Translate

Showing posts with label am. Show all posts
Showing posts with label am. Show all posts

Saturday, October 31, 2026

Kosmo! raih dua anugerah Media Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya, Kosmo! dan Utusan Malaysia meraih empat anugerah dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu 2026 yang berlangsung malam tadi.

Jurugambar Media Mulia, Puqtra Hairry Rosli merangkul tempat pertama Foto Terbaik Media Cetak bagi kategori Ekonomi menerusi gambar, Proses Pembuatan Arang yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 21 September 2025.

Pemberita sambilan Utusan Malaysia, Erma Yusnida Jusoh turut meraih tempat pertama bagi Berita Terbaik Media Cetak kategori Sosial menerusi hasil rencana, Menenun dengan jiwa, songket warisan yang mengangkat perjuangan seorang penenun songket di Pasir Panjang, Kuala Terengganu yang disiarkan pada 16 Oktober 2025.

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM500, trofi dan sijil penghargaan.

Sementara itu, Wakil Negeri Kosmo! Terengganu, Mohd. Azli Adlan pula mendapat tempat kedua bagi Berita Terbaik Media Cetak kategori Ekonomi menerusi berita, KMIKT tawar gabungan rawatan moden, spiritual yang disiarkan pada 3 Oktober 2025.

Pemberita sambilan Kosmo!, Nursyasya Nadhirah Zabidi memperolehi tempat keempat bagi Berita Terbaik Media Cetak kategori Sosial hasil wawancara Penyu merajuk, Pantai Rantau Abang kekal sepi tersiar dalam Kosmo! Ahad pada 5 Oktober 2025.

Mereka masing-masing meraih hadiah wang tunai RM300 dan RM200 selain trofi serta sijil penghargaan.

Penyampaian keempat-empat anugerah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah. – KOSMO! ONLINE

Pengusaha kedai jumpa baung bercorak kalimah Allah

 HULU TERENGGANU – Seorang pengusaha kedai makan terkejut apabila seekor ikan baung yang disiangnya memiliki corak badan seakan-akan kalimah Allah. 

 Mohd. Asari Salleh, 61, yang mengusahakan Warung Makan Kepala Retok berkata, baung istimewa itu adalah sebahagian daripada 20 kilogram (kg) ikan yang dibelinya daripada peraih di Manir, Kuala Terengganu.

 “Menu istimewa kedai makan yang saya usahakan sejak empat tahun ialah ikan baung masak tempoyak.

 “Seperti biasa, 20kg ikan baung digunakan setiap hari untuk masakan tersebut, namun hari itu (19 September lalu), saya perasan salah seekornya mempunyai corak seakan-akan kalimah Allah,” katanya ketika ditemui di kedai makannya di Kampung Kuala Pueh di sini semalam. 

Menurutnya, dia beristighfar apabila melihat kebesaran Allah itu dan tidak tergamak untuk memasak ikan baung berkenaan. 

Katanya, baung tersebut disejuk beku sehingga kini dan bercadang mahu mengawetnya bagi memastikan corak seakan-akan kalimah Allah pada badan ikan berkenaan terus terpelihara. 

“Biasanya permukaan ikan baung tidak memiliki sebarang corak mahupun belang,” ujarnya

Wednesday, October 28, 2026

6,700 peniaga guna urusan cashless

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

HULU TERENGGANU – Usaha kerajaan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di kawasan luar bandar semakin menampakkan hasil apabila seramai 6,700 peniaga menyertai Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Redi). 

Timbalan Menteri Perdagan gan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, penyertaan tersebut menghampiri sasaran 15,000 peniaga luar bandar menjelang akhir tahun ini. 

“Kita menggalakkan transaksi tanpa tunai ditingkatkan dalam urusan jual beli di kawasan luar bandar menerusi penggunaan aplikasi eDompet. 

“Ia memberi banyak kelebi han kepada kedua-dua pihak peniaga dan pengguna,” katanya selepas melancarkan program Redi di Pasar Tani Kuala Ping di sini semalam. 

Seramai 30 peniaga pasar tani tersebut mendaftar dengan prog ram Redi sekaligus mula mena warkan perkhidmatan transaksi tanpa tunai gerai jualan masing masing. 

Rosol berkata, pengguna luar bandar perlu didedahkan dengan penggunaan transaksi tanpa tunai yang lebih mudah, cepat dan selamat. 

Tambah beliau, transaksi sama juga memudahkan golo ngan peniaga mengemas kini akaun perniagaan masing-masing.

" Ia memudahkan urusan mereka untuk mendapatkan pembiayaan bagi membesarkan perniagaan dengan pihak bank.

 “Sebelum ini, ketiadaan akaun perniagaan yang tersusun dan kemas kini merupakan antara sebab utama permohonan pinja man peniaga ditolak pihak bank,” katanya.

Tuesday, October 27, 2026

Khairuddin bawa semangat MN

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA NERUS – Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali membawa panji perjuangan Muafakat Nasional (MN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus atas tiket Ba risan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu berkata, ia bertepatan dengan keputusan BN yang memilihnya sebagai calon atas semangat perpaduan. 

“Saya konsisten dengan pendirian dibuat Majlis Syura Ulama Pas sewaktu saya masih menjadi Setiausahanya (iaitu) mesti menghalang kemaraan dan kemenangan parti Pakatan Harapan (PH). 

“Kuala Nerus adalah kerusi panas Muafakat Nasional (MN). Apa yang saya perjuangkan selama ini demi muafakat (orang Islam),” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah agama di Surau Kampung Baru Seberang Takir di sini kelmarin. 

Mohd. Khairuddin berkata, bagi menyekat kemaraan PH, beliau berazam menyumbang satu kerusi iaitu Kuala Nerus kepada BN di peringkat Parlimen.

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu menekankan, hanya BN yang mempunyai kekuatan besar di peringkat akar umbi boleh menyekat kemenangan PH pada  PRU15 nanti.

 “Walaupun saya berasal dari pada Pas, saya sedar kekuatan Pas tidak sebesar BN. Ini terbukti pada PRU14.

 “Kalau kita hendak menghalang PH menjadi kerajaan, tiada cara lain selain mesti bersama BN,” katanya. 

Mohd. Khairuddin berkata, rata-rata rakyat sedar tentang kelemahan PH sepanjang 22 bulan gabungan itu memerintah negara dan tidak mahu ia berulang semula. 

Sehubungan itu, beliau mempertaruhkan perkhidmatannya yang komited menjaga kebajikan rakyat sejak sembilan tahun menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus untuk penilaian para pe ngundi. 

“Saya juga berterima kasih kepada BN, khususnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusinya kerana telah me milih saya (sebagai calon Parli men Kuala Nerus).

“Sebagai permulaan, saya akan mengadakan pertemuan dengan peringkat akar umbi BN, khusus nya ketua-ketua cawan gan (UMNO Bahagian Kuala Nerus) sebelum penamaan calon esok (hari ini),” katanya.

Friday, October 23, 2026

‘Tahun depan agak mencabar, BAP RM800 sangat membantu’

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN dan NORLIA RAMLI

KUALA TERENGGANU – Kenaikan insentif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM200 bagi seorang pelajar yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2027 semalam rahmat besar buat ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak  ramai.

Seorang ibu, Siti Jamilah Hanim Jamil, 42, berkata, BAP tersebut amat bererti bagi persiapan empat anak yang bakal berada dalam darjah dua hingga tingkatan empat pada sesi persekolahan tahun hadapan.

“Alhamdulillah, tahun hadapan, anak-anak saya akan mendapat keseluruhan RM800 berbanding RM600 pada tahun ini.

“Kenaikan kadar BAP ini tanda keprihatinan kerajaan Madani yang mengurangkan beban rakyat berikutan  kos pembelian pakaian seragam dan peralatan sekolah yang kian meningkat tahun demi tahun,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Siti Jamilah Hanim berkata, persiapan sesi persekolahan tahun hadapan yang bakal bermula 4 Januari depan sebenarnya agak mencabar kerana terlalu dekat dengan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Penjawat awam itu berkata, sebahagian besar pemberian BAP tersebut akan digunakan untuk membeli pakaian seragam, kasut dan beg sekolah sekiranya perlu diganti serta buku rampaian anak-anaknya.

“Jika ada lebih, ia akan di simpan untuk melunaskan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secepat mungkin.

