Translate

Sunday, February 14, 2021

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu turun padang santuni mangsa banjir

PRIHATIN. Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin menyantuni 528 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Berlian, Chukai, Kemaman, Terengganu barubaru ini.

 Tengku Muhammad Ismail turut diiringi kekanda dan adinda baginda iaitu Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Nadhirah Zaharah; Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua′az dan Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra. 

Selain beramah mesra, Tengku Muhammad Ismail turut mengurniakan sumbangan kepada penduduk yang terjejas. 

Baginda juga menerima menghadap Pegawai Daerah Kemaman, Mohd. Sophian Abu Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Hanafiah Mat untuk menyembah maklum perkembangan banjir di daerah tersebut.

No comments:

Post a Comment