Translate

Showing posts with label Kosmo! Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Kosmo! Prihatin. Show all posts

Saturday, October 31, 2026

Dulu tentera cergas, kini terlantar atas katil

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Seorang wanita tidak menyangka suami yang dahulunya tegap dan cergas sebagai pegawai tentera kini terlantar lumpuh akibat jangkitan kuman pada selaput otak sejak enam tahun lalu.

Rosliza Wahid, 43, berkata, sejak itu, suaminya, Tawaka Ab. Ghani, 43, terpaksa bergantung sepenuhnya dengan mesin penafasan.

“Waktu itu, suami saya (Tawaka) sedang bertugas sebagai Pegawai Waran II di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kelantan.

“Pada mulanya, dia mengadu demam dan pening kepala sebelum tiba-tiba rebah di rumah sewa kami di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Anis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Jeruk, di sini, semalam.

Rosliza berkata, pemeriksaan doktor kemudiannya mendapati suaminya disahkan mengalami jangkitan kuman pada selaput otak.

“Jangkitan kuman tersebut me­rebak ke saraf tunjang dan saluran pernafasan suami menyebabkan dia lumpuh dan tidak mampu bernafas secara semula jadi.

“Prosedur tebuk leher bagi bolehkan dia bernafas dengan bantuan mesin pernafasan dibuat pada April 2020,” katanya.

Ujarnya, suami hanya sedar daripada koma dan dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Mac 2021.

Katanya, suaminya yang sudah hilang upaya kemudiannya bersara daripada perkhidmatan tentera pada 23 Jun 2023.

“Jabatan Hal Ehwal ­Veteran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat banyak memberi bantuan, tetapi beban kami jauh lebih besar termasuk bil elektrik kerana menggunakan alat pernafasan,” ujarnya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyumbang menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1110829826754413 atas nama Rosliza atau menghubungi talian 019-7611448.

Friday, October 30, 2026

Bangun 4 pagi siapkan jualan kuih-muih

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

HULU TERENGGANU – Biarpun berdepan masalah kesihatan, seorang suri rumah tetap mengga gahkan diri berbakti menjaga ibu bapanya yang semakin uzur. 

Rohani Tarzan, 51, yang meng hidap penyakit saraf berkata, penyakit saraf otak yang dihidapi ibunya, Sapiah Mohd. Boto’, 77, semakin kronik apabila dia hanya mampu terlantar atas tilam sejak lebih dua bulan lalu

“Ibu menderita penyakit itu sejak tujuh tahun lalu. Mulanya dia menjadi pelupa dan nyanyuk, namun kini saraf otak semakin membengkak menyebabkan tidak mampu bangun. 

“Ayah, Tarzan Abd. Rahman, 83, terlalu uzur dengan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah usus, tekanan darah tinggi dan rabun kronik,” katanya. 

Rohani berkata, dia juga menghidap penyakit saraf berkaitan tulang belakang yang dideritai sejak 10 tahun lalu.

 Terang ibu kepada empat anak itu, penyakit tersebut akan menyebabkan sendi-sendi kaki dan tangan membengkak sekiranya melakukan aktiviti fizikal terlalu berat

 “Tugas menguruskan ibu bapa yang uzur sebenarnya agak berat dan kakak, Norlida, 58, yang menghidap penyakit buah pingang akan membantu menguruskan ibu bapa jika saya kurang sihat,” katanya. 

Rohani berkata, mereka tidak mampu menyediakan peralatan kesihatan seperti katil boleh laras, kerusi roda dan alat bantu berjalan buat ibu bapanya di sebabkan masalah kewangan. 

Jelasnya, suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan cuma berpendapatan RM1,500 sebulan sedangkan empat anaknya berusia 10 hingga 18 tahun masih bersekolah.

 “Bagi menambah pendapatan, dia bangun seawal pukul 4 pagi untuk membuat kuih dan dihantar ke gerai-gerai berhampiran dengan purata pendapatan RM500 sebulan,” katanya. 

Orang ramai boleh menghulur kan sumbangan menerusi akaun Rohani 1150041000119261 (Bank Simpanan Nasional) atau hubun gi talian 0129648835.

Sunday, October 25, 2026

Diuji jaga isteri strok

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Ke idupan seorang tukang rumah diuji apabila isteri yang menjadi tulang belakangnya selama ini di serang penyakit strok lebih sebulan lalu.

Mohd. Nasir Salleh, 53, berkata, serangan strok yang berlaku pada 17 September lalu membuatkan isterinya, Siti Normah Lebu, 45, kini terlantar di katil.

“Anggota badan kanannya lemah selain mulutnya herot. Masalah kesihatan itu memaksa isteri saya berhenti kerja sebagai pekerja am di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu. 

“Saya yang bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM700 sebulan juga terpaksa mengambil cuti untuk menjaga nya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Besar, Kuala Berang di sini baru baru ini. 

Mohd. Nasir memberitahu, dia kini mengambil alih tang gungjawab menguruskan rumah tangga bersendirian. 

Menurutnya, anak sulungnya, Muhammad Affirul Afandi, 23, merupakan orang kelainan upaya kategori lembam dan kerap di serang asma yang memerlukan pemerhatian khusus. 

“Empat lagi anak saya yang berusia 11 hingga 20 tahun masih belajar termasuk seorang dari pada mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Kuala Terengganu.

 “Saya reda dengan ujian ini, tetapi ketiadaan pendapatan kerana tidak dapat keluar bekerja bagi menjaga isteri dan rumah tangga sejak lebih sebulan lalu amat merungsingkan saya,” katanya. 

Mohd. Nasir berkata, masalah kewangan juga menyebabkan dia tidak mampu menyediakan kerusi roda dan alat bantu jalan selain terpaksa berjimat-cermat untuk membeli lampin pakai buang dan susu khas dengan menggunakan wang simpanan. 

Tambahnya, ketiadaan kerusi roda dan alat bantu jalan menyebabkan dia terpaksa memapah isterinya dengan bantuan anakanak untuk ke bilik air. 

“Mujur ada pertubuhan bukan kerajaan yang sudi memberikan bantuan katil boleh laras. Anak sulung saya juga menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan,” ka tanya. Orang ramai yang bersimpati boleh menyumbang mela lui akaun bank milik Mohd. Nasir bernombor 1150041000072929 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 011 40298369.

Sunday, October 18, 2026

Tabah jaga anak ‘istimewa’

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

BESUT – Seorang ibu cekal men jaga enam anaknya termasuk se orang yang menghidap masalah gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) biarpun dia sendiri uzur menghidap pelbagai penyakit kronik. 

Normahera Kholid, 39, berka ta, dia terpaksa menjalani diali sis tiga kali seminggu berikutan kegagalan buah pinggang sejak bulan lalu.

 “Keadaan ini impak daripada penyakit tiga serangkai iaitu dia betes, tekanan darah tinggi dan jantung yang saya deritai sejak hampir 10 tahun lalu.

 “Selain itu, penyakit sama turut menyebabkan tahap penglihatan saya kian kabur,” katanya ketika ditemui rumahnya di Kampung Renek, di sini semalam. 

Katanya, biarpun kudratnya semakin lemah terutama selepas menjalani rawatan dialisis berkata, namun dia tetap menggagahkan diri untuk menguruskan anakanak terutama Muhammad Iffat Anaqi, 6, yang baru disahkan orang kurang upaya (OKU) pada bulan Mac lalu. 

Katanya, kebanyakan masa, dia terpaksa menguruskan rumah tangga dan anak-anak bersendirian memandangkan suaminya, Mohd. Nazri Mohd. Zarawi, 38, terpaksa bekerja di  Jeli, Kelantan untuk mencari rezeki.

 “Mujur ahli keluarga yang ting gal berdekatan banyak memban tu terutama menjaga Iffat Anaqi yang merupakan anak kelima terutama sewaktu saya perlu menjalani rawatan dialisis di Hospital Besut. 

“Anak saya (Iffat Anaqi) yang menghidap ADHD memerlukan tumpuan khas kerana baru be lajar bercakap dan kebanyakan masa dia seakan berada dalam dunianya sendiri,” katanya. 

Normahera berkata, sebelum ini dia terpaksa memberhenti kan Iffat Anaqi di tadika ekoran agak lasak dan sukar dikawal. 

Katanya, anak kelimanya itu berkemungkinan akan dihantar ke sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pada tahun hadapan. 

Dalam pada itu, Normahera memberitahu, dia juga terpaksa berbelanja kirakira RM200 se minggu termasuk membayar upah individu menghantarnya ke hospital bagi menjalani rawatan dialisis. 

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumban gan menerusi akaun bank ber nombor 0301841000037310 (Bank Simpanan Nasional) atau hubungi Normahera di talian 019-9037951.

Saturday, October 3, 2026

Terpaksa berhentikan anak di tadika kerana sukar dikawal

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Seorang ibu cekal menjaga enam anaknya termasuk seorang yang menghidap masalah gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) biarpun dia sendiri uzur menghidap pelbagai penyakit kronik.

Normahera Kholid, 39, berkata, dia terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu berikutan kegagalan buah pinggang sejak bulan lalu.

“Keadaan ini impak daripada penyakit tiga serangkai iaitu diabetes, tekanan darah tinggi dan jantung yang saya deritai sejak hampir 10 tahun lalu.

“Selain itu, penyakit sama turut menyebabkan tahap penglihatan saya kian kabur,” katanya ketika ditemui rumahnya di Kampung Renek, di sini semalam.

Katanya, biarpun kudratnya semakin lemah terutama selepas menjalani rawatan dialisis berkala, namun dia tetap mengga­gahkan diri untuk menguruskan anak-anak terutama Muhammad Iffat

Anaqi, 6, yang baru disahkan orang kurang upaya (OKU) pada bulan Mac lalu.

Katanya, kebanyakan masa, dia terpaksa menguruskan rumah tangga dan anak-anak bersendirian memandangkan suaminya, Mohd. Nazri Mohd. Zarawi, 38, terpaksa bekerja di Jeli, Kelantan untuk mencari rezeki.

“Mujur ahli keluarga yang tinggal berdekatan banyak membantu terutama menjaga Iffat Anaqi yang merupakan anak kelima terutama sewaktu saya perlu menjalani rawatan dialisis di Hospital Besut.

“Anak saya (Iffat Anaqi) yang menghidap ADHD memerlukan tumpuan khas kerana baru belajar bercakap dan kebanyakan masa dia seakan berada dalam dunianya sendiri,” katanya.

Normahera berkata, sebelum ini dia terpaksa memberhentikan Iffat Anaqi di tadika ekoran agak lasak dan sukar dikawal.

Katanya, anak kelimanya itu berkemungkinan akan dihantar ke sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Normahera memberitahu, dia juga terpaksa berbelanja kira-kira RM200 se­minggu termasuk membayar upah individu menghantarnya ke hospital bagi menjalani rawatan dialisis.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank bernombor 0301841000037310 (Bank Simpanan Nasional) atau hubungi Normahera di talian 019-903 7951.

Wednesday, September 23, 2026

Rosnani perlu dijaga seperti bayi

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Usia tua dan kudrat yang terbatas sedikit pun tidak mematahkan semangat sepa­sang suami isteri dari Kampung Baru Tok Dor di sini, untuk terus menumpahkan kasih sayang kepada anak perempuan mereka yang berstatus orang kurang upaya (OKU).

Bagi Halimah Said, 65, dan suaminya, Mat Ail Mamat, 78, tanggungjawab menjaga Rosnani Mat Ail, 41, yang merupakan anak keempat daripada 11 beradik itu tetap sama seperti menguruskan seorang bayi walaupun usianya sudah mencecah empat dekad.

“Dia (Rosnani) bukan sahaja terlantar sepanjang masa, malah tidak boleh bercakap.

“Bagaikan bayi, dia akan merengek jika lapar dan hanya bergantung kepada susu khas,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Baru Tok Dor di sini, kelmarin.

Halimah berkata, Rosnani disahkan mengalami kecacatan kekal akibat kekurangan oksigen sewaktu dilahirkan dan pernah ditahan selama dua minggu di Hospital Raja Perempuan Zai­nab II yang dahulunya dikenal sebagai Hospital Besar Kota Bharu.

“Sewaktu bayi, perkembangan Rosnani tidak aktif seperti yang lain, malah kaki dan tangan­nya mula membengkok semasa ­berusia lapan bulan.

“Ini menyebabkan dia terlantar sehingga sekarang. Sampai hari ini, saya dan suami perlu menjaganya seperti bayi termasuk memakaikannya lampin pakai buang,” katanya.

Halimah berkata, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan semuanya habis digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan susu khas untuk Rosnani.

Menurutnya, sebahagian ­daripada 10 anak-anaknya yang lain banyak membantu kewangan dan kudrat demi kebajikan Rosnani.

“Selagi saya dan suami masih dipanjangkan umur, kami akan jaga amanah yang diberikan ini sebaik mungkin hingga ke akhir hayat,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Mat Ail bernombor 1111841000131685 (Bank Simpanan Nasional) atau meng­hubungi Halimah di talian 011-25172250.

Saturday, September 19, 2026

‘Kami jaga Rosnani seperti seorang bayi’

Monday, August 24, 2026

Dua beradik derita sakit jantung

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Seorang peniaga roti canai dan isteri tabah menerima ujian apabila dua anak mereka menghidap penyakit jantung kongenital kronik sejak lahir.

Farid Fakimi Mohamad, 45, berkata, dua anaknya yang sakit itu ialah anak keduanya, Muhammad Fa­yyadh Anaqi Farid, 4, dan Muhammad Firas Anaqi Farid berusia 16 bulan.

Katanya, Fayyadh menderita penyakit jantung berlubang dan saluran jantung sempit, manakala adiknya, Firas pula menghidap jantung berlubang serta saluran darah tersumbat.

“Hospital seperti rumah ke­dua apabila kami perlu berulang-alik setiap bulan demi rawatan dua beradik ini,” katanya di kedai roti canainya di Kampung Gertak Seratus di sini kelmarin.

Katanya, Fayyadh telah menjalani pembedahan jantung di sebuah pusat perubatan di Bangsar, Kuala Lumpur pada Mac lalu.

Katanya, sebahagian besar pembedahan itu ditanggung pusat perubatan itu dan dia hanya perlu membayar RM3,500 menerusi wang simpanan dan sumbangan orang ramai.

“Fayyadh kini makin sihat dan cergas, cuma masih perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Adiknya pula yang masih menjalani rawatan intensif di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dijangka menjalani satu lagi pembedahan major di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada September depan,” katanya.

Farid Fakimi berkata, sebelum ini, Firas pernah menjalani prosedur pemasangan stent sewaktu berusia sebulan dengan sebahagian kos RM38,000 dibia­yai oleh IJN dan Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Begitupun, dia mengakui kos berulang-alik untuk rawatan anak-anaknya di HUSM dan IJN amat tinggi sedang pendapatan hariannya menjual roti canai kurang RM100.

“Banyak hari juga saya terpaksa tutup kedai terutama sewaktu perlu ke HUSM dan IJN,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Farid Fakimi bernombor 2006363000084145 (Agrobank) atau menghubunginya di talian 019-409 7954.

Wednesday, July 29, 2026

Dugaan berganda pembuat jebak

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Ujian menimpa seorang suri rumah apabila suami yang menjadi tulang belakang keluarga diuji dengan masalah kesihatan berterusan sejak setahun lalu.

 Nor Afida Akma Mohamad, 44, berkata, suaminya, Mohd. Nor Aziz, 46, yang membuat kerja perangkap burung atau jebak untuk menyara keluarga diserang strok di rumah mereka di Kampung Pantai Ali, Hulu Terengganu pada Jumaat lalu.

 “Serangan (strok) itu berlaku tiba-tiba pada waktu maghrib (Jumaat lalu) menyebabkan pergerakan suami menjadi lemah dengan bahagian muka kirinya herot. 

“Saya panik terus meminta pertolongan jiran dan ahli keluarga terdekat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam. 

Nor Afida memberitahu, suaminya, Mohd. Nor yang merupakan bekas graduan Universiti Islam Antarangsa Malaysia kemudiannya dikejarkan ke Hosptal Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dengan ambulans. 

Ibu kepada tiga anak berusia lapan hingga 14 tahun itu memaklumkan sebelum ini, dua jari kaki suaminya telah dipotong akibat komplikasi diabetes kronik pada Mac tahun lalu. 

“Saya tidak menyangka kami diuji lagi dengan kesihatan suami dalam tempoh hampir setahun selepas dua jari kakinya dipotong, walau bagaimanapun kami reda dengan ujian ini.

 “Walaupun masih lemah dan pertuturannya tidak lancar, suami masih sempat mengingatkan saya tentang tempahan jebak yang masih belum dihantar kepada pelanggan,” kata wanita itu.

 Nor Afida menambah, suaminya rungsing kerana perlu berehat lama daripada membuat jebak kerana ia merupakan satu-satunya sumber pendapatan mereka sekeluarga. 

Wanita itu cuba menenangkan suaminya dan berjanji akan mengambil alih tanggungjawab menghasilkan jebak sehingga kesihatan pasangannya kembali pulih. 

“Kehidupan perlu diteruskan apatah lagi kelengkapan persekolahan dan persiapan raya anak-anak perlu disediakan. 

“Saya tidak pernah berhenti berdoa agar suami yang sedang menerima rawatan di HSNZ kembali sihat seperti sediakala,” katanya.

 Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Agrobank Mohd. Noor bernombor 2-00-6561- 00013992-8 atau menghubungi Nor Afida Akma di talian 011- 36599550

Tuesday, July 28, 2026

Dua anak peniaga roti canai sakit jantung

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Seorang peniaga roti canai dan isteri tabah menerima ujian apabila dua anak mereka menghidap penyakit jantung kongenital kronik sejak lahir.

Farid Fakimi Mohamad, 45, berkata, dua anaknya yang sakit itu ialah anak keduanya, Muhammad Fa­yyadh Anaqi Farid, 4, dan Muhammad Firas Anaqi Farid berusia 16 bulan.

Katanya, Fayyadh menderita penyakit jantung berlubang dan saluran jantung sempit, manakala adiknya, Firas pula menghidap jantung berlubang serta saluran darah tersumbat.

“Hospital seperti rumah ke­dua apabila kami perlu berulang-alik setiap bulan demi rawatan dua beradik ini,” katanya di kedai roti canainya di Kampung Gertak Seratus di sini kelmarin.

Katanya, Fayyadh telah menjalani pembedahan jantung di sebuah pusat perubatan di Bangsar, Kuala Lumpur pada Mac lalu.

Katanya, sebahagian besar pembedahan itu ditanggung pusat perubatan itu dan dia hanya perlu membayar RM3,500 menerusi wang simpanan dan sumbangan orang ramai.

“Fayyadh kini makin sihat dan cergas, cuma masih perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Adiknya pula yang masih menjalani rawatan intensif di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dijangka menjalani satu lagi pembedahan major di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada September depan,” katanya.

Farid Fakimi berkata, sebelum ini, Firas pernah menjalani prosedur pemasangan stent sewaktu berusia sebulan dengan sebahagian kos RM38,000 dibia­yai oleh IJN dan Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Begitupun, dia mengakui kos berulang-alik untuk rawatan anak-anaknya di HUSM dan IJN amat tinggi sedang pendapatan hariannya menjual roti canai kurang RM100.

“Banyak hari juga saya terpaksa tutup kedai terutama sewaktu perlu ke HUSM dan IJN,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Farid Fakimi bernombor 2006363000084145 (Agrobank) atau menghubunginya di talian 019-409 7954.

Saturday, July 25, 2026

Suami lumpuh sampai tidak boleh bertutur

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas terpaksa reda dengan nasib yang menimpa suaminya selepas di­serang strok sehingga lumpuh separuh badan sejak 10 bulan lalu.

Zaimah Hassan, 72, berkata, suaminya, Mohamad Deraman, 72, kini hanya terlantar di atas katil dan tidak lagi mampu untuk bertutur.

Kata Zaimah, sejak kejadian itu, dia mengambil tanggungjawab untuk mengurus segala hal berkaitan kehidupan suaminya termasuk untuk memandi dan menukar pakaian.

“Serangan strok itu menyebabkan separuh badan suami lumpuh dan paling menyedihkan, dia tidak mampu untuk bertutur.

“Dia hanya boleh minum susu khas yang dimasukkan menerusi tiub dipasang pada hidungnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lorong Kemunting di sini baru-baru ini.

Zaimah berkata, walaupun sudah dimamah usia, kebanyakan urusan seharian suaminya ­seperti mandi, menukar pakaian dan lampin pakai buang serta memberi makan minum dilakukannya sendiri.

Tambah wanita itu, kos rawatan, susu khas dan lampin pakai buang suaminya mencecah lebih RM2,500 sebulan.

“Kami bergantung kepada duit pencen suami sebagai pesara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sebanyak RM1,000 sebulan.

“Bagi menambah pendapatan, saya mengambil upah menenun songket dengan purata pendapatan kira-kira RM500 sebulan,” katanya.

Zaimah berkata, dia ber­syukur kerana Jabatan Pembangunan Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JPKK) Kampung Lorong Kemunting telah membantu menghulurkan sumbangan katil khas untuk keselesaan suaminya.

Katanya, mereka juga mene­rima bantuan Tabung Darul Iman yang disalurkan pada setiap tiga bulan sekali.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Zaimah bernombor 1110429821227946 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 0146266127.

Tuesday, June 30, 2026

Perut Mikhail membengkak sejak lahir

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Perasaan sedih menyelubungi hati seorang ibu setiap kali melihat bayi lelakinya yang baru berusia 14 bulan menangis dan menahan kesakitan akibat penyakit biliary atresia atau saluran hempedu tersumbat.

Wan Suzilawati Wan Shamsudddin, 43, berkata, penyakit itu menyebabkan berat badan Muhammad Mikhail Iman Jamil yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik susut mendadak selain perutnya yang agak membengkak.

Katanya, anaknya itu dilahirkan sebagai bayi pra matang iaitu berusia 33 minggu dan doktor sudah mengesyaki Muhammad Mikhail menghidap masalah hempedu.

“Simptom-simptom penyakit saluran hempedu tersumbat mula kelihatan sehingga menjejaskan fungsi hatinya sewaktu berusia dua bulan.

“Ini menyebabkan anak saya perlu menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru, Kelantan,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubur Timah, Batu Rakit di sini baru-baru ini.

Wan Suzilawati menjelaskan, pembedahan itu bagaimanapun tidak berjaya dan tahap kesihatan anaknya menjadi serius.

Jelasnya, fungsi hati Muhammad Mikhail semakin merosot sehingga doktor mencadangkan agar pembedahan dilakukan segera.

“Sebagai ibu, saya bersedia mendermakan sebahagian hati untuk anak saya (Muhammad Mikhail Iman) asalkan dia dapat sembuh semula.

“Begitupun paling merisaukan apabila kami tidak mampu membiayai kos pembedahan pemindahan hati yang dianggarkan berjumlah RM100,000,” katanya.

Wan Suzilawati berkata, mereka tidak mampu memandangkan suaminya, Jamil Yusof, 45, hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM1,000 sebulan selain menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan.

Katanya, banyak duit telah dibelanjakan untuk kos perubatan Muhammad Mikhail Iman sebelum ini sehingga menjejaskan urusan harian keluarganya.

“Kami sudah hilang upaya kewangan sehingga dua kakak Mikhail iaitu Nurul Nufadila, 14, dan Nurul Nurlaila, 16, terpaksa diberhentikan sekolah baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Wan Suzilawati bernombor 1110229000193561 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 01112923545.

Wednesday, June 17, 2026

Korban masa depan demi tersayang

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Demi kasih sayang terhadap ibu dan adik lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) mental, seorang wanita sanggup mengorbankan kerjaya dan kehidupan berkeluarga yang diimpikan selama ini.

Rosnani Musa, 50, berkata, dia mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah syarikat kontraktor pembinaan di bandar raya ini sejak hampir 10 tahun lalu demi menjaga ibu, Robiah Mat Daud, 67, yang uzur dan adik lelakinya, Mohamad Saffari Musa, 42.

“Saya pegang janji dengan arwah ayah (Musa Mohammad) agar mengambil alih tanggungjawab menjaga Saffari jika sesuatu terjadi kepadanya.

“Takdir Allah, ayah maut dalam kemalangan jalan raya pada Jun 2016, manakala kesihatan ibu yang menderita sakit lutut sejak muda pula semakin merosot selepas itu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Batu Burok di sini baru-baru ini.

Anak sulung itu berkata, Saffari yang menjadi OKU selepas diserang demam panas ketika bayi bukan sahaja tidak berupaya menguruskan diri sendiri, malah enggan memakai lampin pakai buang dewasa.

“Saya tidak boleh leka walaupun sesaat jika tidak habis rumah dicemari dengan najisnya. Dia juga kadangkala agresif sehingga pernah mencederakan saya,” katanya.

Rosnani berkata, tanpa sebarang pendapatan sejak 10 tahun lalu, kehidupan mereka tiga beranak banyak bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah keseluruhan RM1,100 sebulan.

Dia yang masih bujang berkata, mereka juga menerima bantuan sara hidup tahunan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebanyak RM2,000.

“Pada usia separuh abad, impian untuk berumah tangga sudah lama terkubur, biarlah saya tunaikan wasiat arwah ayah menjaga ibu dan adik hingga ke akhir hayat,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Rosnani bernombor 6495418323 (Public Bank) atau menghubunginya di talian 013-9700 170.

Tuesday, June 2, 2026

Sanggup tak kahwin demi ibu, adik

Sunday, May 31, 2026

Anak ceria kini terlantar

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Hati ibu bapa mana yang tidak tersentuh melihat anak bongsu yang sebelum ini cergas kini terlantar di atas katil akibat kecederaan kepala selepas terlibat dalam kemalangan empat tahun lalu.

Samsudin Sulaiman, 64, berkata, kehidupan anak lela­kinya, Mohamad Fadil, 30, yang mesra dipanggil Ucu berubah 360 darjah selepas terlibat dalam nahas sewaktu keluar bekerja di Johor Bahru pada April 2022.

“Kemalangan itu menyebabkan kepalanya kini bergantung kepada tempurung tiruan yang dipasang menerusi beberapa pembedahan.

“Keadaannya bertambah memburuk apabila otak anak saya terkena jangkitan kuman tidak lama selepas itu menyebabkan fizikalnya lumpuh serta penglihatannya terjejas,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Seri Kena­ngan di sini semalam.

Samsudin berkata, keadaan Ucu kini amat menyedihkan memandangkan sebelum kema­langan tersebut, anaknya itu seorang yang ringan tulang dan gigih bekerja.

Katanya, selain bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Johor Bahru, anaknya sebelum ini turut me­lakukan pelbagai pekerjaan sampingan demi menambah pendapatan.

“Saya dan isteri, Rosnani Deraman (61 tahun) rindukan mendengar gelak tawa dan suara Ucu yang periang. Biarlah kami berkorban habiskan usia emas ini untuk menjaga dia selagi ha­yat dikan­dung badan,” katanya.

Samsudin berkata, setiap kali perlu dibawa ke hospital untuk rawatan berkala, dia mengerah kudrat mengendong Ucu mema­suki kereta.

Rosnani pula masih menaruh harapan Ucu yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik kembali sembuh seperti sedia kala suatu hari nanti.

“Jika tidak pun, biarlah sekurang-kuranya dapat dia (Ucu) berbicara semula. Buat masa ini, kami berkomunikasi menerusi kerdipan matanya,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Agrobank Samsudin di 2006363000048410 atau menghubunginya di talian 014-271 9166.

Saturday, May 30, 2026

Tiada lagi gurau senda Ucu

Tuesday, May 26, 2026

Fayyad derita sakit Moebius-Poland

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Biarpun menerima ujian bertimpa-timpa, sepasang suami isteri tetap tabah menjaga anak bongsu mereka yang menghidap penyakit jarang jumpa, sindrom Moebius-Poland.

Menurut Rosmawati Mohd. Salleh, 44, penyakit itu mengakibatkan anaknya, Muhammad Fayyad Iman Kamarul, 5, mengalami pelbagai komplikasi berkaitan kelainan perkemba­ngan saraf wajah dan otot dada sejak lahir.

“Difahamkan, anak bongsu daripada lima beradik itu terke­na penyakit itu akibat dijangkiti kuman ketika usianya lapan bulan dalam kandungan.

“Jadi dia menderita enam penyakit kronik sekali gus, keadaan ini mungkin hingga ke akhir ha­yatnya,” katanya ketika ditemui di Bukit Payung, di sini semalam.

Ujarnya, penyakit tersebut ialah masalah paru-paru kronik, tulang belakang bengkok, gangguan saraf kaki dan masalah penghadaman.

“Fayyad juga mengalami rabun mata akibat ketiadaan kelenjar air mata selain lelangitnya berlubang,” katanya.

Fayyad kini mendapat rawatan berkala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu, Kelantan dan kos susu khas serta lampin pakai buang mencecah RM1,000 sebulan.

“Malang berganda apabila suami, Kamarul Ariffin, 49, tidak boleh buat kerja-kerja berat akibat kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu. Kami terus diuji apabila saya patah bahu kanan akibat kemalangan motosikal sewaktu perjalanan mahu menjaga Fayyad di Hospital Besut minggu lalu,” katanya.

Ujarnya, mereka hanya bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan, selain pernah menerima sekali bayar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Bantuan boleh dihulur menerusi akaun bank Rosmawati bernombor 7007 8050 80 (CIMB) atau meng­hubunginya di talian 011-1087 9315.

Monday, May 25, 2026

Nasib Fayyad hidap 6 penyakit kronik

Sunday, May 17, 2026

‘Tolong, ibu perlu jalani pembedahan'

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Seorang anak merayu bantuan orang ramai untuk menampung kos rawatan ibunya, Zainon Batin, 66, yang memerlukan pembedahan pintasan jantung segera pada Jun ini. 

Setelah dua kali rebah akibat serangan jantung, harapan warga emas itu kini bergantung sepenuhnya kepada pembedahan yang dianggarkan menelan belanja RM50,000. 

Muhammad Nor Faiz Baharom, 29, berkata, ibunya mengalami serangan jantung buat kali pertama padan bulan November tahun lalu.

 “Waktu itu, ibu (Zainon) segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagi mendapatkan rawatan. 

"Alhamdulillah ibu kembali stabil setelah menjalani prosedur angioplasti selain pemasangan dua stent pada saluran jantungnya yang tersumbat,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tok Nasek di sini kelmarin. 

Muhammad Nor Faiz berkata, tanpa mereka sangka, ibunya sekali lagi terkena serangan jantung kali kedua pada 20 Mac lalu. 

Ketika itu katanya, prosedur untuk memasang stent ketiga ke saluran jantung wanita itu menemui kegagalan. 

“Pakar perubatan HSNZ memberitahu prosedur itu tidak berjaya ekoran saluran jantung ibu yang terlalu sempit dan keras. 

“Sebagai alternatif, mereka mencadangkan pembedahan pintasan jantung bagi membina laluan baharu aliran darah ke jantung menggunakan saluran darah dari bahagian dada,” katanya. 

Muhammad Nor Faiz berkata, dua pusat perubatan iaitu Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur atau Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang telah dicadangkan bagi pembedahan berkenaan. 

Katanya, setakat ini, keluarganya cenderung memilih untuk melakukan pembedahan pintasan jantung di HTAA berikutan lokasinya lebih dekat dan kosnya juga berpatutan. 

“Kami sekeluarga sedang berusaha mengumpul duit RM50,000 bagi membolehkan ibu menjalani pembedahan pada bulan depan,” katanya. 

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan ke akaun bank Zainon bernombor 88300023388704 (Bank Islam) atau menghubungi abang Muhammad Nor Faiz, Muhammad Nor Firuddin di talian 018-9047836.

Monday, May 11, 2026

Rayuan anak demi jantung si ibu

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang anak merayu bantuan orang ramai untuk menampung kos rawatan ibunya, Zainon Batin, 66, yang memerlukan pembedahan pintasan jantung segera pada Jun ini.

Setelah dua kali rebah akibat serangan jantung, harapan warga emas itu kini bergantung sepenuhnya kepada pembedahan yang dianggarkan menelan belanja RM50,000.

Muhammad Nor Faiz Baharom, 29, berkata, ibunya me­ngalami serangan jantung buat kali pertama padan bulan November tahun lalu.

“Waktu itu, ibu (Zainon) segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagi mendapatkan rawatan.

“Alhamdulillah ibu kembali stabil setelah menjalani prosedur angioplasti selain pemasangan dua stent pada saluran jantungnya yang tersumbat,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tok Nasek di sini kelmarin.

Muhammad Nor Faiz berkata, tanpa mereka sangka, ibunya sekali lagi terkena serangan jantung kali kedua pada 20 Mac lalu.

Ketika itu katanya, prosedur untuk memasang stent ketiga ke saluran jantung wanita itu me­nemui kegagalan.

“Pakar perubatan HSNZ memberitahu prosedur itu tidak berjaya ekoran saluran jantung ibu yang terlalu sempit dan keras.

“Sebagai alternatif, mereka mencadangkan pembedahan pintasan jantung bagi membina laluan baharu aliran darah ke jantung menggunakan saluran darah dari bahagian dada,” katanya.

Muhammad Nor Faiz berkata, dua pusat perubatan iaitu Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur atau Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang telah dicadangkan bagi pembedahan berkenaan.

Katanya, setakat ini, keluarganya cenderung memilih untuk melakukan pembedahan pintasan jantung di HTAA berikutan lokasinya lebih dekat dan kosnya juga berpatutan.

“Kami sekeluarga sedang ber­usaha mengumpul duit RM50,000 bagi membolehkan ibu menjalani pembedahan pada bulan depan,” katanya.

Oang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan ke akaun bank Zainon bernombor 88300023388704 (Bank Islam) atau menghubungi abang Muhammad Nor Faiz, Muhammad Nor Firuddin di talian 018-9047836.