Translate

Saturday, July 31, 2021

Durian lingai rasa premium tapi murah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Durian lingai yang memiliki rasa tersendiri mula menjadi pilihan peminat raja buah di Terengganu.

Salah seorang pengusahanya, Mamat Yahya, 64, berkata, walaupun ia merupakan durian kampung, ramai penggemarnya mengakui berpuas hati kerana mempunyai rasa yang premium.

“Isi durian lingai berwarna kuning dan lemak serta berkrim. Mungkin pokoknya yang dita­nam di kawasan berbukit yang berbatu telah mempengaruhi rasanya.

“Oleh kerana jenis durian kampung, harganya berpatutan terutama sewaktu lambakan durian di Terengganu pada masa ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di dusunnya di Kampung Lingai, Batu Rakit di sini semalam.

Mamat berkata, pada awal musim durian baru-baru ini, durian lingai dijual pada harga RM10 sekilogram, namun sejak akhir minggu lalu harganya jatuh kepada RM50 hingga RM100 selonggok yang mengandungi purata 10 biji.


Jelasnya, setiap hari dia akan menjelajah dusunnya seluas kira-kira 10.1 hektar untuk mengutip durian bermula pukul 7 pagi hingga 4 petang.

“Biasanya saya akan membawa turun durian yang dikutip dengan cara mengikatnya pada kayu sebelum memikulnya sambil menunggang motosikal,” ujarnya.

Bercerita lanjut Mamat berkata, purata sehari sebanyak 80 biji durian gugur dan dia mula me­ngusahakan dusun durian sejak tahun 1970-an.


Bagaimanapun katanya, anak pokok benih durian lingai mula ditanam kira-kira 12 tahun lalu.

Sementara itu, seorang peminat durian, Rohani Hasan, 39, pula berkata, dia secara peribadi lebih menggemari durian lingai berbanding jenis durian-durian ‘kayangan’ termasuk musang king dan duri hitam.

“Bagi saya, durian lingai ini, sudahlah dijual murah, rasanya pula premium seperti durian ‘kayangan,” kata Rohani.


Liputan internet lemah di wilayah Ketengah

 

MARANG - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memohon agar liputan teleko munikasi di kawasan wilayahnya. di pedalaman Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dapat dipertingkatkan.

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya menerima rungutan hampir 40 peratus murid dan pelajar di wilayah itu sukar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ekoran masalah tersebut.

"Ramai ibu bapa merungut liputan internet tidak stabil di ru mah masing-masing menyebab kan sesi PdPR anak-anak mereka sering terganggu.

"Kawasan yang paling terjejas ialah di pedalaman Kemaman dan Dungun seperti Kampung Pasir Raja, Kampung Talong dan Kampung Minda. Jangan sampai anak-anak kena panjat pokok dan bukit semata-mata untuk mendapat liputan internet," ka tanya di sini semalam.

Beliau ditemui selepas me nyampaikan tablet untuk PdPR kepada pelajar di Pejabat Pen didikan Daerah (PPD) Marang.

Razali berkata, masalah itu secara tidak langsung menjejaskan usaha Ketengah untuk memban tu melancarkan sesi PdPR pela jar di negeri ini.

"Tiada guna Ketengah bekal tablet percuma kepada pelajar pelajar kurang berkemampuan (B40) dan sederhana (M40) jika tidak dapat dimanfaatkan.

"Sehubungan itu, saya harap pihak terlibat seperti Suruhan jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan negeri Terengganu dapat mem bantu mengatasi masalah itu dengan segera," katanya.

Selamba mengaku tembak rakan baik

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

MARANG -Tidak diketahui puncanya, seorang anggota Jabatan Sukarelawan. Malaysia (Rela) tiba-tiba mengamuk dan me lepaskan tembakan sehingga me nyebabkan rakan baiknya maut di Taman Raya, Wakaf Tapai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa, Fong Swee Fuan, 65, mati di tempat kejadian, manakala anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah akibat terkena tembakan di dada.

Adik mangsa, Fong Swee Heng, 59, berkata, dia yang terdengar bunyi dua das tembakan berge gas ke pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Raya iaitu lokabi abang dan anak saudara nya sedang berehat.

"Sewaktu berlari ke lokasi kejadian, suspek memberhentikan kenderaan pacuan empat roda- nya lalu menoleh ke arah saya dan dengan selamba mengaku sudah menembak abang (Swee Huan).

"Saya tergamam. Apabila tiba di pondok, abang saya terkulai di atas kerusi dan sudah tidak bernyawa, manakala Hock Beng pula terbaring atas lantai," katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Pengusaha kedai emas itu memberitahu, dia masih keliru dan tidak tahu punca kejadian kerana abangnya yang merupakan bekas Pengerusi MCA Ma- rang dan suspek yang berusia 57 tahun berkawan baik sejak kecil.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa memberitahu, peluru tabur yang dilepaskan daripada sena pang patah suspek terkena tepat pada dada si mati.

Mangsa yang cedera pula terkena tembakan di dada dan dike jarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan.

"Suspek mendakwa memiliki 75 butir peluru dan mengancam mahu menembak lebih ramai lagi sebelum membunuh diri.

"Lelaki itu dapat diberkas di Durian Mentagau, Dungun, kira kira 75 kilometer dari lokasi ke jadian pada pukul 4.20 petang.

"Selaras senapang milik Rela yang disyaki digunakan untuk menembak mangsa dan peluru dirampas," katanya.

Motif kejadian masih disiasat, namun setakat ini elemen judi dan mabuk ditolak kerana tiada bukti ditemui di lokasi kejadian.

Friday, July 30, 2021

Doktor kontrak mogok 15 minit

KUALA LUMPUR -  Ratusan pegawai perubatan di seluruh negara menyertai himpunan Har tal Doktor Kontrak di pekarangan hospital masing-masing ham pir 15 minit ketika waktu rehat mereka semalam.

Kesemua mereka yang menyertai himpunan tersebut ada lah daripada Hospital Kuala Lum pur (HKL), Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Putra Jaya, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh (Pahang) dan Hospital Sultanah Nur Zahi rah (HSNZ) di Terengganu.

Turut terlibat ialah pegawai perubatan kontrak di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Serem ban; Hospital Melaka; Hospi tal Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang: Hospital Pulau Pinang (HPP), Hospital Raja Per maisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Bagaimanapun, difahamkan doktor kontrak di dua hospital iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan tidak melakukan sebarang himpunan.

Himpunan yang membabitkan doktor kontrak itu diadakan kerana mereka mahu jaminan untuk diserap ke jawatan tetap dalam sektor awam di hospital kerajaan.

Jumaat lalu, kerajaan telah menjanjikan untuk melanjutkan kontrak doktor terbabit sehingga enam tahun dengan faedah yang serupa seperti doktor tetap.

Tinjauan Kosmol di HKL mendapati, seramai 50 orang pegawai perubatan menyertai himpunan itu di pekarangan hospital se lama 15 minit pada pukul 11 pagi.

Kumpulan doktor kontrak berkenaan dilihat memakai pakaian biasa, malah ada yang di fahamkan baru sahaja habis bertugas dan digantikan oleh doktor lain sebelum menyertai himpunan yang berlangsung itu.

Ada di antara peserta himpunan turut dilihat memegang plakad yang tertulis perkataan seperti saya doktor kontrak, #hkontrak' dan 'Specialist for the future.

Di Hospital Putrajaya, seramai 30 doktor kontrak dari unit orto pedik, perubatan dan unit kesiha tan awam dilihat memegang pos ter tertulis "Tetap bukan Kontrak sebelum bergerak keluar hospital dan berjalan kira-kira 500 meter sebagai tanda bantahan.

Di HPP pula, seorang doktor kontrak, Dr. Zakiah Hanim Zakaria, 29, menyatakan hartal yang disertainya itu tidak mengganggu tugas hakiki para doktor kontrak semalam.

Katanya, mereka yang menyer- tai hartal itu berada di luar waktu tugas dan para doktor kontrak tidak sesekali akan menyebabkan nyawa pesakit terancam.

"Kita nak jaga rakyat Malaysia dengan menjaga pasukan barisan hadapan, jadi bagaimana pasukan doktor ini mahu menjaga rakyat sekiranya kebajikan mereka juga tidak terbela," ujarnya.

Salah seorang doktor kontrak di Hospital Melaka ketika ditemul turut meluahkan kekecewaannya dengan mendakwa status kontrak itu telah menyukarkan mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya sebagai doktor pakar.

"Kami berharap kerajaan memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk jangka panjang dan kami diserap sebagai kakitangan tetap.

"Walaupun telah bertugas sejak empat tahun lalu, status kontrak ini masih tidak berubah dan menyukarkan kami untuk meneruskan perjuangan sebagai doktor pakar," ujarnya.

Harga minyak masak 5kg tak lebih RM30

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kerajaan memutuskan untuk mewartakan minyak masak 5 kilo gram (kg) tidak bersubsidi pada kadar RM30 sebotol.

Timbalan Menteri Kemente rian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KP DNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pewartaan harga siling minyak masak botol itu bertujuan mengelak isu lonjakan harga sehingga membebankan pengguna seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, ia selaras dengan program harga kawa lan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah yang diu- mumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

"Kerajaan bersetuju untuk tetapkan harga runcit bagi minyak masak sawit 5kg tidak me- lebihi RM30 sebotol. Pewartaan harga maksimum tersebut akan dilakukan tidak lama lagi.

"Ia bertujuan untuk me- ngatasi isu kenaikan mendadak minyak masak botol 5kg yang

pernah mencecah sehingga RM35 pada bulan Jun lalu," katanya di sini semalam.

Rosol berkata, maklumat lanjut pewartaan harga siling minyak masak tanpa subsidi itu akan diumumkan Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi pada masa ter- dekat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pemantauan KPDNHEP terhadap harga minyak masak botol 5kg di pasaran kini sudah semakin stabil dan di bawah RM30 sebotol.

"Berdasarkan laporan Penyelaras Kepenggunaan Parlimen, harga tertinggi botol mi nyak masak 5kg di pasaran ialah RM29.50," katanya.

Kosmo! 9 Jun lalu melaporkan orang ramai termasuk golongan peniaga merungut apabila harga minyak masak 5kg meningkat mendadak antara RM33 sehingga RM35 sebotol bergantung kepada jenama.

Thursday, July 29, 2021

Bekas pengetua mengaku tak salah cabul tiga staf wanita

 

HULU TERENGGANU - Seorang bekas pengetua diha dapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini semalam atas lima pertuduhan men cabul tiga kakitangan wanita pada awal tahun ini.

Tertuduh berusia 53 tahun yang kini berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Tereng ganu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu di hadapan Ma jistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Penjawat awam itu didakwa melakukan kekerasan jenayah ke atas wanita berusia 35 tahun di dalam bilik makmal sebuah sekolah menengah di daerah ini pada Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang wanita berusia 33 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di tempat berasingan iaitu bilik stor, tangga koridor bilik semi nar dan bilik guru pada pukul 9 pagi hingga 3.30 petang, Januari lalu.

Tertuduh turut menghadapi pertuduhan kelima mencabul wanita berusia 44 tahun di bilik guru sekolah sama pada pukul 9 pagi hingga 10 pagi, 16 Februari lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Kes- eksaan yang membawa huku- man penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Majistret Engku Nurul Ain membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dan seorang penjamin serta menetapkan 26 September depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh yang diwakili pe guam Noor Svetlana Mohd. Noor Nordin membayar wang ikat jamin.

Kosmo! pada 10 Mac lalu me laporkan mangsa mendakwa diganggu suspek menerusi peng hantaran mesej berunsur lucah menerusi aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, sebahagian mang sa juga mendakwa dicabul se cara fizikal oleh suspek di dalam kawasan sekolah.

Logo khas barang kawalan, bersubsidi berkuat kuasa

 

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil inisiatif mewajibkan semua 12 barangan kawalan dan bersubsidi di ne gara ini mempunyai logo khas.

Timbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid berkata, pendeka tan itu bagi membolehkan kes emua barangan kawalan dan bersubsidi yang berada di pasa ran lebih mudah dikenali.

Beliau berkata, langkah itu memudahkan pemantauan pihak berkuasa bagi mengatasi aktiviti penyeludupan di sem padan negara selain memban- teras tindakan tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang menaikkan harga baran- gan tersebut tanpa kebenaran.

"Barangan kawalan berjadual dan bersubsidi terlibat ialah gula, tepung gandum, minyak masak satu kilogram, baja, kerosin, bar bulat keluli lembut dan petrol RON 95 dan diesel.

Ia juga melibatkan roti, gas petroleum cecair (LPG), simen sekiranya peraturan menam dan ayam," katanya ketika  ditemui di Manir dekat sini semalam.

Rosol berkata, pengilang telah diwajibkan agar menampal logo khas pada kesemua 12 produk barangan kawalan berjadual dan bersubsidi terse but secara berperingkat dalam masa terdekat.

Jelas beliau, ia dimulai dengan bungkusan tepung gandum, yang telah diperkaya dengan zat besi dan asid folik dengan subsidi kerajaan sebanyak 5 sen bagi setiap kilogram.

"Saya juga mengingatkan peruncit, semua barangan kawalan dan bersubsidi yang akan mempunyai logo khas ini bebas dibeli oleh semua rakyat tempatan.

"Peraturan pembelian atas pembelian seperti memberi syarat gula boleh dibeli hanya jika pembelian dilakukan ber sama beras tidak dibenarkan bagi semua barangan tersebut," jelasnya.

Rosol berkata, tindakan tegas boleh diambil mengikut akta kepenggunaan sedia ada sekiranya peraturan menampal logo pada barangan kawalan bersubsidi itu tidak di patuhi.

Wednesday, July 28, 2021

Mohon tambahan klinik kesihatan di wilayah Ketengah

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memohon Kementerian Kesihatan agar membina sekurang-kurangnya sebuah lagi klinik kesihatan Malaysia (KKM) untuk manfaat hampir 100,000 penduduk di wilayahnya terutama di Hulu Dungun dekat sini.

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, buat masa ini, penduduk wilayah berkenaan hanya mempunyai satu kemudahan kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Bukit Besi dekat sini.

“Sebahagian besar penduduk terutama yang menetap di Hulu Dungun memerlukan perjalanan sekurang-kurangnya 20 kilometer untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Besi.

“Saya tersentuh dengan kejadian seorang budak lelaki berusia 11 tahun disengat tebuan yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bukit Besi dari rumahnya di Kampung Minda, Hulu Dungun pada pertengahan bulan ini. Nyawanya mungkin dapat diselamatkan jika menerima rawatan awal,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Razali berkata, Hospital Dungun yang merupakan kemudahan perubatan utama di daerah ini pula lebih jauh kedudukannya dari wilayah Ketengah iaitu kira-kira 45 kilometer.

Kosmo! 18 Julai lalu melaporkan Rayyan Fitri Mohd. Nazuki, 11, disengat seekor tebuan sewaktu sedang bermain telefon bimbit di dalam bilik di rumahnya di Kampung Minda.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Minda Talong itu yang dalam keadaan lemah akibat sengatan pada tangan kakannya telah dikejarkan untuk menerima rawatan sebelum disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Bukit Besi. – K! ONLINE

Durian lingai harga murah, rasa premium

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Durian lingai yang memiliki rasa tersendiri mula menjadi pilihan peminat raja buah di Terengganu.

Salah seorang pengusahanya, Mamat Yahya, 64, berkata, wa- laupun ia merupakan durian kampung, ramai penggemarnya mengakui berpuas hati kerana mempunyai rasa yang premium.

"Isi durian lingai berwarna kuning dan lemak serta berkrim. Mungkin pokoknya yang dita- nam di kawasan berbukit yang berbatu telah mempengaruhi rasanya.

Oleh kerana jenis durian kampung, harganya berpatutan teru- tama sewaktu lambakan durian di Terengganu pada masa ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di dusunnya di Kampung Lingai, Batu Rakit di sini semalam.

Mamat berkata, pada awal musim durian baru-baru ini, durian lingal dijual pada harga RM10 sekilogram, namun sejak akhir minggu lalu harganya jatuh kepada RM50 hingga RM100 se Jonggok yang mengandungi pu rata 10 biji.

Jelasnya, setiap hari dia akan menjelajah dusunnya seluas kira kira 10.1 hektar untuk mengutip durian bermula pukul 7 pagi hingga 4 petang.

"Biasanya saya akan mem bawa turun durian yang dikutip dengan cara mengikatnya pada kayu sebelum memikulnya sambil menunggang motosikal,"ujarnya.

Bercerita lanjut Mamat berkatÄ…, purata sehari sebanyak 80 biji durian gugur dan dia mula me ngusahakan dusun durian sejak tahun 1970-an.

Bagaimanapun katanya, anak pokok benih durian lingai mula ditanam kira-kira 12 tahun lalu.

Sementara itu, seorang peminat durian, Rohani Hasan, 39, pula berkata, dia secara peribadi lebih menggemari durian lingal berbanding jenis durian-durian kayangan termasuk musang king dan duri hitam.

"Bagi saya, durian lingai ini, sudahlah dijual murah, rasanya pula premium seperti durian kayangan," kata Rohani.

Keluarga anggota Rela mohon maaf

 

\Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kejadian pembunuhan melibatkan bekas Ketua Bahagian MCA Marang pada Jumaat lalu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan sus pek yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Ketua Jabatan Siasatan Je satan nayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, siasatan mendapati berlaku pertikaman lidah dan cabar-mencabar sebe. lum mangsa. Fong Swee Fuan, 65, mati ditembak di pondok Kawasan Rukun Tetangga Taman Raya, Wakaf Tapai di sini.

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek berusia 57 tahun pada hari yang sama. "Walau bagaimanapun, siasatan lanjut mengenal motif sebenar serangan masih diteruskan.

"Kita menjangkakan beberapa saksi lagi akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat," katanya semalam.

Mengulas lanjut, beliau mem beritahu, mayat Swee Fuan telah dituntut oleh keluarganya kel marin, manakala anak saudara si mati, Teo Hock Beng, 45, yang parah terkena tembakan di dada dilaporkan semakin stabil. Lelaki itu dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. 

Sementara itu, keluarga Swee masih belum dapat mene rima hakikat mangsa mati ditem bak suspek yang merupakan ra kan baiknya sendiri.

Perkara itu dimaklumkan adik mangsa, Fong Swee Heng, 59, yang memberitahu, perbuatan kejam suspek itu mengejutkan kerana kedua-dua mereka mem besar di kawasan sama selain aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan sejak muda.

"Suspek memang jenis yang mudah naik angin dan tidak mahu mengaku kalah, tetapi saya tak sangka dia tergamak me nembak abang sampai mati," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Jelasnya, hubungan keluarganya dan keluarga suspek baik, malah ahli keluarga lelaki itu juga telah datang menemui keluarganya untuk memohon maaf.

"Tindakan suspek tiada kena mengena dengan mereka (keluarga). Begitupun, kami tetap ma hukan keadilan buat abang dan suspek menerima hukuman yang sewajarnya,"

Kosmo! melaporkan seorang anggota  Rela mengamuk dan melepaskan tembakan menggunakan senapang patah ke arah rakan baiknya di pondok KRT Taman Jaya, Wakaf Tapai.

Bekas pengetua sekolah hadapi lima pertuduhan mencabul

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Seorang bekas pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini atas lima pertuduhan mencabul tiga kakitangan wanitanya pada awal tahun ini.

Tertuduh berusia 53 tahun yang kini bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 35 tahun di dalam bilik makmal bistari sebuah sekolah menengah di daerah ini pada bulan Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat pula, lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang wanita berusia 33 tahun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tiga lokasi berasingan di bilik stor, tangga koridor bilik seminar dan bilik guru sekolah terbabit pada tiga masa berlainan antara pukul 9 pagi hingga 3.30 petang sekitar bulan Januari lalu.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan kelima mencabul seorang wanita berusia 44 tahun di bilik guru sekolah tersebut antara pukul 9 pagi hingga 10 pagi, 16 Februari lalu.

Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Kosmo! 10 Mac lalu melaporkan tertuduh ditahan di rumahnya di Kuala Nerus selepas mangsa-mangsa mendakwa dicabul secara fizikal oleh lelaki itu di dalam kawasan sekolah. – K! ONLINE

Penerima vaksin tidak boleh ambil gambar, video di PPV

KUALA TERENGGANU - Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai agar membenarkan penerima vaksin merakam video ketika disuntik vaksin Covid-19 di Pusat Pembe rian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, perbuatan mengambil video dan gambar dalam kalangan peneri ma tidak dapat dibenarkan kera na ia dikhuatiri boleh menganggu kelancaran proses vaksinasi di PPV berkenaan.

"Setakat ini, kita tidak membenarkan (pengambilan video dan gambar) kerana tidak mahu proses vaksinasi di PPV menjadi lambat.

"Begitupun, penerima vaksin Covid-19 digalakkan untuk meminta petugas PPV menunjuk kan picagari kepada mereka sebelum suntikan dilakukan," katanya di sini semalam.

Menurutnya, kementeriannya telah mengarahkan petugas di PPV untuk menunjukkan pica gari kepada setiap penerima ter libat pada sebelum dan selepas

suntikan dilakukan.

Jelas beliau, langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada penerima bahawa suntikan yang diberikan benar-benar mengandungi cecair vaksin Covid-19.

Kosmo! semalam melaporkan orang ramai menggesa kerajaan supaya membenarkan penerima vaksin merakam video ketika disuntik sebagai salah satu ketelusan selain mengekang jika ada cubaan untuk melakukan penipuan.

Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi Covif-19 (CITF) menge sahkan telah mengambil tinda kan tatatertib ke atas petugas di PPV pandu lalu Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah selepas didapati melakukan per buatan itu pada 17 Julai lalu.

Lelaki bergelang Covid-19 ditemui terapung

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Penduduk Kampung Banggol Cempedak di sini gempar dengan penemuan satu mayat lelaki yang memakai gelang kuarantin Covid-19 di Sungai Terengganu berhampiran sebuah pusat penyedutan pasir di sini hari ini.

Mayat tanpa indentiti dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dijumpai dalam keadaan terapung kira-kira 50 meter dari tebing Sungai Terengganu pada pukul 2.37 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, seramai enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki sebuah bot.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, satu mayat lelaki ditemui terapung dalam keadaan meniarap dan terangkut pada sebatang paip penyeludupan pasir.

“Keadaan mayat itu sudah kembung dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira dua hari lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Jelas beliau, salah satu tangan mayat tersebut juga didapati memakai gelang berwarna putih berkaitan Covid-19.

Sehubungan itu, beliau berkata, anggota bomba bertugas telah mengambil langkah-langkah mengelak penularan Covid-19 seperti memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

“Mayat berkenaan telah dibawa ke tebing sungai sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tuesday, July 27, 2021

Empat bot nelayan Vietnam ditenggelam jadi tukun tiruan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Empat bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah ditenggelamkan oleh Maritim Malaysia (APMM) sebagai tukun tiruan di perairan Pulau Rendang di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim APMM, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, sebelum ini, kesemua bot nelayan Vietnam itu telah ditahan di sekitar perairan Terengganu menerusi Ops Kuda Laut sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, keempat-empat bot itu yang mempunyai 53 kru telah ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Tok Bali, KM Tegas dan KM Gemia.

“Setakat ini, sebanyak 13 bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah telah dilupuskan di sekitar perairan Terengganu sejak awal tahun ini.

“APMM menjangkakan baki 38 buah lagi bot nelayan Vietnam akan ditenggelamkan sebagai tukun tiruan menjelang akhir tahun ini,” katanya selepas menyaksikan penenggelaman empat bot itu di perairan Pulau Redang di sini hari ini.

Saiful Lizan berkata, APMM sudah melupuskan 108 bot nelayan Vietnam yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM162 juta sejak tahun 2010.

“Kesemua bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah atas kesalahan menceroboh perairan negara dan mengaut hasil laut secara haram telah ditenggelamkan di perairan Terengganu,” katanya. – K! ONLINE

Durian murah licin dalam 2 jam

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 10 tan durian kampung yang dijual secara murah di Pasar Tani Hiliran di sini semalam licin dalam tempoh kurang dua jam.

Sebahagian pengunjung sanggup beratur panjang seawal pukul 7 pagi semata-mata un tuk mendapatkan durian pada program kelolaan Lembaga Pe masaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu tersebut.

Pengarah FAMA Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, durian kampung yang dibawa khas dari Besut berkenaan dijual pada harga RM20 selonggok, manakala bagi pelanggan yang membeli tiga longgok sekali gus, harga istimewa RM50.

"Setiap longgok mengandungi tiga atau empat biji durian dengan berat hampir lima kilogram. Kita juga menjual durian tersebutdengan harga RM4.50 sekilogram. "Ia pendekatan serampang dua mata membolehkan orang ramai menikmati durian de ngan harga berpatutan selain membantu pengusaha raja buah tempatan mengatasi lebihan pengeluaran pada masa ini," ka tanya ketika ditemui di Pasar Tani Hiliran di sini semalam.

Che Ghani berkata, durian dari kebun pengusaha Terengganu su dah mula luruh ketika ini sekali gus membantu menurunkan harga raja durian tersebut di pasa. ran negeri ini kepada harga antara RM4 hingga RM8 sekilogram.

Sementara itu, seorang pelanggan, Ramlah Muhammad, 65, berkata, dia dan suami sanggup pergi Pasar Tani Hiliran yang ter letak kira-kira 15 kilometer dari rumah mereka di Gong Badak, Kuala Nerus untuk membeli du rian pada harga murah.

"Sebelum ini kurang mampu sebab harga durian yang dibawa dari Johor dan Pahang berharga lebih RM20 sekilogram. Malam tadi (semalam) tidur saya kurang lena, takut terlepas beli durian pagi ini.

"Hari ini saya terus beli 10 kilogram dengan harga RM4.50 sekilogram untuk dinikmati bersama keluarga," katanya.

Seorang lagi pelanggan, Nur Syadatul Balqis Sharifuddin, 20, berkata, tindakan FAMA itu membantu mereka yang terjejas pendapatan untuk turut menikmati durian.

Agih daging korban lembu sado secara pandu lalu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Seramai lebih 4,000 penduduk daerah ini menerima daging korban sumbangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus yang diagihkan secara pandu lalu.

Wakil Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd. Kamal Nazmi Kamaruddin berkata, pendekatan tersebut diambil bagi menjaga penjarakan fizikal sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Beliau berkata, sebanyak 17 ekor lembu termasuk dua jenis sado spesis Limosin telah di sembelih sebagai korban pada tahun ini.

“Dua ekor lembu sado yang masing-masing seberat kira-kira 450 kilogram (kg) di sembelih pagi ini sebelum diagihkan kepada penduduk memerlukan.

“Kesemua daging korban berkenaan diagihkan kepada lebih 4,000 penduduk terutama dalam kalangan B40 (kurang berkemampuan) di sekitar daerah ini,” katanya ketika ditemui di pusat penyembelihan haiwan korban di Batu Enam di sini hari ini. – K! ONLINE

Monday, July 26, 2021

KPDNHEP perkenal logo khas pada barangan kawalan, bersubsidi

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil inisiatif mewajibkan semua 12 barangan kawalan dan bersubsidi di negara ini mempunyai logo khas.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pendekatan itu bagi membolehkan kesemua barangan kawalan dan bersubsidi yang berada di pasaran lebih mudah dikenali.

Beliau berkata, langkah itu juga bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa bagi mengatasi aktiviti penyeludupan di sempadan negara selain membanteras tindakan tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang menaikkan harga barangan tersebut tanpa kebenaran.

“Barangan kawalan berjadual dan bersubsidi terlibat ialah gula, tepung gandum, minyak masak satu kilogram, baja, kerosin, bar bulat keluli lembit dan petrol RON 95 dan diesel.

“Ia juga melibatkan roti, gas petroleum cecair (LPG), simen dan ayam,” katanya ketika ditemui di Manir dekat sini hari ini.

Rosol berkata, pengilang telah diwajibkan agar menampal logo khas pada kesemua 12 produk barangan kawalan dan berjadual dan bersubsidi tersebut secara berperingkat pada masa terdekat.

Jelas beliau, ia dimulai dengan bungkusan tepung gandum yang telah diperkaya dengan zat besi dan asid folik dengan subsidi kerajaan sebanyak 5 sen bagi setiap kilogram. – K! ONLINE

Harga siling minyak masak lima kg RM30 sebotol

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan memutuskan untuk mewartakan minyak masak lima kilogram (kg) tidak bersubsidi pada kadar RM30 sebotol.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pewartaan harga siling minyak masak botol itu bertujuan mengelak isu lonjakan harga sehingga membebankan pengguna seperti pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, ia selaras dengan program harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Kerajaan bersetuju untuk menetapkan harga runcit bagi minyak masak sawit lima kg tidak melebihi RM30 sebotol. Pewartaan harga maksimum tersebut akan dilakukan tidak lama lagi.

“Ia bertujuan untuk mengatasi isu kenaikan mendadak minyak masak botol lima kg yang pernah mencecah sehingga RM35 pada bulan Jun lalu,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Rosol berkata, pemantauan KPDNHEP mendapati harga minyak masak botol lima kg di pasaran kini sudah semakin stabil dan di bawah RM30 sebotol.

Jelas beliau, berdasarkan laporan diberikan Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP), harga tertinggi botol minyak masak lima kg di pasaran ialah RM29.50. – K! ONLINE

Nelayan Vietnam sanggup terjun laut elak ditahan APMM

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tindakan nekad sebahagian daripada 13 nelayan Vietnam terjun ke tengah laut bagi mengelak diberkas gagal hasil tindakan cekap pasukan Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.

Mereka yang merupakan kru dua bot nelayan Vietnam dipintas Kapal Maritim (KM) Gemia ketika sedang asyik mengaut hasil laut secara haram pada kedudukan 108 hingga 112 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu dekat sini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kesemua 13 kru dua bot nelayan asing yang berusia antara 22 hingga 41 tahun terbabit panik apabila menyedari kehadiran KM Gemia.

“Sebahagian mereka cuba melepaskan diri dengan terjun ke tengah laut tanpa memikirkan keselamatan diri masing-masing.

“Begitpun cubaan mereka gagal apabila berjaya dikepung sebelum dibawa naik kembali ke atas kapal untuk pemeriksaan tidak lama kemudian,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak memiliki dokumen penjalanan dan permit kerja yang sah.

Tambah beliau, kedua-dua bot nelayan itu juga dipercayai tidak mempunyai lesen menangkap ikan sah daripada Jabatan Perikanan.

“Dua bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut, minyak diesel yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM3 juta telah disita,” katanya. – K! ONLINE

Ambil video, gambar di PPV tetap tidak dibenarkan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai agar membenarkan penerima vaksin merakam video ketika disuntik vaksin Covid-19 di pusat penerimaan vaksin (PPV) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, perbuatan mengambil video dan gambar dalam kalangan penerima tidak dapat dibenarkan kerana ia dikhuatiri boleh menganggu kelancaran proses vaksinasi di PPV berkenaan.

“Setakat ini, kita tidak membenarkan (pengambilan video dan gambar) kerana tidak mahu proses vaksinasi di PPV menjadi lambat.

“Begitupun, penerima vaksin Covid-19 digalakkan untk meminta petugas PPV menunjukkan picagari kepada mereka sebelum suntikan dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahmad Amzad berkata, kementeriannya telah mengarahkan petugas di PPV untuk menunjukkan picagari kepada setiap penerima terlibat pada sebelum dan selepas suntikan dilakukan.

Jelas beliau, langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada penerima bahawa suntikan yang diberikan benar-benar mengandungi cecair vaksin Covid-19.

Kosmo! semalam melaporkan orang ramai menggesa kerajaan supaya membenarkan penerima vaksin merakam video ketika disuntik sebagai salah satu ketelusan selain mengekang jika ada cubaan untuk melakukan penipuan. – K! ONLINE

 

Agih daging korban lembu sado secara pandu lalu

 

KUALA NERUS- Lebih 4,000 penduduk di daerah ini me nerima daging korban sum bangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus yang diagihkan secara pandu lalu semalam.

Wakil Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd. Kamal Nazmi Kamaruddin berkata, pendeka tan tersebut diambil bagi men jaga penjarakan fizikal sesuai de ngan prosedur operasi standard (SOP) dalam norma baharu.

Beliau berkata, sebanyak 17 ekor lembu termasuk dua jenis sado spesies Limosin telah di sembelih untuk ibadah korban pada tahun ini.

"Dua ekor lembu sado yang masing-masing seberat kira-kira 450 kilogram (kg) disembelih pagi ini (semalam) sebelum diagihkan kepada penduduk yang memerlukan.

"Kesemua daging korban berkenaan diagihkan kepada lebih 4,000 penduduk terutama dalam kalangan B40 (kurang berkemampuan) di sekitar daerah ini," katanya ketika ditemui di pusat penyembelihan haiwan korban di Batu Enam di sini semalam.

Mohd. Kamal Nazmi berkata, ibadah korban mengikut SOP ditetapkan itu dilaksanakan di beberapa lokasi di empat Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Kuala Nerus dalam tempoh empat hari bermula kelmarin.

Lelaki berbogel rempuh SJR didakwa tiga pertuduhan

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan berhubung perbuatannya memandu secara berbahaya sehingga merempuh sekatan jalan raya (SJR) pada minggu lalu.

Tertuduh, Chew Chong Teck, 45,  membuat pengakuan bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Namun, Nor Mazrinie tidak menerima pengakuan bersalah tersebut dan memerintahkan Chong Teck yang berasal dari Taman Tapai Indah, Marang agar menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Tampoi, Johor.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa tidak mematuhi arahan pegawai polis yang memintanya menghentikan kenderaan di sekatan jalan raya (SJR) Bukit Jong, Kuala Nerus pada pukul 11.30 pagi, 15 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, Chong Teck didakwa melakukan khianat terhadap papan tanda, kon dan payung milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di SJR Bukit Jong pada masa dan tarikh sama.

Dia juga didakwa memandu secara gopoh sehingga membahayakan nyawa manusia di lokasi, masa dan tarikh sama.

Kosmo! pada 15 Julai lalu melaporkan, seorang lelaki membuat kecoh memandu kereta Honda City secara berbahaya sejauh kira-kira 43 kilomter dari Bukit Jong hingga Kuala Berang, Hulu Terengganu dalam keadaan berbogel.

Dia yang dipercayai menghidap penyakit mental, Schizophrenia telah merempuh tiga SJR, 13 lampu isyarat dan melanggar tiga kenderaan termasuk menyebabkan seorang kerani perempuan berusia 46 tahun patah bahu kanan di KM 30, Jalan Kuala Terengganu – Bukit Besi berhampiran Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu. – K! ONLINE

Sunday, July 25, 2021

10 tan durian habis terjual dua jam

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 10 tan durian kampung yang dijual secara murah di Pasar Tani Hiliran di sini hari ini habis licin dalam tempoh kurang dua jam.

Sebahagian pengunjung sanggup beratur panjang seawal pukul 7 pagi semata-mata untuk mendapatkan durian pada program kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu tersebut.

Pengarah FAMA Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, durian kampung yang dibawa khas dari Besut berkenaan dijual pada harga RM20 selonggok manakala bagi pelanggan yang membeli tiga longgok sekali gus, harga istimewa RM50 ditawarkan.

“Setiap longgok mengandungi tiga atau empat biji durian dengan berat hampir lima kilogram. Kita juga menjual durian tersebut dengan harga RM4.50 sekilogram.

“Ia pendekatan serampang dua mata membolehkan orang ramai menikmati durian dengan harga berpatutan selain membantu pengusaha raja buah tempatan mengatasi lebihan pengeluaran pada masa ini,” katanya ketika ditemui di Pasar Tani Hiliran di sini hari ini.

Che Ghani berkata, program jualan durian tersebut berjalan lancar dengan pematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, seorang pelanggan, Nur Syadatul Balqis Sharifuddin, 20, pula berterima kasih dengan insiatif FAMA negeri yang membantu orang ramai menikmati durian dengan harga murah.

“Ramai terjejas pendapatan pada musim Covid-19 ini. Biarpun cuma durian kampung, nikmat merasainya amat disyukuri,” katanya. – K! ONLINE

APMM tahan empat bot nelayan Vietnam

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Keghairahan empat bot nelayan Vietnam mengaut hasil laut di perairan negara terbantut apabila ditahan Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.

Kesemua bot nelayan Vietnam itu ditahan Kapal Maritim (KM) Nusa ketika berada pada kedudukan antara 91 dan 95 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu pada pukul 5 petang.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kehadiran bot nelayan Vietnam tersebut berjaya dikesan oleh pusat operasi Maritim Malaysia di sini sebelum dimaklumkan kepada KM Nusa yang sedang mengadakan rondaan penguatkuasaan.

“Seramai 48 nelayan Vietnam berusia dalam lingkungan 16 hingga 68 tahun yang berada di dalam empat bot itu telah ditahan.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, pemeriksaan juga mendapati kesemua bot nelayan tersebut tidak pernah mendaftar dengan Jabatan Perikanan.

Tambah beliau, APMM juga menyita kesemua bot, hasil laut, bekalan minyak diesel dan peralatan menangkap ikan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM6 juta.

“Sewaktu ditunda ke Jeti Pejabat Maritim Malaysia di sini, seorang tekong salah sebuah bot nelayan itu bertindak nekad terjun ke laut untuk meloloskan diri.

“Begitupun usahanya gagal apabila berjaya diberkas APMM semula. Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963,” katanya. – K! ONLINE

Bekas Pengerusi MCA Marang maut ditembak

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Seorang bekas Pengerusi MCA Marang maut manakala anak saudaranya cedera parah akibat ditembak oleh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam kejadian di Taman Raya, Wakaf Tapai dekat sini hari ini.

Mangsa yang mati ditembak dikenali sebagai Fong Swee Fuan, 65, manakala anak saudaranya yang cedera parah dikenali sebagai Teo Hock Beng, 45.

Suspek berusia 53 tahun yang merupakan rakan baik Swee Fuan dipercayai menembak kedua-dua mangsa menggunakan senapang patah milik Rela.

Dia kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan roda sebelum berjaya ditahan polis bersama selaras senapang dan beberapa butir peluru di Durian Mentangau, Dungun tidak lama kemudian.

Motif kejadian masih disiasat. – K! ONLINE

Anggota Rela tembak mati rakan direman tujuh hari

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang menembak mati bekas Pengerusi MCA Bahagian Marang, Fong Swee Huan semalam ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 57 tahun sehingga Jumaat minggu depan itu dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Kosmo! hari ini melaporkan suspek mengamuk dan dipercayai melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah milik Rela sehingga menyebabkan rakan karibnya, Swee Huan terbunuh di Pondok Kawasan Rukun Tetangga (RT) Taman Jaya, Wakaf Tapai di sini.

Insiden pada pukul 2 petang turut menyebabkan anak saudara Swee Huan iaitu Teo Beng Hock, 45, cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian dada.

Suspek yang cuba melarikan diri dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda kemudiannya berjaya ditahan di Durian Mentagau, Dungun pada pukul 4.20 petang. – K! ONLINE

Nekad tukar aliran dari sains tulen ke agama berbaloi

 

KUALA TERENGGANU - Percaturan seorang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malayala (STPM) menukar aliran daripada sains tulen ke agama mem buahkan hasil apabila mem perolehi keputusan cemerlang yang diumumkan semalam.

Najwa Mohd. Kamal, 20, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek memperolehi Purata Nilal Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.

Beliau yang memperolehi 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata, sebelum ini dia melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam rendah dalam aliran Sains.

"Sebulan kemudian saya menukar kepada aliran agama sesual dengan kecenderungan saya yang amat meminati bidang Usuluddin "Saya mengikut kata hati. Sebelum itu, tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Sains di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pun saya tolak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beladau Kolam, Manir dekat sini semalam.

Najwa merupakan antara 15 calon cemerlang STPM di seluruh negara.

Saturday, July 24, 2021

Kutip asam gelugur hutan demi tambah pendapatan

 

HULU TERENGGANU - Kais pagi makan pagi, kais petang ma kan petang.

Itulah nasib yang dialami pemain industri pelancongan di Tasik Kenyir di sini apabila sektor pelancongan di kawasan tersebut lumpuh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau total lockdown.

Kesempitan hidup turut melibatkan peniaga kedai makan dan kedai bebas cukai berhampiran yang selama ini mendapat limpahan rezeki daripada kehadiran pelancong di Tasik Kenyir. 

Seorang peniaga, Siti Zaharah Salleh, 54, berkata, kedai makan nya terpaksa ditutup ekoran keti adaan pelanggan selepas PKP 30

dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.

"Pelancong langsung tiada, kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah pula sebahagian besarnya bekerja di rumah.

"Senario ini lebih teruk dari pada PKP 10 pada tahun lalu. Ketika itu, kami masih ada modal untuk meneruskan kelangsungan hidup, tetapi kini sudah kering kontang sebab Covid-19" katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Pengkalan Gawi baru-baru ini.

Siti Zaharah yang sudah hampir 20 tahun membuka kedai makan di Tasik Kenyir mengakui terpaksa menyuruh anak lelakinya mengutip buah asam gelugur di dalam hutan berhampiran untuk diproses menjadi asam keping.

"Sebelum ini kami tidak pernah ambil kisah pun, tetapi apa  bila sudah terdesak, ini (asam keping) pun jadi sumber pendapatan sekarang in" ujarnya.

 Seorang pekerja kedai bebas cukai yang enggan dikenali berkata, perniagaan coklat lumpuh akibat ketiadaan pelanggan.

"Bukan setakat pelancong, penduduk dari daerah lain jug masih tidak boleh datang ke sini walaupun sekarang Terengganu sudah memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara," katanya

Sehubungan itu, dia bercadang untuk menjual coklat secara online sahaja sebelum lebih banyak lagi coklat jualannya rosak kerana melebihi tarikh luput.

Tasik Kenyir kini lengang, sunyi sepi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU-Industri pelancongan di Tasik Kenyir di sini yang merupakan tasik buatan terbesar Asia Tenggara lumpuh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh

Kawasan bertaraf bebas cukai yang sebelum ini meriah dengan aktiviti pelancongan air, alam sekitar dan membeli-belah kini sunyisepi tanpa kehadiran pengunjung.

Hampir 100 buah rumah bot yang sebelum ini tidak menang tangan menerima pelancong yang kebanyakan dalam kalan gan kaki pancing kind tersadal di tebing tasik sehingga membuat kan pengusahanya terduduk Kebanyakan mereka yang tersepit terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan lain termasuk menangkap ikan, mencari hasil hutan dan madu serta berkebun demi kelangsungan hidup.

Seorang pengusaha rumah bot, Mohd. Talib Embong 31, terpaksa mencari hasil hutan untuk djual demi menampung kehidupan keluarganya.

Bapa kepada dua orang anak yang menetap di Kampung Gaung di sini itu mengutip apa sahaja yang ditemui di dalam hutan untuk dijual.

"Saya banyak belajar daripada Orang Asli yang ditemui di dalem kawasan hutan berhampiran untuk mengambil kayu-kayan dan madu yang boleh dijual.

"Pada hari minggu, saya menangkap ikan di beberapa batang sungai di daerah ini sebelum hasilnua dijual kepada peraih," katanya ketika ditemui  Kosmo! Ahad di Pengkalan Gawi di sini baru-baru ini.


Mohd. Talib yang mengusahakan rumah bot Kelisa 1 berkata, sebelum ini, perkhidmatannya yang mengenakan caj RM1,800 bagi pakej percutian dua hari satu malam sentiasa penuh terutama pada hujung minggu.

Katanya, rumah botnya kini bukan sahaja tidak dapat beroperasi, malah dia juga terpaksa memulangkan deposit ramal pe langgan lebih RM10,000 ekoran pelaksanaan PKP Penuh.

Seorang lagi pengusaha, Muhammad Bidin Ibrahim, 50, pula berkata, dia terpaksa menukar profesion sebagai pekebun pisang setelah rumah botnya tidak dapat beroperasi

"Dahulu saya tidak menang tangan kerana rumah bot saya yang menawarkan pakej pre- mium serendah RM10,000 untuk dua hari satu malam sentiasa dipenuhi pelancong.

"Sekarang saya mengusahakan kebun pisang seluas 1.62 hektar di Kuala Berang di sini.

"Saya akui kurang terkesan kerana empat anak sudah besar tetap rumah bot masih perlu diselenggara," katanya

Dia yang sudah mengusahakan rumah bot sejak 35 tahun lalu menjangkakan ramai pengusaha rumah bot tidak mampu bertahan jika industri pelancongan terus ditutup lebih lama lagi.

 "Memang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah telah me.beri bantuan pada PKP 1.0 tetapi ramai yang sudah kehabisan modal.

"Walaupun Terengganu memasuki Pasa Dua Pelan Pemulihan Negara, namun aktiviti rentas daerah masih tidak dibenarkan," ujarnya.

Friday, July 23, 2021

Kompaun peniaga cecah RM2.94 juta

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU- Sebanyak 473 kompaun melibatkan nilai RM2.04 juta dikeluarkan Ke menterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan premis dan peniaga sejak Mei tahun lalu hingga kelmarin.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, kompaun itu dikeluarkan hasil daripada lebih 600,000 pemeriksaan yang dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mematuhi penjarakan naikal, ndak mengimbas MySejahtera. tidak menulis rekod kemasukan pelanggan di buku log dan menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan.

Kesalahan lain ialah gagal melaksanakan had maksimum kemasukan pelanggan, tidak mematuhi waktu operasi dan tidak memakai pelitup muka.

 "Saya ingin tekankan bahawa mengeluarkan kompaun bukanlah keutamaan KPDNHEP la tin dakan terakhir selepas advokasi yang diberikan terlebih dahulu tidak dipatuhi," katanya di sini semalam.

Beliau sebelum itu ditemui selepas menyantuni petugas barisan hadapan yang mengawal sekatan jalan raya (SJR) di Kam pung Tajin di sini.

Rosol berkata, secara dasarnya rata-rata peniaga di negara ini amat mematuhi SOP norma baharu yang ditetapkan dengan kadar pematuhan mencapai 98 peratus.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat dua peratus golongan tersebut yang

berdegil dan culas mematuhi SOP terbabit walaupun telah berkali-kali dinasihatkan.

"Mahu tidak mahu, kita terpaksa mengeluarkan kompaun kepada segelintir (penlaga) yang masih degil ini.

"Sebolehnya kita tidak mahu mengeluarkan kompaun kerana faham kebanyakan rakyat terke san dan terbeban dengan kea daan ekonomi dan perniagaan yang tidak memberangsangkan ekoran Covid-19" katanya.

Thursday, July 22, 2021

Kedai fotokopi, alat tulis dipertimbang untuk beroperasi

HULU TERENGGANU- Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan kedai fotokopi dan alat tulis kembali beroperasi pada tempoh pelaksanaan Pe- rintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ketika ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,  Datuk Rosol Wahid berkata, kementeriannya telah menyuarakan permohonan tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat lalu.

"Saya difahamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah mengemukakan permohonan sama kepada MKN.

 "Kita sedar rungutan ramai ibu bapa tentang penutupan kedal alat tulis dan fotokopi se- dangkan la amat perlu untuk anak mereka yang sedang menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)," katanya selepas menyantuni anggota keselamatan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Kam pung Tajin di sini semalam.

Rosol berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara dasarnya bersetuju dengan pembukaan semula kedai alat tulis dan fotokopi ini.

Justeru, beliau berkeyakinan permohonan pembukaan semula premis berkenaan akan diputus kan MKN dalam masa terdekat,

Sebelum ini, kedai alat tulis dan fotokopi ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKP Perah mulai 1 Jun lalu selepas tidak ter senarai di dalam sektor perniagaan penting yang dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, ia telah menimbulkan rungutan dalam kalangan ibu bapa yang tidak da pat membeli alat tulis dan membuat salinan kerja sekolah bagi anak-anak yang mengikuti PdPR di rumah.

Wednesday, July 21, 2021

Empat sahabat dituduh bunuh lelaki curi lembu

 

KUALA TERENGGANU  - Empat sahabat termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Ma jistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh tanpa niat seorang lelaki yang dituduh mencuri lembu, enam tahun lalu.

Kesemua tertuduh, Mohd. Amizi Berahim @Hassim, 40, dan adiknya, Mohd. Hafizol, 35, serta Abdul Hakim Alias, 35, dan Mohd. Fauzi Ismail, 42, mengaku tidak bersalah di bacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara ber sama menyebabkan kematian Mohammad Amir Mat Yim, 29, tanpa niat di Kampung Peng kalan Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus antara pukul 7 malam hingga 8 malam, 11 April 2015.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Mazrinie membenarkan semua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan dua penjamin. Kes disebut semula 8 Julai depan.

Akhbar 16 April 2016 melaporkan, seorang lelaki maut selepas cedera parah ekoran dibelasah beramai-ramai hingga tidak sedarkan diri oleh sekumpulan penduduk kampung.

Sebelum kejadian, mangsa didakwa cuba melarikan lembu peliharaan tetapi perbuatannya disedari penduduk kampung.