Translate

Thursday, February 25, 2021

Dua bot Vietnam ditahan APMM di perairan Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) menahan dua lagi bot nelayan Vietnam yang dipercayai menceroboh perairan negara kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kedua-dua bot nelayan asing itu ditahan sewaktu masing-masing berada pada kedudukan 130 dan 131 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

“Kapal peronda, Kapal Maritim (KM) Gemia yang sedang melakukan rondaan di perairan tersebut sebelum terserempak dengan kedua-dua bot nelayan Vietnam itu.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot itu mempunyai 38 kru terdiri daripada nelayan warga negara jiran berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhammad Suffian berkata, kesemua suspek didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Ujar beliau, kedua-dua bot nelayan itu juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan oleh Jabatan Perikanan.

“Dua bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan minyak diesel telah disita dan ditunda ke jeti Pejabat Maritim Terengganu di sini.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment