Translate

Thursday, April 30, 2026

Rezeki tunai haji tiba pada usia 70 tahun

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang wanita warga emas bersyukur doa puluhan tahun untuk dijemput menjadi tetamu Allah termakbul apabila terpilih menunaikan ibadah haji bagi musim kali ini. 

Zainab Mamat, 70, berkata, tambah manis, ini panggilan kedua selepas kali pertama pada tahun lalu terpaksa ditangguhkan ekoran masalah kesihatan. 

“Tahun lepas saya menangguhkan hasrat ke Ta­nah Suci apabila mengalami keuzuran sehingga memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan. 

“Alhamdulillah kesihatan saya kini bertambah baik,” katanya ketika ditemui di Binjai Manis di sini semalam. 

Katanya, dia dijadual berangkat ke Tanah Suci bersendirian tanpa pengiring pada 25 April ini selepas suaminya, Awang Seman Awang Teh meninggal dunia dua tahun lalu. 

Katanya, dia dan arwah suami mengumpul duit secukupnya untuk menunaikan haji sejak usia muda.

 “Niat kami untuk ‘buat’ haji bersama-sama, namun apakan daya, Allah lebih sayangkan suami. “Arwah suami meninggal dunia sebelum kami sempat menerima tawaran daripada Tabung Haji,” katanya. 

Zainab berkata, buat masa ini, dia berlatih berjalan kaki dua kali sehari di taman rekreasi berhampiran rumahnya bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan stamina. 

Katanya, aktiviti riadah itu sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci dalam keadaan cergas dan sihat.

Pas gesa adakan sidang khas Parlimen tangani konflik

KUALA NERUS – Pas menggesa Dewan Rakyat agar segera mengadakan sidang khas bagi menangani gangguan ekonomi global yang sedang dirasai berikutan konflik Asia Barat. 

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sidang khas Parlimen tersebut membolehkan semua wakil rakyat termasuk pembangkang menyumbang idea bersama-sama bagi menangani isu yang dilihat semakin menekan rakyat.

 “Cadangan kita (Pas) adakan sidang khas Parlimen supaya semua pihak dapat berbincang dan memberi pandangan. 

“Sepatutnya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengambil langkah demikian kerana kita berada dalam satu kapal (Malaysia) yang sama,” katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Terengganu, di sini semalam. 

Terdahulu, beliau menghadiri Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-5. 

Abdul Hadi berkata, semua pihak termasuk pembangkang perlu dilibatkan bagi bersama-sama menangani krisis ekonomi global memandangkan impak negatifnya mula dirasai oleh seluruh rakyat.

 Beliau menegaskan, perbezaan politik perlu diketepikan dalam mendepani isu ekonomi berkenaan. “Beban (penyelesaian krisis ekonomi global) tersebut tidak boleh dipikul oleh kerajaan semata-mata,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi mencadangkan agar negara menjalinkan kerjasama serantau dengan negara-negara jiran seperti Indonesia bagi mengatasi krisis tenaga global tersebut. 

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia masing-masing mempunyai sumber minyak sendiri dan kerjasama erat diyakini mampu mengurangkan impak krisis tenaga yang disebabkan konflik Asia Barat.

 Sebelum ini, Anwar memberitahu ketegangan berterusan di Asia Barat dijangka menjejaskan rantaian bekalan global, khususnya sektor tenaga, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi negara. 

Beliau juga tidak menolak kemungkinan fasa pemulihan ekonomi akan mengambil masa panjang.

Wednesday, April 29, 2026

Batuk, selesema selepas ziarah raya

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN, LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR dan MOHD SHARKAWI LONDING

PETALING JAYA – Kunjungan ke rumah terbuka dan aktiviti ziarah raya dilihat antara punca orang ramai dijangkiti demam, batuk dan selesema ketika me­nyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Keadaan itu diakui seorang kakitangan swasta apabila dia sekeluarga mengalami batuk dan selesema selepas menghadiri rumah terbuka di Kedah. 

Mohd. Hussain Amran, 39, berkata, pada mulanya dia tidak sihat sebelum dua anak dan isterinya turut batuk dan selesema sebaik pulang ke kediaman mereka di Batu Gajah, Perak. 

“Saya dan beberapa ahli keluarga yang lain  ke Sungai Petani bagi memenuhi jemputan rumah terbuka Aidilfitri. Sewaktu berada di sana tak dinafikan memang ada dalam kalangan pengunjung batuk dan selesema,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam. 

Katanya, dia sekeluarga kemudian mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin dan hanya keluar dari rumah selepas pulih dari batuk dan selesema. 

“Alhamdulillah, kami biasanya tak ambil masa panjang untuk pulih dari batuk atau selesema tetapi ada kenalan yang selepas seminggu pun masih lagi sakit,” katanya. 

Di Johor Bahru, seorang wanita, Siti Noor Asiah Muda memberitahu, dia dan empat ahli keluarganya dijangkiti demam virus dengan jangkitan bermula dari anak sulung berusia enam tahun. 

Katanya, anaknya itu mula menunjukkan simptom tidak sihat dengan mengalami selesema selepas beberapa hari menjalani sesi persekolahan. 

Jelasnya, pada mulanya hanya selesema sebelum keadaan bertambah teruk dengan demam dan batuk berpanjangan.

“Selepas dua hari demam, keadaannya semakin baik yang membolehkannya ke sekolah seperti biasa. Bagaimanapun, situasi kembali membimbangkan apabila dia sekali lagi dijangkiti menyebabkan simptom demam, batuk berulang. 

“Bimbang dengan keadaan itu, saya membawanya ke klinik dan doktor mengesahkan dia demam virus yang mudah berjangkit, khususnya dalam kalangan kanak-kanak,” ujarnya.

 Sehubungan itu, doktor menasihatkan kami sekeluarga agar menjalani kuarantin di rumah bagi mengelakkan penularan jangkitan kepada orang lain.

 “Dalam kuarantin, anak kedua mula batuk sebelum saya dan suami juga demam dan selsema,” katanya. Sementara itu, di Kuala Terengganu, seorang lelaki warga emas yang sedang dalam pemulihan akibat serangan strok dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman paru-paru dipercayai berpunca daripada aktiviti ziarah raya. 

Anak perempuannya, Siti Salma Yaakob, 43, berkata, bapanya, terpaksa bermalam empat hari di wad untuk menerima rawatan. “Pada mulanya, anak kedua saya demam, batuk dan selsema sebelum berjangkit kepada saya dan anak ketiga serta ayah. 

“Sewaktu saya dan dua anak semakin pulih, demam ayah tidak kebah sehingga mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

 “Doktor yang merawat bapanya mengesyaki penyakit itu disebabkan jangkitan virus yang tersebar ekoran aktiviti ziarah raya,” ujarnya.

Bah di Terengganu terus memburuk

KUALA TERENGGANU - Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat mendadak melepast lebih 21,000 orang semalam ekoran hujan lebat berterusan melanda negeri ini sejak Selasa lalu. 

