Translate

Sunday, April 28, 2013

Tiga sahabat lemas ditelan kepala air

MOHD. AZLI ADLAN dan HASHIM P. MAMAT
berita@kosmo.com.my

KUALA KANGSAR - Dua remaja perempuan dan seorang remaja lelaki yang mandi di kawasan perkelahan Batu Hampar di Kampung Paya Lintah, Padang Rengas dekat sini ketika hujan lebat petang kelmarin mati lemas dihanyutkan arus deras kepala air.

Kejadian berlaku pada pukul 5.20 petang.

Mereka yang maut ialah Muhamad Khairul Safuan Tajudin, 18, Farah Anisah Ahmad Rafi, 17, dan Nor Aida Azhar, 17.

Abang kembar kepada Muhamad Khairul Safuan iaitu Muhamad Khairul Azwan, 18, bagaimanapun terselamat dan mengalami cedera ringan.

Mayat Muhamad Khairul Safuan ditemui sejam kemudian tersangkut di celah pokok buluh kira-kira lima kilometer (km) dari lokasi dia dihanyutkan.

Mayat Farah Anisah pula ditemui pada pukul 10.30 malam kelmarin kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, manakala mayat Nor Aida ditemui pada pukul 7.30 pagi semalam kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dihanyutkan.

Muhamad Khairul Azwan yang terselamat berkata, mereka pergi ke kawasan itu bersama tujuh rakan lain.

"Hujan agak lebat ketika itu. Ketika kami bersiap-sedia untuk pulang, arus deras tiba-tiba datang dan menghanyutkan adik saya.

"Saya sendiri sempat berpaut pada pokok buluh di tebing sungai. Saya kemudian menyedari dua rakan kami iaitu Farah Anisah dan Nor Aida turut hilang," katanya.

Dalam pada itu, ibu saudara Nor Aida, Noriza Ibrahim, 40, berkata, ahli keluarganya telah cuba menegah niat anak saudaranya itu berkelah di pusat perkelahan tersebut memandangkan keadaan cuaca yang mendung ketika itu.

"Lagi pun, kawasan perkelahan Batu Hampar agak berbahaya.

"Kerana tidak mahu mengecilkan hati kawan-kawan dia (Nor Aida) tetap pergi juga selepas dijemput Farah Anisah pada pukul 4 petang semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Kuala Kangsar (HKK) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Mohamad berkata, difahamkan empat remaja berkenaan di kawasan tersebut bersama lima rakan lain yang berasal dari sekitar Kuala Kangsar dan Sungai Siput dekat sini dengan menaiki motosikal.

Saturday, April 27, 2013

Najib kutuk insiden tembak, gesa siasatan segera


IPOH - Datuk Seri Najib Tun Raza mengarahkan polis menyegerakan siasatan dan usaha memberkas penjenayah yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim semalam.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya insiden kejam itu, Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu kejutan kerana berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara serta melibatkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

"Kejadian itu berlaku kepada anggota kita (penjawat awam) yang sedang ambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kepada pihak yang tidak senang dengan tindakan tegas (mereka).

"Saya kutuk perbuatan tersebut sekeras-kerasnya," tegasnya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama anggota keselamatan di Markas Briged Utara Hulu Kinta di sini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Sementara itu, Ismail memberitahu polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin untuk menyiasat kes pembunuhan Shaharuddin.

"Polis percaya pembunuhan itu bertujuan untuk menghalang pihak berkuasa menjalan tugas," katanya yang memberitahu kejadian itu tiada kaitan dengan isu politik.

BR1M lebih baik daripada menurunkan harga petrol

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my

BAGAN SERAI – Dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) jauh lebih baik daripada janji pembangkang untuk menurunkan harga petrol sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program BR1M lebih berkesan kerana ia memberi manfaat secara langsung dan menyeluruh kepada golongan sasaran iaitu rakyat bawahan.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, dasar menurunkan harga petrol lebih mengundang kepada ketirisan kepada golongan tidak layak seperti orang kaya dan warga asing.
“Kalau kurang harga minyak, siapa untung? Orang kaya yang bawa kereta besar, pelancong, pekerja asing, orang jual minyak di (negara) seberang yang untung.
“Apabila kita beri BR1M, rakyat miskin yang dapat manfaatnya,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 15,000 penduduk pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran UMNO Bahagian Bagan Serai di sini semalam.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir, calon BN bagi Parlimen Bagan Serai, Dr. Noor Azmi Ghazali; calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat; calon BN DUN Selinsing, Sharudin Ahmad dan calon BN DUN Semanggol, Zulkarnain Ismail.
Najib berkata, BR1M juga memberi manfaat kepada golongan peniaga setempat ekoran wang yang diberikan menerusi program tersebut akan dibelanja penerima untuk membeli barang keperluan.
BRIM 2.0 yang membabitkan dana RM3 bilion mengagihkan bantuan sekali bayar sebanyak RM500 kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 sebulan pula menerima sebanyak RM250.

Friday, April 26, 2013

Beri Najib mandat lebih besar

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my

PARIT - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat menggunakan peluang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk memberi mandat lebih besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu wajar untuk memastikan kelangsungan dasar-dasar BN dalam membela nasib rakyat di negara ini.
"Bagi saya, rakyat wajar memberi mandat yang besar sebab kita semua tahu, beliau (Najib) bekerja keras dengan mengutamakan pembangunan untuk semua lapisan rakyat," katanya.
Muhyiddin menyatakan demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang pada majlis perasmian kompleks Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah di sini semalam.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Puhat Nayan; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan.
Hadir sama calon BN bagi Parlimen Parit, Datuk Mohd. Zaim Abu Hassan; calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, Mohd. Nizar Zakaria dan calon BN DUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.
Muhyiddin menarik perhatian bahawa rakyat perlu mempertahankan pemerintahan BN kerana segala dasar yang dilaksanakan parti itu selama ini terbukti memberikan banyak manfaat kepada mereka.
Katanya, dasar yang disusun oleh kepimpinan negara di bawah BN begitu rapi dan teratur, sekali gus menghasilkan natijah terbaik untuk rakyat.
"Rakyat jelata harus ke depan pertahankan dasar itu bukan kerana BN tetapi pentingnya dasar itu diteruskan untuk menjaga maslahah dan kebajikan rakyat.
"Mempertahankannya tidak lain tidak bukan adalah menerusi peti undi pada PRU-13 ini," katanya.
Di Sitiawan, Muhyiddin ketika berucap pada program Himpunan Rakyat menegaskan, slogan 'ubah' dan 'ini kalilah' yang dilaungkan pembangkang bagi mempengaruhi pengundi untuk menukar kerajaan pada PRU-13 tidak perlu dilayan.
Beliau menjelaskan, BN bukanlah kerajaan yang teruk kerana ia selama ini terbukti telah menjalankan amanah memakmurkan negara sepanjang lebih 50 tahun diberi mandat mentadbir Malaysia.
"Ada banyak sebab mengapa rakyat negara ini perlu mengekalkan kerajaan sedia ada, antaranya Malaysia kekal sebagai negara yang aman dan tenteram.
"Kedua, hubungan istimewa pelbagai kaum dan keturunan di negara ini yang bersatu-padu.
"Ketiga, BN telah menunaikan tanggungjawab dan janji-janji untuk memakmurkan negara," katanya.
Beliau memberitahu, semua itu tidak mungkin berlaku dengan sendirinya melainkan kesungguhan daripada kerajaan BN yang memikul amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan rakyat.

Thursday, April 25, 2013

Lelaki mati ditembak ketika bersarapan


TAIPING - Seorang lelaki yang sedang menikmati sarapan pagi maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian yang turut disaksikan lebih 20 pelanggan di sebuah warung di Dataran Pasar, Simpang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd. Diah berkata, kejadian pukul 9.05 mati itu mengakibatkan A. Muthazagal, 46, mati di tempat kejadian selepas terkena satu das tembak di belakang kepalanya.

Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa didatangi seorang lelaki memakai topi keledar bertutup penuh yang terus melepaskan tembakan.

"Suspek yang memakai baju T dan berseluar panjang itu kemudian melarikan diri ke seberang jalan dan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Ego berwarna hitam yang ditunggang oleh seorang lelaki lain," katanya kepada Kosmo! semalam.

Tekad Rosli rampas DUN Changkat Jering


BUKIT GANTANG - Jika bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dari Pas menyangka beliau bakal mendapat laluan mudah bertanding di DUN Changkat Jering selepas 'melarikan diri' dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, ternyata ia satu percaturan yang silap.

Malah silap hari bulan, karier politik Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Perak bakal terkubur pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini kerana calon yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) merupakan tokoh berpengaruh tempatan iaitu Datuk Rosli Husin.
Ia tidak mustahil kerana Rosli yang kini menerajui UMNO Bahagian Bukit Gantang bukan sahaja anak jati Changkat Jering malah sifat peribadinya yang peramah dan selamba membolehkan beliau mempunyai hubungan baik dengan penduduk tempatan.

“Pemilihan pucuk pimpinan untuk saya bertanding di DUN Changkat Jering bagaikan sirih pulang ke gagang,” ujar Rosli kepada Kosmo! semalam.

Beliau merupakan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong  yang turut berada di bawah Parlimen Bukit Gantang sejak tahun 2004.

Rosli memberitahu keazaman beliau untuk merampas kembali kerusi yang dikuasai pembangkang semakin kuat dan dimudahkan oleh kerjasama erat yang terjalin antara parti komponen BN diterajui UMNO.

Tambah beliau, sejak lima tahun lalu, setiap sayap parti komponen BN seperti Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri tidak putus-putus menganjurkan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kembali sokongan rakyat.

“Ia terbukti selepas UMNO Bahagian Bukit Gantang diiktiraf antara bahagian yang paling aktif di negara ini seperti diumumkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 akhir tahun lalu,” katannya.

Rosli mengakui faktor kekalahan BN di Parlimen dan dua DUN disebabkan pengundi India dan Cina yang tidak menyokong BN.

Menurut beliau, landskap politik Bukit Gantang termasuk Changkat Jering kini sudah banyak berubah.

Sokongan kembali mereka terhadap BN boleh dilihat menerusi bilangan masyarakat India dan Cina yang semakin ramai hadir ke pejabat beliau untuk mendapatkan khidmat bantuan.

“Penerimaan itu juga diserlahkan menerusi penglibatan penduduk tanpa mengira kaum pada program-program anjuran parti komponen BN Bukit Gantang.

“Selain kerja keras BN Bahagian Bukit Gantang, kebanyakan mereka tertarik dengan kesungguhan dan keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir negara,” katanya.

Ujar Rosli, sebahagian penyokong-penyokong tegar Pas juga sudah mula 'berlembut' dan mahu mendampingi pemimpin-pemimpin BN tempatan.

“Kalau dahulu, kita tak boleh pasang bendera di kubu kuat Pas seperti Changkat Ipoh, Kampung Pauh dan Batu 8 tetapi sekarang tak lagi. Malah ada di antara mereka berjumpa untuk menyatakan sokongan secara terbuka kepada saya,” katanya.

Wednesday, April 24, 2013

INFO Antara perkara tercatat dalam Aku Janji BN Perak


 A. Kesejahteraan Rakyat

- Had pendapatan isi rumah bagi kelayakan memohon dermasiswa dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,000.

- Peruntukan perkapita sebanyak RM350 bagi setiap anak yatim dan warga tua yang berada di rumah anak yatim dan pusat jagaan warga tua yang berdaftar.

B. Perumahan Rakyat

- Membina 15,000 lot tapak rumah beserta pusat perniagaan komuniti.

- Membina 7,000 lot tapak umah untuk bekas tentera dan polis.

C. Memacu Ekonomi Rakyat

- Mengisytihar Pulau Pangkor sebagai Kawasan Bebas Cukai.

- Mewujudkan Zon Ekonomi Khas di Kamunting, Kampar, Pantai Remis, Teluk Intan-Bagan Datoh dan Lekir-Pasir Panjang.

D. Masyarakat Berkemahiran, Berilmu dan Berintegriti

- Menaik taraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah kepada Universiti Sultan Azlan Shah.

- Mewujudkan Bandar Ilmu Amanjaya di antara Bandar Gajah dan Seri Iskandar

Aku janji untuk majukan Perak

MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

PADANG RENGAS - Membelek buku Aku Janji Barisan Nasional (BN) Perak, kita mendapati ia bukan sekadar janji-janji manis tetapi lebih menyerupai pelan rancangan pembangunan lima tahun yang dibuat secara sistematik.

Ia tidak menghairankan kerana sebelum ini, dasar kerajaan negeri Perak yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah dirangka dan dilaksana secara teliti dan tidak semata-mata bersifat populis.

Pendek kata, aku janji tambahan yang mengandungi 11 teras itu merupakan kesimbangan daripada gagasan Perak Aman Jaya iaitu pelan pembangunan jangka panjang pembangunan Perak untuk  menuju status negeri maju.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, aku janji yang mengandungi 82 perkara tersebut di susun secara komprehensif bagi memastikan ia memberi manfaat semua rakyat negeri itu selaras dengan slogan, 'Tiada yang Tertinggal, Tiada yang Terpinggir'.

“Ia dirangka sebagai penyelesaian kepada keperluan dan kehendak rakyat Perak setelah denyut nadi dan perasaan mereka diselamai BN menerusi program turun padang,” katanya ketika melancarkan Aku Janji BN Perak di perkarangan BN Padang Rengas, Chenderoh dekat sini kelmarin.

Zambry berkata, ciri-ciri kerajaan negeri yang bakal dibentuk BN sekiranya diberi mandat pada 5 Mei ini ialah membentuk kerajaan yang inklusif bagi menjamin keadilan segenap rakyat.

Menurut beliau, kerajaan itu juga mesti stabil bagi menjamin keamanan dan bakal digerakkan oleh kakitangan awam yang efektif, ada integriti dan cekap.

“Selain itu, bagi memacu ekonomi, kami meneruskan dasar mesra pelabur. Kerajaan negeri juga bukan sahaja mesra rakyat malah bersikap terbuka apabila mendengar pandangan mereka,” katanya.

Zambry berkata, antara perkara lain yang terdapat dalam aku janji tersebut ialah pemberian Simpanan Amanjaya sebanyak RM200 bagi setiap anak dilahirkan di negeri ini dan menaik taraf perkhidmatan Bas Rakyat bagi setiap daerah di Perak.

Katanya, pusat jagaan warga emas yang lebih tersusun akan di bina untuk kebajikan golongan itu selain menwujudkan pusat jagaan kanak-kanak di setiap jabatan dan agensi kerajaan.

“Peruntukan RM3 juta setahun akan disediakan untuk pengurusan jenazah golongan orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, Orang Asli dan warga emas kurang berkemampuan.

“Sebuah balai polis bergerak akan dibina setiap daerah dan menambah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi,” katanya.

Zambry seterusnya yakin rakyat negeri tersebut akan meneliti aku janji yang ditawarkan BN sebagai sesuatu realistik untuk dilaksanakan.

Selain diedarkan secara meluas di seluruh negeri oleh Skuad Konvoi Pemuda BN, butiran terperinci Aku Janji BN Perak boleh dilayari di laman web http://www.perak4u.com.

Slogan pembangkang tidak relevan - TPM


SITIAWAN - Slogan ‘Ubah’ dan ‘Ini Kalilah’ yang dilaungkan pembangkang bagi mempengaruhi pengundi untuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini tidak relevan kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian, ujar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana katanya, Barisan Nasional (BN) bukanlah kerajaan yang teruk tetapi sudah terbukti menjalankan amanah memakmurkan negara secara adil dan saksama sepanjang lebih 50 tahun diberi mandat mentadbir.

“Slogan 'Ubah' yang dilaung pembangkang untuk menawan Putrajaya dan kerajaan-kerajaan negeri tidak boleh dipakai. Saya juga yakin rakyat tidak akan termakan dengan slogan tersebut,” katanya pada program Himpunan Rakyat di Kampung Pasir Panjang Laut dekat sini hari ini. - Kosmo!



Tuesday, April 23, 2013

Masalah banjir dua kampung di Perak bakal selesai


KUALA KANGSAR - Masalah banjir yang membelenggu lebih 2,000 penduduk Kampung Stesyen dan Kampung Kolam Air di sini yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu bakal berakhir tidak lama lagi.

Ini berikutan kerajaan negeri mengambil inisiatif melaksanakan projek tebatan banjir di kedua-dua buah kampung tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, projek penyelesaian masalah itu merupakan kesinambungan daripada lawatan kerja beliau ke dua perkampungan berkenaan pada 19 Januari lalu.

“Setelah membuat tinjauan, saya dapati masalah banjir yang membelenggu penduduk Kampung Stesyen dan Kampung Kolam Air perlu diselesaikan segera.

“Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM750,000 bagi menaik taraf tebatan banjir,” katanya pada majlis pecah tanah projek menaiktaraf tebatan banjir di Kampung Stesyen di sini semalam.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd. Aziz dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Zambry berkata, kerajaan negeri juga bercadang meluluskan RM260,000 lagi peruntukan bagi menyelesaikan masalah banjir di Kampung Banjir yang terletak tidak jauh dari Kampung Stesyen.

Seorang penduduk di Kampung Stesyen, Zaidah Md. Jan, 68 berkata, komitmen kerajaan negeri diterajui BN bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut melegakan dia sekeluarga.

“Saya gembira Menteri Besar mendengar keluhan kami dan menyelesaikan masalah banjir,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

L. Mariapan, 52, pula berkata, masalah banjir yang membelenggu penduduk kampung-kampung tersebut berpunca daripada sistem perparitan yang tidak terurus.

"Setiap kali hujan lebat, kebanyakan rumah di Kampung Stesyen, Kampung Kolam Air dan Kampung Banjir dinaiki rumah hingga ke paras lutut," katanya.


BN Perak janji sediakan 50,000 peluang kerja

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


PADANG RENGAS - Barisan Nasional (BN) Perak menggariskan 11 teras utama dalam manifesto atau aku janji negeri yang merupakan kesinambungan gagasan Perak Aman Jaya iaitu pelan jangka panjang pembangunan negeri yang menjanjikan 50,000 peluang pekerjaan.
Bertemakan 'BN Untuk Anda', manifesto berkenaan merangkumi 82 perkara bagi meneruskan agenda membela nasib rakyat selain memantapkan pembangunan ekonomi negeri itu.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, teras utama manifesto BN Perak adalah kesejahteraan rakyat, perumahan rakyat, memacu ekonomi, keselamatan dan ketenteraman rakyat, pembangunan seimbang, masyarakat berkemahiran, berilmu dan berintegriti, kecekapan penyampaian, memelihara toleransi beragama, mengantarabangsakan negeri dan meningkatkan peranan wanita.
Menteri Besar Perak itu berkata, antara perkara yang terkandung dalam manifesto itu adalah menaikkan had kelayakan memohon dermasiswa daripada pendapatan isi rumah RM1,500 kepada RM3,000 sebulan dan memperuntukkan RM350 sebulan kepada setiap anak yatim dan warga tua yang menetap di rumah anak yatim serta pusat jagaan warga emas berdaftar.
"Bagi memacu ekonomi Perak, Pulau Pangkor akan diisytihar sebagai Kawasan Bebas Cukai dan Zon Ekonomi Khas di lima kawasan iaitu Kamunting, Kampar, Pantai Remis, Teluk Intan-Bagan Datoh dan Lekir-Pasir Panjang.
"Dasar pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan yang telah diberikan kepada golongan miskin akan diperluaskan kepada masjid, surau, kuil, tokong dan rumah ibadat lain yang berdaftar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto BN Perak di pekarangan Pejabat UMNO Padang Rengas di Cenderoh di sini semalam.
Zambry berkata, manifesto BN Perak itu memberi jaminan kerajaan yang bakal dibentuk kelak adalah inklusif dan menjamin keadilan, stabil, memiliki kakitangan awam yang efektif, berintegriti dan cekap, mesra pelabur dan terbuka serta mesra rakyat.

Monday, April 22, 2013

Padah kemaruk hendak berbini

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH – Gara-gara kemaruk hendak berbini, seorang lelaki bukan sahaja tergamak memalsukan surat tawaran jawatan konstabel polis malah, sanggup mengatur satu temu duga palsu bagi mengambil hati keluarga bakal isterinya dalam kejadian di sini baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, lelaki berusia 35 tahun itu turut mengaku sebagai anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan memalsukan surat tawaran jawatan konstabel yang kononnya ditandatangani oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam.
Bagi memastikan penipuannya berjalan lancar, suspek turut membawa adik perempuan bakal isterinya itu ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zon Selatan di Bakri, Muar, Johor pada awal bulan ini untuk menjalani temu duga.
Bagaimanapun, penipuan licik suspek akhirnya terbongkar apabila saudara gadis berusia 18 tahun tersebut membawa surat berkenaan kepada Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam pada 5 April lalu selepas merasa curiga.
Adik teman wanita suspek merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, penipuan itu dilakukan kerana suspek sedang berusaha untuk mengahwini teman wanitanya yang merupakan kakak mangsa.
Katanya, suspek turut membantu mangsa mengisi borang permohonan palsu secara manual di rumah remaja itu di Taman Lawan Kuda Bharu, Gopeng pada 8 Januari lalu.
“Suspek turut menunjukkan surat tawaran kemasukan konstabel wanita dan memberitahu lepasan SPM layak untuk ditemuduga tetapi perlu menjalani ujian kesihatan di hospital kerajaan kira-kira dua minggu kemudian.

"Suspek turut membawa mangsa dan ibunya ke Pulapol di Bakri namun kemudian memberitahu yang gadis itu telah gagal ujian kesihatan dan perlu menjalani ujian semula di Klinik Kesihatan Maharani, Muar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, selepas selesai, mangsa dan ibunya kemudian telah singgah di rumah saudara mereka di Ampang, Selangor. Saudara mereka yang curiga melihat surat tawaran tersebut kemudian telah membawa remaja itu berjumpa Thaiveegan untuk mendapatkan kepastian.

Menurut Maszely, pegawai kanan polis itu kemudian mengesahkan temu duga itu palsu dan mengatakan dia tiada apa-apa hubungan kekeluargaan dengan suspek.

"Suspek kemudian ditahan di sebuah restoran di Brickfields, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi, 9 April lalu selepas menerima laporan polis yang dibuat mangsa," katanya.

Ujar Maszely, siasatan mendapati suspek telah menulis jawatan Paramasivam sevbagai Ketua Penolong Pengarah Latihan Bukit Aman sedangkan beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Perak.

Zambry lancar manifesto BN Perak

KUALA KANGSAR - Barisan Nasional (BN) Perak melancarkan Aku Janji peringkat negeri di Chenderoh dekat sini tadi.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, aku janji itu menawarkan peluang, pendapatan dan kehidupan berkualiti kepada penduduk negeri ini.
Beliau berkata, antaranya, had pendapatan isi rumah bagi kelayakan memohon dermasiswa dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,000, mewujudkan kawasan bebas cukai di Pulau Pangkor dan menaik taraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar kepada Universiti Sultan Azlan Shah - KOSMO!

Sunday, April 21, 2013

Nizar lepaskan Parlimen, pindah kerusi selamat

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sah tidak mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang.

Sebaliknya pada majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat di sini malam tadi, Muhammad Nizar diumumkan bertanding di DUN Changkat Jering, kerusi 'selamat' yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

DAP yang sebelum ini dikatakan bakal mengetengahkan individu Melayu sebagai calon parti itu di negeri ini bagaimanapun tidak berbuat demikian.

Eksekutif Yayasan Selangor, Saifullah Mohd. Zulkifly, 28, diumumkan sebagai calon PKR bagi DUN Pangkor yang disandang Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pas akan bertanding di 22 kerusi DUN manakala PKR dan DAP masing-masing 19 kerusi.

Senarai calon PRU-13 negeri Perak


Senarai penuh calon Parlimen dan DUN Perak PRU-13
--------------------------------------------------------

PARLIMEN
-------------
P054 GERIK
1. Norhayati Kasim (Pas)
2. Datuk Hasbullah Osman (BN)

P055 LENGGONG
1. Razman Zakaria (Pas)
2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN)

P056 LARUT
1. M.V. Raveendran (Bebas)
2. Datuk MOHD. Fauzi Saari (Pas)
3. Datuk Hamzah Zainudin (BN)

P057 PARIT BUNTAR
1. Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin (BN)
2. Dr. Mujahid Yusof (Pas)

P058 BAGAN SERAI
1. Abdul Latif Masud (Bebas)
2. Dr. Mohd Nor Monutty (PKR)
3. Dr. Noor Azmi Ghazali (BN)

P059 BUKIT GANTANG
1. Datuk Ismail Saffian (BN)
2. Idris Ahmad (Pas)

P060 TAIPING
1. Datuk Tan Lian Hoe (BN)
2. Nga Kor Ming (DAP)

P061 PADANG RENGAS
1. Dr. Meor Ahmad Isharra Ishak (PKR)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN)

P062 SUNGAI SIPUT
1. S. Nagalingam (Bebas)
2. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)
3. S.K. Devamany (BN)

P063 TAMBUN
1. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN)
2. Siti Aishah Shaik Ismail (PKR)

P064 IPOH TIMOR
1. Kathleen Wong Mei Yin (BN)
2. Thomas Su Keong Siong (DAP)

P065 IPOH BARAT
1. Kalwant Singh Sujan Singh (Bebas)
2. M. Kulasegaran (DAP)
3. Dr. Cheng Wei Yee (BN)

P066 BATU GAJAH
1. V. Sivakumar (DAP)
2. Loo Thin Tuck (BN)

P067 KUALA KANGSAR
1. Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas)
2. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN) 3. Khalil Idham Lim Abdullah (Pas)

P068 BERUAS
1. Datuk Chang Ko Youn (BN)
2. Datuk Ngeh Koo Ham (DAP)

P069 PARIT
1. Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan (BN)
2. Muhammad Ismi Mat Taib (Pas)

P070 KAMPAR
1. Datuk Lee Chee Leong (BN)
2. Dr. Ko Chung Sen (DAP)

P071 GOPENG
1. Datuk Tan Chin Meng (BN)
2. Dr. Lee Boon Chye (PKR)

P072 TAPAH
1. Ridzuan Bani (Bebas)
2. Shaharuzzaman Bistamam (Berjasa)
3. K. Vasantha Kumar (PKR)
4. Datuk M. Saravanan (BN)

P073 PASIR SALAK
1. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN)
2. Mustaffa Kamil Ayub (PKR)

P074 LUMUT
1. Datuk Seri Kong Cho Ha (BN)
2. Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd. Hamid (PKR)

P075 BAGAN DATOK
1. Madhi Hasan (PKR)
2. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN)

P076 TELOK INTAN
1. Seah Leong Peng (DAP)
2. Datuk Mah Siew Keong (BN)
3. K. Moralingam (Bebas)

P077 TANJONG MALIM
1. Datuk Seri Ong Ka Chuan (BN)
2. Datin Tan Yee Kew (PKR)

