Oleh NOOR HASLIZA NUSI, MOHD SHARKAWI LONDING, MOHD AZLI ADLAN dan SITI A'ISYAH SUKAIMI
PETALING JAYA – Tinggal kira-kira tiga minggu lagi sebelum umat Islam berpuasa, kebanyakan pengusaha restoran dan hotel di seluruh negara semakin rancak mengatur strategi termasuk ‘berperang’ promosi bufet Ramadan bagi menarik lebih ramai pelanggan.
Ada pengusaha restoran yang menawarkan bufet serendah RM40 seorang pada tahun ini selain memberi lebih tumpuan kepada bilangan pelanggan yang datang secara berkumpulan terutama membabitkan agensi dan syarikat korporat.
Bagi pengusaha hotel pula, mereka mempertaruhkan air tangan cef-cef terkenal dalam menyediakan pelbagai hidangan menarik yang pastinya menjamin kepuasan pelanggan.
Di George Town, Pulau
Pinang, pengusaha Restoran
Bahtera Impian, Zainuddin
Zainul Abidin berkata, pihaknya
sedaya upaya mengekalkan
tawaran harga istimewa
dan mampu milik meskipun
berdepan cabaran kenaikan kos
bahan mentah ketika ini.
Menurutnya, konsep
penganjuran bufet Ramadan
tahun ini lebih memfokuskan
kepada kehadiran pelanggan
dalam kumpulan selain tempat
makan yang kondusif.
“Disebabkan itu, kami masih menawarkan harga serendah RM40
untuk 70 jenis menu hidangan
selain memperkenalkan promosi
istimewa iaitu hanya RM29.90
seorang pada hari pertama dan
kedua Ramadan.
“Harga ini sudah cukup untuk
semua golongan, tetapi kami lebih menumpukan kepada pelanggan berkumpulan.
“Bukan mahu bersaing harga,
tetapi profit yang dicari. Bagi
kami, harga murah akan menarik
lebih ramai pelanggan datang
dan lebih menguntungkan daripada harga tinggi, namun pelanggan pula kurang,” katanya kepada
Kosmo! semalam.
Di Kuala Nerus, Terengganu,
Pengurus Jualan dan Pemasaran
Hotel Raia Kuala Terengganu,
Tina Surinda Karim berkata, bagi
menjamin kepuasan pelanggan,
pihaknya menyediakan menu
istimewa hasil air tangan Cef Asmadi Kassim dan Cef Bob Mazhari Salleh.
Katanya, antara menu yang
bakal dihidangkan pada bufet
Ramadan kali ini adalah dalca
kambing, asam pedas ikan bawal,
ekor lembu, ikan patin masak
tempoyak, ayam percik versi
Pantai Timur dan sayur goreng
Jawa.
Tambahnya, pelanggan juga
boleh menikmati laksa Pahang
serta tiga variasi sup dan kambing panggang.
“Kesemua menu itu dipilih
berdasarkan maklum balas daripada pelanggan yang menggemarinya setiap kali berkunjung
ke hotel kami selama ini.
“Walaupun harga Bufet Ramadan tahun ini terpaksa dinaikkan, kami optimis akan menerima kehadiran purata 500 orang
setiap hari sepanjang Ramadan
ini,” ujarnya.
Menurutnya, kebanyakan
tempahan diterima daripada
pelanggan tetap yang tidak lokek
berbelanja sekali-sekala untuk
raikan ahli keluarga dan staf
syarikat berbuka puasa.
“Jadi mereka tidak akan kisah
apabila harga bufet Ramadan tahun ini adalah RM87 bagi dewasa,
manakala kanak-kanak RM48
iaitu kenaikan RM10 berbanding
tahun lalu.
“Kenaikan itu tidak dapat
dielak disebabkan peningkatan
kos bahan mentah. Kami sentiasa menggunakan bahan-bahan
mentah yang segar dan berkualiti
untuk hidangan kami,” ujarnya.
Di Johor Bahru, Johor, Pegawai Pemasaran Hotel Hard Rock
Desaru Coast berkata, pihaknya
menawarkan diskaun 10 peratus
kepada pelanggan yang membuat tempahan secara berkumpulan dengan minimum seramai
30 orang.
Katanya, harga ditawarkan
tahun ini bagi dewasa adalah
RM138, manakala bagi kanakkanak bawah 12 tahun dan warga
emas berusia 65 tahun ke atas
adalah RM69 seorang.
“Bagaimanapun, pelanggan
boleh memilih atau membuat
tempahan awal bermula 1 sehingga 23 Mac ini dengan harga yang
lebih murah iaitu RM128 untuk
dewasa dan RM64 kanak-kanak
dan warga emas,” katanya.