KUALA NERUS – Seramai 100 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima bantuan awal pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) sebagai persediaan untuk memulakan pengajian.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani turut bersama hadir mempersembahkan bantuan awal pengajian kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, merangkap Tuanku Canselor UniSZA. Syaiful Rizal berkata, bantuan itu melibatkan 100 pelajar dalam kalangan keluarga B40 dan pemilihan mereka berdasarkan senarai yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniSZA.
Katanya, setiap pelajar yang terpilih bakal menerima peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang.
“YBR sentiasa mencari ruang dan peluang bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan B40 dan asnaf dalam mendapatkan pendidikan yang lebih baik.
“Saya percaya bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat serta motivasi pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian dan mengubah nasib keluarga serta mencipta kejayaan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memberitahu, YBR pada tahun ini memperuntukkan RM479,599 yang melibatkan 41 inisiatif di Terengganu melalui pemberian bantuan serta pelaksanaan program berunsurkan pendidikan melalui Program Pembangunan Pendidikan dan Masyarakat.
“Semua pelajar yang menerima bantuan adalah dikalangan pelajar di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda serta membantu meringankan beban kewangan mereka ketika kemasukan ke semester baru,” ujarnaya.
No comments:
Post a Comment