Translate

Showing posts with label rencana. Show all posts

Tuesday, June 30, 2026

Adtec JTM rai 178 pelajar semester akhir

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

SERAMAI 178 orang pelajar semester akhir Kolej Teknologi Tinggi Jabatan Tenaga Manusia (Adtec JTM) Kuala Terengganu diraikan dalam Majlis Apresiasi Sesi 1/2026 baru-baru ini. 

Pengarah Adtec JTM Kuala Terengganu, Ts. Wan Ahmad Jailani Wan Ngah berkata, majlis tersebut sebagai menghargai komitmen dan dedikasi pelajar-pelajar terbabit yang bakal menamatkan pengajian. 

“Mereka telah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang tempoh empat semester bergelar pelajar di Adtec JTM Kuala Terengganu.

 “Segala ilmu, kemahiran dan latihan dalam bidang Pendidikan an Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diperolehi mereka berguna untuk melangkah ke alam pekerjaan tidak lama lagi," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Majlis Apresiasi Sesi 1/2026 yang diadakan di Hotel Permai, Kuala Terengganu tersebut turut dihadiri 35 tenaga pengajar Adtec JTM Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Jailaini berkata, anugerah Tokoh Pelajar telah dinobatkan kepada  Ahmad Aidil Junaidi merupakan pelajar  program Sijil Teknologi Binaan (Sivil dan Struktur).

Menurut beliau, selain itu, sembilan pelajar termasuk Ahmad Aidil turut dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik bagi jurusan teknikal masing-masing.

"Mereka ialah Azri Aiman Mohd. Fadzil Al-Husaini (Diploma Teknologi Elektrik Kuasa); Muhammad Adam Farris Aiman  Abdullah (Sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan); Muhammad Afi Amsyar  Muhammad Ali (Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal) dan 
Muhammad Danial Kamrul Azman (Sijil Teknologi Elektrik Pendawaian Tiga Fasa).

"Selain itu, anugerah sama diberikan kepada Muhammad Hakim Mohd. Mustaffa (Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara); Nurunnabillah  Abdul Halim (Sijil Teknologi Komputer Sistem); Khairul Azman Rosli (Sijil Teknologi Binaan Paip dan Sanitari) dan 
Muhammad Adam Idham Mohd. Shukri  (Sijil Teknologi Binaan Berasaskan Kayu)," katanya.

Dalam perkembangan sama, Wan Ahmad Jailaini menyeru pelajar semester akhir tersebut agar memanfaatkan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi untuk membentuk diri terus maju dalam alam pekerjaan.

Beliau berkata, lepasan Adtec JKM perlu menempatkan diri sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang aset bernilai kepada industri dan negara.

"Dalam kehidupan apabila melangkah alam pekerjaan nanti, janganlah mengejar kemewahan semata-mata.

"Sebaliknya carilah keberkatan yang membawa kepada ketenangan dan kesejahteraan sejati," ujarnya.

Wan Ahmad Jailaini berkata, ia sejajar motto Adtec JKM Kuala Terengganu iaitu Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan.

Dalam pada itu, beliau berkata, 
Adtec Kuala Terengganu merupakan salah satu daripada institusi
TVET yang semakin mendapat tempat dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Alhamdulillah kebolehpercayaan terhadap institusi TVET dalam kalangan masyarakat semakin membaik.

"Buat masa,ini, kadar kebolehpasaran lepasan Adtec dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) seluruh negara mencapai tahap 92 peratus," katanya.

Monday, June 15, 2026

Adtec JKM Kuala Terengganu rai 178 pelajar semester akhir

Dalam pada itu, beliau berkata, Adtec Kuala Terengganu merupakan salah satu daripada institusi
TVET yang semakin mendapat tempat dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Alhamdulillah kebolehpercayaan terhadap institusi TVET dalam kalangan masyarakat semakin membaik.

"Buat masa,ini, kadar kebolehpasaran lepasan Adtec dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) seluruh negara mencapai tahap 92 peratus," katanya.

Tuesday, December 23, 2025

Ilmu falak bukan sekadar lihat anak bulan hari raya

Oleh MOHD AZLI ADLAN

Aktiviti melihat anak bulan 1 Zulhijah baru-baru ini bagi penentuan tarikh Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah merupakan sebahagian cabang ilmu falak yang menjadi kelaziman saban tahun. 

Begitupun ilmu falak sebenarnya jauh lebih luas dan signifikan dalam kehidupan kita seharian. 

Dalam wawancara bersama wartawan Kosmo! Ahad, MOHD. AZLI ADLAN dan jurugambar, PUQTRA HAIRRY ROSLI, Pengarah Institut Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) UniSZA, Prof. Madya Dr. Roslan Umar menjelaskan kepentingan ilmu falak dan komitmen Universiti Sultan Zainal Abidin memperkasa dan memberi kefahaman terhadap masyarakat. 

KOSMO! AHAD: Rata-rata masyarakat mengaitkan ilmu falak dengan aktiviti melihat anak bulan bagi penentuan awal Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Apakah sebenarnya ilmu tersebut? 

ROSLAN: Di Malaysia, kita lebih terdedah dengan disiplin falak syarie iaitu berkaitan takwim atau kalendar tahun hijrah, penentuan arah kiblat dan waktu solat fardu. 

Ia berkaitan kajian pergerakan matahari dan bulan yang menjadi asas penentuan jatuhnya 1 Ramadan, 1 Syawal dan 10 Zulhijrah yang merupakan tiga hari penting bagi umat Islam. 

Begitupun ilmu falak atau astronomi sebenarnya lebih luas dan ia merupakan cabang kepada sains fizik.

Ia bidang astronomi mengkaji pergerakan dan kedudukan apa sahaja objek langit seperti bulan, planet, bintang, galaksi, dan nebula. 

Selain penentuan tarikh-tarikh penting dalam takwim Islam, arah kiblat dan waktu solat fardu, apa signifikannya ilmu falak dalam kehidupan seharian rakyat biasa?

Pergerakan objek cakerawala terutama matahari dan bulan memberi kesan kepada bumi sekaligus kehidupan kita seharian.

Contohnya fenomena pasang surut air laut dan peralihan musim dan monsun. Pengetahuan ilmu falak memudahkan kita memahaminya. 

Kemahiran ilmu falak sebenarnya tidak asing bagi masyarakat Melayu zaman dahulu. 

Misalnya, masyarakat dahulu  mengetahui kehadiran buruj Thuraiya yang terdiri daripada kumpulan tujuh bintang di langit itu permulaan tempoh Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh. 

Pengetahuan terhadap pergerakan bulan pula membolehkan fenomena pasang surut air laut diramal bagi memudahkan aktiviti keluar masuk bot di muara dengan selamat. 

Hasil laut seperti sotong dan ikan juga boleh ditangkap dalam kuantiti banyak berdasarkan kemahiran ilmu falak.  

Bagi petani dan pesawah pula, pengetahuan ilmu falak membolehkan mereka mengetahui masa sesuai untuk memulakan proses menanam dan menuai hasil tanaman mereka. 

Kerugian akibat tanaman rosak ditenggelami banjir dapat diminimumkam dengan kemahiran dalam ilmu falak terbabit. 

Apakah hikmahnya kita mahir ilmu falak? 

Ilmu falak penting membantu umat Islam dalam urusan ibadah seharian. 

Kefahaman terhadap ilmu falak juga  membolehkan kita lebih menghargai masa dan lebih teliti beribadah. 

Penting untuk generasi hari ini kembali celik terhadap ilmu falak. Sekurangnya-kurangnya kita tidak mudah terperdaya dengan pelbagai maklumat palsu dan mengarut yang banyak bertebaran di media sosial. 

Antara yang popular ialah kononnya bumi akan bergelap dan frekuensi telekomunikasi terganggu akibat ribut suria sehingga menimbul kegemparan. 

Apa inisiatif diambil UNISZA bagi memperkasakan pengetahuan ilmu falak dalam kalangan masyarakat? 

