Translate

Showing posts with label metro. Show all posts
Showing posts with label metro. Show all posts

Friday, July 31, 2026

Tasik Kenyir dilengkapi kemudahan jeti tambatan bot lebih sistematik

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Destinasi pelancongan terkenal, Tasik Kenyir terus diperkasa dengan kemudahan baharu, jeti tambatan bot yang bertujuan mengawal selia rumah bot di Pengkalan Lawit di sini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Ketengah (Ketengah), Datuk Rozi Mamat berkata, projek bernilai RM8.7 juta terbabit membolehkan 40 buah rumah bot Tasik Kenyir berlabuh bagi tujuan penyelenggaraan pada satu-satu masa.

“Setiap unit tambatan bot tersebut dilengkapi bekalan elektrik dan air selain kemudahan rumah sampah berpusat.

“Ia membolehkan lebih 80 pengusaha menyelenggara rumah bot mereka dengan lebih sistematik,” katanya selepas merasmikan Jeti Tambatan Bot
di Pengkalan Lawit di sini hari ini.

Rozi berkata, kemudahan jeti tambatan bot tersebut juga bagi mengurangkan kesesakan di Pengkalan Gawi yang merupakan jeti utama kemasukan pelancong ke Tasik Kenyir.

Beliau berkata, jeti tambatan bot tersebut turut menyediakan menyediakan 30 unit pontun untuk bot laju.

“Kemudahan sama juga dilengkapi 86 perak tempat meletak kenderaan, tandas awam, rumah pam, pos pengawal, pencawang elektrik dan laluan pejalan kaki sepanjang kira-kira 600 meter.

“Semoga kemudahan yang lebih moden, selamat dan tersusun ini memberi keselesaan kepada pengusaha rumah bot dan bot laju yang menjadi nadi kepada sektor pelancongan Tasik Kenyir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Thursday, July 30, 2026

Luruan angin kuat, tekanan rendah punca banjir di Johor

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Luruan angin kuat dibawa dari Laut China Selatan sepanjang minggu lalu punca hujan lebat luar biasa selama 96 jam yang menyebabkan banjir besar di negeri-negeri selatan tanah air terutamanya di Johor. 

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, luruan angin kuat itu telah membentuk tekanan rendah membawa kelembapan tinggi di negeri-negeri di selatan tanah air dan barat daya Sarawak. 

“Taburan hujan lebat luar biasa tersebut juga berkaitan dengan fenomena La Nina,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Kosmo! melaporkan hujan lebat selama 96 jam sejak 28 Februari lalu telah menenggelamkan banyak kawasan di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak sejak 1 Mac lalu. 

Beberapa warga emas di Segamat memberitahu, banjir yang melanda daerah tersebut baru-baru ini antara yang terburuk dan hampir menyamai bah besar tahun 1948. 

Jing Xiang berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia juga meramalkan luruan angin membawa hujan lebat tersebut telah berakhir kelmarin. 

Jelas beliau, walaupun jarang berlaku, banjir besar pada hujung Monsun Timur Laut bukanlah luar biasa dan ia pernah berlaku di Hulu Terengganu pada akhir Februari tahun lalu.

 “Musim tengkujuh hanya akan berakhir pada awal Mac bergantung kepada atmosfera bumi. “Selagi musim tengkujuh belum benar-benar berakhir, kita masih perlu berjaga-jaga tentang kemungkinan taburan hujan lebat yang membawa risiko banjir,” katanya.

Wednesday, July 29, 2026

Berkelah sambil makan durian di dusun serendah RM50

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Strategi seorang pengusaha durian memper­kenalkan pakej makan durian dalam dusun di Kampung Lubuk Batu di sini sejak bulan lalu mendapat sambutan memberangsangkan.

Mohd. Tarmizi Mamat, 39, berkata, setiap hari seawal pukul 9 pagi, dusun miliknya seluas 3.24 hektar dipenuhi pelanggan yang rata-ratanya mahu merasai pengalaman menikmati raja buah secara segar.

“Pakej makan durian ini bermula sejak 2019, namun sambutannya ada pasang surutnya. Namun musim kali ini yang paling meriah sejak tahun 2023.

“Ramai pelanggan yang berkunjung ke sini hingga lewat petang dan hampir satu tan durian telah terjual setiap hari,” katanya ketika ditemui di dusunnya semalam.

Lelaki itu berkata, walaupun kebanyakan buah yang dijual adalah durian kampung, namun ia tetap maris kerana pelanggan mahu merasai pengalaman memakan raja buah beramai-ramai dalam suasana dusun.

Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM50 bagi selonggok enam hingga lapan biji durian mengikut saiz.

“Saya sediakan pangkin, pili air, tandas dan tempat letak kenderaan. Di dusun ini terdapat hampir 100 batang pokok. Pelanggan juga boleh membawa tikar,” katanya.

Tambahnya, pelanggan juga boleh menukar buah baharu secara percuma sekiranya durian yang dibeli rosak. Dia turut menyediakan cendol setiap hari, manakala hidangan nasi berlauk ikan singgang pula disediakan pada hujung minggu.

Katanya, pelanggan yang datang ke dusun bukan sahaja dari daerah ini, malah seluruh Terengganu, Johor dan Selangor.

Lelaki itu berhasrat untuk mengembangkan perniagaan bagi menarik lebih ramai pelanggan termasuk dari Lembah Klang selepas Laluan Rel Pantai Timur beroperasi tahun depan.


Tuesday, July 28, 2026

Rumah rosak, kedai ranap dihentam kayu balak hanyut

 BESUT – Kedukaan pasangan suami isteri yang ditimpa malang berganda akibat banjir besar hujung tahun lalu sedikit terubat apabila kerosakan rumah mereka dibaiki badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Ikhlas. 

Noorsuzieana Kamardin, 41, yang menghidap penyakit buah pinggang kronik berkata, struktur dapur rumahnya yang runtuh dibina semula dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) melibatkan kos lebih RM15,000. 

“Banjir besar itu membuatkan saya dan suami jatuh terduduk. Hampir semua peralatan elektrik dan pakaian rosak terendam air. 

“Bukan sahaja struktur dapur runtuh malah gerai minuman yang menjadi sumber rezeki kami juga ranap dihentam sebatang kayu balak dihanyutkan arus banjir,” katanya semalam. 

Noorsuzieana dan suami, Shuaril Suhaimi, 39, yang menghidap diabetes kronik turut menerima sumbangan mesin basuh disampaikan Pengarah Bahagian Korporat Yayasan Ikhlas, Ir. Kamaruddin Kassim. 

Ibu dua anak berusia 10 dan 13 tahun itu memberitahu, kemusnahan struktur gerai minuman itu menyebabkan mereka hanya bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM500 sebulan.

 “Kami tidak mampu kerja berat lain kerana saya perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu sejak lebih 10 tahun lalu manakala suami memerlukan empat suntikan insulin sehari,” katanya. 

Sementara itu, Kamaruddin berkata, keluarga Noorsuzieana merupakan antara enam isi rumah yang layak menerima bantuan membaiki kerosakan rumah akibat banjir di daerah ini. 

Tambah beliau, selain itu, seramai 50 keluarga di daerah tersebut juga menerima sumbangan pasca banjir berupa barangan keperluan.

Monday, July 27, 2026

Perang Prmosi Bufet Ramadan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI, MOHD SHARKAWI LONDING, MOHD AZLI ADLAN dan SITI A'ISYAH SUKAIMI

PETALING JAYA – Tinggal kira-kira tiga minggu lagi sebelum umat Islam berpuasa, kebanyakan pengusaha restoran dan hotel di seluruh negara semakin rancak mengatur strategi termasuk ‘berperang’ promosi bufet Ramadan bagi menarik lebih ramai pelanggan. 

Ada pengusaha restoran yang menawarkan bufet serendah RM40 seorang pada tahun ini selain memberi lebih tumpuan kepada bilangan pelanggan yang datang secara berkumpulan terutama membabitkan agensi dan syarikat korporat. 

Bagi pengusaha hotel pula, mereka mempertaruhkan air tangan cef-cef terkenal dalam menyediakan pelbagai hidangan menarik yang pastinya menjamin kepuasan pelanggan. 

Di George Town, Pulau Pinang, pengusaha Restoran Bahtera Impian, Zainuddin Zainul Abidin berkata, pihaknya sedaya upaya mengekalkan tawaran harga istimewa dan mampu milik meskipun berdepan cabaran kenaikan kos bahan mentah ketika ini. 

Menurutnya, konsep penganjuran bufet Ramadan tahun ini lebih memfokuskan kepada kehadiran pelanggan dalam kumpulan selain tempat makan yang kondusif.

“Disebabkan itu, kami masih menawarkan harga serendah RM40 untuk 70 jenis menu hidangan selain memperkenalkan promosi istimewa iaitu hanya RM29.90 seorang pada hari pertama dan kedua Ramadan.

 “Harga ini sudah cukup untuk semua golongan, tetapi kami lebih menumpukan kepada pelanggan berkumpulan.

 “Bukan mahu bersaing harga, tetapi profit yang dicari. Bagi kami, harga murah akan menarik lebih ramai pelanggan datang dan lebih menguntungkan daripada harga tinggi, namun pelanggan pula kurang,” katanya kepada Kosmo! semalam.

 Di Kuala Nerus, Terengganu, Pengurus Jualan dan Pemasaran Hotel Raia Kuala Terengganu, Tina Surinda Karim berkata, bagi menjamin kepuasan pelanggan, pihaknya menyediakan menu istimewa hasil air tangan Cef Asmadi Kassim dan Cef Bob Mazhari Salleh. 

Katanya, antara menu yang bakal dihidangkan pada bufet Ramadan kali ini adalah dalca kambing, asam pedas ikan bawal, ekor lembu, ikan patin masak tempoyak, ayam percik versi Pantai Timur dan sayur goreng Jawa. 

Tambahnya, pelanggan juga boleh menikmati laksa Pahang serta tiga variasi sup dan kambing panggang.

“Kesemua menu itu dipilih berdasarkan maklum balas daripada pelanggan yang menggemarinya setiap kali berkunjung ke hotel kami selama ini. 

“Walaupun harga Bufet Ramadan tahun ini terpaksa dinaikkan, kami optimis akan menerima kehadiran purata 500 orang setiap hari sepanjang Ramadan ini,” ujarnya. 

Menurutnya, kebanyakan tempahan diterima daripada pelanggan tetap yang tidak lokek berbelanja sekali-sekala untuk raikan ahli keluarga dan staf syarikat berbuka puasa. 

“Jadi mereka tidak akan kisah apabila harga bufet Ramadan tahun ini adalah RM87 bagi dewasa, manakala kanak-kanak RM48 iaitu kenaikan RM10 berbanding tahun lalu. 

“Kenaikan itu tidak dapat dielak disebabkan peningkatan kos bahan mentah. Kami sentiasa menggunakan bahan-bahan mentah yang segar dan berkualiti untuk hidangan kami,” ujarnya. 

Di Johor Bahru, Johor, Pegawai Pemasaran Hotel Hard Rock Desaru Coast berkata, pihaknya menawarkan diskaun 10 peratus kepada pelanggan yang membuat tempahan secara berkumpulan dengan minimum seramai 30 orang. 

Katanya, harga ditawarkan tahun ini bagi dewasa adalah RM138, manakala bagi kanakkanak bawah 12 tahun dan warga emas berusia 65 tahun ke atas adalah RM69 seorang. 

“Bagaimanapun, pelanggan boleh memilih atau membuat tempahan awal bermula 1 sehingga 23 Mac ini dengan harga yang lebih murah iaitu RM128 untuk dewasa dan RM64 kanak-kanak dan warga emas,” katanya.

Graduan Al-Azhar jadi tauke arang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

SETIU – Seorang bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir nekad berhenti sebagai guru sebuah sekolah swasta untuk menjadi usahawan arang yang mampu menjana pendapatan lumayan melalui pengeluaran 20 tan metrik sebulan.

 Mohd. Hamiz Zahiruddin Zahari, 31, berkata, perusahaan arang diperbuat daripada tempurung kelapa yang diusahakannya sejak lapan tahun lalu kini semakin berkembang. 

Graduan Sarjana Muda Syariah Perundangan itu berkata, minatnya bermula selepas melawat salah sebuah kilang di Kuala Selangor pada tahun 2018.

 “Atas restu ayah (Zahari Idris, 61), saya nekad berhenti kerja sebagai guru sebelum belajar menghasilkan arang tempurung kelapa lalu menjadi usahawan,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol di sini semalam. 

Menurut Mohd. Hamiz Zahiruddin, pembuatan arang bermula pembakaran tempurung kelapa di dalam tong dram antara lima hingga lapan jam. 

Tambahnya, arang akan dibiarkan sejuk sebelum akan dibentuk mengikut saiz ditetapkan. 

“Proses pembakaran dilakukan di dalam kebun kelapa sawit milik keluarga saya yang jauh dari penempatan manusia. 

“Arang tempurung kelapa biasanya popular sebagai bahan bakar masakan dan hookah (arang shisha),” katanya. 

Ujar Mohd. Hamiz Zahiruddin, arang tempurung kelapa digemari dalam kalangan pengusaha kedai makan dan restoran kerana cirinya yang kurang menghasilkan asap dan lebih tahan lama. 

Beliau berkata, setakat ini, permintaan semasa arang tempurung kelapa kira-kira lima tan seminggu.

 “Saya turut menggaji penduduk kampung untuk bekerja sambilan membantu saya mengusahakan arang tempurung kelapa ini.

 “Harapan saya perusahaan ini dapat berkembang sehingga menjadi pusat pengumpulan arang tempurung kelapa di daerah ini,” katanya.

Sunday, July 26, 2026

Darlene mohon maaf hampakan pelanggan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Peminat air buah D’Flora yang menjadi pelanggan tetap sejak awal Ramadan lalu kehampaan apabila gerai tersebut telah menutup operasi sejak Sabtu lalu.

Tinjauan Kosmo! pada malam kelmarin mendapati, masih terdapat segelintir pelanggan singgah di tapak perniagaan gerai itu di Jalan Pasir Panjang, di sini yang telah dikosongkan.

Seorang pelayan gerai air buah terkenal itu yang dikenali sebagai Darlene Adrienne, 32, berkata, penutupan tersebut bagi memberi peluang kepadanya dan rakan sekerja untuk membuat persiapan sebelum Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.

“Memang dalam perancangan asal, kita hanya mahu berniaga sementara di Jalan Pasir Panjang ini dalam tempoh dua minggu pertama Ramadan.

“Ini pun kita telah lanjutkan operasi perniagaan hingga ming­gu ketiga Ramadan berikutan permintaan ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, Darlene memohon maaf tidak dapat menunaikan permintaan untuk meneruskan perniagaan sehingga akhir Ramadan.

Jelasnya, selain memerlukan rehat, dia dan rakan-rakannya yang terlalu sibuk berniaga se­belum ini juga mahu menumpukan pula kepada persiapan 1 Syawal.

“Selepas ini, kami hanya akan memberi tumpuan kepada Restoran D’Flora yang terletak di Kampung Saujana, Setiu.

“Operasi perniagaan air buah kami akan kembali dibuka di restoran itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Kosmo! pada 4 April lalu me­laporkan gerai air buah, D’Flora di Jalan Pasir Panjang pada Ramadan ini dipenuhi ramai pe­langgan terutama golongan lelaki untuk bermoreh selepas selesai solat sunat tarawih.

Sebelum ini, restoran air buah tersebut menjadi tular setelah Darlene mencetuskan kontro­versi apabila video adegan diri­nya dipeluk pelanggan lelaki tersebar di media sosial.

Rentetan isu tersebut, restoran berkenaan diserbu sepasukan anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) pada Julai tahun lalu.

Insiden itu telah membuatkan Darlene insaf dan mengambil pengajaran di atas apa yang berlaku serta le­bih berwas­pada dalam perilakunya.

Tuesday, July 21, 2026

Menu eksotik cicak tokek goreng

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Lebih 10 tahun dahulu, cicak tokek pernah menjadi buruan sehingga harganya melonjak kepada jutaan ringgit seekor gara-gara dakwaan kononnya mampu mengubati penyakit AIDS. 

Kegilaan itu terhenti beberapa tahun lalu selepas dakwaan mengenai khasiat haiwan tersebut disahkan palsu oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). 

Begitupun, cicak tokek atau nama saintifiknya gekko gecko kini dikeringkan dan dijadikan pula snek makanan. 

Produk makanan berasal dari Indonesia berkenaan mula dipromosi di pasaran negara ini secara dalam talian dan dijual menerusi platform-platform edagang baru-baru ini. 

Daging cicak tokek goreng yang berharga kira-kira RM38 sebungkus itu digambarkan bukan sahaja lazat malah didakwa berkhasiat. 

Berdasarkan keterangan produk, peniaga terbabit mendakwa amalan memakan cicak tokek mampu mengubati penyakit seperti asma, diabetes, kanser dan kulit serta bersifat antitumor. 

Seorang ibu, Nur Farahdiba Mansor, 35, berkata, dia serba salah apabila anak kecilnya berusia lapan tahun terliur mahu merasai cicak tokek goreng berkenaan. “

Anak saya ternampak iklan memaparkan seorang kanakkanak perempuan sebayanya berselera menikmati cicak tokek goreng bersama nasi. 

“Sudah pasti saya tidak sanggup memberi makan haiwan itu kepada keluarga. Jenuh saya menerangkan kepada anak ia tidak boleh dimakan dan haram di sisi agama,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini. 

Abdul Raof Mamat, 47, pula berkata, produk cicak tokek kering dari Indonesia tersebut menggunakan jenama mesra Muslim. 

Sehubungan itu, dia bimbang ramai pengguna Islam tempatan terutama generasi muda boleh terkeliru membelinya.

 “Kita sedia maklum, biasanya orang muda gemar mencuba menu makanan baharu apatah lagi yang tular. 

“Begitupun setahu saya, terdapat fatwa yang mengharamkan pemakanan cicak tokek walaupun untuk perubatan,” katanya. 

Abdul Raof berkata, dia juga difahamkan pengambilan cicak tokek yang hanya terdapat di Asia Tenggara dan timur laut India serta Bangladesh boleh menjejaskan kesihatan kerana beracun.

Monday, July 20, 2026

Air buah Darlene lakи

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Peminat air buah D’Flora tidak perlu lagi pergi ke Kampung Saujana, Setiu kerana cawangannya telah dibuka di Jalan Pasir Panjang di bandar raya ini pada Ramadan ini.

Sebelum ini, restoran air buah tersebut menjadi tular setelah salah seorang pelayannya dikenali Darlene Adrienne, 32, mencetus kontroversi apabila video dirinya dipeluk pelanggan lelaki tersebar di media sosial.

Darlene berkata, gerai berke­naan dibuka setelah restoran induk D’Flora di Setiu menutup sementara operasinya sepanjang Ramadan.

“Restoran D’Flora (Kampung Saujana) akan beroperasi semula seperti biasa selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Sepanjang Ramadan ini, saya bekerja di gerai ini (Jalan Pasir Panjang),” katanya ketika ditemui Kosmo! di gerainya di sini kelmarin.

Gerai air buah tersebut beroperasi selepas waktu berbuka sehingga pukul 2 pagi setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, gerai berkenaan menjadi tum­puan ramai pelanggan yang rata-ratanya lelaki bagi merasai keenakan air buah seperti tembikai, nanas, naga, jambu batu dan mangga yang dibancuh Darlene.

Kebanyakan pelanggan mula memenuhi gerai itu kira-kira pukul 9.30 malam iaitu selepas menunaikan solat sunat tarawih.

Jarak di antara Restoran D’Flora dengan gerai cawangan di Jalan Pasir Panjang, di sini kira-kira 66 kilometer.

Kosmo! pada 6 Julai 2022 me­laporkan tular sebuah video yang memaparkan Darlene dipeluk oleh dua pelanggan lelaki di restoran di Kampung Saujana, Setiu.

Sepasukan anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kemudiannya melakukan serbuan di restoran berkenaan bagi melakukan siasatan lanjut berhubung penularan video terbabit.

Berikutan insiden itu, wanita terbabit insaf dan mengambil pengajaran serta lebih berwas­pada dalam perilakunya.

Penduduk diserang ribuan ulat bulu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Penduduk Kampung Pulau Bahagia, Manir di sini ‘diserang’ ribuan ulat bulu yang tiba-tiba muncul dari dua batang pokok mangga bersebelahan Masjid Pulau Bahagia di sini sejak Isnin lalu. 

Seorang penduduk, Wan Mohd. Zulhilmi Wan Mohd. Zaidan, 32, berkata, pada mulanya ulat bulu itu cuma memakan daun-daun pokok mangga tersebut sehingga hampir gondol.

 Katanya, mereka hanya perasan apabila ulat-ulat bulu tersebut mula merayap ke beberapa rumah penduduk berhampiran termasuk rumah ibu mentua, Zaroni Salleh, 58, berhampiran.

 “Tambah membimbangkan, serangga perosak itu kemudiannya memenuhi kawasan pekarangan masjid bersebelahan,” katanya di Kampung Pulau Bahagia, Manir di sini semalam. 

Menurutnya, serangan ulat bulu itu menyebabkan tingkap dan pintu masjid kini terpaksa ditutup sentiasa bagi mengelakan serangga tersebut memasuki ruangan solat. 

“Kami risau ulat bulu boleh menyebabkan penyakit kulit seperti gatal-gatal dalam kalangan penduduk.

 “Apatah lagi pada waktu kehadiran lebih ramai jemaah termasuk dalam kalangan kanak-kanak pada solat Jumaat hari ini (semalam),” katanya. 

Katanya lagi, dia telah mengambil inisiatif menyembur racun serangga perosak bagi mengurangkan populasi ulat bulu tersebut pada Selasa lalu. 

“Walaupun sedikit berkurangan, ulat bulu itu tidak terhapus sepenuhnya kerana cepat membiak. Seingat saya, ini kali pertama kampung ini diserang ulat bulu sejak saya lahir lebih 30 tahun lalu. 

“Saya sedang berbincang dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung untuk menebang dua pokok mangga yang menjadi sarang ulat bulu ini sebagai ikhtiar menghapuskan sepenuhnya serangan ulat bulu ini,” ujarnya.

Friday, July 17, 2026

Ustaz usahawan hebat dunia, akhirat

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir nekad berhenti sebagai guru sebuah sekolah swasta untuk menjadi usahawan arang yang mampu menjana pendapatan lumayan melalui pengeluaran 20 tan metrik sebulan.

Mohd. Hamiz Zahiruddin Zahari, 31, berkata, perusahaan arang diperbuat daripada tempurung kelapa yang diusahakannya sejak lapan tahun lalu kini semakin berkembang.

Graduan Sarjana Muda Syariah Perundangan itu berkata, minatnya bermula selepas melawat salah sebuah kilang di Kuala Selangor pada tahun 2018.

“Atas restu ayah (Zahari Idris, 61), saya nekad berhenti kerja sebagai guru sebelum belajar menghasilkan arang tempurung kelapa lalu menjadi usahawan,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol di sini semalam.

Menurut Mohd. Hamiz Za­hiruddin, pembuatan arang bermula pembakaran tempurung kelapa di dalam tong dram antara lima hingga lapan jam.

Tambahnya, arang akan dibiarkan sejuk sebelum akan dibentuk mengikut saiz ditetapkan.

“Proses pembakaran dilakukan di dalam kebun kelapa sawit milik keluarga saya yang jauh dari penempatan manusia.

“Arang tempurung kelapa biasanya popular sebagai bahan bakar masakan dan hookah (arang shisha),” katanya.

Ujar Mohd. Hamiz Zahiruddin, arang tempurung kelapa digemari dalam kalangan pengusaha kedai makan dan restoran kerana cirinya yang kurang menghasilkan asap dan lebih tahan lama.

Beliau berkata, setakat ini, permintaan semasa arang tempurung kelapa kira-kira lima tan seminggu.

“Saya turut menggaji penduduk kampung untuk bekerja sambilan membantu saya mengusahakan arang tempurung kelapa ini.

“Harapan saya perusahaan ini dapat berkembang sehingga menjadi pusat pengumpulan arang tempurung kelapa di daerah ini,” katanya.

Thursday, July 16, 2026

Kebun durian paling ‘A’ musim ini

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Strategi seorang pengusaha durian memper­kenalkan pakej makan durian dalam dusun di Kampung Lubuk Batu di sini sejak bulan lalu mendapat sambutan memberangsangkan.

Mohd. Tarmizi Mamat, 39, berkata, setiap hari seawal pukul 9 pagi, dusun miliknya seluas 3.24 hektar dipenuhi pelanggan yang rata-ratanya mahu merasai pengalaman menikmati raja buah secara segar.

“Pakej makan durian ini bermula sejak 2019, namun sambutannya ada pasang surutnya. Namun musim kali ini yang paling meriah sejak tahun 2023.

“Ramai pelanggan yang berkunjung ke sini hingga lewat petang dan hampir satu tan durian telah terjual setiap hari,” katanya ketika ditemui di dusunnya semalam.

Lelaki itu berkata, walaupun kebanyakan buah yang dijual adalah durian kampung, namun ia tetap maris kerana pelanggan mahu merasai pengalaman memakan raja buah beramai-ramai dalam suasana dusun.

Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM50 bagi selonggok enam hingga lapan biji durian mengikut saiz.

“Saya sediakan pangkin, pili air, tandas dan tempat letak kenderaan. Di dusun ini terdapat hampir 100 batang pokok. Pelanggan juga boleh membawa tikar,” katanya.

Tambahnya, pelanggan juga boleh menukar buah baharu secara percuma sekiranya durian yang dibeli rosak. Dia turut menyediakan cendol setiap hari, manakala hidangan nasi berlauk ikan singgang pula disediakan pada hujung minggu.

Katanya, pelanggan yang datang ke dusun bukan sahaja dari daerah ini, malah seluruh Terengganu, Johor dan Selangor.

Lelaki itu berhasrat untuk mengembangkan perniagaan bagi menarik lebih ramai pelanggan termasuk dari Lembah Klang selepas Laluan Rel Pantai Timur beroperasi tahun depan.


Wednesday, July 15, 2026

Replika bot lepas rindu kenangan jadi nelayan

 

BESUT – Seorang lelaki memanfaatkan kemahirannya mengukir kayu dengan menghasilkan replika bot nelayan tradisional sekali gus mengimbau kenangan ketika dia sendiri menjadi nelayan. 

Engku Abbas Engku Ngah, 60, berkata, pembuatan replika bot itu dapat melepaskan rindu terhadap profesion nelayan yang pernah menjadi sumber rezeki ketika muda.

 “Saya sebenarnya menjadi nelayan pada usia 20-an sebelum memilih untuk bersara bagi menceburi pekerjaan lain. 

“Waktu itu setiap kali pulang dari laut, saya tertarik dengan pembuatan bot tradi sional yang ketika itu masih aktif di Kampung Air Tawar, di sini,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Beris Alor Pisang, Kuala Besut, di sini semalam. 

Dia yang mesra dipanggil Pokku berkata, dia kemudiannya menghasilkan sendiri replika bot tradisional berbekalkan ingatannya daripada nostalgia tersebut. 

Menurutnya, replika bot tradisional dihasilkannya menyerupai asal meliputi bentuk, warna dan susun atur, namun ia bersaiz kecil sebesar kira-kira 0.9 meter. 

“Saya hasilkan replika bot nelayan tradi sional Terengganu, Kelantan, Johor dan Thailand dan dijual pada harga antara RM3,500 dan RM6,000 sebuah mengikut jenis dan saiz,” katanya.

Monday, June 29, 2026

Udang celup tepung 1 km diiktiraf MBOR

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Idea kreatif pengusaha udang celup tepung sekitar Penarik dan Rhu Sepuluh menyediakan hidangan tersebut sepanjang satu kilometer sempena Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Pegawai Daerah Setiu, Yusaini Amir Mohamad Nor berkata, hidangan tersebut menggunakan kira-kira 100,000 ekor udang segar yang dianggarkan seberat setan.

“Hidangan udang celup tepung terbabit disediakan 21 pengusana makanan tersebut yang berniaga di sekitar Penarik dan Rhu Sepuluh.

“Ia dihidangkan di atas 547 meja sepanjang satu kilometer,” katanya di Laman Rhu Sepuluh di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perasmian Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu yang dirasmikan Pegawai Kewangan Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Yusaini Amir berkata, bekalan udang terbabit disumbangkan Blue Archipelago Berhad yang mengusahakan kolam udang di daerah tersebut.

Beliau berkata, udang-udang celup tepung itu digoreng secara bergotong-royong oleh semua peserta sebelum dihidang secara serentak di atas meja.

“Pengiktirafan MBOR diharap dapat memperkenalkan lagi produk celup tepung yang menjadi identiti daerah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sunday, June 28, 2026

RXZ Members 8.0 dikekal pada 1 Ogos

KUALA TERENGGANU – Penganjur perhimpunan motosikal Yamaha RXZ terbesar negara, RXZ Members 8.0 memutuskan untuk mengekalkan tarikh acara pada 31 Julai dan 1 Ogos depan biarpun bertembung dengan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. 

Penganjur RXZ Members, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira banyak pertimbangan biarpun mengakui berat dilakukan. 

“Kami mendengar setiap pandangan diberikan (peminat motosikal Yamaha RXZ) dan benar-benar memahami perasaan tersebut.

 “Namun, setelah melalui perbincangan yang panjang dan meneliti semua pilihan yang ada, kami terpaksa mengekalkan tarikh RXZ Members 8.0 pada 31 Julai dan 1 Ogos depan,” katanya di media sosial kelmarin. 

Terdahulu, sebahagian peminat Yamaha RXZ terutamanya dari Negeri Sembilan memohon tarikh RXZ Members 8.0 dipinda memandangkan ia bertindih dengan tarikh pengundian PRN negeri itu. 

Dia berkata, pihaknya sedar pertindihan tersebut pasti mengecewakan penyokong RXZ Members khususnya dari Negeri Sembilan yang saban tahun memeriahkan perhimpunan berkenaan. 

Katanya, ketiadaan golongan tersebut nanti demi menunaikan tanggungjawab terhadap negara sebagai pengundi amat dihormati. 

“Jika anda tidak dapat hadir kerana menunaikan tanggungjawab, ketahuilah anda tetap sebahagian daripada keluarga besar RXZ Members.

 “Tiada siapa akan dilupakan dan insya-Allah kita akan bertemu lagi pada perhimpunan akan datang,” katanya. Tegasnya, semangat RXZ Members bukan sekadar sebuah acara, malah ia nilai persaudaraan yang menyatukan semua peminat permotoran.

Saturday, June 27, 2026

64 peratus pelancong taman laut lawat pulau Terengganu

 

KUALA NERUS – Empat pulau peranginan di Terengganu menjadi rangkaian pulau di taman laut paling popular di negara ini apabila berjaya menarik 351,103 pelancong pada tahun lalu. 

Ia adalah Pulau Redang di sini, Perhentian (Besut), Pulau Kapas (Marang) dan Tenggol, Dungun. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, empat pulau Terengganu terbabit berjaya menarik 64 peratus pelancong domestik dan asing yang melawat pulau peranginan di dalam taman laut seluruh negara dalam tempoh tersebut.

 “Seramai 548,598 pengunjung telah direkodkan mengunjungi 56 pulau-pulau yang telah digazetkan di dalam Taman Laut Malaysia pada tahun lalu. 

“Sebanyak 64 peratus iaitu 351,103 orang daripada mereka telah mengunjungi kawasan Taman Laut Terengganu merangkumi Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Tenggol,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Laut Sedunia peringkat kebangsaan di Pulau Redang di sini semalam. 

Adnan berkata, Taman Laut Terengganu digemari pelancong domestik dan asing kerana keindahan terumbu karang, pantai dan ekosistem marinnya. 

Beliau berkata, ini membuktikan perlindungan marin amat penting bukan sahaja demi pemuliharaan biodiversiti, malah pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat menerusi sektor pelancongan marin. 

Dalam perkembangan sama, Adnan berkata, Jabatan Perikanan melancarkan kempen tidak menggalakkan penggunaan beg plastik di rangkaian pulau peranginan di dalam taman laut di seluruh negara. 

Katanya, semua pemegang taruh termasuk pelancong dan operator pelancong seperti pengusaha resort di pulau taman laut seluruh negara digalakkan agar hanya menggunakan bekas makanan mesra alam.

 “Beg plastik yang ditinggalkan menjadi pencemaran sekali gus ancaman kepada ekosistem marin dan kemusnahan terumbu karang.

 “Ia juga berpotensi menjadi mikroplastik yang mengancam hidupan marin dan manusia,” katanya.

 Adnan berkata, buat masa ini, penggunaan bekas makanan mesra alam di pulau taman laut terbabit sekadar galakan kepada pelancong dan pemain industri pelancongan terlibat. 

Begitupun beliau tidak menolak kemungkinan Jabatan Perikanan akan mencadangkan peraturan bersesuaian kepada kerajaan sekiranya kempen tersebut kelak tidak mencapai sasaran diharapkan.

Thursday, June 25, 2026

32 haiwan liar dilepas Taman Laut P. Redang


KUALA NERUS – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil inisiatif melepaskan 32 ekor haiwan liar pelbagai spesies di Taman Laut Pulau Redang di sini. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pelepasan hidupan liar tersebut bertujuan untuk memperkayakan lagi ekosistem di dalam hutan pulau peranginan tumpuan pelancong terbabit.

 “Hidupan liar yang dilepaskan ialah empat ekor burung helang jenis merah dan hindek, pelanduk, landak dan ayam hutan. 

“Kita harap kesemua spesies hidupan liar itu dapat berkembang biak demi konservasi dan tatapan generasi masa depan,” katanya ketika ditemui di Taman Laut Pulau Redang di sini kelmarin. 

Pelepasan tersebut sebagai menyokong sambutan Hari Laut Sedunia anjuran Jabatan Perikanan dengan kerjasama Aquawalk Sdn. Bhd. 

Abdul Kadir berkata, Perhilitan komited melakukan aktiviti pelepasan haiwan liar di habitat bersesuaian demi memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara. Beliau berkata, rusa, kinjang, seladang, tenggiling dan harimau kumbang antara haiwan yang turut dilepaskan di kawasan itu.

 “Berdasarkan pemerhatian susulan, aktiviti-aktiviti pelepasan hidupan liar sebelum ini seperti di Pulau Langkawi, Kedah mendapati haiwan liar dilepaskan terbabit mampu beradaptasi dengan baik di habitat baharunya,” katanya. 

Sementara itu, Jabatan Perikanan melepaskan 570 ekor anak penyu agar sebagai simbolik sambutan Hari Laut Sedunia.

Pengendali LPT2 pantau lapan kawasan dijangka kena bah

 

MARANG- Pengendali Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2),LPT2 Sdn. Bhd. bersiap sedia menghadapi kemungkinan dilanda bencana banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula minggu lalu.

 Pengurus Wilayah LPT 2. Mohamad Pazli Kasim berkata. tumpuan akan diberikan terhadap lapan kawasan berisiko ditenggelami banjir atau berlaku lintasan air di sepanjarg laluan lebuh raya sepanjang 184 kilometer (km) tersebut. 

"Tiga lokasi berisiko itu bera da di dalam kawasan lebuh raya. dua selepas plaza tol dan tiga di luar kawasan lebuh raya. Antara lokasi utama tersebut ialah persimpangan bertingkat Plaza Tol Bukit Besi, Dungun dan KM373, LPT2 kedua-dua arah berhampiran Ajil Hulu Terengganu," katanya di Dataran Batu Putih di sini semalam. 

Terdahulu, beliau ditemui pada program Hari Komuniti MyPlus anjuran LPT2 yang juga anak syarikat Plus Expressways Berhad.

 Mohamad Pazli berkata. pihaknya telah menyediakan pelan mitigasi termasuk menyediakan laluan kontra sekiranya lokasi terlibat terjejas banjir dan lintasan air kelak.

Tamabah beliau, maklumat terkini juga sentiasa disalurkan pengguna LPT2 menerusi pelbagai medium media sosial. 

"Kita juga telah mengambil langkah awal membina tembok penahan banjir di dua lokasi pernah berlaku tanah runtuh pada musim tengkujuh sebelum ini .

"Selain itu penanda aras banjir juga telah dipasang terutama di lokasi berisiko selain pemantauan cerun dan saliran LPT2 secara berkala,"tambahnya.

Sunday, June 21, 2026

Temasya Budaya Terengganu meriah

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menganjurkan Temasya Budaya Terengganu di Dataran Shahbandar di sini selama tiga hari sehingga hari ini. 

Ketua Pengarah JKKN, Mohd. Amran Mohd. Haris berkata, Temasya Budaya Terengganu merupakan penjenamaan semula program Temasya Tranung Kite yang dianjurkan sejak 2024. 

Beliau berkata, festival itu merupakan program ketiga yang dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Budaya sepanjang tahun ini selepas kejayaan Pesta Angin Timur Perlis dan Iftar Ramadan.

 “Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasa seni dan budaya Terengganu sebagai produk pelancongan utama.

 “Ini selaras dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan juga persediaan bagi Tahun Melawat Terengganu 2027,” katanya di Dataran Shahbandar kelmarin. 

Terdahulu, beliau menyaksikan perasmian Temasya Budaya Terengganu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris.

 Mengulas lanjut, Mohd. Amran berkata, antara tarikan utama festival itu adalah persembahan tarian dan kebudayaan setiap daerah di Terengganu termasuk ulik mayang dan rodat. 

Selain itu, para pengunjung turut berpeluang mengunjungi lebih 70 reruai sepanjang tiga hari penganjuran festival tersebut. 

“Seramai 70,000 pengunjung dijangka memeriahkan festival ini yang akan berakhir lusa (hari ini). Jumlah ini meningkat hampir dua kali ganda berbanding 30,000 dan 40,000 pengunjung pada festival sama dua tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Razali berterima kasih atas inisiatif JKKN dalam membantu kerajaan negeri Terengganu menonjolkan keunikan seni warisan dan kebudayaan negeri sekali gus menyemarak sektor pelancongan.

 “Malam ini (kelmarin) sahaja saya lihat lebih 6,000 pengunjung terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan pelancong asing menyaksikan perasmian Temasya Budaya Terengganu.

 “Buat julung kalinya, tarian ulik mayang yang dipersembah secara patuh syariah telah dipertontonkan kepada pengunjung dengan penyertaan seramai 194 penari,” katanya.

RXZ Members 8.0 kekal 1 Ogos biarpun bertembung PRN Negeri Sembilan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Penganjur perhimpunan motosikal Yamaha RXZ terbesar negara, RXZ Members 8.0 memutuskan untuk mengekalkan tarikh acara pada 31 Julai dan 1 Ogos depan biarpun bertembung dengan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Penganjur RXZ Members, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira banyak pertimbangan biarpun mengakui berat dilakukan.

“Kami mendengar setiap pandangan diberikan (peminat motosikal Yamaha RXZ) dan benar-benar memahami perasaan tersebut.

“Namun, setelah melalui perbincangan yang panjang dan meneliti semua pilihan yang ada, kami terpaksa mengekalkan tarikh RXZ Members 8.0 pada 31 Julai dan 1 Ogos depan,” katanya menerima akaun media sosial rasmi RXZ Members – Official malam tadi.

Terdahulu sebahagian peminat motosikal Yamaha RXZ terutama yang berasal dari Negeri Sembilan memohon tarikh penganjuran RXZ Members 8.0 dipinda memandangkan ia bertindih dengan tarikh pengundian PRN negeri itu yang baru diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini.

Mohamad Faizal berkata, pihaknya sedar pertindihan tersebut pasti mengecewakan penyokong RXZ Members khususnya dari Negeri Sembilan yang saban tahun memeriahkan perhimpunan motosikal Yamaha RXZ berkenaan.

Beliau berkata, ketiadaan golongan tersebut nanti demi menunaikan tanggungjawab terhadap negara sebagai pengundi amat dihormati.

“Jika anda tidak dapat hadir kerana menunaikan tanggungjawab tersebut (mengundi), ketahuilah anda tetap sebahagian daripada keluarga besar RXZ Members,” katanya. – KOSMO! ONLINE