Translate

Tuesday, May 19, 2026

2.45 juta pelancong ke Terengganu hingga Mac

MARANG – Kehadiran pelancong ke Terengganu dalam tiga bulan pertama tahun ini telah meningkat kepada 2.45 juta pengunjung. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, ia peningkatan berbanding 2.03 juta pelancong yang telah dicapai dalam tempoh sama pada tahun lalu. 

“Prestasi suku pertama tahun ini amat memberangsangkan dan ia menuju ke sasaran sembilan juta pelancong ke Terengganu menjelang hujung tahun ini. 

“Kita optimis mampu mencapainya menerusi acara-acara yang diatur dalam Kalendar Pelancongan Terengganu termasuk Karnival Mencandat Sotong ini,” katanya di Pulau Kekabu di sini kelmarin.

 Terdahulu beliau ditemui selepas melepaskan bot peserta yang mencandat sotong di perairan Marang selama dua hari berakhir semalam. 

Razali berkata, kedatangan 2.45 juta pelancong terbabit telah menjana pendapatan RM700 juta hingga RM900 juta kepada penduduk Terengganu. 

Beliau berkata, antara yang menerima manfaat terus kemasukan pelancong terbabit ialah pemain industri perhotelan dan inap desa, makanan serta pengangkutan. 

“Berdasarkan tinjauan, kebanyakan pelancong yang mengunjungi Terengganu dalam suku pertama tahun ini terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana.

 “Mereka biasanya memasuki Terengganu menerusi jalan darat (jalan raya),” katany

No comments:

Post a Comment