Semua daerah kecuali Kuala Terengganu terjejas termasuk Kuala Nerus yang mula ditenggelami bah pada petang kelmarin. 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat pukul 12 tengah hari, 21,863 mangsa daripada 6,184 keluarga berada di 226 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah terlibat. 

"Besut kekal daerah paling terjejas dengan 10352 mangsa daripada 2,784 keluarga berada di 100 PPS. Sebanyak 4,451 mangsa daripada 1,244 keluarga pula ditempatkan di 46 PPS di Setiu. katanya di sini semalam. 

Katanya, sebanyak 38 PPS yang menempatkan 4,136 mangsa daripada 1,319 keluarga berada di Hulu Terengganu. 

Kemaman mempunyai 1481 mangsa daripada 438 keluarga di 17 PPS. Sebanyak 673 mangsa daripada 173 keluarga masih berlindung di sembilan PPS di Marang Sebanyak 15 PPS dibuka di Dungun menempatkan 699 mangsa daripada 208 keluarga," katanya. 

Beliau berkata, Kuala Nerus mempunyai 71 mangsa daripada 18 keluarga yang berada di PPS Dewan Wakaf Catur Batu Rakit. 

Sementara itu, jemaah Masjid Kampung Bukit Tadok, Telemong di Hulu Terengganu yang mengharungi banjir untuk ke masjid terpaksa mendirikan solat zuhur menggantikan solat Jumaat berikutan jemaah yang tidak mencukupi.

 Masjid Kampung Bukit Tadok digunakan penduduk tiga kampung laitu jemaah dari Kampung Paloh Nyior, Kampung Pelam dan Kampung Tanah Lot, Bukit Tadok. 

Banjir menyebabkan penduduk dari Kampung Paloh Nyior dan Kampung Pelam tidak dapat hadir untuk menunaikan solat Jumaat.

Nelayan maut, dua bot fiber bertembung di muara

 

SETIU – Seorang nelayan yang keluar ke laut untuk memukat udang maut selepas bot yang dinaikinya bertembung dengan sebuah bot fiber lain dalam kejadian di muara Sungai Mangkok di sini semalam.

 Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Adli Zakaria, 53, meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam laut akibat pelanggaran bot berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Adli bersama rakannya berusia 55 tahun dalam perjalanan untuk memukat udang di perairan Setiu. 

“Sebaik tiba di muara Sungai Mangkok, bot fiber dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba gagal mengelak selepas bertembung dengan sebuah bot nelayan lain yang dalam perjalanan ke jeti berhampiran.

 “Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa (Mohd. Adli) yang sedang duduk di bahagian hadapan botnya hilang imbangan lalu terhantuk di bahagian dek sebelum tercampak ke dalam laut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Mohd. Zain berkata, rakan nelayan segera menyelamatkan Mohd. Adli sebelum membawanya naik semula ke atas bot fiber mereka. 

Beliau berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri segera dikejarkan ke Jeti Kampung Baru Penarik di sini. 

“Pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa (Mohd. Adli) telah meninggal dunia. “Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Mohd. Zain berkata, setakat ini, kematian Mohd. Adli diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

 Beliau menasihatkan kalangan nelayan supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri sewaktu berada di laut.

Tuesday, April 28, 2026

Kadar cerai Terengganu naik 36 peratus


Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Kadar perceraian pasangan beragama Islam di negeri ini meningkat 36 peratus apabila sebanyak 3,810 kes direkodkan tahun lalu berbanding 2,798 kes pada 2024. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang, Zuraida Mohd. Noor berkata, kadar perceraian yang berlaku tahun lalu merupakan yang tertinggi di Terengganu dalam tempoh tujuh tahun. 

Katanya, sebagai perbandingan, hanya 1,803 kes pencerai an direkodkan bagi pasangan Muslim pada 2023 di negeri ini. 

“Data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut meletakkan Terengganu dalam kelompok lapan negeri tertinggi (penceraian) bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu. 

“Ini bukan sekadar angka statistik, tetapi amaran kepada krisis sosial,” katanya ketika membahaskan titah Pemangku Raja Terengganu pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini semalam. 

Katanya, majoriti pasangan bercerai adalah golongan muda dengan tempoh perkahwinan bawah 10 tahun.

 Kebanyakan perceraian berlaku disebabkan tekanan ekonomi, kegagalan komunikasi dan ketidakstabilan emosi. 

“Peningkatan kadar perceraian ini merupakan petunjuk awal krisis sosial yang perlu ditangani segera kerajaan negeri. Saya mencadangkan langkah intervensi strategik diambil bagi menangani masalah tersebut,” katanya. 

Zuraida berkata, ia meliputi pendekatan memperkukuh ekonomi pasangan muda, mewajibkan pendidikan pengurusan kewangan serta menambah baik modul kursus praperkahwinan agar lebih praktikal.

Hampir semua negeri dilanda banjir



Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA, MOHD. AZLI ADLAN, NORLIDA AKMAR IDROS, ROHANA ISMAIL, WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI, NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL dan NOR AINNA HAMZAH

PETALING JAYA -Situasi banjir di seluruh negara semakin memburuk apabila beberapa lagi buah negeri mula merekodkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat pukul 5 petang semalam, sembilan negeri telah dilanda banjir Monsun Timur Laut (MTL) dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi mangsa yang berpindah laitu 69096 orang daripada 21,643 keluarga. 

Selain Kelantan, negeri-negeri lain yang turut terjejas lalah Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Peris, Selangor, Johor, Perak dan Melaka. 

Di Kelantan, sebanyak 10 dae rah di negeri itu dinaiki air dengan Pasir Masserta Tumpat men jadi kawasan paling terjejas.

Seramai 22,486 penduduk dari 7763 keluarga di Pasir Mas telah dipindahkan ke 56 PPS, manakala Tumpat mencatat seramal 10,806 mangsa banjir. 

Selain itu, beberapa jalan d daerah Tanah Merah turut ditutup kepada semua kenderaan sejak beberapa hari lalu. 

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, antara jalan persekutuan yang ditutup ialah Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Kilometer 0km) 74 sehingga km 8.4. 

Bagaimanapun, di Kuala Krai,  lapan jalan utama yang sebelum ini ditutup telah mula dibuka kepada semua kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, jalan yang dibuka ialah Jalan Kota Bharu-Gua Musang Seksyen 328.2 berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungal Durian dan Jalan Kota Bharu-Gua Musang Seksyen 327.3. 

Di Terengganu, bencana banjir terus memburuk apabila jum lah mangsa yang dipindahkan meningkat mendadak melebihi 21,000 orang Besut masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 10,352 mangsa daripada 2,784 keluarga di 100 PPS diikuti Setiu dengan 4,451 mangsa (1,224 keluarga) di 46 PPS. 

Di Kedah, kejadian banjir di enam daerah di negeri ini dianggap antara yang terburuk pernah berlaku sejak lima tahun lalu. la susulan banyak kawasanyang tidak dinaiki air sebelum ini turut terjejas. 

Sehingga petang semalam,seramai 5,701 mangsa daripada 1,715 keluarga telah dipindahkan ke 43 PPS di daerah Padang Terap, Kubang Pasu, Kota Setar, Sik,Pokok Sena dan Kuala Muda. 

Seorang mangsa, Nor Amiza Ahmad Shukri, 42, yang tinggal di Kampung Semeliang, Kuala Nerang, berkata, dia hanya menyedari air masuk ke dalam rumah pada pukul 8 malam kelmarin dan ketika itu hanya paras buku lali. 

Sementara itu di Negeri Sembilan sebanyak 20 PPS di empat daerah di negeri ini mula dibuka semalam membabitkan 1,827 mangsa. 

Empat daerah yang terlibat ialah Tampin (1,337 mangsa).Kuala Pilah (224), Jempol (248) dan Port Dickson (18).

RM1.8 juta tingkat fasiliti teknologi maklumat pusat tahfiz

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih dan meningkatkan infrastruktur termasuk fasiliti teknologi maklumat 18 buah pusat tahfiz dan pondok di Terengganu. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bagi memastikan institusi tahfiz dan pondok terbabit tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi semasa. 

“Penguasaan teknologi maklumat termasuk Artificial Intelligence (kecerdasan buatan) ini penting, jangan kita ketinggalan dan biarkan orang lain terus ke hadapan. 

“Selain itu, penguasaan teknologi AI dalam kalangan pelajar institusi pendidikan agama juga amat penting,” katanya pada majlis Ramah Mesra Madani bersama pelajar tahfiz Terengganu di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu, di sini semalam. 

Anwar turut menasihatkan pelajar tahfiz dan pondok agar fasih dalam bahasa lain selain bahasa Arab dan bahasa Melayu terutama bahasa Inggeris bagi menguasai teknologi maklumat. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan sebanyak RM60 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan di Terengganu pada tahun ini.

 “Ia bagi memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan rakyat serta pembaikan perumahan, khususnya melibatkan golongan berpendapatan rendah. 

“Program itu akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan bantuan disampaikan secara berkesan kepada golongan sasar,” katanya.

Monday, April 27, 2026

Rimbunan Sastera Terengganu


 SEBAHAGIAN penyair Terengganu yang menjayakan program Rimbunan Sastera sempena Hari Puisi Kebangsaan peringkat Terengganu di Teratak Wan Zul, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Perkasa Ulul Albab

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

DUNGUN – Program Ulul Albab di semua 58 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara sejak dua tahun lalu akan terus diperkasa bagi melahirkan pelajar keluaran institusi tersebut yang seimbang intelek dan rohani. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, program khatam dan huffaz al-Quran tersebut telah mula menunjukkan hasil dengan 221 pelajar terlibat mencapai keputusan cemerlang semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini. 

“Kita boleh melihat perbezaan kualiti pelajar (MRSM) sekarang, mereka mempunyai keseimbangan intelektual dan spiritual. 

“Keputusan SPM lalu mencerminkan kerja kuat kita semua. Lima MRSM berada dalam kelompok lima teratas sekolah terbaik negara,” katanya ketika merasmikan MRSM Dungun di sini semalam. 

Lima MRSM terbabit ialah Tun Ghafar Baba, Pengkalan Chepa, Taiping, Gemencheh dan Kuala Kubu Bharu. 

Ahmad Zahid berkata, tambah membanggakan, MRSM Tun Ghafar Baba muncul sebagai sekolah terbaik negara dengan 85 calon memperolehi semua A+. 

Beliau berkata, beberapa MRSM Ulul Albab seperti MRSM ATM Bera dan Bagan Datuk turut berjaya menempatkan diri dalam kelompok 15 terbaik negara biarpun masih baharu dibuka. 

“Sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian ini, Mara telah menyalurkan insentif sebanyak RM100,000 kepada setiap lima MRSM yang telah menunjukkan kecemerlangan SPM. 

“Saya juga berbesar hati mengumumkan kelulusan tambahan sebanyak RM650,000 kepada MRSM Tun Ghafar Baba bagi tujuan baik pulih infrastruktur dan fasiliti maktab,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, MRSM juga akan memberi keutamaan terhadap pengukuhan kualiti akademik dan penguasaan bidang strategik masa depan khususnya dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, kecerdasan buatan, teknologi digital dan inovasi. 

Beliau berkata, selain kerjasama strategik dengan alumni, industri, universiti dan rakan antarabangsa akan diperluas demi kebaikan pelajar MRSM.

 “Saya tidak mahu pelajar MRSM bukan hanya berbangga dapat banyak A (dalam SPM), tetapi yakin, petah dan bersedia tidak kekok apabila berdepan dengan situasi sebenar, sama ada dalam temu duga, perbincangan atau cabaran,” katanya. 

Untuk rekod, seramai 7,636 calon daripada 57 MRSM di seluruh negara memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2025 yang diumumkan baru-baru ini.

Kuota bumiputera ke matrikulasi kekal

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

MARANG – Dasar kerajaan menawarkan tempat secara automatik ke matrikulasi atau program setara kepada pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 10A tanpa mengira kaum tidak akan menggugat kuota kemasukan bumiputera sedia ada. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kuota 90 bumiputera bagi kemasukan ke program matrikulasi tetap dikekalkan. Beliau berkata, ia selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan yang memberi akses adil terhadap semua pelajar termasuk dalam kalangan kurang berkemampuan dan tidak mendapat kemudahan pembelajaran sebaiknya. 

“Kita iktiraf (pelajar memperoleh) 10A tetapi anak-anak bbbumiputera tetap dijamin kouta 90 peratus (ke program matrikulasi).

 “(Pelajar) yang paling pintar, anak orang kaya tidak disisihkan, 90 peratus kuota (ke program matrikulasi) dikekalkan supaya jurang pendidikan tidak terus melebar,” katanya di Bukit Payong di sini semalam. 

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan majlis pecah tanah Kolej Matrikulasi Terengganu.

 Sebelum ini, kerajaan memutuskan semua 6,717 pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan ditawarkan tempat secara automatik ke program matrikulasi atau laluan setara. 

Anwar berkata, dasar pendidikan nasional menekankan keadilan kepada semua tanpa tumpuan diberikan terhadap pelajar sekolah elit dan anak golongan kaya semata-mata. 

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu yang dianggarkan menelan kos RM27 juta perlu disegerakan. 

Beliau berkata, keperluan mendesak berikutan Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang masih belum mempunyai kolej matrikulasi sedang permohonan ke program tersebut pada tahun ini didapati melebihi 7,000 orang. 

“Kalau boleh disegerakan dengan kerja-kerja pembinaan bermula dua bulan dari sekarang. “Pembinaannya moden berkonsep vertical school yang mengintegrasikan semua kemudahan dalam satu kawasan seperti dilakukan di Kota Madani, Putrajaya,” katanya.

Sunday, April 26, 2026

Sakit ‘berpindah’ dari rumah terbuka

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN, LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR dan MOHD SHARKAWI LONDING

PETALING JAYA – Kunjungan ke rumah terbuka dan aktiviti ziarah raya dilihat antara punca orang ramai dijangkiti demam, batuk dan selesema ketika me­nyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Keadaan itu diakui seorang kakitangan swasta apabila dia sekeluarga mengalami batuk dan selesema selepas menghadiri rumah terbuka di Kedah. 

Mohd. Hussain Amran, 39, berkata, pada mulanya dia tidak sihat sebelum dua anak dan isterinya turut batuk dan selesema sebaik pulang ke kediaman mereka di Batu Gajah, Perak. 

“Saya dan beberapa ahli keluarga yang lain  ke Sungai Petani bagi memenuhi jemputan rumah terbuka Aidilfitri. Sewaktu berada di sana tak dinafikan memang ada dalam kalangan pengunjung batuk dan selesema,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam. 

Katanya, dia sekeluarga kemudian mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin dan hanya keluar dari rumah selepas pulih dari batuk dan selesema. 

“Alhamdulillah, kami biasanya tak ambil masa panjang untuk pulih dari batuk atau selesema tetapi ada kenalan yang selepas seminggu pun masih lagi sakit,” katanya. 

Di Johor Bahru, seorang wanita, Siti Noor Asiah Muda memberitahu, dia dan empat ahli keluarganya dijangkiti demam virus dengan jangkitan bermula dari anak sulung berusia enam tahun. 

Katanya, anaknya itu mula menunjukkan simptom tidak sihat dengan mengalami selesema selepas beberapa hari menjalani sesi persekolahan. 

Jelasnya, pada mulanya hanya selesema sebelum keadaan bertambah teruk dengan demam dan batuk berpanjangan.

“Selepas dua hari demam, keadaannya semakin baik yang membolehkannya ke sekolah seperti biasa. Bagaimanapun, situasi kembali membimbangkan apabila dia sekali lagi dijangkiti menyebabkan simptom demam, batuk berulang. 

“Bimbang dengan keadaan itu, saya membawanya ke klinik dan doktor mengesahkan dia demam virus yang mudah berjangkit, khususnya dalam kalangan kanak-kanak,” ujarnya.

 Sehubungan itu, doktor menasihatkan kami sekeluarga agar menjalani kuarantin di rumah bagi mengelakkan penularan jangkitan kepada orang lain.

 “Dalam kuarantin, anak kedua mula batuk sebelum saya dan suami juga demam dan selsema,” katanya. Sementara itu, di Kuala Terengganu, seorang lelaki warga emas yang sedang dalam pemulihan akibat serangan strok dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman paru-paru dipercayai berpunca daripada aktiviti ziarah raya. 

Anak perempuannya, Siti Salma Yaakob, 43, berkata, bapanya, terpaksa bermalam empat hari di wad untuk menerima rawatan. “Pada mulanya, anak kedua saya demam, batuk dan selsema sebelum berjangkit kepada saya dan anak ketiga serta ayah. 

“Sewaktu saya dan dua anak semakin pulih, demam ayah tidak kebah sehingga mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

 “Doktor yang merawat bapanya mengesyaki penyakit itu disebabkan jangkitan virus yang tersebar ekoran aktiviti ziarah raya,” ujarnya.

Sungai Terengganu antara terbersih di seluruh negara

 KUALA TERENGGANU – Lembangan sungai utama di Terengganu berada pada tahap terbaik, malah dianggap lebih bersih berbanding negeri-negeri lain di seluruh negara. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kebanyakan lembangan sungai tersebut mencapai Indeks Kualiti Air (IKA) Kelas 1 iaitu bersih. 

“Berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS), status IKA bagi sungai berkaitan berada dalam Kelas I. 

“Hanya tiga stesen pemantauan di Sungai Terengganu dan Sungai Besut berada dalam Kelas II,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini semalam. 

Beliau menjawab soalan Yusop Majid (Parti Pribumi Bersatu Malaysia-Permaisuri) berhubung kualiti air sungai di Terengganu.

 Razali memaklumkan, IKA Kelas I menunjukkan kualiti air su ngai memenuhi keperluan sebagai sumber air mentah untuk bekalan air minuman melalui rawatan konvensional.

 Ia juga sesuai bagi aktiviti rekreasi berasaskan air

. “Kerajaan Terengganu komited melaksanakan Dasar Pelepasan Sifar bagi mengawal beban pencemaran sungai.

 “Kita juga melaksanakan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi memastikan sumber air mencukupi selain mengekalkan keseimbangan ekosistem secara holistik,” kata beliau. 

Razali berkata, Terengganu turut memperketatkan pematuhan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) yang bertujuan untuk mengawal hakisan tanah dan mendapan sedimen yang boleh menjejaskan kapasiti aliran sungai. 

“Pewartaan rizab sungai turut menjadi keutamaan bagi melin dungi tebing daripada pencerobohan dan pembangunan tidak terkawal,” katanya.

Pemandu Maxim dapat duit raya

 

 

Sebahagian pemandu e-hailing di Pantai Timur yang diraikan Maxim E-hailing Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri di Kuala Terengganu, Terengganu barubaru ini.

Saturday, April 25, 2026

Reunion SMTIZ

 

Sebahagian 100 bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah (SMTIZ) Dungun tahun 1981 hingga 1987 yang memeriahkan majlis Tautan Ukhuwwah di Kolej Vokasional Dungun, Terengganu baru-baru in

Wang RM53,000 lesap diperdaya 3 scammer sekali gus

KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam mengalami malang bertimpa-timpa apabila diperdaya tiga sindiket penipuan berbeza dalam tempoh kurang seminggu sehingga menyebabkan kerugian RM53,035.49. 

Perkara itu berbongkar selepas lelaki berusia 48 tahun tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4.29 pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila mangsa berminat untuk membeli sebuah kereta terpakai setelah melihat iklan mengenainya di laman Facebook pada 8 April lalu.

 “Mangsa membuat bayaran keseluruhan berjumlah RM15,955.49 untuk membeli kenderaan tersebut menerusi enam transaksi ke dalam lima akaun bank yang diberikan oleh suspek tersebut.

 “Bagaimanapun kenderaan yang dijanjikan tidak diterima menyebabkan dia yang tidak berpuas hati mencari khidmat perunding bagi menyelesaikan masalah tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Azli berkata, pencariannya di laman Facebook membawa kepada perkenalan dengan seorang individu yang mengaku pegawai penyiasat jenayah komersial. 

Katanya, mangsa seterusnya membuat bayaran RM7,280 bagi khidmat penyelesaian kes penipuan pembelian kereta kepada ‘pegawai penyiasat’ berkenaan. 

“Dalam masa sama, mangsa turut memohon pinjaman wang (secara dalam talian) sebagai ikhtiar menyelesaikan masalah pembelian kereta. Kali ini dia melakukan 10 transaksi berjumlah RM29,800 ke dalam tiga bank seperti diarah suspek kononnya bagi kelulusan pinjaman,” katanya. 

Azli berkata, penjawat awam itu hanya menyedari dia diperdaya dengan perkhidmatan perunding dan skim pembiayaan tersebut setelah membuat transaksi terakhir pada Isnin lalu.

 Selain simpanan peribadi, sebahagian wang yang lesap tersebut dipinjam daripada ahli keluarganya.

 “Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Friday, April 24, 2026

Harumanis tidak dapat, duit RM25,280 pula kena kebas

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga bukan sahaja kempunan buah mangga harumanis kegemarannya, malah kerugian RM25,280 akibat diperdaya dalam urus niaga jualan yang tidak wujud.

 Lelaki berusia 53 tahun itu yang menyedari tertipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 7.41 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, peniaga tersebut tertarik dengan iklan menjual buah mangga harumanis yang dilihatnya menerusi laman Facebook pada pukul 6 petang. 

“Mangsa yang berminat telah menghubungi nombor telefon tertera sebelum diberi pautan yang mengandungi kod QR (respon pantas). 

“Telefon bimbit mangsa kemudiannya tiba-tiba tidak berfungsi selama kira-kira 20 minit setelah imbasan ke kod QR itu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. 

Menurutnya, peniaga terbabit yang mencurigai menjadi mangsa sindiket penipuan atau scammer kemudiannya telah menghubungi pihak bank untuk memeriksa akaun bank peribadinya. 

Katanya, pihak bank kemudiannya mengesahkan berlaku tiga pengeluaran melibatkan amaun keseluruhan RM25,280 dalam tempoh 20 minit tersebut. 

“Mangsa segera ke balai polis untuk melaporkan kes tersebut yang sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.


Hasil padi Batu Rakit merosot 70%

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA NERUS – Cuaca panas yang melanda negara termasuk Terengganu pada masa ini memberi kesan terhadap pengeluaran hasil padi yang dijangka berkurangan sehingga 70 peratus di Batu Rakit di sini.

 Ketua Unit Pesawah Kampung Darat Hilir, Batu Rakit, Mohd. Yusof Sulong berkata, bendang seluas hampir 50 hektar yang diusahakan mereka dijangka hanya mampu menghasilkan 60 tan padi berbanding 200 tan pada musim sebelum ini. 

“Cuaca kering berpanjangan mengurangkan sumber air untuk pengairan sekali gus mengganggu pertumbuhan pokok padi. 

“Ia memberi kesan kepada kami seramai 62 orang yang mengusahakan sawah padi perkampungan ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Darat Hilir, Batu Rakit, di sini semalam. 

Mohd. Yusof berkata, penurunan mendadak pengeluaran hasil padi itu sudah pasti akan memberi kesan terhadap pendapatan mereka sebagai pesawah.

 Beliau berkata, rata-rata mereka masing-masing mengeluarkan modal sekurang-kurangnya RM2,000 untuk membeli benih padi dan racun. 

“Setakat ini, kita baru menuai lebih enam hektar daripada keseluruhan 48.56 hektar sawah padi diusahakan. 

“Sudah ada kebimbangan kami sukar mendapat keuntungan biarpun pulangan balik modal pusingan ekoran pengeluaran hasil terlampau sedikit,” katanya. 

Sementara itu, seorang pesawah, Mohammad Zakaria, 67, menjangkakan hanya mampu meraih empat tan hasil padi daripada 2.83 hektar sawah diusahakan. 

“Biasanya saya mampu mendapat hasil paling kurang sembilan tan semusim. 

“Saya juga risau kos bahan api akan membuatkan kos-kos pengeluaran padi yang lain juga akan meningkat,” jelasnya.

Thursday, April 23, 2026

Pelajar USIM johan qari tilawah

 

KUALA NERUS – Seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak menyangka muncul johan qari Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat kebangsaan dalam percubaan pertamanya. 

Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali, 25, yang mewakili Perak bersyukur dan agak terkejut mampu menewaskan 13 peserta lain yang rata-rata lebih berpengalaman berbanding dirinya.

 “Ini kali pertama saya sertai pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan. “Terima kasih kepada ayah (Cik Sazali Jaafar, 51,) yang menjadi pendorong utama saya belajar taranum al-Quran dan menyertai pelbagai pertandingan tilawah sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas dinobat johan qari Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan di Kompeks Sukan Terengganu di sini kelmarin. 

Dia dan johan qariah, Nur Syakura Mohamad Musa, 31, dari Sarawak masing-masing menerima hadiah wang tunai RM30,000 termasuk RM10,000 untuk menunaikan haji, piala iringan, cenderamata, sijil penghargaan, bar emas dan pakej penginapan hotel. 

Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah tersebut. 

Cik Hasnul Taqiyuddin berkata, bapaya, Che Sazali yang merupakan pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan merupakan guru al-Quran pertamanya. 

Pelajar tahun tiga jurusan al-Quran dan Sunnah tersebut berkata, bapanya telah menurunkan ilmu asas ilmu tarannum kepadanya dan dua beradik lain. 

“Insya-Allah saya akan terus membuat latihan sebagai persediaan mewakili negara ke peringkat antarabangsa kelak,” katanya.

 Sementara itu, Nur Syakura juga bersyukur akhirnya berjaya muncul johan qariah setelah enam kali mencuba. 

“Benarlah usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Pengalaman sebelum ini banyak membantu saya mengenal pasti kelemahan dan perbaiki kekurangan,” katanya.

Pengusaha rumah bot Kenyir tertekan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Seramai kira-kira 73 pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir di sini, dalam dilema terpaksa menaikkan caj perkhidmatan sekurang-kurangnya 80 peratus ekoran kenaikan kos bahan api pada masa ini.

Kenaikan pakej penginapan rumah bot bagi tiga hari dua malam yang kini mencecah sehingga RM1,800 semalam itu mula menampakkan kesan negatif apabila bukan sahaja tempahan semakin berkurangan, malah segelintir pelanggan juga membatalkan hajat mereka pada saat-saat akhir.

Pengerusi Persatuan Rumah Bot Tasik Kenyir, Sulong Mustafa berkata, mereka tiada pilihan lain selain menaikkan kadar caj perkhidmatan berikutan lonjakan harga diesel yang kini mencecah RM6.02 seliter.

“Kos operasi kami naik mendadak. Secara purata, sebuah rumah bot memerlukan antara 200 hingga 400 liter diesel bagi setiap trip membawa pengunjung di Tasik Kenyir.

“Ia tidak termasuk kos penyelenggaraan yang mencecah RM200 bagi setiap trip,” katanya di sini semalam.

Sulong berkata, rata-rata pengusaha rumah bot Tasik Kenyir terpaksa menaikkan caj daripada RM1,000 kepada antara RM1,600 dan RM1,800 bagi pakej tiga hari dua malam.

Beliau berkata, berdasarkan maklum balas ahli persatuannya, tempahan rumah bot semakin berkurangan sejak pengumuman kadar baharu tersebut kira-kira seminggu lalu.

“Sebahagian pengusaha rumah bot juga mengadu segelintir pelanggan membatalkan tempahan disebabkan kenaikan caj ini,” katanya.

Seorang pengusaha rumah bot, Mohd. Rozi Jusoh berkata, sebahagian rakannya tetap meneruskan trip dengan kadar lama bagi tempahan pelanggan dibuat awal biarpun dengan margin keuntungan rendah.

Katanya, budi bicara digunakan terutama terhadap pelanggan setia dalam kalangan pemancing tegar Tasik Kenyir.

“Kita pun tak sampai hati naik­kan caj saat-saat akhir apatah lagi hilang pelanggan setia.

“Mungkin selepas ini kami guna caj fleksibel ikut harga bahan api semasa. Cuma risau kaki pancing luar Terengganu akan berkurangan apabila kos perjalanan makin mahal,” katanya.

Wednesday, April 22, 2026

Usia 70 tahun baru dapat panggilan haji

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang wanita warga emas bersyukur doa puluhan tahun untuk dijemput menjadi tetamu Allah termakbul apabila terpilih menunaikan ibadah haji bagi musim kali ini. 

Zainab Mamat, 70, berkata, tambah manis, ini panggilan kedua selepas kali pertama pada tahun lalu terpaksa ditangguhkan ekoran masalah kesihatan. 

“Tahun lepas saya menangguhkan hasrat ke Ta­nah Suci apabila mengalami keuzuran sehingga memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan. 

“Alhamdulillah kesihatan saya kini bertambah baik,” katanya ketika ditemui di Binjai Manis di sini semalam. 

Katanya, dia dijadual berangkat ke Tanah Suci bersendirian tanpa pengiring pada 25 April ini selepas suaminya, Awang Seman Awang Teh meninggal dunia dua tahun lalu. 

Katanya, dia dan arwah suami mengumpul duit secukupnya untuk menunaikan haji sejak usia muda.

 “Niat kami untuk ‘buat’ haji bersama-sama, namun apakan daya, Allah lebih sayangkan suami. “Arwah suami meninggal dunia sebelum kami sempat menerima tawaran daripada Tabung Haji,” katanya. 

Zainab berkata, buat masa ini, dia berlatih berjalan kaki dua kali sehari di taman rekreasi berhampiran rumahnya bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan stamina. 

Katanya, aktiviti riadah itu sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci dalam keadaan cergas dan sihat.

Lembangan sungai Terengganu antara terbersih

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Lembangan sungai utama di Terengganu berada di tahap terbaik malah dianggap lebih bersih berbanding negeri-negeri lain di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kebanyakan lembangan-lembangan sungai terbabit mencapai Indeks Kualiti Air (IKA) mencapai Kelas 1 iaitu bersih.

“Berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS), status IKA bagi sungai berkaitan berada dalam Kelas I.

“Hanya tiga stesen pemantauan di Sungai Terengganu dan Sungai Besut berada dalam Kelas II,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Yusop Majid (Parti Pribumi Bersatu Malaysia-Permaisuri) berhubung kualiti air sungai di Terengganu.

Razali berkata, IKA Kelas I menunjukkan kualiti air sungai terbabit memenuhi keperluan sebagai sumber air mentah untuk bekalan air minuman melalui rawatan konvensional.

Beliau berkata, sungai sama juga sesuai untuk sebarang aktiviti rekreasi berasaskan air. – KOSMO! ONLINE

3,810 pasangan Terengganu bercerai tahun lalu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kadar perceraian pasangan Muslim di Terengganu menunjukkan peningkatan kira-kira 36 peratus dengan 3,810 kes direkodkan pada tahun lalu berbanding 2,798 kes pada tahun 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Mohd. Noor berkata, kadar perceraian yang berlaku pada tahun lalu merupakan tertinggi di Terengganu dalam tempoh tujuh tahun.

Beliau berkata, sebagai perbandingan, cuma 1,803 kes penceraian dicatat dalam pasangan Muslim Terengganu pada tahun 2023.

“Data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut meletakkan Terengganu dalam kelompok lapan negeri tertinggi (penceraian) bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.

“Ini bukan sekadar angka statistik, tetapi amaran kepada krisis sosial,” katanya ketika membahaskan titah Pemangku Raja Terengganu pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Zuraida berkata, majoriti pasangan yang bercerai tersebut merupakan golongan muda dengan tempoh perkahwinan di bawah 10 tahun.

Beliau berkata, kebanyakan perceraian yang berlaku tersebut disebabkan  tekanan ekonomi, kegagalan komunikasi dan ketidakstabilan emosi. – KOSMO! ONLINE

Guru pencen kena tipu RM165,000

KUALA TERENGGANU - Seorang pesara guru wanita yang cemas selepas digertak oleh sindiket penipuan dengan mengancam keselamatan anaknya sanggup membuat pembiayaan peribadi sebelum kerugian RM165,900. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, warga emas berusia 64 tahun itu yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kelmarin memaklumkan pada mulanya, dia telah dihubungi individu tidak dikenali pada 23 November tahun lalu.

 “Suspek memperkenalkan diri kononnya pendakwa raya dan pegawai polis. Mangsa digertak kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. 

“Dia diarah untuk memohon pembiayaan peribadi sebanyak RM150,000. Keselamatan anakanaknya didakwa dalam bahaya jika arahan itu tidak dipatuhi,” katanya semalam. 

Ujarnya, mangsa turut diarahkan menyerahkan amaun keseluruhan RM36,000 ke dalam akaun bank diberi suspek sebelum melunaskannya menerusi tiga transaksi ke dalam akaun bank diberikan.

 “Permohonan pinjaman peribadi dibuat mangsa kemudiannya diluluskan dengan penerimaan RM130,000 ke dalam akaun banknya. 

“Begitupun, dia kemudiannya mendapati RM129,900 daripada amaun tersebut telah dipindahkan ke tiga akaun bank tanpa pengetahuannya,” katanya. 

Azli berkata, pemeriksaan dengan pihak bank mendapati transaksi itu dilakukan melalui pemindahan dalam talian secara berperingkat antara 30 Disember 2025 sehingga 15 Mac lalu. 

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pelajar UMT mahu selamat rakan lemas maut di Lata Ulu Kasar

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) maut sewaktu mahu menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di Lata Ulu Kasar di sini hari ini.

Insiden pada pukul 1.48 tengah hari itu mengorbankan Suraya Hassan, 22, yang merupakan pelajar jurusan Sains Gunaan Nanofizik.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Md. Dris berkata, sewaktu kejadian, mangsa bersama beberapa rakan lain yang merupakan pelajar UMT sedang mandi-manda di kawasan riadah terbabit.

“Seorang rakan mereka yang dikenali sebagai Adilah dikatakan tiba-tiba meminta pertolongan kerana hampir lemas sebelum Suraya bertindak mahu menyelamatkannya.

