Translate

Friday, November 24, 2023

Bunuh rakan kongsi

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

MARANG – Seorang usahawan tudung usahawan tudung dan pakaian berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan membunuh rakan kongsinya yang berusia 65 tahun dua minggu lalu. 

 Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Nooraini Remali, 35, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli. 

 Wanita itu yang kelihatan sugul hanya mengangguk faham. 

Mengikut pertuduhan, Nooraini didakwa membunuh mangsa, Norjihan S. A. Karim, 65, di Batu 23, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 3 pagi, 1 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

 Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Nooraini yang diwakili peguam Abdul Hayyi Salim. 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Januari 2024. Terdahulu, Nooraini yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada pukul 10.50 pagi. 

 Beberapa ahli keluarga dan individu dipercayai rakan perniagaan tertuduh gagal mengawal emosi apabila mengalirkan air mata sewaktu ibu kepada tiga anak itu dibawa meninggalkan mahkamah.

 Pada 2 November lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita yang merupakan bekas pesara kerajaan ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam longkang berhampiran Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu.

Siasatan polis di lokasi kejadian kemudian mendapati mangsa telah dilanggar dengan menggunakan kereta jenis Honda Jazz sehingga tercampak ke dalam longkang. 

Pemeriksaan mendapati mang sa dipercayai ditikam sebanyak 15 kali dengan menggunakan senjata tajam oleh rakan kongsinya sebelum suspek beredar dari lokasi dengan menumpang sebuah van yang kebetulan melalui lokasi kejadian. 

 Susulan kejadian itu, polis berjaya memberkas suspek di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang pada pukul 11 pagi hari yang sama. 

 Motif pembunuhan kejam itu dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati suspek berhubung agihan keuntungan perniagaaan mereka.

No comments:

Post a Comment