan premis mem- benarkan dine-in sedangkan pekerjanya masih belum me- nerima vaksin Covid-19.

"Begitupun, dalam tempoh tiga hari pertama ini, tiada kompaun kesalahan akan dike- luarkan memandangkan pera turan ini masih baharu.

"Sebaliknya tumpuan buat masa ini diberikan untuk memberi nasihat dan kefahaman kepada orang awam berhubung peraturan ini," katanya.

Terdahulu beliau ditemui selepas memantau restoran dan medan selera di pusat beli-belah, Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di sini se malam.

Rohaimi berkata, berdasarkan pemantauan polis, setakat ini, tidak ramai pelanggan lengkap dua dos vaksin Covid-19 di Terengganu memanfaatkan kemudahan dine-in di premis makanan sebaliknya lebih selesa memilih membungkus ma kanan.

Sementara itu, di George Town, pengusaha restoran Lomaq Coffee di Seberang Jaya, Shamsul Munir Safini, 37, berkata, biarpun telah melakukan persiapan rapi mengi kut prosedur operasi standard (SOP), dia mendapati tidak ramai pelanggan memilih untuk makan di kedai.

"Hari pertama semalam (kelmarin) hanya lapan orang yang dine-in, manakala kebanyakan pelanggan membawa pulang atau guna khidmat penghanta ran.

"Saya jangka tidak ramai yang akan makan di kedai wa laupun diberi kelonggaran atau mungkin akan sedikit ramai pada hujung minggu akan datang," katanya.

Sementara itu, wakil pe ngurusan Restoran Nasi Kandar Hameediyah, Muhamad Salim Ahamed Seeni Pakir berkata, pihaknya tetap memberi tumpuan kepada perkhidmatan penghantaran serta bawa balik makanan dan belum membenarkan dine-In.

Terengganu beralih Fasa Ketiga PPN awal September

 KUALA TERENGGANU - Terengganu dijangka beralih ke Fasa Ketiga Pelan Pemuli han Negara (PPN) dalam tem poh kurang dua minggu lagi, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurutnya, setakat ini, kadar vaksinasi lengkap dua dos dalam kalangan penduduk ne geri tersebut sudah mencapai 35 peratus, manakala sebanyak 60 peratus lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

"InsyaAllah jika bekalan vaksin tiba mengikut jadual, Terengganu akan beralih ke Fasa Ketiga PPN dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

"Indikator lain yang disyaratkan untuk beralih ke Fasa Ketiga PPN seperti bilangan katil pesakit (kritikal Covid-19) berada dalam unit rawatan rapi (ICU) pula dalam keadaan terkawal," katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri berharap rakyat Terengganu terus mematuhi prosedur operasi standard norma baharu ditetapkan.

Beliau turut menasihatkan agar masyarakat menjaga diri dan keluarga masing-masing supaya tiada kluster baharu yang akan menyukarkan usaha negeri ini keluar daripada pan demik Covid-19.

"Kita juga sentiasa berusaha memohon tambahan bekalan vaksin Covid-19 bagi mencapai sasaran imuniti kelompok tuk tempoh ditetapkan.

"Apatah lagi kes Covid-19 disebabkan varian Delta di Terengganu ini sudah mening kat kepada 12 kes," katanya.

Kit ujian kendiri Covid-19 akan jadi barangan kawalan

 HULU TERENGGANU - Kit ujian kendiri Covid-19 akan dijadi kan sebagai barangan kawalan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, ini siatif tersebut bagi memastikan kit ujian kendiri Covid-19 di jual pada harga berpatutan dan mampu dibeli pengguna.

"Kita mendapat maklumat kit ujian kendiri Covid-19 itu dijual pada harga RM39.90 setiap satu.

"Ia dirasakan agak mahal dan kita risau ramai (pengguna) tidak mampu membelinya," katanya ketika ditemui ketika memantau proses pemberian vaksin Co- vid-19 pada program Mobilisasi Vaksin Komuniti di Felda Bukit Banding, Ajil di sini semalam.

Seramai 360 penduduk kawasan tanah rancangan ber- kenaan menerima manfaat daripada program kelolaan Ke- menterian Perumahan dan Kera- jaan Tempatan dan Kementerian Perpaduan Negara tersebut.

Rosol berkata, cadangan untuk menjadikan kit ujian kendiri Covid-19 sebagai salah satu ba- rangan kawalan juga bertujuan bagi membendung tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dengan menjual produk tiruan.

Jelas beliau, sebagai barang kawalan, pasukan penguat kuasa KPDNHEP boleh melakukan pemeriksaan dan pengawalan memastikan tiada manipulasi Rosol berkata, cadangan un- pengedaran produk kit ujian kendiri Covid-19 tiruan di pasaran bagi memperdaya pengguna.

"Sehubungan itu, KPDNHEP akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengimport, pengi lang dan peruncit pada masa terdekat.

"Ia merupakan pendekatan advokasi mencapai kata sepakat harga kit ujian kendiri Covid-19 lebih berpatutan yang bukan sa haja menguntungkan pengguna, tetapi juga pengeluar," katanya.

Tukang gunting maut tak sempat sambut zuriat sulung

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang tukang gunting untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian selepas dia maut dalam kemalangan mem babitkan tiga buah motosikal di Jalan Kota Bahru berhampiran Kampung Kubang Jela, Manir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 malam itu, mangsa, Khairino Fahmie Khairul Anuar Bashah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Kakak ipar mangsa, Nurul Husna Abu Bakar, 23, berkata, se masa kejadian, arwah dalam per jalanan pulang ke rumahnya di Teluk Menara, Manir dari tempat kerjanya di Seberang Takir, Kuala Nerus.

Menurut wanita itu, isteri arwah, Atikah, 20, kini sarat mengandung dan menanti masa un tuk melahirkan anak sulung.

"Mereka kelihatan begitu teruja untuk menyambut zuriat pertama selepas hampir tiga ta hun mendirikan rumah tangga," katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian kelmarin.

Cerita Nurul Husna, arwah Khairino Fahmie kelihatan kurang bersemangat untuk ke tempat bekerja kelmarin kerana bimbang dengan keadaan isterinya.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda Spacy yang ditunggang Khairino Fahmie dari arah Batu Enam, Kuala Nerus bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang remaja berusia 19 tahun. Semasa kejadian, remaja dariKampung Kubang Jela itu mahu

menyeberang jalan untuk membuang sampah.

Akibat pelanggaran itu, Khairino Fahmie tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar pula sebuah motosikal lain jenis Benelli RFS yang ditunggang le laki berusia dalam lingkungan 30-an dari arah Durian Burung di sini.

Khairino Fahmie maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Mad Din mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat Khairino Fahmie dihantar ke Unit Fo rensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat dan mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Sek syen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lonjakan kes positif di semua negeri

Oleh MOHD. AZLI ADLAN, NORLIDA AKMAR IDROS, LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR, ASLIZA MUSA, KHAIRUL MOHD. ALI 

PETALING JAYA - Peningkatan kes positif harian Covid-19 yang sebelum ini lebih tertumpu di Lembah Klang kini menular ke beberapa buah negeri, sekali gus mencetuskan kebimbangan ke pada sistem kesihatan awam di seluruh negara.

Dalam tempoh dua minggu sejak 15 Julai lalu, beberapa buah negeri telah merekodkan pertambahan mendadak yang dikaitkan dengan pelbagal akti viti sosial terutama pada musim perayaan Aidiladha lalu

Antara negeri yang mencatat peningkatan ketara termasuklah Kedah, Johor, Sabah, Terengganu dan Perlis.

Sebagai contoh, sebanyak 1,511 kes direkodkan di Kedah semalam, berbanding 695 kes pada 15 Julai lalu, manakala Terengganu mencatat 429 kes pada 31 Julai berbanding hanya 70 kes dua minggu lalu.

Di Terengganu, peningkatan mendadak luar jangka di negeri ini dikenal pasti berpunca daripada kedegilan masyarakat yang masih melakukan aktiviti sosial tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama pada sambutan Hari Raya Aidi ladha baru-baru ini.

Menteri Besar Terengganu. Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, 883 kes harian yang dicatat pada 30 Julai lalu merupakan angka tertinggi yang dicatat di negeri itu sejak penularan wabak awal tahun lalu.

"Segelintir masyarakat dikesan masih melakukan aktiviti rentas daerah dan negeri pada sambutan Aidiladha seterusnya mengadakan majlis sosial secara sembunyi-sembunyi

"Selain itu, penularan pantas kes dalam kalangan komuniti tu rut disumbang oleh kemasukan pekerja kontrak warga asing yang tidak disaring" katanya.

Ahmad Samsuri juga tidak menolak aktiviti saringan be sar-besaran secara bersasar ter- hadap kontak rapat di beberapa lokaliti turut menyumbang kepa da peningkatan kes aktif positif di Terengganu. 

Di Perak, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan akan berlaku peningkatan kes men dadak di negeri ini dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dengan kerjasama kerajaan negeri dan agen-agensi lain bagaimanapun sedang giat melakukan persiapan bagi meng hadapi situasi tersebut.

"Terdapat peningkatan kes Covid-19 di negeri Perak sejak kebelakangan ini terutama kes kes kategori empat dan lima yang memerlukan rawatan kritikal atau unit rawatan rapi (ICU). 

"Setakat semalam (kelmarin), terdapat 121 pesakit sedang dirawat di ICU dengan kadar purata harian penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus," katanya dalam catatan di laman Facebooknya semalam.

Di Johor, kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa faktor penyebab kepada peningkatan kes positif Covid-19 yang disumbangkan klust kluster industri dan kluster dalam komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesi haran dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, struktur sosioekonomi negeri Johor yang berasaskan industri turut men jadi faktor penyumbang.

"Johor telah menyediakan konsep Johor Industrial Prepared ness Plan UIPP) yang mene kankan tanggungjawab industri mengambil tindakan pencegahan dan kawalan lebih ketat terhadap Covid-19 jelasnya.

Di Sabah, kerajaan negeri bakal mengumumkan polisi baharu dalam usaha menangani peningkatan kes di negeri ini.

Jurucakap kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selain memperhebatkan saringan besar-besaran, pihaknya juga akan meningkatkan pemberian vaksin kepada penduduk.

"Kita bukan hanya tumpu kepada saringan besar-besaran tetapi juga meningkatkan pemberian vaksin," katanya.

Di Perlis, kerajaan negeri menetapkan 12 orang terdiri daripada pegawai bertugas iaitu imam, bilal dan siak serta jawatankuasa kariah dibenarkan untuk melaksanakan solat jemaah di ruang terbuka di enam buah masjid di Kuala Perlis bermula semalam

Enam masjid terlibat ialah Masjid Rahmaniah, Kuala Per lis,  Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Seberang Ramai, Ma Terapung Al-Hussain: Masjid A Firdaus, Padang Besar Selatan, Masjid Al-Munir, Jalan Batu Lima dan Masjid Al-Mukminin, Kayang

Raja Muda Perlis, Tuanku Faizuddin Putra Jarmalulla bertitah, pelaksanaan aktiviti peng marahan secara terhad di masjid-masjid tersebut telah mendapay perkenan Raja Perlis, Syed Sirajuddin Putra Jamalulail setelah meneliti perkemburge semasa penularan pandemik di seluruh negara termasuk Perlis.

Di Melaka, kerajaan negeri membatalkan perancangan untuk membangunkan hospital medan di Hospital Jasin, sebaliknya pusat rawatan sementara akan dibuka di Hospital  Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, kerajaan negeri menetapkan hanya seramai 12 rubahan lokasi dibuat setelah mengambil kira kemudahan fasiliti asas hermasuk bekalan elektrik yang diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membangunkan hospital tersebut.

Jelasnya, hospital berkenaan dijangka dibangunkan di dataran parkir Hospital Melaka kerana mempunyai keluasan sesuai.

Pulau di Terengganu bakal dibuka semula

 

BESUT - Sektor pelancongan Terengganu terutama di pulau pulau peranginan di negeri ini dijangka mula dibuka pada awal bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman berkata, negeri tersebut dijangka berupaya beralih ke fasa tiga daripada dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada penghujung bulan ini.

Beliau berkata, peralihan fasa ketiga PPN tersebut penting kerana ia membenarkan aktiviti rentas daerah sekali gus diharap kan dapat merancakkan semula pelancongan domestik.

"Bilangan penduduk Terengganu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di Terengganu kini 27 peratus dan kita jangka mampu mencapai sasaran 40 peratus menjelang hujung bulan ini.

"Selain itu, kita juga percaya boleh melepasi indikator lain yang ditetapkan untuk beralih ke fasa tiga (PPN) tidak lama lagi," katanya ketika memantau pro gram Outreach Vaksinasi di Kua la Besut semalam.

Seramai 972 penduduk dan pengusaha pelancongan Pulau Perhentian menerima dos per tama vaksin Covid-19 masing masing pada program tersebut.

Ujarnya, empat pulau peranginan yang terdapat di Terengganu iaitu Pulau Perhentian, Redang, Kapas dan Tenggol.

Durian lingai harga murah, rasa premium

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Durian lingai yang memiliki rasa tersendiri mula menjadi pilihan peminat raja buah di Terengganu.

Salah seorang pengusahanya, Mamat Yahya, 64, berkata, walaupun ia merupakan durian kampung, ramai penggemarnya mengakui berpuas hati kerana mempunyai rasa yang premium.

"Isi durian lingai berwarna kuning dan lemak serta berkrim. Mungkin pokoknya yang dita- nam di kawasan berbukit yang berbatu telah mempengaruhi rasanya.

Oleh kerana jenis durian kam- pung, harganya berpatutan terutama sewaktu lambakan duriandi Terengganu pada masa ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di dusunnya di Kampung Lingai, Batu Rakit di sini semalam.

Mamat berkata, pada awal musim durian baru-baru ini, durian lingal dijual pada harga RM10 sekilogram, namun sejak akhir minggu lalu harganya jatuh kepada RM50 hingga RM100 se Jonggok yang mengandungi pu rata 10 biji.

Jelasnya, setiap hari dia akan menjelajah dusunnya seluas kira kira 10.1 hektar untuk mengutip durian bermula pukul 7 pagi hingga 4 petang.

"Biasanya saya akan mem bawa turun durian yang dikutip dengan cara mengikatnya pada kayu sebelum memikulnya sambil menunggang motosikal," ujarnya.

