azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH - Pelakon drama, Liana Sulaiman meninggal dunia akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam.
Liana, 34, yang juga adik kepada artis yang kini bergelar ahli perniagaan, Zarina Zainuddin meninggal dunia setelah terjatuh di dalam bilik air pada pukul 10 pagi.
Adik Liana, Hisham Lee, 30, berkata, Liana atau nama sebenarnya, Norliana Sulaiman yang menderita penyakit batuk kering setahun lalu pulang ke rumah keluarganya dua minggu lalu untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
"Ketika berada di bilik air, Liana tiba-tiba menjerit meminta pertolongan."Saya dan ibu (Zahura Abd. Mutalib, 55), pergi ke bilik air dan mendapati Liana muntah darah dan dalam keadaan lemah," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, dia kemudian membantu Liana keluar dari bilik air dan menghubungi ambulans. Namun sebaik pegawai perubatan sampai, Liana telah meninggal dunia.
Liana, seorang ibu tunggal meninggalkan empat anak lelaki yang berusia antara sembilan hingga 15 tahun. Sebelum ini Liana menetap di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kam pung Pasir Puteh di sini selepas solat Asar semalam.
Pada 14 April 1998, Liana pernah dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpurkerana didapati bersalah terhadap dua tuduhan memberi keterangan palsu dalam per bicaraan di mahkamah.Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika menjadi saksi pendakwa dalam perbicaraan pengurus produksi sebuah sya rikat penerbitan filem, Haslinda Merican M. A. Merican dan perunding kewangan, Mohamed Amin Jamadi.
Haslinda dan Mohamed Amin dituduh menjadi perantara kepada empat artis wanita dalam kegiatan pelacuran.
Bagaimanapun, selepas rayuan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan membebaskan Liana.
No comments:
Post a Comment