Translate

Friday, February 19, 2021

Nelayan ceroboh guna bot pendaftaran palsu

KUALA TERENGGANU – Taktik 16 nelayan Vietnam menceroboh perairan negara dengan menggunakan bot pendaftaran palsu tidak kesampaian apabila berjaya dikesan Maritim Malaysia (APMM) pada kelmarin. 

Kedua-dua bot yang dinaiki kesemua nelayan asing berkenaan berjaya ditahan kapal peronda, Kapal Maritim (KM) Langkawi di dua lokasi berasingan iaitu 93 dan 118 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu pada pukul 4 petang. 

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pemeriksaan mendapati walaupun bot nelayan Vietnam itu dicat menyerupai milik tempatan tetapi ia tidak mempunyai dokumen sah untuk menangkap ikan di perairan negara.

 “Kesemua 16 nelayan termasuk seorang tekong berusia dalam lingkungan 18 hingga 62 tahun juga tidak memiliki dokumen pengenalan dan permit kerja sah. 

“Sehubungan itu, APMM telah menyita dua bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan minyak diesel berkenaan yang dianggarkan bernilai RM3 juta,” katanya di sini semalam. 

Muhammad Suffi berkata, kesemua barangan sitaan telah ditunda ke jeti Pejabat Maritim Terengganu di sini untuk siasatan lanju

No comments:

Post a Comment