Translate

Friday, November 24, 2023

Mangsa banjir Terengganu terus meningkat 3,917 orang

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 3,917 orang daripada 1,029 keluarga.

Setakat ini, sebanyak 28 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di lima daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Besut dan Setiu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Nerus paling terjejas dengan 1,426 mangsa daripada 370 keluarga berada di 12 PPS.

Beliau berkata, seramai 1,053 mangsa daripada 309 keluarga pula berada di lima PPS di Kuala Terengganu.

“Sebanyak enam PPS yang kini menempatkan 926 mangsa daripada 234 keluarga pula berada di enam PPS di Marang.

“Besut pula membuka empat PPS yang kini menempatkan 504 daripada 113 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, situasi di Setiu pula semakin baik dengan lapan dariapada tiga keluarga berada di sebuah PPS.

Beliau berkata, hujan masih turun di beberapa tempat di negeri ini. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment