Translate

Wednesday, March 31, 2021

Ami Azzizol masih belum ditemui

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga hari ini masih gagal menemui Ami Azzizol Abu Bakri,22, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, kawasan pencarian telah diperluaskan sehingga dua kilometer radius dari lokasi lelaki itu kali terakhir dilihat sebelum tenggelam dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.50 petang tersebut.

“Seramai lebih 60 anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masuk hari ketiga hari ini.

“Ia termasuk 15 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, empat buah bot telah digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat Ami Azzizol .

Kosmo! hari ini melaporkan lelaki berasal dari Sungai Buaya, Dungun berkenaan dilaporkan lemas dipercayai akibat kekejangan otot ketika sedang mandi di dalam sungai tersebut yang terletak berhampiran sebuah rumah rakit disewa.

Terdahulu, Ami Azzizol yang baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya, Syarifah Ramli, 21, bercuti bulan madu di rumah rakit berkenaan bersama keluarga mentuanya. – K! ONLINE.

Perawat didakwa cabul dua wanita

 

MARANG - Seorang pengamal perubatan alternatif yang menggelarkan dirinya ustaz didakwa di Mahkamah Majis tret di sini semalam atas per tuduhan mencabul dua wanita yang merupakan pesakitnya.

Tertuduh, Rulam Akbal Abd. Manan, 52. bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dihada pinya di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa lapan anak itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut ke atas se orang wanita berusia 31 tahun di sebuah rumah di Kuala Be. rang. Hulu Terengganu pada pukul 8.30 malam, 22 November lalu.

Rulam Akbal turut didakwa mencabul mangsa sama di sebuah rumah lain di Tepoh, Kuala Nerus pada pukul 2.30 petang. 24 November lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, peniaga itu didakwa mencabul seorang lagi wanita berusia 25 tahun di sebuah rumah di Kuala Berang pada pukul 2 petang 9 September 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman tersebut.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12.000 bagi tiga pertuduhan tersebut. Kes disebut semula pada pada 22 Februari tahun depan.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pengamal perubatan alternatif ditahan bagi membantu siasatan kera na mencabul seorang jurujual wanita yang juga pesakitnya.

Seorang lagi mangsa tampil melaporkan kejadian sama yang menimpa dirinya selepas membaca laporan mengenai penahanan lelaki tersebut.

Dalam kejadian itu, pengamal perubatan alternatif tersebut mendakwa mangsa terkena buatan orang sebelum mencabul dua wanita itu semasa proses merawat.

Tuesday, March 30, 2021

Didakwa terima rasuah RM63,430

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pegawai Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 17 per tuduhan menerima suapan bagi mendapatkan pengesahan cap pasport, dua tahun lalu

Tertuduh, Mohd. Khairil Kamaruddin, 29 yang kini merupakan peniaga setelah meletakkan jawatan sebagai penjawat awam pada awal tahun ini mengaku tidak bersalah setelah ke semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaluddin Mat.

Berdasarkan kesemua 17 pertuduhan, dia dituduh menerima warg ramuah berjumlah keseluruhan RM63,430 menerusi akaun banknya daripada dua lelaki.

Mohd. Khairil dituduh melakukan perbuatan Itu di Bangu nan Sultan Iskandar, Johor Bah ru antara Mac 2018 dan Januari 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Sesyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan huku- man penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bag setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Jamaluddin membenarkan Mohd. Khairil dibebaskan dengan wang jaminan RM40,000 dan seorang penjamin

Tertuduh yang kini menetap di Kuala Berang Hulu Terengganu membayar wang jaminan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Razali manakala tertuduh pula diwakili peguam Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar.

Kosmo! kelmarin melaporkan tujuh pegawal imigresen diha dapkan ke lima mahkamah sesyen berasingan di seluruh negara atas pertuduhan menerima su pan bagi mendapatkan pengesahan cap pasport.

Pada 16 November lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRMD dan Jabatan Imigresen berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket menyalahgunakan cap keluar dan masuk di pintu utama negara menerusi Ops Selat.

Monday, March 29, 2021

Tiga sekawan lari lintang-pukang dikejar beruang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Tiga sekawan berdepan detik cemas selepas mereka dikejar seekor beruang matahari di kawasan belukar berhampiran Kampung Tebing Tembah, Paka di sini pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mereka bertiga bernasib baik selepas berjaya melarikan diri dalam keadaan lintang-pukang daripada diterkam binatang buas tersebut.

Seorang mangsa, Adnan Mamat, 37, berkata, sewaktu kejadian, dia dan dua rakannya sedang mencari daun dan pucuk muda sebagai makanan untuk kambing peliharaan mereka.

“Seekor beruang dewasa tiba-tiba muncul kira-kira 100 meter sahaja dari lokasi saya sedang mengutip daun tersebut.

“Tanpa fikir panjang, saya terus lari menyelamatkan diri. Beruang itu kemudiannya mengejar dua rakan saya yang berada berhampiran, namun nasib baik mereka juga berjaya melepaskan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Adnan berkata, kejadian itu adalah kali pertama dia diserang beruang walaupun sering keluar masuk ke kawasan belukar tersebut untuk mencari makanan untuk ternakannya sejak 15 tahun lalu.


Seorang penduduk lain, Sayed Haziq Faqhrullah Sayed Ahmad Sukri, 22, berkata, kelibat beruang itu disedari berkeliaran di kawasan hutan berhampiran Bukit Dal di sini yang terletak berhampiran perkampungan mereka sejak beberapa bulan lalu.

Ujarnya, binatang buas itu semakin berani memasuki kawasan kampung untuk mencari makanan sejak kira-kira seminggu lalu.

“Saya sendiri juga pernah terserempak dengan beruang tersebut di halaman rumah saya pada pukul 6 petang, kelmarin (Ahad lalu),” ujarnya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof pula berkata, pihaknya telah memasang dua buah perangkap bagi menangkap beruang tersebut sejak dua minggu lalu.

“Kita percaya habitat asal beruang itu telah terganggu termasuk kegiatan kuari yang menyebabkan haiwan tersebut keluar mencari makan di penempatan penduduk,” ujarnya.


Gerak semua aset hadapi banjir

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN,ROHANA MOHD. NAWI, YATIMIN ABDULLAH, BAHRUDDIN HATTA dan NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

TUMPAT - Polis Kelantan akan menggerakkan semua asetnya ekoran terdapat kemungkinan negeri inl bakal dilanda gelom bang kedua banjir berdasarkan keadaan hujan lebat yang me nyebabkan paras air sungai mulai naik sejak kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Datuk Shafien Ma- mat berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.

"Kita menjangkakan gelombang kedua ini semakin buruk dan kita akan menggerakkan se mua logistik, pegawai dan anggota untuk membantu mangsa banjir. 

"Sekiranya banjir besar, kita akan guna sepenuhnya aset yang ada," katanya di sini semalam.

Tambahnya, cuti semua pegawal dan anggota juga masih dibekukan sehingga akhir tahun ini ekoran bencana banjir itu.

Sementara itu, di Rantau Panjang, bomba menjalankan rondaan setiap tiga jam selepas air Sungai Golok melepasi paras bahaya ekoran hujan lebat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, ia bagi memudah kan pemakluman kepada penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah dan sebagainya.

"Antara kampung yang sudah ditenggelami banjir ialah Lancang, Tersang, Putat 7 dan Siram," katanya.

Sebanyak 13 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek, SK Lawang dan Dewan Serbaguna Padang Kijang yang menempatkan 44 orang.

Sunday, March 28, 2021

Balasan buat tuntutan palsu beli kerapu

KUALA TERENGGANU - Bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini se malam kerana mengemukakan dokumen palsu bagi pembelian ikan kerapu hibrid bernilai RMM600 pada 2016.

Hakim Jamaludin Mat menjatuhi hukuman itu terhadap Che Sandon Che Yahya, 57, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah berhubung kes tersebut.

"Walaupun nilai tuntutan palsu cuma RM600, tetapi sebagai perawat awam kita mempunyai peraturan. integriti dan amanah.

"Saya faham sebagai ketua Jabatan kadang-kadang perlu mendahulukan perbelanjaan yang tidak dapat dituntut se mula, tetapi bukan dengan cara ini," katanya ketika membacakan penghakimannya.

Mengikut pertuduhan, Che Sa'adon didakwa mengemukakan butiran palsu mengenal pembelian 14 ekor ikan kerapu hibrid bernilai RM600.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat PPNT di stni pada September 2016.

Bagi kesalahan itu, Che Saadon didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua duanya. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shafini Mustafha, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zulfaqar Al-Basyar Sharuddin.

Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Februari lalu mengekalkan sabitan ke atas Che Sa'adon yang di jatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RMI0,000 atas kesalahan mengemukakan invois palsu berkaitan pemikaran alat ganti kenderaan milik PPNT pada September 2016.

Kosmo! pada 27 Februari 2019 melaporkan tertuduh yang kint bertugas di PPN Kelantan turut didakwa atas dua pertuduhan lain jaltu menyalah guna kuasa bertubung pembekalan antaranya induk berbiri bagi projek ber biri Fasa 2 berjumlah RM303.540 di Kampung Pelam, Hulu Terengganu

Jalan kampung ditutup, peniaga sedekahkan kuih

KEMAMAN - Seorang peniaga bukan sahaja terpaksa berpatah balik menggunakan jalan jauh, malah dia mensedekah kan kuih yang hendak djual akibat banjir teruk yang me landa beberapa buah kampung di daerah ini.

Halimah Salleh, 61. dari Bandar Cheneh Baru dekat sini berkata, dia berpatah balik untuk menghantar kuih di Felda Seberang Tayor dekat sini selepas laluan masuk ke kampung itu ter putus akibat dinaiki air Banjir kali ini begitu teruk.

"Saya sedekah kuih-muih ini kerana jiran-jiran tidak boleh berniaga hari ini (semalam)",katanya kepada Kosmo!

Seorang lagi penduduk, Mohamad Azri Ismail, 26, dari Kampung Dadong dekat sini pula berkata, dia terpaksa melalui la luan Jalan Mak Lagam sejauh 50 kilometer untuk ke tempat kerja di pusat bandar Chukat. Tinjauan Kosmo! di beberapa kampung di Air Putih mendapati penduduk sedang mengemas barang di rumah masing-masing ke tempat lebih tinggi dan bersiap sedia untuk berpindah. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Abdul Razak brahim berkata, hujan mengakibatkan lebih 2,000 penduduk kampung di sekitar Air Putih, Hulu Kemaman dekat sini terputus hubungan.

 Antara yang terlibat ialah Kampung Batu 16, Seberang Tayor, Tebak dan Paya Mempuyu dekat sini.

Laluan masuk ditenggelami air ekor air Sungai Tebak din Sungal Air Putih melimpah.

Seorang peniaga. Rahim Ibrahim, 52, berkata, dia tetap membuka kedai runcitnya walaupun premisnya di Taman Rakyat Telok Kalong di sini dinaiki sedalam 0.6 meter. 

"Saya perlu buka bagi memudahkan penduduk mendapatkan barang keperluan," katanya.

Sementara itu, sebuah traktor terpaksa digunakan untuk membantu penduduk memindahkan barangan masing masing di Kam pung Padang Kubu, Kljal.

Setakat ini, seramai 457 mangsa daripada 138 keluarga dari dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun terjejas.

Enam pemancing dikhuatiri hilang di perairan Kemaman

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Enam lelaki dikhuatiri hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka untuk memancing di perairan Kemaman dekat sini sejak kelmarin tidak pulang semula ke jeti mengikut jadual hari ini.

Bot nelayan kelas A dinaiki kesemua lelaki tersebut termasuk seorang tekong bot berusia dalam lingkungan 19 hingga 29 tahun itu dikatakan berada pada kedudukan 35 batu nautika dari tenggara Kuala Kemaman dekat sini sebelum dilaporkan gagal dikesan.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, Maritim Malaysia (APMM) telah menerima maklumat berhubung kehilangan bot nelayan itu pada pukul 8.50 malam semalam.

“Bot nelayan yang dinaiki lima pemancing dan seorang tekong tersebut dikhuatiri mengalami kerosakan berikutan cuaca buruk di tengah laut ekoran perubahan monsun pada waktu ini.

“Operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan oleh Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Kuantan, Pahang,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Sufi berkata, dua aset APMM iaitu Kapal Maritim (KM) Gemia dan KM Pekan telah digerakkan untuk mengesan bot dinaiki kelima-lima mangsa berkenaan.

Ujar beliau, operasi mencari dan menyelamat telah diperluaskan dalam lingkungan 20 hingga 30 batu nautika dari pantai Kemaman di sini.

“Anggota Persatuan Nelayan Kawasan Kemaman turut membantu APMM untuk mengesan kedudukan bot tersebut.

“APMM menasihatkan orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan,” katanya. – K! ONLINE

Saturday, March 27, 2021

Terengganu haram penjualan telur penyu sepenuhnya

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Terengganu akan mengharamkan sepenuhnya penjualan telur penyu di negeri ini menjelang akhir tahun ini sebagai komitmen memastikan kelestarian reptilia hampir pupus itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) akan dipinda pada masa terdekat.

“Kita sedar Terengganu satu-satunya negeri yang masih membenarkan penjualan telur penyu di negara ini.

“Sebelum ini, larangan hanya melibatkan telur penyu belimbing tetapi spesies lain (agar, lipas dan karah) dibenarkan menyebabkan ia dijual secara terbuka termasuk di Pasar Payang, Kuala Terengganu,” katanya pada program Pemuliharaan Penyu di Pantai Mak Kepit, Pulau Redang dekat sini hari ini.

Azman berkata, selain larangan sepenuhnya penjualan telur penyu, penguatkuasaan bagi mengatasi isu pencerobohan dan gangguan sarang penyu di negeri ini juga akan diperketatkan.

Jelas beliau, pindaan enakmen tersebut akan dibentangkan sekiranya Sidang Dewan Undangan Negeri boleh dilakukan pada bulan November ini.

“Sepanjang tempoh peralihan itu, peniaga Pasar Payang dinasihatkan agar mengurangkan penjualan telur penyu secara beransur-ansur manakala pengguna pula disaran boleh mula berhenti membelinya,” katanya. – K! ONLINE.

Maut kereta bertembung dengan Perodua Myvi

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Bukit Tayor berhampiran Sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Sungai Tong di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, Abdullah Ibrahim, 65, yang bekerja sendiri meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, isteri mangsa, Zabedah Salleh, 61, pula cedera parah di bahagian tangan manakala pemandu kereta Perodua Myvi, Hasri Nawi, 31, cedera ringan di bahagian kaki.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, kereta Proton Wira dinaiki pasangan isteri warga emas, Abdullah dan Zabedah dikatakan menuju ke pekan Sungai Tong dari arah Kuala Berang, Hulu Terengganu.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka dikatakan bertembung secara berhadapan dengan kereta Perodua Myvi dipandu Hasri yang juga seorang pemandu lori.

“Impak daripada kemalangan tersebut menyebabkan mangsa, Abdullah meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, mayat Abdullah yang tersepit di dalam keretanya yang remuk teruk telah dikeluarkan oleh sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang.

Beliau berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasatan manakala Zabedah dan Hasri yang cedera dirawat di unit kecemasan hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Bawa anak demam lepas gian

 MARANG - Demi melepaskan gian, seorang bekas tentera sang gup membawa anak bongsunya ke sarang penagihan dadah di kawasan pinggir sungai berham piran Kampung Gemuroh, Bukit Payung di sini semalam.

Begitupun, tindakannya mem bawa anak lelaki berusia enam tahun membawa padah apabila mereka diberkas bersama 25 lelaki lain dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang bermula pukul 7 pagi.

Lelaki berusia 39 tahun itu memberitahu, dia terpaksa membawa anaknya yang demam itu dan memaklumkan kepada isteri yang sedang bekerja konon nya ke kedai untuk membeli makanan.

Dia juga mendakwa telah meminta kawannya menjaga anaknya di luar kawasan belu kar berhampiran sungai terse but sementara dia melepaskan gian sebelum kawasan itu telah diserbu pasukan penguat kuasa AADK.

Lelaki yang kini menganggur mengaku mula terjebak dengan najis dadah sejak tiga tahun dan mendakwa pada asalnya bertu juan mengubati kesalahan sakit belakang ekoran terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Marang. Roslina Awang berkata, serbuan yang berakhir 2 petang itu berjaya memberkas 26 lelaki disyaki penagih dadah berusia dalam lingkungan 26 hingga 58 tahun.

Beliau berkata, ujian urin mendapati kesemua suspek positif jenis opiat dan pil kuda. 

"Kesemua suspek direman selama 14 hari bagi membantu sia satan mengikut Seksyen 31 Akta Penagih 1983 dan Seksyen 62 akta sama," jelasnya.

Jualan segar Anjung Usahawan Ketengah tawar harga lebih murah

MURAH. Lembaga Kemajuan Terenggganu Tengah (Ketengah) menganjurkan program Jualan Segar Anjung Usahawan Ketengah di Pasar Pusat Komuniti Desa, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Bukit Besi, Terengganu baru-baru ini.

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, program jualan segar tersebut yang diadakan pada setiap Khamis terakhir setiap bulan itu disertai oleh 50 usahawan.

"Produk pertanian yang dijual pada program ini bukan sahaja segar dari ladang malah lebih murah 20 peratus daripada pasaran semasa," jelasnya.


Friday, March 26, 2021

Orang tempatan tolak gaji RM3,000

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Tawaran gaji RM3,000 dan pelbagai insentif lain masih gagal menarik warga tempatan untuk bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit. 

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sambutan terhadap kempen menggalakkan orang tempatan menceburi sektor peladangan sejak penularan pandemik Covid 19 pada setahun lalu masih gagal mencapai objektifnya.

"Sambutan diterima kurang menggembirakan hanya mencapai angka ribuan sedangkan kita memerlukan 32,000 pengait buah kelapa sawit. 

"Keperluan terhadap pekerja ladang tersebut amat kritikal. Sekiranya kekosongan 32,000 itu dapat dipenuhi, kita diunjurkanboleh menjana lebihan pendapatan sekurang-kurang RM5 bilion Iagi pada tahun ini," katanya ke tika ditemui selepas menyantuni pentaga Pasar Batu Enam di sini semalam.

Mohd. Khairuddin menjelaskan warga tempatan yang bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit juga diberikan rumah penginapan percuma termasuk pasangan kelamin dan pengangkutan anak ke sekolah.

Persatuan Kelapa Sawit Ma laysia (MPOA) mengunjurkan sektor kelapa sawit negara mampu menjana perolehan RM35 bilion pada tahun ini dengan harga minyak sawit mentah (MSM) semasa mencecah tahap tertinggi iaitu RM4,247.50 setan.

Sehubungan itu, Mohd. Khairuddin memberitahu kementeriannya telah mendapat permohonan daripada pemain industri sektor perladangan bagi membenarkan semula kemasukan pekerja asing bagi mengisi keperluan kritikal itu.

Beliau berkata, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sedang mempertimbangkan permohonan tersebut bersama Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Sumber Manusia.

"Secara dasarnya pemain sektor perladangan kelapa sawit perlu memberi jaminan mampu mengawal penularan Covid-19 secara maksimum dan mematuhi syarat perumahan pekerja ditetapkan terlebih dahulu sebelum kelonggaran boleh diberikan.

"Dasar kerajaan untuk membekukan pengambilan pekerja asing adalah kekal tetapi pengecualian boleh dilakukan mengikut kes,"katanya.

Maidam sumbang 2,000 pelitup muka kepada sekolah

AMAL. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyumbang 2,000 pelitup muka dan makanan untuk kegunaan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu baru-baru ini.

Sumbangan yang bernilai keseluruhan RM3,000 tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin kepada Pengetua SMK Tengku Ampuan Intan, Mohd Sohaimi Zakaria.

M. Rozi berkata, pemberian pelitup muka dan makanan berkenaan bertujuan untuk memberi dorongan kepada calon SPM berkenaan bagi terus fokus dalam peperiksaan awam berkenaan.

"Sumbangan diperolehi menerusi kutipan derma kakitangan Maidam dan anak syarikat kami," katanya.

Thursday, March 25, 2021

Pengarah syarikat, penjawat awam dicekup SPRM

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tiga lelaki termasuk dua pengarah syarikat ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes memberi dan menerima rasuah berhubung pelaburan syarikat pengeluaran produk pelitup muka bernilai keseluruhan kira-kira RM9 juta.

Ketiga-tiga suspek termasuk seorang penjawat awam berusia dalam lingkungan 40-an hingga 59 tahun ditahan reman selama seminggu sehingga Isnin ini di Mahkamah Sesyen/Majistret di sini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa.

“Siasatan awal mendapati dua pengarah syarikat terbabit disyaki memberi rasuah kepada seorang penjawat awam pada tahun lalu.

“Ia dipercayai balasan mencadangkan pelaburan dalam usahasama dengan syarikat tersebut untuk pengeluaran produk pelitup muka dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM9 juta,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, kesemua suspek hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu di sini antara pukul 2 petang hingga 4 petang pada semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – K! ONLINE

Harga lembu sado cecah RM60,000

 

Oleh MOHD, AZLI ADLAN

BESUT - Penternakan lembu sado mampu merana pendapa tan lumayan kepada pengusahanya.

Seorang penternak, Ahmad Mustapa berkata, seekor lembu sado induk pernah dijual pada harga RM60,000, menyamal harga sebuah kenderaan Jenis Pro ton Ertiga Executive (AT).

"Lembu sado baka Charolais itu dijual dengan harga paling tinggi di daerah ini sebelum ini kerana la merupakan induk ter- baik.

"Jika lembu sado) jenis biasa pun, harga jualan seekor boleh melebihi RM12,000 apatah lagi jenis induk terbalk katanya ke tika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ahmad yang berasal Kampung Tok Dor di sini dan mempunyal 45 ekor lembu sado berkata, seekor lembu sado mampu menghasilkan daging seberat hampir satu tan. 

Katanya, jualan daging bagi seekor lembu sado tersebut mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000.

 "Permintaan terhadap daging terutama pada bulan Ramadan, Syawal dan Hari Raya tempahan daripada pengusaha Aidiladha semakin meningkat dari setahun ke setahun.

"Daging lembu sado yang lembut dan berjus juga mendapat tempahan daripada pengusaha hotel dan restoran mewah kerana sesuai dijadikan stik, ujarnya.

Seorang lagi penternak. Aswadi Hussin berkata, perangai dan corak pemakanan lembu sado menyebabkan ia hanya sesuai diternak di kandang.

Dia yang berasal dari Batu Tumbuh di sini berkata, seekor lembu sado memerlukan ma kanan dalam kuantiti banyak kira-kira 10 kilogram (kg) sehari. 

"Sebalknya lembu sado diberi makan rumput minyak selain dedak. Secara purata, saya  menghabiskan RM2000 sebulan untuk lima ekor lembu sado yang dibelanya.

 "Walaupun kosnya agak tinggi tetapl berbalol kerana pembesaran lembu sado cepat. Kita sudah boleh menjualnya ketika berusia 12 bulan," jelasnya.

Pengusaha taska disamun guna senapang angin

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Seorang wanita tergamam apabila taska yang diusahakan tiba-tiba dicerobohi seorang penjenayah sehingga dia kerugian kira-kira RM8,000 di Jalan Sekolah Menengah Mahmudiah, Kuala Berang di sini hari ini.

Tambah mencemaskan Khatijah Ali, 58, apabila dia dan cucunya yang berusia dua tahun diancam dengan diacu dengan selaras senapang angin oleh lelaki berkenaan dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi.

Menceritakan semula kejadian, Khatijah memberitahu, sewaktu kejadian, beliau dan anak perempuannya yang berusia 29 tahun sedang menyediakan makanan untuk lima kanak-kanak di bawah jagaan taskanya.

“Lelaki (penjenayah) itu masuk menerusi pintu dapur sebelum mengacu senapang (angin) ke arah saya sebelum meminta duit.

“Dia kemudiannya mencapai beg tangan saya dan anak yang kebetulan diletakkan di atas kabinet dapur sebelum saya memberanikan diri cuba merampas semula sehingga berlaku pergelutan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Khatijah berkata, sewaktu pergelutan itu, satu tembakan telah dilepaskan sebelum penjenayah tersebut mengacukan senapang anginnya pula ke arah dahi cucunya yang sedang duduk di atas kerusi berhampiran sinki dapur.

Beliau berkata, dia terpaksa melepaskan dua beg tangan yang mengandungi wang tunai hampir RM4,000, dua utas rantai leher dan dua bentuk cincin kepada lelaki tersebut. – K! ONLINE.

Pasangan tunang kena dakwa edar dadah

KUALA TERENGGANU - Sepasang tunang berdepan hu kuman mati selepas dihadap kan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah dua minggu lalu.

Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh, 22 yang menganggur menghadapi tujuh pertudu- han, manakala tunangnya, Nurin Rasyiqah Adabiah Mat Ideris, 21, pula didakwa atas dua pertuduhan.

Tiada pengakuan direkodkan dan masing-masing mengangguk faham di hada pan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mohamad Amirul Aliff didakwa mengedar metham- phetamine masing-masing se berat 1,797.7 gram (g) dan 833.7g di belakang rumah di Kampung Jambu Bongkok, Marang pada pukul 1.10 pagi, 20 Pebruari la Tertuduh juga didakwa mengedar 10958g heroin di 

lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Sesyen 39B (1) (a) Akta Dadah Ber. bahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan maksimum 15 kali.

Tertuduh juga didakwa memgedar masing-masing 152.1g dan 65.3g methamphetamine pada pukul 1 pagi hari sama.

Lelaki itu juga berdepan pertuduhan bersama tunangya mengedar methamphetamine seberat 102.1g. Pasangan itu turut didakwa memiliki kodein.

Majistret Noor Mazrinie tidak menawarkan jaminan ke atas kedua-dua tertuduh.

Tarikh 9 Jun depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Instafamous tunggang RXZ dikompaun RM400

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Gara-gara memuat naik video menunggang motosikal Yamaha RXZ yang tidak memiliki nombor pendaftaran, seorang Instafamous wanita didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Afifie Laila Abdullah, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab. Latif.

Berdasarkan pertuduhan, Afifie Laila didakwa menunggang motosikal yang tidak mempamerkan nombor pendaftaran hadapan pada pukul 6.15 petang, 12 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM300 hingga RM3,000 jika sabit kesalahan.

Kosmo! 18 Mac lalu melaporkan Afifie Laila dikompaun RM300 oleh JPJ kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal Yamaha RXZ.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kesalahan tersebut dikesan menerusi penyebaran video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial pada baru-baru ini. – K! ONLINE


Wednesday, March 24, 2021

SPRM tahan pengarah yayasan, siasat kes rasuah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pengarah sebuah yayasan di negeri ini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan menerima suapan projek pelaburan pengeluaran produk pelitup muka bernilai RM9 juta.

Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 55 tahun dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkmah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa.

Satu sumber memberitahu, lelaki tersebut disyaki menerima rasuah dari pengarah syarikat sebagai balasan mencadangkan pelaburan usahasama dengan syarikat tersebut untuk pengeluaran pelitup muka.

“Dia ditahan di rumahnya di bandar raya ini pada pukul 4.30 petang semalam.

“Siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam berusia dalam lingkungan 40-an hingga 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama. – K! ONLINE

Instafamous kebaya merah tunggang RXZ dikompaun RM370

KUALA TERENGGANU - Gara gara memuat naik video mema parkan aksi menunggang motost kal Yamaha RXZ tanpa memakai topi keledar di media sosial, se orang wanita dikompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru baru ini.

Pengarah JPJ Terengganu. Zulkarnain Yasin berkata, wanita Itu yang juga dipercayal Instafa- mous dikompaun sebanyak RM370 atas kesalahan tidak memakai topi keledar dan nombor pendaftaran motosikal tidak mengikut spesi kasi pada Ahad lalu.

"Berdasarkan video tersebut. kami telah memanggil wanita dari Dungun Itu baru-baru ini dan dia mengakui kesalahannya

"Tindakan tetap diambil walaupun video berkenaan hanya dimuat naik menerusi akaun me dia sosial peribadi wanita itu," ka tanya semalam.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan seorang Instafamous wanita yang memakai kebaya merah menunjukkan ke hebatan menunggang motosikal Yamaha RXZ di jalan raya tanpa memakai topi keledar.

Video berdurasi 14 saat itu dikatakan hanya untuk kandungan kreatif di akaun media sosial wanita terbabit yang dipercayai dirakam di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun baru- baru ini.

Zukarnain berkata, mana mana gambar atau video yang dimuat naik di media sosial boleh dijadikan bukti oleh pihaknya.

Pengetua disyaki cabul staf sendiri

HULU TERENGGANU - Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan dak waan mencabul dan melaku kan gangguan seksual terhadap kakitangan wanitanya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superin tendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, lelaki berusia 52 ta hun itu ditahan di Kuala Nerus pukul 11 malam, Isnin lalu.

"Setakat ini, polis menerima empat aduan daripada empat kakitangan dan pekerja kontrak kebersihan sekolah itu.

"Mereka mendakwa sus- pek telah menghantar mesej berunsur lucah menerusi ap likasi WhatsApp," katanya di sini semalam.

Tambahnya, sebahagian mangsa juga mendakwa di cabul secara fizikal oleh sus pek dalam kawasan sekolah dan perbuatan itu didakwa berlaku dari awal Januari hingga hujung bulan lalu.

"Lelaki tersebut direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Tuesday, March 23, 2021

Paras air empangan seluruh negara masih normal

 KUALA TERENGGANU - Negara dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air kritikal walaupun sedang berhadapandengan musim kemarau pada waktu ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan pemantauan bekalan air mentah untuk kegunaan rakyat di seluruh negara ini masih mencukupi. 

Beliau berkata, paras air di semua 104 empangan di seluruh negara uga normal dan masih belum berada pada tahap mem bimbangkan.

"Kerajaan sentiasa memantau situasi terkini sumber air negara dengan paras di semua empangan dilihat masih mampu menampung keperluan harian rakyat. 

"Jabatan Meteorologi Juga melaporkan cuaca panas pada tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahun lalu. Kadar kelembapan (tahun ini) juga agak tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memantau majlis Undi Perdana Kerja-kerja Di bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu di sini semalam.

Tuan Ibrahim berkata, sebanyak 63 daripada 104 empangan  yang menakung air di seluruh negara berada di bawah pengurusan KASA.

Dalam perkembangan berkaitan, isu gangguan bekalan air yang berlaku di Baling, Kedah baru-baru ini juga telah diselesai oleh kerajaan negeri berkenaan.

Produk pertanian jana jualan RM1 bilion

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Pasr Tara dan Agroba- zaar kelolaan Lembaga Pemas ran Pertanian Persekutuan FAMA) di eluruh negara ber jaya menjana jualan mencecah RMI on sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Perarakan KP) sejak 18 Mac tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, nilai jualan yang memberansangkan itu menunjukkan produk pasar tani dan Agrobazaar masih mendapat tempat dalam keadaan ekonomi tidak menentu ekoran pandemik Covid-19.

Katanya, FAMA mengambil pendekatan bukan sahaja men jual produk secara lanung di pasar tani dan Agrobazaar tetapi juga secara online.

"Kita sedar masyarakat kini lebih selesa melakukan pember an secara online sepanjang tempoh PKP.

"Bagi mereka, pembelan secara online di rumah masin masing lebih selesa dan men min keselamatan katanya ketika melawat Agrobazaar Nyiur Tujuh, Jertih di sana semalam.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, lapan Agorbazaar di seluruh negara juga menunjukkan kemajuan memberansangkan dengan menghasilkan jualan lebih RM11.89 juta pada tahun lalu.

Tambah beliau setakat ini kesema Agrobazaar itu memasarkan 32,292 pelbagal produk.

Ahmad berkata, sehingga Februari 2021, lapan Agrobazaar dibangunkan di seluruh negara.

"Di Terengganu ini, selain Agrobazaar Nytur Tujuh, ada dua lagi iaitu Agroibazaar Chendering dam Agrobazaar Permint Jaya yang kedua-duanya terletak di Kuala Terengganu" katanya.

UniSZA lancar nombor pendaftaran khas kenderaan

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melancarkan nombor pendaftaran khas kenderaan, ‘UniSZA’ yang boleh dibida mulai hari ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata, sesi pertama bidaan tersebut dibuka sehingga Jumaat ini.

“Kita juga telah mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan untuk menggunakan tulisan UniSZA mengikut rekabentuk sambutan 40 tahun penubuhan universiti ini.

“Perkhidmatan mencetak nombor pendaftaran kenderaan dengan rekabentuk khas berkenaan menggunakan teknologi laser akan disediakan Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi UniSZA,” katanya melancarkan Nombor Pendaftaran Khas UniSZA tersebut di Gong Badak di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pusat Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri (P4P) UniSZA, Prof Dr. Ahmad Shukri Yazid.

Hassan Basri berkata, penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas tersebut bertujuan menjana dana untuk pendapatan universiti.

Sementara itu, Ahmad Shukri berkata, bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas UniSZA berkenaan ditawarkan dalam empat kategori iaitu Bernilai Utama, Menarik, Popular dan Semasa.

Ujar beliau, pihaknya menyasarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas itu kepada kakitangan, pelajar, orang awam alumni sejak era Kolej Ugama Zainal Abidin (Kusza).

“Pembida nombor pendaftaran kenderaan UniSZA juga berpeluang memenangi cabutan bertuah,” katanya. – K! ONLINE

Monday, March 22, 2021

Buruh warga Myanmar maut kemalangan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang buruh warga Myanmar maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah lori membawa barangan runcit di Kilometer 55, Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja berhampiran Rhu 10 di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.55 pagi itu, mangsa, Muhammad Hafiz Sayadul Rahman, 27, yang menetap di Kampung Buluh di sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenan Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Hafiz yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z dikatakan dalam perjalanan ke Telaga Papan dari Penarik di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan tiba-tiba membelok motosikalnya ke sebelah kiri untuk memasuki persimpangan jalan.

“Lori setan membawa muatan barangan runcit yang berada di belakangnya gagal mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, impak pelanggaran itu, lori yang dalam perjalanan untuk menghantar barangan runcit ke Kuala Terengganu dari Pasir Puteh, Kelantan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebuah kedai makan yang tidak beroperasi di tepi jalan.

Tambah beliau, kelindan lori yang merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun pula cedera ringan di bahagian leher. – K! ONLINE

Projek RM1 juta ternak lembu sado

 

BESUT - Kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk mening. katkan pengeluaran produk daging katang' daripada lembu sado bagi menambah pendapa tan penternak di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Per tanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, seekor lembu sado mampu menghasil kan daging seberat hampir setan dan berkualiti tinggi.

"Daging katang yang lembut dan berjus sesuai untuk dijadi kan menu hidangan hotel yang bernilai tinggi.

"Walaupun tidak dapat menyaingi harga daging wagyu, daging lembu sado boleh mencecah RM600 satu kilogram sekiranya dipotong dengan teknik yang betul," katanya selepas merasmi kan projek Pembangunan Lembu Sado Berkelompok di Jabi di sini semalam.

Azman berkata, projek Pembangunan Lembu Sado Berkelompok itu merupakan strategi kerajaan negeri Tereng ganu untuk meningkatkan penge. luaran daging katang:

Beliau memberitahu, kira-kira 70 penternak lembu sado di se luruh daerah di negeri ini kecuali Kuala Terengganu terlibat dalam projek perintis tersebut meli batkan peruntukan keseluruhan RM1 juta.

"Peserta projek itu perlu membela lembu sado masing. masing di kawasan padang ragut yang disediakan di setiap daerah terlibat.

"Setiap ekar padang ragut itu mampu menghasilkan 43.92 tan metrik rumput minyak sebagai makanan lembu sado peliharaan penternak terlibat dalam tem poh setahun," katanya.

Azman menambah, penter nak lembu sado yang menyertai projek perintis itu juga akan di beri latihan amalan pengurusan penjagaan ternakan secara sistematik. Bellau berkata, selain sum ber daging, projek tersebut me- nyasarkan untuk menghasilkan 21 anak lembu sado setiap tahun.

Pantai Malaysia makin musnah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN. NIK SUKRY RAMLI, ROSLIZA MOHAMED dan ROHANA MOHD. NAWI

PETALING JAYA - Keindahan berpuluh kawasan pantal di be berapa negeri yang dahulunya menjadi tumpuan dan tarikan pelancong kini lenyap apabila di hakis sedikit demi sedikit sehing ada kampung yang hilang aki bat ditelan fenomena alam itu.

Situasi itu bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan se tempat, malah turut mengancam kehidupan penduduk sekitar.

Antara negeri yang terkesan lalah Pahang. Terengganu, Kelantan, Selangor dan Johor

Di Pahang, sebanyak 10 pantai dikesan semakin lenyap aki- bat hakisan kritikal seperti Pan tal Cherating. Teluk Cempedak, Tanjung Batu, Kempadang. Gelora Balok, Cherok Paloh, Juara (Pulau Tioman), Tanjung Pahang (Rompin) dan Nenasi (Pekan).

Keadaan itu sekali gus melenyapkan keindahan pantai selain menjejaskan ekosistem alam.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Ko moditi Pahang Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kadar hakisan tertinggi dicatatkan ialah di Pantai Balik laitu 17.3 me. ter sepanjang 1.2 kilometer (km).

Katanya, Pantal Nenasi, Pekan pula paling rendah iaitu 4.2 meter sejauh 17 km.

"Masalah hakisan di pantai Pahang agak serius dan kita sedang berusaha bersungguh-mungruh untuk memulihara semula kawasan terbabit.

 "Untuk itu, kita memperuntukkan RMI0 juta bagi membina struktur kawalan hakisan sepan Jang satu kilometer dengan bantuan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Tambah beliau, hakisan bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar, teta pl turut menjejaskan sektor pelancongan di Pahang.

Menurut Mohd. Sharkar, antara usaha yang dilakukan ialah pembinaan benteng pemecah ombak bagi mengurangkan kesan hakisan di semua kawasan pesisir pantai Pahang.

Di Terengganu, beberapa pantal popular di negeri ini turut terancam apabila 30 kawasan dikenal pasti mengalami hakisan serius sepanjang 244km.

Antara pantai yang terje jas teruk ialah Pantai Teluk Lipat, Dungun; Pantal Rhu Ren dang. Pantai Rusila, Pantai Rhu Renggeh dan Pantai Rhu Dua, Marang dan Pantai Kuala Nerus.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh berkata, sebanyak 13 pantal di negeri itu dikategorikan sebagai paling teruk terhakis dengan ke hilangan garis pantal lebih empat meter setahun.

Beliau berkata, sebanyak tujuh pantai di negeri ini pula terhakis antara satu meter hingga empat meter setahun, manakala pantai yang terhakis kurang satu meter setahun pula ada 10 kawasan," katanya.

Mamad berkata, hakisan di Pantai Teluk Lipat yang melebihi empat meter setahun telah memberi anca man kepada Hotel Universiti Teknologi Mara dan Kelab Golf Dungun selain sekolah, resort dan gerai jualan.

Tambah beliau, hakisan di pantai berkenaan pada awal tahun ini makin memburuk se- hingga menyebabkan sebahagian jalan Pantai Sura runtuh.

"Pantai Rusila juga terhakis terus dengan kehilangan lebar pantai kira-kira 100 meter dalam tempoh 30 tahun.

"Pantai Kuala Nerus mengalami hakisan antara 10 me hingga 20 meter setahun pa setiap kali musim tengkujuh," katanya.

Tambah beliau, sebanyak RM213.17 juta diluluskan untuk membaiki hakisan di Pantai luk Lipat, Rusila dan Kuala Ner yang dijangka siap sepenuh pada Ogos 2022.

Tipu tuntutan RM600, bekas Pengurus Besar PPNT didenda RM5,000

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Hanya kerana mengemukakan dokumen palsu membuat tuntutan pembelian ikan kerapu hibrid bernilai RM600 pada lima tahun lalu, bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Jamaludin Mat memerintahkan hukuman demikian terhadap Che Sa’adon Che Yahya, 57, selepas pihak pembelaan gagal menyangkal kes prima facie dikemukakan pihak pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, Che Sa’adon didakwa mengemukakan butiran palsu mengenai pembelian ikan kerapu hibrid bernilai RM600.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat PPNT pada September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shafini Mustafha manakala tertuduh pula diwakili peguam, Muhammad Zulfaqar Al-Basyar Sharuddin..

Kosmo! 27 Februari 2019 melaporkan tertuduh yang kini bertugas di PPN Kelantan turut dihadapkan atas dua pertuduhan lain
salah guna kuasa berhubung pembekalan penjantan dan induk berbiri bagi projek berbiri Fasa 2 berjumlah RM303,546 di Kampung Pelam, Hulu Terengganu. – K! ONLINE.

Sunday, March 21, 2021

Kemasukan semula pekerja ladang kelapa sawit asing dipertimbangkan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang mempertimbangkan permohonan pemain industri sektor perladangan bagi membenarkan semula kemasukan pekerja asing mengisi keperluan kritikal terhadap pekerja ladang kelapa sawit.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, sektor perladangan kelapa sawit domestik memerlukan lagi sekurang-kurangnya 32,000 pengait buah kelapa sawit di seluruh negara.

“Sekiranya kita boleh mengambil lagi 32,000 pekerja ladang tersebut, kita diunjurkan boleh menjana lebihan pendapatan sekurang-kurang RM5 bilion lagi pada tahun ini.

“Kempen untuk menggalakkan warga tempatan mengisi kekosongan itu sebelum ini mendapat sambutan kurang menggembirakan walaupun dengan tawaran gaji sehingga RM3,00 sebulan dan pelbagai insentif menarik lain,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni peniaga Pasar Batu Enam di sini hari ini.

Persatuan Kelapa Sawit Malaysia (MPOA) mengunjurkan sektor kelapa sawit negara mampu menjana perolehan RM35 bilion pada tahun ini dengan harga minyak sawit mentah (MSM) semasa mencecah tahap tertinggi iaitu RM4,247.50 setan.

Mohd. Khairuddin berkata, KPPK sedang berbincang secara mendalam dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Sumber Manusia berhubung permohonan kelonggaran kemasukan semula pekerja asing ke dalam sektor perladangan kelapa sawit berkenaan.

Jelasnya, secara dasarnya pemain sektor perladangan kelapa sawit perlu memberi jaminan mampu mengawal penularan Covid-19 secara maksimum dan mematuhi syarat perumahan pekerja ditetapkan terlebih dahulu sebelum kelonggaran boleh diberikan. – K! ONLINE

Kerani hamil pecah amanah RM20,864 dipenjara setahun

 

KUALA TERENGGANU - Padah pecah amanah sebanyak RM20,864 dua tahun lalu, se orang bekas kerani wanita se bush firma guaman dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Nooriah Osinan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Zulkarma Zon, 37, yang sedang hamil tiga bulan menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Zulkarma didakwa mengutip sendiri wang seorang pelang gan berjumlah RM20,864 tanpa pengetahuan dan kebenaran majikannya laitu firma guaman Tetuan Fariz, Halim & Co.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabat firma guaman tersebut di Taman Teratai di sini antara Julal dan Ogos 2019.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan kerani di tir ma guaman berkenaan telah diamanahkan untuk mengenda likan dokumentasi jual beli har tanah pelanggan terbabit.

Zulkarma didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan huku man penjara antara setahun hingga 14 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Peguam tertuduh Che Ami Che Musa dalam rayuannya memohon hukuman anak guamnya diringankan kerana Ibu kepada empat anak itu telah membayar sebahagian daripada wang yang telah diambil tersebut kepada majikannya.  

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Izzat Wan Abdullah.

Gajah ceroboh taman pertanian ditangkap



KUALA TERENGGANU - Salah seekor gajah yang dipercayal menceroboh Taman Pertanian Negeri Sekayu (TPNS), Hulu Terengganu baru-baru ini berjaya ditangkap pada Khamis lalu.

Jabatan Perlindungan Hidu pan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam satu kenyataan berkata, gajah betina dewasa itu ditangkap sewaktu berkeliaran di Kampung Durian Bador, Kuala Berang yang terletak kira-kira 2.3 kilometer dari TPNS.

"Seramai enam anggota Per hilitan Terengganu daripada Unit Tangkap Gajah terlibat dalam operasi berkenaan.

"Dengan tertangkapnya gajah tersebut diharap dapat mele kan kebimbangan penduduk di beberapa perkampungan sekitar sejak akhir-akhir ini," katanya di sini semalam.

Menurutnya, haiwan liar berkenaan berada dalam keadaan sihat dan stabil ketika ditangkap.

Ujarnya, gajah tersebut akan dilepaskan di Taman Negara Terengganu, Hulu Terengganu dalam masa terdekat.

Kosmo! 27 Februari lalu melaporkan lebih 117 pokok palma yang terdapat di TPNS telah mus dilepaskan ke habitat asalnya di nah dirosakkan sekumpulan gajah sejak tahun lalu

Bawa anak demam lepas gian

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN




MARANG – Demi melepaskan gian, seorang bekas tentera sanggup membawa anak bongsu menemaninya ke sarang penagihan dadah di kawasan pinggir sungai berhampirn Kampung Gemuroh, Bukit Payung di sini hari ini.

Begitupun, tindakan membawa anak lelaki berusia enam tahun yang sedang demam itu membawa padah apabila mereka diberkas bersama 25 lelaki lain juga dipercayai penagih dadah di lokasi berkenaan dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang berakhir pada pukul 2 petang.

Suspek, Mamat (bukan nama sebenar), 39, mengaku menyesal membawa anak lelaki itu ke sarang penagihan dadah berkenaan yang didakwa baru dikenali sejak tiga hari lalu.

“Sewaktu saya sedang menggunting rambut anak saya di rumah, seorang rakan datang mengajak saya untuk melepaskan gian.

“Saya tiada pilihan selain membawa anak saya bersama dengan memaklumkan kepada isteri yang sedang bekerja kononnya ke kedai untuk membeli makanan,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di Pejabat AADK Marang di sini hari ini.

Mamat mendakwa dia meminta salah seorang kawan menjaga anaknya di luar kawasan belukar berhampiran sungai tersebut untuk melepaskan gian sebelum kawasan itu telah diserbu pasukan penguat kuasa AADK.

Dia yang kini menganggur mengaku mula terjebak dengan najis dadah sejak tiga tahun dan mendakwa pada asalnya bertujuan mengubati kesalahan sakit belakang ekoran terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Marang
Roslina Awang berkata, serbuan yang bermula pada pukul 7 pagi itu berjaya memberkas 26 lelaki disyaki penagih dadah berusia dalam lingkungan 26 hingga 58 tahun.

Beliau berkata, ujian urin mendapati kesemua suspek positif jenis opiat dan pil kuda.

“Kesemua suspek akan direman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Penagih 1983 dan Seksyen 62 akta sama.

“Kawasan pinggir sungai Kampung Gemuroh tersebut telah dikenalpasti lokasi sarang penagihan dadah tegar di daerah ini,” katanya. – K! ONLINE


Saturday, March 20, 2021

Kami sumbang pelitup muka kepada pengamal media

 

MEDIA. Badan bukan kerajaan (NGO), Kelab Aktivis Media Inspirasi (Kami) menyumbang pelitup muka dan cecair S. pembasmi kuman kepada 50 pengamal media Terengganu di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pengerusi Kami, Naraza Muda menyerahkan pek mengandungi pelitup muka dan cecair pembasmi kuman berkenaan kepada Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Khairul Azlam Mohamad.

"Sumbangan ini bertujuan memudahkan kerja pengamal media untuk terus melakukan liputan berita dalam keadaan penularan pandemik Covid-19 pada masa ini.

"Ia juga sebagai penghargaan kepada mereka yang juga merupakan antara barisan hadapan dalam membantu kerajaan meningkatkan kesedaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam menyekang penularan Covid-19," katanya.