Bercerita lanjut Mamat berkatÄ…, purata sehari sebanyak 80 biji durian gugur dan dia mula me ngusahakan dusun durian sejak tahun 1970-an.

Bagaimanapun katanya, anak pokok benih durian lingai mula ditanam kira-kira 12 tahun lalu.

Sementara itu, seorang peminat durian, Rohani Hasan, 39 pula berkata, dia secara peribadi lebih menggemari durian lingal berbanding jenis durian-durian kayangan termasuk musang king dan duri hitam.

"Bagi saya, durian lingai ini, sudahlah dijual murah, rasanya pula premium seperti durian kayangan," kata Rohani.

Bakal ibu berdebar, bimbang

PETALING JAYA - Isu hospital kerajaan sesak hingga mem beri kesan kepada wad bersalin membuatkan ibu hamil berdebar untuk melahirkan anak masing- masing.

Di Kuala Terengganu, Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan, 32, memberitahu, dia sedikit ter tekan sementara menanti hari kelahiran anak kedua yang di- jadualkan pada hujung tahun ini di Hospital Dungun.

"Suasana ketika ini amat mencabar kerana perlu patuhi prosedur operasi standard dan melakukan ujian saringan sebe lum dibenarkan masuk dewan bersalin. Saya perlu kuat emost dan fizikal," katanya yang sudah lengkap dua dos vaksin.

Tambahnya, dia juga bimbang sekiranya mempunyai kom- plikasi selepas bersalin sekira- nya terkena jangkitan wabak Covid-19

Di Alor Setar, Qathrulnada Juhari, 36, berkata, dia bimbang bagaimana keadaannya, nanti ketika hendak melahirkan anak keempatnya yang dijadualkan pada bulan depan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Saya dengar hospital tak cukup katil. Saya sudah mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental selain sering berhubung dengan jururawat dan doktor di klinik desa untuk khidmat nasihat dan perkembangan terkini," HSB.

Tambahnya, dia bercadang untuk bersalin di hospital swasta sekiranya keadaan memerlukan dan tidak kisah untuk menge luarkan sejumlah wang.

Seorang lagi ibu mengandung Nor Sharkinah Abdullah, 30, mengakui dia kini gusar dengan keadaan tersebut apatah lagi kandungan sulungnya memasuki usia tujuh bulan.

"Bersalin di hospital kerajaan menjadi keutamaan saya kerana ia murah dan terjamin tambahan pula saya tak mampu ke hospital swasta kerana pendapatan saya

dan suami turut terjejas ketika pandemik.

 "Kalau terpaksa juga bersalin di hospital swasta, saya cari yang tawarkan pakej paling murah." katanya.


Masalah gangguan air di Terengganu dijangka berulang

 

KUALA TERENGGANU -Tidak sampai 10 hari selepas krisis air yang melanda daerah ini dan Kuala Nerus selesai, seramai 27.800 keluarga di dua daerah tersebut berkemungkinan besar akan mengalami masalah sama sekali lagi.

Ini berikutan masalah operasi yang tidak stabil pada jaja ran paip di bawah dasar Sungai Terengganu yang dikesan awal pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, ope- rasi itu menyebabkan tekanan air rendah pada jajaran paip yang menyalurkan bekalan di Tangki Utama Berangan, Kuala Nerus. "Pasukan teknikal Syarikat Air Terengganu (Satu) termasuk enam juruselam dikerah untuk mengesan punca masalah tersebut.

"Setakat ini, kerja-kerja pengesanan pada jajaran paip di bawah dasar Sungai Terengganu sedang giat dijalankan," katanya di sini semalam.

Mamad memberitahu, penduduk  duduk di dua daerah tersebut dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan termasuk mengalami gangguan bekalan air semula.

Jelas beliau, sebanyak lapan lori tangki air dikerah untuk menghantar bekalan air kepada penduduk di kawasan yang terlibat.

"Sebanyak 150 tangki statik yang ditempatkan di lokaliti terlibat sebelum ini akan diperiksa bagi memastikan penyaluran bantuan bekalan air kepada pen duduk yang terjejas akan berjalan lancar," katanya.

Kosmo! 13 Ogos lalu melaporkan krisis air yang melanda dae 12 hari menjejaskan sebanyak 27800 isi rumah bermula pada 2 Ogos lalu.

Masalah gangguan bekalan air terburuk dalam sejarah itu. disebabkan kebocoran pada jajaran paip utama yang terletak di dasar Sungai Terengganu.

Kebenaran dine-in cetuskan kegusaran orang ramai

PETALING JAYA - Kelonggaran operasi kedai makan yang membenarkan dine-in di premis mencetuskan kegusa ran dalam kalangan peniaga dan orang ramai kerana dibimbangi mencetuskan penularan varian Covid-19

Rata-rata peniaga menyata kan kegusaran sekiranya premis mereka menjadi lokasi penye baran varian Delta memandang kan virus itu lebih dominan dan cepat merebak.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan kelonggaran itu bagi penerima vaksinasi lengkap di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Di Kota Bharu, pemilik Ayang Cafe, Nor Hazelizan Mamat, 42, berkata, dia mengambil keputusan untuk menutup perniagaan selama dua minggu meskipun kerajaan sudah memberi kebenaran untuk makan di kedai.

Dia terpaksa membuat keputusan ekoran bimbang pelanggan akan menyerbu premisnya di Jalan Masjid Langgar yang dibuka seawal pukul 6 pagi setiap hari. "Sekiranya kedai saya dibuka, ia akan menjadi pusat untuk pelanggan dari Kota Bharu dan daerah-daerah lain berkumpul.

Ini amat berisiko terutamanya varian Delta sudah semakin menular ketika ini," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sementara itu, di Machang, pemilik kedai makan Warung Kak Ani, Zulaani Che Soh, 57, berkata, dia meminta kerajaan membuat perincian tertentu seperti hanya dibenarkan selama 30 minit be rada di dalam gerai.

"Jika tiada had masa, saya percaya pelanggan tidak akan endah dan akan duduk di kedai dalam tempoh masa yang lama," ujarnya.

Di Kuala Nerus, pengusaha Restoran ZZA Ikan Bakar, Mohd. Zamri Mohd. Noor, 53, berkata, pengumuman itu amat melega kan beliau yang amat terdesak sebelum ini sehingga hampir menggadaikan tanah bagi me neruskan kehidupan ekoran tidak dapat beroperasi selama tiga bulan.

"Saya terdesak sehingga pernah merancang untuk menjual tanah kepunyaan keluarga me mandangkan wang simpanan hanya mampu bertahan sehinggal Oktober sahaja," katanya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Pengusaha-Pengusa ha Resort Pulau Redang, Lim You Jing berkata, sebahagian besar pengusaha resort di rangkaian pulau peranginan di Terengganu agak keberatan untuk membuka operasi pada masa terdekat walaupun kelonggaran pelancongan domestik telah dibenarkan kerajaan mulai hari i ini.

"Pengusaha resort di Pulau Redang bersepakat mengambil pendekatan berhati-hati dan hanya akan kembali beroperasi setelah kesemua kakitangan mereka menyelesaikan proses vaksinasi Covid-19," ujarnya.

Di Temerloh, Pakar Ortopedik Medical Mythbuster Malaysia, Dr. Mahyuddin Mohamed menasihatkan orang ramai agar perlu memberikan keutamaan kepada keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

"Dine-in itu tak payahlah tuan puan, amat berisiko dan tidak berbaloi. Walaupun ada kelong garan saya nasihatkan anda un tuk elakkan ke tempat awam melainkan perlu," katanya.

APMM patah cubaan seludup rokok guna jalan laut

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Cubaan sebuah sindiket cuba menyeludup masuk 330,000 batang rokok bernilai kira-kira RM350,000 menggunakan jalan laut gagal apabila berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pemeriksaan bot peronda APMM menjumpai 33 kotak yang mengandungi rokok seludup berkenaan pada pukul 6 petang di Pulau Karah, Kuala Nerus.

“Kotak yang mengandungi rokok seludup itu dikesan telah dilonggokkan di kawasan belukar berhampiran pantai pulau berkenaan.

“Pulau Karah yang tidak berpenghuni terletak kira-kira 1.5 batu nautika dari Pulau Bidong, Kuala Nerus dipercayai cuba dijadikan transit sebelum rokok seludup tersebut mahu dibawa masuk ke daratan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, sewaktu serbuan dilakukan, tiada bot mahu pun individu disyaki anggota sindiket ditemui di pulau berkenaan.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati bekalan rokok seludup tersebut dibawa masuk dari negara jiran.

“Cubaan menyeludup rokok menggunakan jalan laut ini pertama kali dikesan di Terengganu dan ketiga di Pantai Timur sepanjang tahun ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya. – K! ONLINE

Ke tali gantung angkara telur penyu


 Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kematian seorang pemungut telur pe nyu akibat dipukul dengan kayu dan topi keledar ketika mahu meleraikan pergaduhan melibatkan telur penyu lima tahun lalu mendapat pembelaan semalam.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zainal Azman Ab. Aziz mendapati dua tertuduh iaitu Faizol Aznan Mu hamad, 40, dan Mohd. Riduan Ismail 32, bersalah membunuh mangsa, Razak Abdullah, 45.

Zainal Azman dalam penghakimannya berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain memerintahkan dua tertuduh yang juga bekerja sebagai pe mungut telur penyu dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, pihak pembelaan yang diwakili peguam, Ghazali Ismail dan Masliela Ismail gagal membuktikan keraguan munasabah bagi menyangkal bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor

Hilwani Mat Rifin.

Dua tertuduh itu didakwa membunuh Razak di tepi Pantai Geliga berhadapan Sekolah Ren- dah Sri Geliga, Chukai dekat sini pada pukul 7 pagi, 3 Jun 2016..

Mengikut fakta kes, Faizol Aznan bertengkar dengan pe mungut telur penyu dikenali se bagai Mohd. Shahrol Afsam ber hubung pembahagian kawasan penyu bertelur di pantai tersebut. 

Mohd. Shahrol yang menunggu penyu bertelur sejak pukul 9.30 malam, 2 Jun 2016 enggan membenarkan Faizul Aznan mengam bil sebahagian telur reptilia tersebut sedangkan lelaki itu baru tiba di lokasi berkenaan.

Razak kemudiannya cuba meleraikan pertengkaran itu menyebabkan tertuduh berang lalu memukul muka mangsa dengan menggunakan sebatang kayu.

Faizol Aznan terus memukul kepala mangsa secara bertubi- tubi sebelum tertuduh kedua Mohd. Riduan masuk campur dan menghentak muka lelaki itu dengan topi keledar berwar merah.

Pemungut telur penyu lain yang berada di lokasi kejadian termasuk Mohd. Shahrol Afsan lari menyelamatkan diri apabila diancam tertuduh pertama.

Mayat Razak yang hanya memakai seluar jeans ditemui ter dampar dalam keadaan terlangkup di kawasan pantai tersebut.

Mohd. Shahrol kemudian mengambil keputusan memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebatang kayu dan topi keledar yang dipercayal digunakan dalam kes pembunuhan tersebut.

Kuala Terengganu, Kuala Nerus kembali hadapi gangguan bekalan air

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tidak sampai 10 hari selepas krisis air yang melanda daerah ini dan Kuala Nerus selesai, seramai 27,800 keluarga di kedua-dua daerah berkenaan berkemungkinan besar mengalami semula masalah gangguan air.

Bekalan air di dua daerah terbabit terjejas selepas operasi tidak stabil pada jajaran paip di bawah dasar Sungai Terengganu dikesan pada awal pagi ini.

Berdasarkan kenyataan Syarikat Air Terengganu (Satu), operasi tidak stabil itu menyebabkan tekanan air rendah pada jajaran paip yang menyalurkan bekalan air di Tangki Utama Berangan, Kuala Nerus.

Pasukan teknikal Satu termasuk enam juruselam telah dikerah untuk mengesan punca masalah terbabit.

Kerja-kerja pengesanan pada jajaran paip di bawah dasar Sungai Terengganu berkenaan sedang giat dijalankan.

Kosmo! 13 Ogos lalu melaporkan krisis air melanda daerah ini dan Kuala Nerus selama 12 hari yang menjejaskan 27,800 isi rumah sejak 2 Ogos lalu.

Masalah gangguan bekalan air terburuk dalam sejarah di Terengganu itu disebabkan kebocoran pada jajaran paip utama yang terletak di dalam dasar Sungai Terengganu. – K! ONLINE

Rumah bot Tasik Kenyir mula terima tempahan

 

HULU TERENGGANU - Pengusaha rumah bot Tasik Ke nyir yang kehilangan penda patan selama hampir lima bulan ekoran penutupan sektor pelancongan kini sudah boleh mula tersenyum lebar.

Mereka mula menerima banyak tempahan perkhidmatan rumah bot dari seluruh Tereng ganu berikutan pengumuman pembukaan semula Tasik Kenyir mulai 1 September depan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Keny ir, Kamaruddin Razali berkata, pihaknya kini menerima tempahan daripada kumpulan, malah jabatan kerajaan.

Beliau berkata, sebanyak 100 pengusaha rumah bot juga dalam keadaan siap sedia un tuk kembali memberi perkhid matan kepada pelancong teru tama kaki pancing.

"Kami sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 semalam (kelmarin) dan rumah bot juga sudah disanitasi.

"Prosedur operasi standard juga sedia dipatuhi termasuk mengehadkan bilangan pelan cong di dalam sesebuah rumah bot," ujarnya semalam.

Terpaksa hidup atas ihsan orang lain

 


Oleh MOHD. AZLI ADLAN, ROSALWANI CHE SOH, MUHAMMAD FAIZAL HASHIM, OTHMAN YAHAYA dan NOR SHAFAWATI YUP 

PETALING JAYA - Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak lebih setahun lalu bukan hanya mengorbankan nyawa dan menjejaskan sektor kesihatan, malah turut meninggalkan kesan besar kepada kehidupan rakyat.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kesengsaraan yang dirasai semakin bertambah apabila mereka kehilangan punca rezeki selain terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup.

Tamparan paling perit dirasai oleh golongan miskin dan rentan apabila mereka tidak mempunyai wang simpanan selain ke hilangan pekerjaan tetap untuk menanggung ahli keluarga terutama yang menderita sakit.

