Translate

Sunday, February 21, 2021

Tiga lagi sekolah di Terengganu ditutup

KUALA TERENGGANU – Tiga lagi sekolah di Terengganu termasuk dua di bandar raya ini diarah tutup ekoran penularan pandemik Covid-19. 

Sekolah yang terlibat dalam penutupan selama tujuh hari bermula semalam ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga dan SK Paya Bunga di sini dan SK Bukit Apil di daerah Hulu Terengganu.

 Penutupan sekolah berkenaan selepas beberapa kakitangan sekolah terbabit disahkan positif Covid-19 baru-baru ini. 

Tiga sekolah tersebut ditutup mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 Pengurusan sekolah diarahkan melakukan kerja-kerja sanitasi dan nyahkuman sepanjang tempoh tersebut.

 Pengarah Kesihatan Terengganu, Nor Azimi Yunos mengesahkan penutupan ketiga-ketiga sekolah terbabit. 

Setakat ini, sebanyak 15 sekolah rendah di seluruh negeri ini termasuk 12 di Kuala Terengganu telah ditutup sejak minggu lalu ekoran penularan pandemik Covid-19. 

Kosmo! Ahad pada 24 Ja nuari lalu melaporkan, SK Sultan Sulaiman I dan SK Paloh di sini di arahkan ditutup selama 14 hari sehingga 5 Februari depan selepas lapan guru dilaporkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu. 

Dua hari kemudian, kes melibatkan kluster sekolah itu semakin merebak dengan 10 lagi sekolah di bandar raya ini turut ditutup.

No comments:

Post a Comment