Translate

Thursday, November 19, 2026

11 pasukan bomba sukarela baharu di Terengganu pada 2030

 

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Pe nyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu meningkatkan keanggotaan orang awam dalam pasukan bomba sukare la (PBS) di negeri ini kepada 23 pasukan menjelang tahun 2030. 

Pengarah JBPM Terengganu, Nor Mahathir Muhamad berka ta, tumpuan penubuhan PBS baharu akan diberikan di ka wasan luar bandar dan pedalaman yang terletak agak jauh dari balai bomba dan penyelamat sedia ada. 

Beliau berkata, pendekatan itu bagi memastikan setiap kes kecemasan biarpun berlaku di lokasi pedalaman mendapat maklum balas pantas dalam tempoh 10 minit.

“Buat masa ini, kita sudah mempunyai 12 PBS di seluruh Terengganu. Sehubungan itu perlukan lagi 11 pasukan. “Kesemua PBS baharu tersebut akan ditubuhkan secara berperingkat menjelang tahun 2030,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Sukuan JBPM Terengganu di sini, semalam. 

Dalam majlis sama, beliau turut melancarkan pasukan Rondaan Siap Siaga Monsun Timur Laut (MTL) yang turut di anggotai PBS. 

Nor Mahathir berkata, sasaran 23 PBS di seluruh Terengganu tersebut sejajar Pelan Tindakan Strategik JBPM Terengganu 2026-2030 yang turut dilancarkan semalam.

No comments:

Post a Comment