Di Kuala Terengganu, Terengganu, seorang wanita, Sharifah Akmarina Syed All, 44, mengakui hidupnya kini bagaikan kais pagi makan pagi, kas petang makan petang terutama ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut ibu kepada lapan orang anak itu, dia kehilangan sumber pendapatan apabila tidak boleh berniaga pakaian di pasar malam.

Tambah memeritkan, suaminya, Syed Anuar Tuan Baseng, 49, yang selama ini menanggung keluarga kini terlantar sakit akibat serangan strok sejak pertengahan Mei lalu.

"Kini kami bergantung harap kepada anak sulung. Syed Muhammad Firdaus, 22, yang be kerja sebagai tukang gunting rambut.

"Bagaimanapun, pendapatannya tidak seberapa untuk menanggung kami 10 beranak selain kos perubatan suami saya yang agak tinggi," katanya.

Sharifah Akmarina berkata, mereka sekeluarga yang menetap di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini juga terpaksa meng harapkan Ihsan pihak lain termasuk Jabatan Pembangunan Kemajuan Kampung (PKK) dan bantuan kerajaan.

Di Tanah Merah, Kelantan, sepasang suami isteri di Kampung Alor Pasir di sini terpaksa menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan milik anak kedua mereka yang sakit selepas hilang punca pendapatan lebih dua bulan lalu.

Mohamad Firdaus Abdullah, 29, dan isteri, Che Siti Noor Azreen Che Ishak, 26, berkata, mereka tidak mempunyai pilihan apabila pokok getah yang selama ini menjadi sumber pendapatan keluarga telah ditebang oleh majikannya. 

Menurut Che Siti Noor Azreen, suaminya sudah berusaha un tuk mencari pelbagai pekerjaan, namun masih belum diberikan rezeki sehingga kini.

"Kami rasa bersalah kerana menggunakan wang bantuan anak, Nur Qhayla Rania, 5, yang menghidap penyakit lebihan air dalam kepala. Tetapi, kami tiada pilihan lain kerana perlu untuk membeli makanan.

"Sebelum pelaksanaan PKP, suami hanya memperoleh pen- dapatan sebanyak RM400 sebulan dan wang itu kami gunakan sebaiknya untuk perbelanjaan harian," katanya.

Di Johor Bahru, Johor, seorang pemandu lori, A. Pathmanathan, 50, kehilangan punca pendapatan akibat serangan jantung dan masalah buah pinggang sejak bulan Mac lalu.

Lebih menyedihkan, pada bulan yang sama juga, dia dinasihatkan oleh doktor agar tidak melakukan kerja berat apatah lagi meneruskan pekerjaan sebagai pemandu lori disebabkan keadaan kesihatan dan fizikalnya yang tidak mengizinkan.

Menurut Pathmanathan, dia mengalami masalah buah pinggang yang kronik sejak tahun lalu, namun memilih untuk menangguhkan bagi melakukan rawatan dialisis memandangkan tidak mempunyal wang yarg mencukupi.

"Memandangkan keadaan kesihatan yang makin merosot dan perlu menjalani rawatan dialisis, doktor memberitahu bahawa saya sudah tidak mampu untuk kembali bekerja seperti biasa," katanya.

Pathmanathan berkata, wang simpanannya semakin berkuran gan ekoran perlu menampung bayaran 14 sesi rawatan dialisis sebulan di Pusat Dialisis Pelangi di sini sejak Mei lalu dengan kos RM220 bagi setiap satu sesi.

Jelasnya, dia tidak mempunyai sumber kewangan lain memandangkan isterinya, P. Kanagambigai, 41, yang mengalami masalah penglihatan juga tidak bekerja.

Monday, August 30, 2021

Penghantar makanan OKU maut kemalangan

 KUALA NERUS Seorang remaja lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori pekak dan bisu yang bekerja sebagai penghantar makanan maut dalam kemalangan di Jalan Tengku Mizan ber hampiran Kampung Tebauk di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.05 tengah hari itu, mangsa, Nik Muhammad Haikal Nik Zulkifli, 18, yang berasal dari Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu me ninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Sewaktu kejadian, Nik Mu hammad Haikal dipercayai dalam perjalanan ke pusat bandar raya selepas menghantar pesanan di Batu Enam di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian yang merupakan lokasi berselekoh, motosikal Yamaha NVX V2 155 ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan.

Mangsa kemudian tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta Pero dua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 30-an yang gagal mengelak.

Abang mangsa, Nik Muhammad Hakim, 28, berkata, adiknya yang merupakan anak kelapan dari sembilan beradik mengikut jejak langkahnya menjadi peng hantar makanan sejak lebih setahun lalu.

"Saya perhatikan dia rajin luar biasa bekerja (sebagai penghan tar makanan) sejak beberapa hari lalu.

"Biasanya, dia akan memulakan trip harian menghantar ma kanan paling awal pada pukul 10 pagi tetapi sejak akhir-akhir ini, pukul 7 pagi dia sudah keluar ru mah untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat Nik Muhamad Haikal telah dihantar ke Unit Fo rensik Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat.

Hanya tunggu masa buka Pulau Redang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS- Sebahagian besar pengusaha resort di pu lau-pulau peranginan di Tereng ganu yang kian terhimpit ekoran penutupan sektor pelancongan terdesak untuk membuka kem bali operasi biarpun pada masa musim tengkujuh.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Resort Pulau Redang, Lim You Jing berkata, beliau dan 10 pengusaha resort lain di Pulau Redang nekad untuk beroperasi sebaik dibenarkan kerajaan biar pun pada musim tengkujuh.

Beliau yang juga pengusaha Redang Bay Resort berkata, wak tu paling ideal dan selamat untuk kembali beroperasi ialah mereka selesai menerima dos kedua vaksin Covid-19 sekali gus mencapai imuniti kelompok pada hujung bulan ini.

"Walaupun sektor pelancongan domestik sudah boleh dibu ka berikutan kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi bermula 10 Ogos lalu, lebih selamat membuka operasi selepas kesemua penduduk pu lau-pulau peranginan di negeri ini mencapai imuniti kelompok.

"Begitupun, dua bulan tidak memadai dan kita cadang terus operasi walaupun musim teng kujuh. Kita akan sediakan pakej menarik dan berpatutan den gan memberi tumpuan tarikan di kawasan daratan pulau yang selama ini kurang didedahkan," katanya kepada Kosmo! di Pulau Redang di sini baru-baru ini.

Terengganu mempunyai lima pulau peranginan komersial iaitu Pulau Redang di sini; Pulau Per hentian, Besut; Pulang Lang Ten gah, Setiu; Pulau Kapas, Marang dan Pulau Tenggol, Dungun yang memiliki kira-kira 5,000 penggiat pelancongan.

You Jing, 37, berkata, akses ke rangkaian pulau peranginan di Terengganu tersebut pada musim tengkujuh bukan musta hil kerana bukannya setiap hari cuaca akan hujan dan laut ber gelora sepanjang tempoh tersebut.

Beliau memberi jaminan pen gusaha resort terlibat akan mem beri bantuan dan nasihat sewa jarnya kepada pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang sepanjang tempoh itu.

Hanya penerima dua dos vaksin boleh membeli barang kemas

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kedai kedai emas di Terengganu sudah boleh beroperasi dengan pema tuhan ketat seperti yang digaris kan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak Ahad lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, negeri ini yang kini berada pada Fasa 2 Pelan Pe mulihan Negara (PPN) turut terli bat dalam pembukaan semula 11 aktiviti ekonomi termasuk kedai emas.

Begitupun, beliau menjelaskan kebenaran itu terhad kepada pelanggan yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19

"Terengganu terlibat dalam (kebenaran) 11 aktiviti ekonomi yang dibuka dengan SOP ditetapkan MKN," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Beliau mengulas salah faham antara pengusaha kedai emas Terengganu dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tentang pengumuman pembukaan 11 aktiviti ekonomi tersebut oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Kosmo! semalam melaporkan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Terengganu, Zakaria Yusuf memberitahu, pengusaha kedai emas di Tereng- ganu memilih untuk masih tidak beroperasi selepas keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu berkenaan.

Dakwanya, berdasarkan maklum balas PBT terlibat, premis kedai emas masih belum boleh dibuka kerana Terengganu masih belum mencapai 50 peratus dalam kadar vaksinasi lengkap dalam kalangan penduduknya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, se takat ini, rakyat Terengganu yang sudah menerima sekurang kurangnya satu dos sudah men capai 60 peratus, manakala leng kap dua dos pula ialah 35 peratus.

Tambah beliau, berdasarkan perkembangan itu, Terengganu disasarkan akan beralih ke fasa tiga PPN dalam tempoh kurang dua minggu lagi.

"Indikator lain yang disyarat kan untuk beralih ke fasa tiga PPN seperti bilangan katil pesa kit berada dalam unit rawatan rapi dalam keadaan terkawal.

"Insya-Allah jika bekalan vak sin tiba mengikut jadual dan rakyat patuh SOP kita akan be ralih Fasa 3 pula," ujarnya.

Maal Hijrah disambut sederhana, penuh penghayatan

 

PETALING JAYA - Sambutan Maal Hijrah di seluruh negara disambut secara sederhana serta dalam keadaan norma baharu, namun penuh penghayatan berikutan situasi pandemik Covid-19 yang masih meruncing.

Di Kuantan. Bekas Kadi Besar Pahang, Syed Abdul Rahman Syed Mohammad Benyahya di umumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Paharig 2021.

Dalam sambutan yang diadakan di Dewan Auditorium Kolej Universiti Yayasan Pahang itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat menyaksikan majlis itu secara maya.

Di Kota Kinabalu, sambutan Maal Hijrah disambut secara se derhana dengan kehadiran ter had 30 ahli jawatankuasa sam butan di Dewan Saadah, Majlis AMPONG (kiri) semasa menerima sijil daripada Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd. Ariffin Arif di Kota Ugama Islam Sabah (MUIS).

Yang di-Pertua Negeri Sabah. Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajji Noor hanya mengikuti sambutan dan menyampaikan ucapan se cara dalam talian.

Juhar dalam ucapannya mengajak umat Islam di Sabah menghayati ajaran agama de ngan penuh kesungguhan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Sempena sambutan itu, bekas Ahli Parlimen Labuk-Sugut, Tan Sri Ampong Puyon, 82, dianuge rahkan sebagai Tokoh Maal Hi jrah 1443H peringkat negeri Sa bah atas sumbangannya dalam pembangunan dan pengembangan syiar Islam di negeri ini.

Ampong pernah aktif dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Ma laysia (Perkim) dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) dan Persatuan Belia Kebangsaan Sabah (Sanya).

Sementara itu, di George Town, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Ke hakiman Syariah, Datuk Seri Dr. Md. Yusup Che Toh 70, dinobat kan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pu lau Pinang sempena Majlis Sam butan Maal Hijrah 1443 peringkat negeri kelmarin.

Md. Yusop berkata, beliau hanya

mampu memanjatkan rasa penuh kesyukuran selepas dimaklumkan terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Pulau Pinang berkata, kisah penghijrahan Nabi Muhammad merupakan simbolik buat semua pihak termasuk dirinya untuk berhijrah ke arah yang membawa kebaikan.

Di Kuala Terengganu, Yang Dipertua Persatuan Ulama Ma laysia (PUM), Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir. 86. di nobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu tahun ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Tereng ganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata, anugerah tersebut sebagai menghargai sumbangan Al-Sheikh Abdul Halim terhadap perkembangan syiar Islam di negeri tersebut dan negara termasuk sewaktu menjawat MuftiTerengganu pada tahun 2000 hingga 2004.

Beliau berkata, Tokoh Maal  Hijrah Terengganu 2021 yang berasal dari Jerteh, Besut itu dianugerahi hadiah wang tunai RM20,000, plala iringan, sijil penghargaan dan persalinan.

Sasar jadi destinasi pelancongan rendah risiko

 

KERAJAAN Negeri Terengganu telah merangka Pelan Pemulihan Pelancongan (PPP) bagi memastikan industri kedua terpenting di negeri tersebut kembali ke landasan mulai tahun hadapan

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pelan pemulihan itu bertujuan memastikan Terengganu menjadi destinasi pelancongan yang selamat dikunjungi dan rendah risiko penularan Covid-19.

Program Outreach Vaksinasi Sektor Pelancongan melibatkan 5,000 penggiat pelancongan tempatan ini merupakan langkah awal bagi menjayakan pelan pemulihan berkenaan.

"Kita perlu membentuk imuniti kelompok dalam kalangan golongan tersebut dengan segera bagi mempercepat pembukaan semala sektor pelancongan secara selamat," katanya kepada K2.

Ariffin berkata, rangkatan pulau peranginan menjadi tumpuan program vaksinasi berdasarkan sambutan hangat pelancong sewaktu pembukaan singkat sektor singk sektor pelancongan domestik pada Julai hingga September tahun lalu.

Jelas beliau, seramai 72 peratus pelancong yang mengunjungi Terengganu sepanjang tempoh tiga bulan tersebut memilih untuk bercuti di pulau dalam negeri.

"Justeru, sebaik sektor pelancongan dibuka semula bulan depan, kita akan beralih ke fasa kedua PPP iaitu memberi sokongan kepada penggiat pelancongan Bantuan terdiri daripada insentif kewangan dan bukan kewangan bagi membantu penggiat pelancongan kembali bangkit semula setelah lama tidak beroperasi," katanya.

Tambahnya, fasa ketiga pula memberi tumpuan untuk merangsang permintaan produk pelancongan di Terengganu menggunakan teknologi digital.

Misi vaksinasi penduduk, pengusaha pelancongan di pulau-pulau Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

TERENGGANU yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi termasuk rangkaian pulau peranginannya. 

Pulau Perhentian di Besut, Pulau Lang Tengah, Setiu Pulau Redang, Kuala Nerus serta Pulau Kapas dan Pulau Tenggol di Marang sentiasa menggamit kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa

Begitupun, penularan pandemikCovid-19 sejak awal tahun lalu menyebabkan kelima-lima pulau peranginan yang terletak di perairan Laut China Selatan tersebut sunyi sepi ekoran penutupan sektor pelancongan. 

Bahkan, dua daripadanya iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang yang mempunyai penghuni terdiri daripada penduduk asal secara tidak langsung turut terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Fadli Yusof Zakaria berkata, kesuraman di rangkaian pulau peranginan di negeri itu tidak boleh dibiarkan berlarutan begitu lama.

Ujar beliau, majoriti penduduk tempatan yang bergiat dalam sektor pelancongan iaitu sektor kedua terbesar kepada ekonomi Terengganu semakin terdesak ekoran periuk nasi mereka.

"Langkah awal bagi memulihkan semula sektor pelancongan di pulau pulau peranginan tersebut ialah memastikan kesemua penduduk dan penggiat pelancongan terlibat mencapai imuniti kelompok seberapa segera," katanya kepada K2 baru-baru ini.

Fadli Yusof berkata, program vaksinasi Covid-19 di rangkaian pulau peranginan itu bagaimanapun berdepan cabaran logistik, kos dan faktor alam.

Jelas beliau, bekalan vaksin Covid-19perlu dihantar menerusi jalan laut dan diselesaikan sebelum ketibaan musim tengkujuh pada penghujung tahun, jika tidak, ia terpaksa ditunda ke tahun depan, sekali gus mengganggu kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Monsun Timur Laut akan menyebabkan laut bergelora dengan ombak setinggi empat meter selain kemungkinan hujan lebat seharian. Proses vaksinasi di lima pulau peranginan itu perlu diselesaikan sebelum Oktober.

"Oleh kerana pembinaan pusat pemberian vaksin (PPV) secara kekal di setiap pulau peranginan terbabit tidak praktikal ekoran faktor kos dan logistik, kita mencadangkan proses vaksinasi dilaksanakan menerusi program outreach atau jangkauan," ujarnya.

Fadli Yusof memberitahu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu diamanahkan untuk melaksanakan program Outreach Vaksinasi Sektor Pelancongan terbabit yang menyasarkan 5000 penggiat pelancongan dan penduduk di Pulau Perhentian, Pulau Redang Pulau Kapas dan Tasik Kenyir.

Tambah beliau, misi tersebut mendapat kerjasama erat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pejabat tanah dan daerah, Polis Diraja Malaysia PERMI, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) lain.

"Kita juga berdepan cabaran lain apabila vaksin satu dos, Cansino yang dicadangkan untuk penduduk pulau berkenaan pula lewat tiba.

"Penyelesaiannya vaksin jenis Pfizer digunakan atas faktor keberadaan bekalan Walaupun perlu melakukan dua dos, janji ia dapat diselesaikan sebelum musim tengkujuh," katanya.

Fadli Yusof berkata, program outreach vaksinasi berkenaan memberi manfaat pelancongan dan penduduk di Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian selain Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.

Beliau berkata, program Outreach Vaksinasi Sektor Pelancongan ini bermula di Pulau Kapas pada 15 Julai lalu dan dijangka selesai sepenuhnya pada hujung bulan ini.

"Kejayaan program outreach vaksinasi itu membolehkan semua pihak berkepentingan di pulau peranginan terbabit mencapai imuniti kelompok bagi membolehkan pembukaan semula sektor pelancongan pada awal bulan depan seperti disasarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya," jelasnya.

Sementara itu, pengusaha resort, Lim You Jing, 37, berkata, program outreach vaksinasi kelolaan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sememangnya sudah lama dinantikan penggiat pelancongan di Pulau Redang.

"Kami amat terdesak untuk beroperasi semula dan sudah tidak mampu bertahan lagi, namun pada masa sama timbul kerisauan dengan penularan Covid-19

"Satu kes positif sahaja sudah cukup untuk menghancurkan perniagaan kami yang sudah pasti sukar bangkit buat jangka masa lama. Sehubungan itu, imuniti kelompok dan penerimaan tetamu yang sudah lengkap dua dos vaksin adalah penyelesaian paling ideal, katanya yang mengusahakan Redang Bay Resort.

Seorang penduduk di Pulau Perhentian, Siti Kartini A. Ghani, 49, pula berkata, kehadiran bot KKM yang membawa hampir 1,000 dos vaksin Covid-19 mudik ke Jeti Pulau Perhentian Kecil pada 5 Ogos lalu telah memberi sinar harapan kepada mereka.

Peniaga kuih-muih di Medan Selera Kampung Perhentian Kecil itu berkata, penduduk kampung amat berharap sektor pelancongan dapat dibuka seberapa negera memandangkan 90 peratus daripada mereka terlibat dalam sektor pelancongan.

"Saya sendiri amat bergantung kepada kehadiran pelancong. Dahulu, saya boleh menjual pelbagai jenis kuih yang diperbuat daripada 25 kilogram (kg) tepung gandum pada setiap pagi tetapi kiri 6kg pun tidak habis.

"Setakat ini, tiga barangan kemas sudah saya gadai demi kelangsungan hidup. "Pendapatan suami saya yang sebelum ini menawarkan perkhidmatan bot laju ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut juga terjejas teruk akibat pandemik ini." katanya.

Seorang kapten bot mewah warga Brazil, Watson Da Silva, 62, menni usaha kerajaan yang bekerja keras memastikan program vaksinasi Covid-19 di negara ini berjalan lancar dan antara yang terpantas di dunia.

Beliau yang berkhidmat di sebuah resort di Pulau Redang memberitahu, 12 kru bot mewahnya yang terdiri daripada warga pelbagai negara turut menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada program outreach vaksinasi di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang pada akhir bulan lalu

"Terima kasih kerajaan Malaysia kerana memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada semua termasuk pekerja asing seperti saya dan kru.

"Proses vaksinasi yang bermula dengan pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera sangat teratur dan berjalan lancar," katanya.

Empat lelaki didakwa edar dadah

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Empat lelaki yang terlibat dalam parti liar pada dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine.

Tiada pengakuan direkodkan dan kesemua tertuduh iaitu Esmatul Faizatul Iskandar, 23; Muhammad Khairul Anwar Ismail, 22; Muhammad Harraz Izzat Mat Bedin, 23 dan Muhammad Taufiq Mat Suki, 20, sekadar mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd. Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 50 gram di sebuah inap desa di Taman Pinggiran Airport, Kuala Nerus pada pukul 12.15 tengah malam, 12 Ogos lalu.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Hukuman sebatan minimum 15 kali juga boleh dikenakan terhadap Esmatul Faizatul; Muhammad Khairul; Muhammad Harraz Izzat dan Muhammad Taufiq sekiranya hukuman mati tidak dijatuhkan terhadap mereka jika sabit kesalahan.

Kosmo! 12 Ogos lalu melaporkan aktiviti nakal 17 remaja termasuk empat perempuan berparti liar di sebuah inap desa terbantut apabila premis tersebut diserbu polis.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 16 hingga 25 tahun dipercayai berada dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah sehingga tidak sedar kehadiran pasukan polis. – K! ONLINE

Krisis air Terengganu dijangka berlarutan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Krisis air terbaharu yang kembali melanda sebahagian daerah ini dan Kuala Nerus melibatkan kira-kira 150,000 penduduk mulai semalam dijangka akan berlanjutan sehingga 12 September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh berkata, berdasarkan penilaian awal, kerja-kerja pembaikan paip pecah terbabit memerlukan 20 hari untuk disiapkan.

