Translate

Thursday, November 23, 2023

Barang bersejarah milik Sultan Mizan dipamer

KUALA TERENGGANU – Orang ramai berpeluang menyaksikan pameran Jubli Perak sempena pemerintahan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-25 tahun di Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini bermula semalam. 

 Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pameran tersebut berlangsung selama sebulan sehingga 20 Oktober depan. 

 “Pameran yang mempamerkan barang-barang bersejarah sempena pemerintahan Sultan Terengganu, Sultan Mizan itu terbuka kepada orang ramai di Galeri MBKT. 

 “Ia juga mempamerkan gambar detik-detik bersejarah baginda sejak menaiki takhta sebagai Sultan Terengganu,” katanya pada majlis perasmian Menara MBKT dan pameran Jubli Perak Sultan Mizan di sini semalam. 

 Perasmian bangunan pentadbiran baharu MBKT dan pameran terbabit disempurnakan Sultan Mizan.

 Ahmad Samsuri berkata, pameran yang julung kali tersebut diharap dapat menambah lagi pengetahuan awam khususnya generasi muda terhadap sistem beraja di negara ini. 

 Dalam pada itu, beliau memberitahu, Menara MBKT yang merupakan kompleks pentadbiran terbaharu pihak berkuasa tempatan berkenaan. 

 “Ia mempunyai ketinggian 30 tingkat dan menempatkan kira-kira 1,000 kakitangan MBKT di bangunan itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment