MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Telur-telur penyu yang dieram di kawasan pantai sekitar Semenanjung Malaysia dikesan mengalami ancaman jangkitan kulat yang menjejaskan peratus kejayaan penetasannya.
Pakar Bioteknologi Haiwan Perosak, Penyakit dan Mikrobial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Siti Nordahliawate Mohamed Sidique berkata, kewujudan mikrofungi dikenalpasti sewaktu melakukan aktiviti persampelan telur penyu di kawasan haiwan tersebut bersarang di sekitar Semenanjung Malaysia pada bulan Julai lalu.
"Aktiviti persampelan itu mendapati simptom jangkitan kulat sama yang dikenali sebagai Fusarium Solani Species Complex (FSSC) itu berlaku terhadap pelbagai spesies telur penyu yang mendapat di beberapa lokasi pendaratan berbeza.
"Serangan jangkitan kulat tersebut telah menyebabkan pengurangan keberhasilan penetasan telur penyu yang sememangnya merupakan haiwan terancam dan diambang kepupusan pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! hari ini.
Siti Nordahliawate yang merupakan pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan UMT berkata, status penemuan kulat FSSSC yang menjangkiti telur penyu itu pertama kali ditemui di negara ini dan informasinya telah di laporkan di dalam Jurnal Malaysia Applied Biology yang merupakan makalah mencatat penemuan biologi gunaan di negara ini.
Spesies penyu yang mendarat di pantai Semenanjung Malaysia untuk bertelur ialah lipas, karah, agar dan belimbing dan antara kawasan pendaratannya ialah Pulau Rendang, Perhentian dan Pulau Tenggol di Terengganu; Pulau Tioman, Pahang; Segari, Perak dan Kamunting, Melaka. - K! ONLINE
Translate
Friday, August 31, 2018
160 ahli Waja Club berfutsal
RIADAH. Seramai 160 pemilik kereta Proton Waja dari seluruh negara memeriahkan kejohanan futsal anjuran Gabungan Kelab Pemilik Kereta Proton Waja (Waja Club) di gelanggang Sport Planet, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.
Presiden Waja Club, Adi Adzhar Razali memberitahu, kejohanan futsal kali ketujuh itu dianjurkan kelab tersebut bertujuan untuk memupuk budaya bersukan dan mengeratkan lagi hubungan antara ahli kelab tersebut.
“Pasukan Terengganu muncul juara dan membawa pulang pingat serta hadiah wang tunai RM600 selepas menewaskan saingan 19 pasukan lain yang turut mengambil bahagian,” katanya.

Meilleur Inspired produk haruman jenama khas mampu milik
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Meilleur Inspired optimis terhadap inisiatifnya yang menceburi segmen minyak wangi yang diinspirasikan daripada jenama khas (niche) bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelangan.
Pengasasnya, Nik Ahmad Shafiuddin Nik Abdul Razak berkata, ini kerana pasaran tersebut masih belum diteroka sepenuhnya oleh usahawan di negara ini sehinggakan masih tiada pengedar.
“Segmen tersebut terdiri daripada minyak wangi khas yang memiliki edisi terhad dan terlalu sedikit maklumat berhubung produk berkenaan dalam kalangan peminat haruman di Malaysia,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Nik Ahmad Shafiuddin menjelaskan, minyak wangi jenama khas yang biasanya hanya dijual di Eropah dijual pada harga serendah RM800 sebotol dan kualiti dan keunikan baunya yang tersendiri.
“Sehubungan itu, bagi fasa pengenalan kepada masyarakat dan memenuhi keperluan peminat haruman, kami mengambil inisiatif menghasilkan tujuh jenis minyak wangi yang diinspirasi daripada jenama khas untuk pengguna lelaki dan wanita di bawah label Le’ Meilleur Fragrances.
Tambah beliau, pati minyak wangi yang diinspirasi daripada jenama khas dihasilkan di Perancis sebelum diadun di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Bau dan rasanya menepati sehingga 99 peratus jenama asal dan ia tahan sehingga lapan jam,” katanya.
Nik Ahmad Shafiuddin berkata, minyak wangi inspirasi jenama khas di bawah label Le’ Meilleur Fragrances pada kuantiti 50 mililiter sebotol di jual pada harga antara RM125 dan RM160.
Mereka yang berminat untuk membeli produk secara online atau berminat untuk menjadi pengedar, boleh menghubungi di talian 013-360 9890.

Thursday, August 30, 2018
80 guru Terengganu sertai program ExxonMobil
MENTOR. Seramai 80 guru sekolah rendah dan menengah dari seluruh Terengganu menghadiri program Latihan Guru Pembimbing Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) anjuran ExxonMobil Exploration and Production Malaysia (ExxonMobil) di Hotel Permai, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Pengurus Besar Hal Ehwal Kerajaan dan Awam ExxonMobil, Sukiman Mohamed berkata, program dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia itu bertujuan memantapkan lagi teknik pengajaran guru-guru dalam subjek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
“Teknik pengajaran interaktif oleh guru pembimbing yang mahir itu kemudiannya disasar dapat menarik minat lebih ramai murid di sekolah masing-masing terhadap subjek STEM,” katanya.

Pelajar Turki belajar cara hidup masyarakat kampung di Terengganu
PENGALAMAN. Seramai 43 pelajar Turki yang sedang menjalani program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengadakan lawatan ke Kampung Seri Kenangan, Setiu, Terengganu baru-baru ini.
Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan UniSZA, Prof. Dr. Ramlee Abdullah berkata, aktiviti tersebut bertujuan untuk mendedahkan pelajar asing terbabit tentang budaya hidup masyarakat kampung di negara ini.
“Pelajar Turki terbabit berpeluang merasai keenakan masakan tradisional Melayu seperti gulai ikan baung, rebung, lemang periuk kera dan lempeng kelapa selain menikmati buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis, duku serta pulasan,” katanya.

Wednesday, August 29, 2018
Satu mayat mangsa lemas ditemui
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KEMAMAN - Hasrat seorang atlet silat untuk mewakili negeri untuk Sukan Malaysia (Sukma) buat pertama kali tidak kesampaian apabila dia mati lemas di Pantai Teluk Kalong di sini kelmarin.
Mayat Shahir Aqil Shahrun, 19, ditemui terdampar di tepi pantai kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 4.30 pagi semalam.
Turut hilang dalam kejadian pada pukul 6.23 petang kelmarin ialah dua rakannya, Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir yang juga berusia 19 tahun.
Bapa Shahir Aqil, Shahrun Ramli, 56, berkata anak keempatnya dari lima beradik itu aktif dalam sukan pencak silat sejak berusia 14 tahun dan telah terpilih untuk mengalas cabaran kontijen Terengganu pada Sukma 2018 yang bakal berlangsung di Perak pada bulan depan.
"Shahir Aqil telah terpilih untuk mewakili negeri pada Sukma 2016 di Sarawak lagi tetapi saya tidak memberi izin kerana mahu dia fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Anak saya telah terpilih lagi ke Sukma Perak yang bakal berlangsung bulan depan," katanya ketika ditemui Kosmo! di perkarangan Unit Forensik Hospital Kemaman di sini semalam.
Shahrun berkata, Shahir Aqil sepatutnya mendaftar ke kem latihan akhir atlet silat Sukma Terengganu di Kuala Terengganu selepas menghadiri perjumpaan dengan bekas rakan sekolah di Pantai Teluk Kalong di sini kelmarin.
Menurut beliau, jenazah anak lelaki yang juga pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jabor Kubor, Gong Limau di sini selepas solat Asar semalam.
Sementara itu, rakan Shahir Aqil, Ahmad Haikal Zaaba, 19, berkata, mereka dan lima rakan sekolah lain termasuk Khairil Ikmal Danial dan Ahmad Daniel Firdaus pada mulanya sekadar berkelah di Pantai Teluk Kelong terbabit.
"Khairil Ikmal Danial mengajak kami mandi-manda di pantai tersebut. Sewaktu kami sedang mandi tiba-tiba datang ombak besar yang menyebabkan Ahmad Daniel Firdaus ditarik arus deras.
"Shahir Aqil cuma membantu namun dia juga ditarik arus deras itu. Khairil Ikmal Danial yang kemudiannya mahu menyelamatkan kedua-dua rakan itu turut hanyut," katanya.
Ahmad Haikal berkata, dia dan tiga rakannya yang tidak dapat berbuat apa-apa selain berenang ke pantai dan meminta bantuan orang ramai.
Dalam pada itu, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah, usaha untuk mencari dua lagi mangsa yang masih hilang diteruskan pada keluasan dua radius dari lokasi mereka dilaporkan hilang.
Kosmo! semalam melaporkan keriangan tujuh remaja menghabiskan cuti Hari Raya Aidiladha dengan mandi-manda di Pantai Teluk Kalong di sini berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka hilang dikhuatiri lemas.

3 remaja dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Kalong
Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN – Keriangan tujuh remaja menghabiskan cuti Hari Raya Aidiladha dengan mandi-manda di Pantai Teluk Kalong di sini semalam bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka hilang selepas dikhuatiri lemas.
Dalam kejadian pukul 6.23 petang itu, tiga remaja lelaki yang dilaporkan lemas ialah Shahir Aqil Shahrun, Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir.
Kesemua mangsa berusia 19 tahun.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang mandi bersama empat rakan lain pada kedudukan 15 hingga 30 meter dari pesisir Pantai Teluk Kalong dekat sini.
“Kejadian berlaku apabila kesemua mangsa sedang mandi di pantai berkenaan sebelum kawasan tersebut dilanda ombak besar.
“Bagaimanapun, empat daripada mereka sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.
“Tiga mangsa pula dipercayai gagal menyelamatkan diri sebelum mereka hilang dibawa arus deras,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Kasyfi Syahmi berkata, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 34 pegawai dan anggota JBPM Terengganu, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Maritim Malaysia telah dilancarkan sejurus menerima maklumat tentang kejadian tersebut.
Menurut beliau, setakat malam ini, usaha pencarian di kawasan sekitar masih gagal menemui ketiga-tiga mangsa.
“Kerja-kerja mencari dan menyelamat dihentikan sementara pada pukul 7.20 malam tadi (semalam) dan bakal disambung awal pagi esok (hari ini),” katanya.

