Translate

Thursday, September 30, 2021

33 pemborong, peniaga ayam Terengganu diarah turun harga

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu telah mengeluarkan 33 notis arahan menurunkan harga jualan kepada pemborong dan peniaga ayam segar di negeri ini sejak awal bulan ini.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemberian notis arahan menurunkan harga itu terhadap dua pemborong dan 31 peniaga ayam segar di seluruh negeri ini.

“Pemborong dan peruncit yang menerima notis terbabit akur untuk menurunkan harga jualan masing-masing.

“Sehubungan itu, harga ayam standard di Terengganu kini telah turun pada kadar antara RM8.50 hingga RM9.50 sekilogram berbanding RM10 sekilogram sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Saharuddin berkata, sebelum ini, KPDNHEP negeri telah mengeluarkan 47 notis pengesahan maklumat barangan kepada pemborong dan peruncit terlibat berikutan kenaikan mendadak harga ayam segar sejak awal bulan ini.

Jelas beliau, pengeluaran notis itu membolehkan pihaknya mengetahui margin keuntungan yang telah diambil pihak berkenaan menerusi semakan harga barang dan kos belian.

Kosmo! 7 September lalu melaporkan harga ayam segar di seluruh negara termasuk Terengganu telah melonjak sehingga RM10 sekilogram disebabkan kenaikan kos dedak. – K! ONLINE

Penghuni Penjara Marang terima suntikan vaksin Covid-19

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Seramai 2,300 penghuni Penjara Marang di sini menerima suntikan vaskin Covid-19 secara berperingkat bermula hari ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, penghuni Pejara Marang terbabit menerima vaksin satu dos, CanSino.

“Program vaksinasi dalam kalangan penghuni penjara ini akan dilakukan selama tiga hari bermula dengan 1,000 penghuni terawal pada hari ini.

“Program vaksinasi terbabit bukan sahaja melibatkan banduan malah orang kena tuduh (OKT) yang ditempatkan di lokap penjara berkenaan,” katanya ketika ditemui ketika memantau program vaksinasi tersebut di Penjara Marang di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Penjara Marang, Nik Robidin Ab. Rahman.

Kasemani memberitahu, seramai 300 penghuni lain telah dikecualikan daripada menerima suntikan vaksin Covid-19 tersebut buat masa ini.

Jelas beliau, ia disebabkan beberapa faktor seperti sedang menjalani kurantin dan masalah kesihatan namun sebahagian mereka bakal menerima suntikan vaksin itu selepas melepasi syarat ditetapkan kelak.

“Sebelum ini, sebanyak 364 kes positif Covid-19 telah dilaporkan di Penjara Marang sejak awal tahun lalu. – K! ONLINE

Bahan bacaan Muslim Care Malaysia untuk banduan

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Seramai 2,600 penghuni Penjara Marang ceria menerima sumbangan bahan bacaan daripada badan bukan kerajaan, Muslim Care Malaysia.

Pengerusi Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan berkata, bahan bacaan tersebut terdiri daripada 1,000 naskhah buku, kitab, novel dan majalah sumbangan orang ramai.

“Kita terpanggil untuk melakukan inisiatif ini selepas dimaklumkan banyak aktiviti fizikal melibatkan penghuni penjara seperti ceramah agama tidak boleh dilakukan berikutan pandemik Covid-19.

“Harapan kita pemberian bahan bacaan ini bukan sahaja menghilangkan kebosanan malah dapat mengisi minda dan kerohanian penghuni penjara terbabit,” katanya di Penjara Marang di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan bahan bacaan itu kepada Pengarah Penjara Marang, Nik Robidin Ab. Rahman sambil disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Sebelum ini, Muslim Care Malaysia turut menyumbang 2,000 bahan bacaan kepada Penjara Penor di sini dan Penjara Bentong, Pahang pada kelmarin.

Zulkifli berkata, Muslim Care Malaysia turut menyumbang 25 helai telekung baharu untuk kemudian penghuni wanita penjara tersebut beribadah.

Tambah beliau, pihaknya akan mempertimbangkan sumbangan bahan bacaan sama kepada penghuni penjara-penjara lain di negara ini sekiranya mendapat permintaan. – K! ONLINE

Terengganu juga ‘syurga’ melancong

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pe­ralihan Fasa 3 Pelan Peralihan Negara (PPN) di Terengganu sejak Jumaat lalu telah merancakkan kembali sektor pelancongan di negeri Pantai Timur berkenaan.

Rakyat yang sudah lama terperap di rumah masing-masing menggunakan kebenaran me­rentas daerah mengikut kapasiti kenderaan tersebut untuk membawa bersiar-siar bersama keluarga.

Biarpun masih tidak boleh merentas negeri, ia tidak menjadi halangan buat penduduk tempatan untuk melakukan pelancongan domestik yang turut menawarkan percutian memuaskan.

Terengganu juga mempunyai rangkaian pulau peranginan indah seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Bidong, Pulau Kapas dan Pulau Tenggol.

Pemancing dan peminat menu berasaskan ikan air tawar boleh memilih bercuti ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, manakala pantai peranginan seperti Pantai Rhu Sepuluh, Setiu; Pantai Teluk Ke­tapang, Kuala Nerus; dan Pantai Mak Nik, Kemaman pula sesuai untuk perkelahan keluarga sambil menikmati makanan laut celup tepung segar.

Dianggarkan puluhan ribu penduduk telah membanjiri kesemua lokasi itu pada hujung minggu lalu selain berkelah di beberapa kawasan air terjun popular di Hulu Dungun, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.


Seorang pelancong, Safarwan Bahrin, 41, berkata, rakyat negeri ini tidak perlu melancong jauh hingga ke Pulau Langkawi, Kedah bagi merasai keindahan dan ketenangan pulau.

Dia berkata, rangkaian pulau peranginan Terengganu se­perti Pulau Perhentian dan Pulau Redang tidak kurang hebatnya malah mempunyai tarikan tersendiri serta terkenal di serata dunia.

“Saya memang peminat pulau dan pantai. Cuti hujung minggu ini, saya memilih untuk berkhemah selama dua hari satu malam di Pulau Bidong, Kuala Nerus.

“Selain kaya dengan tinggalan sejarah kerana pernah menjadi penempatan Orang Hanyut Viet­nam, pantainya putih bersih, manakala dasar perairan penuh dengan terumbu karang dan ikan berwarna-warni yang sesuai untuk aktiviti berenang dan selaman,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.

Seorang pengusaha bot pelancong, Mohammad Amri Mad Adek, 28, pula memberitahu dia sekarang tidak menang tangan menyediakan perkhidmatan kepada pelancong yang berpusu-pusu mahu masuk ke Pulau Redang dan Pulau Bidong dari Jeti Merang, Setiu.

“Harap semua boleh jaga SOP, pelancongan di sini baru hendak bernyawa balik,” katanya. -K! ONLINE

Harga ayam turun RM8.50 sekilogram

 Oleh MOHD AZLI ADLAN dan MOHD SYALMIZI HAMID

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu dan Pulau Pinang mahu harga jualan ayam segar di negeri itu turun sehingga RM8.50 sekilogram (kg).

Usaha menurunkan harga itu hasil libat urus di peringkat rantaian pembekalan ayam hingga ke pasar basah.

Sebelum ini harga ayam stan­dard di beberapa negeri telah mencecah RM10 kg sehingga menggusarkan pengguna terutama yang membeli di pasar basah.

Di Terengganu, Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pihaknya telah memberi notis arahan kepada 33 pemborong dan peniaga ayam segar agar menurunkan harga antara RM8.50 hingga RM9.50.

“Pemborong dan peruncit yang menerima notis terbabit akur untuk menurunkan harga jualan masing-masing,” jelasnya semalam.

Ujarnya, arahan menurunkan harga itu diberikan terhadap dua pemborong dan 31 peniaga ayam segar di seluruh Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Saharuddin berkata, sebelum ini, KPDNHEP negeri telah mengeluarkan 47 notis pengesahan maklumat barangan kepada pemborong dan peruncit terlibat berikutan kenaikan mendadak harga ayam segar sejak awal bulan ini.

Sementara itu di Pulau Pinang, Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, harga ayam segar di negeri itu turun kepada RM9.50 sekilogram selepas dijual mencecah RM10.30 sekilogram baru-baru ini.

“Hasil perbincangan di semua peringkat, harga ayam di seluruh negeri ini telah menunjukkan penurunan.

“Ia selaras dengan komitmen kementerian dan penternak serta pemborong supaya peruncit boleh menjual ayam pada harga RM9.50 kg di pasar awam,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya telah mengeluarkan 49 notis kepada penternak, pemborong dan peniaga berhubung isu sama membabitkan 37 keping Notis Pengesahan Maklumat Barangan/Perkhidmatan dan 12 lagi Notis Bertulis.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan ayam segar yang dijual di pasar basah dijual dengan harga lebih RM10 kg disebabkan alasan beberapa faktor termasuk harga dedak yang mahal. -K! ONLINE

TTI kembali beroperasi, tawar pakej menarik

 


Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Taman Tamadun Islam (TTI) yang menempatkan 22 replika masjid terkenal di seluruh dunia seperti Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa kembali beroperasi mulai hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, TTI yang sebelum ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dibuka susulan peralihan negeri ini ke fasa 3, Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 17 September lalu.

“Kita merancang semula lebih banyak lagi produk pelancongan seperti Muzium Negeri pada masa terdekat selepas pembukaan TTI ini.

“Pengoperasian semula TTI mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memberi keutamaan kepada keselamatan pengunjung,” katanya sewaktu melancarkan pembukaan semula TTI di sini hari ini.

Ariffin berkata, pengunjung dewasa hanya dikenakan caj RM15 manakala RM10 bagi kanak-kanak dan warga emas pula bagi setiap pakej ditawarkan.

Sebelum ini, kadar dikenakan bagi setiap pakej ialah RM20 bagi dewasa manakala warga dan kanak-kanak pula ialah RM16.

Dalam perkembangan sama, Ariffin memberitahu kerajaan negeri Terengganu juga berhasrat membaik pulih dan menaiktaraf landskap dan replika masjid di Taman Monumen melibatkan peruntukan dianggarkan RM10 juta. – K! ONLINE

Pencuri pokok hiasan RM50,000 diberkas

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki ditahan kerana disyaki mencuri tiga pokok hiasan bernilai kira-kira RM50,000 milik seorang ahli perniagaan wanita di daerah ini pada minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di sekitar bandar raya ini pada kelmarin.

Beliau berkata, siasatan awal mempercayai mereka merupakan orang tengah yang menjual tiga pokok hiasan jenis Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon menerusi urus niaga online pada harga RM3,500.

“Suspek pertama menggunakan akaun media sosialnya untuk mempromosi tiga pokok hiasan dicuri itu sebelum menjualnya kepada pelanggan.

“Suspek kedua pula membenarkan akaun bank peribadinya digunakan untuk urus niaga pokok hiasan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Suffian berkata, siasatan awal juga mendapati kesemua pokok hiasan itu dihantar kepada pelanggan menerusi perkhidmatan penghantaran barang oleh sebuah syarikat kurier terkenal.

Tambah beliau, suspek utama yang dipercayai menjadi dalang mencuri pokok hiasan terbabit juga sedang diburu.

Kosmo! 17 September lalu melaporkan seorang wanita, Rus Majida Hassan, 34, memuat naik hantar ke akaun Facebooknya memohon bantuan orang ramai mencari tiga pokok hiasan kesayangan yang dicuri di pekarangan rumahnya pada 13 September lalu.- K! ONLINE

Wednesday, September 29, 2021

Rakyat digalak sertai program Kebun Komuniti

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu diseru agar memanfaatkan program Kebun Komuniti (Kebuniti) kelolaan Jabatan Pertanian bagi mengurangkan kos sara hidup sewaktu pandemik Covid-19 ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan RM1.33 juta bagi menjayakan program Kebuniti tersebut di negeri tersebut.

Beliau berkata, setakat ini, sambutan masih kurang menggalakkan dengan hanya 2,800 penduduk negeri tersebut terlibat secara sukarela dalam program itu.

“Program ini memberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal kepada peserta tentang teknik berkebun secara mudah dengan kaedah pertanian moden seperti sistem hidroponik dan fertigasi.

“Mereka juga akan dibekalkan set peralatan berkebun seperti pasu, penyodok tanah dan kelengkapan sistem hidroponik secara percuma,” katanya selepas menyerahkan peralatan Kebuniti tersebut kepada peserta di daerah ini di Pusat Informasi Pertanian Bandar di sini hari ini.

Azman berkata, peserta Kebuniti boleh menanam sayur-sayuran secara bersendirian atau berkelompok di ruang terhad seperti laman rumah dan pekarangan masjid serta balai raya.

Tambah beliau, tiada alasan tanah tidak subur, tidak cukup ruang dan berbatu kerana penanaman boleh disesuaikan dengan teknik pertanian moden seperti hidroponik dan fertigasi.

“Hasil daripada Kebuniti ini jika tidak cukup untuk dijual pun, ia memadai bagi kegunaan sendiri dan jiran-jiran,” katanya. – K! ONLINE

Kit ujian pantas Antigen Covid-19 akan lebih murah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Kit ujian pantas Antigen Covid-19 yang kini berharga Rm19.90 akan mengalami penurunan harga lagi menjelang pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka pada 3 Oktober depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, inisiatif memastikan kit ujian pantas itu lebih murah agar tidak membebankan ibu bapa bagi keperluan anak masing-masing.

“Walaupun harganya kini RM19.90 namun ia mungkin masih mahal dan membebankan terutama keluarga yang memiliki anak ramai.

“Sehubungan itu, kita mahu kit ujian pantas Antigen Covid-19 itu dijual pada harga mampu dimiliki semua lapisan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Rosol berkata, hasil perbincangan dengan pemain industri termasuk pengusaha farmasi mendapati mereka rata-ratanya akur dengan cadangan untuk menurunkan lagi harga kot ujian pantas Antigen Covid-19 tersebut.

Tambah beliau, selain harga lebih murah, penjualannya juga akan diperluaskan selain farmasi dan klinik sesuai dengan fungsinya sebagai norma baharu menyokong proses pemulihan negara.

“Keutamaan kini ialah memastikan semua murid dan pelajar yang akan menjalani sesi persekolahan secara bersemuka dapat menggunakan kit ujian pantas itu.

” Ia penting bagi memastikan mereka bebas daripada wabak Covid-19 sebelum ke sekolah,” katanya. – K! ONLINE.

Dos ketiga vaksin Covid-19 libat 323,000 rakyat Terengganu

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Seramai 323,000 rakyat Terengganu telah dikenalpasti sebagai penerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Kasemani Embong berkata, ia merangkumi 31,000 petugas barisan hadapan, warga emas (104,000) dan komotbiditi (188,000).

“Mereka dijangka menerima dos ketiga atau penggalak tersebut di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.

“Ia disebabkan semua pusat pemberian awam dan integrasi di negeri ini akan ditutup sepenuhnya pada 15 Oktober depan,” katanya ketika memantau program suntikan vaksin Covid-19 melibatkan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

Kasemani memberitahu, program pemberian dos penggalak itu akan bermula setelah pihaknya menerima arahan pelaksanaan di peringkat negeri oleh Kementerian Kesihatan.

Tambahnya, secara dasarnya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan program terbaharu tersebut kerana bekalan vaksin adalah mencukupi.

Kosmo! hari ini melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, garis panduan berhubung proses agihan dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 bakal dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) minggu depan. – K! ONLINE.

Enam rentas negeri melancong ke Pulau Redang dikompaun

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kedegilan enam individu dari luar Terengganu yang sanggup merentas negeri untuk berlibur di Pulau Redang, Kuala Nerus menerima padah apabila ditahan polis di pulau peranginan itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, mereka ditahan dalam pemeriksaan operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Pulau Redang selama dua hari yang berakhir semalam.

“Lima lelaki dan seorang wanita tersebut dikesan dalam operasi sempena pelaksanaan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Mereka yang masing-masing berasal dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka dikesan merentas negeri untuk bercuti ke Pulau Redang tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohaimi berkata, kesemua individu terbabit telah dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkenaan.

Tegas beliau, walaupun sektor pelancongan termasuk pulau-pulau peranginan di Terengganu sudah mulai dibuka secara berperingkat mulai awal bulan ini, ia terhad kepada penduduk negeri Pantai Timur itu yang telah lengkap vaksinasi.

“Pergerakan merentas negeri dari luar Terengganu untuk tujuan pelancongan masih belum dibenarkan.

“Kita juga memberi amaran keras kepada pengusaha resort yang mengambil ringan membenarkan mana-mana individu luar atau masih belum lengkap vaksinasi untuk menginap,” katanya. – K! ONLINE

Syarifah Fazlina berdikari perluas klinik pergigian

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Menimba pelbagai ilmu perniagaan berkaitan klinik pergigian memberi ba­nyak pe­luang dan ruang kepada Dr. Syarifah Fazlina Syed Fadzil menjadi lebih berani mencabar diri berdepan dengan pelbagai rencah berniaga dalam industri tersebut.

Bukan mudah untuk berdiri dengan kaki sendiri jika sebelum ini Pengasas Kumpulan Klinik Pergigian Syarifah berada dalam zon selesa setelah berkhidmat di klinik perniagaan kerajaan selama empat tahun.

Berbekalkan restu dan sema­ngat daripada keluarga, Syarifah Fazlina, 40, yang berkelulusan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan langkah kanan dengan membuka kliniknya sendiri di Taman Geliga Sakti, Kemaman, Terengganu pada tahun 2008.

Komitmen dan usaha jerih perihnya itu kini membuahkan hasil dan empayar perniagaannya semakin berkembang maju dengan memiliki lapan cawangan termasuk yang terbaharu di Binjai, Kemaman, Terengganu.


“Bekerja sebagai penjawat awam memang selesa, namun jiwa saya lebih ke arah berniaga dan mahu berusaha untuk memiliki klinik pergigian sendiri.

“Sebagai persediaan, saya terpaksa memberi tumpuan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dengan menghadiri banyak kursus jangka pendek dan kursus lanjutan pergigian yang dianjurkan di Singapura, Indonesia dan Kemboja,” katanya ketika ditemui di kliniknya di sini baru-baru ini.

Syarifah Fazlina menjelaskan, klinik sulungnya berusaha memberi kelainan kepada pe­langgannya dengan menawarkan kemudahan Orthopantomography (OPG) yang membolehkan gigi dan rahang pelanggan dilihat dengan lebih mudah menerusi imbasan X-ray.

“Ketika itu, klinik saya adalah yang pertama menawarkan perkhidmatan tersebut.

“Ia bertujuan untuk membantu doktor mengetahui masalah berkaitan gigi sekali gus menentukan kaedah rawatan yang terbaik, namun caj dikenakan amat berpatutan,” ujarnya.

Syarifah Nazlina menerangkan pelan perniagaannya berkembang secara semula jadi sehingga mampu membuka cawangan di luar Terengganu iaitu di Kuantan serta Temerloh, Pahang.


Lebih memberi semangat, suaminya, Wan Abdul Hakim Wan Muhammad, 41, telah melepaskan jawatannya di sebuah syarikat minyak dan gas untuk memberi tumpuan kepada perniagaan dalam Kumpulan Klinik Pergigian Syarifah.

Buat masa ini, klinik tersebut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan, cabutan, tampalan, cucian, pemutihan, pembedahan dan tanam gigi, rawatan akar, veneer, braces serta pencegahan yang dibantu oleh 16 doktor gigi dan 84 kakitangan sokongan.

Melihat kepada perkemba­ngan baik dalam bidang tersebut selain permintaan tinggi daripada pelanggan, beliau mengunjurkan untuk membuka cawa­ngan baharu di semua daerah di Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Syukur, kami masih mampu membuka cawangan baharu ketika negara dilanda krisis kesihatan ekoran wabak maut Covid-19.

“Pandemik telah menyebabkan ramai pelanggan memilih untuk mendapatkan rawatan yang lebih cepat di klinik pergigian swasta.

“Apatah lagi pusat kesihatan kerajaan kini mengehadkan kehadiran pesakit harian,” katanya.

Seiring dengan perkembangan semasa, Syarifah Fazlina turut tidak terkecuali untuk terus aktif mempromosikan perkhidmatan Klinik Pergigian Syarifah di media sosial seperti Facebook, In­stagram, Twitter dan Tik Tok.

'Pulangkan kembali pokok RM50,000 saya'

PETALING JAYA Seorang - wanita dari Kuala Terengganu meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki individu yang mencuri tiga pokok hiasan ke sayangannya yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Rus Majida Hassan memberitahu, pokok jenis Monstera Albo Mar ble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon dikesan hilang pada Isnin lalu.

"Saya amat mengenali pokok saya berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut tidak dimiliki orang lain selain saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati se lain tidak dijual di nurseri biasa.

"Bantu saya untuk dapatkan semula pokok-pokok ini agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan.

"Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya.

"Sungguh saya tidak reda per buatan anda menceroboh dan mencuri pokok-pokok kesayan gan saya. Bertaubatlah," katanya yang telah membuat laporan polis menerusi hantaran yang dimuat naik dalam facebook mi liknya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kecuri an tiga pokok hiasan yang diang garkan bernilai RM50,000 itu.

Beliau berkata, siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang mem peruntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Penjualan kit ujian pantas Antigen diperluas bulan depan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Penjualan kit ujian pantas Antigen Covid-19 akan diperluaskan ke lebih banyak premis perniagaan selain farmasi dan klinik mulai awal bulan depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti pasar raya besar, pasar raya, dan kedai serbaneka yang bersesuaian bagi penjualan kit ujian pantas tersebut.

“Premis perniagaan terlibat perlu dipastikan menetapi syarat ditetapkan bagi penjualan peralatan kesihatan terbabit selain mudah diakses pengguna.

“Kita juga memberi jaminan kit ujian pantas itu mudah diperolehi kerana sudah ada lebih enam juta bekalan di pasaran,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Rosol memberitahu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) komited untuk menurunkan lagi harga kit ujian pantas Antigen Covid-19 tersebut yang kini ditetapkan pada harga RM19.90.

“Perbincangan dan rundingan sedang dijalankan bersama pemain industri. Penurunan harga itu dijangka dapat direaliasikan pada hujung tahun ini.

“Begitu kita tidak tolak kemungkinan untuk mempertimbangkan melaksanakan harga siling baharu kit ujian pantas yang lebih murah itu lebih awal berdasarkan kadar permintaan dan penggunaan yang dijangka bakal melonjak tinggi,” katanya.

Rosol berkata, peralatan kesihatan itu semakin penting dan menjadi norma baharu dalam masyarakat berikutan pembukaan semula sektor ekonomi, pelancongan dan pendidikan. – K! ONLINE

Krisis air Terengganu: Air percuma Oktober dan November

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pemberian air percuma selama dua bulan keluarga yang terjejas dengan krisis air di daerah ini dan Kuala Nerus akan dilaksanakan untuk bil bulan Oktober dan November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh berkata, pemberian air percuma selama dua bulan itu melibatkan 28,700 akaun di kedua-dua daerah tersebut.

“Pemberian air percuma pada bulan Oktober dan November berkenaan melibatkan kos RM1.2 juta.

“Ia dijangka melibatkan penggunaan kira-kira dua juta meter padu air oleh kesemua penduduk terlibat sepanjang dua bulan itu,” katanya di sini hari ini.

Mamad berharap pemberian air percuma terbabit dapat meringankan beban pengguna terjejas dengan krisis air berkenaan yang hanya pulih sepenuhnya pada 10 September lalu.

Kosmo! 9 Ogos lalu melaporkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pemberian bil air percuma selama dua bulan kepada lebih 150,000 penduduk daerah ini dan Kuala Nerus yang terjejas dengan krisis air sejak 2 Ogos lalu.

Masalah gangguan air terburuk di Terengganu disebabkan dua episod paip utama pecah di dasar Sungai Terengganu dipercayai disebabkan aktiviti pengorekan pasir. – K! ONLINE.

Tuesday, September 28, 2021

Korek pasir punca air putus

 


Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu mengesahkan berlaku hakisan 80 meter pada kawasan paip utama yang pecah di Sungai Terengganu pada awal bulan lalu dipercayai disebabkan aktiviti pengorekan pasir.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hi jau Terengganu, Mamad Puteh berkata, sebanyak 12 pengusaha pasir telah beroperasi di ka wasan tersebut sejak 10 tahun lalu, namun kini hanya tujuh yang masih aktif.

"Pemeriksaan mendapati berlaku kelompongan di bawah jajaran paip air itu yang telah di tanam pada kedalaman 1.5 meter hingga 2 meter pada tahun 2006.

"Sehubungan itu, semua kerja-kerja pengorekan pasir di kawasan berkenaan telah di hentikan serta-merta dan tidak mungkin kebenaran akan diberi lagi pada masa hadapan," katanya pada Sidang DUN Tereng ganu ke-14 di sini semalam.

Terdahulu beliau menjawab soalan lisan Hishamuddin Abdul Karim (Pas-Tepuh) dan Bazlan Abd. Rahman (BN-Batu Rakit).

Mamad berkata, buat masa ini, sukar untuk menyalahkan mana-mana kontraktor projek pengorekan pasir terlibat kerana ia melibatkan ramai pengusaha dan hakisan itu berlaku dalam tempoh lama.

Begitu pun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang tersebut agak kesal kerana semua agensi kerajaan termasuk Jabatan Bekalan Air dan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. tidak memaklumkan tentang kewu judan jajaran paip air berkenaan sewaktu meluluskan permohonan projek berkenaan pada ta hun 2016 dan 2019.

"Kita telah arah Unit Tindakan Ekonomi Negeri Terengganu untuk melakukan siasatan menye luruh bagi memastikan insiden sama tidak berulang pada masa depan," katanya.

Dalam pada itu, Mamad mem- beritahu kerajaan negeri Terengganu tidak berhasrat untuk membayar pampasan kepada 28,700 keluarga yang terjejas dengan krisis air tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan negeri Terengganu dan syarikat berkaitan negeri telah keluarkan peruntukan besar membantu pengguna terlibat menerima bekalan air sepanjang krisis air yang hanya berakhir pada 10 September lalu.

Kosmo! 5 Ogos lalu melapor kan jajaran paip menyalurkan air di Tangki Air Bukit Berangan yang terletak di dasar Sungai Tereng ganu telah pecah menyebabkan lebih 150,000 penduduk daerah inl dan Kuala Nerus tiada beka lan air sejak 2 Ogos lalu.

Monday, September 27, 2021

34 kes jual kit ujian pantas Covid-19 mahal

HULU TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan 34 kes penjualan kit ujian pantas Antigen Covid-19 melebihi harga kawalan ditetap kan sejak 5 September lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehw al Pengguna, Datuk Rosli Wahid berkata, satu kompaun berjum lah RM250 telah dikeluarkan atas kesalahan menjual kit ujian pantas Antigen Covid-19 itu lebih mahal daripada RM19.90.

"Baki 33 kes lagi masih dalam siasatan mengikut Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Kes pelanggaran harga maksimum kit ujian pantas terbabit dikesan di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang" katanya ke tika ditemui selepas memantau program Outreach Vaksinasi di Akademi Binaan Negara Wilayah Timur di Jenagor di sini semalam.

Rosol berkata, setakat ini, pihaknya telah memeriksa harga kit ujian pantas Antigen Covid-19 di 1,871 premis farmasi dan klinik di seluruh negara.

Sunday, September 26, 2021

Harga telur, ikan naik sebab permintaan tinggi

HULU TERENGGANU Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN- HIP) mengesan berlaku sedikit kenaikan pada telur ayam dan ikan di pasaran sejak akhir- akhir ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, begitu pun ke- naikan itu hanya pada kadar minimum dan tidak menyelu ruh di seluruh negara. 

Beliau berkata, selain faktor cuaca, permintaan melebihi penawaran antara sebab ber- lakunya kenaikan pada harga ikan dan telur tersebut.

"Permintaan terhadap bahan makanan seperti tehur ayam dan ikan telah meningkat sebab pembukaan semula sektor pelancongan dengan lebih banyak premis makanan dan hotel mula beroperasi semula.

"Begitupun, kenaikan itu tidak ketara sedangkan harg nya didapati masih stabil di sebahagian besar kawasan di negara ini," katanya ketika ditemul selepas memantau program Outreach Vaksinasi di Akademi Binaan Negara Wilayah Timur di Jenagor di sini semalam.

Rosol berkata, apa pun, KPDNHEP tetap mengam bil serius dengan melakukan pemantauan berterusan dan mengambil inisiatif bagi terus menstabilkan semula harga ba rangan keperluan

Tambah beliau, pasukan penguat kuasa KPDNHEP telah mengeluarkan 136 notis penge sahan maklumat terhadap pen jual telur ayam sepanjang bulan lalu.

"Siasatan lanjut mendapati tiga peniaga terbabit disyaki telah menjual telur ayam de ngan harga mahal sekali gus melakukan kesalahan pencatutan.

"Selain itu, KPDNHEP juga mengambil inisiatif libat urus yang melibatkan pemain indus tri ayam dan telur ayam bagi menstabilkan harga dua bara ngan keperluan itu untuk jangka panjang," katanya.

la bertujuan bagi mensta bilkan harga ikan pada musim tengkujuh," ujarnya.

Saturday, September 25, 2021

13 peminat motosikal lasak ceroboh hutan simpan

HULU TERENGGANU -Keghairahan sekumpulan lelaki menguji motosikal masing masing sehingga sanggup sehingga sanggup menceroboh Hutan Simpan Tembat, Kuala Berang di sini tidak berpanjangan selepas ditahan pihak Jabatan Perhutanan Terengganu pada Khamis lalu

Lebih malang lagi, 13 motosikal lasak pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit disita agensi berkenaan dalam operasi pada pukul 1 tengah hari itu.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berka- ta, ketika operasi dijalankan, kesemua mereka berusia 32 hingga 49 tahun sedang me nunggang motosikal lasak ma- sing-masing di dalam hutan.

"Pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai per mit melakukan aktiviti motosi kal lasak daripada Jabatan Per hutanan negeri.

"Hutan simpan tidak boleh dicerobohi sesuka hati dan sebarang aktiviti perlu mendapat kebenaran daripada pejabat perhutanan terdekat." katanya di sini semalam.

Menurut Roslan, kes disiasat mengikut Seksyen 471 (c) Enakmen Perhutanan Ne gara (Penerimaan-pakai 1986 Terengganu.

Ujar beliau, hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan seldranya mereka disabitkan bersalah.

Friday, September 24, 2021

100 guru Terengganu tolak divaksin dipujuk

KUALA TERENGGANU - Kira kira 100 guru dikenal pasti eng gan mengambil suntikan vaksin Covid-19 atas pelbagai alasan di Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Jabatan Pen didikan negeri telah diarahkan untuk memujuk guru-guru tersebut untuk menerima sun tikan vaksin secepat mungkin.

"Saya difahamkan sebaha gian guru terbabit telah akur mengambil suntikan vaksin Covid-19, namun ada juga yang masih hardcore (tegar).

"Nasihat saya agar mereka dapat mempertimbangkan (vaksin Covid-19) demi masla hat (usaha yang mendatangkan faedah) dan kebaikan bersa ma," katanya di sini semalam.

Ahmad Samsuri berkata, tindakan guru terbabit yang masih berkeras untuk tidak mengambil vaksin Covid-19 bukan disebabkan alasan kesi hatan itu bukan sahaja akan memberi kesan buruk kepada

masyarakat, malah menyusah kan diri sendiri.

Jelas beliau, tanpa vaksinas lengkap, mereka bukan sahaja sukar untuk meneruskan pe ngajaran secara bersemuka ke pada pelajar, malah tidak dapat menikmati kelonggaran aktivi ekonomi dan sosial yang dibe narkan kerajaan.

"Ada cadangan agar guru yang tidak lengkap vaksinasi in diwajib menjalani ujian saringan Covid-19 setiap dua minggu se belum dibenarkan mengajar.

"Sanggupkah untuk melakukan (ujian saringan Covid-19 kerap)? Terpulang kepada mereka," katanya.

Kosmo! semalam melapor kan Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi melihat melihat tindakan selanjutnya kepada kira-kira 2,500 di seluruh negara yang enggan mengambil vaksinasi. Kesemua guru terbabit tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka.

Thursday, September 23, 2021

Tumpu pulih semula ekonomi negeri

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyarankan perbelan jaan secara one off atau sekali ba yar diteliti semula berdasarkan kedudukan dan komitmen ke wangan semasa kerajaan negeri.

Sebaliknya, baginda menitahkan fokus perlu diberikan kepada keperluan jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih mampan. 

"Beta berharap dalam belanjawan tahun-tahun yang akan da tang, kerajaan negeri memberi kan fokus kepada perbelanjaan untuk pertumbuhan dan pemuli han ekonomi negeri.

"Kerajaan negeri Terengganu perlu merangka dan bersedia melaksanakan pelbagai strategi pemulihan berkesan dan komprehensif bagi memulihkan ekonomi negeri," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pem bukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 di sini semalam. Titah Sultan Mizan dibacakan oleh Menteri Besar Terengganu.

Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Sultan Mizan bertitah, penularan wabak Covid-19 turut memberi kesan kepada ekonomi Terengganu apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menguncup -5.7 peratus pada ta hun lalu berbanding 3.3 peratus pada tahun 2019.

Tambah baginda, kadar pengangguran negeri juga mening kat kepada 4.1 peratus pada ta hun lalu berbanding 3.5 peratus pada tahun sebelumnya.

"Beta menyarankan kerajaan negeri terus membantu peniaga pasar tani, pasar malam dan pe ngusaha restoran yang kehilan gan punca pendapatan sehingga terpaksa gulung tikar dan menganggur akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Golongan itu perlu terus dibantu sama ada sokongan kewangan, kemudahan premis per niagaan dan lain-lain agar mere ka mereka dapat terus bertahan dan menjalankan perniagaan." katanya.

Dalam pada itu, Sultan Mizan menyeru kerajaan negeri Terengganu memberi perhatian kepada sektor pertanian yang menjana pulangan ekonomi berbaloi jika dilaksana dengan teliti.

Wednesday, September 22, 2021

Turun padang cari penerima di negeri kurang vaksinasi

 


Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Gerakan lebih agresif untuk mencari individu layak divaksin akan dilakukan di tujuh negeri yang masih rendah kadar vaksinasi iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak, Sabah dan Johor.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, strategi tersebut bertujuan untuk meningkatkan kadar vaksinasi di semua negeri itu bagi membolehkan sasaran imuniti kelompok pada hujung bulan hadapan tercapai.

"Kita mendapati hampir semua individu (termasuk di tujuh negeri tersebut) yang mendaftar di aplikasi MySejahtera telah mendapat janji temu masing-masing.

"Kita perlu mencari mereka yang tidak mendaftar (menerusi aplikasi MySejahtera) untuk divaksin," katanya selepas memantau program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Kampung Losong Feri, di sini semalam. Setakat ini, kadar lengkap vaksinasi di Terengganu ialah 66.73 peratus, Johor (59.2 per atus), Pahang (56.8 peratus), Perak (53.7 peratus), Kelantan (51.4 peratus), Sabah (48.6 peratus) dan Kedah (52.1 peratus).

Adham berkata, selain mem benarkan penerima divaksinasi secara walk-in di pusat pem berian vaksin (PPV) terpilih di semua negeri-negeri tersebut, program outreach juga akan diperbanyak.

Beliau berkata, petugas kesihatan akan bergerak ke lokasi sasaran terutama pedalaman. bagi membantu individu yang sukar ke PPV terutama dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) untuk menerima vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), Jasni Azmir Abdullah, 23, teruja selepas menerima dos pertama  vaksin yang disuntik sendiri Dr. Adham di rumahnya di Losong Feri, di sini.

Tuesday, September 21, 2021

Kos operasi terus meningkat menekan pengusaha restoran



KUALA TERENGGANU - Kenaikan mendadak harga ayam segar walaupun dibeli secara borong se jak awal bulan ini memberi tekanan kepada pengusaha restoran, kedai makan dan katering di negeri ini.

Mereka yang perlu menggunakan bekalan ayam dalam kuantiti banyak setiap hari tidak mampu lagi tanggung peningkatan kos operasi kerana harga borong ayam di negeri ini naik men dadak kepada RM8 sekilogram berbanding RM5.80 sekilogram pada awal bulan lalu.

Seorang pengusaha restoran, Muhammad Adam Zawawi, 27,  berkata, beliau memerlukan 210 memberhentikan ramai pekerja ekoran kenaikan kos operasi di Restoran kilogram ayam setiap hari bagi menjalankan perniagaan nasi ayam di dua cawangan Pak Awi Nasi Ayam di bandar raya ini.

"Harga borong ayam hari ini (semalam) RM8 sekilogram dan saya difahamkan harga runcit pula RM9.50 sekilogram. Saya pelik harga ayam boleh naik berterusan dalam tempoh lama seperti ini sedangkan sekarang di luar musim perayaan.

"Ia amat menekan saya kerana tidak boleh menaikkan harga jualan makanan mahu pun mengecilkan saiz seketul ayam kerana bim- bang kehilangan pelanggan yang sudah sedia merosot pada musim pandemik Covid-19 ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Harun pula yang mengusahakan restoran makanan segera ayam goreng, Matt Ori pula berkata, terpaksa kurangkan pekerja bagi serap kos operasi yang semakin tinggi.

"Sebelum ini, saya terpaksa kurangkan pekerja daripada 50 orang kepada 15 orang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna Terengganu sah kan berlaku kenaikan harga ayam segar sejak awal bulan ini disebab kan kenaikan harga dedak.

Monday, September 20, 2021

Terengganu catat 16 kes jangkitan Delta, Beta

KUALA TERENGGANU -  Sebanyak 16 kes jangkitan Covid-19 membabitkan varian Delta dan Beta dikesan di negeri ini sejak akhir Julai lalu sehingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes membabitkan varian Delta, manakala sembilan kes membabitkan varian Beta.

"Empat kes varian membimbangkan (VOC) direkod kan di daerah Kuala Tereng ganu, Hulu Terengganu (empat), Marang (tiga), Kemaman (dua) dan masing masing satu kes di Daerah Setiu, Dungun dan Besut," katanya semalam.

Pada Khamis lalu, Terengganu merekodkan penularan harian tertinggi sebanyak 987 kes sekali gus menjadi yang paling tinggi sejak pandemik itu melanda.

Beliau berkata, tindakan kawalan bagi memastikan tiada penularan varian itu segera dilakukan terutama melakukan pengasingan pe sakit dan kontak rapat sepanjang tempoh kuarantin.

 "JKNT meminta seluruh masyaraka termasuk individu yang sudah lengkap menerima vaksinasi supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Bagi mengurangkan risiko dijangkiti VOC, masyarakat disaran agar sentiasa mengelakkan berada di ka wasan bersesak dan bersembang dalam jarak dekat," ka tanya.

Selain itu, beliau berkata, peningkatan kes yang di jangka akan berlarutan dalam tempoh dua minggu mulai se malam disebabkan saringan wajib kemasukan ke penjara dalam kalangan Orang Kena Tahan (OKT), saringan peker ja dari tapak bina, aktiviti me rentas negeri dan juga aktiviti perkumpulan. 

Dalam pada itu, tegas be liau, JKNT akan memastikan aktiviti penguatkuasaan dilakukan di semua premis termasuk restoran dan di tapak pembinaan dan permis perniagaan.

Sunday, September 19, 2021

Suri rumah maut, Ford Ranger dirempuh Toyota Estima

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Hasrat seorang suri rumah bersama keluarga untuk menziarah ibunya di Dungun tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 380.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Nurshahyda Mohd. Zaki, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Nurushahyda bersama suami, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam, 29, dan anak mereka, Nur Ammara Safiyya, lima bulan dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kampung Tanjung Pagar, Dungun dari rumah mereka di Kampung Saujana, Setiu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dinaiki mereka tiba-tiba dirempuh oleh kenderaan pelbagai jenis, Toyota Estima dipandu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

“Sebelum kejadian, kenderaan Toyota Estima yang dipandu seorang pelajar institusi pengajian tinggi di Dungun tersebut dikatakan cuba memotong kenderaan Ford Ranger dinaiki mangsa sebelum hilang kawalan lalu terbabas,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, kenderaan pelbagai jenis Toyota Estima dipandu remaja tersebut kemudiannya merempuh sisi kiri kenderaan dinaiki Nurshahyda dan keluarganya.

“Mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa (Nurshahyda) telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat,” katanya. – K! ONLINE


Kapasiti jemaah Terengganu kekal ikut keluasan masjid, surau

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kapasiti jemaah solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di Terengganu kekal mengikut keluasan masjid dan surau.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), M. Rozi Bidin berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada 8 Julai lalu masih kekal walaupun Terengganu kini sudah beralih ke fasa 3, Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai hari ini.

“Setakat ini, kapasiti jemaah di semua surau dan masjid di Terengganu kekal mengikut keluasan surau dan masjid.

“Segala perubahan akan dilakukan dengan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya di sini hari ini.

M. Rozi berkata, SOP solat berjemaah dan solat fardu berjemaah tetap sama iaitu memakai pelitup muka, melakukan pendaftaran masuk dan imbasan suhu badan serta membawa sejadah sendiri.

Tambah beliau, surau dan masjid di kawasan Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) perlu ditutup mengikut Seksyen 18, (1), (d), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – K! ONLINE.

Harga telur, ikan naik sebab permintaan tinggi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan berlaku sedikit kenaikan pada telur dan ikan di pasaran sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, begitu pun kenaikan itu hanya pada kadar minimum dan tidak menyeluruh di seluruh negara.

Beliau berkata, selain faktor cuaca, permintaan melebihi penawaran tidak ditolak antara sebab berlakunya kenaikan pada harga ikan dan telur tersebut.

“Permintaan terhadap bahan makanan seperti telur dan ikan telah meningkat berikutan pembukaan semula sektor pelancongan dengan lebih banyak premis makanan dan hotel mula beroperasi semula.

“Begitupun, kenaikan itu tidak ketara sedangkan harganya didapati masih stabil di sebahagian besar kawasan di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas memantau program Outreach Vaksinasi di Akademi Binaan Negara (ABN) Wilayah Timur di Jenagor di sini hari ini.

Rosol berkata, apa pun, KPDNHEP tetap mengambil serius dengan melakukan pemantauan berterusan dan mengambil inisiatif bagi terus menstabilkan semula harga barangan keperluan.

Tambah beliau, pasukan penguat kuasa KPDNHEP telah mengeluarkan 136 notis pengesahan maklumat terhadap penjual telur ayam sepanjang bulan lalu.

“Siasatan lanjut mendapati tiga peniaga terbabit disyaki telah menjual telur ayam dengan harga mahal sekali gus melakukan kesalahan pencatutan,” katanya. – K! ONLINE.

34 kes jual kit ujian pantas Covid-19 mahal

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan 34 kes penjualan kit ujian pantas Antigen Covid-19 melebihi harga kawalan ditetapkan sejak 5 September lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Datuk Rosli Wahid berkata, satu kompaun berjumlah RM250 telah dikeluarkan atas kesalahan menjual kit ujian pantas Antigen Covid-19 itu lebih mahal daripada RM19.90.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Kes pelanggaran harga maksimum kit ujian pantas terbabit dikesan di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang,”katanya ketika ditemui selepas memantau program Outreach Vaksinasi di Akademi Binaan Negara (ABN) Wilayah Timur di Jenagor di sini hari ini.

Rosol memberitahu, setakat ini, pihaknya telah melakukan pemeriksaan harga kit ujian pantas Antigen Covid-19 di 1,871 premis farmasi dan klinik di seluruh negara.

Tambah beliau, pemeriksaan mendapati 1,552 premis mematuhi peraturan menjual kit ujian pantas itu pada harga ditetapkan iaitu RM19.90.

“Kita juga mendapati 185 premis menjualnya pada harga lebih murah daripada siling ditetapkan, pujian kepada mereka.

Kosmo! 3 September lalu melaporkan harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas Antigen Covid-19 di pasaran tempatan ditetapkan pada harga RM19.90 seunit bagi menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini. – K! ONLINE

Restoran mewah jadi kebun sayur jana pendapatan

 

KUALA NERUS - Hikmah pelaksanaan Perintah Kawalan Perge rakan (PKP), seorang pengusaha restoran mewah di Pulau Redang di sini, menukar landskap premis perniagaan menjadi kebun sayur.

Kawasan Restoran Redang Moon-Vitamin Sea Kitchen milik Marzuki Abdullah, 45, seluas 0.25 hektar yang terletak di lokasi berteluk di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang kini dipenuhi de ngan ratusan pokok sayur-sayuran yang ditanam di dalam beg poli.

Beliau berkata, tanaman seperti cili merah, cili api, terung. bendi, kangkung, lengkuas, ka cang panjang dan kacang buncis kini menjadi sumber pendapa tannya sewaktu restoran masih ditutup.

"Saya mengusahakan restoran makanan tradisional dan kampung Terengganu seperti sing gang ikan aye' yang disajikan secara mewah untuk pengunjung dalam kalangan pelancong asing khususnya Eropah.

"Pandemik Covid-19 membuatkan saya hampir 'terduduk' apabila operasi restoran terpaksa ditutup. Saya kemudiannya mula menanam cili api asalnya bagi mengubat jiwa, mengisi masa terluang dan kegunaan sendiri," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pulau Redang di sini baru-baru ini.

Marzuki berkata, oleh kerana faktor status dan struktur tanah di persekitaran restorannya, dia menanam menggunakan beg poli.

Tambahnya, beliau juga mendapatkan nasihat daripada pega wai Jabatan Pertanian Tereng ganu tentang ilmu pertanian.

"Lama-lama jadi seronok, tahu-tahu kawasan restoran saya penuh dengan tanaman sehingga memerlukan dua jam sehari untuk habis menyiramnya. Saya juga mula membela ikan keli di dalam kolam.

"Hasilnya mendapat permintaan memberangsangkan daripada pengusaha resort dan penduduk kampung kerana har ga lebih menjimatkan tanpa perlu memikirkan kos pengangkutan menaiki bot ke tanah besar (Setiu)," katanya.

Marzuki berkata, pendapatan yang diperolehi daripada jualan sayur-sayuran itu sedikit seba nyak dapat menampung kehidupan sekeluarganya sewaktu pandemik Covid-19 ini.

Saturday, September 18, 2021

Ekstra Penyu Agar

EKSTRA PENYU AGAR

- Dikenali juga sebagai penyu hijau

- Saiz boleh mencapai 1.2 meter dengan berat badan sehingga 270 kilogram

- Makanan utama rumpai laut . Matang pada usia 20 tahun hingga 30 tahun

- Musim mengawan pada bulan Mac hingga Jun di Pantai Barat Semenanjung Malaysia manakala Pantai Timur, Sabah dan Sarawak pada Julai hingga Oktober

-  Sifat fizikal telur berbentuk bulat. berkulit lembik dan berdiameter lima sentimeter

Pendidikan pemuliharaan penyu perlu dipergiat

 

KEMUNCULAN semula seekor penyu agar betina mendarat untuk bertelur di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 17 Ogos lalu petanda baik yang menggembirakan.

Ketua Penyelidik Unit Penyelidikan Penyu (Seatru) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, pendaratan di pantai peranginan terbabit membuktikan pesisir negeri Pantai Timur yang sepanjang 245 kilometer masih sesuai

untuk pembiakan haiwan reptilia berkenaan. "Kawasan pantai Terengganu masih menjadi pilihan penyu di sebalik kebimbangan penurunan bilangan pendaratan haiwan reptilia itu untuk bertelur di negeri ini sejak kebelakangan ini.

"la sesuatu yang menginsafkan dan kita perlu lebih proaktif melakukan penambahbaikan bagi menggalakkan lebih banyak penyu mendarat untuk bertelur," katanya kepada Panorama baru-baru ini. Mohd. Uzair berkata, perkara asas yang patut dilakukan ialah mengurangkan pencahayaan secara terus ke arah pantai.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT itu mencadangkan lebih banyak lampu berwarna merah digunakan kerana kajian membuktikan penyu kurang sensitif terhadap gelombang cahaya warna tersebut.

"Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga disaran untuk menanam lebih banyak pokok renek seperti spesies merambung di pesisir pantai di negeri ini. Kewujudan pokok renek itu penting untuk melindungi penyu dan aktiviti persarangannya," katanya.

Mohd. Uzair berkata, usaha mendidik masyarakat terutama generasi muda agar tidak menjadi ancaman terhadap penyu juga perlu digiatkan. Tambah beliau, lebih banyak papan tanda pemberitahuan bagi memaklumkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan perlu dipasang di kawasan pantal pusat persarangan haiwan reptilia itu.

"Kita perlu mendidik masyarakat agar bukan sahaja tidak mengganggu proses pendaratan penyu, malah tidak memakan telur penyu demi kelestarian spesies berkenaan yang semakin terancam," katanya.

Friday, September 17, 2021

Nasib berbeza buat penggali kubur

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN, ZULKIFLI MANZOR, MOHD. YUNUS YAKKUB, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN NOOR HASLIZA NUSI dan OTHMAN YAHAYA

PETALING JAYA - Penggali kubur di Lembah Klang dan be berapa buah negeri lain kini mam pu 'berehat' selepas lebih setahun bertungkus-lumus menyiapkan liang lahad untuk jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Rata-rata mereka lega apa bila jumlah kematian semakin. berkurangan berbanding sebe lum ini ketika kematian akibat vi rus pembunuh itu berleluasa dan melonjak hari demi hari.

Malah, ada antaranya perlu menyiapkan kira-kira 30 kubur sehari yang dilakukan dalam keadaan panas dan bermandi pe luh berikutan perlu mengenakan peralatar perlindungan diri.

Di Lembah Klang, penggali kubur. Nooreris Mohd. Nooh, 44, berkata, dia dan rakan-rakannya melahirkan rasa syukur apabila kadar kematian akibat Covid-19 di Kuala Lumpur dan Selangor se makin berkurangan sejak perte ngahan bulan lalu.

Menurutnya, jika sebelum ini hampir 20 kubur perlu digali setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 9 malam, namun sejak bulan lalu jumlah itu semakin berkurangan.

"Bersyukur sekarang semakin kurang kubur perlu disediakan dan semoga keadaan ini berteru san. Senario ini mungkin disebab kan semakin ramai divaksin," katanya baru-baru ini. 

Nada yang sama disuarakan penggali kubur di Tanah Perkuburan Selat Klang, Ismail Othman, 54, yang mengakui penurunan kes kematian memboleh kannya mempunyal lebih masa untuk berehat berbanding sebelum ini.

Dia yang berpengalaman selama 10 tahun memaklumkan proses pengebumian semasa lon jakan kematian akibat Covid-19 mencecah sehingga 30 sehari.

"Memang mencabar sebelum ini apabila bekerja 17 jam sehari bermula pukul 8 pagi hingga 1 pagi keesokannya setiap hari.

"Namun, alhamdulillah lega sedikit apabila kini purata penge. bumian antara tiga hingga empat jenazah sehari," ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseku tuan (Jawi), Mohd. Firdaus Za karia berkata, jumlah jenazah Covid-19 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sak inah, Kuala Lumpur berkurangan. sejak beberapa minggu lalu.

Jelasnya, sepanjang bulan lalu tanah perkuburan itu menerima sehingga 25 jenazah Covid-19 dan kini bilangannya berkurangan bawah 10.

Dalam pada itu, di Bentong, wakil pasukan pengurusan jena zah Covid-19 al-Kifayah, Ahmad Fariz Ahmad Rusli, 49, berkata, tiada kes kematian direkodkan minggu ini, namun pasukan nya sentiasa bersiap sedia memandang kes masih banyak.

"Sudah tiga hari tiada kemiatian dan kami berharap la berterusan, namun kami juga sentiasa bersedia memandangkan banyak

kes baharu dan terdapat banyak lagi kluster di negeri ini," ujarnya.

Situasi berbeza berlaku di di Kedah, apabila pasukan penggali kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Mawardah, Sungai Batu di Merbok dan Tanah Perkuburan Raudatus Salihin di Taman Kelisa, Sungai Petani mengakui tidak me nang tangan menyediakan liang lahad susulan peningkatan kes.

Seorang petugas, Saiful Shahrahan, 38, berkata, sejak dua bulan lalu dia dan rakannya tidak per nah bercuti kerana setiap hari ter dapat kes kematian.

Sementara itu, seorang lagi penggali kubur, Muhammad Osman berkata, sejak ditugaskan sebagai penggali untuk mangsa Covid-19 mulai Julai lalu, hampir 200 jenazah telah dikebumikan.

"Walaupun letih bekerja setiap hari tetapi demi tugas yang diamanahkan kami berjaya me laksanakannya," katanya.

Selain itu, di Terengganu, Pengarah Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Rosman Abdullah berkata, pihaknya masih tidak menang tangan mengebumikan jenazah antara dua hingga 11 mangsa Covid-19 setiap hari.

"Sejak akhir-akhir ini, hampir setiap hari pasti ada tugasan mengebumikan jenazah Covid-19 di seluruh negeri ini.

"Lebih 81 peratus jenazah terbabit terdiri daripada ind vidu berusia 40 tahun ke atas," jelasnya.