Translate

Saturday, November 18, 2023

Kemenangan Pas di Kemaman batal

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akhir tahun lalu dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, di sini semalam. 

 Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian selepas mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi di kawasan Parlimen terbabit sewaktu kempen PRU15. 

 Beliau yang juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka memerintahkan pihak responden iaitu Che Alias membayar kos sebanyak RM30,000 kepada pihak pempestiyen. 

 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu. 

 Kesemua petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas dakwaan berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di tiga kawasan tersebut sewaktu PRU15. 

 Pada mulanya, petisyen bagi Parlimen Kemaman tersebut telah dibatalkan di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu. 

 Namun, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya tersebut ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh setelah rayuan Badan Perhubungan UMNO Terengganu diterima pada 2 Jun lalu. 

 Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Ahmad (Barisan Nasional), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air). 

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu turut membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim pada PRU15.

No comments:

Post a Comment