Translate

Wednesday, November 22, 2023

Mangsa banjir Terengganu turun sedikit, 4,397 orang

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu turun sedikit 4,397 orang daripada 1,162.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat pukul 4 petang, Kuala Nerus kekal daerah paling terjejas dengan 1,710 mangsa daripada 454 keluarga berada di 15 PPS.

“Seramai 1,158 mangsa daripada 337 keluarga pula berada di lima PPS di Kuala Terengganu.

“Sebanyak tujuh PPS yang menempatkan 845 mangsa daripada 213 keluarga pula dibuka di Marang,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 661 mangsa daripada 153 keluarga di tiga PPS di Besut.

Beliau berkata, Dungun pula mempunyai 23 mangsa daripada lima keluarga yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan Tok Kah.

“Hujan diramal masih turun di beberapa kawasan di negeri ini sehingga esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment