Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI, MOHD.
AZLI ADLAN, ROHANA MOHD.
NAWI dan NUR AMALINA AZMAN
PETALING JAYA – Bebanan tugas pendidik selain sistem pendigitalan secara dalam talian
yang tidak mampu dikuasai terutama dalam kalangan guru lama
antara faktor ramai warga pendidik memohon untuk bersara
awal.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP), Aminuddin Awang
berkata, perkara itu antara isu
yang sekian lama diperkatakan
selain pernah diutarakan kepada Kementerian Pendidikan
(KPM).
“Faktor terbesar memang beban tugas sebab mereka sudah
tak sanggup berdepan dengan
kerja-kerja tersebut.
Kita tak
boleh sekat mereka untuk bersara, tapi yang penting ada usaha
mengurangkan beban tugas guru
ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
bahawa guru Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris antara yang
paling ramai memohon bersara
awal berdasarkan rekod KPM
sepanjang 2021 dan 2022.
Menurut Fadhlina, bilangan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memohon
persaraan pilihan berdasarkan
enam opsyen utama tertinggi
adalah Bahasa Melayu (2,862),
Bahasa Inggeris (1,146), Matematik (1,015), Pendidikan Islam
(755), Sains (629) dan Sejarah
(483).
Mengulas lanjut, Aminuddin
berkata, pada masa ini diakui
KPM mempunyai inisiatif dalam
mengurangkan bebanan ditanggung oleh guru, namun keberkesanannya mungkin belum dapat
dilihat lagi.
“Sudahlah bebanan tugas
ditambah, tekanan guru-guru
dengan sistem pendigitalan turut
menjadi faktor,” katanya.
Di Kuala Terengganu, Terengganu, seorang bekas guru Bahasa Melayu nekad bersara awal
setelah tidak mampu menguasai
teknologi bagi tujuan pengajaran.
Bekas guru yang mahu dikenali Ramli, 58, berkata, dia mengakui tidak berupaya mengikut
kehendak pengajaran semasa yang ditetapkan kementerian.
“Saya tidak begitu mahir
menggunakan komputer dan
gajet lain sedangkan ia tuntutan
pengajaran masa kini.
“Saya akur untuk mengundur
diri daripada profesion perguruan yang saya cintai,” katanya
yang bersara awal pada 2018.
Di Langkawi, Kedah, seorang
guru Bahasa Melayu yang bersara tahun lalu dikenali Rohani,
57, berkata, mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
merupakan subjek dengan waktu
mengajar terbanyak.
“Kebiasaannya jumlah guru
yang mengajar subjek lain adalah
kira-kira separuh daripada jumlah guru yang mengajar Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.
“Jadi, pastinya saban tahun
jumlah guru bahasa yang pencen
juga adalah lebih ramai berbanding guru subjek lain,” katanya.
Di Kota Bharu, Kelantan,
bekas guru, Noriha Yusoff, 56,
berkata, dia sepatutnya bersara
wajib dua tahun lagi, namun bersara pada tahun ini selepas tidak
dapat mengikuti perkembangan
teknologi maklumat.
“Saya perlu menggunakan
komputer untuk setiap sesi
pembelajaran. Keadaan itu menyebabkan saya agak tertekan,”
ujarnya.