UniSZA telah memainkan peranan aktif dalam menyemai minat terhadap ilmu falak sejak tahun 1980-an lagi sewaktu institusi ini masih bertaraf kolej. 

Disiplin Falak kian berkembang di universiti ini dan ia diletakkan di bawah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) bagi program ijazah sebagai subjek elektif. Bagi pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah mod penyelidikan diletakkan di bawah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri).

Jalinan kerjasama peringkat antarabangsa termasuk dengan Universiti Kyushu, Jepun dalam pemerkasaan ilmu falak juga telah terjalin sejak tahun 2017.

UniSZA turut memainkan peranan aktif berkerjasama bersama kelab falak di sekolah-sekolah dan kelab astronomi di institusi pengajian tinggi sekitar Terengganu bagi menyemarak lagi minat dalam ilmu falak terutama dalam kalangan generasi muda. 

Balai cerap telah dibina di Merang, Setiu pada 1995 dan ia merupakan salah satu daripada 29 lokasi rasmi cerapan hilal atau anak bulan di negara ini.

Kita membuka balai cerap itu untuk lawatan pelajar bagi menyemai minat dalam bidang ilmu falak. 

Pembukaan balai cerap tersebut membolehkan universiti awam ini melahirkan pakar falak yang menganggotai Jawatankuasa Falak Negeri Terengganu dan Ahli Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU).

Terbaharu, Eseri melalui Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan (P2P) juga menawarkan Sijil Profesional Falak sejak awal tahun ini. 

Setakat ini lebih 30 peserta termasuk dari Brunei dan Singapura telah menyertai kursus jangka pendek selama lima bulan itu.

UniSZA berazam mahu menjadi bukan sahaja pusat pengajian falak tersohor negara malah aktif dalam kajian astronomi dan astrofizik termasuk kajian anak bulan, aktiviti matahari, cuaca angkasa, medan magnet bumi, dan pencemaran cahaya. 

Kenapa Balai Cerap KUSZA terletak di Merang yang agak jauh dari kampus utamanya di Gong Badak, Kuala Nerus?

Merang yang menghadap Laut China Selatan amat strategik kerana terletak di persekitaran langit paling gelap di Semenanjung Malaysia selain kadar halangan ufuknya amat minimum. 

Selain itu, kita boleh melihat matahari terbit dari arah timur dan terbenam selari dengan kedudukan laut pada tempoh tertentu dalam setahun. 

Ia menjadikan Balai Cerap KUSZA bukan sahaja antara lokasi terbaik bagi aktiviti melihat hilal malah unik bagi aktiviti cerapan astronomi dan astro-pelancongan.

Balai cerap terbabit juga dilengkapi dengan peralatan cerapan seperti binokular serta teleskop optik dan teleskop radio. Selain itu juga terdapat stesen pengesan meteor dan stesen kaji cuaca di balai cerap berkenaan.

Apa nasihat kepada  anak muda yang berminat menjadi ahli falak?

Seorang ahli falak perlu mempunyai minat mendalam, sabar menghadapi cabaran dan keadaan tidak menentu serta mempunyai ketelitian dalam membuat pemerhatian dan analisis.

Antara cabaran yang perlu dihadapi ahli falak ialah kesabaran bekerja pada waktu malam, kadang-kadang sehingga subuh. 

Ia disebabkan objek langit yang cantik hanya boleh dilihat dalam gelap.

Faktor cuaca juga amat memainkan peranan kerana pemerhatian kita biasanya boleh terhalang oleh hujan atau awan tebal. 

Ahli falak juga harus menyediakan diri untuk mahir menggunakan teknologi dan peralatan cerapan yang canggih dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Apakah laluan akademik bagi mereka yang berminat memilih kerjaya sebagai ahli falak?

Sebenarnya tiada pengkhususan ilmu falak ditawarkan dalam program sarjana muda di mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini. 

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berminat dalam ilmu falak disaran melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah atau Fizik. 

Mereka kemudiannya boleh mengambil pengkhususan ilmu falak atau astronomi pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Selain itu, ilmu falak juga boleh dipelajari  secara kursus jangka pendek yang menawarkan sijil profesional. Sijil itu untuk penting untuk bergelar ahli falak bertauliah.

Monday, December 22, 2025

Kaki pancing ‘kumpau’ perlu belajar ilmu falak

Saturday, November 29, 2025

Menyalakan harapan Malaysia, kisah nyata pelanggan legasi TNB

Bekalan elektrik yang telah dimanfaatkan sejak dahulu lagi bukan sahaja mengubah kehidupan rakyat yang tinggal di bandar tetapi di seluruh pelosok negara tidak mengira bangsa, agama dan taraf hidup.

TNB juga menjadi pengge­rak utama dalam usaha ini bagi me­mastikan segenap lapisan ma­syarakat mendapat manfaat, ma­lah menjadi pemacu kepada pel­bagai aktiviti ekonomi untuk pembangunan negara sekali gus menjadi pemangkin ke arah Ma­laysia mencapai ke tahap kejayaan sekarang.

Rata-rata warga emas yang di­temui di tiga buah negeri menghargai usaha TNB dan mengucapkan terima kasih kerana me­lalui man­faat tersebut, kehidupan me­­reka menyara ke­luarga dan me­­mastikan segala keperluan anak-anaknya membesar dalam si­tuasi yang menyenangkan.

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Kundang di sini, Lina Lingau, 50, berkata, elektrik bukan sekadar memberikan cahaya kepada mereka tetapi memberikan sinar dan masa depan kepada masyarakat Orang Asli.

Ibu kepada lapan anak itu ber­kata, sebelum elektrik ‘masuk’ ke kawasan kampung itu hampir 20 tahun lalu, mereka hanya mengharapkan unggun api yang di­nyalakan di hadapan rumah untuk me­nerangi keluarga.

“Dulu kami kena masuk hutan pada waktu siang mencari sejenis kayu yang boleh terbakar lama untuk dinyalakan di hadapan rumah bagi menerangi sepanjang malam.

“Sekarang tidak perlu lagi nak masuk hutan untuk cari kayu api, sebab sudah ada elektrik memudahkan urusan harian.

“Mak cik dan anak-anak serta masyarakat Orang Asli di sini me­ngucapkan terima kasih kepada TNB kerana menerangi kami dan memberikan kemudahan kepada kami supaya kami tidak lagi ­ketinggalan,” katanya di sini baru-ba­ru ini.

Katanya, elektrik juga membe­rikan keselesaan kepada mereka untuk melakukan aktiviti harian se­perti membasuh, mengecas te­lefon dan sebagainya.

Malah, apa yang lebih bermakna adalah semua anak-anaknya mu­la bersekolah apabila elektrik mu­la memasuki kampung ber­kenaan seterusnya dapat me­mastikan anak-anaknya dapat ber­saing dengan masyarakat lain.

“Dulu masa tiada elektrik, anak-­anak mak cik memang ti­dak ma­hu ke sekolah, namun se­lepas elektrik masuk mereka sudah mu­la mahu ke sekolah.

Selain itu, Pesara Guru, Embong Muda yang sudah menjang­kau umur 101 tahun, masih me­ngingati detik permulaan dia dan keluarganya yang menetap di Kampung Sungai Rengas di sini, mula-mula menikmati bekalan te­naga elektrik lebih 50 tahun lalu.

Lelaki warga emas yang ber­gelar pendidik sejak awal tahun 1950-an itu berkata, rumahnya di­lengkapi kemudahan tenaga elek­trik pada tahun 1974 sekali gus menjadi pemangkin kepada ke­majuan perkampungannya.

“Pada peringkat awal, kami hanya menerima bekalan tenaga elektrik selama 12 jam sehari ­ia­itu antara pukul 7 pagi hingga 7 ma­lam.

“Itupun sudah begitu syukur dan seronok kerana sebelum itu ke­­hidupan malam kami hanya di­terangi oleh pelita minyak ta­nah dan lampu gasolin,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Embong berkata, tugasnya untuk mendidik anak bangsa pada mulanya juga turut berdepan banyak kekangan berikutan dua sekolah awalnya di Sungai Rengas di sini dan Bukit Diman, Hulu Terengganu masih belum dilengkapi bekalan tenaga elektrik.

Bapa kepada 11 anak itu ber­kata, beliau mula merasa nik­matnya mengajar dengan sekolah yang dilengkapi tenaga elektrik apabila bertugas di sekolah ketiga di Bukit Besi, Dungun pada tahun 1960-an.

“Pada masa itu, Bukit Besi me­rupakan antara bandar termaju di Terengganu berikutan kepesa­tan industri perlombongan bijih besi. Tidak hairanlah sekolah itu lengkap pelbagai kemudahan yang memudahkan proses pe­nga­jaran saya dan guru-guru lain.

“Waktu itu timbul rasa cemburu dengan harapan agar kampung saya (Kampung Sungai Rengas) juga dapat menerima bekalan api (tenaga elektrik) demi keselesaan isteri dan anak-anak yang tinggal di kawasan tersebut,” katanya.

Embong bersyukur doanya ter­makbul apabila kampung asal­nya turut ‘diterangi’ tenaga elek­trik hasil inisiatif Lem­baga Le­trik Negara (kini Te­naga Nasio­nal Berhad) tidak sampai 10 tahun selepas itu.

Sehubungan itu, beliau mena­sihati generasi muda agar me­man­­faat kemudahan canggih pa­da masa ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sempena sam­­­butan Hari Malaysia baru-ba­­ru ini.

“Sekarang bukan sahaja kita se­lesa belajar di sekolah, malah ilmu mudah boleh diperolehi ­ha­­nya di hujung jari berkat tek­no­logi berikutan kemudahan te­naga elektrik,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Padang Gunung, di sini, Che Su Long, 69, masih ingat lagi bagaimana kehidupan keluarganya bergantung kepada pelita gas untuk menerangi rumah pada waktu malam.

“Waktu siang kami tak meng­hadapi masalah sebab ada cahaya matahari tetapi bila malam suasana kampung dan rumah jadi suram kerana tiada lampu.

“Saya, kakak dan dua adik terpaksa menggunakan pelita gas untuk belajar dan tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan.

“Biasanya kami tidur awal, se­kitar pukul 9 malam,” katanya yang tinggl bersama ibunya, Piah Kasim, yang sudah berumur 101 tahun, di rumah mereka di kampung tersebut, baru-baru ini.

Kata ibu kepada dua anak itu, pembekalan elektrik bukan sahaja mengubah kehidupan keluarganya, malah seluruh pendu­duk kampung.

“Semua seronok bila dah ada elektrik, benda yang susah jadi mudah. Nak belajar pun lebih se­lesa sebab ada lampu yang te­rang-benderang.

“Orang kampung pula ramai yang mula berniaga. Bila dah ada lampu, mudahlah mereka nak buat kuih untuk jualan.

“Suasana kampung pun berubah jadi lebih ceria,” ujarnya.

Jelasnya, televisyen dan peti sejuk merupakan antara barangan terawal yang dibeli sebaik rumah­nya menerima bekalan elektrik sekitar tahun 1970-an.

“Bila ada televisyen, barulah kami tahu tentang dunia luar, apa yang berlaku. Sebelum itu, kalau nak tahu apa-apa berita kenalah keluar bersembang dan bertanya dengan penduduk.

“Sebelum ada elektrik, susah nak simpan ikan sebab tiada peti sejuk. Kalau beli banyak, kami terpaksa lengat ikan, iaitu dilumur dengan garam dan asam ja­wa sebelum dikukus. Kalau disimpan elok, boleh tahan lima hing­ga enam hari,” katanya.

Katanya lagi, dia bersyukur ke­rana melahirkan anak sulungnya di rumah pada tahun 1974, iaitu ketika kampung itu sudah me­nerima bekalan elektrik.

Tambahnya, betapa besar mak­na bekalan elektrik dalam ke­hidupan, justeru generasi mu­da perlu belajar bersyukur kerana mereka dapat menikmatinya tanpa perlu melalui kesulitan se­perti dahulu.

“Sekarang ini, bila bekalan elektrik terputus sekejap pun sudah tidak boleh duduk. Dengan ada­nya elektrik, semua jadi lapang dan lebih mudah.”

“Mereka juga dapat membaca buku dan membuat kerja seko­lah pada malam hari, tidak risau lagi dimarahi guru semasa di se­kolah.”

“Dengan adanya elektrik jadi anak-anak mak cik juga bersema­ngat untuk ke sekolah dan mak­ cik juga bersemangat setiap ha­ri,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pen­duduk, Norashikin Cheemeng, 21, berkata, dia bersama ibu dan anak-anaknya seme­mang­nya ber­syukur dengan ada­nya elektrik yang dapat memastikan mereka dapat menikmati nikmat pembangunan negara se­perti orang lain.

Katanya, dengan adanya elektrik dia bertekad membesarkan anak-anaknya dan memberikan mereka pendidikan ke peringkat tertinggi agar mereka juga berjaya seperti mana orang lain.

Orang ramai boleh mendapatkan keterangan lanjut menge­nai projek elektrifikasi luar bandar di Semenanjung Malaysia melalui pautan: https://www.tnbes.com.­my/portfolio/elektrifikasi-luar-bandar-di-semenanjung-malaysia/?lang=ms.

Tuesday, November 25, 2025

 “Waktu siang kami tak menghadapi masalah sebab ada cahaya matahari tetapi bila malam suasana kampung dan rumah jadi suram kerana tiada lampu. 

 “Saya, kakak dan dua adik ter paksa menggunakan pelita gas untuk belajar dan tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan. 

 “Biasanya kami tidur awal, sekitar pukul 9 malam,” katanya yang tinggal bersama ibunya, Piah Kasim, yang sudah berumur 101 tahun, di rumah mereka di kampung tersebut, baru-baru ini. 

 Kata ibu kepada dua anak itu, pembekalan elektrik bukan sahaja mengubah kehidupan ke luarganya, malah seluruh pendu duk kampung.

 “Semua seronok bila dah ada elektrik, benda yang susah jadi mudah. Nak belajar pun lebih se lesa sebab ada lampu yang terang benderang. 

 “Orang kampung pula ramai yang mula berniaga. Bila dah ada lampu, mudahlah mereka nak buat kuih untuk jualan. “Suasana kampung pun beru bah jadi lebih ceria,” ujarnya. 

 Jelasnya, televisyen dan peti sejuk merupakan antara baran gan terawal yang dibeli sebaik rumah nya menerima bekalan elektrik sekitar tahun 1970an.

“Bila ada televisyen, barulah kami tahu tentang dunia luar, apa yang berlaku. Sebelum itu, kalau nak tahu apaapa berita kenalah keluar bersembang dan bertanya dengan penduduk. 

 “Sebelum ada elektrik, susah nak simpan ikan sebab tiada peti sejuk. Kalau beli banyak, kami terpaksa lengat ikan, iaitu dilu mur dengan garam dan asam ja wa sebelum dikukus. Kalau di simpan elok, boleh tahan lima hing ga enam hari,” katanya.

Katanya lagi, dia bersyukur ke rana melahirkan anak sulungnya di rumah pada tahun 1974, iaitu ketika kampung itu sudah me nerima bekalan elektrik. 

 Tambahnya, betapa besar mak na bekalan elektrik dalam ke hidupan, justeru generasi mu da perlu belajar bersyukur kera na mereka dapat menikmatinya tanpa perlu melalui kesulitan se perti dahulu.

 “Sekarang ini, bila bekalan elektrik terputus sekejap pun sudah tidak boleh duduk. Dengan ada nya elektrik, semua jadi lapang dan lebih mudah.” 

 “Mereka juga dapat membaca buku dan membuat kerja seko lah pada malam hari, tidak risau lagi dimarahi guru semasa di sekolah.” 

 “Dengan adanya elektrik jadi anakanak mak cik juga bersema ngat untuk ke sekolah dan mak cik juga bersemangat setiap hari,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pen­duduk, Norashikin Cheemeng, 21, berkata, dia bersama ibu dan anak-anaknya seme­mang­nya ber­syukur dengan ada­nya elektrik yang dapat memastikan mereka dapat menikmati nikmat pembangunan negara se­perti orang lain.