“Harap peniaga tidak ambil kesempatan menaikkan harga peralatan sekolah. Kalau boleh juga, agihlah BAP awal. Saya tiada halangan hadir ke sekolah untuk menerimanya,” katanya. 

Sementara itu di Baling, penoreh getah, Mohd Asri Bakar, 44, berkata, dia sememangnya menantikan pengumuman Belanjawan 2027 dengan harapan lebih banyak berita baik untuk golongan B40 sepertinya.

“Anak saya empat orang dan tiga daripadanya masih bersekolah, seorang di sekolah menengah dan dua lagi di sekolah rendah. Jadi, bantuan awal persekolahan ini amat menarik kerana ada kenaikan. Elok sangatlah sebab harga barang keperluan sekolah pun tinggi,” katanya.

Menurutnya, kenaikan sebanyak RM50 itu sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban kewangan keluarganya, terutama dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak bagi tahun hadapan.

“Pendapatan saya tidak tetap, jadi bantuan seperti ini memang membantu kami membuat persiapan awal persekolahan anak-anak,” katanya.

Thursday, October 22, 2026

Beri laluan kepada muka baharu

Oleh ZULKIFLI MANZOR, MOHD. AZLI ADLAN, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN dan DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 

 PETALING JAYA – Beberapa ahli politik senior Barisan Nasional (BN) mengambil sikap tidak mempertahankan kawasan Parli men masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Di Besut, Terengganu, pe nyandang kerusi Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi tersebut sebagai tanda berundur sepenuhnya daripada politik.

Katanya, beliau sudah ber puas hati dengan perkhidmatan nya kepada masyarakat teru tama di daerah itu sepanjang 27 tahun terlibat dalam politik. 

“Persediaan untuk tidak di calonkan dalam PRU telah dilakukan sejak 2013. Saya menyokong penuh calon baharu yang akan ditampilkan BN untuk PRU15.

“Saya akan turun padang berkempen untuk memasti kan calon baharu terbabit terus mempertahankan Parlimen Besut yang merupakan kubu kuat BN,” katanya. 

Sementara itu, di Jerantut, Pahang, penyandang kerusi Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang disebut sebut sebagai calon boleh me ang membuat keputusan tidak bertanding dalam PRU15 bagi memberi peluang kepada muka baharu. 

Beliau yang telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen telah ber jumpa dengan Menteri Besar, Da tuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi menyatakan hasrat itu.

 “Sudah sampai masanya saya berundur dan inilah masa yang tepat bagi memberi peluang ke pada pemimpin pelapis,” katanya. 

Di Sarawak, penyandang kerusi Parlimen Santubong, Da tuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan, belum ada keputusan muktamad berhubung pencalonan pada PRU15. 

Beliau bagaimanapun mengakui telah menyatakan hasrat tidak bertanding kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini. 

“Saya akan bertemu sekali lagi dengan Abang Johari di Sarawak. bagi menyatakan hasrat itu.

 “Sudah sampai masanya saya berundur dan inilah masa yang tepat bagi memberi peluang ke pada pemimpin pelapis,” katanya.

“Saya bukan jenis gila jadi calon. Saya lihat macam di Semenanjung, ada yang gila nak jadi calon. Kadangkala tak berkesan, tak pandai nak jadi calon pula,” katanya. 

Dalam pada itu, di Melaka, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pemimpin UMNO diingatkan untuk tidak merajuk atau menentang sekira nya nama mereka tidak diumum kan sebagai calon dalam PRU15.

 “Bagi yang terpilih kita minta kerja bersungguh-sungguh dan yang tidak terpilih, kita minta un tuk terus menyokong calon yang diketengahkan parti,” katanya.

Tuesday, October 20, 2026

PN persoal pembatalan RoS sehari sebelum kes ke mahkamah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoal tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan itu sehari sebelum kes permohonan semakan kehakiman mencabar perintah penggantungan sebelum ini didengar di mahkamah.

Naib Presiden Pas tersebut mendakwa tindakan tersebut seolah-olah telah diatur selari dengan garis masa pengisytiharan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

“Apa yang berlaku sehari sebelum kes dibawa ke mahkamah satu tindakan luar biasa, yang boleh jadi luar tabii.

“SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) baru dua hari lalu menghantar surat kepada PN untuk memberi respon penggunaan logo PN (yang) jelas bermotifkan ketakutan kepada gabungan ini,” dakwanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu RoS telah membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dikemukakan kepimpinan gabungan pembangkang tersebut gagal menyangkal asas pembatalan pendaftaran selain tidak memberikan justifikasi kukuh bagi mengekalkan pendaftaran pertubuhan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Oktober lalu membenarkan permohonan PN untuk mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah RoS yang menggantung semua kegiatan gabungan tersebut.

Ahmad Samsuri bagaimanapun mengingatkan perkembangan terbaharu itu tidak akan melemahan keazaman PN untuk menghadapi PRN Melaka dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Sebaliknya, Menteri Besar Terengganu itu mendakwa gelombang rakyat yang bersama PN tidak akan mudah padam. – KOSMO! ONLINE

PN tetap mahu kalahkan PH

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

MARANG – Rundingan kerjasa ma antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masih rancak berjalan menjelang mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Rabu depan. 

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan itu bukan sahaja melibatkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) malah penggunaan logo parti-parti bertanding. 

Beliau berkata, disebabkan logo PN mungkin tidak dibenar digunakan dalam PRN Melaka ekoran isu dengan Jabatan Pen daftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), cadangan penggunaan logo BN atau Pas sendiri termasuk dalam agenda rundingan berkenaan.

“Yang penting, pimpinan Melayu Islam pimpin Melaka. Kita tolak Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika ditemui di peka rangan Masjid Rusila, di sini semalam. 

Abdul Hadi optimis tidak akan timbul masalah dalam pembaha gian kerusi sekiranya kerjasama PN dan BN dalam PRN Melaka berjaya direalisasikan. 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas tetap is tiqamah dengan misi untuk men galahkan PH dalam PRN Melaka biar akhirnya nanti rundingan kerjasama antara PN dan BN menemui jalan buntu.

 “BN kalau pilih PH (kerjasama dalam PRN Melaka), itu atas dia. Kita tetap usahakan supaya PH kalah.

 “Begitupun saya dapati keban yakan (ahli dan penyokong) BN setuju (kerjasama) dengan Pas,” katanya. 

Sebelum ini, SPR akan me ngadakan mesyuarat menentukan hari penamaan calon dan pengun dian PRN Melaka pada Rabu ini berikutan pembubaran DUN neg eri itu pada 23 September.

Wednesday, October 14, 2026

Barang keperluan penduduk pulau di Terengganu cukup musim tengkujuh

 KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) mem buat persiapan awal memasti kan barangan keperluan bagi penduduk rangkaian pulau dan pedalaman di Terengganu sentia sa mencukupi sepanjang tempoh musim tengkujuh nanti. 

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, pe rancangan penghantaran ke kawasan pulau dan pedalaman itu telah mula dilakukan pada masa ini menerusi program Pengedaran Barang Perlu. 

“Tiga kawasan terlibat di ne geri ini iaitu Pulau Redang, Pulau Perhentian di Besut dan Pasir Raja di Hulu Dungun.

 “Ia melibatkan tujuh barangan iaitu beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandum, minyak masak, tong gas mema sak, petrol RON95 dan diesel,” katanya ketika ditemui di Kampung Baharu Pulau Redang semalam. 

Terdahulu, beliau meninjau penyediaan kemudahan baharu, pam minyak petrol RON95 dan diesel untuk kegunaan 2,400 penduduk pulau peranginan tersebut. 

Mohd. Mufsi berkata, syarikat pemborong dan peruncit dilantik telah dibenarkan mengambil bekalan tambahan bagi menjamin barangan keperluan untuk penduduk kawasan pulau dan pedalaman tersebut mencukupi sepanjang musim tengkujuh. 

Beliau berkata, program Pengedaran Barang Perlu juga menjamin penduduk kawasan pulau dan pedalaman negeri ini menikmati barangan keperluan pada harga sama mengikut kadar semasa di peringkat nasional.

Thursday, October 8, 2026

Tabung Solidariti Najib tak pernah dapat sumbangan dari Asia Barat

HULU TERENGGANU – Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhammad Mukhlis Maghribi menafikan dakwaan kononnya tabung solidariti yang dibuka untuk bekas Perdana Menteri itu menerima sumbangan besar da ripada penderma Asia Barat. 

Beliau berkata, dakwaan ber serta gambar bertebaran di me dia sosial yang dipercayai dijana dengan kecerdasan buatan (AI) oleh pihak tidak bertanggung jawab adalah palsu.

 “Tabung Solidariti Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu membayar denda RM50 juta yang menjadi syarat menjalani baki hu kuman tahanan di rumah diurus kan sepenuhnya oleh UMNO.

 “Berdasarkan pengumuman terkini, sumbangan mencapai RM9.25 juta dan kebanyakannya diberikan akar umbi UMNO,” ka tanya di sini kelmarin. 

Terdahulu beliau menerima sumbangan RM23,400 untuk tabung solidariti itu daripada ahliahli UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang disampaikan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat. 

Muhammad Mukhlis berkata, Najib amat terharu dengan ke sungguhan rakyat negara ini terutama ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyumbang bagi memastikan beliau dapat menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. 

Menurut beliau, sewaktu ditemui di Penjara Kajang minggu lalu, Najib mengakui amat malu dan segan dengan kesungguhan UMNO berusaha membantunya membayar denda RM50 juta itu. 

“Katanya, beliau sedar RM50 juta amaun besar yang lebih diperlukan parti bagi mengha dapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

 “Tetapi saya meyakinkan beliau (Najib), sumbangan ahli akar umbi (UMNO) itu cara mereka menunjukkan keprihatinan, rasa sayang dan menghargai jasa-jasanya,” katanya.

Sunday, October 4, 2026

PRN Melaka: Kerjasama BN atau tidak, PN tetap mahu kalahkan PH

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Rundingan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masih rancak berjalan menjelang mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Rabu depan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan itu bukan sahaja melibatkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) malah penggunaan logo parti-parti bertanding.

Beliau berkata, disebabkan logo PN mungkin tidak dibenar digunakan dalam PRN Melaka ekoran isu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), cadangan penggunaan logo BN atau Pas sendiri termasuk dalam agenda rundingan berkenaan.

“(Tarikh penamaan calon dan hari mengundi) PRN Melaka masih belum umum. (PN dan BN) masih dalam perundingan.

“Yang penting, pimpinan Melayu Islam pimpin Melaka. Kita tolak Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Rusila, di sini hari ini.

Abdul Hadi optimis tidak akan timbul masalah dalam pembahagian kerusi sekiranya kerjasama PN dan BN dalam PRN Melaka berjaya direalisasikan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas tetap istiqamah dengan misi untuk mengalahkan PH dalam PRN Melaka biar akhirnya nanti rundingan kerjasama antara PN dan BN menemui jalan buntu.

“BN kalau pilih PH (kerjasama dalam PRN Melaka), itu atas dia. Kita tetap usahakan supaya PH kalah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Nafi penderma Arab sumbang Tabung Solidariti Najib

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhammad Mukhlis Maghribi menafikan dakwaan kononnya tabung solidariti yang dibuka untuk bekas Perdana Menteri itu menerima sumbangan besar daripada penderma asing dari Timur Tengah.

Beliau berkata, dakwaan beserta gambar bertebaran di media sosial itu yang dipercayai dijana dengan kecerdasan buatan (AI) oleh pihak tidak bertanggungjawab adalah palsu.

“Tabung Solidariti Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu membayar denda RM50 juta yang menjadi syarat menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah diuruskan sepenuhnya UMNO.

“Berdasarkan pengumuman terkini, sumbangannya mencapai RM9.25 juta dan kebanyakannya diberikan akar umbi UMNO seluruh negara. Tiada dana (penderma) luar (negara),” katanya ketika di Kampung Binjai Kertas, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan RM23,400 untuk tabung solidariti tersebut daripada ahli-ahli UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang disampaikan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

Muhammad Mukhlis berkata, Najib amat terharu dengan kesungguhan rakyat negara ini terutama ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyumbang bagi memastikan beliau dapat menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Menurut beliau, sewaktu ditemui di Penjara Kajang minggu lalu, Najib mengakui amat malu dan segan dengan kesungguhan UMNO berusaha membantunya membayar denda RM50 juta tersebut.

“Katanya, beliau sedar RM50 juta merupakan amaun besar yang lebih diperlukan parti (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka tidak lama lagi.

“Tetapi saya menyakinkan beliau (Najib), sumbangan ahli akar umbi (UMNO) itu cara mereka menunjukkan keprihatinan, rasa sayang dan menghargai jasa-jasanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Friday, October 2, 2026

Musim tengkujuh: Barang keperluan di pulau, pedalaman Terengganu dijamin cukup

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membuat persiapan awal memastikan barangan keperluan bagi penduduk rangkaian pulau dan pedalaman di Terengganu sentiasa mencukupi sepanjang tempoh musim tengkujuh nanti.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, perancangan penghantaran ke kawasan pulau dan pedalamam itu telah mula dilakukan pada masa ini menerusi program Pengedaran Barang Perlu.

“Tiga kawasan terlibat di negeri ini iaitu Pulau Redang, di sini; Pulau Perhentian, Besut; dan Pasir Raja, Hulu Dungun.

“Ia melibatkan tujuh barangan iaitu beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandum, minyak masak, tong gas memasak, petrol RON95 dan diesel,” katanya di Kampung Baharu Pulau Redang, dekat sini, hari ini.

Terdahulu beliau meninjau penyediaan kemudahan baharu, pam minyak petrol RON95 dan diesel untuk kegunaan 2,400 penduduk pulau peranginan tersebut.

Mohd. Mufsi berkata, syarikat pemborong dan peruncit dilantik telah dibenarkan mengambil bekalan tambahan bagi menjamin barangan keperluan untuk penduduk kawasan pulau dan pedalaman tersebut mencukupi sepanjang musim tengkujuh.

Beliau berkata, program Pengedaran Barang Perlu juga menjamin penduduk kawasan pulau dan pedalaman negeri ini menikmati barangan keperluan pada harga sama mengikut kadar semasa di peringkat nasional.

“Kerajaan memberi subsidi bagi membiayai kos pengangkutan barangan keperluan ke kawasan pulau dan pedalaman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Monday, September 28, 2026

UMT terima NC baharu


KUALA NERUS – Prof. Dr. Suriyani Muhamad dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-7 berkuat kuasa Isnin ini. 

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Zamri Ibrahim yang tamat lantikan baru-baru ini. 

Sebelum dilantik Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) pada Januari 2025, Suriyani pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial UMT. 

Suriyani berazam membawa UMT terus membina kekuatannya berasaskan bidang teras iaitu kelautan dan akuatik di samping memperkasa bidang-bidang strategik yang berpotensi tinggi untuk berkembang.

 “Kita akan memberi keutamaan memastikan kekuatan akademik UMT terus berkembang secara responsif terhadap perubahan landskap pendidikan tinggi, perkembangan industri dan keperluan masa hadapan negara. 

“Antara pembangunan strategik diberi perhatian ialah penyediaan akhir Teaching Shipyard (Limbungan Kapal Pengajaran) yang bakal memperkukuh lagi ekosistem pengajaran dan pembelajaran dalam bidang maritim,” katanya di sini semalam. 

Suriyani berkata, UMT juga akan memberikan perhatian terhadap penyelidikan berimpak tinggi bagi memberi nilai tambah bukan sahaja terhadap universiti, malah industri, masyarakat dan negara.

Katanya, kolaborasi strategik bersama industri, agensi kerajaan serta rakan antarabangsa turut akan terus diperluas. 

Dalam pada itu, Prof. Ts Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Digital) UMT, Prof. Dr. Noor Maizura Mohamad Noor pula dilantik Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT.

Sunday, September 27, 2026

Terima syarat UMNO hanya runding Pas

MARANG – Pas berlapang dada dengan syarat ditetapkan UMNO yang lebih selesa menjalin kerjasama politik dengan parti itu sahaja berbanding keseluruhan gabungan Perikatan Nasional (PN).

 Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO dan partinya berkongsi prinsip politik sama iaitu mengutamakan kepimpinan Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem. 

“Kita akan teruskan perpaduan ummah ini, mengutamakan kepimpinan Melayu Islam dahulu, lepas itu bukan Islam yang tidak ekstrem.

 “Parti-parti lain dalam PN terpulang kepada mereka, terima tak prinsip itu. Kalau tidak terima, kita tidak terimalah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Rusila, di sini semalam. 