Tuesday, August 28, 2018
UMT lakukan pelayaran saintifik rentas lautan
KAJIAN. Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakukan pelayaran saintifik merentas Laut China Selatan dan Selat Melaka dengan kapal RV Discovery dari Pulau Duyong, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Timbalan Pengarah INOS UMT, Prof. Madya Dr. Mohd. Fadzil Mohd. Akhir berkata, pelayaran saintifik tersebut mendapat kerjasama dengan dua agensi pentadbiran kelautan China, First Institute of Oceanography dan National China Sea Marine Forecasting Center.
“Seramai 22 saintis dari negara ini dan China akan melakukan kajian bagi memahami kesan perubahan iklim dan pengaruh musim terhadap arus lautan bagi manfaat industri perikanan dan cari gali minyak,” katanya.
Lembu baka Charolais dikorbankan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Jika kelmarin penduduk di Masjid Jamek Shaik Eusof, Jalan Datuk Keramat, George Town, Pulau Pinang teruja menyaksikan seekor lembu jenis Brahman seberat satu tan dikorbankan, semalam keterujaan sama turut dirasai orang ramai yang hadir di Masjid Makmur, Kampung Losong Dato’ Amar di sini semalam.
Sejak awal pukul 8 pagi, lebih 1,000 penduduk berkumpul beramai-ramai semata-mata mahu melihat sendiri proses penyembelihan seekor lembu sado seberat 1.2 tan untuk ibadah korban.
Lembu baka Charolais yang berumur tiga tahun itu dipercayai haiwan yang dijadikan ibadah korban yang paling besar di negara ini.
Pengerusi Badan Ukhuwah Darul Iman (Budi), Zul Fadzli Hassan berkata, ini kali kedua badan bukan kerajaan tersebut menganjurkan ibadah korban melibatkan lembu bersaiz besar yang pertama kali diadakan pada tahun 2016.
“Pada waktu itu, seekor lembu baka Charolais seberat hampir setan telah disembelih dan kami mendapat sekali lagi permintaan untuk melakukan ibadah korban dengan lembu jenis sama lagi oleh penduduk kampung.
“Lembu sado seberat 1.2 tan ini dibeli daripada penternak di Binjai Rendah, Marang dengan harga RM14,000. Haiwan ini jinak dan tidak pernah keluar dari kandang sejak lahir dan hanya diberi makan dedak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pekarangan Masjid Makmur, Kampung Losong Dato’ Makmur di sini semalam.
Zul Fadzli berkata, Budi menetapkan setiap peserta yang menyertai ibadah korban lembu sado terbabit dikenakan RM2,200 bagi setiap bahagian.
Menurut beliau, walaupun lebih mahal daripada kebiasaan, ketujuh-tujuh peserta masing-masing mendapat 50 kilogram (kg) berbanding enam hingga lapan kg bagi lembu bersaiz biasa.
“Daging-daging lembu sado itu juga diagih-agihkan kepada hampir 2,000 penduduk kampung sekitar,” katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung, Firdaus Hamid, 33, berkata, beliau sekeluarga sanggup datang dari Rawang, Selangor untuk melihat sendiri upacara penyembelihan lembu baka Charolais berkenaan.
“Kebetulan kami dalam perjalanan untuk menziarahi saudara di kampung bersebelahan dan teruja menyaksikan sendiri upacara korban lembu yang sangat besar seakan-akan seladang,” katanya.

Monday, August 27, 2018
Dua remaja maut di Lubuk Kain
MOHD. AZLI ADLAN
DUNGUN - Keriangan sekumpulan remaja mandi-manda di kawasan air terjun, Lubuk Kain, Kampung Shukor dekat sini hari ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati akibat lemas.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang tersebut, Muhammad Arif Haikal Amran, 16, dan Muhammad Hafiz Asran, 16, dikatakan tiba-tiba hanyut di bawa arus deras sebelum tenggelam ke dasar air terjun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Jaswari Awang berkata, Muhammad Arif Haikal dan Muhammad Hafiz yang berasal dari Kuala Nerus telah berkunjung ke kawasan air terjun, Lubuk Kain bersama rakan-rakan.
"Kedua-dua mangsa yang sedang leka mandi di kawasan air terjun itu dikatakan tiba-tiba dihanyutkan arus deras sebelum tenggelam ke dasar air terjun.
"Rakan-rakannya yang panik telah memaklumkan kejadian itu dan meminta bantuan penduduk kampung tidak lama kemudian," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Jaswari berkata, mayat Muhammad Arif Haikal telah ditemui penduduk kampung pada pukul 2 petang manakala mayat Muhammad Hafiz pula pada pukul 45 minit kemudian.
Menurut beliau, mayat kedua-dua remaja itu telah ditemui dalam kedalaman lebih dua meter dari dasar air terjun tidak jauh dari lokasi mereka dilaporkan hilang.
"Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat," katanya.
Kawasan air terjun Lubuk Kain merupakan antara kawasan perkelahan sering mencatatkan kes lemas di Terengganu dipercayai akibat kewujudan pusaran air di dasar sungainya. - K! ONLINE

Ketua Pemuda Pas Pusat dikejarkan ke hospital, mengadu sakit belakang
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi telah dimasukkan ke Hospital Pakar Terengganu (KTS) di sini semalam setelah mengadu sakit pada bahagian belakang badan.
Pegawai Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhd. Khidhir Izaidin berkata, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah dikejarkan ke KTS pada pukul 6 petang.
Beliau berkata, Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadualkan untuk menjalani ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mengenal pasti penyakit sebenar yang sedang dihadapinya pada masa terdekat.
"Doktor yang merawat menyarankan beliau berehat tanpa di dalam wad hospital bagi mendapatkan rawatan sebaiknya.
"Saya juga memohon doa orang ramai bagi kesejahteraan beliau (Muhammad Khalil) agar kembali sihat untuk meneruskan tugas sebagai ADUN dan Ketua Pemuda Pas Pusat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

Sunday, August 26, 2018
Mayat terakhir mangsa tragedi lemas Pantai Teluk Kalong ditemui
MOHD. AZLI ADLAN
KEMAMAN - Mayat ketiga dan terakhir kejadian lemas di Pantai Teluk Kalong kelmarin telah ditemui hari ini.
Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menjumpai mayat Khairul Ikmal Danial Zamzuradi, 19, pada pukul 9.45 pagi tadi.
"Mayat mangsa yang juga pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, Politeknik Kok Lanas, Kelantan ditemui timbul di permukaan air laut pada kedudukan 2.1 kilometer dari lokasi dia dan dua mangsa lain dilaporkan hilang.
"Pengecaman telah dilakukan ahli keluarga sebelum mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Kosmo! Online hari ini melaporkan mayat rakan Khairul Ikmal iaitu Ahmad Daniel Firdaus Zubir, 19, telah ditemui terdampar di Pantai Teluk Kalong pada pukul 5.20 pagi tadi.
Sebelum ini, mayat seorang lagi mangsa, Shahrir Aqil yang juga atlet silat Terengganu telah dijumpai pada kedudukan 500 meter dari lokasi dia dan rakan-rakannya dilaporkan hilang pada pukul 4.30 pagi semalam.
Ketiga-tiga mangsa dan empat lagi rakan yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2 mengadakan program perjumpaan di Pantai Teluk Kalong kelmarin sempena cuti perayaan Hari Raya Aidiladha. - K! ONLINE

Mangsa kedua tragedi lemas Pantai Teluk Kalong ditemui
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Satu lagi mayat remaja yang lemas selepas hilang dipukul ombak besar sewaktu mandi-manda di Pantai Teluk Kalong, Kemaman kelmarin telah dijumpai hari ini.
Mayat Ahmad Daniel Firdaus Zubir, 19, yang merupakan pelajar Diploma Kulinari Management & Science University (MSU), Shah Alam dijumpai terdampar di pantai berkenaan pada pukul 5.20 pagi tadi.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mayat mangsa ditemui pada kedudukan kira-kira 100 meter dari lokasi mayat rakannya, Shahir Aqil Shahrun, 19, dijumpai semalam.
"Mayat Ahmad Daniel Firdaus telah dijumpai pasukan mencari dan menyelamat yang sedang melakukan pencarian di permukaan pantai.
"Pengecaman telah dilakukan oleh ahli keluarga mangsa sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat," katanya kepada Kosmo! hari ini.
Mohamed Zulkhairul berkata, usaha untuk mencari satu lagi mangsa yang masih hilang iaitu
Khairil Ikmal Danial Zamzuradi, 19, akan diteruskan pada hari ini.
Kosmo! semalam melaporkan keriangan tujuh remaja menghabiskan cuti Hari Raya Aidiladha dengan mandi-manda di Pantai Teluk Kalong di sini berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka hilang dikhuatiri lemas.
Mayat Shahrir Aqil yang juga atlet silat Terengganu telah dijumpai pada kedudukan 500 meter dari lokasi dia dan rakan-rakannya dilaporkan hilang pada pukul 4.30 pagi semalam. - K! ONLINE

Hajat atlet silat Terengganu sertai Sukma tidak kesampaian
MOHD. AZLI ADLAN
KEMAMAN - Hasrat seorang atlet silat untuk mewakili negeri untuk Sukan Malaysia (Sukma) buat pertama kali tidak kesampaian apabila dia mati lemas di Pantai Teluk Kalong di sini semalam.
Mayat Shahir Aqil Shahrun, 19, ditemui terdampar di tepi pantai kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 4.30 pagi hari ini.
Turut hilang dalam kejadian pada pukul 6.23 petang semalam ialah dua rakannya, Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir yang juga berusia 19 tahun.
Bapa Shahir Aqil, Shahrun Ramli, 56, berkata, anak keempat dari lima beradik itu aktif dalam sukan pencak silat sejak berusia 14 tahun dan telah terpilih untuk menggalas cabaran kontijen Terengganu pada Sukma 2018 yang bakal berlangsung di Perak pada bulan depan.
"Sebenarnya Shahir Aqil telah terpilih untuk mewakili negeri pada Sukma 2016 di Sarawak lagi tetapi saya tidak memberi izin kerana mahu dia fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
"Anak saya telah terpilih lagi ke Sukma Perak yang bakal berlangsung bulan depan. Dia amat teruja dan telah membuat persediaan rapi dengan menyertai pelbagai kejohanan dalam dan luar negara sejak tahun lalu," katanya ketika ditemui Kosmo! Online di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman di sini hari ini.
Kosmo! Online hari ini melaporkan keriangan tujuh remaja menghabiskan cuti Hari Raya Aidiladha dengan mandi-manda di Pantai Teluk Kalong di sini berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka hilang dikhuatiri lemas. - K! ONLINE

[KEMASKINI] Mayat atlet silat Sukma Terengganu lemas di Pantai Teluk Kalong ditemui
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Mayat salah seorang daripada tiga remaja lelaki yang hilang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Kalong, Kemaman semalam telah ditemui hari ini.
Pasukan pencari dan penyelamat berjaya menemui mayat Shahir Aqil Shahrun, 19, sewaktu melakukan kerja-kerja pencarian di permukaan pantai pada pukul 4.30 pagi.
Shahir Aqil merupakan atlet silat Terengganu dijadual menyertai Sukan Malaysia 2018 yang bakal berlangsung di Perak pada bulan depan.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, mayat Shahir Aqil yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Ibrahim, Johor tersebut dijumpai pada kedudukan kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat selepas pengecaman dilakukan oleh ahli keluarganya.
"Operasi mencari dan menyelamat dua mangsa lain (Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir) akan diteruskan pada pagi ini," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan keriangan tujuh remaja menghabiskan cuti Hari Raya Aidiladha dengan mandi-manda di Pantai Teluk Kalong di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka hilang dikhuatiri lemas.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang mandi-manda bersama empat rakan lain pada kedudukan 15 hingga 30 meter dari Pantai Teluk Kalong dekat sini pada pukul 6.23 petang.
"Sewaktu mereka sedang leka mandi-mandi tiba-tiba datang ombak besar. Empat daripada mereka sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai manakala tiga lain dihanyutkan arus deras," katanya. - K! ONLINE

Tiga remaja lelaki hilang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Kalong
KEMAMAN - Keriangan tujuh remaja menghabiskan cuti Hari Raya Aidiladha dengan mandi-manda di Pantai Teluk Kalong di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka hilang dikhuatiri lemas.
Tiga remaja lelaki yang hilang dalam kejadian pada pukul 6.23 petang tersebut ialah Shahir Aqil Shahrun, Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir yang kesemuanya berusia 19 tahun.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang mandi-manda bersama empat rakan lain pada kedudukan 15 hingga 30 meter dari Pantai Teluk Kalong dekat sini.
"Sewaktu mereka sedang leka mandi-mandi tiba-tiba datang ombak besar. Empat daripada mereka sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.
"Begitupun, ketiga-tiga mangsa gagal menyelamatkan diri lalu hilang dipercayai di bawa arus deras akibat ombak besar terbabit," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Kasyfi Syahmi berkata, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 34 pegawai dan anggota JBPM Terengganu, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Maritim Malaysia telah ditubuhkan sejurus menerima maklumat tentang kejadian tersebut.
Menurut beliau, setakat ini usaha pencarian di kawasan sekitar masih gagal menemui Shahir Aqil, Khairil Ikmal Danial dan Ahmad Daniel Firdaus.
"Kerja-kerja mencari dan menyelamat dihentikan sementara pada pukul 7.20 malam tadi dan bakal disambung awal pagi esok," katanya. - K! ONLINE