“Kerja-kerja pemeriksaan yang dilakukan enam penyelam semalam mendapati masalah gangguan bekalan air kali ini disebabkan kerosakan dua batang paip pada jajaran penyaluran bekalan air yang terletak di dasar Sungai Terengganu.

“Kedua-dua batang paip itu terletak kira-kira 24 meter dari lokasi paip pecah yang berjaya diselesaikan 12 Ogos lalu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Syarikat Air Terengganu (Satu) di sini hari ini.

Mamad berkata, siasatan awal mendapati kerosakan itu disebabkan kejadian luar jangka sewaktu kerja-kerja pasca pembaikan paip utama tersebut.

Beliau berkata, selain mencari kaedah terbaik untuk membaiki kerosakan paip tersebut, Satu juga fokus untuk mencepatkan pengaktifan Loji Bukit Berapit yang dapat menyalurkan 60 juta meter padu sehari pada pertengahan bulan hadapan.

Kosmo! semalam melaporkan krisis air kembali melanda daerah ini dan Kuala Nerus selepas ia baharu sahaja pulih pada 13 Ogos lalu. – K! ONLINE

Bekas pengarah FRI didakwa subahat kemuka tuntutan palsu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Bekas Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan bersubahat dengan tiga pengurus pengarah syarikat penyelidikan dan logistik yang mengemukakan tuntutan palsu pada tiga tahun tahun lalu.

Tertuduh, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir, 57, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat dengan tiga pengurus syarikat termasuk Muhammad Azmi Abdullah, 43; Azlin Md. Ashaari, 54, mengemukakan dokumen berhubung tuntutan palsu berjumlah keseluruhan RM33,300.

Tuntutan palsu yang diserahkan kepada seorang pembantu tadbir FRI Rantau Abang tersebut bagi kerja-kerja penyewaan bot dan penyelidikan spesies haiwan terancam di rangkaian pulau peranginan sekitar Terengganu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Syed Abdullah di FRI Rantau Abang, Dungun antara 8 April 2018 hingga 19 September 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai amaun dipalsukan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, Muhammad Azmi dan Azlin masing-masing turut mengaku tidak bersalah atas tiga dan satu pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu masing-masing bernilai RM19,000 dan RM2,400 di lokasi sama antara Mei 2018 hingga September 2018.

Muhammad Azmi dan Azlin didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda antara lima kali ganda nilai dipalsukan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Lelaki 101 tahun buka hati divaksin

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Peraturan lengkap dua dos untuk solat berjemaah ke masjid telah membuka hati seorang lelaki warga emas berusia 101 tahun untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Che Ismail Che Tahir yang menetap di Kampung Gong Kijang, Bukit Tunggal di sini menerima dos pertama vaksin tersebut di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Cucunya, Mohd. Jailani Harun, 52, berkata, pada mulanya, sukar untuk dia dan ahli keluarganya memujuk Che Ismail tentang kepentingan mengambil vaksin Covid-19.

“Selain masalah kurang pendengaran yang membataskan komunikasi kami dengan Tok Ki (Che Ismail), dia juga merasakan tidak perlu divaksin kerana sudah lanjut usia.

“Begitupun, pendiriannya bertukar selepas tidak boleh bersolat jemaah di masjid mulai 10 Ogos lalu sejak pelaksanaan peraturan baharu cuma membenarkan individu lengkap dua dos vaksin ,” katanya ketika menemani datuknya di PPV UniSZA di sini hari ini.

Che Ismail merupakan antara 1,500 warga emas, orang kelainan upaya (OKU), mempunyai penyakit berisiko dan hamil di daerah ini yang hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV UniSZA semalam setelah tercicir janji temu masing-masing sebelum ini.

Mohd. Jailani berkata, sebelum ini, Che Ismail yang masih sihat gembira melakukan rutin bersolat berjemaah setelah ibadah itu dibenarkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengikut kapasiti masjid dan surau sejak 8 Julai lalu. -K! ONLINE

Mendepani krisis air terburuk Terengganu

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

LEBIH 150,000 penduduk daerah Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu ketika ini berdepan masalah gangguan bekalan air buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan.

Krisis air di kawasan antara paling padat di Terengganu itu berlaku hanya selepas 10 hari kerosakan paip utama berjaya dipulihkan.

Kali ini lebih lama, kerja-kerja pemulihan bekalan air untuk 28,700 pemegang akaun terlibat dianggarkan hanya akan pulih dalam tempoh 20 hari.

Tempoh lama tersebut sudah pasti meresahkan ramai pengguna sehinggakan tawaran air percuma selama dua bulan oleh kerajaan negeri Terengganu sebelum ini belum mampu menyejukkan hati mereka yang membara.

Memahami kekecewaan pengguna terkesan, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh memberi jaminan penyelesaian jitu akan dilakukan bagi memastikan masalah sama tidak akan berulang.

Jelas beliau, secara teknikalnya, krisis air itu bermula apabila paip air utama yang ditanam di dasar Sungai Terengganu berhampiran Kampung Losong Feri pecah pada 2 Ogos lalu.

“Kerosakan itu telah dibaiki pada 13 Ogos lalu dan kesemua pengguna terjejas kembali mendapat bekalan air tidak sampai 24 jam selepas itu.

“Begitupun, dua paip pada jajaran sama yang terletak kira-kira 24 meter dari lokasi pertama pula pecah sewaktu kerja-kerja pasca pembaikan dilakukan pa­da Isnin (23 Ogos) lalu,” kata­nya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mamad berkata, dua strategi pemulihan telah dilakukan bagi memastikan krisis air selesai sepenuhnya sebelum pertengahan bulan depan iaitu pembaikan paip pecah dan mengaktifkan Loji Bukit Berapit lapan bulan telah awal dari jadual asal.

Tambah beliau, Loji Bukit Berapit yang disasarkan membekalkan 60 juta meter padu air sehari akan menjadi pusat pembekalan air utama bagi penduduk menggantikan Tangki Utama Berangan yang kini terjejas.

Pelbagai spekulasi timbul mengenai masalah itu antara akibat aktiviti ekonomi yang pesat berhampiran kawasan tersebut.

Secara logiknya, jajaran paip utama yang kini baru berusia 15 tahun itu sepatutnya masih utuh kerana jangka hayatnya boleh menjangkau 60 tahun.

Mengulas desas-desus itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.

Katanya, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi melakukan siasatan sekali gus memberi cadangan penyelesaian dan tindakan kepada kerajaan negeri Terengganu berhubung insiden paip pecah tersebut.

“Jawatankuasa khas itu telah diberi tempoh selama 30 hari sehingga 10 September depan untuk membentangkan laporan berkenaan,” katanya.

Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Syarikat Air Terengganu (Satu) berkata, krisis air itu juga memberi pengajaran untuk memulihara 10 jajaran paip air yang terdapat di dasar sungai dan laut di seluruh Terengganu.

Jelasnya, kewujudan paip air di dasar sungai dan laut itu disebab­kan sempadan lapan daerah di Terengganu dipisahkan dengan sungai selain mempunyai rangkaian pulau se­perti Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

“Saya sudah arahkan penan­daan yang lebih jelas dilakukan pada lokasi semua jajaran paip air di dasar sungai dan laut untuk memastikan aktiviti yang boleh memberi risiko kepada jajaran paip itu dapat dikurangkan pada masa depan,” katanya.