Translate

Monday, May 31, 2021

Video gerhana bulan bersaiz gergasi di Artik disahkan palsu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Sebuah video kononnya memaparkan imej bulan bersaiz gergasi sewaktu fenomena gerhana bulan penuh Super Flower Blood Moon kelmarin adalah palsu.

Penyelidik Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Roslan Umar berkata, fenomena yang dikatakan berlaku di kawasan Artik bersempadan dengan negara Rusia dan Kanada tersebut tidak logik dan bertentangan dengan hukum alam.

“Saya menerima banyak pertanyaan daripada netizen termasuk golongan terpelajar di media sosial yang bertanyakan kesahihan penyebaran video tersebut yang kononnya berlaku ketika fenomena gerhana bulan Perigee dengan Super Flower Blood Moon kelmarin.

“Mana mungkin imej bulan boleh sebesar itu sedangkan jaraknya sewaktu berlaku fenomena gerhana bulan Perigee ialah 357,000 kilometer dari bumi. Itulah jarak paling hampir bulan dapat dilihat dari bumi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 36 saat yang mendakwa bulan bersaiz gergasi telah melindungi matahari di Kutub Utara di antara sempadan negara Rusia dan Kanada sehingga menyebabkan kawasan sekeliling bergelap dalam lima saat.

Roslan yang mempunyai kepakaran dalam ilmu falak berkata, sekiranya visual yang digambarkan di dalam video itu asli, sudah pasti ia akan menyebabkan bencana alam seperti tsunami yang dahsyat kepada bumi berikutan tarikan graviti luar biasa.

Sehubungan itu, Felo Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur UNISZA menasihatkan netizen agar bertabayun atau menyelidiki dahulu sebelum mempercayai atau menyebarkan sumber tidak sahih di media sosial – K! ONLINE

PKPD Besut: Asnaf terima bantuan khas

 

KUALA TERENGGANU - Seramai 1,098 keluarga asnaf di Besut, yang kini terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan menerima bantuan khas daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin berkata, setiap isi rumah terlibat bakal menerima wang tunai RM200.

"Mesyuarat khas yang dipengerusikan Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda baru-baru ini bersetuju melu luskan bantuan khas tersebut dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM219,600.

"Bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun penerima mu lai Ahad ini," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sebanyak 15 mukim di Besut kini menjalani PKPD sejak Sabtu lalu dan perintah itu dijadual kan berakhir pada 4 Jun.

Menurut M. Rozi, golongan asnaf terbabit diharapkan da pat menggunakan bantuan yang diberikan sebaik mungkin dan sentiasa mematuhi prose dur operasi standard norma baharu yang ditetapkan kerajaan.

Pegawai KPDNHEP Terengganu pantau had masa pengguna membeli-belah

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggguna (KPDNHEP) Terengganu mengingatkan masyarakat agar mematuhi peraturan had dua jam berada di premis perniagaan.

Pengarah KPDNHEP, Saharuddin Mohd. Kia berkata, seramai 115 pegawai penguat kuasa agensi tersebut telah ditugaskan untuk memantau kepatuhan awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) baharu itu pada setiap hari.

Beliau berkata, pemantauan tersebut dilakukan di premis perniagaan tumpuan ramai seperti kompleks membeli-belah, pasar raya, pasar tani dan pasar awam yang terdapat seluruh negeri ini.

“Pemantuan itu dilakukan secara bersepadu bersama agensi-agensi lain seperti Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan mulai Rabu lalu.

“Orang ramai hanya boleh berada di premis perniagaan terbabit dalam tempoh maksimum dua jam bagi setiap transaksi dalam usaha untuk  mengurangkan risiko penularan Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, kegagalan untuk mematuhi SOP tersebut boleh menyebabkan individu terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

Begitupun, beliau memberitahu ini, tiada sebarang kompaun berhubung pelanggaran SOP had masa dua jam berada di premis perniagaan dikeluarkan di Terengganu. – K! ONLINE

Aktiviti rentas negeri jadi punca 90 individu dijangkiti

 KUALA TERENGGANU - Ak tiviti rentas negeri untuk pulang beraya aru-baru didapati telah menyebarkan virus Covid-19 ke pada sekurang-kurangnya 90 in dividu di Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Mokhtar berkata, setakat ini. seramai 40 orang disahkan positif di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu (26 orang) dan Ke maman (24 orang) berpunca aktiviti rentas negeri.

"Balik (kampung) dari zon merah senyap-senyap akhirnya satu keluarga positif (Covid-19). 

"Seramal 13 orang rentas negeri di Kuala Terengganu dengan pelbagai alasan akhirnya 40 di sahkan positif, sembilan orang Jadi punca 26 positif manakala 24 orang positif kerana aktiviti rentas negeri oleh lapan individu," katanya dalam kenyataan semalam. 

Katanya, selain aktiviti rentas negeri, peningkatan Covid-19 di Terengganu sejak akhir-akhir ini turut disumbang oleh majlis so-sial seperti ziarah raya, berbuka puasa, tadarus yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

"Majlis-majlis sosial itu dilaku kan secara sembunyi-sembunyi di kawasan kampung sebelum akhirnya berbongkar apabila seorang demi seorang yang meny ertainya didapati positif. 

"Pelanggaran demi pelanggaran (SOP) berlaku dan hasilnya kita nampak sekarang dengan kes Covid-19 dan kematian naik berkali ganda," tambahnya.

Sedih saat lihat jenazah diturunkan dalam liang lahad

 


Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tugasan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 adalah pengalaman yang amat menginsafkan dan memberi pengajaran kepada anggota bomba.

Penyelia Pasukan Khas Co­vid-19 Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd. Zaharin Yusof berkata, beliau mengakui kerap menahan sebak setiap kali mengetuai proses pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di daerah ini.

“Saya membayangkan jenazah itu adalah diri saya sendiri. Upa­cara pengebumian tidak boleh dihadiri oleh ahli keluarga tersayang.

“Langkah itu bagi menge­lakkan orang lain dijangkiti Co­vid-19,” katanya di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu di sini semalam.

Mohd. Zaharin memberitahu, setiap urusan pengebumian perlu diselesaikan dalam tempoh tidak lebih satu jam setengah dan keadaan itu cukup menguji kekuatan mental serta fizikal anggota bomba yang terlibat.

Beliau yang sudah berkhidmat selama 29 tahun berkata, peningkatan kes kematian akibat jangkitan Covid-19 sejak akhir-akhir ini juga memerlukan pasukannya sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

“Pasukan ini mempunyai kekuatan lapan anggota bomba dengan dibantu kakitangan Pejabat Kesihatan yang kebia­saannya antara lima hingga enam orang.

“Sebagai penyelia, saya perlu menjaga keselamatan pasukan dan memastikan setiap anggota bomba mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Selain itu, saya berhadapan dengan waris si mati yang berada dalam kesedihan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang petugas di bawah seliaan Mohd. Zaharin, Mohd. Khaizul Abdul Rahman turut berkongsi perasaan hiba sehingga menitiskan air mata setiap kali berada di dalam liang lahad.

“Ini adalah pengalaman baharu buat kami menguruskan jenazah orang yang tidak dikenali, namun saya anggap ini satu amanah yang perlu dipikul sebaik mungkin.

“Melihatkan kepada nasib jenazah tanpa sesiapa di sisi­nya, saya cukup sedih dan sentiasa mengingatkan ahli keluarga sendiri agar sentiasa menjaga SOP agar tidak dijangkiti Co­vid-19,” katanya.-K! ONLINE

Muara pembunuh

Oleh MOHD. AZLI ADLAN, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN dan KHAIRULMIZAN YAHYA 

KUANTAN – Lebih 10,000 nelayan di Pahang dan Terengganu terus dibelenggu masalah muara cetek yang memaksa mereka melabuhkan bot pada jarak 50 meter dari persisir pantai hingga ada yang mati ketika cuba berenang untuk pulang segera ke jeti.

 Lebih memenatkan apabila kebanyakan nelayan perlu me­nunggu lebih lima jam di tengah laut dalam keadaan panas terik atau hujan sehingga air surut sebelum boleh berenang.

 Masalah itu didakwa telah berlarutan lebih 30 tahun lalu.

Ia berlaku kepada lebih 600 nelayan terutama di Sungai Ular, Sungai Balok dan Sungai Cherating kerana kebanyakan bot tidak boleh sampai ke muara kerana air yang cetek.

Nelayan Kampung Sungai Ualar di sini sudah bosan dengan masalah tersebut kerana bukan sahaja membahayakan nyawa mereka, malah terpaksa pula mengangkut hasil laut naik ke darat.

Kebimbangan itu ada asasnya kerana pada awal bulan lalu seorang nelayan, Mohd. Shahrudin Rameli, 25, ditemui mati lemas ketika cuba berenang ke pantai.

Seorang nelayan, Rusmina Mahusin, 62, berkata, masalah muara cetek seolah-olah tiada penyelesaian walaupun telah diajukan kepada pihak berkuasa.

"Setiap kali air surut, bot tidak dapat melalui muara kerana air terlalu cetek jadi nelayan yang pulang dari laut tidak dapat masuk ke jeti dan terpaksa melabuhkan bot di luar.

"Ada nelayan yang terpaksa bermalam di dalam bot kerana bimbang bot tersadai di pantai jika air surut," luahnya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi nelayan, Rosmadi Idin, 37, berkata, nelayan mengambil inisiatif menggunakan sampan kecil digelar jongkong.

"Nelayan perlu mengambil jongkong terlebih dahulu sebelum melabuhkan bot untuk pulang ke pantai namun setakat ini hanya ada tiga jongkong.

"Jongkong hanya mengelak nelayan berenang tetapi tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, sebahagian besar daripada 14 muara sungai cetek terus menjadi 'duri dalam daging' kepada nelayan.

Sejak 2017, seramai enam nelayan dilaporkan lemas ekoran bot yang dinaiki mereka karam di muara.

Tiga daripada mangsa masih belum ditemui sehingga hari ini.

Antara muara sungai yang terjejas ialah Sungai Merang, Setiu; Sungai Merchang, Marang; Sungai Paka, Dungun; dan Sungai Kertih, Kemaman.

Pengerusi Persatuan Nelayan Terengganu, Mat Yassin Mohamed berkata, selain membahayakan nyawa, masalah itu mengakibatkan nelayan kerugian ribuan ringgit kerana perlu membaiki bot rosak.

"Bot akan tersadai di muka kuala sungai berjam-jam sebelum boleh masuk ke pengkalan apabila air pasang," katanya.

Katanya, masalah itu menyebabkan ramai nelayan enggan turun ke laut hingga menjejaskan pendapatan dan hasil ikan menjunam setiap tahun.

"Sebagai contoh, Pelabuhan Chendering hanya menaikkan 1,334 tan metrik berbanding 13,682 tan metrik pada 2013.

"Bukan itu sahaja, nelayan berdepan dengan pencerobohan nelayan Vietnam dan musim tengkujuh," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andasura Rabu berkata, kos mendalamkan sungai terlalu tinggi.

"Syarikat konsesi pun tidak mahu ambil pasir," katanya.

PKPD Kuala Terengganu, Kuala Berang terima bantuan bersasar

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan menyalurkan bantuan awal kepada rakyat negeri ini yang terkesan dengan pelaksanaan total lockdown mulai Selasa depan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM420,000.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tumpuan penyaluran bantuan itu akan diberikan kepada penduduk bandar raya ini dan mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu yang kini terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kerajaan negeri Terengganu mengambil pendekatan bantuan bersasar terhadap rakyat memerlukan.

“Bantuan bersasar sama pernah diberikan kepada daerah Besut yang terlebih dahulu dikenakan PKPD (pada minggu lalu),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri memohon semua rakyat Terengganu kekal bertenang dalam menghadapi pelaksanaan semula penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan.

Beliau juga menasihatkan penduduk negeri ini agar sentiasa patuh dengan arahan dan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan kerajaan.

“Usah kita menuding jari sehingga mencetuskan suasana yang tidak harmoni, sebaliknya marilah kita berganding bahu dan bersatu hati untuk memutuskan rangkaian Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Sunday, May 30, 2021

FAMA bantu pasarkan tembikai


SETIU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu membantu me masarkan tembikai yang diusa hakan petani di seluruh negeri ini bagi mengelakkan masalah lam bakan buah tersebut.

Pengarah FAMA Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, se takat ini, pihaknya telah mem bantu memasarkan 411 tan met rik tembikai keluaran tempatan menerusi program usahawan la dang kontrak sejak Mac lalu.

"Sebanyak 70 peratus bekalan tembikai dihantar untuk pasaran luar di seluruh negara, 20 peratus bagi pasaran tempatan, manakala 10 peratus lagi dijual sendiri oleh FAMA negeri.

 "Inisiatif pemasaran tembi kai dalam kalangan usahawanladang kontrak dan petani kecil ini melibatkan urus niaga seba nyak RM727,716," katanya selepas menghadiri urusan pembelian melibatkan lima peserta ladang kontrak di Kampung Rhu 10 di sini semalam.

Che Ghani berkata, berdasar kan maklum balas pemasaran, tembikai bergred A seberat me lebihi lima kilogram masih men dapat permintaan tinggi.

Sementara itu, seorang pengusaha tembikai, Baharudin Ibrahim, 52, berkata, sebanyak 180 tan metrik tembikai keluaran ladangnya telah dipasarkan me nerusi program usahawan ladang kontrak itu dengan keuntungan bersih lebih RM2,800.

"Saya akui pada mulanya amat risau jika tembikai yang diusaha kan di tanah seluas empat hektar di Kampung Rhu 10 di sini sukar dipasarkan kerana kebetulan la matang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

"Walaupun keuntungan yang diperoleh tidak lumayan seperti sebelum ini, sekurang-kurangnya saya tidak mengalami kerugian besar," ujarnya.

Lelaki mengamuk tanpa motif di kedai serbaneka ditahan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki ditahan kerana tiba-tiba mengamuk dengan menyerang tiga individu termasuk dua pelanggan di sebuah kedai serbaneka di sini pada kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2.10 petang itu, tiga mangsa terbabit termasuk seorang wanita yang juga pekerja sambilan di kedai serbaneka itu tidak mengenali dan mengetahui motif serangan suspek berusia 25 tahun tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, lelaki tersebut telah ditahan pada pukul 10 malam semalam untuk membantu siasatan mengikut Seskyen 323 Kanun Keseksaan dam Seksyen 427 akta sama.

“Dia ditahan reman selama tiga hari sehingga Isnin ini. Setakat ini, kita masih menyiasat dengan teliti motif serangan suspek termasuk kemungkinan dia mengalami masalah mental.

“Suspek didapati tidak memiliki rekod jenayah lampau selain ujian urinnya juga negatif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Marzukhi memberitahu, siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan salah seorang pelanggan yang kerap mengunjungi kedai serbaneka tersebut dan tidak pernah memberi masalah sebelum ini.

Tambah beliau, setakat ini, suspek telah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan suspek berambut perang dan memakai baju merah dan berseluar jeans memasuki kedai serbaneka itu sebelum tiba-tiba menendang seorang pelanggan lelaki berusia 28 tahun.

Ia menyebabkan rak barangan jualan terjatuh sebelum dia menendang pula bahu kiri seorang pekerja sambilan wanita berusia 23 tahun.

Dia kemudiannya menendang seorang pelanggan lelaki lain beberapa kali sebelum membayar makanan yang dibeli lalu beredar dengan selamba. – K! ONLINE

Mohd. Khairuddin diperiksa rentas negeri

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Polis mengesahkan telah memeriksa Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sewaktu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu melalui sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman pada Ahad minggu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, Ahli Parlimen Kuala Nerus terbabit diperiksa melibatkan kebenaran merentas negeri oleh anggota keselamatan bertugas di SJR berkenaan pada ketika itu.

Begitupun, beliau enggan mengulas lebih lanjut dan memaklumkan siasatan sedang dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Ya, beliau (Mohd. Khairuddin) telah diperiksa ketika melalui SJR (R&R Perasing) pada 16 Mei lalu.

“Kes itu sedang disiasat oleh USJT Bukit Aman,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp sejak Rabu lalu berhubung Mohd. Khairuddin ditahan dalam SJR Perasing, Kemaman pada 16 Mei lalu.

Dalam mesej tular tersebut, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita. -K! ONLINE

Menteri nafi ditahan di sekatan jalan Perasing

KUALA TERENGGANU-Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali se malam menafikan berita berhubung penahanannya di seka tan jalan raya (SJR) di Perasing, Kemaman baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, dakwaan beliau mempunyai hubungan dengan seorang wanita terkenal adalah tidak benar dan berniat untuk merosakkan reputasi beliau.

"Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di SJR Perasing ter masuk gosip hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya," ka tanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan memeriksa men teri itu di SJR di Perasing pada 16 Mei lalu dan siasatan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Ter kelas Bukit Aman.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dev Kumar pula berkata, pihaknya telah membuka ker tas inkuiri bagi mengenal pasti kesalahan melibatkan Mohd. Khairuddin dan akan memanggil semua yang terlibat.

Tekong, awak-awak hilang di laut

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Dua nelayan yang keluar ke laut meng gunakan bot kelas A dikhuatiri hilang di perairan daerah ini se lepas mereka tidak pulang ke Jeti mengikut jadual yang ditetapkan kelmarin.

Tekong bot, Jaafar Sulong dan seorang awak-awak dikenali Baharuddin, 30-an juga gagal di hubungi oleh keluarga masing masing sebelum kehilangan mereka dimaklumkan kepada Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suff Mohd. Ramli berkata, operasi mencari dan menyela mat kedua-dua nelayan tersebut telah diaktifkan pada pukul 940 pagi semalam.

"Aset APMM seperti Kapal Maritim (KM) Gemia, Bot Maritim Pengawal 16 dan pesawat udara maritim AW139 telah digerak kan untuk mengesan kedudukan terkini bot dinaiki kedua-dua mangsa.

 "Kita percaya bot yang dinaiki mereka telah mengalami kerosakan dan kini telah tersadai di perairan daerah ini," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Katanya, mangsa sepatutnya pulang semalam, bagaimana pun cubaan ahli keluarga untuk menghubungi mereka gagal. Muhammad Suffi berkata, berdasarkan laporan meteorologi cuaca di perairan Terengganu pada waktu ini adalah baik dengan tiada amaran angin kencang laut bergelora mahupun amaran hujan berterusan serta ribut.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat Jaafar dan Baharuddin turut dibantu den gan aset-aset daripada Jabatan Perikanan dan komuniti nelayan tempatan.

Saturday, May 29, 2021

Mayat rentung disahkan wanita hilang di Marang

KUALA TERENGGANU - Identiti mayat rentung yang dijumpai di kawasan belukar di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada 17 April lalu disahkan wanita tempatan berusia 50-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komi sioner Mohd Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, identiti mangsa disahkan menerusi keputusan ul an asid deoksiribonukleik (DNA) yang keluar pada Jumaat lalu.

"Ujian DNA didapati sepadan dengan seorang wanita yang te lah dilaporkan hilang di Marang pada 16 April lalu. "Mangsa sebelum ini dilapor kan hilang setelah tidak pulang selepas keluar dari rumahnya pada hari kejadian," katanya ke pada Kosmo! semalam.

Mohd. Marzukhi berkata, keputusan DNA tersebut telah di maklumkan kepada waris wanita tersebut dan jenazah mangsa yang masih berada di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Za hirah di sini dijangka dituntut hari ini. 

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, tempoh reman dua suspek kes itu yang merupakan lelaki berusia 30-an

dan 60-an telah disambung sehingga lusa. "Kertas siasatan masih se dang disiapkan secara terperinci termasuk motif pembunuhan tersebut," katanya.

Kosmo! 18 April lalu melaporkan seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Tereng ganu (MBKT) tergamam selepas terserempak dengan satu mayat dipercayai wanita disyaki mang sa pembunuhan sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pada pukul 7.15 pagi.

Friday, May 28, 2021

Tak sihat, belum bersedia dan takut

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN, NORLIDA AKMAR IDROS dan ROHANA MOHD. NAWI

ALOR SETAR – Sebahagian warga emas di negara ini masih ‘termakan’ dengan fakta yang kurang tepat mengenai vaksin hingga mendorong mereka enggan mendaftarkan diri selain cuma berserah diri kerana sudah tua dan uzur.

Terdapat juga dalam kala­ngan mereka bertindak demikian kerana bimbang tahap kesihatan terjejas.

Pesara kerajaan yang mahu dikenali sebagai Asmah, 68, berkata, dia belum mendaftar kerana risau penyakit darah tinggi­ dan masalah kolesterol dihadapinya semakin teruk.

“Walaupun penyakit saya tidak serius tetapi saya takut bila ambil vaksin penyakit itu akan menjadi lebih teruk dan dapat sakit lain pula,” katanya.

Sementara itu, seorang pesara kerajaan yang mahu dikenali sebagai Rahmat, 45, berkata, dia baru sahaja mendaftar sebagai penerima vaksin semalam.

“Saya hendak lihat dahulu kesan dia. Pada mulanya bimbang juga kerana ada banyak maklumat dan pandangan diberikan tentang vaksin ini,” katanya yang mulai sedar tentang kebaikan vaksin.

Dalam pada itu di Kota Bharu,­ dua warga emas di Kampung Pasir Golok, Ketereh di sini me­ngakui masih belum mendaftar dengan alasan sudah berusia dan uzur.

Siti Meriam Jusoh, 110, dan anak bongsunya, Saudah Jusoh, 73, kini tidak keluar rumah selepas sejak penularan jangkitan Covid-19 pada tahun lalu.

Siti Meriam hanya bergantung kepada cucunya, Siti Salwani Abdullah, 41, untuk menghantar makanan setiap hari.

Menurut Siti Salwani, nenek­nya mahu me­nerima vaksin meskipun takut, namun ibunya, Saudah pula enggan ke­rana mengatakan dia sudah tua.

“Saya akan bawa nenek daftar vaksin di Jabatan Ke­sihatan. Ibu pula berkeras tidak mahu ambil vaksin kerana menghidap angin ahmar dan bimbang jika ada kesan terhadap kesihatannya.

“Saya tidak risau kerana ibu dan nenek tidak keluar rumah. Saya akan menghantar makan dan minum mereka dua kali sehari,” katanya.

Tambahnya, neneknya tiada sebarang masalah kesihatan yang serius dan hanya mengalami­ masalah pendengaran selain uzur akibat sudah berusia.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, seorang wanita dikenali sebagai Nab, 65, me­ngakui dia bimbang vaksin mempunyai kesan sampingan menyebabkan dia enggan menghadiri janji temu suntikan vaksin Covid-19 baru-baru ini.

“Saya ada asma, diabetes dan tekanan darah rendah. Saya bimbang tahap kesihatan akan me­nurun selepas disuntik vaksin, namun bergantung kepada antibodi seseorang,” katanya.

Tambahnya, dia pernah mengambil vaksin influenza untuk menunaikan umrah sebelum ini dan sakit teruk hampir se­minggu.

Menurut Nab, dia bukan anti­vaksin, tetapi setakat ini masih belum yakin sepenuhnya.

Sehubungan itu, dia dan suami­ memilih untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi menghindar jangkitan seperti memakai pelitup muka.-K! ONLINE



Lelaki tetak ayah selepas ditegur kena dakwa

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencederakan bapanya dengan sebilah parang pada Sab- tu lalu.

Tertuduh, Mohd. Firdaus Che Lah, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mohd. Firdaus didakwa mencederakan bapanya, Che Lah Awang, 78, dengan meng. gunakan sebilah parang di sebuah rumah di Marang dekat sini pada pukul 9 pagi, 1 Mei lalu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di tangan kanan dan kaki kiri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang mem- peruntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebatan atau mana- mana dua daripada hukuman tersebut.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes itu ditetapkan pada 2 Jun depan.

Nooriah turut mengenakan syarat tambahan perlu me lapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi-saksi sepanjang prosiding berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Ab dul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan. tertuduh mengamuk selepas dikejutkan daripada tidur selain dileteri bapanya agar tidak lagi terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Lelaki itu kemudian mengambil sebilah parang lalu melibas ke arah bapanya dan terkena pada tangan dan kaki warga emas tersebut.

PKRC baharu dibuka di UMT

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) baharu akan dibuka di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini.

Pembukaan PKRC di sebuah blok asrama pelajar UMT tersebut berikutan pusat lain sedia ada yang menempatkan pesakit Covid-19 berisiko rendah lain di seluruh negeri ini sudah mencapai kapasiti melebihi 90 peratus.

Pengarah PKRC UMT, Dr. Muhammad Lutfil Zulkafa berkata, penilaian risiko dan akses telah dilakukan sebelum pembukaan PKRC baharu di kampus UMT tersebut yang boleh membuatkan 484 pesakit pada satu-satu masa.

“Pembukaan PKRC ini tidak akan memberi risiko jangkitan kepada kepada warga UMT dan komuniti setempat. Kawasan PKRC ini telah dipasang dengan kawad berduri bagi memastikan tiada pencerobohan mahu pun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di kawasan berkenaan.

“PKRC ini juga akan menggunakan laluan, pintu pagar dan blok asrama berbeza dengan warga UMT selain dikawal rapi,” katanya pada program Bicara Khas: PKRC@UMT di sini hari ini.

Beliau berkata, selain pemasangan pagar kawad berduri, penghadang fizikal juga akan dipasang bagi memastikan tiada perkumpulan antara pesakit di PKRC itu.

Tambah beliau, pihaknya juga akan memastikan semua pesakit yang bakal menerima rawatan tidak berkeliaran di luar kawasan PKRC berkenaan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan awam. – K! ONLINE

Thursday, May 27, 2021

Ahli Parlimen Kuala Nerus santuni peniaga pasar

 

BUAL MESRA. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menyantuni 150 peniaga Pasar Batu Enam, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Mohd. Khairuddin berkata, beliau berjumpa dengan peniaga tersebut untuk memberi motivasi kepada golongan tersebut agar terus gigih mencari rezeki pada waktu sukar ekoran penularanvpandemik Covid-19.

 Beliau berkata, Pejabat Khidmat Parlimen Kuala Nerus turut menyumbang RM26,000 kepada Persatuan Penjaja Kecil Melayu Terengganu cawangan Kuala Nerus.

"Saya juga menerima beberapa pandangan peniaga tersebut termasuk untuk menaik taraf pasar ini yang sudah berusia puluhan tahun," katanya.

Wednesday, May 26, 2021

UniSZA cerap fenomena gerhana bulan penuh

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Kelab Astronomi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Institut Pengajian Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) mengadakan program cerapan fenomena gerhana bulan penuh Perigee dengan Super Flower Blood Moon hari ini.

Penyelidik UniSZA, Prof. Roslan Umar berkata, program cerapan itu diadakan di Balai Cerapan UniSZA di Merang di sini dari pukul 6.30 petang hingga 9.49 malam.

Beliau berkata, fenomena tersebut berlangsung selama dua jam 34 minit bermula dari fasa gerhana bulan penuh, gerhana bulan separa dan gerhana bulan penumbra.

“Keadaan awan tebal menyukarkan imej cerapan fenomena gerhana bulan penuh Perigee dengan Super Flower Blood Moon diambil sepenuhnya di Balai Cerapan UniSZA, Merang.

“Begitupun imej lebih baik dapat diambil Pengarah Pusat Antarabangsa UniSZA, Anuar Abdullah Mc Afee di Kuala Nerus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Roslan berkata, fenomena gerhana bulan kali ini merupakan fasa bulan purnama perigee iaitu kedudukan bulan penuh yang hampir dengan bumi.

Tambah beliau, ia juga digelar Flower Blood Moon kerana berlaku pada bulan Mei yang biasanya musim bunga di Amerika Syarikat dan berwarna merah kerana ketiadaan pantulan cahaya dari matahari.

“Orang Islam digalakkan berzikir dan menunaikan solat sunat gerhana. Menariknya, fenomena gerhana bulan ini mampu menangkis hujah kononnya permukaan bumi ini rata.

“Ia kerana sewaktu bulan keluar dari bayang bumi ketika gerhana ini, kita boleh nampak rupa bentuk bayang bumi adalah bulat,” katanya.

Roslan berkata, fenomena gerhana bulan penuh Perigee dengan Super Flower Blood Moon itu juga membolehkan saintis melakukan kajian kesan gerhana terhadap alam semulajadi, menyemak ketepatan masa terbit dan terbenam matahari dan bulan serta astrofotografi. – K! ONLINE

FAMA Terengganu bantu pasar tembikai elak lambakan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu mengambil inisiatif membantu memasarkan tembikai yang diusahakan petani di seluruh negeri ini bagi mengelakkan masalah lambakan buah-buahan tersebut.

Pengarah FAMA Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, setakat ini, pihaknya telah membantu memasarkan 411 tan metrik tembikai keluaran tempatan menerusi program usahawan ladang kontrak sejak bulan Mac lalu.

“Sebanyak 70 peratus bekalan tembikai itu sudah dihantar untuk pasaran luar di seluruh negara, 20 peratus pula untuk pasaran tempatan manakala 10 peratus lagi dijual sendiri oleh FAMA negeri.

“Inisiatif pemasaran tembikai dalam kalangan usahawan ladang kontrak dan petani kecil melibatkan urusniaga sebanyak RM727,716,” katanya selepas menyaksikan urusan pembelian daripada lima peserta ladang kontrak di Kampung Rhu 10 di sini hari ini.

Che Ghani berkata, berdasarkan maklumbalas pemasaran, tembikai bergred A iaitu memiliki berat melebihi lima kilogram masih mendapat permintaan tinggi.

Sementara itu, seorang pengusaha tembikai, Baharudin Ibrahim, 52, berkata, sebanyak 180 tan metrik tembikai keluaran ladangnya telah dipasarkan menerusi program usahawan ladang kontrak terbabit.

Dia memberitahu memperolehi keuntungan bersih lebih RM2,800 menerusi urusniaga tersebut. – K! ONLINE

Tiada solat Jumaat di Besut sepanjang PKPD

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Solat Jumaat dan solat Jenazah tidak dibenarkan dilaksanakan di dalam masjid dan surau di seluruh Besut sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di daerah itu sehingga 4 Jun depan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, sepanjang tempoh PKPD berkenaan, ahli kariah masjid di Besut perlu menggantikan solat Jumaat dengan solat fardu zuhur di rumah masing-masing.

“Dalam tempoh sama, solat jenazah juga hanya boleh dilakukan di rumah atau premis persendirian melibatkan maksimum 20 orang merangkumi pegawai masjid dan ahli keluarga terdekat.

“Upacara pengebumian juga tidak boleh melibatkan lebih 20 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata, Maidam juga menetapkan hanya lima orang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid dan surau di Besut dibenarkan mendirikan solat fardu berjemaah sepanjang tempoh PKPD.

Tambah beliau, laungan azan di masjid dan surau sebagai makluman waktu solat kepada ahli kariah di daerah itu dibenar namun aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan lain adalah dilarang.

“Semua ketetapan ini mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda amat mengambil berat dan menzahirkan kebimbangan akan peningkatan kes positif jangkitan harian Covid-19 di daerah Besut.

“Baginda juga berdoa agar kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi situasi getir ini dan berharap rakyat jelata khususnya di kawasan terlibat dengan PKPD mematuhi setiap arahan dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu diterkam ‘Mamat’, jangan dekati kawasan lombong

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Bekas lombong yang menjadi habitat buaya tembaga digelar ‘Mamat’ di Kampung Tepoh di sini kini diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusuf berkata, orang awam dilarang mendekati bekas lombong itu sehinggalah ‘Mamat’ berjaya ditangkap.

“Kami terpaksa memohon bantuan pihak polis bagi memastikan usaha untuk menangkap buaya tembaga terbabit tidak diganggu.

“Sebelum ini, usaha untuk menangkap ‘Mamat’ pada empat tahun lalu gagal setelah disabotaj apabila perangkap yang dipasang dirosakkan individu tidak bertanggungjawab,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak pasti motif perangkap itu dirosakkan namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak yang taksub dengan kehadiran buaya di bekas lombong berkenaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihak tidak mahu insiden empat tahun lalu berulang dan berharap buaya tembaga yang kini sudah membesar sehingga hampir 100 kilogram itu berjaya ditangkap.

“Saya benar-benar berharap orang ramai menghindari bekas lombong itu bagi memastikan usaha menangkap buaya tembaga berkenaan berjalan lancar,” katanya.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan penduduk Kampung Tepoh di sini gempar apabila seekor buaya tembaga digelar ‘Mamat’ yang menghilang sejak empat tahun lalu muncul semula di sebuah bekas lombong dengan fizikal lebih besar dan kelihatan ganas. – K! ONLINE

Pengurus dana agensi kerajaan didakwa pecah amanah

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pengurus dana Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan amaun RM14,250 pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Saiful Nizam, 40, yang juga bekas Pengurus MARDI negeri membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Saiful didakwa melakukan pecah amanah dengan tidak menyerahkan wang deposit dan pembayaran sewa kiosk berjumlah RM14,250 kepada Bahagian Kewangan MARDI Kuala Terengganu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada bulan Januari hingga September 2019.

Mohd. Saiful didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Nur Athikah Aziz manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Cam mayat ibu menerusi parut kaki

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mayat Che Janiah Jaafar, 55, yang ditemui rentung di kawasan belukar Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Tepoh, Kuala Nerus hampir sebulan lalu dicam menerusi kesan parut pada kakinya.

Anak sulung mangsa, Wan Mahisyamri W. Abd. Manan, 39, berkata, jari kaki kanan yang berinai juga menguatkan naluri dia dan enam adiknya bahawa mayat itu adalah ibu mereka.

“Ibu memang mempunyai kesan parut lama pada kaki kanan selain dia baru sahaja berinai tidak lama sebelum dilaporkan hilang pada 16 April lalu.

“Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diumumkan Jumaat lalu mengesahkannya,” katanya ketika ditemui sewaktu menuntut mayat Che Janiah di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Wan Mahisyamri berkata, walaupun sudah reda dengan pemergian ibu mereka namun dia dan enam adik-beradik tidak sesekali menerima perbuatan kejam yang telah diperlakukan terhadap wanita itu.

Sehubungan itu, dia mahu pembunuh ibunya dibawa muka pengadilan sekali gus menerima hukuman setimpal dengan kekejamannya

Kosmo! 18 April lalu melaporkan seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tergamam selepas terserempak dengan satu mayat wanita dipercayai mangsa pembunuhan yang rentung kecuali sebahagian kaki kanan sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pada pukul 7.15 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, tempoh reman dua suspek kes itu yang merupakan lelaki berusia 30-an dan 60-an telah disambung sehingga lusa. – K! ONLINE

Aktiviti rentas negeri sumbang 90 kes positif di Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Aktiviti rentas negeri untuk pulang beraya baru-baru didapati telah menyebarkan virus Covid-19 kepada sekurang-kurangnya 90 individu di Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Mokhtar berkata, setakat ini, seramai 40 orang telah positif Covid-19 di Kuala Terenggganu, Hulu Terengganu (26 orang) dan Kemaman (24 orang) disebabkan aktiviti aktiviti rentas negeri tersebut.

“Balik (kampung) dari zon merah senyap-senyap akhirnya satu keluarga positif (Covid-19).

“Seramai 13 orang rentas negeri di Kuala Terengganu dengan pelbagai alasan akhirnya 40 disahkan positif, sembilan orang rentas negeri di Hulu Terengganu menyebabkan 26 positif manakala 24 orang positif kerana aktiviti rentas negeri oleh lapan individu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azimi berkata, selain aktiviti rentas negeri, peningkatan Covid-19 di Terengganu sejak akhir-akhir ini turut disumbang oleh majlis sosial seperti ziarah raya, berbuka puasa, tadarus yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Jelas beliau, majlis-majlis sosial itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi di kawasan kampung sebelum akhirnya berbongkar apabila seorang demi seorang yang menyertainya didapati positif Covid-19.

“Pelanggaran demi pelanggaran (SOP) berlaku dan hasilnya kita nampak sekarang dengan kes (Covid-19) dan kematian naik berkali ganda.

“Ramai lagi yang langgar SOP. Walaupun pahit kena akui hakikat kita turut sama penyumbang kepada kenaikan kes ini,” katanya. – K! ONLINE

Tuesday, May 25, 2021

Dua bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua lagi bot nelayan Vietnam yang mencerobohi perairan negara semalam.

Dua bot nelayan negara jiran itu masing-masing ditahan Kapal Maritim (KM) Nusa pada kedudukan 78 dan 80 batu nautika dari barat barat perairan Kuala Terengganu dekat sini pada operasi selama dua jam bermula pukul 8 malam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, sebelum itu, pesawat udara AW 139 Maritim Malaysia telah mengesan kedua-dua bot itu ketika melakukan rondaan udara di perairan Terengganu.

“Maklumat itu kemudiannya disalurkan kepada KM Nusa untuk tindakan penguatkuasaan.

“Bot nelayan Vietnam pertama berjaya pada pukuk 8 malam semalam manakala sebuah lagi kira-kira dua jam kemudian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, operasi itu berjaya menahan 24 nelayan Vietnam yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 61 tahun.

Tambah beliau, pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Kedua-dua bot nelayan itu juga tidak mempunyai lesen menangkap ikan yang sah daripada Jabatan Perikanan.

“APMM telah bertindak menyita kedua-dua bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan bekalan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM3 juta,”katanya.

Muhammd Suffi memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963.

Setakat ini, sebanyak 94 bot dan 1,032 nelayan Vietnam telah berjaya ditahan di sekitar perairan Terengganu sejak Op. Kuda Laut dilancarkan pada Jun tahun lalu.- K! ONLINE

Hukuman lebih berat untuk mat gian

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Polis negeri ini tidak akan memberi muka kepada penagih dadah dan telah merangka strategi untuk menangkap sekurang-kurangnya 800 mat gian tegar yang sering terlibat dalam kes jenayah.

Penagih tidak lagi dikenakan hukuman ringan sebaliknya akan dipenjara lima tahun dan tiga sebatan jika didapati bersalah mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, undang-undang ringan seperti dihantar ke pusat pemulihan dan berada dalam pengawasan polis dalam tempoh tertentu dirasakan bukanlah hukuman berkesan.

Katanya, penagih dadah bukan sahaja menyebabkan kerosakan pada masyarakat, malah turut mengakibatkan kadar indeks kes jenayah di negeri ini meningkat.

“Polis menyasarkan untuk menangkap 800 penagih tegar sepanjang tahun ini dan sebahagiannya terlibat dalam jenayah seperti pecah rumah, ragut, mencuri, samun dan sebagainya.

“Lebih 2,000 penagih dadah telah dikenal pasti di negeri ini dan mereka sukar dipulihkan dan ada yang mempunyai sehingga 20 rekod,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan, Terengganu menca­tatkan bila­ngan penagih dadah paling tinggi di negara ini iaitu 916 orang bagi nisbah 100,000 penduduk diikuti Kelantan dan Pahang.

Menurut Roslee, penagih dadah bukan sahaja dibimbangi mendalangi kes jenayah, malah menghasut golongan muda.

Tambahnya, hukuman ­berat sekurang-kurangnya dapat me­­nye­kat golongan penagih tegar daripada mengganggu masyarakat dengan aktiviti jena­yah dan penyalahgunaan dadah.

“Ia telah terbukti apabila kes jenayah di negeri ini menurun pada tahun lalu selepas seramai 356 penagih tegar dijatuhi hukuman tersebut,” katanya.

Ujar Roslee, sebagai contoh, kes curi motosikal pada tahun lalu menurun kepada 153 kes.

“Pendekatan memburu penagih dadah merupakan strategi agresif bagi memulihkan imej Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Roslee berkata, polis berusaha menyekat bekalan dadah daripada masuk ke negeri ini.


“Dadah yang popular di negeri ini ialah pil kuda atau yaba yang diperoleh daripada negara jiran melalui Kelantan.

“Pada tahun lalu, kita berjaya merampas bekalan dadah bernilai RM4.19 juta. Ia peningkatan dua kali ganda berbanding tahun 2019 yang mencatatkan rampasan berjumlah RM2.21 juta,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Roslee berkata, semua kes kecil dan terpencil berkaitan dadah akan disiasat.

“Sebahagian kes-kes kecil yang kadangkala mangsa tidak mahu membuat laporan polis melibatkan penagih dadah.


“Jika kes kecil dan terpencil diselesaikan, kita percaya dapat menjejak penagih tegar,” katanya.

Roslee berkata, pendekatan itu menjelaskan mengapa indeks kes jenayah di Terengganu me­ningkat 12.25 peratus pada tahun lalu.

“Namun, penyelesaian kes ialah 51.7 peratus,” katanya. -K! ONLINE