“Seorang lagi rakan Suraya iaitu Nur Najwa Farina Mohamed, 25, ikut serta mahu menyelamatkan Adilah mereka pula yang lemas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, Nur Najwa Farina terselamat dengan bantuan pengunjung lain yang menyaksikan kejadian.

Beliau berkata, mayat Suraya yang berasal dari Parit Haji Noor, Batu Pahat, Johor telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut.

“Nur Najwa Farina pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tuesday, April 21, 2026

Cemerlang SPM: MRSM Tun Ghafar Baba terima insentif RM650,000

 



Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Program Ulul Albab melibatkan semua 58 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara, dirintis sejak dua tahun lalu akan terus diperkasa bagi melahirkan pelajar keluaran institusi tersebut yang seimbang intelek dan rohani.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, program
khatam dan huffaz al-Quran tersebut telah mula menunjukkan hasil dengan 221 pelajar terlibat mencapai keputusan cemerlang semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

“Kita boleh melihat perbezaan kualiti pelajar (MRSM) sekarang, mereka mempunyai keseimbangan intelektual dan spiritual.

“Keputusan SPM lalu mencerminkan kerja kuat kita semua. Lima MRSM berada dalam kelompok lima teratas sekolah terbaik negara,” katanya ketika merasmikan MRSM Dungun di sini hari ini.

Lima MRSM terbabit ialah Tun Ghafar Baba, Pengkalan Chepa, Taiping, Gemencheh dan Kuala Kubu Bharu.

Ahmad Zahid berkata, tambah membanggakan, MRSM Tun Ghafar Baba muncul sebagai sekolah terbaik negara dengan 85 calon memperolehi semua A+.

Beliau berkata, sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian ini, Mara telah menyalurkan insentif sebanyak RM100,000 kepada setiap lima MRSM yang telah menunjukkan kecemerlangan SPM.

“Saya juga berbesar hati mengumumkan kelulusan tambahan sebanyak RM650,000 kepada MRSM Tun Ghafar Baba bagi tujuan baik pulih infrastruktur dan fasiliti maktab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Kerajaan Perpaduan takkan ikut jejak Muhyiddin isytihar darurat

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan mahu menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor bagi mengelak kekalahan sekiranya ia dilaksanakan pada masa terdekat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) tersebut berkata, tidak timbul soal penangguhan PRN kedua-dua negeri itu seperti didakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin memandangkan tarikh akhir pembubaran masih lama lagi.

Beliau berkata, Muhyiddin sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri sewaktu tempoh pandemik Covid-19 bukan sahaja menangguhkan pilihan raya dan menggantung Parlimen malah berniat mengisytihar darurat buat kali kedua.

“Dia (Muhyiddin) takut dengan keadaan tertentu pada masa itu tetapi kerajaan (Perpaduan) sekarang tidak pun timbul untuk tangguh PRN. Janganlah fikir apa dia buat, orang lain akan buat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan MRSM Dungun di sini hari ini.

Terdahulu Muhyiddin dipetik berkata, cadangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong agar PRN Melaka ditangguhkan bagi memberi tumpuan mengawal kenaikan kos sara hidup ekoran krisis Asia Barat sebagai petanda parti kerajaan takut mengalami kekalahan.

Ahmad Zahid berkata, cadangan penangguhan PRN tersebut adalah pendapat peribadi ahli parlimen terbabit bukannya pendirian kerajaan.

Beliau berkata, biarpun senario geopolitik di Asia Barat menjadi antara pertimbangan, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Johor tetap hak dan budi bicara Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pemangku Sultan Johor serta Yang Dipertuan Agong. – KOSMO! ONLINE

Nadma selaras bantuan mangsa kebakaran Kampung Bahagia

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah diarah untuk menyelaras bantuan terhadap sekurang-kurangnya 8,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah awal pagi semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendaftaran mangsa terjejas sedang giat dilakukan dan setakat ini lebih 900 isi rumah telah dikenal pasti.

“Nadma telah menyediakan tempat pemindahan sementara (buat mangsa kebakaran terjejas) dan melakukan penyelarasan seperti umum Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kita akan koordinasi (bantuan) dengan kerajaan negeri Sabah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan MRSM Dungun di sini hari ini.

Beliau berkata, kebakaran yang berlaku sekitar pukul 1.30 pagi semalam cepat merebak berikutan kedudukan rumah yang terlalu rapat dan faktor angin kencang.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, bantuan akan disalurkan kepada isi rumah terlibat berdasarkan penilaian kerosakan dialami. – KOSMO! ONLINE

PIBG Tabika Kemas Kampung Sekolah

 

Sebahagian ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) Tabika Kemas di Kampung Sekolah, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Monday, April 20, 2026

SDAR juara bola sepak SBP


 Pasukan bola sepak bawah 17 tahun Sekolah Dato’ Abdul Razak bergambar kenangan ketika muncul juara dalam kejohanan Star National SBP Championship Edisi ke-5 di EV Arena Elmina, Shah Alam baru-baru in

Pas gesa sidang khas Parlimen tangani impak konflik Asia Barat

KUALA NERUS – Pas menggesa Dewan Rakyat agar segera mengadakan sidang khas bagi menangani gangguan ekonomi global yang sedang dirasai berikutan konflik Asia Barat.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sidang khas Parlimen tersebut membolehkan semua wakil rakyat termasuk pembangkang menyumbang idea bersama-sama bagi menangani isu yang dilihat semakin menekan rakyat.

“Sepatutnya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengambil langkah demikian kerana kita berada dalam satu kapal (Malaysia) yang sama,” katanya di Kompleks Sukan Terengganu, di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, semua pihak termasuk pembangkang perlu dilibatkan bagi bersama-sama menangani krisis ekonomi global memandangkan impak negatifnya mula dirasai seluruh rakyat.

Beliau menegaskan, perbezaan politik perlu diketepikan dalam mendepani isu ekonomi berkenaan.

“Beban (penyelesaian krisis ekonomi global) tersebut tidak boleh dipikul oleh kerajaan semata-mata,” katanya. – KOSMO! ONLINE

RM1.8 juta tingkat fasiliti teknologi maklumat pusat tahfiz Terengganu

 

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih dan meningkatkan infrastruktur termasuk fasiliti teknologi maklumat 18 buah pusat tahfiz dan pondok di Terengganu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bagi memastikan institusi tahfiz dan pondok terbabit tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi semasa.

“Penguasaan teknologi maklumat termasuk Artificial Intelligence (kecerdasan buatan) ini penting, jangan kita ketinggalan dan biarkan orang lain terus ke hadapan.

“Selain itu, penguasaan teknologi AI dalam kalangan pelajar institusi pendidikan agama juga amat penting,” katanya pada majlis Ramah Mesra Madani bersama pelajar tahfiz negeri di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, di sini hari ini.

Anwar turut menasihatkan pelajar tahfiz dan pondok agar fasih dalam bahasa lain selain bahasa Arab dan bahasa Melayu terutama bahasa Inggeris bagi menguasai teknologi maklumat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan sebanyak RM60 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan di Terengganu pada tahun ini.