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
------------------------------------------
N08 TITI SERONG 
1. Abu Bakar Mat Ali (BN)
2. Abu Bakar Hussian (Pas)

N09 KUALA KURAU 
1. Mohd Salleh Mat Disa (BN)
2. Abdul Yunus Jamahri (PKR)

N10 ALOR PONGSU 
1. Rosli Ibrahim (PKR)
2. Shamsul Amir Ramly (Bebas)
3. Datuk Sham Mat Sahat (BN)

N11 GUNONG SEMANGGOL 
1. Halidi Wahab (Bebas)
2. Mohd. Zawawi Abu Hassan (Pas)
3. Zulkarnain Ismail (BN)

N12 SELINSING 
1. Sharudin Ahmad (BN)
2. Husin Din (Pas)

N13 KUALA SAPETANG 
1. Loh Swee Eng (BN)
2. Chua Yee Ling (PKR)
3. Zainal Abidin Abd. Rahman (Berjasa)

N14 CHANGKAT JERING 
1.Zulkefli Ibrahim (Bebas)
2. Datuk Rosli Husin (BN)
3. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas)

N15 TRONG 
1. Norazli Musa (Pas)
2. Zabri Abd. Wahid (BN)

N16 KAMUNTING 
1. Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN)
2. Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz (Pas)

N17 POKOK ASSAM 
1. Teh Kok Lim (DAP)
2. Datuk Ho Cheng Wang (BN)
3. Mohd. Yusoff Abdull Hamid (Bebas)

N18 AULONG 
1. Leow Thye Yih (DAP)
2. Soo Kay Ping (BN)
3. Yew Tian Hoe (Bebas)

N19 CHENDEROH 
1. Zainun Mat Noor (BN)
2. Mohamad Azalan Mohamad Radzi (Pas)

N20 LUBOK MERBAU 
1. Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN)
2. Mohd. Zainudin Mohd. Yusof (Pas)

N21 LINTANG 
1. Ahmad Mazlan Othman (Pas)
2. Datuk Mohd. Zolkafly Harun (BN)

N.22 JALONG 
1. Liew Yew Aw (BN)
2. S. Kalimuthu (Bebas)
3. Loh Sze Yee (DAP)

N23 MANJOI 
1. Asmuni Awi (Pas)
2. Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN)

N24 HULU KINTA 
1. Datuk Aminuddin BIN Md. Hanafiah (BN)
2. M.A. Tinagaran (PKR)
3. Sulaiman Zakariya (Bebas)

N25 CANNING 
1. Wong Kah Woh (DAP)
2. Ceylyn Tay Wei Lung (BN)

N26 TEBING TINGGI 
1. Khoo Boon Chuan (BN)
2. Ong Boon Piow (DAP)

N27 PASIR PINJI 
1. Lee Chuan How (DAP)
2. Datuk Thong Fah Chong (BN)

N28 BERCHAM 
1. R. Kalimuthu (Bebas)
2. Lim Huey Shan (BN)
3. Cheong Chee Khing (DAP)

N29 KEPAYANG 
1. Chang Kok Aun (BN)
2. Nga Kor Ming (DAP)

N30 BUNTONG 
1. A. Sivasubramaniam (DAP)
2. C. Sivaraj (BN)
3. A. Iruthiyam Sebastiar (Bebas)
4. Mohd. Basri Shafie (Bebas)

N31 JELAPANG 
1. M. Sarasvathy (PSM)
2. S. Mokan (BN)
3. Teh Hock Ke (DAP)

N32 MENGLEMBU 
1. Lim Pek Har (DAP)
2. Loo Gar Yen (BN)

N33 TRONOH 
1. Yip Sze Choy (BN)
2. Yong Choo Kiong (DAP)

N34 BUKIT CHANDAN 
1. Fathmawaty Salim (PKR)
2. Maslin Sham Razman (BN)
3. Jahiddin Isa (Bebas)

N35 MANONG 
1. Jamil Dzulkarnain (Pas)
2. Mohamad Kamil Shafie (BN)

N36 PENGKALAN BAHARU 
1. Dr. Khairuddin Abd. Malik (Pas)
2. Datuk Abd. Manaf Hashim (BN)
3. Ahmad Nizam Ibrahim (BEBAS LAYAK BERTANDING

N37 PANTAI REMIS 
1. Koh Ser Yun (BN)
2. Wong May Ing (DAP)

N38 BELANJA 
1. Dr. Najihatussalehah Ahmad (Pas)
2. Mohd. Nizar Zakaria (BN)

N39 BOTA 
1. Zulkifly Ibrahim (PKR)
2. Datuk Nasarudin Hashim (BN)

N40 MALIM NAWAR 
1. Leong Cheok Keng (DAP)
2. Chang Gwo Chyang (BN)

N41 KERANJI 
1. Chen Fook Chye (DAP)
2. Daniel Wa Wai How (BN)

N42 TUALANG SEKAH 
1. Baldip Singh Santokh Singh (PKR)
2. Syed Mohamed BIN Syed Ali (Bebas)
3. Nolee Ashilin Mohammed Radzi (BN)

N43 SUNGAI RAPAT 
1. Datuk Hamidah Osman (BN)
2. Radzi Zainon (Pas)
3. Mior Azman Aminuddin Mior Aris (Bebas)

N44 SIMPANG PULAI 
1. Chang Kon You @ Chen Kwan Wu (BN)
2. Tan Kar Hing (PKR)

N45 TEJA 
1. Yew Sau Kham (BN)
2. Chang Lih Kang (PKR)

N46 CHENDERIANG 
1. Amani Williams-Hunt Abdullah (PKR)
2. Datuk Mah Hang Soon (BN)

N47 AYER KUNING
1. Datuk Samsudin Abu Hassan (BN)
2. M. Kathiravan (Bebas)
3. Ahmad Razi Othman (Pas)

N48 SUNGAI MANIK 
1. Zainol Fadzi Paharudin (BN)
2. Osman Abdul Rahman (PKR)

N49 KAMPONG GAJAH 
1. Ishak Saari (Pas)
2. Abdullah Fauzi Ahmad Razali (BN)

N50 SITIAWAN 
1. Datuk Ngeh Koo Ham (DAP)
2. Ting Tai Fook (BN)

N51 PASIR PANJANG 
1. S. Vijayan (Bebas)
2. Rashidi Ibrahim (BN)
3. Rohawati Abidin (Pas)

N52 PANGKOR 
1. Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (BN)
2. Mohd. Saifullah Mohd. Zulkifli (PKR)
3. Bernard Parenpa (Bebas)

N53 RUNGKUP 
1. Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN)
2. Mohd. Misbahul Munir Masduki (Pas)

N54 HUTAN MELINTANG 
1. S. Kesavan (PKR)
2. Azahari Abdullah (Berjasa)
3. Mat Sidi Hashim (Bebas)
4. R. Supramaniam (BN)

N55 PASIR BEDAMAR 
1. Datuk M. Kayveas (BN)
2. V.R. Terence Naidu (DAP)

N56 CHANGKAT JONG 
1. Mohd. Anuar Sudin (Pas)
2. K. Suppan (Bebas)
3. Mohd. Azhar Jamaluddin (BN)

N57 SUNGKAI 
1. A. Sivanesan (DAP)
2. Goh Kim Swee (BN)

N58 SLIM 
1. R. Mosses (Bebas)
2. Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN)
3. Aminuddin Zulkipli (Pas)

N59 BEHRANG 
1. Kamal Badri Tak M. Zainudin (Bebas)
2. S. Ramnaidu (Bebas)
3. Abdul Hadi Abdul Khatab (PKR)
4. Datuk Rusnah Kassim (BN)

Zambry hadapi saingan tiga penjuru di DUN Pangkor

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
SERI MANJUNG – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menghadapi pertembungan tiga penjuru bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Lumut, Datuk Zamri Man mengumumkan Zambry yang menyandang kerusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu sejak 2004 bakal ditentang Mohd. Saifullah Mohd. Zulkifly daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang ahli perniagaan, J. Benard Parenpa mewakili Bebas.
Beliau berkata, Parlimen Lumut pula menyaksikan pertembungan antara Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (BN) dengan Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR).
DUN Pasir Panjang juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Roshidi Ibrahim (BN), Rohawati Abidin (Pas) dan seorang kontraktor, S. Vijayan yang bertanding atas tiket Bebas.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula menghadapi tentangan daripada Ting Tai Fook (BN) bagi mempertahankan DUN Sitiawan yang disandang sejak 2004.
Terdahulu, Zambry, Cho Ha dan Roshidi yang diiringi lebih 5,000 penyokong tiba di lokasi penamaan calon di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung di sini pada pukul 8.40 pagi.
Vijayan yang berasal dari Kampung Datuk Seri Kamaruddin dekat sini hadir di lokasi penamaan calon pada pukul 9.03 pagi dan bakal memakai logo pokok, manakala Benard yang berasal dari Kuala Lumpur dan menetap di Pulau Pangkor sejak empat tahun lalu hanya muncul kira-kira tujuh minit sebelum tempoh penamaan berakhir untuk mengemukakan kertas pencalonan.

Thursday, April 18, 2013

Senarai calon DUN Barisan Nasional Perak untuk PRU-13


Pengkalan Hulu : Aznel Ibrahim

Temegor : Salbiah Mohamed

Kenering : Datuk Mohd. Tarmizi Idris

Kota Tampan : Datuk Saarani Mohamad

Selama : Datuk Mohamad Daud Mohd. Yusoff 

Kubu Gajah : Ahmad Hasbullah Alias

Batu Kurau : Dr. Muhammad Amin Zakaria

Titi Serong : Abu Bakar Mat Ali

Kuala Kurau : Mohd. Salleh Mat Disa

Alor Pongsu : Datuk Sham Mat Sahat 

Gunung Semanggol : Zulkarnain Ismail

Selinsing : Sharudin Ahmad

Kuala Sepetang : Loh Swee Eng

Changkat Jering : Datuk Rosli Husin

Trong :  Dr. Zabri Abdul Wahid

Kamunting : Datuk Mohammad Zahir Abd. Khalid 

Pokok Assam : Datuk Ho Cheng Wang

Aulong : Soo Kay Peng

Chenderoh : Zainun Mat Nor 

Lubuk Merbau :  Datuk Siti Salmah Mat Jusak

Lintang :  Datuk Zolkafly Harun

Jalong : Liew Yew Aw

Manjoi : Mohamad Ziad Mohamed

Hulu Kinta : Datuk Aminuddin Md. Hanafiah

Canning : Ceylyn Tay Wei Lung

Tebing Tinggi : Tony Khoo Boon Chu

Pasir Pinji : Tong Fah Chong

Bercham : Liew Huey Shan

Kepayang :  Chang Kok Aun

Buntong : C. Sivaraj

Jelapang :  S. Mokan

Menglembu : Loo Gar Yen

Tronoh : Yip Sze Choy

Bukit Chandan : Maslin Sham Razman

Manong : Mohamad Kamil Shafie

Pengkalan Baharu :  Datuk Abd. Manap Hashim 

Pantai Remis : Koh Ser Yun

Belanja : Mohd. Nizar Zakaria

Bota : Datuk Nasaruddin Hashim

Malim Nawar : Chang Gwo Chyang

Keranji : Daniel Wa Wai How

Tualang Sekah : Nolee Ashilin Mohammed Radzi

Sungai Rapat : Datuk Hamidah Osman

Simpang Pulai : Chang Kon You

Teja :  Yew Sau Kham

Chenderiang : Datuk Dr. Mah Hang Soon

Ayer Kuning : Datuk Samsudin Abu Hassan

Sungai Manik : Datuk Zainol Padzi Paharuddin

Kampung Gajah : Abdullah Fauzi Ahmad Razali 

Sitiawan : Ting Tai Fook

Pasir Panjang : Rashidi Ibrahim

Pangkor : Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir

Rungkup : Datuk Shahrul Zaman Yahya

Hutan Melintang : R. Supramaniam

Pasir Berdamar :  Datuk M. Kayveas 

Changkat Jong : Mohd. Azhar Jamaluddin 

Sungkai : Goh Kim Swee

Slim : Datuk Khusairi Abd. Talib

Behrang : Datuk Rusnah Kassim

Senarai calon Parlimen Barisan Nasional Perak untuk PRU-13

P054 Gerik : Datuk Hasbullah Osman

P55 Lenggong : Datuk Shamsul Anuar Nasarah 

P 56 Larut : Datuk Hamzah Zainudin

P57 Parit Buntar : Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin 

P 58 Bagan Serai : Dr. Noor Azmi Ghazali 

P 59 Bukit Gantang : Datuk Ismail Safian 

P 60 Taiping : Datuk Tan Lian Hoe 

P 61 Padang Rengas : Datuk Seri Mohamed Nazri Abd. Aziz 

P 62 Sungai Siput : Datuk S Devamany 

P 63 Tambun : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 

P 64 Ipoh Timur : Kathleen Wong Mei Yin

P 65 Ipoh Barat : Dr. Cheng Wei Yee

P 66 Batu Gajah : Loo Thin Tuck

P 67 Kuala Kangsar : Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan  Ahmad 

P 68 Beruas : Datuk Chang Ko Youn

P 69 Parit : Datuk Mohd. Zaim Abu Hassan

P 70 Kampar : Datuk Lee Chee Leong

P 71 Gopeng : Datuk Tan Chin Meng

P 72 Tapah : Datuk M. Saravanan 

P 73 Pasir Salak : Datuk Tajuddin Abdul Rahman

P 74 Lumut : Datuk Seri Kong Cho Ha

P 75 Bagan Datoh : Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

P 76 Teluk Intan : Datuk Mah Siew Keong

P 77 Tanjung Malim : Datuk Seri Ong Ka Chuan

Friday, April 12, 2013

Zambry beramah mesra dengan 2,000 kakitangan MBI

MESRA. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry  Abd. Kadir mengadakan pertemuan dengan lebih 2,000  kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Stadium Indera  Mulia, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Beliau memuji pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)  yang diterajui Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim kerana  berjaya melonjakkan pertumbuhan di bandar raya tersebut.

“Pada tahun lalu, MBI menerima 4,445 permohonan  pembangunan yang merupakan kedua tertinggi di seluruh  negara selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Ia jauh lebih tinggi berbanding sebanyak 785 permohonan sama di terima MBI pada tahun 2008,”  katanya.

Berikutan prestasi yang memberangsangkan itu, Zambry  mengumumkan pemberian insentif RM500 melibatkan peruntukan RM1.4 juta kepada 2,340 kakitangan MBI.

Thursday, April 11, 2013

Kenali Jiran Kita erat hubungan komuniti


PERPADUAN. Jabatan Penerangan Perak menganjurkan  program Kenali Jiran Kita peringkat daerah Kinta di Dewan  Komuniti Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Ipoh, Perak ba ru-baru ini.

Pengarah Penerangan negeri, Muhammad Aszahari Abdul  Rahman berkata, pelbagai acara seperti senam seni, per tandingan rebana dan majlis tahlil telah diadakan bagi  mencapai objektif program tersebut iaitu mengeratkan lagi  semangat kejiranan.

Beliau berkata, masyarakat setempat juga berpeluang  mengetahui program transformasi kerajaan melalui gerai  pameran melibatkan 16 agensi seperti Jabatan Kebajikan  Masyarakat, Pusat Kerjaya Amanjaya dan  Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada program itu, golongan tidak bernasib baik turut menerima sumbangan kerusi roda yang disampaikan Menteri Kewangan II  merangkap Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Seri  Ahmad Husni Hanadzlah.

Wednesday, April 10, 2013

Kilang lokomotif bukti dasar transformasi negara berjaya


BATU GAJAH - Dasar Transformasi Negara bukan sahaja berjaya melakukan penambahbaikan besar kepada sistem pengangkutan awam tempatan tetapi juga menarik pelaburan baharu kepada negara.
Terbaharu, syarikat gergasi lokomotif dari China, China South Locomotive & Rolling Stock Corporation Ltd. (CSR Corporation) akan membangunkan kemudahan membina kereta api dan lokomotif dengan pelaburan fasa pertama bernilai RM400 juta di atas tapak seluas 16.8 hektar.
Projek itu akan dibangunkan berdekatan akademi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaburan syarikat dari China itu adalah bukti berterusan komitmen transformasi yang dilaksanakan kerajaan.
"Projek di Batu Gajah ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa adanya dasar transformasi nasional.
"Saya anggap ia sebagai satu lagi bukti bahawa dasar kita (kerajaan) memang berjaya dan boleh memberi manfaat besar kepada negara," kata Najib semasa berucap pada majlis pelancaran dan pecah tanah projek tersebut di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Tanah milik Perbadanan Aset Keretapi Malaysia itu telah dipajakkan kepada CSR bagi membangunkan kilang berkenaan.
Perdana Menteri menambah, pembinaan kilang itu juga bukti hubungan baik antara Malaysia dan China selaku rakan dagang terbesar negara.
"Pihak CSR datang jumpa saya untuk bertanyakan hal pelaburan iaitu membina satu pusat MRO (pusat penyelenggaraan pembaikan dan baik pulih).
"Mereka hendak buat satu kilang pembuatan gerabak dan lokomotif dan bertanya kepada saya di manakah kilang ini patut ditempatkan, saya jawab lebih baik ditempatkan di Batu Gajah," katanya.
Kilang itu dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya dalam tempoh setahun dengan menawarkan 800 peluang pekerjaan.

Janji palsu Pakatan 15 Peratus

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya Pakatan Rakyat menukar nama kepada Pakatan 15 Peratus berikutan kegagalan mereka menunaikan pelbagai janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.
Beliau berkata, sejak memerintah empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, pakatan pembangkang hanya melaksanakan 15 peratus daripada apa yang ditawarkan kepada rakyat, manakala selebihnya tinggal janji.
Sebaliknya, jelas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), kerajaan BN pula telah menunaikan segala janji yang dibuat, selain membawa banyak perubahan kepada negara dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.
"Pakatan Rakyat buat janji dalam pilihan raya pada 2008, hanya 15 peratus sahaja daripada janji-janji mereka telah ditunaikan.
"Jadi, saya ingin mengesyorkan nama Pakatan Rakyat ditukar kepada Pakatan 15 Peratus," katanya semasa berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama 10,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan negeri Perak dan orang ramai di Dewan Tokong Tow Boh Keong di sini semalam.
Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Berikutan rekod buruk pembangkang itu, Najib meminta rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan pelbagai janji baharu yang dibuat mereka untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
"Kalau berterusan memberikan janji kepada rakyat, percuma itu dan ini, percuma tol dan pengajian universiti, kurangkan harga minyak, semua mereka kurangkan dan beri percuma, tiada negara di dunia ini yang mampu dan pernah melakukannya.
"Kalau boleh dibuat, sudah tentu negara-negara lain telah lama melaksanakannya. Jadi, jangan mudah percaya dengan janji-janji kosong kerana mereka tidak boleh menunaikannya," ujar beliau.
Menurut Najib, melalui falsafah kesederhanaan, kerajaan BN melalui amalan perkongsian kuasa yang mewakili pelbagai kaum berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, semua pencapaian itu yang memberi nikmat kepada rakyat akan dapat diteruskan jika BN diberikan kepercayaan dengan mandat yang lebih besar menerusi PRU-13 nanti.
Najib turut mengulangi komitmen memastikan kerajaan BN akan membawa masa depan yang lebih baik kepada negara dengan mewujudkan kekayaan-kekayaan baharu kepada negara pada masa akan datang.
"Akan ada lagi yang terbaik. Kami telah memberikan sekian banyak. Dengan mandat kukuh diberikan kepada kerajaan, kami boleh melakukan yang lebih baik lagi pada masa akan datang," ujarnya.

Monday, April 8, 2013

Perbarisan Perpisahan Panglima 2 Divisyen


HORMAT. Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk  Azizan Md. Delin menerima Perbarisan Perpisahan daripada  221 pegawai dan anggota 2 Briged di Padang Kawat 2 Briged,  Ipoh, Perak baru-baru ini.

Azizan yang menerajui 2 Divisyen yang berpengkalan di  Pulau Pinang selama setahun lapan bulan bakal ditukarkan  sebagai Ketua Staf Markas Tentera Darat, Kuala Lumpur  mulai 7 April 2013.

