Translate

Wednesday, November 15, 2023

APMM lupus 4 bot nelayan Vietnam jadi tukun tiruan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Maritim Malaysia (APMM) melupuskan empat lagi bot nelayan Vietnam di perairan Pulau Susu Dara di sini hari ini. 

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid berkata, keempat-empat bot nelayan Vietnam itu dilupuskan dengan cara ditenggelamkan ke dasar perairan tersebut. 

Beliau berkata, kesemua bot nelayan asing berkenaan telah dilucuk hak oleh mahkamah baru-baru ini. 

"Empat bot nelayan Vietnam berkenaan telah ditahan menerusi Op Naga Barat dan Op Kuda Laut. 

"Mereka didapati mencerobohi perairan negara sepanjang tahun lalu," katanya di sini hari ini.

Khairulanuar berkata, setakat ini, sebanyak 16 bot nelayan Vietnam yang dilucuk hak oleh mahkamah telah dilupuskan sebagai tukun tiruan di perairan Terengganu sejak awal tahun. 

Tambah beliau, sebanyak 20 bot nelayan asing lagi dijangka ditenggelamkan sehingga akhir tahun ini. 

"Ia komitmen APMM untuk membanteras pencerobohan nelayan asing di perairan negara," katanya. - KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment