Translate

Tuesday, November 21, 2023

Inisiatif Payung Rahmah nampak hasil

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Inisiatif Payung Rahmah yang digerakkan kerajaan mula menampakkan hasilnya dalam menurunkan harga barang keperluan di pasaran. 

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh berkata, kadar inflasi semasa telah turun pada kadar 2.4 peratus iaitu terendah dalam tempoh lapan bulan. 

“Indeks Harga Pengguna (IHP) kebanyakan barang makanan pun telah menunjukkan trend penurunan.

 “Program dibawah Payung Rahmah seperti Jualan Rahmah berjaya memberi kesan menstabilkan semula harga barangan,” katanya di Kuala Ibai di sini semalam. 

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan program Jualan Rahmah peringkat Terengganu.

 Sehubungan itu, Fuziah menasihatkan rakyat agar tidak termakan dengan dakyah pembangkang yang masih memainkan isu kononnya kerajaan Perpaduan gagal menangani kos sara hidup rakyat. 

Jelas beliau, dakwaan tersebut tidak lebih sekadar mahu meraih undi sempena Pilihan Raya Negeri di enam buah negeri. 

“Pembangkang perlulah bertanggungjawab berhujah dengan fakta tepat. Data ekonomi (kadar inflasi semasa) tidak pernah menipu.

 “Itulah yang sebenarnya berlaku. Berhentilah kelirukan rakyat dalam kempen," katanya.

No comments:

Post a Comment