Dalam ucapan perpisahannya, beliau memuji dedikasi  anggota 2 Briged, 6 Briged dan 8 Briged yang berada di  bawah naungan 2 Divisyen yang komited menjaga per batasan negara.

“Anggota tentera perlu sentiasa waspada kerana ancaman  yang berlaku di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini tidak  mustahil terjadi di sempadan Malaysia dan Thailand jika kita leka dan lalai,” katanya.

MCA beri laluan kepada MIC di DUN Tronoh


GOPENG - MCA memberi laluan kepada MIC untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penyerahan kerusi DUN tersebut yang merupakan kerusi tradisi MCA dilakukan berdasarkan semangat perkongsian kuasa antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dan tanpa syarat.
"Keputusan ini telah dibincang secara panjang lebar dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya selepas melawat Pusat Penjaja Lawan Kuda di sini semalam.
Pada PRU-12, DUN Tronoh yang terletak di dalam Parlimen Batu Gajah dimenangi V. Sivakumar daripada DAP yang menewaskan calon BN, Lee Kim Choy daripada MCA dengan majoriti 2,571.
Sementara itu, Soi Lek mengesahkan MCA dan MIC melakukan pertukaran kerusi DUN Buntong dan Sungkai.
Katanya, DUN Buntong yang dahulunya ditandingi MCA akan ditandingi MIC pada PRU kali ini.

Sunday, April 7, 2013

Suksis UPSI juara sukan zon utara


JUARA. Kontijen Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi  (Suksis) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) muncul juara Karnival Sukan Suksis Zon Utara yang diadakan di  kampus UPSI, Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Ketua Platun Suksis UPSI, Vasyrin Parmin berkata,  kontijen USPI yang menggondol empat emas, enam perak dan satu gangsa berjaya mengatasi cabaran daripada empat  institusi pengajian tinggi awam lain.

Beliau berkata, karnival sukan yang mempertandingkan 10  jenis sukan seperti bola sepak, bola jaring dan badminton  turut disertai kontijen dari Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang, Universiti Utara Malaysia , Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.

“Karnival sukan tahunan ini bertujuan untuk merapatkan  lagi hubungan dalam kalangan anggota Suksis daripada IPTA di zon  Utara,” katanya.

Friday, April 5, 2013

Program pengukuhan bahasa Inggeris

SUNGKAI - Yayasan Felda melancarkan program pe ngukuhan bahasa Inggeris, English for Young Learners di  Felda Trolak Selatan di sini semalam.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokh tar berkata, program tersebut disasar kepada murid dan pelajar berusia 9 tahun hingga 13 tahun.

“Program English for Young Learners bertujuan membantu murid dan pelajar mempunyai pencapaian sederhana dalam menguasai bahasa Inggeris.

“Seramai 121 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Ke bangsaan (SMK) Trolak dekat sini menjadi perintis kepada  program tersebut,” katanya selepas menghadiri program  Kasih Felda di Felda Trolak Selatan di sini semalam.

Program tanggungjawab sosial korporat Felda tersebut  dirasmi Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk  Mohd. Khusairi Abdul Talib mewakili Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Emel Faizal berkata, pelajar yang terlibat dalam program  English for Young Learners tersebut bukan sahaja anak peneroka tetapi juga penduduk kampung termasuk Orang  Asli.

Beliau memberitahu, mereka akan menghadiri kelas pe ngukuhan bahasa Inggeris berkenaan selama 60 jam dalam  tempoh enam bulan.

USM anjur Kempen Warisan Lenggong untuk pelajar


INISIATIF. Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Kempen Warisan Lenggong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak baru-baru ini.
Pengarah Kempen Warisan Lenggong, Lum Wai Quan berkata, program berkenaan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran golongan muda terhadap kawasan Lenggong yang kini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.
Beliau berkata, pelbagai acara menarik telah diatur seperti pertandingan fotografi, buku skrap dan Jelajah 'Jejak Warisan Lenggong'.
"Selain SMK Sultan Azlan Shah, kempen yang sama turut diadakan di SMK Datuk Ahmad, Lenggong," katanya.

Thursday, April 4, 2013

Pelajar Politeknik Ungku Omar sertai forum kewangan


ILMU. Forum Perdana Orang Muda dan Muamalat diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Penasihat Kelab Kewangan dan Perbankan politeknik berkenaan, Sharifah Zuhaira Syed Mizuri  berkata, forum berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar tentang pengurusan pe niagaan dan transaksi berlandaskan syariah.

Beliau berkata, forum yang dipengerusikan oleh Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan itu turut memberi pendedahan kepada pelajar tentang perbezaan antara  transaksi konvensional dan Islam serta pengurusan wang  yang bijak.

“Dua ahli panel yang berkongsi pengetahuan pada forum itu ialah Timbalan Pengurus  Jabatan Syariah Bank Muamalat, Mohd. Izuwan Mahyudin  dan Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit  (AKPK), Mohd. Nordin Abd. Rahman,” katanya.

Anggota ATM diingat tak terlibat dalam kempen


IPOH - Anggota Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) diingatkan tidak terlibat dengan kempen parti-parti politik yang sedang rancak dijalankan, kata Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin.
Beliau berkata, sebagai organisasi yang neutral, anggota ATM tidak dibenarkan terlibat secara langsung dan tidak dalam aktiviti parti politik kerana bersalahan dengan Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 3 1972.
“Semua pemerintah mesti ambil langkah pemantauan dan pencegahan agar arahan ini dipatuhi. Saya tak mahu anggota tentera di bawah naungan 2 Divisyen ditangkap menjadi ahli, ejen atau terlibat dalam demonstrasi politik,” katanya pada majlis Perbarisan Perpisahan beliau sebagai Panglima 2 Divisyen di Padang Kawad 2 Briged di sini pagi ini - KOSMO!

Wednesday, April 3, 2013

Zambry menghadap Raja Nazrin mohon perkenan bubar DUN Perak

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir akan menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 2.30 petang ini untuk memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak - KOSMO!

Sekolah baharu untuk masyarakat India

SUNGAI SIPUT - Komuniti India di sekitar Jalong di sini  bakal menerima sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil  (SJKT) baharu bagi sesi persekolahan pada tahun 2015.

Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd. Puad Zarkashi ber kata, SJKT Taman Heawood yang akan dibina di atas tanah  seluas 2.43 hektar itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun  depan dengan kos dianggarkan RM7 juta.

Beliau berkata, sekolah tersebut bakal mempunyai enam  bilik darjah dan mampu menampung antara 300 hingga 500  murid dalam satu-satu masa.

“Sekolah itu perlu dibina ekoran pertambahan penduduk  India di sekitar pekan Sungai Siput.

“SJKT terdekat iaitu SJKT Mahatma Gandi Kalasalai   terletak di tengah-tengah pekan ini sudah terlalu padat  dengan jumlah murid seramai 776 orang,” katanya selepas  menyempurnakan majlis pecah tanah SJKT Taman He awood, Jalong di sini baru-baru ini.