Saturday, August 25, 2018
TFC I ada cara jinakkan Felcra FC
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
TERENGGANU Football Club I (TFC I) berkunjung ke Stadium Kuala Lumpur, Cheras dengan keyakinan tinggi untuk menjinakkan pasukan berstatus kelab, Felcra FC pada aksi Piala Malaysia malam ini.
Pengendali TFC I, Irfan Bakti Abu Salim berkata, dia telah menemui strategi tepat untuk menewaskan Felcra FC pada aksi keempat Kumpulan A sekali gus mencerahkan harapan skuad Penyu melangkah ke suku akhir Piala Malaysia.
“Walaupun sedikit kecewa diikat 2-2 oleh Felcra FC di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu minggu lalu, hikmahnya saya sudah dapat membaca rentak permainan kelab yang beraksi pada saingan Liga Premier tersebut.
“Sehubungan itu, saya telah mengatur strategi ampuh bagi memerangkap skuad The Rivals pada aksi penting esok (malam ini),” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
Irfan berkata, beliau juga lega dengan kehadiran semula pemain tengah TFC I, Lee Tuck pada aksi esok selepas bebas daripada penggantungan.
Katanya, peranan Lee Tuck yang merupakan perancang utama pasukan amat penting untuk menggerakkan barisan tengah TFC I.
“Ketiadaan Lee Tuck pada aksi dengan Felcra FC minggu lalu memang dirasai dan kehadirannya semula pasti memberi kelebihan kepada TFC I untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan.
“Aksi ini penting kerana walaupun TFC I berada di kedudukan teratas dalam Kumpulan A dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan, tiga pasukan lain iaitu Perak, Kuala Lumpur dan Felcra FC masih berpeluang untuk memintas sekali gus mara ke pusingan seterusnya,” katanya.

Terengganu masih harap ECRL dapat direalisasikan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
MARANG – Kerajaan negeri Terengganu masih berharap projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dapat direalisasikan walaupun pembatalan projek yang disokong kerajaan China itu telah diumumkan kerajaan Persekutuan kelmarin.
Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar kecil) berkata, pembatalan terus projek landasan kereta api yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur itu disifatkan sebagai satu kerugian besar kerana banyak proses awal pembinaannya telah dijalankan.
Beliau berkata, proses awal pembinaannya seperti pengambilan tanah untuk pembinaan laluan, stesen, terowong dan jambatan telah dilaksanakan.
“Sebagai contoh, proses pembinaan terowong telah dijalankan dan saya difahamkan penggalian sudah dilakukan sejauh lebih 50 meter. Satu kerugian sekiranya projek mega ini dibatalkan terus.
“Saya mencadangkan kerajaan Persekutuan agar memulakan proses tender baharu (projek ECRL) dilakukan melibatkan syarikat tempatan dengan usaha sama dari luar negara agar kos lebih munasabah,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang pembatalan projek ECRL dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) sebagai salah satu hasil lawatan kerja ke China baru-baru ini.
Projek ECRL bakal menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pantai Timur merentasi Kuantan, Pahang, Terengganu hingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan sepanjang 688 kilometer.

Friday, August 24, 2018
Pengarah KDNKA dilantik sebagai Ketua Pengarah AADK baharu
KUALA NERUS – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu.
Menurut beliau, pelantikan Zulkifli bagi menggantikan Datuk Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin yang bersara berkuat kuasa semalam.
“Perpindahan pegawai Polis Diraja Malaysia ke AADK bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini beberapa pengarah PDRM lain pernah menyandang jawatan Ketua Pengarah AADK.
“Arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan dan jawatan itu (Ketua Pengarah AADK) memang jawatan terbuka,” kata beliau selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah PDRM di sini semalam.
Mohamad Fuzi berkata demikian mengulas pertukaran Zulkifli ke AADK menerusi sepucuk surat dalaman yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa kelmarin.
Zulkifli dilantik sebagai Pengarah KDNKA pada 4 Julai 2017 dan pernah memegang beberapa jawatan lain dalam PDRM termasuk sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

Thursday, August 23, 2018
Rai Aidiladha dalam aman
Oleh MOHD. AZLI ADLAN, AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI dan MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bersama ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini.
Beliau yang mengenakan baju Melayu berwarna ungu tiba pada pukul 8.10 pagi.
Turut mengiringi ialah isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Selesai solat, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad kemudian menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha sebagai manifestasi penyerahan kepada pencipta’.
Perdana Menteri menzahirkan rasa syukur kerana umat Islam di negara ini dapat meraikan Aidiladha dalam keadaan aman dan tenteram di bawah pimpinan kerajaan baharu.
Menerusi video perutusan Aidiladha yang dimuat turun di laman Twitter dan Facebook miliknya, beliau berkata, keadaan di negara ini sudah pulih dan sambutan Aidiladha boleh diadakan dalam keadaan aman damai.
“Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Rakyat negara kita sekarang ini sudah tidak lagi berasa curiga terhadap kerajaan yang memerintah, yang memegang kepada lunas-lunas ajaran Islam dan kita bersyukur kerana-Nya,” katanya.
Di Shah Alam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 7,000 rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Baginda tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.25 pagi diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Hadir sama mengiringi baginda ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad; Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Sementara itu, sebanyak 25 ekor lembu termasuk seekor sumbangan kerajaan negeri akan dikorbankan dalam ibadah korban yang diadakan di perkarangan masjid itu semalam.
Di Ipoh, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyertai lebih 1,500 jemaah bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.
Turut berangkat mengiringi baginda ialah Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.
Ketibaan baginda di masjid negeri pada pukul 8.30 pagi itu disambut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu serta beberapa Exco Kerajaan Negeri.
Di Kuala Terengganu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pula berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang.
Baginda yang tiba di masjid berkenaan pada pukul 7.50 pagi turut diiringi dua anakandanya, Tengku Muhammad Ismail yang juga Yang Dipertuan Muda Terengganu dan Tengku Muhammad Mua’az.
Penduduk teruja saksi upacara korban lembu sado seberat 1.2 tan
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Seramai lebih 1,000 penduduk teruja menyaksikan proses penyembelihan seekor lembu sado seberat 1.2 tan untuk ibadah korban di perkarangan Masjid Makmur, Kampung Losong Dato' Amar di sini hari ini.
Lembu baka Charolais yang berumur tiga tahun tersebut dipercayai haiwan yang dijadikan ibadah korban yang paling besar di negara ini.
Pengerusi Badan Ukhuwah Darul Iman (Budi), Zul Fadzli Hassan berkata, ini kali kedua badan bukan kerajaan tersebut menganjurkan ibadah korban melibatkan lembu bersaiz besar yang pertama kali diadakan pada tahun 2016.
"Pada waktu itu, seekor lembu baka Charolais seberat hampir setan telah disembelih dan kami mendapat sekali lagi permintaan untuk melakukan ibadah korbandengan lembu jenis sama lagi oleh penduduk kampung.
"Lembu sado seberat 1.2 tan ini dibeli daripada peternak di Binjai Rendah, Marang dengan harga RM14,000. Haiwan ini jinak dan tidak pernah keluar dari kandang sejak lahir dan hanya diberi makan dedak," katanya ketika ditemui Kosmo! di perkarangan Masjid Makmur, Kampung Losong Dato' Makmur di sini hari ini.
Zul Fadzli berkata, Budi menetapkan setiap peserta yang menyertai ibadah korban lembu sado terbabit dikenakan RM2,200 bagi setiap bahagian. - K! ONLINE

