Pengerusi IKM Terengganu, Li Hui Ling berkata, majlis tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli kimia yang menganggotai IKM selain menghargai sumbangan mereka sepanjang tahun lalu.
“Kebanyakan ahli IKM Terengganu terdiri daripada kakitangan Jabatan Kimia Malaysia, pensyarah, pegawai sains Universiti Malaysia Terengganu, ahli kimia Makmal Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu dan syarikat swasta,” katanya.