Katanya, dengan adanya elektrik dia bertekad membesarkan anak-anaknya dan memberikan mereka pendidikan ke peringkat tertinggi agar mereka juga berjaya seperti mana orang lain.

Orang ramai boleh mendapatkan keterangan lanjut menge­nai projek elektrifikasi luar bandar di Semenanjung Malaysia melalui pautan: https://www.tnbes.com.­my/portfolio/elektrifikasi-luar-bandar-di-semenanjung-malaysia/?lang=ms.

Wednesday, January 15, 2025

Pelajar ILP baiki peralatan elektrik mangsa banjir secara percuma

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

SIMPATI dengan nasib mangsa banjir, seramai 150 pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu menawarkan kepakaran membaik pulih barangan elektrik yang mengalami kerosakan akibat bencana itu baru-baru ini. 

 Mereka merupakan sebahagian daripada 10,000 sukarelawan Skuad Ihsan Madani Wira Kesuma yang ditubuhkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bagi menyantuni mangsa banjir musim tengkujuh yang melanda negara bermula pada pertengahan November lalu. 

 Ketua Penyelaras Skuad Ihsan Madani Wira Kesuma Zon Timur, Zamzuri Hassan berkata, skuad sukarelawannya menjelajah beberapa penempatan terjejas teruk dengan banjir di seluruh Terengganu bagi menawarkan bantuan tersebut. 

 Katanya, antara lokasi yang dilawati setakat ini ialah Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus dan Kampung Pasir Dula, Hulu Terengganu. 

 “Perkhidmatan membaik pulih barangan elektrik tersebut dilakukan secara percuma sebagai inisiatif meringankan beban mangsa banjir terbabit. 

 “Selain itu, ia pendekatan serampang dua mata membolehkan pelajar ILP terbabit mempraktik kemahiran teknikal mereka secara amali sebagai persediaan menempuh alam kerjaya kelak,” katanya kepada K-Kampus di Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus baru-baru ini. 

 Zamzuri berkata, perkhidmatan membaiki barangan elektrik terbabit mendapat sambutan memberangsangkan daripada mangsa banjir. 

 Ujarnya, sebanyak lebih 200 barangan elektrik milik penduduk Taman Desa Tanjung Damai yang rosak akibat terendam dalam banjir telah dihantar kepada sukarelawan untuk diperbaiki. 

“Antara barangan elektrik diterima untuk dibaiki ialah mesin basuh, peti sejuk, kipas angin, periuk nasi dan pembersih hampagas.

 “Alhamdulillah lebih 80 peratus daripada barangan elektrik yang dihantar tersebut boleh digunakan semula selepas dibaiki,” katanya. 

Zamzuri menjelaskan, baki 20 peratus lagi memerlukan penggantian komponen utama peralatan elektrik tersebut yang akan dicadangkan dibeli penduduk terlibat. 

 Sementara itu, seorang penduduk, Abdul Malik Muhammad, 48, berterima kasih kesudian pelajar ILP Kuala Terengganu membantu meringankan beban mereka membaiki barangan elektrik yang terjejas akibat banjir. 

 Katanya, banyak barangan elektrik di rumahnya tidak sempat dipindahkan lebih awal kerana paras banjir naik dengan pantas. 

 “Air naik jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini menyebabkan mesin basuh, peti ais dan kipas angin saya mengalami kerosakan. 

 “Alhamdulillah khidmat sukarelawan pelajar ILP Kuala Terengganu ini banyak membantu menjimatkan kami tanpa perlu membeli barangan elektrik baharu,” ujarnya. 

Saturday, November 2, 2024

384 pelajar sekolah sertai Ihtifal Lughawi KPM

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) komited membentuk generasi muda yang ber­adab, berakhlak, berintegriti serta progresif selaras dengan Nilai Teras Malaysia MADANI.

Konsep Karamah Insaniah telah dipraktikkan KPM di bawah kepimpinan Menterinya, Fadhlina Sidek bagi memacu murid dan pelajar yang kukuh jati diri, bersahsiah dan memiliki kompetensi.

Ia mendukung prinsip Rukun Negara khususnya Kepercayaan kepada Tuhan serta Kesopanan dan Kesusilaan bagi melahirkan warga negara yang kukuh asas agama, berempati dan penyayang.

Sehubungan itu, program Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah (ILSS) telah dianjurkan bagi mencapai misi tersebut terutama dalam kalangan murid dan pelajar beragama Islam.

Pengarah Bahagian Pendidi­kan Islam, KPM, Omar Sal­leh berkata, ILSS merupakan pertandi­ngan pengucapan awam, bicara berirama dan kuiz berkaitan pengetahuan Islam dalam bahasa Melayu dan Arab.

Beliau berkata, program kurikulum tersebut bertujuan mengukuh pemahaman syiar Islam dan pe­nguasaan bahasa Arab dalam kala­ngan murid sekolah.

“ILSS platform terbaik untuk me­ngembangkan bakat dan potensi murid terutama yang melibatkan pe­ngucapan awam dalam bahasa Arab.

“Ia mampu menyumbang kepada kemenjadian murid secara holistik selaras visi dan misi KPM dalam melestarikan sistem pendidikan berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara,” katanya ketika merasmikan penutup ILSS KPM peringkat kebangsaan di Kuala Nerus, kelmarin.

Program ILSS KPM peringkat kebangsaan diadakan selama empat hari bermula 24 Oktober yang disertai oleh 384 murid sekolah rendah dan menengah mewakili 16 kontinjen seluruh negara.

Omar berkata, sebanyak enam acara merangkumi 10 kategori dipertandingkan iaitu Daie Cilik dan Kalam Arabiy bagi kategori lelaki dan perempuan, serta kalam jamaie terbuka untuk peserta sekolah rendah.

Tambah beliau, peserta sekolah menengah pula bertanding dalam acara mimbar daie kategori lelaki dan perempuan, serta Kalimatussobah menengah rendah (tingkatan satu hingga tiga) dan atas (tingkatan empat dan lima).

“Acara kuiz pula terbuka dan ia menguji penguasaan pelajar dalam bahasa Arab merangkumi sukatan pelajaran dari tingkatan satu hingga lima,” katanya.

Omar menjelaskan, Daie Cilik dan Mimbar Daie merupakan pertandingan pengucapan awam individu berformat tazkirah santai dalam bahasa Melayu.

Sementara itu, Kalam Arabiy dan Kalimatussobah pula adalah pengucapan awam individu dalam bahasa Arab, manakala Ka­lam Jamaie ialah bicara berirama dalam bahasa Arab.

Dalam program berkenaan, kontinjen Selangor dan Perak membuktikan keunggulan ma­sing-masing setelah muncul juara keseluruhan bagi kategori sekolah rendah dan menengah.

Nur Syafiqah Amani Mohd. Raza, 16, yang mewakili Kuala Lumpur pula muncul johan acara Mimbar Daie kategori perempuan, sekali gus mengulangi kejayaan merangkul tempat pertama Daie Cilik dalam pertandingan sama pada empat tahun lalu.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amiruddin Baki, yang me­nyampaikan tazkirah bertajuk Puasa itu sempat menzahirkan rasa gembira selepas pengorbanannya berjam-jam berlatih sele­pas waktu sekolah berbalas.

Dalam pada itu, Muhammad Irfan Azhar, 12, mewakili Selangor yang menyampaikan tazkirah bertajuk Cintai Negara dalam bahasa Arab diumum johan acara Kalam Arabiy kategori murid lelaki.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, Klang itu berkata, dia berlatih pe­ngucapan awam dalam bahasa Arab selama enam bulan dengan bimbingan Ustazah Norazlisa Che Ahmad dan Nur Nhazzla Abdul Wahab.

“Harapnya kemenangan ini da­pat menjadi ‘tiket’ kepada saya memasuki Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang di tingkatan satu nanti,” katanya.