Bina semula negara kini di landasan tepat
HARI ini genap 100 hari Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah negara selepas ia berjaya mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
Sebahagian besar rakyat yang menaruh harapan tinggi kepada pakatan tersebut sudah pasti memerhati dengan teliti sejauh mana ia berjaya mengemudi kerajaan Persekutuan dalam tempoh tersebut.
Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu mengambil masa 63 hari untuk melengkapkan senarai Kabinet termasuk lima daripadanya dalam kalangan Senator.
Kerajaan PH juga mewujudkan Majlis Penasihat Kerajaan dianggotai oleh Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Merican, Tan Sri Robert Kuok dan Prof. Jomo Kwame Sundaram untuk membantu kerajaan membentuk dasar dan program bagi memenuhi janji manifesto dalam tempoh 100 hari.
Antara buah tangan majlis tersebut setakat ini ialah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar dalam tempoh tiga bulan bermula 1 Jun sebelum ia dimansuhkan dan diganti dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijangka bermula pada 1 September ini.
Sebagai langkah menstabilkan harga petrol pula, RON95 dan diesel masing-masing dikekalkan pada harga RM2.20 dan RM2.18 seliter sekali gus memansuhkan sistem apungan terurus pada setiap minggu sebelum ini.
Selain itu, berlaku pembubaran beberapa agensi kerajaan yang disifatkan tidak efisien dan rombakan melibatkan peneraju syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman.
Tabung Harapan juga telah diwujudkan dan sehingga Mei lalu ia telah mencecah lebih RM175 juta. Tabung tersebut menjadi medium untuk rakyat membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion.
Mengulas prestasi PH dalam tempoh 100 hari ini, penganalisis sosio-politik dan juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian menyifatkannya sebagai memuaskan.
Beliau berkata, prestasi PH agak baik berdasarkan kejayaan PH menunaikan dua janji manakala enam lagi dalam peringkat pelaksanaan.
“Tidak adil untuk kita menilai berjaya atau gagalnya sesebuah kerajaan dalam tempoh 100 hari. Begitupun bagi saya, PH telah menunjukkan kesungguhan dan asas yang baik untuk menunaikan janji-janji pilihan raya sepanjang tempoh tersebut.
“Pentadbiran Perdana Menteri dilihat memberi tumpuan dalam membanteras rasuah dalam sektor kerajaan selain meletakkan nilai akauntabiliti, amanah dan telus sebagai kriteria utama pelantikan pegawai kerajaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Sivamurugan berkata, PH juga mempunyai kecenderungan untuk memulihkan kembali ekonomi negara ini secara beransur-ansur.
Ujar beliau, walaupun ada kecenderungan segelintir rakyat negara ini yang mahu keputusan segera terutama melibatkan inisiatif mengurangkan kos sara hidup dan memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan, PH sepatutnya harus diberi masa untuk membuktikannya.
“Saya akui dua perkara tersebut perlu diambil lebih serius oleh PH terutamanya oleh kementerian-kementerian berkaitan kerana tidak dinafikan ia antara punca BN kalah pada PRU-14,” katanya.
Seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Rusdi Omar yang merupakan pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia turut bersetuju PH telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen dalam memenuhi janji mereka kepada rakyat dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran.
Beliau berkata, rakyat perlu positif kerana secara realitinya, perubahan yang dijanjikan memerlukan masa dan tempoh 100 hari sememangnya tidak mencukupi bagi merealisasikan kesemua janji itu.
“Mengenai kajian terhadap projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur dan Rel Berkelajuan Tinggi pula, saya berpandangan PH perlu mengambil masa untuk lebih teliti tentang keperluannya sebelum membuat sebarang keputusan muktamad,” katanya.

Wednesday, August 22, 2018
Pemuda dipenjara 12 tahun, 10 sebatan kerana dadah
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas kesalahan memiliki 96.88 gram dadah jenis methamphetamine dua tahun lalu.
Hakim Datuk Zainal Azam Ab. Aziz memerintahkan demikian selepas Mohd. Hakimin Kamarudin, 28, yang bekerja sendiri membuat pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 39(A) 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan terhadapnya.
Beliau juga memerintahkan teman wanita Mohd. Hakimin, Wan Hasnah Wan Salleh, 32, dibebaskan dan dilepaskan atas pertuduhan sama selepas kesnya digugurkan pihak pendakwaan berikutan pengakuan bersalah lelaki tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Hakimin didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 96.88 gram di Plaza Tol Chukai, Kemaman pada pukul 6.30 petang, 28 Julai 2016.
Dadah tersebut ditemui di dalam kereta Perodua Alza yang turut dinaiki Wan Hasnah sewaktu pemeriksaan polis di lokasi kejadian.
Mohd. Hakimin didakwa mengikut Seksyen 39(A) 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud manakala Mohd. Hakimin dan masing-masing diwakili peguam bela, Ghazali Ismail serta Aida Shukri Khairi.

Muhammad Azlan Gan mualaf contoh
ISLAM mengambil berat dan prihatin terhadap invidu baru memeluk agama tauhid ini atau lebih dikenali sebagai mualaf.
Golongan mualaf bukan sahaja dianggap sebagai saudara dalam agama malah harus dibantu dan dibela sehingga mereka boleh berdikari sendiri.
Selain diletakkan sebagai salah satu asnaf yang layak menerima zakat, golongan saudara baru tersebut juga akan menerima sokongan dalam bentuk pengajaran agama, moral dan kewangan daripada majlis agama Islam di semua negeri di negara ini.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak terkecuali memainkan peranan dalam perkembangan dan penyebaran Islam dalam kalangan mualaf.
Ada antara mualaf yang dibantu MAIDAM tersebut bukan sahaja mampu berdikari dan menjadi muslim yang baik malah kembali menyumbang kepada majlis agama Islam tersebut.
Antara mualaf yang menyerlah membantu MAIDAM dalam aktiviti penyebaran dan pengukuhan agama Islam dalam kalangan saudara baru terbabit ialah Muhamad Azlan Gan Abdullah, 48.
Pendakwah dari kaum Cina yang memeluk Islam pada tahun 1985 tersebut kini berkhidmat sebagai Ahli Skuad Cakna Muallaf Kita yang ditubuhkan MAIDAM sejak tahun 2013.
Muhamad Azlan Gan yang merupakan bapa kepada lapan orang anak berusia dalam lingkungan 25 hingga dua tahun bertanggungjawab mengajar individu yang baru memeluk Islam mengenal al-Quran menerusi bacaan Iqra dan ilmu tajwid.
Beliau berkata, setakat ini, terhadap 120 orang mualaf terdiri daripada kaum Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, Filipina, Myanmar dan Kemboja menerima bimbingan agama di Kompleks Darul Hidayah, Kuala Terengganu.
"Sebanyak 13 kelas agama seperti fardu ain, akhlak, tauhid, sirah, Iqra dan al-Quran diadakan pada sebelah pagi dan malam di Kompleks Darul Hidayah yang juga merupakan pusat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kuala Terengganu.
"Saya berperanan mengajar bacaan Iqra dan tajwid kepada individu yang baru memeluk Islam di Kompleks Darul Hidayah ini," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Muhamad Azlan Gan berkata, sebagai anggota Ahli Skuad Cakna Mualaf Kita, beliau juga berperanan membimbing dan memberi motivasi kepada saudara-saudara baru di sekitar Kuala Terengganu untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Menurut beliau, pengalaman hidupnya sewaktu mula-mula memeluk Islam dahulu menjadi pedoman terbaik bagi untuk menyelami hati dan memahami cabaran saudara-saudara baru terbabit serta memudahkan komunikasi antara mereka.
Mengimbas penglibatannya di dalam Ahli Skuad Cakna Muallaf Kita, Muhamad Azlan Gan yang menetap di Kampung Banggol Lalang, Serada, Kuala Terengganu memberitahu, sebelum ini, beliau bekerja sebagai tukang rumah.
"Saya mencari rezeki sebagai tukang rumah selama 20 tahun sebelum ditemui pengurusan MAIDAM untuk berkhidmat sebagai Ahli Skuad Cakna Muallaf Kita pada tahun 2013.
"Jasa besar MAIDAM membantu saya selama ini dan peluang terbaik untuk menyumbang kepada masyarakat sebagai pendakwah terutama terhadap golongan mualaf menarik minat saya untuk menyertai skuad terbabit," jelas beliau.
Muhamad Azlan Gan memberitahu, beliau yang berasal dari keluarga penoreh getah di Kampung Awah, Temerloh, Pahang menerima hidayah memeluk Islam sewaktu berumur 15 tahun.
Ujar beliau, setahun sesudah memeluk Islam, beliau berkelana ke Terengganu dan menetap bersama keluarga angkat Melayu di Kampung Banggol Lalang, Serada, Kuala Terengganu.
"Saya dibantu MAIDAM untuk meneruskan pelajaran dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu dan mencarikan seorang guru fardu ain untuk mengajar saya ilmu fardu ain.
"Selepas waktu persekolahan, saya belajar fardu ain dengan guru, Allahyarham Wang Nawang Wan Ngah di Kampung Banggol Cempedak, Kuala Terengganu," katanya.
Muhamad Azlan Gan memberitahu, beliau juga mengikuti banyak program pengukuhan agama Islam anjuran MAIDAM sehinggalah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita tempatan beberapa tahun kemudian.
Jelas beliau, walaun puluhan tahun berkelana, beliau tetap pulang untuk menziarahi keluarganya yang masih kekal dengan agama asal di Kampung Awah, Temerloh terutama pada sambutan Tahun Baru Cina.

Tuesday, August 21, 2018
Lelaki miliki dadah methamphetamine dipenjara 12 tahun, 10 sebatan
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di penjara setelah dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan memiliki 96.88 gram dadah jenis methamphetamine dua tahun lalu.
Hakim Datuk Zainal Azam Ab. Aziz memerintahkan demikian selepas Mohd. Hakimin Kamarudin, 28, yang bekerja sendiri membuat pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 39(A) 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Hakimin didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 96.88 gram di Plaza Tol Chukai, Kemaman pada pukul 6.30 petang, 28 Julai 2016.
Dadah tersebut ditemui di dalam kereta Perodua Alza sewaktu pemeriksaan polis di lokasi kejadian.
Mohd. Hakimin didakwa mengikut Seksyen 39(A) 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 sebatan jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

Monday, August 20, 2018
Pelajar sekolah sertai pertandingan melukis, menulis esei Tasik Kenyir
PUPUK. Seramai 232 murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah sekitar daerah Hulu Terengganu menyertai pertandingan melukis dan menulis esei berkaitan sejarah dan warisan Tasik Kenyir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Nor Hayati Sa’at berkata, program itu bertujuan menyuntik dan menerapkan nilai menghargai sejarah serta warisan Tasik Kenyir dalam kalangan generasi muda.
“Lukisan dan esei berkenaan juga akan menjadi input kepada penerbitan buku khas berkaitan sejarah dan warisan Tasik Kenyir yang bakal dikeluarkan pada masa terdekat,” katanya.

Sunday, August 19, 2018
Terengganu isytihar Taman Negeri Lawit-Cenana dan Setiu Wetland
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu mengisytiharkan Tanah Bencah Setiu yang lebih dikenali sebagai Setiu Wetland, Setiu dan Hutan Lawit-Cenana yang terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu sebagai taman negeri berkuatkuasa hari ini.
Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perwartaan tersebut melibatkan 10,386 hektar daripada 15,000 keluasan Taman Negeri Lawit-Cenana manakala Taman Negeri Setiu Wetland pula seluas 432.4 hektar bagi fasa pertama ini.
Beliau berkata, kawasan Tasik Berombak seluas 1088.32 hektar pula kini dalam proses untuk diwartakan bagi fasa kedua Taman Negeri Setiu Wetland.
"Kedua-dua taman negeri tersebut merupakan kawasan tadahan air yang penting bagi Terengganu. Sehubungan itu, perwartaannya sebagai taman negeri merupakan usaha pemeliharaan kawasan tadahan air yang menyumbang kepada sumber air bersih dan elektrik kepada rakyat negeri ini selain mengurangkan risiko kesan banjir.
"Ia juga lambang komitmen kerajaan negeri Terengganu dalam melindungi warisan asli dan alam semulajadi di negeri ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Ahmad Samsuri berkata, Taman Negeri Lawit-Cenana telah dikenalpasti sebagai habibat pelbagai flora dan fauna termasuk beberapa spesies terancam seperti gajah Asia, tapir Malaysia dan harimau Malaya manakala Taman Negeri Setiu Wetland pula merupakan habibat bagi tuntung laut dan penyu agar. - K! ONLINE

Saturday, August 18, 2018
APMM tahan empat bot nelayan Vietnam di perairan Kuala Kemaman
KEMAMAN - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan empat lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki mencerobohi perairan negara untuk menangkap ikan secara haram pada Sabtu lalu.
Kesemua bot nelayan tersebut ditahan ketika sedang leka menangkap ikan secara pukat ganding pada kedudukan antara 102 hingga 119 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman antara pukul 7.50 pagi hingga 10.10 pagi.
Pemangku Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, operasi tersebut juga berjaya merampas 500 kilogram (kg) ikan, 28,000 liter minyak diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai keseluruhan RM4.5 juta.
"Seramai 38 suspek termasuk empat tekong bot warga Vietnam berusia dalam lingkungan 16 hingga 63 tahun berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan KM Pekan terbabit.
"Salah seorang tekong bersikap biadap cuba menyogok wang tunai RM10,000 kepada pengawai penguat kuasa APMM namun ditolak secara tegas. Kes itu juga telah diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE

Friday, August 17, 2018
Allianz Road Rangers bantu 4,000 pelanggan
KUALA TERENGGANU – Perkhidmatan Allianz Road Rangers ditawarkan syarikat pengendali insurans, Allianz General Insurance Company (M) Berhad (Allianz General) telah memberi bantuan kerosakan dan kemalangan kenderaan kepada purata 4,000 pelanggan di seluruh negara setiap bulan sejak ia dilancarkan pada awal tahun ini.
Ketua Bahagian Tuntutan Allianz General, A. Jayapragash berkata, pihaknya juga menerima maklum balas memberangsangkan daripada pelanggan berhubung perkhidmatan bantuan kerosakan dan kemalangan yang beroperasi 24 jam tersebut.
“Perkhidmatan Allianz Road Rangers ditawarkan secara percuma kepada kira-kira dua juta pelanggan polisi motor komprehensif Allianz di seluruh negara sejak lapan bulan lalu.
“Bantuan diberikan lengkap meliputi daripada proses penghantaran ke bengkel membaiki kenderaan sehingga pemulangan semula kenderaan yang siap dibaiki ke rumah pelanggan,” katanya selepas merasmikan perkhidmatan Allianz Road Rangers di Pantai Batu Burok di sini kelmarin.
Perkhidmatan bantuan percuma itu boleh didapati dengan menghubungi talian bebas tol 1800-22-5542.

Thursday, August 16, 2018
PDRM masih belum terima bajet tambahan tiga PRK di Selangor
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama Kontijen Selangor mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis baru-baru ini dengan kekangan kewangan kerana belum menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan seperti kelaziman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, seboleh-bolehnya, pihaknya tidak mahu senario itu berlarutan untuk dua lagi PRK di Selangor iaitu Balakong dan Seri Setia yang bakal berlangsung bulan depan.
Beliau berkata, permohonan berhubung peruntukan tambahan tersebut telah dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri dan secara puratanya setiap PRK memerlukan bajet RM6 juta bergantung kepada situasi keselamatan di kawasan pilihan raya terlibat.
"Setakat ini, kita (PDRM) belum dapat apa-apa bajet (PRK). Kita terpaksa menggunakan perbelanjaan semasa, itu tentu menjejaskan kedudukan kewangan kita (PDRM) khususnya di (Kontijen) Selangor.
"Jumlahnya (kos pembelanjaan PRK) agak besar. Contohnya di PRK Sungai Kandis, kita memerlukan tambahan (bajet) RM3 juta tetapi setakat ini belum dapat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia di sini hari ini. - K! ONLINE

Subscribe to:
Posts (Atom)