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO lebih cenderung berunding dengan Pas berbanding PN secara keseluruhan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

 Beliau berkata, ia berdasarkan kecenderungan disuarakan majoriti perwakilan parti tersebut sewaktu sesi perbahasan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. 

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berpandangan tumpuan wajar diberikan terhadap mendesak Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diumumkan segera berbanding membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) salah sebuah negeri dikuasai Pas semata-mata untuk menguji keutuhan kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Pas. 

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh diadakan bersama PRU-16 sekiranya desakan tersebut berjaya direalisasikan. 

“Kalau boleh PRU buatlah cepat. Tak payah PRN (dahulu), PRU terus. Buat semua sekali gus,” katanya. 

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar Pas membubarkan DUN di salah satu negeri di bawah pentadbirannya seperti Terengganu bagi menguji keikhlasan muafakat.

Saturday, September 26, 2026

Kerepek Rokiah tembusi pasar raya

SETIU – Usaha keras seorang wanita selama 11 tahun berbaloi apabila produk kerepek dan kuih tradisional yang dia usahakan kini sudah memasuki pasar raya dan kedai runcit di sekitar daerah ini sejak setahun lalu. 

Rokiah Seman, 67, berkata, rempeyek, kerepek pisang, bunga durian, getas dan karipap mini yang diusahakan menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan. 

Katanya, perniagaannya mula berkembang selepas dia terpilih sebagai peserta program Satu Daerah Satu Industri pada 2015 yang membantunya mendapatkan peralatan seperti penguli, dapur dan mesin membuat karipap. 

“Perniagaan di pasar minggu semakin maju hingga menarik perhatian dan kepercayaan Yayasan Pembangunan Usahawan, Pejabat Daerah dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. 

“Ada juga cabaran apabila perniagaan terhenti selama tiga tahun akibat pelbagai masalah termasuk Covid-19 tetapi saya bangkit pada 2024 dan mula menerima tempatan secara online di Pantai Timur,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Batu di sini semalam. 

Menurut Rokiah, kemajuan itu membuatkan produknya yang dijual antara RM6 hingga RM21 itu mula memasuki pasar raya dan kedai runcit. Dia berharap perniagaannya akan menembusi lebih banyak premis perniagaan di seluruh Terengganu.

Friday, September 25, 2026

Prof. Dr. Suriyani dilantik Naib Canselor UMT baharu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Prof. Dr. Suriyani Muhamad dilantik Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ketujuh berkuatkuasa Isnin ini.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Zamri Ibrahim yang tamat lantikan baru-baru ini.

Suriyani berazam membawa UMT terus membina kekuatannya berasaskan bidang teras iaitu kelautan dan akuatik di samping memperkasa bidang-bidang strategik yang berpotensi tinggi untuk berkembang.

“Kita akan memberi keutamaan memastikan kekuatan akademik UMT terus berkembang secara responsif terhadap perubahan landskap pendidikan tinggi, perkembangan industri dan keperluan masa hadapan negara.

“Antara pembangunan strategik diberi perhatian ialah penyediaan akhir Teaching Shipyard (Limbungan Kapal Pengajaran) yang bakal memperkukuh lagi ekosistem pengajaran dan pembelajaran dalam bidang maritim,” katanya di sini hari ini.

Suriyani berkata, UMT juga akan memberikan perhatian terhadap penyelidikan berimpak tinggi bagi memberi nilai tambah bukan sahaja terhadap universiti malah industri, masyarakat dan negara.

Beliau berkata, kolaborasi strategik bersama industri, agensi kerajaan serta rakan antarabangsa turut akan terus diperluas.

Dalam perkembangan sama, Pro Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Digital) UMT, Prof. Dr. Noor Maizura Mohamad Noor pula dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT. – KOSMO! ONLINE

Syarat UMNO hanya mahu runding dengan Pas bukan PN diterima

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Pas berlapang dada dengan syarat ditetapkan UMNO yang lebih selesa menjalin kerjasama politik dengan parti itu sahaja berbanding keseluruhan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO dan partinya berkongsi prinsip politik sama iaitu mengutamakan kepimpinan Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Kita akan teruskan perpaduan ummah ini, mengutamakan kepimpinan Melayu Islam dahulu, lepas itu bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Parti-parti lain dalam PN terpulang kepada mereka, terima tak prinsip itu. Kalau tidak terima, kita tidak terimalah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Rusila di sini, hari ini.

Terdahulu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,
UMNO lebih cenderung berrunding dengan Pas berbanding PN secara keseluruhan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, ia berdasarkan kecenderungan disuarakan majoriti perwakilan parti tersebut sewaktu sesi perbahasan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berpandangan tumpuan wajar diberikan terhadap mendesak Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diumumkan segera berbanding membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) salah sebuah negeri dikuasai Pas semata-mata untuk menguji keutuhan kerjasama politik
Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh diadakan bersama PRU-16 sekiranya desakan tersebut berjaya direalisasikan. – KOSMO! ONLINE

Hadi sedia kemuka bukti tawaran AS jatuhkan BN pada 2014

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan sudah memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan dakwaan ditawarkan bantuan Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2014.

Ahli Parlimen Marang berkata, keterangan itu telah diambil di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada beberapa hari lalu.

“Tak sampai sejam (tempoh masa memberi keterangan kepada pegawai PDRM). Selanjutnya, saya serah kepada Peguam Negara.

“Sekiranya di bawa ke mahkamah (untuk pendakwaan), kita akan bawa bukti (dakwaan tawaran AS),” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Rusila di sini, hari ini.

Terdahulu, sewaktu sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-72 pada 5 September lalu, Abdul Hadi mendakwa beberapa pemimpin parti itu yang dijemput mengadakan pertemuan dengan Kedutaan AS pada 2014 telah ditawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan semasa.

Begitupun, Kedutaan AS segera menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan negaranya tidak pernah mencuba untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia.

PDRM yang menerima 12 laporan berhubung kenyataan Abdul Hadi tersebut kemudiannya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menyatakan kegusarannya ancaman serangan kumpulan Houthi dari Yemen terhadap Mekah yang dikhuatiri mungkin didalangi pihak Barat bagi memecah belah kesatuan orang Islam.

Beliau berkata, taktik sama pernah digunakan sewaktu menghasut orang Arab memerangi kerajaan Uthmaniyah yang ketika itu menunjangi sistem khalifah Islam pada Perang Dunia pertama. – KOSMO! ONLINE

Thursday, September 24, 2026

Isytihar darurat jika cecah IPU 400

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

HULU TERENGGANU – Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan selain Serian, Sarawak sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) direkodkan melebihi 400 atau berbahaya. 

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, setakat ini, tiga stesen IPU di Sarawak sedang mencatatkan IPU sangat tidak sihat iaitu Kuching, Samarahan dan Sri Aman. 

“Kita akan sentiasa memantau keadaan mengikut SOP (prosedur operasi standard). “Sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) merekodkan 400 ke atas, ia dikira sangat berbahaya dan boleh dipertimbangkan darurat,” katanya selepas merasmikan program Kampung Madani Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Basong, di sini semalam.

 Kelmarin, Bahagian Serian diisytiharkan darurat ekoran kawasan tersebut mencatatkan bacaan IPU 500. 

Arthur berkata, sepanjang tempoh darurat jerebu, semua sekolah ditutup, pekerja bekerja di rumah dan orang ramai tidak digalakkan keluar rumah kecuali memakai pelitup muka. 

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan, kawasan selatan Sarawak termasuk Serian telah merekodkan bacaaan IPU berbahaya secara konsisten dalam tempoh hampir seminggu ini. 

Dalam perkembangan sama, Arthur berkata, sebaik Serian diisytiharkan darurat kelmarin, kerja-kerja pembenihan awan terus digiatkan di selatan Sarawak. 

Beliau berkata, ia menyasarkan kawasan Empangan Sika, Assyakirin, Bakun dan Long Jawi selain Serian. “Operasi (pembenihan awam) berjaya dengan hujan mula dikesan di kawasan Empangan Bakun dari pukul 6 petang (kelmarin) hingga 3 pagi (semalam). 

“Kita juga melakukan operasi pembenihan awan di kawasan utara Semenanjung dengan memberi fokus Empangan Beris, Muda, Pedu dan Ahning,” katanya. 

Tambahnya, operasi itu juga berjaya dengan hujan turun bermula pada pukul 3 petang di Empangan Beris, Muda dan Pedu.