“Ia bagi memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan rakyat serta pembaikan perumahan, khususnya melibatkan golongan berpendapatan rendah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ketua Pembangkang baharu: Pas ikut pendekatan biar lambat asal selamat

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pas memohon semua pihak terutama penyokong Perikatan Nasional (PN) agar bersabar berhubung pelantikan Ketua Pembangkang baharu menggantikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang meletak jawatan baru-baru ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi jaminan pelantikan Ketua Pembangkang akan dilakukan secara tertib dan selesai sepenuhnya sebelum bermulanya sidang baharu Dewan Rakyat pada Jun depan.

“Pemilihan Ketua Pembangkang ini perlu mengambil kira bukan sahaja Ahli Parlimen Pas malah semua pembangkang.

“Kena ambil masa. Orang tua kata biar lambat asal selamat,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Tebuka Aidilfitri Pas Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi desakan agar pelantikan Ketua Pembangkang disegerakan bagi mengelak persepsi negatif terhadap PN.

Sebelum ini Hamzah yang dipecat sebagai Timbalan Presiden Bersatu telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang pada minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi memberitahu pertemuannya dengan kepimpinan Bersatu diketuai Muhyiddin di kediamanya di Rusila, Marang kelmarin telah mengukuhkan lagi hubungan parti-parti komponen PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Kita bincang perkara dasar. Alhamdulillah walaupun berbeza pendapat, kami kita (Pas dan Bersatu) bersatu dari segi dasar dan matlamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Aksi ‘wheelie’ punca pelajar tingkatan tiga maut

SETIU – Gara-gara melakukan aksi ‘wheelie’, seorang remaja lelaki 15 tahun maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh motosikal rakan sekolahnya di Kampung Pelong, Sungai Tong di sini kelmarin. 

Dalam kemalangan pada pukul 6.45 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di daerah ini meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, mangsa dan rakan sekolahnya juga berusia 15 tahun sedang menunggang motosikal secara beriringan dari sekolah mereka yang terletak berhampiran. 

“Mereka dikatakan menuju ke simpang empat Kampung Sungai Pelong-Kampung Sungai Tong di sini. “Mangsa dikatakan waktu itu sedang melakukan aksi berbahaya iaitu menunggang motosikal secara ‘wheelie’,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Mohd. Zain berkata, aksi berbahaya tersebut menyebabkan motosikal Honda C100 dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh tempat duduk belakang motosikal Yamaha Y16ZR ditunggang rakan sekolahnya berusia 15 tahun. 

Beliau berkata, impak pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan raya. “Sebuah motosikal yang ditunggang rakan sekolah mereka yang berusia 14 tahun yang berada di belakang pula gagal mengelak lalu terlanggar kepala mangsa. 

“Pelajar tingkatan tiga terbabit yang cedera parah telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sungai Tong di sini untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya. 

Mohd. Zain berkata, mayat remaja lelaki tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut. 

Beliau berkata, semakan mendapati ketiga-tiga remaja yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mempunyai lesen memandu. 

“Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa cakna tidak membenarkan anak masing-masing menunggang motosikal tanpa lesen,” katanya

Harumanis tak dapat, simpanan RM25,800 lepas dikebas ‘scammer’

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga bukan sahaja kempunan buah mangga harumanis kegemarannya malah kerugian RM25,280 akibat diperdaya dalam urus niaga jualan yang tidak wujud.

Lelaki berusia 53 tahun tersebut yang menyedari tertipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini pada pukul 7.41 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, peniaga tersebut tertarik dengan iklan menjual buah mangga harumanis yang dilihatnya menerusi laman Facebook pada pukul 6 petang semalam.

“Mangsa yang berminat telah menghubungi nombor telefon tertera sebelum diberi pautan yang mengandungi kod QR (respons pantas).

“Telefon bimbit mangsa kemudiannya tiba-tiba tidak berfungsi selama kira-kira 20 minit setelah imbasan ke kod QR itu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Azli berkata, peniaga terbabit yang mencurigai menjadi mangsa sindiket penipuan atau scammer kemudiannya telah menghubungi pihak bank untuk memeriksa akaun bank peribadinya.

Beliau berkata, pihak bank kemudiannya mengesahkan berlaku tiga pengeluaran melibatkan amaun keseluruhan RM25,800 dalam tempoh 20 minit tersebut. – KOSMO! ONLINE

Sunday, April 19, 2026

Dua beradik beri duit raya kepada PM terima iPad

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Dua beradik yang menyentuh hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu lawatan kerja di Terengganu, semalam teruja apabila menerima ‘hadiah balas’ berupa duit raya dan peranti iPad daripada pemimpin nombor satu negara tersebut, hari ini.

Aesha Khadeejah Anuar, 10, dan adiknya, Uwais Al Qarni, 8, masing-masing turut dihadiahi kelengkapan sekolah dan senaskhah al-Quran yang disampaikan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Datuk Abdul Kahar Abdul Latif.

Ibu dua kanak-kanak itu, Liza Fadzilah Abdul Hamid, 49,berkata, pada mulanya, kereta dinaiki mereka telah terserempak dengan kenderaan dinaiki Anwar yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus.

“Anak-anak (Aesha Khadeejah dan Uwais Al Qarni) begitu teruja apabila dimaklumkan kenderaan yang melepasi kami itu dinaiki Perdana Menteri (Anwar).

“Mereka teringin bertentang mata dengan Perdana Menteri. Bagi tidak menghampakan dua anak saya itu, saya memandu ke LTSM untuk mencuba nasib memenui hasrat tersebut,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Paya di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam perkongsian di dalam laman Facebooknya tersentuh dengan keikhlasan dua beradik itu yang memberinya duit raya berjumlah keseluruhan RM7 dalam pertemuan singkat sebelum beliau berlepas pulang daripada lawatan kerja seharian di Terengganu.

Liza Fadzilah berkata, mereka menunggu hampir sejam dan tidak menyangka Anwar sanggup meluangkan masa menyantuni anak-anaknya sebelum bergerak pulang ke ibu negara pada pukul 10.30 malam.

Aesha Khadeejah pula berkata, dia dan adiknya memberanikan diri memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Datuk Seri sebaik ternampak pemimpin nombor satu negara tersebut sedang berjalan kaki untuk memasuki pesawat rasmi kerajaan.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 itu berkata, dia dan adiknya masing-masing sempat menyerahkan dua sampul raya kepada Anwar.

“Duit RM5 dan RM2 itu wang belanja sekolah saya dan adik. Kami beri duit raya sebab sekarang masih bulan Syawal,” katanya.

Sementara itu, Abdul Kahar yang diamanahkan menyampaikan sumbangan tersebut kepada Aesha Khadeejah dan Uwais Al Qarni berkata, Anwar tersentuh dengan keikhlasan dua beradik tersebut dan berpesan agar mereka belajar bersungguh-sungguh. – KOSMO! ONLINE